majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi...

16
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013 Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 1 MANUAL MPK BIL : 81 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN TINDAKAN NOTIS PENGUATKUASAAN DAN SETINGGAN

Upload: dinhngoc

Post on 20-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 1

MANUAL MPK BIL : 81 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN TINDAKAN NOTIS

PENGUATKUASAAN DAN SETINGGAN

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 2

KANDUNGAN

NO

ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 11

8.0 PENUTUP 15

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penguatkuasaan dibawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976,

Akta 172 menjadi pemangkin kepada tindakan perundangan bagi

mewujudkan pembangunan lestari di dalam daerah Klang. Jabatan

Perancang Bandar komited di dalam memastikan setiap pembangunan

yang berada di kawasan MPK mematuhi prosedur pembangunan yang

telah ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan bukanlah alat untuk

menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan

dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah

Bandaraya Bersih dan Sejahtera.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya

Manual Garispanduan Tindakan Notis

Penguatkuasaan Dan Setinggan ini telah dapat

diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang

terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan bagi

Edisi Pertama ini. Buku Manual ini merupakan garis panduan edisi

pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan

pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis

panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga

Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini

adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta

pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan

Dan Setinggan edisi pertama. Adalah diharapkan agar apa yang

dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

1.3 Memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan semasa

menjalankan tindakan penguatkuasaan dibawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172

2.0 LATAR BELAKANG

Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan, Jabatan Perancang Bandar

MPK merupakan sebuah unit yang menjalankan tindakan ke atas

aduan-aduan awam yang dibuat berkaitan dibawah Akta Perancangan

Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172). Bidang tugas penguatkuasaan ini

memfokuskan kesalahan kerana menjalankan pemajuan tanpa

Kebenaran Merancang (KM) dibawah Seksyen 19, Akta 172 yang

membawa kesalahan dan denda dibawah Seksyen 26 -31, Akta 172

tersebut. Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan juga bertindak sebagai

jentera utama menangani isu setinggan. Melalui kerja-kerja

lapangan/bancian majlis mengumpul data mengenai bilangan dan

perletakkan rumah setinggan serta biodata penghuni. Bagi tujuan

penyelarasan unit ini juga menguruskan mesyuarat serta segala hal

berkaitan setinggan. Bagi memastikan ketepatan data yang ada unit ini

menyediakan satu laporan yang mengandungi data dan pelan untuk

digunakan sebagai garispanduan perancangan jangka masa panjang

ke atas kawasan setinggan bagi membolehkan analisa dan cadangan

dibuat. Sebagai satu unit yang mengawal pembangunan tanpa

kebenaran kerja-kerja memantau dibuat dan kerja-kerja merobohkan

setinggan-setinggan yang baru dilaksanakan. Penduduk-penduduk

setinggan yang mana telah menerima tawaran dan berpindah unit ini

akan menjalankan kerja-kerja perobohan di tapak.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 6

3.0 DEFINISI 3.1 Penguatkuasaan Dibawah Akta Perancangan Bandar Dan

Desa 1976, (Akta 172)

Penguatkuasaan dibawah Jabatan Perancang Bandar adalah

merujuk kepada kesalahan dibawah Akta Perancang Bandar

Dan Desa 1976 (Akta 172). Berpandukan Akta Perancangan

Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) pemajuan membawa

maksud

“ menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan,

perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang

seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas di bawah tanah,

membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan

mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian

daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan

tanah; dan memajukan hendaklah ditafsirkan dengan

sewajarnya;

Tindakan dibawah perancangan Bandar melibatkan kesalahan

pelanggaran dibawah seksyen 19 dimana pemajuan dijalankan

tanpa mendapat Kebenaran Merancang (KM).

3.2 Setinggan

Setinggan merupakan sebuah penempatan yang dibina tanpa

persetujuan atau kelulusan yang mana ianya dibina secara

rawak diatas mana-mana tanah tidak kira diatas tanah kerajaan,

swasta mahupun tanah persendirian. Kewujudan setinggan

memberi gambaran negative disebabkan tiadanya perancangan

teratur bagi menyusun perletakan kawasan-kawasan

perumahan, tempat beribadah, kemudahan awam dan

sebagainya. Peningkatan penduduk Bandar tidak sejajar

dengan pembekalan perumahan maka wujud kawasan

penempatan setinggan.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan Jabatan Perancang Bandar telah

dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu Klang Utara dan Klang Selatan.

Setiap kawasan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perancang

Bandar dan dibantu oleh 2 orang juruteknik. Setiap Juruteknik

dipecahkan kepada dua kawasan. Seorang Pembantu Tadbir

diletakkan dibawah Unit Penguatkuasaan Perancang Bandar bagi

kerja-kerja pentadbiran (penyediaan surat dan notis penguatkuasaan).

Manakala 4 orang Pembantu Penguatkuasa membantu di dalam kerja-

kerja melayan aduan awam dan pemantauan.

PEMBANTU TADBIR

PENGARAH

PERANCANG BANDAR

PEG. PERANCANG

BANDAR

PEN. PEG.

PERANCANG BANDAR

(UTARA)

JURUTEKNIK

PEMBANTU

PENGUATKUASA

JURUTEKNIK

PEN. PEG.

PERANCANG BANDAR

(UTARA)

PEMBANTU

PENGUATKUASA

JURUTEKNIK JURUTEKNIK

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU

PENGUATKUASA

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 8

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

i. Kanun Tanah Negara 1965

ii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

iii. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iv. Undang-Undang Kecil, Majlis Perbandaran Klang

v. Kaedah-Kaedah Am Negeri Selangor

vi. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA 6.1 Skop Kerja Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan

6.1.1 Pegawai Perancang Bandar

Menyelaras tindakan penguatkuasaan/setinggan bagi kes-kes penguatkuasaan dibawah Jabatan Perancang Bandar.

Menyelaras aduan-aduan awam

Menyemak tindakan-tindakan penguatkuasaan dibawah Akta 172

Menghadiri Mesyuarat Berkaitan Unit Penguatkuasaan/setinggan

Membuat lawatan tapak

Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 9

6.1.2 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Membantu Pegawai Perancang Bandar didalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan/setinggan

Membuat lawatan tapak bagi kes-kes tertentu yang memerlukan tindakan segera.

Menyelaras dokumen-dokumen bagi tindakan mahkamah

Melayan aduan-aduan awam

Mengatur jadual pemantauan Daerah Klang

Menghadiri Mesyuarat Berkaitan

Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu

Menyelaras maklumat-maklumat setinggan

Menghasilkan data-data setinggan

6.1.3 Juruteknik Perancang Bandar

Menyediakan dokumen-dokuman bagi tindakan mahkamah

Membuat pemantauan berkala

Melayan aduan-aduan awam

Menghadiri lawatan tapak

Memberikan laporan berkaitan pemantauan atau aduan

awam

Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu

Terlibat secara langsung di dalam bancian setinggan

Membantu di dalam penyediaan data-data setinggan

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 10

6.1.4 Pembantu Penguatkuasa

Membantu membuat rondaan berkala

Melapor jika ada sebarang kesalahan berlaku

Menyampaikan Notis Pentadbiran dan Notis Kaedah

Menyediakan dokumen-dokumen bagi tindakan mahkamah

Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu

Membuat pemantauan kawasan-kawasan setinggan

Terlibat secara langsung di dalam bancian setinggan.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 11

Carian Rasmi & Carian

Syarikat

(1) Notis Pemberitahuan Akhir

(2) Notis Borang D ( Sekiranya tanah tidak boleh

dipulihkan dan bercanggah

dengan zon gunatanah )

(3) Notis Borang G

(4) Notis Borang H (Bagi tanah yang tidak

bercanggah dengan zon

gunatanah )

Rayuan

7.0 PROSES KERJA/CARTA ALIR

7.1 Carta Alir Penguatkuasaan

Penerimaan Aduan/Pemantauan

Siasatan Tapak & Penyediaan Laporan Tapak

Merekod

( Fail Dibuka & Didaftarkan )

Menyemak Laporan Tapak & Kandungan Fail

Pengeluaran Notis Penguatkuasaan

( Sekiranya mendapati pengusaha/pemilik tanah melanggar Sek.

19, Akta 172)

Tindakan Pentadbiran

Semakan Pegawai Perancang

Bandar

Penyampaian Notis Pemberitahuan

Simpanan Fail & Pemantauan Kes

Tindakan Perundangan

( Sekiranya pengusaha/pemilik tidak mematuhi

Borang D & Borang H )

Pematuhan Notis

(30 hari)

Jawatankuasa

Perancang &

Pembangunan MPK

Pengarah Menyemak & Mengesahkan Laporan

Bagi Tindakan Penasihat Undang-Undang

Sekiranya Tidak Lengkap

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 12

7.2 Carta Alir Setinggan

PENYEDIAAN DATA-DATA RKR

Mesy. Pemaju-pemaju

bermasalah

Dapatkan senarai pelan-pelan susunatur

(RKR) dari buku pelan lulus perancangan

Semak kelulusan pelan bangunan RKR dari

Jabatan Bangunan

Tidak lulus (tertunda dalam jangkamasa yang lama)

Surat kepada pemaju berkaitan projek RKR terlibat

dengan Program Penempatan Semula Setinggan

(PPSS)

Mula

Tamat

Lulus

Lulus

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 13

PADANAN SETINGGAN DAN RKR

Mula

Merekod surat masuk dari pemaju

Mendapatkan lokasi setinggan yang

terhampir dengan lokasi RKR dari Unit

Setinggan

Berbincang dengan Pengarah @ mesyuarat

Surat kepada pemaju berkaitan senarai setinggan

Surat tawaran dikeluarkan kepada penduduk

setinggan oleh pemaju

Penyerahan surat tawaran kepada penduduk setinggan

Perjumpaan berkaitan dengan pinjaman Tabung

Perumahan Ehsan kerjasama AmFinance, pemaju & MPK

Mendapatkan lokasi RKR

Pindah ke Rumah Kos Rendah yang ditawarkan

Surat perobohan dikeluarkan oleh Unit Setinggan

Program perobohan akan dijalankan

Setuju

Setuju

Tidak Setuju

Bincang

Semula

Tamat

Tidak Setuju

Bincang

Semula

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 14

PROGRAM PEROBOHAN RUMAH SETINGGAN

Mula

Tamat

Pemantauan/ Siasatan/ Risikan

Mendapatkan maklumat terperinci

dari PTD atau jabatan berkaitan

Lawatan tapak bersama PTD atau

Jabatan lain yang berkaitan

Serahan Laporan Bertulis Rasmi kepada

Pengarah Perancang Bandar

Arahan daripada YDP / SU MPK tentang

Operasi Perobohan yang akan dijalankan

Notis Perobohan dikeluarkan

Pengerahan notis kepada Tuan Punya

rumah

Bantahan /

Tiada Bantahan

Program Perobohan

Bantahan

Tiada Bantahan

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 15

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhan unit Penguatkuasaan dan setinggan menjalankan kerja-

kerja penguatkuasaan berpandukan kepada aduan daripada orang awam

yang disampaikan melalui Jabatan Perhubungan Awam dan aduan daripada

jabatan-jabatan yang lain berkaitan Perancangan Bandar. Selain daripada itu

unit ini juga menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi mana-mana pihak

yang mengusahakan tanah atau mendirikan bangunan tidak menurut

Rancangan Struktur Klang, Rancangan Tempatan Klang dan Pelan-Pelan

Perancangan Majlis dan tanpa menepati Kebenaran Merancang atau tanpa

Kebenaran Merancang. Penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti yang

melanggar Seksyen 19, Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta

172) dan seksyen yang berkaitan akan disabitkan kesalahan. Bagi

memastikan undang-undang dipatuhi kaedah yang digunakan bagi mengawal

pembangunan tanpa kebenaran adalah melalui pemantauan ataupun aduan

awam.

Selain daripada tindakan penguatkuasaan unit ini juga Bertindak sebagai

jentera utama menangani isu setinggan. Kerja-kerja Mengumpul data

mengenai bilangan dan perletakkan rumah setinggan serta biodata penghuni

dibuat bagi memberi gambaran sebenar kepada pentadbir untuk membuat

keputusan yang tepat. Unit ini juga membuat kertas kerja bagi membawa isu-

isu yang tidak boleh diselesaikan di peringkat PBT / PTD je Jawatankuasa

Tetap Setinggan Negeri / EXCO-MTES. Pegawai Perancang Bandar perlu

menyediakan satu laporan yang mengandungi data dan pelan untuk

digunakan sebagai garispanduan perancangan jangka masa panjang ke atas

kawasan setinggan bagi membolehkan analisa dan cadangan dibuat.

Pembantu Penguatkuasa diantara jentera yang penting di dalam membuat

pemantauan dan merobohkan setinggan-setinggan yang baru. Unit ini terlibat

secara langsung di dalam program perobohan setinggan, selepas penduduk

menerima tawaran dan berpindah

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah Bandaraya

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 16

Selain daripada tugas-tugas yang digarikan diatas tidak dapat dinafikan juga

terdapat kerja-kerja tambahan bagi membantu unit-unit yang lain di dalam

menjayakan program-program yang dijalankan oleh pihak Jabatan

Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Klang.