ulum quran

Upload: mohd-syamsul-mohd-syamsul

Post on 10-Oct-2015

179 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

faedah mempelajari ulum quran

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 ulum quran

    1/42

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUK M/S

    01 PENGHARGAAN

    02 PENGAKUAN

    03 ARAHAN SOALAN

    04 SOALAN PERTAMA

    05 SOALAN KEDUA

    06 SOALAN KETIGA

    07 REFLEKSI DIRI

    08 RUJUKAN

    09 LAMPIRAN

  • 5/20/2018 ulum quran

    2/42

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

    kurnia serta izin-Nya, dapat juga saya lengkapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini

    dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

    kepada Ustaz Mohd Rusli Bin Ismail kerana banyak memberi tunjuk ajar dan

    dorongan serta nasihat sepanjang proses kerja kursus ini disempurnakan.

    Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan saya

    semangat serta dorongan untuk menyempurnakan tugasan ini. Kepada rakan-rakan

    juga diucapkan ribuan terima kasih atas bantuan berupa idea serta tunjuk ajar bagi

    menyempurnakan kerja kursus ini mengikut arahan yang ditetapkan. Mereka dengan

    ikhlas berkongsi pengetahuan dengan saya.

    Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada individu-individu

    lain yang telah membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsungsehingga terhasil dengan sempurnanya kerja kursus ini.

  • 5/20/2018 ulum quran

    3/42

    PENGAKUAN

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.

    (AG MOHD SYAMSUL BIN ROSLI)

    04 APRIL 2013

  • 5/20/2018 ulum quran

    4/42

  • 5/20/2018 ulum quran

    5/42

    1. Jelaskan istilah Ulum Al-Quran

    Pengertian Ilmu

  • 5/20/2018 ulum quran

    6/42

    Secara dasarnya terdapat pelbagai pengertian yang telah diutarakan mengikut

    pendapat masing-masing berdasarkan bidang yang mereka ceburi antaranya

    bidang falsafah,usul,bahasa dan agama.

    Menurut pandangan ahli falsafah mereka mengatakan bahawa ilmu sebagai

    satu gambaran yang terhasil dari akal fikiran manusia dalam memperoleh

    sesuatu perkara dalam pelbagai keadaan yang dihadapi dan ditempuhi. Ada pula

    yang mengatakan ilmu sebagai sesuatu yang menguasai jiwa dan akal manusia

    dalam memperoleh dan meneroka seseuatu perkara yang mereka kehendaki.

    Dari sudut ahli usuluddin pula menerangkan ilmu sebagai suatu sifat yang

    dengan memilikinya manusia dapat mencapai sesuatu tahap yang tinggi dalam

    hidupnya dan dalam kerjayanya. Ada juga yang mengatakan bahawa ilmu

    sebagai satu sifat yang memungkinkan seseorang menentukan dan memilih

    sesatu tanpa was-was walaupun hanya menggunkan kurniaan pancaindera.

    Golongan Materialispula menyatakan ilmu adalah sesuatu yang dapat diyakini

    dan dikesan menggunakan deria pancaindera. Sekiranya tidak sepertinya seperti

    kepercayaan kepada alam ghaib dan perkara-perkara samiyat adalah tidak

    boleh dianggap sebagai ilmu kerana tidak dapat dirasa dan dicapai melaluipancaindera.

    Manakala, menurut pendapat ahli bahasailmu merupakan sesuatu pengetahuan

    yang hanya dimiliki atau dengan ilmu manusia mengetahui sesuatu yang

    terdapat di alam ini.

    Akhir sekali,dari perspektif ahli agamapula mendefinisikan ilmu sebagai sesatu

    kemempuan manusia dalam usaha mengenali Allah demi membuktikan

    kewujudan-Nya, serta perbuatan-Nya makhluk ciptaanya dan menyakinkannya di

    dalam hati.

    Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu merupakan sesuatu

    kemampuan yang ada pada diri manusia yang digunakan bagi mencapai

    kehiduapan yang sejahtera di dunia dan akhirat serta digunakan bagi

    membahaskan sesuatu yang dihadapi oleh manusia di dunia ini.

  • 5/20/2018 ulum quran

    7/42

    Perkataan ilmu disebut sebagai ULUMdari kalimah jamak iaitu ilmu-ilmu kerana

    pelbagai dan banyakknya cabang ilmu yang terkandung dalam perbahasan ilmu

    yang akan dibincangkan.

    Pengertian Al-Quran

    Al-Quran adalah kalamullah yang berbentuk mukjizat, diturunkan kepada Nabi

    Muhammad s.a.w secara mutawatir melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s yang

    ditulis di dalam mashaf dalam bahasa Arab yang merupakan suatu ibadat bagi

    orang yang membacanya.

    Pengertian ulumul Quran

    Ulumul Quran adalah satu bidang perbahasan ilmu yang membahaskan aspek-

    aspek yang berkaitan dengan Al-Quran .Antaranya ialah permulaan turunnya,

    cara penurunan,tempat turunnya, masanya, pengumpulannya, penulisannya dan

    peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, nasakh dan mansukh, muhkam dan

    mutasyabih, perumpamaan-perumpamaan, tertib surah, tartil ayat dan

    sebagainya.

    Pengertian pada bahasa:

    Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ilm. Ia

    boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta

    sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah

    yang mujiz yang telah diturukan kepada nabi Muhammad, ditulis pada

    mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu ibadat.

    Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.

    Pengertian pada Istilah:

  • 5/20/2018 ulum quran

    8/42

    Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek

    penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya,

    penulisan dan pentafsiran, Ijaz, nasikh mansukh,sebab-sebab turun ayat,

    Irab serta gharib al-Quran.

    Zarqani:

    Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi

    penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya,

    Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-

    Quran.

    Imam al-Suyuti:

    Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi

    penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang

    berkaitan dengannya.

    Rumusannya:

    Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan

    al-Quranyang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-

    Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang

    berkaitan dengan Al-Quran.

    BIDANG PERBAHASAN ULUMUL QURAN.

    Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengertian ulum Al Quran, bidang

    perbahasan ulum Al- Quran merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat

    dengan Al-Quran.Antara soalan yang meliputi perbahasan Ulum Al- Quran

    adalah seperti berikut:-

  • 5/20/2018 ulum quran

    9/42

    1. Pengertian Al-Quran dan punca pengambilannya.

    2. Perbahasan tentang cara penurunan Al-Quran yang bersifat qadim sejak azali

    lagi.

    3. Membincangkan persoalan sebab-sebab turun sesuatu ayat.

    4. Membincangkan tentang ayat-ayat Makki dan Madani.

    5. Membahaskanpersoalan ayat nasikh dan mansukh.

    6. Perbincangan mengenai ayat-ayat muhkam dam mutasyabih.

    7. Perbincangan mengenai ayat-ayat yang awal dan akhir diturunkan.

    8. Perbahasan mengenai pengumpulan Al-Quran serta sejarahnya sejak zaman

    sahabat hinggi zaman kini.

    9. Membahaskan persoalan tafsir, takwil dan juga terjemahan serta hukum-

    hukum melakukannya.

    10. Persoalan wahyu dan cara-cara penurunannya dari Allah kepada Nabi

    Muhammad s.a.w

    11. Membincangkan beberapa objektif penurunan Al-Quran dan kemukjizatan Al-

    Quran dan sebagainya.

    PEMBAHAGIAN DAN CABANG-CABANG ULUMUL

    QURAN

    Meskipun nama ilmu-ilmu yang menjadi pembahasan Ulumul Quran telah

    disebutkan secara sepintas lalu, namun untuk lebih mengenalnya perlu

    dikemukakan beberapa macam yang penting diketahui seorang yang hendak

  • 5/20/2018 ulum quran

    10/42

    menafsirkan atau menerjemahkan Alquran. Ilmu-ilmu Alquran pada dasarnya terbagi

    ke dalam dua kategori. Pertama, ilmu riwayah, yaitu ilmu-ilmu yang hanya dapat

    diketahui melalui jalan riwayat, seperti bentuk-bentuk qiraat, tempat-tempat turunnya

    Alquran, waktu-waktu turunnya. Kedua, ilmu dirayah, yaitu ilmu-ilmu yang diketahui

    melalui jalan perenungan, berpikir, dan penyelidikan, seperti mengetahui pengertian

    lafal yang gharib, makna-makna yang menyangkut hukum, dan penafsiran ayat-ayat

    yang perlu ditafsirkan.

    Menurut Hasbi Ash-Shiddieqy, ada tujuh belas ilmu-ilmu Alquran yang terpokok.[46]

    Ilmu Mawathin al-Nuzul

    Ilmu ini menerangkan tempat-tempat turunnya ayat, masanya, awalnya, dan

    akhirnya. Di antara kitab yang membahas ilmu ini adalahAl-Itqan fi Ulum al-Quran

    karya Al-Suyuthi.

    Ilmu Tawarikh al-Nuzul

    Ilmu ini menerangkan masa turunnya ayat dan urutan turunnya satu persatu, dari

    permulaan turunnya sampai akhir serta urutan turun surah dengan sempurna.

    Ilmu Asb ab al-Nuzul

    Ilmu ini menjelaskan sebab-sebab turunnya ayat. Di antara kitab yang penting

    dalam hal ini adalah kitab Lubab al-Nuqulkarya Al-Suyuthi. Namun, perlu diingat

    bahwa banyak riwayat dalam kitab ini yang tidak sahih.

    Ilmu Qiraat

    Ilmu ini menerangkan bentuk-bentuk bacaan Alquran yang telah diterima dari

    Rasul SAW. Ada sepuluh qiraatyang sah dan beberapa macam pula yang tidak sah.

    Tulisan Alquran yang beredar di Indonesia adalah menurut qiraat Hafsh, salah satu

  • 5/20/2018 ulum quran

    11/42

    qiraat yang ke tujuh. Kitab yang paling baik untuk mempelajari ilmu ini adalahAl-

    Nasyr fi al-Qiraat al-Asyrkarangan Imam Ibn al-Jazari.

    Ilmu Tajwid

    Ilmu ini menerangkan cara membaca Alquran dengan baik. Ilmu ini menerangkan

    di mana tempat memulai, berhenti, bacaan yang panjang dan yang pendek, dan

    sebagainya.

    Ilmu Ghar ib Alquran

    Ilmu ini menerangkan makna kata-kata yang ganjil dan tidak terdapat dalam

    kamus-kamus bahasa Arab yang biasa atau tidak terdapat dalam percakapan

    sehari-hari. Ilmu ini berarti menjelaskan makna kata-kata yang pelik dan tinggi. Di

    antara kitab penting dalam ilmu ini adalahAl-Mufradat li Alfaz al-Quran al-Karim

    karangan Al-Raghib al-Ashfahani. Kitab ini sangat penting bagi seorang mufassir

    atau penerjemah Alquran.

    Ilmu Irab Alquran

    Ilmu ini menerangkan baris kata-kata Alquran dan kedudukannya dalam susunan

    kalimat. Di antara kitab penting dalam ilmu ini adalah Imla al-Rahmankarangan Abd

    al-Baqa al-Ukbari.

    Ilmu Wuju h wa al-Nazair

    Ilmu ini menerangkan kata-kata Alquran yang mengandung banyak arti dan

    menerangkan makna yang dimaksud pada tempat tertentu. Ilmu ini dapat dipelajari

    dalam kitab Mutarak al-Aqrankarangan Al-Suyuthi.

    Ilmu Marifah al-Muhkam w a al- Mutasyabih

    Ilmu ini menjelaskan ayat-ayat yang dipandang muhkam (jelas maknanya) dan

    yang mutasyabih (samar maknanya, perlu ditakwil). Salah satu kitab menyangkut

    ilmu ini ialahAl-Manzumah al-Sakhawiyahkarangan Al-Sakhawi.

    Ilmu Nasikh wa al-Mansu kh

  • 5/20/2018 ulum quran

    12/42

    Ilmu ini menerangkan ayat-ayat yang dianggap mansukh(yang dihapuskan) oleh

    sebagian para mufassir. Di antara kitab-kitab yang membahas hal ini adalahAl-

    Nasikh wa al-Mansukhkarangan Abu Jafar al-Nahhas,Al-Itqankarangan Al-

    Suyuthi, Tarikh Tasyridan Ushul al-Fiqhkarangan Al-Khudhari.

    Ilmu Badai Alquran

    Ilmu ini bertujuan menampilkan keindahan-keindahan Alquran dari sudut

    kesusastraan, keanehan-keanehan, dan ketinggian balaghahnya. Al-Suyuthi

    mengungkapkan yang demikian dalam kitabnyaAl-Itqandari halaman 83 s/d 96

    dalam jilid II.

    Ilmu Ijaz Alquran

    Ilmu ini menerangkan susunan dan kandungan ayat-ayat Alquran sehingga dapat

    membungkemkan para sastrawan Arab. Di antara kitab yang membahas ilmu ini

    adalah Ijaz al-Qurankarangan Al-Bagillani.

    Ilmu Tanasub Ayat Alquran

    Ilmu ini menerangkan penyesuaian dan keserasian antara suatu ayat dan ayat

    yang di depan dan yang di belakangnya. Di antara kitab yang memaparkan ilmu ini

    ialah Nazm al-Durarkarangan Ibrahim al-Biqai.

    Ilmu Aqsam Alquran

    Ilmu ini menerangkan arti dan maksud-maksud sumpah Tuhan yang terdapat

    dalam Alquran. Ibn al-Qayyim telah membahasnya dalam kitabnyaAl-Tibyan.

    Ilmu Am tsa l Alquran

  • 5/20/2018 ulum quran

    13/42

    Ilmu ini menerangkan maksud perumpamaan-perumpamaan yang dikemukakan

    Alquran. Al-Mawardi telah membahasnya dalam kitabnya berjudulAmtsl al-Quran.

    Ilmu Jidal Alquran

    Ilmu ini membahas bentuk-bentuk dan cara-cara debat dan bantahan Alquran

    yang dihadapkan terhadap kaum Musyrik yang tidak bersedia menerima kebenaran

    dari Tuhan. Najmuddin telah mengumpulkan ayat-ayat yang menyangkut ilmu ini.

    Ilmu Adab Ti lawah Alquran

    Ilmu ini merupakan tata-cara dan kesopanan yang harus diikuti ketika membaca

    Alquran. Imam Al-Nawawi telah memaparkan dalam kitabnya berjudul kitaAl-Tibyan.

    FAEDAH MEMPELAJARI ILMU ULUMUL QURAN

    Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat

    besar kepada setiap individu dan masyarakat. Lantaran itu juga, ilmu ini juga amat

    penting dipelajari oleh umat Islam kerana manfaatnya yang begitu besar demi

    kepentingan syiar Islam. Atas dasar itu, mengetahui dan mendalami ilmu ini akan

    member jaminan kefahaman yang tinggi bagi mengetahui kandungan yang terdapat

    dalam Al-Quran.Antaranya:

    1. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam

    al-Quran.

    2. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran bahawa ia merupakansebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.

  • 5/20/2018 ulum quran

    14/42

    3. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan

    sampai sekarang dimana jalan penyampainnya adalah secara mutawatir.

    4. Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta

    mengeluarkan hukum daripadanya.

    5. Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan

    perkara yang berkaitan dengan al-Quran.

    6. Untuk memahami kalam Allah atau al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh

    Rasulullah, para sahabat dan tabiin.

    7. Untuk mengetahui kaedah ahli Tafsir mentafsir al-Quran.

    8. Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.

    9. Dapat mentafsir al-Quran dengan baik.

    KEISTIMEWAAN ULUMUL QURAN

    Dengan mempelajari ulumul quran,kita dapat meneguhkan keimanan terhadap

    keagungan al-Quran sebagi kalam Allah,bukannya kalam makhlukNya yang dhaifsemata-mata. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembelajaran dalam bidang ikjazul

    quran terutamanya. Selain itu,kita juga dapat mengamalkan dan menghayati al-

    Quran dan bukannya hanya sekadar membaca sahaja.

    Membaca ayat al-Quran dan memahami makna literalnya sahaja tidak memadai

    untuk mendapat kenikmatan dan keasyikan dalam menghayati maksud sebenar ayat

    al-Quran tersebut. Maka, dengan mempelajari ulumul quran terutamanya dalam

    bidang tafsir al-Quran dapat menjadikan kita hamba Allah yang hidup berpandukan

    al-Quran dan berusaha berakhlak seperti akhlak yang dianjurkan dalam al-Quran.

    Seterusnya, kita dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran sebab kita telah

    memahami al-Quran dengan betul.Akhir sekali,kita juga dapat mengambil iktibar

    daripada kehebatan para ulama mengkaji al-Quran seperti Ibnu Abbas dan

    Mujahid pentafsir ulung al-Quran yang masih disebut-sebut hingga kini.

  • 5/20/2018 ulum quran

    15/42

    MATLAMAT MEMPELAJARI ULUMUL QURAN

    Melalui pembelajaran ulumul quran, kita dapat menguatkan jati diri dan pegangan

    melalui keyakinan terhadap al-Quran. Kita tidak akan begitu mudah sekali

    terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang saban hari menyerang kita kerana kita

    miliki benteng iman yang kuat dalam diri kita tentang iktikad iman kita terhadap

    agama Allah serta keyakinan yang mantap dan tidak berbelah bagi terhadap janji-

    janji Allah yang terdapat di dalam al-Quranul karim. Tambahan lagi,kita juga dapat

    melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan al-Quran. Penghafalan al-

    Quran ini boleh diibaratkan akar segala ilmu. Hal ini demikian kerana, orang-orang

    yang menghafal al-Quran akan mudah mempelajari apa-apa sahaja ilmu. Di

    samping itu,kita dapat melatih minat membaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam

    berdasarkan al-Quran seperti ilmu Makki Madani dan Nasakh Mansukh. Dengan

    mempelajari ilmu-ilmu tersebut,secara tidak langsung kita telah melatih diri agar

    beriltizam dengan disiplin dan kaedah pembelajaran. Akhir sekali,dengan mendalami

    ilmu bahasa Arab, bahasa al-Quran, kita dapat melatih otak kita berfikir secara

    kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap perbahasan ulum al-Quran.

  • 5/20/2018 ulum quran

    16/42

    ULUMUL QURAN PADA ZAMAN NABI

    Setelah Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu dari Allah S.W.T menerusi

    perantaraan malaikat Jibril.Lantaran itu, baginda terus menghafal dan

    menghazamkan segala maksud dan tujuan wahyu tersebut mengikut apa yang telah

    diwahyukan. Selepas itu, baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat

    dan umat Islam serta memerintahkan dituliskan wahyu tersebut pada mana-mana

    tempat supaya tidak hilang.

    Tidak dapat dinafikan lagibaginda dan para sahabat serta umat Islam arif

    wahyu Allah ini dalam semua aspeknya,namun begitu pengetahuan mereka tidaklah

    disusun dengan baik sebab semuanya bercampur dalam pemikiran mereka. Hal ini

    dapat digambarkan bahawa ilmu ulumul quran tidak wujud dan penting pada

    zaman itu.

    Memang benar Baginda pernah melarang para sahabat daripada menulis wahyu

    tersebut keran khuatir ianya bercampur baur dengan masalah dunia.Hal ini amat

    khuatir kerana susah untuk membezakannya pada suatu hari nanti.Sebagaimana

    sabda Nabi s.a.w mafhumnya:

    Jangan kamu tulis daripadaku selain al-Quran, barangsiapa yang telah menulisnya

    maka padamkannya, ceritakanlah daripadaku tidak mengapa.Barangsiap

    membuatpembohongan ke atasku dengan sengaja maka ambillah tempatnya di

    dalam api neraka.

    Tambahan pula, umat Islam tidak lagi memerlukan perbahasan khususmengenai al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Hal ini

  • 5/20/2018 ulum quran

    17/42

    kerana, para sahabat telah tahu dan faham mengenainya dan sekiranya mereka

    menemui masalah, mereka boleh terus merujuknya kepada Nabi s.a.w untuk

    menjelaskan persoalan mereka.

    Memang tidak dinafikan lagi bahawa masalah yang dihadapi ketika itu ialah

    kekurangan kemudahan alat-alat penulisan. Menjadikan ilmu ini tidak penting dan

    tidak berkembang. Hal ini juga ditambah dengan kurangnya bilangan umat Islam

    yang pandai menulis.Sedangkan mashaf al-Quran itu sendiri ditulis pada pelepah-

    pelepah tamar, kulit-kulit binatang dan juga atas batu-batu yang berselerak di tempat

    yang terpelihara.

    Akhir sekali, penurunan al-Quran secara beransur-ansur turut

    mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin

    dapat dibahaskan ilmu-ilmu tersebut sedangkan al-Quran sendiri belum selesai

    diturunkan atau diterima oleh Nabi s.a.w dan umat Islam. Setelah keseluruhan

    wahyu ini diturankan,umat Islam menemui masalah dan memerlukan pembaharuan

    dilakukan keatas kumpulan-kumpulan wahyu tersebut. Dengan itu bermulalah

    ulumul Quran sebagai perbahasan ilmu yang tersendiri.

    ULUMUL QURAN PADA ZAMAN SAHABAT

    Sejak kewafatan baginda Nabi s.a.w Islam telah diterajui oleh khulafa ar-

    Rasyidin dan kemudian kerajaan-kerajaan Islam yang lain kerana perkembangan

    imlu-ilmu termasuklah ulumul Quran memnuhi segala keperluan hidup umat Islam

    pada masa tersebut.

    Antara berapa sebab mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan

    ilmu ini ialah:-

    1. Wilayah Islam semakin luas keran semakin bertambahnya umat Islam

    bukan arab yang sukar memahami bahasa Arab yang mempunyai

    kesusasteraan yang tinggi lebih-lebih algi kalam Allah yang terdapat

    dalam al-Quran.

    2. Berkembangnya minat umat Islam terhadap ilmu yang terhasil dari

    saranan dan cabran al-Quran agar umat Islam mencari dan

    memperkembangkan ilmu pengetahuan.

  • 5/20/2018 ulum quran

    18/42

    3. Terdapatnya banyak rahsia yang terdapat dalam al-Quran yang masih

    tersimpul dan tersembunyi. Atas dasar itu, para ulama terus menulis

    dan mencungkil rahsia-rahsia yang lahir dari pelbagai ilmu yang

    terdapata dalam ulumul Quran.

    4. Semangat kesungguhan dan kerajinan umat Islam dan tanggungjawab

    mereka terhadap Islam yang suci murni bagi meninggalkan suatu

    warisan ilmu kepada generasi akan datang.

    5. Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulama mengenai al-

    Quran dalam semua apek. Hal ini menyebabkan adanya usaha bagi

    menjelaskan segala bentuk perselisihan tersebut bagi menghasilakn

    ulumul Quran.

    Setelah kewafatan Nabi berlaku keingkaran uamt Islam dengan undang-

    undang Islam.Antaranya, mereka ingkar membayar zakat lalu pemerintah

    Islam mengistiharkan perang bagi melaksanakan kewajiapn Islam.

    Peperangan yang berlaku telah mengorbankan sebahagian umat Islam

    termasuk para hafiz.

    Pada zaman khalifaan Abu Bakar dan Umar, ilmu Al-quran masih

    diriwayatkan melalui penuturan secara lisan.Ketika Abu Bakar Shiddiq menjadi

    khalifah terjadi pertempuran yang sangat sengit antara kaum muslimin dengan

    pengikut Musailamah al-Kadzab yang menimbulkan banyak korban. Di pihak

    muslimin ada tujuh puluh penghafal Alquran yang gugur, sehingga Umar bin Khattab

    mengusulkan kepada Abu Bakar untuk menuliskan Alquran dalam satu mushaf.

    Pada mulanya Abu Bakar merasa ragu untuk menerima usul Umar tersebut dan

    memerintahkan Zaid bin Tsabit untuk menuliskan Al-quran dalam bentuk mushaf.

    Ketika di zaman Utsman di mana orang Arab mulai bergaul dengan orang-

    orang bukan Arab, pada saat itu Utsman memerintahkan supaya kaum muslimin

    berpegang pada mushaf induk dan membuat reproduksi menjadi beberapa

    buah naskah untuk dikirim ke daerah-daerah. Bersamaan dengan itu ia

    memerintahkan supaya membakar semua mushaf lainnya yang ditulis orang

    menurut caranya masing-masing.

  • 5/20/2018 ulum quran

    19/42

    Di zaman Khalifah Utsman wilayah Islam bertambah luas sehingga terjadi

    perbauran antara penakluk Arab dan bangsa-bangsa yang tidak mengetahui bahasa

    Arab. Keadaan demikian menimbulkan kekhawatiran sahabat akan tercemarnya

    keistimewaan bahasa Arab dari bangsa Arab. Bahkan dikhawatirkan akan terjadinya

    perpecahan di kalangan kaum Muslimin tentang bacaan Alquran yang menjadi

    standar bacaan bagi mereka. Untuk menjaga terjadinya kekhawatiran itu, disalinlah

    dari tulisan-tulisan aslinya sebuah Alquran yang disebut Mush haf Imam.

    Dengan terlaksananya penyalinan ini maka berarti Utsman telah meletakkan suatu

    dasar Ulumul Quran yang disebut Rasm al-Quranatau Ilm al Rasm al-Utsmani.

    Di masa Ali bin Abu Thalib terjadi perkembangan baru dalam bidang ilmu

    Alquran. Karena banyaknya melihat umat Islam yang berasal dari bangsa non-Arab,

    kemerosotan dalam bahasa Arab, dan kesalahan dalam pembacaan Alquran, Ali

    menyuruh Abu al-Aswad al-Duali (w.63 H.) untuk menyusun kaidah-kaidah bahasa

    Arab. Hal ini dilakukan untuk memelihara bahasa Arab dari pencemaran dan

    menjaga Al-quran dari kesalahan pembacanya. Tindakan khalifah Ali ini dianggap

    perintis bagi lahirnya ilmu NahwudanIrab Alquran.

    ULUMUL QURAN PADA MASA KINI

    Selepas sahaja abad ke-9 kita dapati bahawa ulama Islam semakin

    berkurang untuk berkecimpung bagi menambahkan lagi koleksi kitab-kitab dalam

    ilmu ulumul Quran sehinggalah abad ke-12. Dalam abad ini terbitlah buku yang

    bernama At-Tibyan fi Ulumul Quranoleh As-Syeikh Muhammad Abu Daqiqah.

    Selain itu As-Syiekh Muhamad Mustafa al-Maraghi dengan kitabnya Maslatun fi

    Turjumatil Quran. Sementara Kitab An-Naba al-Adzim telah dikarang oleh As-Syeikh Muhamad Abdullah Daraz. Sebuah lagi kitab bernama Kitab Manahilul Irfan

    fil UlumulQuranoleh Mohamad Abd Adzim az-Zarqoni.Semua kitab di atas adalah

    karangan-karangan pada kurun yang terakhir. Walaupun tidak terdapat lagi kitab-

    kitab ternama sesudah kitab-kitab tersebut namun umat Islam tetap sentiasa

    menyelidiki dan membuat kajian dalam topik-topik tertentu berdasarkan tingalan

    ulama tersebut.

  • 5/20/2018 ulum quran

    20/42

    PERKEMBANGAN ULUMUL QURAN PADA MASA

    TADWIN (PENULISAN ILMU)

    Setelah berakhirnya zaman khulafa ar-Rasyidin, timbul zaman Bani

    Umayyiah. Kegiatan para sahabat dan Tabiin terkenal dengan usaha-usaha mereka

    yang tertumpu pada penyebaran ilmu-ilmu Alquran melalui jalan periwayatan dan

    pengajaran secara lisan, bukan melalui tulisan atau catatan. Kegiatan-kegiatan ini

    dipandang sebagai persiapan bagi masa pembukuannya. Orang-orang yang paling

    berjasa dalam periwayatan ini adalah; khalifah yang Empat, Ibn Abbas, Ibn Masud,

    Zaid ibn Tsabit, Abu Musa al-Asyari, Abdullah ibn al-Zubair dari kalangan sahabat.

    Sedangkan dari kalangan Tabiin ialah Mujahid, Atha, Ikrimah, Qatadah, Al-Hasan

    al-Bashri, Said ibn Jubair, dan Zaid ibn Aslam di Madinah. Dari Aslam ilmu ini

    diterima oleh putranya Abdul Rahman bin Zaid, Malik ibn Anas dari generasi Tabii

    al-tabiin. Mereka ini semua dianggap sebagai peletak batu pertama bagi apa yang

    disebut ilmu tafsir, ilmu asbab al-nuzul, ilmu nasikhdan mansukh, ilmu gharib

    Alqurandan lainnya.

    Kemudian, Ulumul Quran memasuki masa pembukuannya pada abad ke-2 H.

    Para ulama memberikan prioritas perhatian mereka terhadap ilmu tafsir kerana

    fungsinya sebagai Umm al-Ulum al-Quraniah(Induk Ilmu-ilmu Al-quran). Para

    penulis pertama dalam tafsir adalah Syubah Ibn al-Hajjaj, Sufyan ibn Uyaynah, dan

    Waqi Ibn al-Jarrah. Kitab-kitab tafsir mereka menghimpun pendapat-pendapatsahabat dan tabiin.

    Pada abad ke-3 menyusul tokoh tafsir Ibn Jarir al-Thabari (wafat pada tahun

    310 H.). Al-Thabari adalah mufassir pertama membentangkan bagi berbagai

    pendapat dan mentarjih sebagiannya atas lainnya. Ia juga mengemukakan irab

    dan istinbath(penggalian hukum dari Alquran). Di abad ke-3 ini juga lahir ilmu asbab

    al-nuzul, ilmu nasikhdan mansukh, ilmu tentang ayat-ayat Makkiah dan Madaniah.

    Guru Imam al-Bukhari, Ali Ibn al- Madini mengarang asbab al-nuzul; Abu Ubaid al-

  • 5/20/2018 ulum quran

    21/42

    Qasim Ibn Salam (wafat pada tahun 224 H.) mengarang tentang nasikhdan

    mansukh, qirratdan keutamaan-keutamaan Alquran. Muhammad Ibn Ayyub al-

    Dharis menulis tentang kandungan ayat-ayat yang turun di Mekkah dan

    Madinah[24]; Muhammad Ibn Khalaf Ibn al-Mirzaban (w. 309 H) mengarang kitab al-

    Hawi fi Ulum al-Quran.[25]

    Di abad ke-4 lahir ilmu gharib al-Qurandan beberapa kitab Ulumul Quran.

    Di antara tokoh-tokoh Ulumul Quran ini ialah Abu Bakar Muhammad Ibn al-Qasim al-

    Anbari (w. 328 H.) dengan kitabnya Aja ib u lum al-Quran.Di dalam kitab ini al-

    Anbari berbicara tentang keutamaan-keutamaan Alquran, turunnya atas tujuh huruf,

    penulisan mushhaf-mushhaf, jumlah surah, ayat, dan kata-kata Alquran. Abu al-

    Hasan al-Asyari (w. 324 H.) mengarang al-Mukhtazan fiulum al-Quran(Yang

    Tersimpan di Dalam Ilmu Alquran), kitab yang berukuran besar sekali. Abu Bakar al-

    Sijistani mengarang Grarib al-Quran; Abu Muhammad al-Qashshab Muhammad Ibn

    Ali al-Kharkhi (wafat pada tahun 360 H.) mengarang Nukat al-Quran al-Dallah ala

    al-Bayan fi Anwa al-Ulum wa al-Ahkam al-Munbiah an Ikhtilaf al-Anam(Titik-

    Titik Alquran Menunjukkan Kejelasan Tentang Berbagai Ilmu dan Hukum yang

    Memberitakan Perbedaan Pikiran Insani) dan Muhammad Ibn Ali al-Adfawi (wafat

    pada tahun 388 H.) mengarangAl-istghna fi Ulum al-Quran (Kebutuhan Akan Ilmu

    Alquran).

    Di abad ke-5 muncul pula beberapa tokoh ilmu qirrat, di antaranya ialah Ali

    Ibn Ibrahim Ibn Said al-Hufi mengarang A l-Burhan fi Ulum al-Quran dan irab al-

    Quran.Abu Amral-Dani (wafat pada tahun 444 H.) menulis kitab Al-Taisir f i al-

    Qiraat al-Sabi dan Al-Mukh am f i al-Nuqath.Dalam abad ini juga lahir ilmu amtsal

    al-Quranyang di antara lain dikarang oleh Al-Mawardi (wafat pada tahun 450 H.).

    Pada abad ke-6, di samping banyak ulama yang melanjutkan pengembangan

    ilmu-ilmu Alquran yang telah ada, lahir pula ilmu mubhamat al-Quran. Abu al-Qasim

    Abd al-Rahman al-Suhaili (wafat pada tahun 581 H.) mengarang Mubhamat al-

    Quran. Ilmu ini menerangkan lafal-lafal Alquran yang maksudnya apa dan siapa

    tidak jelas. Misalnya kata rajulun (seorang lelaki) atau malikun(seorang raja). Ibn al-

    Jauzi ( wafat pada tahun 597 H.) menulis kitab Funun al-Afnan fiAjaib al-Quran

    dan kitab Al-Mujtaba fi Ulum Tataallaq bi al-Quran.

  • 5/20/2018 ulum quran

    22/42

    Pada abad ke-7 Abd al-Salam yang terkenal dengan sebutan Al-Izz (w. 660 H.)

    mengarang kitab Majaz al-Quran.Alam al-Din al-Sakhawi (wafat pada tahun 643

    H.) mengarang tentang qirrat. Ia menulis kitab Hidayah al-Murtab f i al-Mutasyabih

    yang terkenal dengan namaAl-Sakhawiyah. Abu Syamah Abd al-Rahman Ibn Ismal

    al-Maqdisi (wafat pada tahun 665 H.) menulis kitab Al-Mursyid al-Waj iz f i ma

    Yataallaq bi al-Quran al-Aziz.

    Pada abad ke-8 muncul beberapa ulama yang menyusun ilmu-ilmu baru

    tentang Al-quran. Sementara itu penulis tentang kitab-kitab tentang ilmu-ilmu

    sebelumnya telah lahir terus berlangsung. Ibn Abi al-Ishba menulis tentang

    badaial-Quran.Ilmu ini membahas keindahan bahasa dalam Alquran. Ibn al-

    Qayyim ( wafat pada tahun 752 H.) menulis tentang Aqsam Al-quran. Ilmu ini

    membahas tentang sumpah-sumpah Alquran. Najmuddin al-Thufi (wafat pada tahun

    716 H.) menulis tentang Hujaj Al-quran.Ilmu ini membahas tentang bukti-bukti yang

    dipergunakan Al-quran dalam menetapkan suatu hukum. Abu al-Hasan al-Mawardi

    menyusun ilmu amtsal Al-quran. Ilmu ini membahas tentang perumpamaan-

    perumpamaan yang ada dalam Al-quran. Kemudian Badruddin al-Zarkasyi (wafat

    pada tahun 794 H.) menyusun kitabnya A l-Burhan fi Ulum al-Quran.

    Pada abad ke-9, muncul beberapa ulama yang meneruskan perkembangan

    ilmu-ilmu Al-quran. Jalaluddin al-Bulqini, menyusun kitabnya Mawaqi al-Ulum min

    Mawaqial-Nujum.Menurut al-Suyuthi, Al-Bulqini dipandang sebagai ulama yang

    mempelopori penyusunan Ulumul Quran yang lengkap. Sebab dalam kitabnya

    mencakup 50 macam ilmu Alquran. Muhammad ibn Sulaiman al-Kafiaji, mengarang

    kitab Al-Tafsir f i Qawaid al-Tafsir. Di dalamnya diterangkan makna tafsir, takwil,

    Al-quran, surah dan ayat. Di dalamnya juga diterangkan tentang syarat-syarat

    mentafsirkan Alquran. Jalaluddin al-Suyuthi (wafat pada tahun 991 H.) menulis kitab

    al-Tahbir fiUlum al-Tafsir. Penulisan kitab ini selesai pada tahun 873 H. Kitab ini

    memuat 102 macam-macam ilmu Alquran. Karena itu, menurut sebagian ulama,

    kitab ini dipandang sebagai kitab Ulumul Quran yang paling lengkap. Namun Al-

    Suyuthi belum merasa puas dengan karya yang monumental ini sehingga ia

    menyusun lagi kitab Al-Itqan fi Ulum Al-Quran.

    Di dalamnya dibahas 80 macam ilmu-ilmu Alquran secara padat dan

    sistematis. Menurut Al-Zarqani, kitab ini sebagai pegangan kitab bagi para peneliti

  • 5/20/2018 ulum quran

    23/42

    dan penulis dalam ilmu ini. Setelah wafatnya Imam Al-Suyuthi pada tahun 991 H.,

    seolah perkembangan karang-mengarang dalam Ulumul Quran sudah mencapai

    puncaknya sehingga tidak terlihat munculnya penulis yang memiliki kemampuan

    seperti kemampuannya. Keadaan seperti ini dapat terjadi sebagai akibat meluasnya

    sikap taklid yang dalam sejarah perkembangan ilmu-ilmu agama umumnya mulai

    berlangsung setelah masa Al-Suyuthi. Hal yang demikian berlangsung sejak

    wafatnya Iman Al-Suyuthi hingga akhir abad ke-13 H.

    Abad ke-10, boleh dikatakan adalah abad kemunduran kerana hanya seorang

    penulis yang aktif mengarang, iaitu Imam Jalaluddin Al-Suyuthi yang mengarang

    enam kitab antara lain Tanasubud Durar f i Tanasub is Suwar, at-Tahbir fi Ulumit

    Tafsir, al-Itqan fi Ulumil Quranyang terdiri dari dua juz dalam satu jilid, ad -

    Durral Mantsur fit Tafsiri bil Matsuryang terdiri dari delapan jilid, Lubudun

    Nuqul f i Asbab in Nuzu l, dan Thabaqatul Mufassir in. Kitabnya yang lain,

    Tur juman Al-Quran fi Tafsir Al-Musnad, Al-Suyuti mengumpulkan hadis-hadis

    yang menafsirkan Al-quran. Sayangnya, kitab ini belum ditemukan sampai sekarang.

    Sejak penghujung abad ke-13 H., sampai saat ini perhatian para ulama

    penyusunan terhadap kitab-kitab Ulumul Quran bangkit kembali. Kebangkitankembali terhadap Ulumul Quran ini bersamaan dengan kebangkitan modern dalam

    perkembangan ilmu-ilmu agama lainnya.

    Di antara ulama yang menulis tentang Ulumul Quran di abad ini adalah

    Syeikh Thahir al-Jazairi dengan kitabnya A l-Tiban li badh al Mabahits al-

    Mutaalliqah bi al-Quran. Muhammad Jalaludin al Qasimi (wafat pada tahun 1332

    H.) menulis kitab Mahasin al-Takw il.Jihad pertama dari kitab ini di khususkan bagi

    pembahasan Ulumul Quran. Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani menyusun Manahi l

    al-Irfan fiulum al-Quran.Muhammad Ali Salamah menulis Manhaj al-Furqan fi

    Ulum al-Quran. Syeikh Tanthawi mengarang Al-Jawa-hir f i Tafsir al-Quran al-

    Karim. Mushthafa Shadiq al-Rafii menulis ijaz al-Quran. Sayyid Quthub menulis

    Al-Thashwir al-Fanni f i al-Qurandan Fizilal al-Quran.Malik Ibn Nabi menulis Al-

    Zawahir al-Quraniah. Kitab ini memuat pembahasan yang baik sekali dalam banyak

    persoalan Ulumul Quran. Muhammad Rasyid juga tidak ketinggalan memasukan

    pembahasan-pembahasan Ulumul Quran dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-Karim

    yang terkenal dengan sebutan Tafsir al-Manar. Syeikh Abd al-Azaiz al-Khuli

  • 5/20/2018 ulum quran

    24/42

    menulis kitabnya berjudul A l-Quran al-Karim: Washfuh , Atsaruh, Hidayatuh,

    Waijazuh. Muhammad al-Ghazali menulis kitab Nazarat fi al-Quran, Muhammad

    Abdullah Daraz menulisAl-Nabau,Al-Azim.

    Di samping itu masih banyak lagi buku-buku yang menyangkut Ulumul Quran,

    baik yang berbahasa Arab, seperti kitab Mabahits f i Ulum al-Qurankarya

    Shubhi al-Shalih dan Ulum al-Quran al-Karimkarya Abd al-Munim al-Namir,

    maupun dalam bahasa Indonesia, seperti Ilmu-ilmu Alquran karya Hasbi Ash-

    Shiddieqy, Pengantar I lmu Tafsirkarya Rifat Syauki Nawawi dan Ali Hasan, dan

    yang baru terbit buku berjudul Membum ikan Al-Qurankarya ahli tafsir Indonesia

    M. Quraish Shihab. Bahagian pertama dari buku terakhir ini banyak berbicara

    tentang ilmu Al-quran atau lebih tepatnya ilmu tafsir yang merupakan bagian dari

    bahasan Ulumul Quran.

    DIMENSI INTERAKSI DENGAN AL-QURAN

    Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-

    Quran pada malam lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w.

    bertadarrus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar

  • 5/20/2018 ulum quran

    25/42

    membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta

    melaksanakan tuntuntan al-Quran.

    Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa

    Rasulullah telah bersabda : Tidak ada satu kaum yang berh impun pada satu

    rum ah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar

    memahaminya d ika langan m ereka mela inkan A l lah m enurunkan rahm at dan

    ketenangan , dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisinya.

    Firman Allah yang bermaksud : Bulan Ramadan yang d i turunkan padanya al-

    Quran untuk memb er i panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata.

    (al-Baqarah, ayat 185) Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa danhati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia.Firman Allah yang

    bermaksud : Sesunggu hny a telah datang kepada kamu c ahaya daripada Allah

    dan kitab yang menerangkan.

    Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredahaanNya ke

    jalan keselamatan. ( al-Maidah, ayat 15-16) Ia menjawab persoalan yang sentiasa

    terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitudari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa

    kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan

    tersebut.

    Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan

    kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan

    yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja.

    Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk

    selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan

    manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia

    yang kekal abadi.

    Allah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud : Kami jadikan

    kemat ian dan keh idupan untuk menguj i s iapakah yang ter leb ih ba ik

    amalannya. Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamathidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan

  • 5/20/2018 ulum quran

    26/42

    bumi ini.

    Berinteraksi dengan al-Quran sebagai dastur Ilahi iaitu menjadikan al-Quran

    sebagai kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang

    kecacatan serta sesuai dijadikan panduan hidup di dunia. Al-Quran

    menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.

    Firman Allah yang bermaksud : Dan Kami turun kan kepadamu al-Kitab (al-

    Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar

    gemb ira bagi orang -orang yang berserah dir i kepada Allah. (al-

    Nah, ayat 89)

    Keduanya ialah menjadikan al-Quran kitab yang mudah dan senang diingat.

    Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya

    daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang

    melainkan al-Quran.

    Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-

    Quran dihafal oleh kanak-kanak muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa

    ibunda mereka. Firman Allah yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami

    memu dahkan al-Quran u ntuk d i ingat i, maka adakah orang mahu mengamb i l

    pelajaran (al-Qamar, 17)

    Menjadiakn al-Quran sebagai kitab yang merangkumi sifat adil sepertimana

    keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan,

    warna kulit, lelaki ataupun wanita.

    Menjadikan al-Quran panduan hidup yang sesuai hinggal akhir zaman yangmerupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa

    al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada

    zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri

    bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.

    Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran

    sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain

  • 5/20/2018 ulum quran

    27/42

    menyedari keadaan kaum muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati

    beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukan waktu untuk menyiarkan

    program harian untuk bacaan al-Quran.

    Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya

    mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan

    berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu

    kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran

    yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia.

    Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang

    menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan : Firman Allah : Ya Tuhanku,sesunggu hnya kaumku m enjad ikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.

    (al-Furqan, ayat 30)

    Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat

    terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab taurat dan injil kecuali untuk

    angan-angan belaka. Firman Allah yang bermaksud : Dan di antara mereka ada

    yang buta huruf , t idak mengetahui al-Kitab (taurat), kecual i angan-anganbelaka. ( al-Baqarah 78). Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca

    sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami

    kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

    Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran

    seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum

    Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu

    pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan

    dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan

    sosial.

    Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan

    perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi

    sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal

    ini disebabkan perasaan yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawaal-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti

  • 5/20/2018 ulum quran

    28/42

    menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan

    orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut.

    Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara

    terbaik. Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh

    yang demikian tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami,

    membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab

    musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui

    masa hadapan.

    Firman Allah yang bermaksud : Dan sesungguhnya kamu mengetahu i

    kebenaran b eri ta al-Quran setelah beberapa waktu( Sad 38) Tuntutan al-Quranyang paling penting kini ialah melihat kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-

    Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam.

    Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat

    menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berrpendapat tafsir bertema

    ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh

    dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantardan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar.

    Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan

    sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu

    dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat

    dan maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan manhaj dakwah dan islah

    menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, kaedah tafsir yang

    paling sesuai untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang

    terkandung dalam al-Quran.

    Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga

    hendaklah tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka

    membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan

    kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran

    terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah saidatina Umar bin Abdul Aziz

    mengulangi ayat al-Saffat 22-24 sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil

  • 5/20/2018 ulum quran

    29/42

    menangis kerana terkenang jikalau ia termasuk di antara orang yang dihumban ke

    dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.

    Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam

    terhadap al-Quran dengan katanya tetapi sikap dan pendirian kaum muslimin

    terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh

    menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah

    Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat.

    Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah

    memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting

    supaya menghasilkan izzah (kemuliaan) yang selama ini telah hilang di tangan umat

    Islam. Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak

    daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan

    akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya.

    Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada

    perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat

    rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melaluiprinsip al-Quran. Oleh itu, al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada

    revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.

    Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias

    dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang

    mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup.Al-Quran

    diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada nur Ilahi.

    Manusia berkata : kami hendak mengambil berkat dari al-Quran. Apakah itu berkat

    ? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada

    orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.

    Firman Allah yang bermaksud : In i adalah sebu ah kitab yang kami turun kan

    kepadamu penuh dengan barakah sup aya mereka memerhat ikan ayat-ayatnya

    dan supaya mendapat pe la jaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

    Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura

    tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai

  • 5/20/2018 ulum quran

    30/42

    teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra tetapi

    tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam.

    Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu,

    perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati

    falsafah penurunannya, konsep dan kaedah penafsiran terkini sebagai panduan

    dalam kehidupan manusia.

    2. SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

    ZAMAN RASULULLAH

    Sebagai seorang yang dinuzulkan al-Quran pada baginda serta merupakan salah

    satu tugas baginda untuk menerangkan apa yang tidak dapat difahami oleh

    masyarakat pada masa itu.Namun penafsiran yang dilakukan oleh Rasullullah

    hanyalah melibatkan sebahagian ayat sahaja iaitu hanya ayat atau pada kalimah

    yang memerlukan penerangan dan penyelarasan maksud seperti lafaz am, khas,

    mujmal dan muqayyad dan sebagainya..

    Rasullullah juga memberi tunjuk ajar kepada para sahabat untuk mentafsirkan ayat

    al- Quran menggunakan ayat al- Quran disamping mengutamakan praktikal serta

    mencapai matlamat untuk ibadat dan tadabbur isi kandungan al-Quran.Sebagai

    contoh tafsir yang dilakukan oleh baginda dalam surah al- Baqarah ayat 238

  • 5/20/2018 ulum quran

    31/42

    berkenaan solat wustho..Rasullullah telah menafsirkan lafaz tersebut dengan

    membawa maksud solat asar pada peringkat awal ilmu tafsir ini masih belum

    ditadwinkan atau dibukukan sebagai suatu ilmu tersendiri. Pada masa ini,ilmu tafsir

    belum dikenali sebagai satu disiplin ilmu seperti sekarang. Ilmu tafsir berkembang

    melalui lisan sahaja atau melalui proses talaqqi dan musyafahah . Ilmu ini

    belum ditulis secara tersusun dan belum dibukukan.

    ZAMAN SAHABAT

    Antara mufassir yang terdapat pada masa ini ialah 4 sahabat besar iaituIbnu Abbas,

    Ubai Bin Ka'ab, Zayd Bin Thabit, Abu Musa as-Sya'ari dan sebagainya.Para sahabat

    juga tidak menafsirkan keseluruhan ayat al- Quran sebaliknya hanya memberi

    makna dari sudut bahasa dengan menggunakan lafaz yang ringkas sahaja..oleh itu

    tidak banyak berlaku khilaf pada zaman ini..memandangkan para sahabat tidak

    mahu melazimkan diri mereka mencari makna secara terperinci.Tidak berlaku

    pembukuan dibuat lagi pada ketika ini.Para sahabat menggunakan al- Quran , hadis,

    bahasa arab, sebab nuzul dan ijtihad serta kekuatan istinbat sebagai sumber dalam

    menafsir al- Quran kaedah yang digunakan pula sentiasa mementingkan kedudukan

    lafaz dari sudut bahasa serta rahsia- rahsianya kemudian mengetahui adat resam

    masyarakat arab disamping reaksi yahudi dan nasrani ketika penurunan ayat

    tersebut.Ia juga melibatkan kekuatan dalam kefahaman dan pengetahuan yang luas

    berkenaan dengan hukum untuk beramal dengan tafsir para sahabat.Ulama secara

    sepakat mengatakan bahawa sekiranya tafsir tersebut disandarkan pada Rasullullah

    maka ia berada di tahap marfu' namun jika sebaliknya maka tafsir tersebut hanya di

    tahap mawquf sahaja.Bagi tahap yang marfu' maka wajib la kita mengambil

    pengajaran dari tafsiran tersebut.Pada zaman sahabat, mereka mengunakkan tiga

    kaedah untuk mentafsir al-Quran.Antaranya ialah:-

    a) Mentafsirkan ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain.

    b) Mentafsirkan ayat al-Quran dengan tafsir hadis Rasulullah.

    c) Mentafsir al-Quran dengan ijtihad mereka sendiri iaitu ijtihad sahabat.

    Pentafsiran al-Quran pada zaman ini bermula setelah kewafatan Nabi. Sahabat

    yang mula-mula mentafsir ayat al-Quran pada zaman tersebut ialah golongan yang

  • 5/20/2018 ulum quran

    32/42

    paling dekat dengan Nabi Khulafa ar-Rasyidin. Selain itu ialah Ibnu Abbas dan Abu

    Musa al-Asyari.

    ZAMAN TABIIN SEHINGGA ZAMAN PEMBUKUAN ILMU TAFSIR

    Penafsiran pada zaman tabiin sudah tidak terpelihara sebagaimana zaman

    sebelumnya.Telah banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur israilliyat serta pengaruh

    mazhab malah banyak juga khilaf berlaku dalam tafsir antara mufassir.Oleh yang

    demikian ulamak telah berbeza pendapat dalam penilaian terhadap tafsir tersebut.

    Sebahagiannya menolak tafsir tabiin untuk dirujuk namun kebanyakan ulama tafsir

    menerima penafsiran tersebut kerana berpendapat bahawa kebiasaanya para tabiin

    menukilkan penafsiran dari para sahabat. Akhirnya, pendapat yang paling rajih

    adalah menerima penafsiran tersebut sekiranya ianya adalah ijma' para tabiin.

    Terdapat tiga aliran tokoh dalam kalangan sahabat yang mempunyai ramai murid

    dan pengikut iaitu;

    a) Aliran Ibnu Abas

    -Berpusat di kota Makkah.

    -Antara murid-murid beliau ialah Said bin Jubairm,Mujahid Maula Ibn

    Abas,Akramah Maula Ibn Abas,Tous bin Kisan al-Yamani dan Atha bin Abi

    Rabah.

    b) Aliran Abi bin Kaab

    - Berpusat di kota Madinah.

    - Antara murid-murid beliau ialah Zaid bin Aslam,Abu al-Aliah dan Muhammad

    bin Kaab al-Qurzi.

    c) Aliran Abdullah bin Masud

    - Berpusat di kota Iraq.

    - Antara murid-murid beliau ialah Alqamah bin Qais, al-Aswad bin Yazid, al-

    Hasan al-Basri, dan Qatadah bin Diamah al-Saddusi.

    Pada akhir zaman pemerintahan Umayyah dan pada awal zaman pemerintahan

    Abasiyah,usaha telah dilakukan untuk menjadikan ilmu tafsir sebagai satu disiplin

  • 5/20/2018 ulum quran

    33/42

    ilmu yang berasingan. Lantas proses penulisan dilaksanakan. Antara tokoh yang

    melibatkan diri dalam penulisan ilmu tafsir ialah Yazid bin Harun al-

    Sulamiy,Syubah bin al-Hajjaj,Waqi bin al-Jarrah dan Sufyan bin

    Uyaynah.Sesudah itu,muncul pula beberapa orang tokoh ilmu tafsir menulis

    tentang ilmu tafsir secara terperinci. Tokoh-tokoh tersebut ialah Ibn Majah, Ibn

    Jarir al-Tabrani, al-Hakim dan Abu Bakar bin Mardawaih.

    3.PERKARA YANG DIHARUSKAN DAN DITEGAH

    KETIKA MEMBACA AL-QURAN

    Wakaf dalam bacaan al-Quran

    Sewaktu membaca Al-Quran, kita pasti akan bertemu dengan simbol tanda wakaf

    dalam ayatnya. Terdapat 6 jenis tanda wakaf , yang perlu kita tahu cara

    penggunaanya agar bacaan kita lebih sempurna.

    Pengertian Wakaf :Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir

    kalimah/ayat sekejap untuk bernafas dengan niat menyambungkan semula bacaan.

    Pengertian Ibtida': Menyambung semula bacaan setelah menghentikan bacaan

    untuk bernafas. Kita mungkin perlu undur ke belakang sedikit untuk menyambung

    bacaan)

    Pengertian Qat'u: Menghentikan bacaan dengan niat tidak ingin menyambungkan

    semula bacaan. Contoh kita mengakhiri bacaan dengan membaca

  • 5/20/2018 ulum quran

    34/42

    Sodhakhollahhulazim..

    4 SEBAB KITA MENGHENTIKAN BACAAN (MEWAKAFKAN).

    (a). Sebab Idhtirori (terpaksa)

    Menghentikan bacaan atas sebab-sebab darurat yang tidak dapat di elakkan.

    Contoh : terputus nafas, bersin, batuk, menangis, tertidur, sendawa, menguap.

    Hukumnya adalah harus (amat disyorkan untuk kita berhenti).

    (b) Sebab Ikhtibari (menguji)

    Dalam situasi ada guru berinteraksi dengan pelajar. Guru minta pelajar berhenti di

    sesuatu tempat bukan wakaf (dalam bacaan) untuk menguji bacaan pelajar itu.

    Hukumnya = harus (perlu bila sedang dalam proses pembelajaran).

    (c) Sebab Intizori (menunggu)

    Guru menunggu pelajarnya membaca ayat2 tertentu dalam bentuk Qiraat (kaedah

    bacaan) bacaan yang berbeza.

    Contoh surah Al-Insan (ayat 4), di mana kalimah ini ada 3 wajah cara bacaannya.

    Hukumnya = harus.

    (d) Sebab Ikhtiyari (pilihan)

    Menghentikan bacaan pada tempat2 tertentu mengikut pilihan pembaca,

    berdasarkan jenis hukum yang terdapat di kalimah itu. (6 HUKUM BACAAN).

    Hukumnya = harus (bacaan lebih sempurna, tartil).

    2. Ringkasan 6 Hukum Bacaan Wakaf (gambarajah foto).

    (a) Wakaf Tam/Lazim.

    Simbol : mim kecil berbaring atau bentuk berudu, huruf ta kecil, atau bentuk bulatan

    berhias.

    Hukum : Wajib Berhentikan bacaan.

    (b) Wakaf Jaiz.

    Simbol : Huruf jim kecil.

    Hukum : Harus Menghentikan bacaan.

    (c) Wakaf Kahfi (Aula)

  • 5/20/2018 ulum quran

    35/42

    Simbol : kaflamya, kaf, hamzahwasalkaf

    Hukum : Berhenti memadai/lebih utama. Lebih utama jika menghentikan bacaan

    (wakaf) daripada diteruskan (wasol).

    (d) Wakaf Hassan

    Simbol : sodlamya, ha, sod

    Hukum : lebih utama/baik meneruskan bacaan (wasol) daripada diberhentikan

    bacaan (wakaf).

    (e) Wakaf Qabih

    Simbol : lamalif kecil

    Hukum : Berhenti tidak elok. Dilarang memberhentikan bacaan di kalimah itu.

    (f) Wakaf Taanuq/Muraqabah

    Simbol : tanda 3 titik bertindih di dua tempat berdekatan.

    Hukum : Harus berhentikan bacaan pada salah satu tempat.

    RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN

    Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan

    al-Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga.

    1. Sah sanad.

    2. Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

    3. Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

    1.11 Bentuk Bacaan Al-Quran Yang Dilarang

    Akibat daripada terdedah dengan pelbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan

    al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lamamenentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Berikut ialah beberapa keadaan

    http://pepitasngo.blogspot.com/2013/02/rukun-rukun-tilawah-bacaan-al-quran.htmlhttp://pepitasngo.blogspot.com/2013/02/rukun-rukun-tilawah-bacaan-al-quran.html
  • 5/20/2018 ulum quran

    36/42

    bacaan tersebut:

    Tatrib

    Iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada

    tempatnya.

    Tamtit

    Iaitu bacaan dengan melebih-lebihkan harakah pada hukum mad

    Tarkis.

    Iaitu bacaan dengan melenggokkan nada suara sehingga melebihkan harakat huruf

    mad bertujuan menyelesaikan rentak.

    Tahzin

    Bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membaca

    dengan sifat riya.

    Tarid

    Bacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau

    ditimpa sakit.

    Tahrif

    Bacaan al-quran secara serentak dan berehenti secara serentak.

    Membaca bersama alat muzik

    ADAB MEMBACA AL -QURAN

    Al Qura'an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi

    orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sangat baik,

    untuk penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman

    kepadanya dan mengerjakannya.

    Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddintelah memperinci dengan

    sejelas-jelasnya bagaimana adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang

    mengenal zahir dan batin.

    Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:

  • 5/20/2018 ulum quran

    37/42

    1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih,

    kerana al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan dariAllah.

    2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya

    memegangnya dengan kedua belah tangan.

    3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di

    surau, dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling baik

    ialah di masjid.

    4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya

    dengan khusyu' dan tenang dan dalam keadaan memakai pakaian yang

    bersih.

    5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak terdapat sisa

    makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi hendaklah

    dibersihkan terlebih dahulu.

    6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang

    berbunyi: a'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah membaca

    Bismillahirrahmanir rahim.

    "Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah

    kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi

    Maha Penyayang."

    7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang

    pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat Al

    Muzammil ayat 4:

    "....Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".

    Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi

    jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat

    kepada Al Quran.

  • 5/20/2018 ulum quran

    38/42

    berkata Ibnu Abbas r.a.:" Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali

    Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-

    buru dan cepat-cepat."

    8. Bagi orang yang sudah memahami dan mengerti maksud ayat-ayat Al

    Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran

    tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya

    Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai

    berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal

    a'la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud,

    dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah

    membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu

    membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah,

    dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

    9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan erti dan

    maksudnya, lebih-lebih lagi apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan

    nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya seksaan yang

    disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat

    banyak yang menitiskankan air matanya ketika membaca dan mendengar ayat-ayat

    suci Al Quran yang menggambarkan nasib yang akan dihadapi oleh orang-orang

    yang berdosa.

    10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebabsuara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran.

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

    "Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"

    Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan,

    asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimanayang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya,

  • 5/20/2018 ulum quran

    39/42

    harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah,

    diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar

    ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang

    membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

    11. Seeloknya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya kerana hendak

    bercakap dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas

    yang telah ditentukan, barulah disudahi. Dilarang juga bersenda gurau, bermain-

    main dan sebagainya, ketika sedang membaca Al Quran.

  • 5/20/2018 ulum quran

    40/42

    REFLEKSI

    Pada awal proses melaksanakan projek ini, saya berasa amat takut kerana tidak

    dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Namun berkat usaha dan

    kegigihan saya melaksanakan kerja kursus ini, akhirnya saya dapat

    melaksanakannya dengan penuh semangat berkat kegigihan dan keiltizaman yang

    mendorong saya melakukan kerja ini.

    Antara objektif kerja kursus ini dibuat adalah untuk memahami ulum al-Quran,

    keistimewaan dan matlamat al-Quran serta dimensi interaksi dengan al-

    Quran.Disamping itu juga, kerja kursus ini juga merangkumi pelajar untuk

    mengetahui sejarah perkembangan ilmu tafsir.

    Dengan terhasilnya kerja kursus ini, secara tidak langsung saya dapat meningkatkankefahaman dan meningkatkan penguasaan dalam memahami tajuk yang telah

    dikaji.Akhirnya,benda ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

    jika mengajar kelak nanti.

    Hal ini amat penting bagi menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek duniawi

    dan ukhrawi.Tambahan pula,kerja kursus ini amat penting bagi menilai tahap

    pembelajaran dan pemahaman pelajar tentang kepentingan ulumul quran dan

    perkembangan tafsir dalam kehidupan.

    Akhirnya kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dan menepati

    kreteria-kreteria yang telah ditetetapkan oleh pihak Kementerian.Saya berharap agar

    kerja kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada yang bakal

    bergelar guru dengan dunia pengajaran dan pembelajaran yang bakal mendatang.

  • 5/20/2018 ulum quran

    41/42

    RUJUKAN

    1. Mohd.Yusoh Ibrahim. (1992). Tafsir Al-Quran, Pertumbuhan dan

    Perkembangan 1-150H.Kuala Lumpur: Terbitan Pustaka Aman Press

    Sdn. Bhd.

    2. Asmawi Haji Ehsan.(1996). Ulum Al-Quran. Terbitan Pustaka Haji

    Abdul Majid 1995.

    3. Muhammad Ibnu Jamil Zainuu. (1997). Pemahaman Al-Quran.

    Terbitan Gema Risalah Press Bandung.

    4. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004). Kemahiran Al-Quran Sekolah

    Menengah.Terbitan bahagian kurikulum pendidikan Islam dan moral

    Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 5/20/2018 ulum quran

    42/42

    LAMPIRAN