semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

56

Click here to load reader

Upload: perdull-der-chopper

Post on 30-Dec-2014

98 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

dalam doc ini.. banayk perkara boleh digunakan untuk kegunaan potong memotong disamping boleh untuk menyabit rumput.. bagi kegunaan mencangkul pula..tgn mesti dihatun sekuat hati..haha

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata

dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna.

Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan

keperibadian manusia..

Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada

perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat

definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang

akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik

merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa

(Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan

erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-

lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna

dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

“semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa

maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan

(Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang

diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa

semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan

1

Page 2: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada

makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah”

(M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik

yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu

bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara

ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna

denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan

kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan

semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna

dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang

mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada

segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang

berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna

perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang

sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna

yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu

makna).

1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa

dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh

yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat

dimanfaatkan.

1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa.

Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu

pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang

hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin

2

Page 3: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan

makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna

menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar saya mentertawakan diri saya

sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa semantik “kesedaran

kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur

falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini

bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan

adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya

perkataan ‘Makan!’ berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan

huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza

oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut

melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan

pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan

rangsangan atau tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat

tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula

ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam

perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu

masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam

sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’

daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan ‘taman

hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang bukan lagi bermaksud kebun yang

ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah

berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985).

3

Page 4: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat

dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun

pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan

makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif),

makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif

(makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat

diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal

benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)”

merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang

yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa

merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga

kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya

perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri

kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam

keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal

yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”.

Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi

mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan

penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan

lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan

struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat

menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas

dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan

4

Page 5: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat.

Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan

terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi

untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan

konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu

diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan

kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu

jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses

akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata

‘kebun’ berbeza daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses

pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan.

Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata

“pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di

kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga berbeza dengan ‘lelangit’

yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses

pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang berbeza apabila

membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh dimakan

sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan

tersebut digabungkan.

2. Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau

makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain

dalam ayat.

5

Page 6: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian,

pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk

dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+,

(pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan

dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu

bermakna ada ‘lima ekor lembu’.

2.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki

makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya

kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2..3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu

makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan

yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja,

bumiputera dan sebagainya.

3. Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat.

3.1 Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna

yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau

bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau

bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

6

Page 7: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan

ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para

pelajar yang dihormati.

3.2 Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat

kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah

‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh

pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir

dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya

struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang

memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru

Bahasa Melayu di sekolah kami.

7

Page 8: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

3.3 Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang

tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada

bercincin ada tidak”.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya

keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam

bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.

Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk

bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk

ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

3.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan

cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat

pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

3.3.2 Simpulan Bahasa

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan

bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga

patah perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

8

Page 9: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

3.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan

kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal

daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan

bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-

kerat atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu

bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara

dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

3.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan

menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti,

bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

3.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di

mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk

melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan,

pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

9

Page 10: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Contoh bidalan:

.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

3.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai

rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

 diam ubi berisi, diam besi berkarat 

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang

pendiam tetapi bodoh.

3.3.7 Tamsil dan Ibarat

Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak

dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak

sedangkan ibarat tidak.

Contoh:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

3.3.8 Lidah Pendeta

Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi

pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.

Contoh:

Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh.

3.3.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi

semangat atau menyindir. Sebagai contoh:

10

Page 11: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Lebih baik mati daripada dijajah

Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau

memperkuat sesuatu perjuangan.

3.3.10 Cogan Kata atau Motto

Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada

kerajaan atau swasta. Contohnya:

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI

4.1 Aspek-aspek Makna

Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat

hal, iaitu:

4.1.1 Pengertian (sense)

Pengertian disebut juga dengan tema. Pengertian ini dapat dicapai

apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan

pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati

bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa

pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di

dalam kosakata.

4.1.2 Nilai rasa (feeling)

Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan

sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang

11

Page 12: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan,

baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata

mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata

mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.

4.1.3  Nada (tone)

Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap

kawan bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula

dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara

pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam

kata-kata yang digunakan.

4.1.4 Maksud (intention)

Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95)

merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang

dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi,

pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.

Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis

makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa

berkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam

semantik.

4.1.4.1 Makna Emotif

Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah

makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara

mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan

dengan kata kerbau dalam kalimat  Engkau kerbau. Kata itu tentunya

menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata

kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap

atau perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang

dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak

12

Page 13: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang

ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan

demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat

menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan

perasaan. Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada

hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan

tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.

4.1.4.2 Makna Konotatif

` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif

cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat

positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat

asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya,

pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut

bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya

sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang

ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat

dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat

menumbuhkan makna negatif.

4.1.4.3 Makna Kognitif

Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna

unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek

atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer

Pateda, 2001:109). Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan

daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh. Inilah yang dimaksud dengan

makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran.

4.1.4.4 Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah

hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan

13

Page 14: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa

benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk

oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg

langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa

maupun proses.

Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna

yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran.

Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa

yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret

atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

4.1.4.5 Makna Piktorikal

Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122)

adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca

terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan

manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman

tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar

atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang

berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik,

bahkan timbul rasa mual karenanya.

4.2 Kelewahan Makna

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal

(keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal,

dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam

ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua

huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan

antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir

tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18

keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya..

14

Page 15: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan

daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang

diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa

Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk

penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu

(Ismail Dahaman).

4.3 Ketaksaan Makna

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini

demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat

menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur

ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat

binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.

Contoh:

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu

kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu

bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti

ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang

berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini

jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan

maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu,

kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan

bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam

mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan

bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.

15

Page 16: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan

sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam

bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk

menentukan ketaksaan ayat berkenaan.

5. Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.

Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam

ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan

bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah

hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan

ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi

sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam

tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat

atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu

semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang

menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun

ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S +

P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat

semantik amat penting dalam linguistik.

5.1 Sinonim dan Antonim

5.1.1 Sinonim

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng

mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim

disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’,

16

Page 17: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’,

‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus

sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman,

konteks, laras sosial, dan kolokasi.

5.1.1.1 Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau

bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud

konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak

sawah’.

5.1.1.2 Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.

Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam

konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama

makna.

5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status.

Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud

‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.

5.1.1.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.

Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama.

Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai

pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan

tersebut.”

17

Page 18: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-

tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna

apabila digunakan tanpa kata sifat.

Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh

pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang

salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata

sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

5.1.2 Antonim

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang

mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai

perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat,

cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan

sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan

makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang

kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya

perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah

(c) Antonim hubungan bertentangan

5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan

berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan

tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-

sakit, gembira-sedih dan sebagainya.

18

Page 19: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-

hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam

antonim jenis ini.

5.1.2.2 Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan

darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek,

kurus-gemuk dan sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan

kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.

Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk

kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis.

Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara

mutlak. Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’

sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan

‘tikus kecil’. Demikian juga perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba

tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan

bertentangan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya

membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru,

majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y

bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.

5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem

5.2.1 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang

lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim

kepada bunga.

19

Page 20: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai

hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti

kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri

daripada kata yang khusus.

5.2.2 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau

lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan

makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna

seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim.

Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama

maknanya dengan ‘kepala kereta api. ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan

kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana

homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari

segi makna.

5.2.3 Polisem

Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang

berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem

ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan

mempunyai etimologi yang sama.

Sebagai contoh, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitan sesuatu

perkara. Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’,

seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan

‘bisa’ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di

Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk menggantikan perkataan

‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’ bervariasi

maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks

penggunaan.

20

Page 21: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

6. Makna Ayat

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau

tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan

tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap

atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.

Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya

dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa

untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk

mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat

dalam ayat tersebut.

Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang

mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan

tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan

bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan

sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa

perkataan. Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna

konotatif dan makna denotatif.

6.1 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna

dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan

menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan

Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna

sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur.

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya

‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai

layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan

alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam

hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi

21

Page 22: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

kedudukannya disebut ‘BAPA’ sedangkan segala orang yang dianggap sama

darjatnya disebut ‘SAUDARA’.

6.2 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang

terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian

menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja.

Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah

kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas

kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga,

sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau

bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang

mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu

bidang.

 

7. Peristilahan Bahasa Melayu

7.1 Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah

kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang

terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu

mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3)

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah

kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula

merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk

menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada

yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah

22

Page 23: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah

kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan

kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa.

Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang

penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata

hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan

istilah khusus dalam bidang masing-masing.

7.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar

dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan

istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.

7.1.2 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan.

Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

7.1.3 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses

pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an

(pemprosesan).

7.1.4 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut =

rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

7.1.5 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah

melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti

setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa

23

Page 24: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu

digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan

penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa

merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah

dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-

kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa

sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

7.2 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam

pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan

membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan

perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa

bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan

penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga

bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah

dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping

menyediakan khidmat nasihat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat

Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya

ialah;

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan

matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan

mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui

MABBIM, dan negara-negara lain.

24

Page 25: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.3 Peranan MABBIM

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh

tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya

badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan

pada 29 Disember 1972.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan

bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap

berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan

mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi

bukan sahaja di rantau malah di dunia.

7.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan

diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi

diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu

diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat

maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang

kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid,

asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan

morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an

telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih

terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang

ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan

pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

25

Page 26: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau

masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang

popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di

Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata

bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat

bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang

jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

7.5 Prinsip Pembentukan Istilah

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975.

DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan

Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi

untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di

samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu

dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian

dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses

pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu

atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja

penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa

prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda.

26

Page 27: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

iv. Kata gabungan.

7.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama,

saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:Kata nama: buruj constellation

rawan gristle cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent

Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah

kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku

kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.

Contoh :

Cerpen cereka FELDA

tabika kugiran JKR

pawagam RISDA MRSM

MARA ADUN PJK

BERNAMA PLUS perhilitan

KOBENA BERNAS berdikari

27

Page 28: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.5.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan

imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga

termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

7.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

bertani petani pertanian

7.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

mengamal pengamal pengamalan amalan

membesar pembesar pembesaran -

mengubah pengubah pengubahan -

7.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:

memberhentikan - pemberhentian - perhentian

-pembelajar pelajaran

7.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan

Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan

28

Page 29: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

mempelajari pelajar - pelajaran

7.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi Kesaksian

bermakna Kebermaknaan

terbuka Keterbukaan

penduduk Kependudukan

sesuai kesesuaian

7.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi gerigi

susu tenusu

tapak telapak

kuncup kemuncup

sambung sinambung

7.5.3 Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata

dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau

perubahan bunyi.

7.5.3.1 Ganda Penuh

Contoh:

langit-langit kanak-kanak

labi-labi paru-paru

buku-buku guru-guru

29

Page 30: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal

Contoh:

Tetikus rerongga jejari

Cecair rerambut kekisi

7.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh:

dedaunan

pepohonan

jejarian

7.5.3.4 Kata Ganda Berentak

Contoh:

Warna-warni Batu-batan

Serta-merta Bengkang-bengkok

Bolak-balik Hingar-bingar

Dolak- dalih Mundar- mandi

7.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih.

Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada

sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

7.5.4.1 Tanpa Imbuhan:

Contoh:

garis lintang atas aras laut

daftar masuk mesin atur huruf

mesin kira tangan segi empat tepat

ganda tiga kamera laut dalam

30

Page 31: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji

dalam talian atas talian

mengambil alih menerima pakai

penerima janji gelombang melintang

7.5.4.2 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi

7.6 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

7.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum

bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang

dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri

yang dimaksudkan.

kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok

sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

31

Page 32: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa

serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang

diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan

bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada

bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan

bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya

hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman,

bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa

sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa

Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography

Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi

32

Page 33: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.6.3 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

Sesuai maknanya;

Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah

bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau

terbitannya. Hal ini bergantung pada:

Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

Kemudahan belajar bahasa; dan

Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum)

kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun

ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan

untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

Campaign Custom Dengue Grant

Kempen Kastam Denggi Geran

33

Page 34: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Pension Pencen

7.6.3.3 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang.

Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

(a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave

Broadcast

Client-server

Connection-oriented

network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Digital purse

Digital signature

Sidang audio

Autosimpan

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan

sambungan

Pengarau data

Kamera digital

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital

(b) Istilah Undang Undang

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Administrative orderCivil disorderCivil rightsDouble jeopardyDiplomatic immunityExtradiction

Perintah pentadbiranGangguan awamHak sivilPendakwaan dua kaliKekebalan diplomatikEkstradisi

34

Page 35: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

FraudFugitive offenderFundamental rightsJudicial reviewLegitimacyMala fideMandatory procedureNativeNatural justice

FraudPesalah buruanHak asasiKajian semula kehakimanKesahanMala fideTatacara mandatoryAnak negeriKeadilan asasi

a) Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

AccessBench markCursorData baseDownloadEnd userFontHardwareIntegrated circuitLocal area network

CapaianTanda arasKursorPangkalan dataMuat turunPengguna akhirFonPerkakasanLitar bersepaduRangkaian kawasan setempat

b) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Balance sheetBridging loanBuy outBuy-back priceBy-productCapital gainCash flowCertificate of authorizationChief executive officerDeed of trustInvestment climateLong term debt

Kunci kira-kiraPinjaman penyambungBeli habisHarga beli balikKeluaran sampinganLaba modal / keuntungan modalAliran tunaiPerakuan kuasaKetua pegawai eksekutifSurat ikatan amanahIklim pelaburanHutang jangka pendek

35

Page 36: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Short-term financingSole agentSteering committee

Pembiayaan jangka pendekEjen tunggalJawatankuasa pemandu

c) Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Ballroom

Banquet

Budget hotel

Buffet

Business centre

Check-in

Check-out

Cocktail

Day use

Deluxe room

Double room

Function room

Luncheon

Twin bed

Waiter (L); waitress (P)

Dewan besar

Bankuet

Hotel jimat / hotel kelas

ekonomi

Bufet

Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel

Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji

d) Fotografi

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Abstract photography

Between-the-lens

shutter

Fotografi abstrak

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

36

Page 37: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Flash

Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect camera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

Dengar

Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex

e) Istilah Matematik dan Statistik

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Aerial cable

Affine

Affine geometry

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative model

Kabel arial

Afin

Geometri afin

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan

Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan

Model berdaya agregat

7.7 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah

37

Page 38: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan

yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan

yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan

kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa,

linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat;

mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati

terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai

kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali

banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa

istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan

berpandu kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :

i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa

pinjaman)

7.8 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang

7.8.1 Definisi Singkatan

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah

kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa.

Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata

singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau

dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan

ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara

pembentukan akronim.

Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang

dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut

38

Page 39: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk

dengan empat cara melalui penggunaan :

a) Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :

lab ( laboratory)

b) Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:

sin - sinuscm - sentimetercos - konsinushab - habitat

c) Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Tadika - taman didikan kanak – kanak Cerpen - cerita pendek Kugiran - kumpulan gita rancah Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri

Pawagam - Panggung wayang gambar Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial

d) Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim.

Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya

TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

39

Page 40: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

7.8.2 Definisi Lambang

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda

yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata

yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang

terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan

untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :

meter - meter - mkilogram - kilogram - kgsecond - saat - sampere - ampere - Adegree - darjah - Kcandela - kandela - cdradian - radian - radsteradian - steradian - stmole - mol - molhecto - hekto - hcenti - senti - cmega - mega - Mgiga - giga - G

7.9 EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

7.9.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu

Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf

perkataan daripada abjad sesuatu tulisan (misalanya tulisan Arab kepada huruf

yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (seperti Rumi). Ejaan

Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab

(Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh

transliterasi Arab. Contoh :

Bismillahirrahmanirrahim muslimin hajah fikir hadith Muslimat ustaz ghaib zakat akad lafaz solat iman Talak imam taubat haji ustazah

40

Page 41: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam

bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa

Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu.

Misalnya:

bureau - biro

police - polis

ambulance - ambulans

Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin,

tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil

ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan

bahasa Melayu. Misalnya:

Baekelund

Cannizzaro

Aquadag

Dacron

Keops

Dmitri Ivanovic Mendeleev

Anton Chekhov

Mao Tze Tung

Kesimpulan

Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau

makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Semantik merupakan salah satu cabang

ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang

disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna

41

Page 42: Semantik 234 bahasa melayu untuk rujukan..boleh digunakan sebagai resepi masakan..haha

pemakaian bahasa. Semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna

iaitu makna kata dan makna kalimat.

42