majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk...

13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013 Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang 1 MANUAL MPK BIL : 79 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN NOTIS KEPADA TUAN PUNYA TANAH BERSEBELAHAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

1

MANUAL MPK BIL : 79 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN NOTIS KEPADA TUAN

PUNYA TANAH BERSEBELAHAN

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii

1.0 TUJUAN MANUAL 3

2.0 LATAR BELAKANG 3

3.0 DEFINISI 4

4.0 CARTA BAHAGIAN 5

5.0 SUMBER KUASA 6

6.0 SKOP KERJA 6

7.0 PROSES KERJA 8

8.0 KEPERLUAN NOTIS DIKELUARKAN 10

9.0 DOKUMEN YANG DI PERLUKAN 8

10.0 TINDAKAN PENYAMPAIAN NOTIS 9

11.0 TEMPOH NOTIS 9

12.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM. 9

13.0 HASIL MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN

AWAM 10

14.0 PENUTUP 11

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

3

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

1.3 Memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan semasa

menyediakan dan menyampaikan notis kepada tuan punya tanah

bersempadan yang terlibat.

1.4 Memastikan Notis yang disampaikan selaras dengan Kaedah –

Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001.

1.5 Memastikan notis yang disampaikan diterima oleh tuan punya

tanah bersebelahan dengan prosedur dan kaedah yang betul.

1.6 Memastikan bantahan dan pandangan yang diterima dirujuk ke

mesyuarat jawatankuasa pendengaran awam dengan mematuhi

kaedah di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta

172).

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis

Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah

pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.

Permintaan ke atas perancangan pembangunan, semakin mendapat

sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

4

Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang

mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan

Majlis Perbandaran Klang sendiri. Garispanduan ini mengandungi

perkara-perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber kuasa, skop

kerja, proses kerja, dokumen yang di perlukan, tindakan penyampaian

notis, tempoh notis dan mesyuarat pendengaran awam.

3.0 DEFINISI

3.1 NOTIS

Termasuklah apa-apa pemberitahuan, instrument atau lain-lain

dokumen yang dibenarkan atau dikehendaki untuk disampaikan

kepada mana-mana orang atau badan.

3.2 TUANPUNYA

Mana-mana orang atau badan yang buat masa itu didaftarkan

sebagai tuanpunya mana-mana tanah berimilik.

3.3 TANAH

i. Permukaan bumi dan segala benda yang menjadi

permukaan bumi tersebut;

ii. Bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di

dalamnya;

iii. Segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran

semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan

buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama

ada di atas atau di bawah permukaan bumi;

iv. Segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang

terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang

bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah

permukaaan bumi; dan

v. Tanah yang diliputi air.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

5

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG UTARA)

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU AM

PEJABAT

PEMBANTU AM

PEJABAT

KETUA BAHAGIAN

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

6

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan

manual adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta

mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar

memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat

jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak

minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan

sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.

Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak

sekiranya perlu.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar

akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu dan

menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong Pegawai

Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas kepada

surat-surat yang diterima daripada orang awam dan

menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang

berkaitan.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

7

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-

surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan

menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah

sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan

kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,

menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan ulasan

teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat

permohonan.

6.4 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat

Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,

menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk

bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak,

panggilan mesyuarat, maklumbalas dan sebagainya.

6.5 Pembantu Penguatkuasa

Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik

ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti

tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain

itu, membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

8

7.0 PROSES KERJA

Carta alir tatacara notis kepada tuan punya tanah bersebelahan di

kawasan Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-

TIDAK

LENGKAP

LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN

JABATAN

TEKNIKAL

TERIMA LENGKAP

SURAT

ULASAN/SOKONGAN

JABATAN TEKNIKAL

DARI OSC

PEMOHON MENGEMUKAKAN

PERMOHONAN KM DI OSC

SEMAK PERMOHONAN DI OSC

LENGKAP PEMOHON

TERIMA PERMOHONAN

DARIPADA OSC

SEDIAKAN KERTAS KERJA

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

SEDIA BORANG (KAEDAH 7) KELUAR NOTIS

BERTULIS

PEMUNYA TANAH

BERJIRAN

MESYUARAT

PENDENGARAN

BANTAHAN

SEKIRANYA

MENERIMA BANTAHAN

LULUS/LULUS BERSYARAT

PEMOHON

SEDIAKAN SURAT IRINGAN BORANG

C(A) DAN COP LULUS PELAN DAN

BORANG B (KAEDAH 10) KEPADA

PEMBANTAH

KELUAR SURAT MAKLUMAN

KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON

KEPUTUSAN

PEMBANTAH

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

9

7.1 Penerimaan Permohonan

Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak

permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap

permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di

tolak.

Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak

OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika

belum ada rekod berhubung tanah tersebut.

7.2 Mengeluarkan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan

Borang (Kaedah 7) dikeluarkan kepada tuan punya tanah

bersebelahan.

7.3 Mesyuarat Pendengaran Bantahan

Sekiranya terdapat bantahan daripada tuan punya tanah

bersebelahan, mesyuarat pendengaran bantahan akan di buat.

7.4 Membuat Lawatan Tapak

Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan

berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.

7.5 Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan

kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.

Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

7.4 Keputusan Mesyuarat

Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan

mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.

7.5 Kelulusan

Surat keputusan mesyuarat akan di maklumkan kepada pemohon.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

10

8.0 KEPERLUAN NOTIS DI KELUARKAN

Notis ini digunapakai hanya meliputi Permohonan Kebenaran

Merancang yang terlibat sahaja. Notis ini dikeluarkan untuk

mendapatkan pandangan penduduk berjiran berhubung permohonan

berikut:

8.1. Permohonan gunatanah yang bercanggah dengan kelas/ zon

gunatanah Rancangan Tempatan Klang (2002-2015).

8.2. Permohonan yang bercanggah dengan gunatanah/ bangunan

bersebelahan walaupun di dalam kelas/ zon gunatanah yang

betul.

8.3. Permohonan yang tidak bercanggah dengan zon gunatanah

kawasan tetapi belum dibangunkan sepenuhnya dan

pembangunan tersebut memberi kesan kepada gunatanah

sediada dan sekitar.

8.4. Permohonan yang tidak bercanggah dengan zon tetapi

melibatkan lot-lot pembangunan bersebelahan yang tidak

lengkap.

9.0 DOKUMEN YANG DI PERLUKAN

9.1 Nama pemilik berdaftar bagi tuan punya bersempadan.

9.2 Alamat pemilik berdaftar bagi tuan punya bersempadan.

.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

11

10.0 TINDAKAN PENYAMPAIAN NOTIS

10.1 Menyediakan notis mengikut Jadual Ke Empat Kaedah-kaedah

Pengawal Perancangan (Am) 1996, Notis Kepada Tuan Punya

Tanah Bersebelahan (Kaedah 7).

10.2 Menghantar Notis mengikut Garispanduan Notis Kepada Tuan

Punya Bersempadan.

11.0 TEMPOH NOTIS

11.1 Hak membantah daripada pemilik tanah berjiran adalah dalam

masa 21 hari dari tarikh notis disampaikan.(merujuk kepada

Seksyen 21 (6) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Akta 172).

11.2 Bantahan atau pandangan yang diterima selepas 21 hari dari

tarikh notis disampaikan boleh dilayan tetapi tidak menjadi

kewajipan.

12.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM.

12.1 Tempoh Mengadakan Mesyuarat

Jika ada bantahan yang diterima dan diminta untuk

pendengaran, maka Mesyuarat Jawatankuasa Pendengaran

Awam perlu di buat dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh

notis dikeluarkan. (Merujuk Seksyen 21(7) Akta 172).

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

12

12.2 Keahlian Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:

i. Yang DiPertua Majlis atau Timbalan Yang DiPertua Majlis

atau Ahli Majlis selaku Pengerusi Mesyuarat,

ii. Ahli Majlis,

iii. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor,

iv. Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Klang

(MPK),

v. Pengarah Undang-Undang MPK,

vi. Pengarah Bangunan MPK,

vii. Pengarah Kejuruteraan MPK.

12.3 Aturcara Mesyuarat

i. Pengerusi menjelaskan tujuan dan matlamat Mesyuarat.

ii. Pemohon membentangkan cadangan permohonan

kebenaran Merancang.

iii. Pembantah membentangkan alasan-alasan bantahan.

iv. Pertanyaan daripada ahli jawatankuasa mesyuarat.

13.0 HASIL MESYUARAT JAWATANKUASA PENDENGARAN AWAM

13.1 Hasil perbincangan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa

Pusat Setempat (OSC) untuk pertimbangan dan keputusan.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersebelahan Majlis Perbandaran Klang

13

14.0 PENUTUP

Manual garis panduan ini digubal bagi membantu pihak PBT dan

pemaju dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan

agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip perancangan.

Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan

proses permohonan dan dapat mengetahui dengan lebih jelas

berkenaan notis kepada tuan punya tanah bersebelahan. Adalah

menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar Manual

Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat

termasuk pengusaha, pemaju, PBT dan agensi bertanggungjawab

dalam menyediakan perancangan pembangunan di kawasan Majlis

Perbandaran Klang.