majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · proposal and implementation of one- stop center...

36
MANUAL MPK BIL : 122 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PERMOHONAN KELULUSAN PELAN LANDSKAP BAGI PEMAJUAN BARU

Upload: phamnhi

Post on 16-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

MANUAL MPK BIL : 122 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PERMOHONAN KELULUSAN PELAN

LANDSKAP BAGI PEMAJUAN BARU

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATARBELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5-6

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 8-12

8.0 CARTA ALIR KERJA 12

9.0 PENUTUP 13

LAMPIRAN 14

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka

menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja

MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan

agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu

tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penghasilan Manual ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan

warga MPK dalam memberikan perkhidmatan khususnya Bahagian

Kawalan Pembangunan Landskap dan Pelaksanaan Dasar. Manakala

kepada warga Klang amnya dapat meningkatkan pemahaman di dalam

proses Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru

dalam mencapai objektif untuk menjadikan Klang sebagai “Bandar

Dalam Taman” demi untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf

keselesaan hidup penduduk Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi

restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya

landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan

(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan

pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch

pengarang buku “The Image of The City”, landskap

bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang

banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati

dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru

melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan

menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh

masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di

hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya

menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan

pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu

tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu

persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan

sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan

landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.

Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja

rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.

Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan

dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan

penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan

MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk

mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.

Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan

Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi

kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual

ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-

sama menghasilkan manual ini.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Memastikan semua permohonan kelulusan pelan landskap yang dikemukakan diproses dengan teratur mengikut prosedur dan garispanduan dalam masa yang ditetapkan.

1.3 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG Manual ini dilaksanakan di bawah pemantauan Bahagian Kawalan Pembangunan Landskap dan Pelaksanaan Dasar dalam memproses permohonan kelulusan pelan landskap yang dikemukakan oleh perunding landskap atau pemaju bagi pemajuan baru.

3.0 DEFINISI

3.1 Landskap

Secara umumnya adalah pemandangan di atas permukaan

bumi yang dihasilkan daripada keadaan semulajadi atau hasil

binaan. Dari sudut senibina landskap merupakan gabungan

antara sains dan seni di dalam menghasilkan suatu rekaan

kreatif melalui dua komponen utama landskap lembut

(softscape) dam landskap kejur (hardscape).

3.2 Pelan Landskap

Pelan landskap yang menunjukkan susun atur landskap lembut

dan landskap kejur yang mengikut spesifikasi dan piawaian

yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang di

sesuatu kawasan perumahan, kawasan perdagangan,

kawasan perindustrian,kawasan perniagaan dan sebagainya.

Kepentingan Landskap di dalam Pembangunan seperti syarat-

syarat yang terkandung di dalam Seksyen 21, Akta

Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan

Garispanduan Landskap Negara Edisi 2.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 6

3.3 Landskap Kejur

Merujuk kepada semua jenis struktur hasil binaan manusia

seperti perabot jalan, laluan pejalan kaki, wakaf, pancuran air,

lampu taman, arca dan sebagainya.

3.4 Landskap Lembut

Merujuk kepada sumber alam semulajadi seperti topografi, air dan tanaman.

4.0 CARTA BAHAGIAN BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN LANDSKAP DAN PELAKSANAAN DASAR

Pengarah Jabatan Taman

dan Rekreasi

Penolong Arkitek Landskap

Kanan

Penolong Arkitek Landskap

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 7

5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: 5.1 Akta-Akta Yang Digunapakai

5.2 Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai

5.3 Garis panduan Yang Digunapakai

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid / No.Keluaran / No.Pindaan

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Cetakan Tahun 2003

2. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

Cetakan Tahun 2009

3. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Cetakan Tahun 2008

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid / No.Keluaran / No.Pindaan

1. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

No.Pindaan Sel. P.U. 48; Tahun 2005

2. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005

No.Pindaan Sel. P.U. 46; Tahun 2005

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid / No.Keluaran / No.Pindaan

1. Garispanduan Landskap Negara (Edisi 2)

Tahun 2008

2. Garispanduan Penyelenggaraan MPK

Tahun 2005

3. Garispanduan Penyelenggaraan Pokok

Tahun 2008

4. Guidebook Improving The Delivery System Procedure And

Process Of Development Proposal And Implementation Of

One- Stop Center (Second Edition)

Tahun 2008

5. Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor

Tahun 2010

6. Dasar Landskap Negara Tahun 2011

7. Garispanduan Perancangan Kejiranan Hijau

Tahun 2012

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 8

6.0 SKOP KERJA

6.1 Memproses dan membentangkan permohonan kelulusan pelan landskap ke mesyuarat Jawatankuasa OSC.

6.2 Membentangkan kertas kerja dan isu-isu berkaitan teknikal ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.

6.3 Mengeluarkan surat sokongan landskap kepada pemaju bagi

mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan CCC.

6.4 Memantau kerja-kerja landskap yang dibangunkan oleh pemaju.

6.5 Merancang, melaksana dan memantau dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan landskap seperti Local Agenda 21.

6.6 Merancang, melaksana dan memantau dasar-dasar dan arahan

berkaitan dengan pengurusan kualiti seperti MS ISO 9001:2008.

7.0 PROSES KERJA

Tatacara Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan

Baru

7.1 Menerima Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

7.1.1 Terima permohonan kelulusan pelan landskap daripada

perunding landskap arkitek melalui Jabatan Pusat

Setempat (OSC).

7.1.2 Pastikan surat daripada perunding landskap arkitek

dilampirkan bersama dengan :

7.1.2.1 1 set pelan berlapik kain / linen.

7.1.2.2 2 set pelan kertas.

7.1.2.3 Kebenaran merancang dan pelan susunatur

yang disahkan atau diluluskan (sekiranya

berasingan dengan permohonan pelan

bangunan atau Kebenaran Merancang).

7.1.2.4 Salinan resit bayaran proses pelan.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 9

7.1.3 Rekod permohonan dalam buku daftar dan buka fail

dengan mencatat nombor rujukan, tajuk projek dan nama

perunding landskap arkitek dengan lengkap di atas kulit

fail dan di dalam buku daftar.

7.2 Penyediaan Laporan dan Ulasan

7.2.1 Fail dan pelan-pelan akan disemak dan diberi ulasan

mengikut Senarai Semak Dokumen Permohonan

Landskap (Lampiran 5), Senarai Semak Terperinci

Permohonan Pelan Landskap (Lampiran 5A) dan

Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap,

Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis Perbandaran Klang.

7.2.2 Laporan dan ulasan perlu disahkan status bagi tindakan

yang perlu diambil;

7.2.2.1 Sekiranya pelan landskap tidak teratur, surat komen atau arahan pembetulan akan dikeluarkan kepada perunding arkitek landskap yang perlu melaksanakan pembetulan pelan landskap dan memajukan semula ke kaunter OSC merujuk kepada para 4.1.

7.2.2.2 Sekiranya pelan landskap disahkan teratur,

kertas kerja akan disediakan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (MJOSC).

7.2.3 Pemantauan akan dibuat sekiranya pelan landskap

pembetulan yang tidak diambil atau dikembalikan oleh

perunding landskap arkitek bagi tindakan seperti berikut;

7.2.3.1 Surat Peringatan akan dikeluarkan.

7.2.3.2 Sekiranya tiada tindakan daripada perunding

landskap arkitek, pelan landskap tersebut akan

dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

Setempat (MJOSC) untuk syor TOLAK bagi

mengemaskini rekod Jabatan Pusat Setempat

dan rekod Jabatan Taman dan Rekreasi.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 10

7.3 Penyediaan Kertas Kerja ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

Setempat (MJOSC).

7.3.1 Kertas kerja dibentangkan di dalam MJOSC untuk

mendapatkan kelulusan samada lulus/lulus syarat, tolak

atau tangguh.

7.3.2 Berdasarkan keputusan mesyuarat, tindakan-tindakan

yang perlu diambil;

7.3.2.1 Sekiranya keputusan lulus/lulus bersyarat bagi

permohonan berasingan (telah ada kelulusan

Kebenaran Merancang), perlu disediakan surat

lulus dan cop lulus di atas pelan. Syarat-syarat

kelulusan akan dinyatakan dalam surat lulus dan

ditampal di dalam pelan lulus.

7.3.2.2 Bagi permohonan kelulusan pelan landskap

serentak dengan permohonan Kebenaran

Merancang, surat lulus dan pelan-pelan

landskap hanya akan dicop lulus selepas

disahkan penerimaan kelulusan Kebenaran

Merancang (Borang C-1) dan pelan susunatur

yang dikemukakan.

7.3.2.3 Surat kelulusan hendaklah menggunakan

nombor rujukan fail yang didaftarkan.

7.3.2.4 Pelan lulus/lulus bersyarat hendaklah

mengandungi nombor rujukan mengikut

bilangan pelan dibawa ke MJOSC dan tahun

mesyuarat diadakan contoh Bil.1/2012.

7.3.2.5 Sekiranya keputusan tolak, perlu disediakan

surat tolak dengan jelas menyatakan klausa-

klausa perundangan atau peraturan yang tidak

dipatuhi. Diantara sebab-sebab penolakan;

a) Tidak mematuhi Senarai Semak Terperinci

Permohonan Landskap (Lampiran 5A) dan

Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi

Pelan Landskap.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 11

b) Keputusan tolak permohonan pelan

landskap serentak dengan permohonan

Kebenaran Merancang.

c) Tiada tindakan daripada perunding

landskap selepas surat peringatan

dikeluarkan.

7.4 Penyerahan Surat Dan Pelan Kelulusan Landskap Kepada

Perunding Landskap Arkitek.

7.4.1 Pelan lulus/lulus bersyarat hanya akan diserahkan

setelah memastikan semua syarat-syarat kelulusan

dipatuhi.

7.4.2 Perunding landskap arkitek perlu mengisi borang

pengakuan mengambil pelan-pelan lulus.

7.4.3 Surat kelulusan dan 1 set pelan lulus (pelan kertas) akan

diberi kepada perunding landskap arkitek.

7.5 Tempoh Sah Kelulusan Pelan Landskap

7.5.1 Tempoh Sah Kelulusan Pelan Landskap adalah 24 bulan

(2 Tahun) dari tarikh pelan landskap diluluskan dan perlu

diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut.

7.5.2 Perunding/ pemaju perlu memaklumkan pihak Majlis

dengan mengemukakan Borang Notis Permulaan Kerja

Landskap Di tapak Projek.

7.5.3 Projek yang telah dimulakan sebahagian fasa dalam

tempoh 24 bulan (2 tahun), perunding landskap arkitek /

pemaju perlu mengemukakan permohonan melanjutkan

tempoh mengikut prosedur permohonan kelulusan pelan

landskap bagi memperbaharui kelulusan sebelum tamat

tempoh 2 tahun untuk dibentangkan di dalam mesyuarat

jawatankuasa OSC untuk pengesahan semula kelulusan.

7.5.4 Projek yang tidak dimulakan dalam tempoh 24 bulan (2

tahun), perunding landskap arkitek / pemaju perlu

mengemukakan permohonan baru mengikut prosedur

kelulusan pelan landskap untuk dibentangkan di dalam

mesyuarat jawatankuasa OSC untuk kelulusan pelan

landskap.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 12

7.5.5 Pelan-pelan pindaan daripada pelan-pelan yang telah

diluluskan perlu dibuat permohonan baru mengikut

prosedur kelulusan pelan landskap.

7.6 Projek Pembangunan Yang Tidak Perlu Dibuat Permohonan

Dan Boleh Diberi Pengecualian:-

7.6.1 Rumah sesebuah oleh pemohon individu.

7.6.2 Kilang tambahan kurang 0.3 ekar dan tidak melibatkan

kawasan landskap.

7.6.3 Pembangunan semula rumah dan kedai pejabat kurang 5

unit di kawasan pembangunan sedia ada.

8.0 CARTA ALIR

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 13

9.0 PENUTUP Penyediaan Manual Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi

Pemajuan Baru ini diharapkan dapat meningkatkan system

penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya.

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta

kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras

dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis

Perbandaran Klang.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 14

LAMPIRAN

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 15

SENARAI BORANG YANG DIGUNAPAKAI:

Bil. Tajuk Borang No. Borang No. Pindaan

Tarikh Berkuatkuasa

1. Senarai Semak Dokumen Permohonan Landskap (Lampiran 5) dan Senarai Semak Terperinci Permohonan Pelan Landskap (Lampiran 5A)

OSC/PL/01-10 01 01 Januari 2012

2. Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap

GP/01/MPK/PK/KP/14

02 01 Jun 2012

3. Borang Bayaran Proses Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

Borang Taman 22/88

02 01 Januari 2012

4. Notis Permulaan Kerja Landskap Di Tapak projek

Borang PKL/01/2012

00 01 Januari 2012

5. Borang Permohonan Pengecualian Pelan Landskap

TMN/PL/01-10 00 01 Januari 2012

1.1 Senarai Semak Dokumen Permohonan Landskap

JABATAN/AGENSI TEKNIKAL: JABATAN LANSKAP PBT SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN LANSKAP

BIL JENIS DAN BILANGAN DOKUMEN YANG

DISEMAK OLEH OSC ADA/TIADA

/ X CATATAN

Bil Dokumen Bilangan Dokumen

1 Surat permohonan lengkap dengan tandatangan pemilik dan Perunding Bertauliah.

1

2 Surat Kelulusan Kebenaran Merancang; jika berkaitan

1

3 Laporan pengekalan pokok dan pengurusan landskap (TCLM Tree Conservation and Landscape Management Plan) hendaklah disertakan. Laporan dalam bentuk PDF.

1

4 Salinan Resit Bayaran untuk memproses pelan dalam bentuk pdf.

1

5 Pelan-pelan landskap yang disediakan oleh perunding yang berkelayakan.

1

6 Salinan Pelan susunatur yang diluluskan

1

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 16

7 Salinan pelan-pelan lantai yang berkaitan dengan kerja-kerja lanskap.

1

8 (a) Pelan Tampak/keratan yang menunjukkan cadangan dataran dan dataran sedia ada (existing and proposed level of development);

1

9 b) Pelan keratan jajaran jalan sehingga ke bangunan.

1

10 Lukisan Perspektif cadangan lanskap.

1

1.2 Senarai Semak Terperinci Permohonan Pelan Landskap

JABATAN/AGENSI TEKNIKAL:JABATAN LANSKAP PBT SENARAI SEMAK TERPERINCI PERMOHONAN LANSKAP

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS KEPERLUAN JABATAN/AGENSI

ADA/TIADA / X

CATATAN

1 Pelan-pelan landskap yang disediakan selaras Buku Garis Panduan Landskap Negara.

2 Rekabentuk dan butiran cadangan lanskap hendaklah selaras manual LANDSCAPING THE NATION

3 MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PERLU DISERTAKAN − Keluasan tapak pembangunan. − Keluasan kawasan pembinaan. − Keluasan kawasan hijau yang diperuntukan. − Keluasan kawasan landskap kejur. − Keluasan kawasan riadah dan kawasan berekreasi. − Kawasan badan air sekiranya ada.

4 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICATATKAN DI DALAM PELAN − Garis tanda tingkat bawah. (Basement line) − Garisan dinding penahan. (Retaining Wall) − Kawasan lereng bukit. − Bahu jalan. − Laluan kable bervoltan tinggi.(High voltage cable) − Laluan utiliti bawah tanah. − Kawasan-kawasan berair, pergigian air dan paya. − Laluan sedia ada. − Tanaman serta pokok sedia ada. − Sistem pengairan untuk penyiraman.

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 17

6 LUKISAN KERATAN PENANAMAN − Bagi memastikan pokok-pokok ditanam di tempat yang bersesuaian dengan keluasan kawasan yang dirizabkan terutama bagi penanaman di bahu jalan, jalan masuk utama, tempat letak kereta, tepian bangunan dan kawasan cerun, pihak pemaju perlu mengemukakan lukisan keratan rentas (cross section) yang menunjukkan cadangan lokasi pokok dan lain-lain kemudahan yang disediakan seperti lampu-lampu hiasan, kekotak bunga dan perabot-perabot landskap yang lainnya.

7 LUKISAN PELAN TERPERINCI − Semua kemudahan gelanggang terbuka seperti sepak takraw, bola tangkis (badminton) bola tampar dan sebagainya. − Perabut-perabut landskap dengan surat jaminan pembekal. − Bagi kawasan-kawasan khas seperti halaman/plaza hadapan bangunan, lereng bukit, tepian sungai atau tempat yang menjadi tarikan. − Bahan-bahan yang digunakan serta spesifikasi pembinaan perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

8 PELAN UTAMA LANDSKAP − Tajuk Pelan. − Petunjuk. − Sekil. − Tanda Arah/Mata angin. − Jenis Pembangunan.

− Nombor Lot dan Bangunan. − Garis Sempadan (Fasa dan keseluruhan tapak projek)

Nota: Pelan susunatur Landskap yang dipohon untuk kelulusan, perlu diselaras dengan kedudukan kegunaan sepertimana yang telah diluluskan di pelan susunatur di peringkat kelulusan perancangan terutama berhubung

5 MEWARNAKAN PELAN LANDSKAP − Bagi tanaman-tanaman yang dicadangkan mengikut

bentuk serta spesis yang digunakan. − Kawasan siarkaki diwarnakan merah. − Kawasan yang berair seperti lombong, kolam air, sungai

tasik diwarnakan biru. − Taman permainan kanak-kanak warna coklat. − Kawasan cerun warna hijau tua. − Padang bola/kawasan lapang/jalinan hijau warna hijau

muda. − Kemudahan awam seperti gazebo, wakaf, pavillion,

tandas, gerai diwarnakan coklat tua. − Bagi gelanggang riadah seperti bola tampar, tenis, bola

tangkis (badminton), sepak takraw (gelanggang terbuka) diwarnakan oren.

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 18

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS KEPERLUAN JABATAN/AGENSI

ADA/TIADA / X

CATATAN

9 PELAN LOKASI − Pelan yang dikemukakan perlu diwarnakan dengan terang dan mempunyai tajuk dan petunjuk yang lengkap dan telah ditandatangani. − Garisan sempadan lot yang akan dimajukan perlu ditebalkan dan diwarnakan. − Pelan juga perlu menunjukkan jalanraya utama dan semua jalan yang menghubungkan lot yang akan dimajukan. − Pelan juga perlu menunjukkan pembangunan sedia ada di sekitar kawasan cadangan pembangunan. − Pelan perlu menunjukkan pokok-pokok sedia ada di tapak projek dan lot-lot berdekatan (bagi pokok-pokok tepian jalan).

10 PELAN TAPAK − Skala yang digunakan perlu dalam kiraan metrik dan tidak kurang daripada: a) 1:500 bagi projek pangsapuri 300-500 unit; b) 1:1000 bagi pembangunan campuran perumahan atau projek mega; c) 1:250 bagi projek pejabat, stesyen minyak, perdagangan, kilang dan kawasan lapang.

11 LUKISAN PERSPEKTIF − Sekurang-kurangnya satu pelan persektif perlu disediakan sebagai gambaran keseluruhan projek. Kawasan-kawasan yang menjadi pilihan termasuklah halaman/plaza/hadapan bangunan atau kawasan khas yang telah dikenalpasti sebagai tarikan awal kepada pembangunan yang dilaksanakan.

12 SIMBOL TANAMAN − Jenis-jenis tanaman atau spesis yang digunakan perlu seperti di Buku Garis Panduan Landskap Negara. Gambar-gambar perlu diserahkan bagi penggunaan spesis baru atau jarang digunakan. Salinan gambar-gambar dalam bentuk PDF.

13 Sistem pengawalan perjalanan projek lanskap hendaklah selaras dengan manual PENGURUSAN LANDSKAP PENGEKALAN POKOK - TREE CONSERVATION AND LANDSCAPE MANAGEMENT (TCLM) untuk kawasan lapang dan kawasan landskap yang berkaitan.

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 19

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS KEPERLUAN JABATAN/AGENSI

ADA/TIADA / X

CATATAN

14 KEMUDAHAN AWAM DAN REKREASI- Kemudahan awam terutama di kawasan perumahan awam perlu disediakan mengikut pelan susunatur yang diluluskan: a) Kawasan lapang, gelanggang rekreasi terbuka, taman permainan kanak-kanak dan padang bola. b) Perkakas permainan yang dibekalkan perlu daripada bahan-bahan yang telah diluluskan oleh SIRIM dan selamat untuk digunakan. c) Perkakas permainan daripada jenis ready made perlu dilengkapi dengan: • Nama Pembekal • Jenis Alat Pembekal • Lampiran atau Nota Kajian Alat Permainan • Surat Jaminan Pengedar Menyediakan kemudahan taman seperti bangku-bangku duduk, lampu-lampu taman, papan tanda dan sebagainya. Pembekalan rumput diperlukan nama kontraktor dan pembekal. Salinan kelulusan dalam bentuk PDF

15 Penyediaan dan pembekalan PERKAKAS PERMAINAN KANAK-KANAK hendaklah selaras garis panduan PBT/Garis Panduan Landskap Negara .

16 REKABENTUK KESELURUHAN - Penyediaan dan pembahagian komponen ruang adalah mencukupi

17 REKABENTUK KESELURUHAN Keseimbangan kawasan lapang/ hijau dan binaan adalah mencukupi.

18 REKABENTUK KESELURUHAN − Peredaran (Circulation) dalam keadaan baik − Nilai estetik adalah menarik − Lain-lain seperti peruntukan ruang untuk penanaman dalam keadaan baik

19 Rekabentuk dan pemilihan Lanskap lembut hendaklah selaras Garis Panduan Lanskap Negara

20 Rekabentuk dan pembinaan Lanskap Kejur hendaklah selaras Garis Panduan Lanskap Negara.

21 Pertimbangan terhadap keselamatan dari faktor-faktor persekitaran adalah mencukupi dan selaras dengan Garis Panduan Lanskap Negara.

Page 20: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 20

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS KEPERLUAN JABATAN/AGENSI

ADA/TIADA / X

CATATAN

22

LAIN-LAIN − Pengekalan dan pengkayaan pandangan indah adalah mencukupi − "Screening" pandangan buruk adalah mencukupi − Pengekalan dan pemuliharaan landskap adalah mencukupi − Kemudahan saliran adalah mencukupi − Kemudahan pengairan adalah mencukupi − Akses penyelenggaraan adalah mencukupi − Cadangan atau langkah-langkah menghalang hakisan tanah adalah mencukupi. − Peruntukan untuk kawasan lapang, jalinan hijau dan tempat-tempat rekreasi perlu disediakan dengan mengenakan syarat dan keperluan mengikut jumlah penduduk atau peraturan yang bersesuaian. − Jalinan kawasan hijau serta keluasan/rizab kawasan tanaman pokok tepian jalan perlu ditandakan di pelan susunatur projek-projek yang akan dilaksanakan. − Pembangunan yang dicadangkan perlu mengambilkira keadaan fizikal landskap sedia ada terutama yang melibatkan kawasan bukit dan pokok-pokok sedia ada − Menentukan adanya ruang yang luas untuk tujuan landskap. Persimpangan antara pembangunan dengan alam semula jadi terutama kawasan takongan air perlu diambilkira semasa perbincangan pelan susunatur.

23 TEMPOH SAH KELULUSAN − 24 bulan (2 tahun) dari tarikh diluluskan dan perlu diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut

24 PERLAKSANAAN PROJEK LANDSKAP − Perlaksanaan projek landskap perlu mematuhi semua kehendak serta spesifikasi sepertimana di dalam pelan yang diluluskan

Page 21: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 21

2.0 Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap

Majlis Perbandaran Klang Jabatan Taman & Rekreasi

Tajuk Dokumen: Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap No. Dokumen: GP/ 01/ MPK/ PK/ KP/ 14 No. Pindaan: 02 Tarikh Berkuatkuasa: 01 Jun 2012

1.0 Bayaran Pemprosesan Pelan

1.1 Bayaran Proses pelan landskap perlu dijelaskan mengikut kategori

permohonan.

1.2 Salinan resit bayaran perlu disertakan bersama pelan permohonan landskap.

2.0 Keperluan Kebenaran Merancang dan Pelan Susunatur yang telah disahkan.

3.0 Syarat Kebenaran Merancang menaiktaraf kawasan lapang yang berhampiran bagi pembangunan perumahan yang tidak menyediakan kawasan lapang/ kekurangan kawasan lapang.

4.0 Keperluan Pelan Landskap:-

4.1 Menyediakan satu ruangan 100mm x 150mm untuk cop kelulusan di penjuru atas/ bawah kanan setiap pelan.

4.2 Skala pelan yang hendak digunakan adalah 1:300 minima.*

4.3 Arah utara hendaklah ditunjukkan.

4.4 Pokok renek Bunga Raya/ Hibiscus spp. perlu di tanam di jalan masuk utama

setiap pembangunan atau kawasan lapang bagi projek perumahan.

4.9 Pokok yang berbunga lebat hendaklah ditanam di jalan protokol, perumahan

dan kawasan lapang.

4.10 Pemilihan pokok hendaklah mengikut kesesuaian projek dan garis panduan

Landskap Negara.

4.11 Jadual Petunjuk ‘Legend’ hendaklah menunjukkan butir-butir seperti berikut:-

4.11.1 Simbol berwarna (satu simbol bagi satu jenis pokok dan pokok renek).

4.11.2 Nama botani (ejaan hendaklah tepat dan betul).

4.11.3 Nama biasa/ tempatan (ejaan hendaklah tepat dan betul).

Page 22: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 22

4.11.4 Ketinggian pokok bunga + ukuran garis pusat batang pokok;

4.11.4.1 Pokok – 2m tinggi batang x 50mm - 75mm dia. batang

minima.*

4.11.4.2 Palma (single stem) – 1m tinggi batang x 100mm dia. batang (sederhana).*

4.11.4.3 Palma (single stem) – 3m tinggi batang x 250mm dia.batang (besar).*

4.11.4.4 Palma (multi stem) – 2m tinggi keseluruhan dengan minima 3 rumpun pokok.*

4.11.4.5 Pokok renek – 450mm tinggi keseluruhan x 300mm (bentuknya sihat dan subur).*

4.11.4.6 Pokok tutupbumi – 150mm x 150mm.*

4.11.5 Jarak tanaman;

4.11.5.1 Pokok – 8000mm hingga 15,000mm c/c *.

4.11.5.2 Pokok Palma – 3000mm hingga 5000mm c/c *.

4.11.5.3 Pokok renek – 300mm c/c*.

4.11.5.4 Pokok tutupbumi – 150mm c/c.*

4.11.6 Bilangan tanaman perlu dinyatakan.*

4.11.7 Keluasan rumput hendaklah dinyatakan dalam meter persegi.

4.11.8 Senaraikan kemudahan rekreasi, alatan permainan, perabot taman

dan lampu taman serta kuantiti/ jumlah yang dicadangkan.

5.0 Pelan Keratan/ Rentas Terperinci Hendaklah Dikemukakan Bagi

Tanaman:-

5.1 Pokok. 5.2 Palma.

5.3 Pokok renek.

5.4 Penutup bumi. 5.5 Rumput.

5.6 Pelan keratan hendaklah menunjukkan butir-butir seperti berikut:-

Page 23: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 23

5.6.1 Lubang tanaman

5.6.1.1 Pokok/ Palma – 1000 x 1000 x 1000mm.

5.6.1.2 Pokok renek – 300 x 300 x 300mm *.

5.6.1.3 Penutup bumi – 150 x 150 x 150mm.

5.6.2 Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja organik) : 1 (pasir).

5.6.3 Penegak pokok;

5.6.3.1 Kayu penyokong 2500mm x 75mm x 50mm dia. pada setiap pokok.

5.6.3.2 Tali pengikat perlu dibalut dengan ‘hose getah’.

5.6.3.3 Bagi pokok palma yang melebihi ketinggian 3m perlu menggunakan kayu penyokong empat penjuru (ketinggian kayu penyokong hendaklah ½ daripada ketinggian palma) dan batang palma dibalut dengan kain guni.

5.6.4 Rumput di kawasan landskap, di kawasan lapang/ permainan, lereng

‘slope’, simpanan jalan, parit, zon penampan dan padang bola.

5.6.4.1 Tanam rumput axonopus compressus/ cow grass @ rumput

karpet secara ‘close turfing’.

5.6.4.2 Saiz rumput 300mm x 300mm x 50mm (sodding) dan 80% ketulenan/ bebas rumpai.

5.6.4.3 Tanah campuran 100mm (minima) dalam hendaklah ditimbus

dan diratakan. Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja

organik) : 1 (pasir).

5.6.4.4 Mampatkan rumput ke dalam tanah dan diratakan pada gradient 1:8.

5.6.4.5 Kawasan hendaklah bersih daripada batu, kayu dan sampah sarap pembinaan.

(Perkara 5.6.4.1 hingga 5.6.4.5 perlu dinyatakan dalam pelan terperinci).

5.6.4.6 Warnakan semua kawasan rumput di dalam pelan.

Page 24: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 24

6.0 Kotak Bunga/ ‘Planter box’ *:-

6.1 Pelan keratan/ rentas terperinci perlu dikemukakan.

6.2 Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja organik) : 1 (pasir).

6.3 Lubang pengairan (outlet) hendaklah disediakan.

6.4 Simbol dan kuantitinya perlu ditunjuk dalam petunjuk/ legend.

6.5 Jenis pokok bunga dan kuantitinya hendaklah ditunjuk dalam petunjuk/ legend.

6.6 Kedalam planter box hendaklah 500mm minima.

6.7 Kemasan luar kotak bunga hendaklah di bina dengan kemasan atau dicat.

7.0 Keperluan Landskap Mengikut Kategori Kawasan:-

7.1 Kawasan perumahan

7.1.1 Jarak kawasan landskap hadapan rumah antara longkang dan tepi jalan premis (bahu jalan) yang kurang 1.0m hendaklah ditanam palma bersaiz sederhana, pelan keratan rentas terperinci hendaklah dikemukakan (bagi jalan 40 kaki).

7.1.2 Jarak kawasan landskap hadapan rumah antara longkang dan tepi

jalan premis (bahu jalan) yang melebihi 1.0m hendaklah ditanam pokok berbunga, pelan keratan rentas terperinci hendaklah di kemukakan. Batu berbendul/ kerb perlu diadakan bagi membezakan jalan dan kawasan landskap (bagi jalan 50 kaki ke atas).

7.1.3 No. Pt./ Lot hendaklah di tunjukan.

7.2 Kawasan Kilang/ Gudang/ Industri;

7.2.1 Hendaklah ditunjukan no. Lot asal/ Lot kilang.

7.2.2 Kawasan hadapan kilang/ gudang, kelebaran 1.00m hinga 2.00m hendaklah disediakan sebagai kawasan landskap utama.

7.2.3 Minima 1.0m lebar kawasan hijau hendaklah disediakan di sepanjang

pagar sempadan sekiranya jalan melebihi 20 kaki dari garisan sempadan pagar ke garisan bumbung bangunan.

7.2.4 Pelan keratan rentas terperinci dan pelan pandangan hadapan kilang

bagi kawasan yang mempunyai cadangan landskap hendaklah dikemukakan dari garisan bangunan, jalan utama, longkang, pagar hingga kawasan hijau/ zon penampan.

Page 25: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 25

7.3 Kawasan Rumah Kedai;

7.3.1 Pokok perlu ditanam dikawasan laluan pejalan kaki atau di kawasan

tempat letak kereta mengikut kesesuaian di hadapan kedai.

7.3.2 Kedudukan pokok hendaklah bertentangan dengan ‘column’ atau tiang kedai dan ditanam setiap dua ‘column’.

7.3.3 Konkrit framing/ kerb bersaiz 1mx1mx0.2m tinggi dari paras rata

hendaklah dibina pada setiap tapak penanaman pokok*.

7.3.4 Tapak penanaman pokok hendaklah ditunjukan kedudukanya di

dalam pelan.

7.3.5 Pelan terperinci bagi laluan pejalan kaki hendaklah dikemukakan.

7.4 Kawasan tempat letak kereta

7.4.1 Kawasan tanaman bagi pokok teduhan hendaklah diperuntukan 1.0m lebar minima.

7.4.2 Mengadakan batu berbendul/ kerb di keliling lubang tanaman bagi membezakan jalan dan kawasan landskap.

7.4.3 Elakkan tanaman berdaun halus, berbuah atau bunga yang bergetah.

7.5 Kawasan simpanan jalan dan parit serta Jalan-jalan utama;

7.5.1 Hendaklah ditanam pokok.

7.5.2 Diantara pokok hendaklah ditanam pokok renek/ rumput.

7.6 Kawasan Zon Penampan;

7.6.1 Bagi kawasan lebar 10m hendaklah ditanam 2 baris pokok pada jarak 10m c/c.

7.6.2 Bagi kawasan lebar 20m hendaklah ditanam 3 baris pokok pada jarak 10m c/c.

7.7 Kawasan Sekolah/ Pangsapuri/ Bangunan Pameran/ Rumah Kelab/ Stesen

Minyak/ Kompleks Membeli-belah/ Hotel /Tadika /Rumah Ibadat/ Lain-lain :-

7.7.1 Kawasan hadapan premis kelebaran 1.00m hingga 2.00m hendaklah

disediakan sebagai kawasan landskap utama.

7.7.2 Minima 1.0m lebar kawasan hijau hendaklah disediakan disepanjang pagar sempadan sekiranya jalan melebihi 20 kaki dari garisan sempadan pagar ke garisan bumbung bangunan.

Page 26: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 26

7.7.3 Pelan keratan rentas terperinci dan pelan pandangan hadapan premis

bagi kawasan yang mempunyai cadangan landskap hendaklah

dikemukakan dari garisan bangunan, ‘jalan utama’, longkang, pagar

hingga kawasan hijau/ zon penampan.

8.0 Kawasan Lapang/ Permainan/ Padang Bola:-

8.1 Pelan keratan terperinci bagi kemudahan rekreasi hendaklah dikemukakan mengikut spesifikasi Majlis Perbandaran Klang. 8.2 Tapak berkenaan hendaklah dibesarkan supaya tanaman dan susun atur kemudahan rekreasi boleh dibaca dengan jelas.

8.3 Ukuran sempadan dan keluasan hendaklah dinyatakan. 8.4 Tanam sekurang-kurangnya 2 jenis pokok atau lebihkan tanaman pokok berbunga lebat.

8.5 Bangku taman jenis, konkrit yang bersesuaian termasuk perkataan “Majlis Perbandaran Klang”. Tapak asas konkrit 100mm tebal x 1000mm lebar x

2000mm panjang.

8.6 Tong sampah beserta tempat abu rokok dan mempunyai ‘wire mesh’ atau

lapisan tong kedua (dengan logo Majlis Perbandaran Klang dan sticker gambar membuang sampah). Spesifikasi warna hijau. Tong sampah diskrukan pada tapak asas konkrit 100mm tebal x 600mm x 600mm.

8.7 Gelanggang badminton/ sepak takraw (dwi permainan).

8.8 Gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

8.9 Litar refleksiologi 2m lebar x 15m panjang, dibahagi kepada 2 bahagian

susunan batu iaitu tegak dan melintang. Pemegang dari jenis G.I pipe yang dicat lapisan tahan karat.

8.10 Papantanda pemberitahuan Undang-Undang Kecil Taman Tahun 2005 (Jenis

Bergambar) dan Undang-Undang Kecil Vandalisme Tahun 2005 dengan logo Majlis Perbandaran Klang, nama taman perumahan beserta alamat. Spesifikasi warna tiang hitam, background kuning dan tulisan hitam.

8.11 Lampu di kawasan alat permainan dan gelanggang permainan hendaklah ditunjukkan lokasi, bilangan dan perincian. Spesifikasi kerja-kerja elektrik hendaklah merujuk Jabatan Kejuruteraan. 8.12 Pergola, gazebo/ wakaf, laluan pejalan kaki dan lain-lain landskap kejur hendaklah dikemukakan.

8.13 Menyediakan laluan konkrit 1m lebar x 2m panjang x 100mm tebal dan batu

bebendul/ kerb 200mm dikiri kanan di laluan masuk ke kawasan lapang/ di atas longkang terbuka mengikut spesifikasi keperluan OKU seperti yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang.

Page 27: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 27

9.0 Keperluan Alat Permainan Dan Kemudahan Rekreasi Mengikut Keluasan Kawasan Lapang:-

9.1 Mengikut spesifikasi/ Majlis Perbandaran Klang. Pelan terperinci perlu

dikemukakan. Berserta imej alat permainan.

9.2 Kawasan lapang/ permainan kurang 0.25 ekar;

9.2.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘integrated’ 25 hingga 28 orang kapasiti.

9.2.2 Mengadakan dua set buaian dua tempat duduk.

9.2.3 Mengadakan satu set jongkang jongkit dua tempat duduk.

9.2.4 Mengadakan tiga bangku taman.

9.2.5 Mengadakan dua tong sampah.

9.2.6 Mengadakan dua buah lampu taman.

9.2.7 Mengadakan 1 buah papantanda pemberitahuan Undang-Undang

Kecil Taman dan vandalisme.

9.3 Kawasan lapang/ permainan diantara 0.25 ekar hingga 0.5 ekar

9.3.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated 28 hingga 30 orang

kapasiti.

9.3.2 Mengadakan dua set buaian dua tempat duduk.

9.3.3 Mengadakan dua set jongkang jongkit dua tempat duduk.

9.3.4 Mengadakan empat bangku taman.

9.3.5 Mengadakan dua tong sampah.

9.3.6 Mengadakan satu buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-

permainan).

9.3.7 Mengadakan tiga buah lampu taman.

9.3.8 Mengadakan 2 buah lampu limpah gelanggang badminton/

sepaktakraw.

9.3.9 Mengadakan 1 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang

Kecil Taman & Vandalisme.

Page 28: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 28

9.4 Kawasan lapang/ permainan diantara 0.5 ekar hingga 1.0 ekar.

9.4.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 28 hingga 30 orang

kapasiti.

9.4.2 Tiga set buaian dua tempat duduk.

9.4.3 Dua set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.4.4 Mengadakan enam bangku taman.

9.4.5 Mengadakan tiga tong sampah.

9.4.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-

permainan).

9.4.7 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.4.8 Mengadakan lima buah lampu taman.

9.4.9 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang

badminton/ sepaktakraw.

9.4.10 Mengadakan sebuah gazebo/ wakaf.

9.4.11 Mengadakan 1 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang

Kecil Taman & Vandalisme.

9.5 Kawasan lapang/ permainan diantara 1 hingga 2 ekar.

9.5.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 30 hingga 40 orang

kapasiti.

9.5.2 Tiga set buaian dua tempat duduk.

9.5.3 Tiga set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.5.4 Mengadakan lapan bangku taman.

9.5.5 Mengadakan empat tong sampah.

9.5.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-

permainan).

9.5.7 Mengadakan sebuah gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

9.5.8 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.5.9 Mengadakan tiga jenis stesyen senaman (fitness stations) beserta

‘seamless flooring rubber tiles’.

9.5.10 Menyediakan laluan pejalan kaki atau laluan ‘jogging’ 2m lebar.

9.5.11 Mengadakan enam buah lampu taman.

Page 29: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 29

9.5.12 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang

badminton/ sepaktakraw.

9.5.13 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi sebuah gelanggang bola

keranjang.

9.5.14 Mengadakan 2 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang

Kecil Taman & Vandalisme.

9.5.15 Mengadakan 2 buah gazebo/ wakaf.

9.6 Kawasan lapang/ permainan diantara 2 ekar hingga ke atas.

9.6.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 40 hingga 50 orang

kapasiti.

9.6.2 Empat set buaian dua tempat duduk.

9.6.3 Tiga set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.6.4 Mengadakan dua belas bangku taman.

9.6.5 Mengadakan enam tong sampah.

9.6.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-

permainan).

9.6.7 Mengadakan sebuah gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

9.6.8 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.6.9 Mengadakan enam jenis stesyen senaman (fitness stations) beserta

‘seamless flooring rubber tiles’.

9.6.10 Menyediakan satu padang bola.

9.6.11 Menyediakan laluan pejalan kaki atau laluan jogging.

9.6.12 Mengadakan sepuluh buah lampu taman.

9.6.13 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang

badminton/ sepaktakraw.

9.6.14 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi sebuah gelanggang bola

keranjang.

9.6.15 Mengadakan minima 3 buah papan tanda pemberitahuan Undang-

Undang Kecil Taman & Vandalisme*.

9.6.16 Mengadakan 3 buah gazebo/ wakaf.

Page 30: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 30

10.0 Alat Permainan:-

10.1 Pemaju/ Perunding landskap perlu menyediakan alat permainan mengikut

‘Standard Majlis Perbandaran Klang’ dan hendaklah menepati syarat-syarat

seperti di bawah:-

10.1.1 Mengadakan buaian jenis biasa. Tali buaian dari jenis ‘hot-dipped

galvanized finish oven cured’ atau jenis lain yang dibenarkan oleh

Majlis.

10.1.2 EPDM ‘Seamless flooring’ di keseluruhan kawasan alat peralatan

permainan berkelompok (intergrated set).

10.1.3 Segala jenis bahan dan komponen besi yang digunakan perlu melalui

proses powder coated dan menepati cir-ciri keselamatan, ketahanan

dan buatan Malaysia.

10.1.4 ‘Product designed’ menepati SIRIM : MS 966 ‘Design and Safety’.

(Perkara 10.1.1 hingga 10.1.4 perlu dinyatakan dalam pelan terperinci).

10.1.5 ‘Children playground equipment warranty’ sekurang-kurangnya lima

tahun dengan tajuk projek dan alamat serta no telefon syarikat

pengeluar (Dikemukakan semasa permohonan Sokongan CF/

CCC).

11.0 Padang bola/ Futsal:-

11.1 Ukuran dan keluasan padang bola/ futsal perlu dikemukakan.

11.2 Mengadakan penghadang keselamatan di belakang pintu gol/ pagar

disekeliling kawasan futsal (Pelan terperinci perlu dikemukakan).

11.3 Mengadakan tiang-tiang gol (pelan terperinci perlu dikemukakan).

11.4 Mengadakan subsoil-drainage di kawasan penalti (Pelan terperinci perlu

dikemukakan).

11.5 Orientasi gelanggang pada kedudukan melawan arah laluan matahari *.

12.0 Gelanggang permainan;

12.1 Ukuran gelanggang permainan dan ruang legar hendaklah dikemukakan.

12.2 Pelan keratan/ rentas terperinci hendaklah dikemukakan.

12.3 Paras gelanggang permainan hendaklah melebihi 100mm tinggi daripada

paras padang.

12.4 Tiang jaring termasuk ‘Footing’ pelan terperinci hendaklah dikemukakan.

Page 31: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 31

12.5 Semua garisan permainan gelanggang hendaklah dibina daripada mozek

berwarna gelap saiz 50mm.

12.6 Gradient gelanggang hendaklah di antara 1% hingga 3%.

12.7 Orientasi gelanggang pada kedudukan melawan arah laluan matahari*.

13.0 Ke arah menuju Bandar Selamat 2010, pengasingan pejalan kaki dari laluan

bermotor perlu disediakan tanaman landskap diantaranya.

14.0 Tapak-tapak:- Untuk cadangan Surau, Tadika, Balairaya, gerai, masjid,

stesen minyak dan lain-lain hendaklah ditimbus, diratakan dan ditanam

dengan rumput Axonopus compressus secara spot turfing dan 80%

ketulenan. (Kawasan ini hendaklah dipagar dan diselenggarakan oleh pihak

Pemaju Perumahan hingga pembangunan berkenaan telah dilaksanakan

dengan sempurna dan diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan/ kerajaan).

15.0 Kedudukan/ tapak:- Loji najis, bangunan TNB, tangki air dan lain-lain

struktur hendaklah ditunjukkan dalam pelan.

16.0 Tempoh penyelenggaraan :- Enam (6) bulan atau satu (1) tahun dari

tarikh CF bangunan/ CCC dikeluarkan (pihak pemaju hendaklah memberitahu

Jabatan Taman dan rekreasi pada akhir tempoh penyelenggaraan untuk

pemeriksaan terakhir sebelum diambil alih oleh Majlis Perbandaran Klang,

pihak pemaju perlu mengemukakan surat permohonan penyerahan beserta 1

salinan laporan bergambar).

17.0 Tempoh Sah Kelulusan :- 24 bulan (2 tahun) dari tarikh diluluskan dan

perlu diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut.

17.1 Perunding/ pemaju perlu memaklumkan pihak Majlis dengan mengemukakan

Borang Notis Permulaan Kerja Landskap Di tapak Projek.

17.2 Projek yang telah dimulakan sebahagian fasa dalam tempoh 24 bulan (2

tahun) :-

Perunding/ pemaju perlu mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh

mengikut prosedur permohonan kelulusan pelan landskap bagi

memperbaharui kelulusan sebelum tamat tempoh 2 tahun untuk

dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa OSC untuk pengesahan

semula kelulusan.

17.3 Projek yang tidak dimulakan dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) :-

Perunding/ pemaju perlu mengemukakan permohonan baru mengikut

prosedur kelulusan pelan landskap untuk dibentangkan di dalam mesyuarat

jawatankuasa OSC untuk kelulusan pelan landskap.

18.0 Pelan-pelan pindaan daripada pelan-pelan yang telah diluluskan perlu

dibuat permohonan baru mengikut prosedur kelulusan pelan landskap.

Page 32: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 32

19.0 Projek pembangunan yang tidak perlu dibuat permohonan dan boleh

diberi pengecualian:-

19.1 Rumah sesebuah oleh pemohon individu.

19.2 Kilang tambahan kurang 0.3 ekar dan tidak melibatkan kawasan landskap.

19.3 Pembangunan semula rumah dan kedai pejabat kurang 5 unit di kawasan

pembangunan sedia ada.

(Nota: * mengikut kesesuaian)

Page 33: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 33

3.0 Borang Bayaran Proses Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

Page 34: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 34

Page 35: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 35

4.0 Notis Permulaan Kerja Landskap Di Tapak projek

Page 36: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Proposal And Implementation Of One- Stop Center (Second Tahun 2008 5. Garis Panduan Dan Piawaian ... Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 36

5.0 Borang Permohonan Pengecualian Pelan Landskap