maklumat j- qaf

15
PENDAHULUAN Program j- QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j- QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j- QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Y.A.B Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. KONSEP PROGRAM j- QAF Program j- QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al- Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan PENGENALAN j- QAF

Upload: abdul-hafizi

Post on 19-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Maklumat J- QAF

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat J- QAF

PENDAHULUAN

Program j- QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang

telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. cetusan idea ini telah diperhalusi di

peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j- QAF pada 3 hingga 5

Mac 2004. Program j- QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis

selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Y.A.B Perdana Menteri telah

bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j- QAF

Program j- QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam

(PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al- Quran, Bahasa Arab

dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah.

Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya

yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan,

bimbingan, kemahiran, pengukuhan, penggayaan dan penghayatan murid.

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

PENGENALAN j- QAF

Page 2: Maklumat J- QAF

OBJEKTIF PROGRAM j- QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid

Islam sekolah rendah akan dapat:

a) menguasai bacaan dan tulisan Jawi.

b) Khatam al- Quran

c) Menguasai asas bahasa Arab Komunikasi: dan

d) Memantapkan dan menghayati amalan Fardu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j- QAF

Program j- QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah

memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang

Tilawah al- Quran, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih

berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1) PEMULIHAN JAWI:-

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan

mula dilaksanakan pada tahun 2003 denngan pendekatan pengajaran 2

waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan

pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan

Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-

mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi

dalam j- QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya

semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara

berterusan.

Page 3: Maklumat J- QAF

2) KEPENTINGAN KHATAM AL- QURAN:-

Al- Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam

dalam bidang Asuhan Tilawah al- Quran pada masa ini. Namun ia tidak

menekankan pembelajaran sehingga khatam al- Quran kerana ia

memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai

dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah

(iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi

mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan

lancar). Oleh itu, Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada

kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di

sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3) KEPENTINGAN BAHASA ARAB:-

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata

pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah- sekolah rendah secara

berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4) KEPENTINGAN FARDHU AIN:-

Ramai ibubapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian

dan penguasaan anak- anak mereka terhadap amalan Fardhu Ain terutam

dalam hal ibadah mendirikan solat.

Page 4: Maklumat J- QAF

MODEL- MODEL PROGRAM j- QAF

Untuk perlaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model

pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model- model berkenaan adalah seperti

berikut:

1) model Kelas Pemulihan Jawi

2) model Tasmik

3) model 6 bulan Khatam al- Quran

4) model Pelaksanaan Perluasan bahasa Arab Komunikasi

5) model Bestari Solat (kokurikulum)

Bagi aktiviti pengukuhan pula telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah

model- model berikut:

1) kelab Seni Tulisan Jawi

2) Kem Bina Juara

3) Majlis Khatam al- Quran

4) Kem Literasi al- Quran

5) Pertandingan Bahasa Arab

MODEL- MODEL j- QAF

1) MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI:-

Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan

Perlaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas

pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua

sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P)

yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah

menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di

Page 5: Maklumat J- QAF

peringkat sekolah dengan menyediakan bahan- bahan bacaan tambahan

yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT

sedia ada.

2) MODEL KHATAM AL- QURAN:-

Model- model khatam al- Quran diperjelaskan di dalam Buku Panduan

Perlaksanaan Program Khatam Quran Modul 6 Bulan dan buku Panduan

Perlaksanaan Program Khatam al- Quran Model Tasmik.

2.1) MODEL 6 BULAN dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini

akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah

pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul

kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancer). Murid yang belum

menguasai bacaan al- Quran dibimbing dengan kaedah Iqra’, sementara

yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al- Quran

modul 6 bulan.

2.2) MODEL TASMIK pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal

mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu

bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-

QAF, GPI, guru- guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau

pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik

secara rasmi oleh pihak sekolah.

Page 6: Maklumat J- QAF

3) MODEL PERLUASAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB

KOMUNIKASI:-

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad

pada masa ini di sekolah- sekolah kebangsaan akan diperluaskan

pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai

mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK

sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan

bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan

diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan

dalam Buku Panduan Peluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

4) MODEL BESTARI SOLAT:-

Model Bestari Solat diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan

Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan

kekerapan 4 tahun sekali. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan

dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan

kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru- guru sedia ada di

sekolah dan tidak semata- mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

Page 7: Maklumat J- QAF

PERLAKSANAAN PROGRAM J- QAF

Program j- QAF akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat mulai

2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam

jadual 1. bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah akan terlibat pada tahun

2005. Adalah dijangka pada tahun 2010 bilangan sekolah akan menjadi

sebanyak 7835 buah.

1) UNJURAN PERLAKSANAAN PROGRAM j- QAF DI SEKOLAH RENDAH:-

JADUAL 1

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Sekolah

Bil. sekolah 7634 7674 7714 7754 7794 7835

Peringkat penyertaan

Tahun 1 1221 1235 1247 1260 1273 1599

Tahun 2 1221 1235 1247 1260 1273

Tahun 3 1221 1235 1247 1260

Tahun 4 1221 1235 1247

Tahun 5 1221 1235

Tahun 6 1221

Bilangan penyertaan 1221 2456 3703 4963 6235 7835

Page 8: Maklumat J- QAF

2) GURU j- QAF:-

Jawatan guru j- QAF diwujudkan bagi perlaksanaan program j- QAF seperti

dalam jadual berikut:-

3) UNJURAN BILANGAN GURU j- QAF DI SEKOLAH RENDAH:-

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bil. Guru

Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4979

Tahun 2

(tambahan guru)1221 1235 1247 1260

Tahun 3 (tambah

1 guru bahasa

Arab)

1221 1235 1247

Jumlah kumulatif

Guru j- QAF3663 7368 2330 8566 24867 32171

4) KUMPULAN SASARAN:-

Sasaran program ini ialah murid- murid di sekolah rendah. Mulai tahun 2005

semua murid Tahun 1 di sekolah- sekolah yang terpilih akan menerusakan

pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Majlis Khatam al- Quran bersama-

sama murid Tahun 1. sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4, 861 buah kelas

dan seramai 194, 440 orang murid akan terlibat pada tahun 2005.

Page 9: Maklumat J- QAF

5) PENJADUALAN:-

5.1) kelas pemulihan jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi

murid- murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1, jawi diajar

selama 2 waktu seminggu.

5.2) Bagi Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi ia akan

dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di

SK pada masa ini, iaitu selama 2 waktu seminggu. Ia diajar bersama-

sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil

Komunikasi.

5.3) Model 6 Bulan Khatam al- Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak

4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa

yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al- Quran akan

meneruskan kaedah Iqra’. Pada 6 bulan kedua pengajaran al- Quran

menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6.

bagi model Tasmik pelaksanannya adalah di luar jadual waktu

persekolahan.

5.4) Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan.

Ia akan dilaksanakan 4 kali setahun.

6) LATIHAN GURU:-

Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru- guru pelatih j- QAF

dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kemenerian Pendidikan Malaysia.

Bagi meningkatkan keprofesionalan guru- guru j- QAF, akan dikenalpasti antara

mereka sebagai jurulatih dan diberi latihan dari semasa ke semasa di dalam dan

luar Negara.

Page 10: Maklumat J- QAF

PENGIKTIRAFAN

Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j-

QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru, murid

dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Majlis Khatam al- Quran

Sekolah- sekolah. Program ini akan diadakan di semua peringkat sekolah,

daerah, negeri dan kebangsaan.

8) BAHAN DAN KEMUDAHAN:-

Bahan- bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Pelaksanaan

buku panduan dasar dan pengurusan kurikulum j- QAF, buku- buku panduan

pelaksanaan model- model pengajaran j- QAF dan bahan- bahan contoh untuk

pengajaran dan pembelajaran Kelas Pemulihan Jawi. Selain itu, mushaf al-

Quran, buku aktiviti jawi, buku teks BAK, buku aktiviti BAK, bahan Bantu belajar

pemulihan jawi, perisian computer bagi keempat- empat komponen j- QAF,

bahan- bahan bacaan tambahan, tafsir al- Quran, kamus Bahasa Arab, buku

latihan khat jawi, makmal j- QAF, bilik khas j- QAF dan peralatan ICT amat

diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaan program j- QAF supaya

keberkesanannya berterusan.

9) PENTAKSIRAN:-

Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j- QAF.

Pihak sekolah hendaklah menyediakan sijil khas yang akan diselaraskan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 11: Maklumat J- QAF

10) PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN:-

Pegawai- pegawai j- QAF peringkat pusat dan negeri akan mnjalankan

pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin

keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat dari

semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenalpasti kelemahan dan

kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

11) PERLAKSANAAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS:-

Murid- murid istimewa dalam sistem pendidikan khas akan dilibatkan dalam

program j- QAF. Kertas perancangan secara khusus telah disediakan oleh

Jabatan Pendidikan Khas. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas,

bahan- bahan pengajran dan pembelajaran, bahan- bahan sokongan dan insentif

yang khas serta kemudahan- kemudahan lain.

PENUTUP

Adalah menjadi harapan KPM agar para pendukung j- QAF memahami hasrat

program ini dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. J- QAF boleh

berfungsi sebagai tunggak baru dalam memperkasakan pendidikan Islam untuk

membina jati diri insane mukmin di samping merealisasikan hasrat Falsafah

Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.