majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · oleh itu, majlis perbandaran klang telah mengambil...

12
MANUAL MPK BIL : 74 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PANGKALAN DATA GIS (PENGEMASKINIAN LOT-LOT TANAH) MAJLIS PERBANDARAN KLANG KANDUNGAN

Upload: phungminh

Post on 08-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

MANUAL MPK BIL : 74 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PANGKALAN DATA GIS

(PENGEMASKINIAN LOT-LOT TANAH)

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

KANDUNGAN

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

2

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 9

7.0 CARTA ALIR 10

8.0 PROSES KERJA 11

9.0 PENUTUP 12

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Jawatankuasa induk GIS MPK yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 berperanan untuk mengkuatkuasa segala sistem GIS yang dibangunkan agar ianya selaras dengan aspirasi Majlis untuk memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada masyarakat Klang khasnya. Perkembangan didalam Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) khususnya yang berkaitan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) perlu dilihat sebagai cabaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk diguna pakai segala kelebihannya. Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan di semua peringkat jabatan supaya kualiti kerja yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang diberikan akan bertambah baik dan berkualiti. Dengan terbitnya “Manual Pangkalan Data GIS Majlis Perbandaran Klang” diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak pengurusan, kakitangan dan agensi dan masyarakat untuk mendapatkan maklumat Geospatial dengan cara yang cepat dan mudah di Majlis Perbandaran Klang. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu: “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dan mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ehsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot

Tanah) Majlis Perbandaran Klang ini telah dapat

diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang

terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis

Perbandaran Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku "Manual Pengkalan

Data GIS (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

"merupakan garis panduan edisi pertama yang diterbitkan bagi

memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan sistem GIS di Majlis

Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini diterbitkan adalah untuk

memberi panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga

Klang. Manual Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan

dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang

digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Pengkalan Data GIS (Pengemaskinian Lot-Lot

Tanah) Majlis Perbandaran Klang edisi pertama. Adalah diharapkan

agar apa yang dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku

ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan

Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

1.3 Manual ini menerangkan lapisan-lapisan data yang ada dalam

sistem GIS MPK dan prosedur-prosedur, berkenaan dengan

kaedah pemprosesan data GIS di MPK.

1.4 Manual ini juga menerangkan penggunaan aplikasi E-info bagi

mendapatkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam sistem

tersebut.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Sistem GIS MPK telah dibangunkan pada tahun 1995.

2.2 Tujuan sistem GIS dibangunkan pada tahun 1995 adalah untuk

mengemaskini pelan-pelan lulus Majlis daripada salinan keras

(hardcopy) kepada format digital.

2.3 Pada masa ini, maklumat GIS Jabatan telah diseragamkan dan

telah digunapakai oleh semua jabatan dalam Majlis

Perbandaran Klang.

2.4 Pihak majlis telah mendapat bantuan dan bimbingan GIS dari

Pusat Infrastruktur Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar, serta Jabatan Ukur dan

Pemetaan Malaysia (JUPEM)

2.5 Satu Jawatankuasa Kerja GIS MPK telah ditubuhkan pada

tahun 2009 dengan keanggotaan seperti berikut :

a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa (urusetia)

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

6

b) Jabatan Teknologi Maklumat (Sokongan Teknikal)

c) Jabatan Kejuruteraan

d) Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

e) Jabatan Bangunan

f) Jabatan Taman dan Rekreasi

g) Jabatan Alam Sekitar

h) Jabatan Pelesenan dan Penjaja

i) Jabatan Kesihatan

j) Jabatan Pusat Semakan Setempat (OSC)

k) Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB)

3.0 DEFINISI

3.1 Sistem Maklumat Geografi (GIS) didefinisikan sebagai:

i. Sistem maklumat berkomputer memudahkan kerja-kerja

pengurusan pangkalan data sama ada dalam bentuk peta,

data atribut dan imej.

ii. GIS terdiri daripada komponen perisian, perkakasan,

pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang

mengguna dan mengurus maklumat.

iii. Kelebihannya ialah berupaya memaparkan maklumat hasil

daripada proses data integrasi atau gabungan antara

pangkalan data peta dengan pangkalan data atribut.

iv. Komponen GIS yang memenuhi keperluan sesebuah

organisasi adalah :

a. Pengguna/kepakaran

b. Kaedah/prosidur perlaksanaan

c. Sumber data/maklumat

d. Peralatan komputer

e. Perisian komputer

v. Skop latihan juga melibatkan aspek penggunaan perisian

GIS kepada pelbagai aspek lain seperti penggunaan

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

7

peralatan komputer, pengstoran, polisi dan isu keselamatan

data, isu perkongsian data, standard pembangunan data

yang digunapakai masa kini.

vi. Kos pembangunan data dapat dikurangkan kerana data

digital daripada agensi tertentu adalah jalan terbaik untuk

menjimatkan kos pembangunan data.

vii. Pembangunan data GIS perlulah dilaksanakan secara

berterusan dengan melantik kakitangan khusus yang

bertanggungjawab dalam kerja-kerja pengemaskinian,

penyimpanan dan penyelengaraan data, sistem aplikasi,

infrastruktur dan peralatan komputer.

viii. Kelemahan menguruskan salah satu komponen GIS tersebut

akan menyebabkan proses penerapan sistem ini oleh

organisasi terbabit mungkin menemui kegagalan.

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J41)

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Kanan)

(J36)

Juruteknik Perancang Bandar (Kanan) (J22)

Juruteknik Perancang Bandar (J17)

Pembantu Tadbir (N17)

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

8

5.0 SUMBER KUASA GIS

Garispanduan dan polisi yang digunapakai untuk membangunkan GIS

MPK adalah berpandukan kepada:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);

ii. Surat Perkeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial

Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2009 – Panduan Bagi

Pembangunan dan Pelaksanaan Pusat Data Geospatial /

Geospatial Data Centre (GDC) Yang Dikeluarkan Oleh Pusat

Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCDGI), Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Oktober 2009.

iii. Malaysian Standard MS 1759:2004 (Geographic Infomation

Geomatic – Features and Attribute Codes).

iv. Manual Sistem Maklumat Geografi, Kajian Rancangan

Pemajuan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

v. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

9

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Memberi arahan supaya lot – lot yang diluluskan ditandakan

dalam base-map.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Memastikan setiap pemajuan di atas lot-lot tanah tersebut

mempunyai kelulusan Majlis.

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Menyemak dan merujuk lot-lot tanah pada pelan lulus Majlis

sebelum mendigit lot tersebut di dalam base-map.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Mendigit data spatial dan mengemaskini data-data atribut ke

dalam base-map.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

10

7.0 CARTA ALIR

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

11

8.0 PROSES KERJA

Langkah Pertama : Pihak Berkuasa Tempatan menerima

permohonan pelan. Pelan pemajuan

daripada pihak perunding.

Langkah Kedua : Pelan yang telah diluluskan akan direkod

sebagai pelan Majlis dan salinan pelan

tersebut akan dihantar keunit GIS untuk

proses kemasukan ke pangkalan Data GIS.

Langkah Ketiga : Pelan-pelan pembangunan akan di imbas

(scanning) dan di laksanakan proses

penentuan koordinat. Pihak Majlis

Perbandaran Klang menggunakan sistem

koordinat Selangor Cassini Soldner sebagai

“projection” rujukan pada pelan.

Langkah Keempat : Pelan-pelan tersebut akan di digit

menggunakan perisian MapInfo dan

memasukkan butiran-butiran atribut

berkaitan. Pelan yang telah siap didigit

akan di upload ke dalam Pangkalan Data

GIS MPK.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Oleh itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil langkah pro-aktif bagi membangunkan pangkalan data GIS nya sendiri yang dilaksanakan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 74 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengkalan Data Gis (Pengemaskinian Lot-Lot Tanah) Majlis Perbandaran Klang

12

9.0 PENUTUP

Pelaksanaan manual pengkalan data GIS di atas adalah bagi tujuan

memudahkan kerja-kerja pengurusan sama ada dalam bentuk peta,

data atribut ataupun imej dan berupaya memaparkan maklumat terkini

pada setiap lot di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan telah

diseragamkan untuk digunapakai oleh semua jabatan dalam Majlis

Perbandaran Klang.