m10 ulum hadith-exam study guide 130215

Upload: sazali-khamsan

Post on 04-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    1/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 1 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    09.02.2013

    D I P L O M A S Y A R I A H I S L A M I Y Y A HULH2012-M10 ULUM HADITH

    BAHAGIAN B (ISIKAN TEMPAT2 YANG DIKOSONGKAN)

    1. HADITH SAHIH

    (Didalam kelompok HADITH MAQBUL)

    HADITH MAQBUL > Hadith yang boleh digunakan sebagai hujah.

    Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh:

    a. Rangkaian perawi thiqah

    b. Adil

    c. Secara bersambung sanadnya

    d. Tanpa illah (janggal)

    e. Tanpa shaz (kecacatan)

    Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

    a. SAHIH LIDHATIH/LIZATIHI

    Dari sudut istilah:

    Syarat2 Hadith ini:

    1. SILSILAH SANAD YANG BERSAMBUNG

    2. PERAWINYA YANG ADIL

    3. PERAWI YANG DHABIT (BAIK PEMELIHARAANNYA, BAIK DARI SUDUTTULISAN & KUAT HAFALAN)

    4. TIDAK ILLAH (JANGGAL) PADA SANAD & MATAN

    5. TIADA SHAZ (KECACATAN) PADA SANAD & MATAN

    b. SAHIH LIGHAIRIH

    Hadith yang pada asalnya bertaraf HASAN LIZATIHI, kemudian disokong

    oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya.

    Ia dinamakan SAHIH LIGHAIRIHI kerana kenaikan tarafnya menjadi

    SAHIH bukan disebabkan riwayatnya yang asal, tetapi kerana sokonganriwayat lain.

    Hadith SAHIH LIGHAIRIHI dilihat sebagai lebih kuat daripada hadithHASAN LIZATHI tetapi lebih lemah berbanding dengan SAHIH LIZATIHI.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    2/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 2 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    2. HADITH DHAIF

    (Didalam kelompok HADITH MARDUD)

    HADITH MARDUD > Ijma ulama menolak kehujahan HADITH DHAIF yang

    melampau factor kedhaifannya secara MUTLAK, baik dari perkara usul, hokum-hakam mahupun fadhilat amalan.

    Mereka juga bersepakat menolak semua jenis Hadith Dhaif dalam perkara usulataupun aqidah, meskipun kedhaifan sederhana. (al-Suyuti 1966, 1:298)

    Sebab2/Faktor2 yang menyebabkan hadith itu lemah dari sudut hujah ialah:

    a. Tidak cukup syarat2 Sahih

    b. Terdapat kecacatan (illah)

    c. Periwayatan kurang dhabit (Selalu melakukan kesilapan, kesalahan,

    seorang yang pelupa dan melakukan penyelewengan pada hadis).

    d. Sanadnya tidak bersambung.

    e. Terdapat kejanggalan (syaz).

    Terbahagi kepada 2 faktor pokok iaitu:

    1. PERAWI GUGUR

    Iaitu sama ada seorang atau lebih, dalam sesebuah rangkaian sanad.Ia ada 2 kategori

    Syarat2 Hadith ini:

    a. PERAWI GUGUR SECARA JELAS

    i. HADITH MUNQATIHadith yang rangkaian sanadnya tidak bersambung atau putus,

    samada gugur perawi seorang atau lebih ditengah-tengah rangkaiansanadanya.

    ii. HADITH MUDALHadis yang gugur 2 atau lebih sanadnya secara berturut-turut.

    Dinamakan MUDAL kerana sukar bagi Ahli Hadith mengesan 2 orangatau lebih perawi yang gugur secara berturut-turut dalam satu

    rangkaian sanad.

    iii. HADITH MURSALHadis yang diriwayatkan oleh Tabiin dan disandarkan terus kepadaNabi SAW dengan tidak menyebut nama Sahabat yang menjadi

    perantaraan Tabiin dan Nabi SAW. > Perawi Sahabat digugurkanatau tidak disebut dalam rangkaian sanad.

    iv. HADITH MUALLAQHadith yang digugurkan awal sanadnya seorang perawi atau lebih

    secara berturut-turut, bahkan ada yang membuang kesemuanya.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    3/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 3 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    b. PERAWI GUGUR SECARA TERSEMBUNYI

    i. HADITH MUDALLAS

    Perbuatan menyembunyikan kecacatan yang ada pada sanad dengan

    menghiaskannya supaya tidak diketahui kecacatan tersebut.

    ii. HADITH MURSAL KHAFISanad yang putus dalam mana-mana tabaqah diantara 2 orang

    perawi yang hidup sezaman tetapi tidak pernah bertemu atau

    bertemu tetapi tidak pernah mendengar sendiri hadith dari ornagtersebut. Ia juga dikenal dengan HADITH MUNQATI KHAFIY.

    2. TUDUHAN TERHADAP PERAWI

    Terbahagi kepada 2 kategori

    Syarat2 Hadith ini:

    a. TUDUHAN TERHADAP DHABIT PERAWI

    i. Kesilapan yang besar - HADITH MUNKAR

    ii. Banyak lupa - HADITH MUNKAR

    iii. Ragu2 atau syak, menyalahi perawi thiqah lain:

    Ubah gaya sanad MUDRAJ AL-ISNAD

    Campur aduk Mawquf dengan Marfu MUDRAJ AL-MATAN

    Tukar susunan matan atau sanad MAQLUB

    Tukar perawi asal dengan perawi lain MUDTARIB

    Mengubah baris MUHARRAF

    Mengubah tanda noktah - MUSAHHAF

    iv. Hafalan yang tidak baik Sengaja (Syaz)

    b. TUDUHAN TERHADAP KEADILAN PERAWI

    i. Hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang dikenali sebagaipendusta, fasik serta banyak dan sering melakukan kesilapan,tidak diketahui riwayat lain selainnya, iaitu dia sahaja yang

    meriwayatkan hadis tersebut.

    HADITH MATRUK Hadis yang dibuang.

    ii. Hadith diriwayatkan oleh perawi dusta, khabar direka-reka dandisandarkan kepada Nabi SAW atau Sahabat atau Tabiin secara

    dusta, kerana ada muslihat tertentu dan hadith dicipta dengan

    menisbahkan kepada Nabi SAW samada pendustaan itudilakukan secara sengaja atau tidak.

    HADITH MAWDU Hadis yang jatuh atau rendah.

    c. PERAWI YANG DHABIT (BAIK PEMELIHARAANNYA, BAIK DARI SUDUT

    TULISAN & KUAT HAFALAN)

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    4/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 4 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    d. TIDAK ILLAH (JANGGAL) PADA SANAD & MATAN

    e. TIADA SHAZ (KECACATAN) PADA SANAD & MATAN

    3. HADITH QUDSI (Pg.78)

    a. PENGERTIAN ISTILAH (Pg.80)

    1. Setiap hadith yang dinisbahkan perkataannya kepada ALLAHTAALA.

    HADITH QUDSI ialah yang mana LAFAZNYA daripada NABI,manakala MAKNANYA daripada ALLAH, samada melalui ILHAM atau

    MIMPI.

    2. Pendapat yang lebih tepat dan menyeluruh, HADITH QUDSI ialah

    apa sahaja hadith yang DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH tetapiDISANDARKAN ALLAH sebagai sumbernya samada bentuk MIMPI

    Atau ILHAM.

    b. CIRI-CIRI HADITH QUDSI (Pg.81)

    1. MAKNA daripada ALLAH dan LAFAZ dari NABI.

    2. TIDAK DIKIRA IBADAH bagi orang yang membacanya, iaitu tidaksebagaimana AlQURAN.

    3. Tidak disyaratkan penetapannya melalui MUTAWATIR.

    4. Diriwayatkan Hadith Qudsi disandarkan kepada ALLAH, tidaksecara langsung, Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan

    berita dari ALLAH.

    5. Menggunakan lafaz-lafaz tertentu, antaranya ialah sebagaimana

    berikut:

    a. Qala Rasulullah SAW Fima Yarwih An Rabbihi

    b. Qala Allah Fima Rawahu Anhu Rasulullah

    6. Hanya memperkatakan tentang atau soal-soal fadail, sunat dan

    keistimewaan-keistimewaan.

    7. Kebanyakkannya bersifat Ahad dan bertaraf zann.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    5/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 5 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    4. SEJARAH PENULISAN HADITH DIZAMAN NABI SAW

    Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam sudah mempunyai kemahiran menulis.

    Sebaik sahaja wahyu pertama diturunkan, Baginda segera menyampaikannya kepada

    Sahabat. Ayat-ayat AlQuran segera dihafal dan dicatat oleh penulis wahyu Rasulullah,namun berlainan dengan hadith.

    Peringkat permulaannya, Rasulullah tidak membenarkan Sahabat menulis atau

    mencatat hadith, dikhuatiri menimbulkan kesamaran dengan ayat AlQuran.

    Tetapi akhirinya, Baginda membenarkannya berdasarkan beberapa sebab.

    PENDAPAT NABI SAW MELARANG MENULIS HADITH

    DALIL2 LARANGANNYA:

    a. Riwayat daripada Abu Said al-Khudri daripada Rasulullah SAW.

    Yang bermaksud:

    Janganlah kamu menulis apa-apa yang lahir dariku (Hadith Sahih lagi benar).

    Sesiapa yang menulisnya selain daripada AlQuran hendaklah iamemadamnya.

    b. Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

    Ketika Rasulullah menemui kami, Baginda bertanyakan kami mengenai apayang kami tulis. Kami menjawab bahwa kami menulis hadith-hadith yang

    kami dengar daripada Baginda.

    Lalu Baginda bertanya kembali.

    Kitab selain kitab Allah? Tidakkah kamu ketahui? Kaum sebelummu sesat

    adalah kerana mereka menulis bersama kitan Allah catatan-catatan mereka.

    SEBAB2LARANGANNYA:

    a. Umat terdahulu mencampur adukkan catatan mereka dengan kitab Allah.

    b. Pada masa yang sama, para sahabat masih disibukkan dengan peperanganpenaklukan kabilah-kabilah jazirah Arab.

    c. Para Sahabat yang belum faham tentang sesuatu hukum, mereka saling

    bertanya kepada yang lebih tahu dan saling mempercayai penuturannya.

    PENDAPAT NABI SAW MEMBENARKAN MENULIS HADITH

    DALIL2 MEMBENARKANNYA:

    a. Abd Allah bin Amru bin al-AS meriwayatkan yang bermaksud:

    Aku menulis semua yang aku dengar daripada Rasulullah SAW untuk dihafal.

    Lalu masyarakat Quraisy berkata kepadanya:

    Awak menulis semua yang didengar daripada Rasulullah, sednagkanRasulullah hanya manusia biasa yang ada kala bercakap ketika marah dan

    tenang.

    Lalu aku berhenti dari menulisnya.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    6/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 6 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    Aku segera menemui Rasullah dan menceritakan hal demikian kepadanya.

    Mendengar kata-kata Abd Allah bin Amru bin al-As itu, Baginda meletakkanjarinya kemulutnya dan bersabda yang bermaksud:

    Tulislah! Demi Zat (Allah) yang jiwaku didalam kuasaNya! Tidak ada

    satupun keluar daripadanya (iaitu mulutku) kecuali yang benar.

    Terdapat Sahifah atau lembaran yang mengandungi hadith yang ditulis padazaman Rasulullah. Antara lembaran tersebut ialah Sahifah yang paling

    terkenal iaitu al-Sahifah al-Sadiqah yang ditulis oleh Abd Allah bin Amru bin

    al-As.

    Dimana didalamnya mengandungi 1000 buah hadith Rasulullah.

    Hadis riwayat beliau telah diriwayatkan oleh cucunya, Amru bin Suib.

    SEBAB2MEMBENARKANNYA:

    a. Pada ketika itu, orang Arab Badawi ingin fatwa/khutbah Nabi dituliskan,maka Nabi meluluskan permintaannya untuk menulis hadith untuknya.

    b. Larangan mencatat hadith2 Baginda adalah diperingkatAWAL SAHAJA dan

    bersifat UMUM dan tidak BERSIFAT MUTLAK.

    c. Umat Islam masih dalam bilangan KECIL dan BARU MENGENAL ISLAM, takut-

    takut tidak dapat MEMBEZAKAN HDAITH DAN ALQURAN.

    d. Apabila sudah BETAMBAH JUMLAH umat Islam dan KUAT PEGANGANIslamnya, maka Baginda mengizinkan Sahabat menulisnya.

    e. Menurut al-Ramahhurmuzi, hadith Abu Said itu adalah pada peringkat AWAL

    Islam. Dimana umat Islam masih lagi dalam kesamaran antara AlQurandengan yang lain.

    Ulama menyatakan bahwa riwayat yang menegah daripada penulisan dan

    mencatat hadith sebenarnya berlaku pada tahun ke-7 Hijrah dan sebelumnya.

    Manakala yang menyuruh atau riwayat yang mengizinkan penulisan adalahdatang selepasnya.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    7/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 7 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    5. RANGKAIAN SANAD MARFU & QUDSI

    1. SANAD HADITH MARFU (Pg.260)

    HADITH MARFU yang disandarkan kepada RASULULLAH SAW (Sanad

    akhirnya adalah para Sahabat).

    Samada: Kata2, perbuatan, pengakuan atau sifat2 Baginda SAW, sebelum

    dibangkitkan menhanyalah dinisbahkan kepada Rasulullah SAW sebagaiadi Rasul atau selepasnya, sama ada rangkaian sanadnya bersambung

    atau terputus.

    2. SANAD HADITH QUDSI (Pg.84)

    HADITH QUDSI hanyalah dinisbahkan kepada Rasulullah SAW (Sanad

    Akhirnya) sebagai PENCERITA dan ia DINISBAHKAN/DISANDARKAN

    kepada AllAH SWT.

    6. MATLAMAT HADITH QUDSI (Pg.85)

    a. Membentuk dan memupuk kepercayaan kepada Allah SWT dengan lebihmeyakinkan, kerana Hadith Qudsi memperkatakan tentang kepercayaan

    aqidah yang sebenarnya mengenai Allah SWT, kekuasaanNya, kebesaranNyadan limpah rahmatNya.

    b. Memperkatakan tentang kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yangbersesuaian dengan aqidah, manakala AlQuran dan hadith Nabi pula lebih

    umum serta menyeluruh.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    8/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 8 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    7. HADITH RIWAYAH (Pg.03)

    Ulama hadith membawa beberapa pengertian mengenai ilmu Hadith Riwayah,antaranya ialah:

    a. Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan

    sesuatu yang berhubung dengan Baginda Rasulullah SAW, samadaberbentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat peribadi.

    b. Ilmu yang membicarakan tentang penukilan hadith secara bertulis daripada

    Nabi SAW samada dari sudut perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat

    dan juga segala apa yang disandarkan kepada Sahabat dan Tabiin.

    1. RIWAYAH DENGAN LAFAZ (Pg.04)

    Pemindahan sesuatu hadith dengan menitikberatkan LAFAZ PERAWINYA

    tanpa melakukan pindaan atau gentian terhadap huruf dan perkataan asal

    Rasulullah SAW.

    2. RIWAYAH DENGAN MAKNA (Pg.05)

    Perawi mengemukakan hadith TANPA TERIKAT dengan perkataan-

    perkataan yang telah didengarinya.

    Dia menukar lafaznya dengan perkataan lain yang seerti ataumenunjukkan maksud yang sama dengan perkataan asal tanpa mengubah

    maksud asal sabda Baginda SAW.

    8. HADITH DIRAYAH (Pg.09)

    Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi, matan,

    method penyampaian dan penerimaan hadith, juga sifat rijal hadith.

    Begitu juga sebagai ilmu tentang cara menilai kesahihan atau dhaif sesebuah

    hadith. Seterusnya juga ia menjelaskan bagaimana hadith itu disampaikan jugasebab-sebab hadith itu didatangkan oleh Rasulullah SAW atau Asbab Wurud al-

    Hadith.

    Konteks lain, ilmu Hadis Dirayah juga dikenali dengan

    a. Ulum al-Hadith

    b. Mustalah al-hadith

    c. Usul al-Hadith

    1. PENGAJIAN MATAN (LAFAZ HADITH) (Pg.09)

    a. Perbincangan tertumpu kepada sifat perawi, iaitu SAHIH, HASAN &DHAIF.

    b. Jenis2 hadith Dhaif saperti: Munqati, Mudal, Mudtarib, Syaz,

    Mudallas, Muallaq, Mubham dan sebagainya.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    9/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 9 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    c. Hadith Palsu dan pembahagiannya.

    d. Perbincangan adalah dari aspek bilangan perawi iaitu: Ahad danMutawatir.

    e. Jenis hadith Ahad: Masyhur, Aziz & Gharib

    f. Jenis hadith Mutawatir: Lafzi & Maknawi

    3. PENGAJIAN SANAD (RANGKAIAN PERAWI SESEBUAH HADITH) (Pg.10)

    a. Riwayat hidup perawi.

    b. Ilmu penilaian perawi yang dikenali dengan AL-JARH WA AL-TADIL,meliputi syarat2 dan kategorinya.

    c. Method penerimaan riwayat.

    d. Methodologi buku-buku yang dihasilkan oleh pakar pengkritikperawi.

    e. Memastikan sanadnya bersambung atau terputus.

    f. Memastikan tiada penambahan dan penyelewengan pada sanad.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    10/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 10 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    BAHAGIAN C (SOALAN2 ESSAY)

    1. PERANAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM (Terangkan sedikit sahaja disini.).

    BERIKAN SATU DALIL BAGI SETIAP DALIL ALQURAN, SUNNAH, IJMA ULAMA,

    LOGIK AKAL.HURAIKAN JUGA ISRAILIYAT & TAKSUB DALAM MERIWAYATKAN HADITH NABI.

    BERIKAN CONTOH DARI ISRAILIYAT & TAKSUB.

    a. Peranan Sunnah Sebagai Sumber Hukum (K3/S15)

    1. SUNNAH adalah sumber hukum Islam yang kedua setelah AlQuran.

    2. Apabila SUNNAH tidak berfungsi sebagai sumber hukum, maka kaum

    Muslimin akan mengalami kesulitan dalam memahami hal cara solat,

    kadar dan ketentuan zakat, cara haji dan lain2.

    3. Disebabkan AlQuran dalam hal2 tersebut hanya berbicara secaraMENYELURUH dan UMUM. Manakala PENJELASAN TERPERINCI ada

    pada SUNNAH Rasulullah SAW.

    b. Dalil2 Kedudukan Sunnah Dalam Syariat Islam (K3/S4-7)

    1. DALIL ALQURAN Menyarankan supaya semua kaum Muslimin

    mentaati Rasulullah SAW, mematuhi perintah Baginda juga

    senantiasa merujuk kepada hadith Baginda Rasulullah SAW.

    Sebagaimana firman Allah:

    Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW, maka sesungguhnya ia taat

    kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah Engkau

    berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk

    menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

    (Surah An-Nisa[4:80])

    2. DALIL HADITH Antara dalil hadith yang menyuruh umat Islammerujuk kepada hadith baginda dalam apa jua keadaan ialah:

    a. Sebagaimana sabda Baginda pada hari berlangsungnya Haji

    Perpisahan yang diriwayatkan daripada UMAR AL-KHATTAB yang

    bermaksud:

    Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesatselama kamu berpegang kepada kedua-duanya: iaitu ALQURAN

    dan SUNNAH Nabi-Nya.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    11/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 11 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    3. DALIL IJMA ULAMA Diantara dalil ijma ulama yang menjelaskan

    bahwa seluruh umat Islam digesa supaya merujuk kepada hadithBaginda dalam apa jua keadaan ialah:

    a. Ulama Islam dari kalangan sahabat sapertiABU BAKAR jugaUMAR dan lainnya hingga zaman sekarang, telah bersepakat

    tentang KEWAJIPAN BERAMAL DENGAN SUNNAH RASULULLAHyang telah terbukti kesahihannya.

    4. DALIL LOGIK AKAL Diantara dalil logik yang menjelaskan umat Islamdigesa supaya merujuk kepada hadith, khususnya dalam perkara2

    yang berkenaan perundangan dan syariat adalah:

    a. Rasul dan Nabi disuruh SAMPAIKAN RISALAH dari Allah, maka

    MUSTAHIL dia menyimpannya dan tidak menjelaskan isinya

    menerusi hadith.

    b. Nabi itu MAKSUM dari segala kesilapan maka apa yang dibawanya

    juga adalah BENAR.

    c. Huraikan Israiliyat & Taksub Dalam Meriwayatkan Hadith Nabi

    1. ISRAILIYAT Berita 2 yang dibawa dari Bani Israel yang terdiri dariYAHUDI & NASRANI. Cerita2 IsrailiyatDITOLAKdan TIDAK DIIKTIRAF

    oleh Islam kerana kebanyakkannya tidak ada manafaat kepada ugama.

    CONTOHNYA:

    Bumi ini terletak diatas sebiji batu dan batu itu berada diatas tandukseekor lembu jantan dan lain2.

    2. TAKSUB DALAM MERIWAYATKAN HADITH NABI

    Reference: @Buku > Pg 250-254 (Hadith Mawdu/Hadith Palsu)

    a. PERTELINGKAHAN POLITIK

    Pendapat Imam Syafii tentang al-Rafidah dengan katanya:Aku tidak dapati satu golonganpun yang mengikut hawa nafsu dengan

    memberi saksi bohong, kecuali golongan al-Rafidah.

    Antara hadith yang direka oleh golongan al-rafidah ialah dengan

    mencela dan mencaci Muawiyah.

    CONTOHNYA:Yang bermaksud;

    Apabila kamu melihat Muawiyah berada diatas mimbarku, bunuhlah

    dia.

    b. Faktor politik juga menyebabkan golongan yang fanatic kepada puakmereka mencipta Hadis Palsu/Hadis Mawdu.

    Sebagaimana golongan yang fanatik kepada Muawiyah mencipta

    hadith.

    CONTOHNYA:

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    12/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 12 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    Yang bermaksud;Orang-orang yang amanah itu ada tiga, iaitu Aku,

    Jibril dan Muawiyah.

    c. FANATIK KEPADA KABILAH, PUAK BANGSA, NEGERI, BAHASA, IMAM &

    JEMAAH TERTENTU.

    Oleh itu, mereka sengaja mencipta Hadis Palsu untuk memenuhi nafsudan kehendak mereka.

    CONTOHNYA:

    Sebagaimana hadith yang dicipta oleh golongan yang fanatik kepada

    Bahasa Arab.

    Yang bermaksud;Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, Ia akan menurunkan wahyu

    dengan Bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia menurunkan wahyu dalam

    Bahasa Arab.

    CONTOHNYA:Hadith yang lain pula, golongan yang fanatik kepada Bahasa Parsi.

    Yang bermaksud;

    Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, Ia akan menurunkan wahyudengan Bahasa Arab dan apabila Ia reda, Ia menurunkan wahyu dalamBahasa Parsi.

    2. TERANGKAN DEFINISI ORIENTALIS SEDIKIT.

    JELASKAN 3 STRATEGI ORIENTALIS.JELASKAN 2 CARA MENOLAK DAKWAAN ORIENTALIS.

    d. Pengertian/Definisi Orientalis (K4/S12)

    1. Aliran pemikiran serta majoritinya tergolong daripada orang2 Eropahyang membuat kajian Bahasa, Politik, Agama dan negara2 disebelah

    Timur termasuk Timur Tengah.

    2. Terdiri dari kalangan Yahudi, Kristian, Atheis yang mana sifatnyaANTI-ISLAM untuk menghancurkan ISLAM.

    3. BERMOTIF: Mencari dan menimbulkan kontroversi dalam masalah

    pokok berkaitan hadith.

    e. 3 Strategi Kotor Orientalis (K4/S13-14)

    1. Hadith & kesusteraannya diragui pada zaman Rasulullah SAW.

    a. Kerana pada masa itu, masih tidak ramai orang Islam pandai

    menulis dan membaca.

    b. Tidak ada pengumpulan rasmi.

    2. Hadith adalah rekaan semata-mata umat Islam yang terhasil dari

    perkembangan semasa saperti budaya dan sejarah umat itu.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    13/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 13 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    3. Pengaruh lain saperti penaklukan jajahan luar dan pengaruh politik

    membentuk hadith dan ia BUKAN WAHYU atau dari NABI SENDIRI.

    4. Hadith hanya baru ditulis dan baru wujud sekitar abad 2 Hijrah.

    5. Hadith sudah LAPUK, tidak sesuai dengan perubahan zaman sekarang

    dan tidak keperluannya dengan kepesatan teknologi.

    6. Meragui tentang hadis kerana jarak jauh dengan Nabi SAW, pasti adapenyelewengan dan tangan2 manusia.

    f. 2 Cara Menolak Strategi Kotor Orientalis (K4/S15-16)

    1. Pada zaman Nabi SAW lagi, para sahabat sudah boleh menulis dan adamencatatnya.

    a. Sokongan: Piagam Madinah dan dokumen rasmi dan hadith dicatatsecara rasmi.

    2. Wujudnya Sahifah sahabat saperti Sahifah Abu Hurairah & Saad binUbadah al-Ansary.

    3. Hadith dijamin oleh AlQuran, maka tolak hadith, mereka harus

    membuktikan AlQuran salah dahulu sebagai wahyu.

    4. Hadith Nabi SAW relevan hingga kehari ini, hinggakan Michael Hartmenulis pengaruh Baginda hingga hari ini dapat dirasakan.

    Bukunya, The 100: A RANKING of THE MOST INFLUENTIAL PERSONS

    IN HISTORY

    5. Dakwaan hadith bercanggah dianatara satu sama lain adalah tidak

    benar. Ia terjadi mengikut kesesuaian masa, tempat dan orang yangditujukan dengannya.

    a. Contoh:

    Apakah amalan yang paling tinggi disisi Allah?

    Nabi menjawab: Berjihad, buat baik kepada ibubapa, bersedekah.

    3. TERANGKAN SANAD ITU APA & ISNAD ITU APA SEDIKIT SEBANYAK SAHAJA.

    KEMUDIAN BERIKAN 3 FAEDAH MEMPELAJARI ULUM HADITH.Reference: Slides Dari Kuliah 01 & 02

    g. Sanad & Isnad (Kuliah 02)

    4. Sanad Jalan yang menyampaikan kepada hadith.

    5. Isnad Menyebutkan hadith itu kepada orang yang menyatakannya.

    Sanad dan Isnad hampir sama ertinya.Keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith.

    Abdullah bin Mubarak berkata:

    Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana Isnad, nescayaberkatalah orang yang apa yang mahu apa yang ia mahu berkata.

  • 7/29/2019 M10 Ulum Hadith-Exam Study Guide 130215

    14/14

    Diploma Syariah Islamiyyah 2012 Page 14 of14

    Kolej Universiti Islam Melaka-D1211280 Sazali Khamsan

    3 Faedah Mempelajari Ulum Hadith (Kuliah 01)

    1. Dapat merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegangnya.

    2. Tidak takut untuk dijadikan dalil yang kuat sebagai hujah.

    3. Dapat mengetahui kedudukan hadith-hadith samada dalam kategoriditerima atau ditolak.

    4. Mampu menolak ancaman tentang golongan yang cuba mengelirukanumat Islam.

    5. Dapat memperbaiki anadaian-andaian yang tidak berasas terhadap

    hadith dan perawinya.

    6. Mampu menghuraikan isu-isu semasa dalam agama dengan kaedah-kaedah Ulum Hadith yang digariskan Ulama Hadith.

    7. Kedudukan hadith adalah sumber kedua Islam, maka dengankemahiran dalam Ulum Hadith akan meningkatkan kemahiran

    mengaplikasikan dan menterjemahkan sabda Nabi SAW.

    8. Dalam menangani serangan dan kritikan dari golongan Orientalis dan

    Israiliyat/khurafat, maka kita memerlukan lebih ramai sarjana dalambidang ini.