nota ulum hadis

86
 BAB 1 ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH 1.0 Pendahuluan Hadith merupakan sumber syari c at Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran. Terdapat  banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang dengan hadith. Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijma c  ulama yang menyuruh berbuat demikian. Didalam modul ini dijelaskan mengenai semua aspek dalam ilmu hadith ini sama ada yang berkaitan dengan sanad berkaitan dengan matan atau keduanya sekali. !atlamat mod ul ini ada lah untuk mem perl engk apkan pel aja r dengan pen get ahua n tentang  prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahas an asas dalam !etodologi hadith seperti "lasi#ikasi Ilmu !etodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai persediaan awal untuk mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Isu-isu umum !u$adimmah % de#inisi  pengajian. !etodologi ahli hadith "ehujahan % kepentingan hadith &ejarah hadith %  pembukuannya &ejarah ulum hadith % pembukuannya

Upload: mohd-solleh-ab-razak

Post on 06-Oct-2015

433 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

nota hadis

TRANSCRIPT

BAB 1

ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH

1.0Pendahuluan

Hadith merupakan sumber syaricat Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran. Terdapat banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang dengan hadith. Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijmac ulama yang menyuruh berbuat demikian. Didalam modul ini, dijelaskan mengenai semua aspek dalam ilmu hadith ini, sama ada yang berkaitan dengan sanad, berkaitan dengan matan atau keduanya sekali.

Matlamat modul ini adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahasan asas dalam Metodologi hadith seperti Klasifikasi Ilmu Metodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai persediaan awal untuk mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih tinggi.1.1DEFINISI METODOLOGI HADITH Definisi Metodologi:Suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1994. Ms 887)

Definisi Hadith:Dari sudut bahasa: diambil daripada perkataan Arab () yang bermaksud baru (lawan kepada lama) atau bermaksud perkhabaran (berita). (Fairuz Abaadi, 1987, ms 214)

Dari sudut istilah: sesuatu yang dikatakan sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), dan sifat-sifat Rasulullah saw (sama ada sifat jasmani atapun rohani). (Nuruddin Itr, 1992, ms 26). Dalam konteks ini Baginda Rasulullah saw sendiri menggunakan istilah hadith dengan maksud perkataan dan perbuatan Baginda. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sewaktu ditanya siapakah oran yang paling bahagia kerana mendapat shafaat Baginda pada hari kiamat, Baginda berkata:

(( , ))

Yang bermaksud: wahai Abu Hurairah memang aku telah sangka tidak ada orang lain yang akan mendahului engkau bertanya tentang hadith ini kerana aku lihat engkau begitu mengambil berat tentang hadith, sesungguhnya orang yang paling bahagia kerana mendapat shafaat aku pada hari kiamat ialah mereka yang berkata La Ilaha Illah Allah dengan hati yang tulus ikhlas. [Al-Bukhari, tt, Kitab (3) Al-Ilm, bab (33) Al-Hirs aala al-hadith, Jil 1, ms 193, no : 99, Abu Hurairah].

Definisi metodologi hadith:

Suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin dan kaedah-kaedah tentang hadis, baik yang bersangkutan dengan Sanad (Rangkaian perawi hadith) atau Matan (lafaz hadith), yang boleh digunakan untuk mengkaji kebenaran sesebuah hadis sama ada boleh diterima pakai atau tidak. (As-Suyuti, 1996, Jil 1, ms 40-41).

Nama-nama lain bagi metod hadith Ulum al-Hadith

Mustalah Hadith

Usul al-Hadith

Sains Hadith

Glosari Hadith, dan lain-lain lagi.

Kepentingan Metodologi Hadith Dalam Konteks Syariat Islam:Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadis itu sendiri yang berfungsi sebagai sumber Syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. Jadi, sebagaimana pentingnya hadis sebagai sumber maklumat syara, maka begitu jugalah pentingnya Metod Hadith yang berfungsi antara lainnya sebagai agen awal pengawal institusi Hadis dari sebarang unsur kepalsuan dan ketidak sahihan nilai keboleh percayaan intitusi hadis sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh dan bertambah.

Dalam Konteks Dunia Akademik Semasa:Ilmu ini boleh menyumbangkan banyak penemuan baru, terutamanya dalam menangani permasalahan dan isu semasa, kerana hanya melaluinyalah kita dapat menggali semula Khazanah Hadith bagi memperolehi nas-nas syarac yang mungkin belum pernah kita temui sebelum ini. Selain dari itu, melaluinya juga kita dapat melihat ciri-ciri keintelektualan Ulama Hadith mengatur disiplin pengajiannya dengan kemas dan teratur. Kita juga dapat melihat bagaimana mereka menyusun kaedah-kaedah ilmu ini dengan begitu cermat dan rapi hingga mereka dapat menilai dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith.

Ilmu ini juga mendedahkan kepada kita pendekatan yang digunakan oleh Ahli Hadith dalam penulisan, penyusunan dan pengkaryaan buku yang lengkap. Sebagai contohnya, buku karya Imam Bukhari yang terkenal dengan nama Soheh Bukhari yang mana di dalamnya terdapat lebih daripada 4000 Hadith. Melalui buku ini, kita dapat melihat metod yang digunakan oleh beliau untuk mengklasifikasikan tajuk-tajuk dan bab-bab. Di dalamnya terdapat kaedah penerangan tentang selok belok ilmu hadith secara perlambangan, simbolik dan penggunaan kod. Ini semua menggambarkan identiti, kredibiliti dan potensi beliau sebagai seorang ulama yang memiliki taraf kesarjanaan yang tinggi. Pendekatan ahli Hadith seperti Imam Bukhari ini boleh diaplikasikan ke dalam dunia pengkaryaan akademik dan saintifik. Matlamat Pengajian Metod Hadith Dalam Konteks Pengajian Ahli Hadith:Matlamat yang hendak di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah melahirkan tenaga pakar yang mampu mengkaji, menyelidik, menganalisa, menilai dan seterusnya menentukan kedudukan sesebuah hadith sama ada boleh diterima serta di amalkan atau sebaliknya. Untuk mendapatkan kepakaran tersebut, seseorang itu perlu menguasai terlebih dahulu semua cabang disiplin metod Hadith di samping memahirkan dan membiasakan diri dengannya melalui latihan praktikal yang berterusan.

Dalam Konteks Pengajian Awam (Bukan Ahli Hadith):Matlamat yang ingin di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah untuk memperkasa atau sekurang-kurangnya mempertahankan institusi Hadith itu sendiri. Melalui pendedahan yang menyeluruh tentang ilmu ini, keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan institusi Hadith sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran akan bertambah, atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan. Keyakinan terhadap institusi Hadith ini akan menjadi benteng yang teguh yang boleh melindungi setiap individu muslim daripada sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan terhadapnya.

1.2SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN METODOLOGI HADITH

Pendahuluan

Allah swt yang memilih Islam sebagai Agama Samawi yang terakhir dan memberi jaminan untuk menjaga sumber ajaran Islam agar kekal dengan keaslian dan ketulenannya sehingga Hari Kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 9 yang berbunyi:

Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Zikr (syariat yang merangkumi isi kandungan al-Quran dan Hadith) dan sesungguhnya Kamilah yang menjadi pengawalnya.

Justeru, antara bukti jaminan tersebut terciptanya satu ilmu yang lengkap berteraskan suatu metodologi yang mantap lagi berupaya untuk bertindak sebagai agen pengawal bagi Institusi Hadith yang dikenali sebagai Ulum al-Hadith atau apa yang kita namakan sebagai Metodologi Hadith.

Namun kesempurnaan proses pembentukkan ilmu ini, bukanlah berlaku sekaligus dalam jangka masa yang singkat. Bahkan, sebelum sampai ke tahap komprehensif ilmu ini telah terlebih dahulu berkembang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang menyeberangi detik-detik zaman yang berabad lamanya.

Secara terperincinya, sejarah perkembangan Ulum Hadith ini dapat dibahagikan kepada tujuh tahap:1.2.1Tahap Pertama (Tahap Pembentukkan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah saw dan Sahabat)Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu Islam dari berbagai disiplin. Dalam konteks Metodologi Hadith, perkembangan di peringkat ini dilihat dari beberapa aspek: Pembentukkan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran.Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga akhir kurun pertama Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah saw, tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam telah berpindah secara automatik kepada sahabat-sahabat yang mewarisinya daripada Baginda. Sahabat yang memang sedar dan akur dengan tanggungjawab besar yang terpaksa mereka pikul, iaitu tanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada generasi-generasi berikutnya. Menyedari kewajipan mereka yang begitu besar, mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz segala maklumat syarak yang disampaikan oleh Rasulullah saw baik dalam bentuk wahyu al-Quran mahupun Hadith Rasulullah saw sendiri. Lantaran usaha mereka yang gigih, boleh dikatakan majoriti sahabat adalah terdiri dari kalangan Penghafaz al-Quran yang mantap, seperti Abu Hurairah r.a dan Ibn Omar r.a mampu menghafaz sebahagian besar hadith yang disampaikan oleh Rasulullah saw.Fenomena ini secara tidak langsung telah menghasilkan beberapa kaedah yang digunakan oleh sahabat untuk menghafaz segala maklumat yang mereka terima dari Rasulullah. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak ditulis tetapi sejarah membuktikan bahawa ia memang diaplikasikan oleh sahabat secara praktikal.Dalam menyampaikan ilmu kepada sahabat agar mudah difahami dan mudah diingati, Rasulullah saw telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat berkesan, antaranya:a) Mengulangi percakapan beberapa kali.

Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik:

))))

Yang bermaksud: Rasulullah (kadang-kadang) mengulangi sesuatu perkataan sebanyak tiga kali agar senang difahami. (Al-Bukhari, tt, kitab Al-Ilm, Jilid 1, ms 188, no: 94)

b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas padat dan jelas.

Ini ada kaitan dengan satu keistimewaan bahasa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Baginda yang tidak dimiliki oleh manusia biasa yang lain. Iaitu kebolehan menerangkan sesuatu secara ringkas tetapi jelas maksudnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda saw sendiri: ....))))Yang bermaksud: dan aku telah dianugerahkan dengan keistimewaan jawami al-kalim (himpunan kata-kata yang padat lagi jelas). Berdasarkan kelebihan inilah, maka kita dapati al-Quran telah menamakan hadith itu sebagai al-Hikmah (As-Syafie, 1309 H,ms.78).

c) Berinteraksi dengan pendengar melalui pendekatan komunikasi dua hala.

Rasulullah saw sentiasa member peluang kepada sahabat berbincang dengan Baginda dalam sesuatu majlis ilmu dengan mengambil kira keterlibatan semua pihak dalam proses penerimaan dan penyampaian maklumat. Baginda tidak pernah memonopoli majlis dengan percakapan dan penyampaian tanpa henti yang mungkin boleh menjemukan. Bahkan Baginda amat cermat menyampaikan perkataan supaya ianya dapat dihayati oleh sahabat-sahabat.

Aishah r.a, pernah berkata kepada sahabat-sahabat yang lain:

))))Yang bermaksud: bahawa Rasulullah saw tidak bercakap (dengan percakapan tanpa henti dan terburu-buru melalui satu gaya sahaja) sebagaimana kamu bercakap. Sebaliknya Baginda bercakap dengan sesuatu percakapan yang jelas, dan senang diingati oleh sesiapa sahaja yang mendengarkannya. d) Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk halaqat.

Iaini mengadakan majlis ilmu dalam bentuk bulatan, kerana struktur yang demikian boleh membantu agar penyampaian lebih jelas dan dapat didengar oleh semua khalayak. (al-Bukhari, T.T, jilid 1, ms.156)

e) Teknik soal jawab

Teknik yang dilakukan ini adalah secara dua hala, sama ada guru menyoal murid ataupun sebaliknya. Kaedah ini merupakan fenomena biasa yang berlaku di antara Rasulullah dan sahabat. Malah mungkin boleh dikatakan sebahagian besar Hadith yang diriwayatkan adalah melalui kaedah ini.f) Memotivasikan sahabat tentang amanah dan tanggungjawab agama

Rasulullah saw telah Berjaya member kesedaran kepada sahabat tentang amanah dan tanggungjawab mereka dalam menjaga maklumat, sumber dan hukum syarak dari sebarang unsur kepalsuan. Ini secara tidak langsung telah mendorong mereka meningkatkan daya ingatan dan bersungguh-sungguh dalam pengajian. Pembentukkan Asas-Asas Ilmu Periwayatan HadithMenyampaikan maklumat syarak adalah sesuatu yang sangat digalakkan sebagaimana sabda Rasulullah:

, ))))Yang bermaksud: semoga Allah menceriakan atau menyerikan wajah seseorang (pada hari akhirat) yang telah mendengar sesuatu (hadith) dari kami, kemudian dia menyampaikan apa yang didengarnya itu (kepada orang lain) sebagaimana yang dia dengar (tanpa mengubahnya), kerana boleh jadi orang yang mendengar (maklumat itu) lebih faham dari orang yang menyampaikannya. Sehubungan itu, sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kewajipan tersebut berdasarkan kepada beberapa asas penting antaranya:a) Berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat.

b) Tidak terlalu banyak meriwayat hadith

c) Membahas hadith yang diriwayatkan.

Pembentukan Asas-Asas Pembacaan Dan PenulisanPembacaan dan penulisan merupakan dua cara yang terpenting bagi mendapatkan sesuatu maklumat, justeru, Rasulullah saw telah mencetuskan satu revolusi keilmuan di kalangan bangsa Arab yang buta huruf dengan memberi galakan supaya mereka belajar membaca dan menulis. Dengan turunnya wahyu pertama yang memberi arahan supaya membaca, Rasulullah telah memantulkan suruhan tersebut kepada sahabat dengan mengambil beberapa langkah awal bagi menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kedua-dua perkara itu. Antara langkah yang diambil ialah:a) Mengarahkan sahabat-sahabat yang pandai membaca dan menulis, seperti Ubadah bin As-Somit r.a supaya mengajar sahabat-sahabat yang lain. b) Meletakkan syarat kepada tawanan perang badar yang ingin dibebaskan supaya mengajar terlebih dahulu sekurang-kurangnya sepuluh anak orang Islam menulis dan membaca.

Kesan daripada usaha-usaha ini maka terhasillah beberapa teknik awal penulisan dan pembacaan, antaranya: Teknik muzakarah: untuk memastikan hafalan sentiasa mantap. Sahabat menggunakan pendekatan muzakarah sama ada secara berseorangan atau berkumpulan. Membaca dihadap guru: dari satu aspek ianya bertujuan supaya bacaan itu dapat didengar oleh guru dan guru membetulkannya, jika ada kesilapan. Dari sudut yang lain, guru tersebut juga mendapat manfaat dari pembacaan pelajarnya kerana mendengar bacaan orang lain kadangkala member kesan penghayatan yang lebih dari membaca sendiri. Kaedah penulisan secara imlak: iaitu guru membaca, manakala pelajar menulis apa yang dibaca oleh guru mereka. Dalam konteks ini Rasulullah saw selalu mengimlakkan hadith-hadith Baginda kepada sahabat seperti Abdullah bin Amr bin al-As dan lain-lain.

Penggunaan bahan penulisan yang sedia ada: sejarah membuktikan bahawa penulisan al-Quran dan hadith di lakukan di atas bahan-bahan seperti pelepah tamar, daun, tulang-temulang, kulit kayu, suhuf dan lain-lain.1.2.2Tahap Kedua (Tahap Perkembangan Dan Pembinaan Asas)Tahap ini bermula dari awal kurun 2 Hijrah hingga awal kurun ke 3 Hijrah. Di pertengahan zaman sahabat (sekitar tahun 40H), yang dikenali dengan zaman fitnah, muncul gerakan pemalsuan hadith yang dipelopori oleh golongan Sabaiyyah dan Syiah.Perselisihan pendapat yang berlaku antara mereka dengan aliran perdana Ahli Sunnah wa al-Jamaah telah mendorong puak-puak yang terbabit mencari nas-nas syara bagi menguatkan hujah masing-masing. Setelah gagal mendapatkan nas-nas tersebut, mereka mula menggunakan taktik jahat dengan membuat hadith-hadith palsu yang seolah-olah menyokong pendapat mereka. Gejala pemalsuan ini berkembang dengan hebat sekali hingga mencapai tahap kritikal di akhir zaman sahabat (awal kurun ke 2H), menyedari hakikat ini, ulama bagun dan berusaha menangganinya, dan antara langkah-langkah yang di ambil ialah:a) Membuat pengembaraan bagi mencari dan mengesahkan sesuatu hadith.Mengkritik perawi hadith yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan untuk meriwayatkan hadith.

b) Menolak hadith yang matan (lafaznya) bercanggah dengan riwayat sohih yang lain.

Kesan daripada usaha dan kesungguhan ulama ini maka terhasillah dua natijah penting:

a) Pembukuan buku-buku hadith yang pelbagai jenis dan bentuk secara rasmi

b) Bermulanya penggunaan prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dan istilah-istilah metodologi hadith. Keperluan kepada penggunaan kaedah-kaedah ini disokong pula oleh dua factor lain:

Daya ingatan yang kian merosot, apabila kekuatan hafalan seseorang ulama semakin hari menjadi semakin lemah disebabkan oleh berbagai faktor seperti factor persekitaran dan sebagainya.

Rangkaian perawi hadith yang semakin ramai, kerana jarak masa yang semakin jauh denga Rasulullah saw. Apabila jumlah perawi bertambah, kemungkinan untuk tersilap menjadi lebih besar.

Akhirnya lahirlah istilah-istilah seperti hadith marfuc, mauquf, maqtuc, mursal, muttasil, munqatic dan sebagainya. Dan orang yang pertama sekali dikatakan mengumpul dan menggunakan istilah-istilah ini ialah Imam Az-Zuhri (124H). kebayakkan ahli hadith menganggap beliaulah orang yang pertama memperkenalkan istilah-istilah metodologi hadith. Namun, peringkat ini merupakan zaman pembukuan Metodologi Hadith secara tempelan, tanpa pemfokusan yang khusus.1.2.3Tahap Ketiga (Tahap Pembukuan Berdasarkan Tujahan Khusus Dengan Pemfokusan Kepada Disiplin-Disiplin Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja)Tahap ini bermula di awal kurun ke 3H hingga ke pertengahan kurun ke 4H dan ianya merupakan zaman penulisan metodologi hadith yang paling aktif. Kebetulannya pada zaman ini, berlaku ledakan pembukuan hadith yang amat meluas. Banyak buku-buku hadith yang utama seperti Musnad Imam Ahmad, Kutub As-Sittah dan lain-lain lagi yang telah muncul. Sehinggakan zaman ini digelar Zaman Keemasan Pembukuan Hadith.Gelombang penulisan dan pengkaryaan yang melanda dunia Islam pada waktu ini, telah mendorong ulama untuk turut memberi sumbangan karya dalam bidang Metodologi Hadith melalui gaya persembahan yang berbeza dari sebelumnya. Di peringkat ini, disiplin Metodologi Hadith mula difokuskan sebagai kandungan utama dan bukan lagi sebagai unsur sampingan kepada disiplin-disiplin ilmu lain.

Peringkat ini juga melihat setiap cabang Ilmu Metodologi Hadith berkembang menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri, seperti: Ilmu Rijaal, Tabaqat,Ilal al-Hadith, an-Nasikh wa al-Mansukh dan lain-lain. Melihat perkembangan ini, satu pendekatan lain telah di ambil oleh ulama dengan mengasingkan jenis-jenis ilmu tersebut dalam buku yang khas. Antara buku yang ditulis menggunakan pendekatan ini ialah:1- Taarikh Ar-Rijal Wa Al-cIlal, oleh Yahya Bin Main (233H) dalam disiplin Cilal Al-Hadith2- At-Tabaqaat, Oleh Muhammad Bin Sacd (230H) dalam disiplin Tabaqaat Rijal Al-Hadith3- An-Nasikh Wa Al-Mansukh, oleh Ahmad Bin Hambal (241H) dalam disiplin Nasikh Al-Hadith Wa Mansukhihi.4- Ikhtilaf Al-Hadith, oleh cAli Bin Jacfar Al-Madiini (234H) dalam disiplin Mukhtalif Al-Hadith.5- Cilal Al-Kabir, oleh At-Tirmizi (279H) dalam disiplin Cilal Al-Hadith dan lain-lain.Demikianlah pendekatan yang digunakan oleh ulama zaman itu dalam penulisan metodologi hadith. Suatu pendekatan yang menjurus kepada bidang-bidang tujahan secara terperinci yang menggambarkan ketinggian ilmu perkaryanya.

1.2.4Tahap Keempat (Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi Semua Disiplim Metodologi Hadith)Tahap ini bermula dari pertengahan kurun ke 4H hingga awal kurun ke 7H. bagi meneruskan kesinambungan aktiviti penulisan, ulama yang muncul ketika ini, telah mengumpulkan buku-buku metodologi hadith yang terhasil sebelumnya. Kemudian, mereka cuba menggabungkan semua disiplin yang berlainan yang terdapat dalam buku-buku yang berasingan itu ke dalam sebuah buku sahaja di samping membuat beberapa tambahan, komentar atau ringkasan yang dirasakan perlu. Melalui usaha ini, terhasillah beberapa buah buku metodologi hadith dalam bentuk multi disiplin, antaranya:1- Al-Muhaddith Al-Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Waaci, oleh Ar-Raamhurmuzi (360H)

2- Macrifat Culum Al-Hadith, oleh Al-Haakim An-Naisaburi (405H)3- Al-Mustakhraj cAla Macrifat cUlum Al-Hadith, oleh Abu Nucaim Al-Asbahani (430H)

4- Al-Kifayah Fi cIlm Ar Riwayah, oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (436H)

5- Al-Lima Ila Macrifat Usul Ar-Riwayah Wa Taqyiid As-Sama, oleh Qaadhi Iyadh Al-Yahsubi (544H)Sekalipun buku-buku ini merangkumi semua disiplin metodologi hadith, namun isi kandungannya terlalu mendatar dengan perbahasan yang tidak terperinci kerana pengarangnya lebih mengutamakan ringkasan. Dari sudut yang lain, buku-buku ini masih menggunakan gaya penulisan lama. Akan tetapi, walau apa pun kelemahan yang terdapat di dalam buku-buku peringkat ini, namun ianya tetap menjadi rujukan asas dalam bidang pengajian metodologi hadith hingga ke hari ini.

1.2.5Tahap Kelima (Tahap Kematangan Dan Kesempurnaan)Tahap ini merangkumi jangka waktu dari pertengahan kurun ke 7H hingga awal kurun ke 10H. di peringkat ini, penulisan buku metodologi hadith telah mencecah tahap keranuman dan kemekaran dengan lahirnya ramai tokoh-tokoh ulama yang menguasai semua bidang ilmu. Antara buku-buku yang terhasil diperingkat kematangan ini ialah:1- Irsyad Tullab Al-Haqaaik, oleh Imam An-Nawawi (676H)2- At-Tabsirah Wa At-Tazkirah, oleh Al-cIraqi (806H)3- An-Nukat cAla Kitab Ibn As-Solah, oleh Ibnu Hajar Al-cAsqalani (852H)4- Fath Al-Mughith Syarh Al-Fiat Al-cIraqi Fi cIlm Al-Hadith, oleh As-Sakhaawi (902H)5- Tadrib Ar-Rawi Syarh Taqriib An-Nawawi, oleh As-Suyuti (911H)Kesemua kitab-kitab ini bolehlah di anggap sebagai The Encyclopedia Of The Methodology Of Hadith, kerana ianya membahas semua aspek melalui sentuhan yang terperinci dan tersusun kemas. Apa yang pasti ia akan tetap kekal sebagai rujukan perdana dalam bidang metodologi hadith buat selama-lamanya.

1.2.6Tahap Keenam (Tahap Kepastian Dan Kejumudan)Peringkat ini berlanjutan dari kurun ke 10H hingga awal kurun ke 13Hijrah. Ianya disifatkan sedemikian kerana karya-karya yang dihasilkan dalam jangka masa tersebut lebih bersifat ringkasan dan ulasan sahaja kepada buku-buku yang telah dihasilkan sebelumnya. Penerokaan dan penemuan baru dalam metodologi hadith seolah-olah tidak lagi berlaku. Antara buku-buku yang terhasil pada peringkat ini ialah:

1- Syarh Nuzhah An-Nadzar Syarh An-Nukhbah, oleh cAli Bin Sultan Al-Harwi (1014 H)2- Al-Mandzumah Al-Baiquuniyyah, oleh Umar Bin Muhammad Al-Baiquuni (1080H)3- Taudih Al-Afkar, oleh As-Soncaani (1182H). dan lain-lain.Diperingkat ini juga menyaksikan seolah-olah berlaku perpindahan pusat perkembangan metodologi hadith dari bumi Arab ke bumi India, kesan daripada perkembangan ilmu yang pesat yang mengaktifkan suasana pengkaryaan.Ramai tokoh-tokoh ulama India yang berkaliber turut melibatkan diri dalam penulisan ini, seperti Al-Mulla Ali Al-Qaari (1014H), Shah Waliyullah Ad-Dahlawi (1176H), Muhd. Abdul Hayy Al-Laknawi (1264H) dan lain-lain. Walau bagaimanapun, karya mereka tidak inovatif, sekadar mengulangi apa yang telah terhasil sebelumnya.

1.2.7Tahap Ke Tujuh (Tahap Kesedaran Dan Kebangkitan Semula)Melihat kepada kepentingan ilmu metodologi hadith ini, maka bermula dari awal kurun ke 13 Hijrah (20 Mashi) hingga ke hari ini, kesedaran betapa perlunya diteruskan budaya penulisan dalam bidan ini telah meledak semula di kalangan ulama semasa. Perkembangan ini di dorong oleh dua faktor utama:i. Ancaman sekularisme yang hebat dari blok timur dan barat kesan dari dasar kerjasama di bidang akademik melalui pertukaran pelajar, program berkembar dan sebagainya.ii. Ancaman orientalisme yang bermatlamat mengelirukan umat Islam melalui serangan pemikiran, khasnya yang bersangkutan dengan peribadi Nabi, Sahabat dan Hadith.

Melalui dua faktor di atas, berlaku penyerapan maklumat negatif yang boleh menggugat Institusi Hadith, dan kegoyahan institusi ini pula sudah tentu akan member impak yang besar kepada keseluruhan epistemologi Islam.

Menyedari bahaya ini, ulama cuba menghasilkan buku-buku metodologi hadith yang menyentuh isu-isu yang ditimbulkan sama ada secara langsung atau tidak langsung, antaranya:

1- Qawaaid At-Tahdith, oleh Jamaluddin Al-Qasimi2- As-Sunnah Wa Makaanatuha Fi At-Tasyri Al-Islami, oleh Dr.Mustaffa Al-Sibaie3- Dirasaat Fi Al-Hadith Al-Nabawi, oleh Prof. Muhd. Mustaffa Al-Adzami4- Hujiyyah As-Sunnah, oleh Sheikh Abd. Al-Ghani Abd. Al-Khaliq5- Manhaj Al-Naqd Fi Ulum Al-Hadith, oleh Nuruddin Itr dan lain-lain.

Perkembangan pesat sains dan teknologi yang menghasilkan banyak penemuan dan rekaan baru yang canggih seperti computer, robot, teknologi maklumat dan sebagainya juga menuntut cendiakiawan Islam agar sama-sama menyahut cabaran era baru ini melalui penyertaan yang bersifat proaktif.

Ulama nusantara juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan karya metodologi hadith, antra buku-buku yang telah dihasilkan oleh ulama nusantara ialah:

1- Buku Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith, oleh Prof T.M Hasbi Al-Siddiqi, cetakan pertama tahun19542- Ilmu Mustalah Hadith, oleh Hafiz Hasan Al-Masudi, Terjemahan: A.Aziz Masyum, Cetakan Tahun 19673- Pokok-Pokok Ilmu Dirayat Hadith, oleh Prof T.M. Hasbi Al-Siddiqi, cetakan tahun 19674- Status Hadith Sebagai Dasar Tasyri, oleh Dr Barmawie Umarie, cetakan tahun 19775- Ilmu Hadith, Oleh Ab. Qadir Hasan, cetakan tahun 1996 dan lain-lain.

Kesimpulannya, pengkaryaan metodologi hadith merupakan satu aktiviti yang aktif di kalangan ulama dari dahulu hingga sekearang. Ini ada hubungan dengan kepentingan Institusi hadith itu sendiri sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran. Walaupun keaktifannya tidaklah konsisten di sepanjang zaman dengan adanya perubahan pasang surut yang dipengaruhi oleh berbagai faktor, namun ianya mampu bertahan dengan seadanya meskipun agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa yang lebih mencabar pada hari ini.1.3PEMBUKUAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH DAN PERKEMBANGANNYA1.3.1Definisi Al-TadwinDari aspek etimologi erti al-tadwin ialah: mengumpulkan sesuatu yang bercerai-berai didalam suatu kumpulan/ikatan seperti mengumpulkan suhuf (helaian-helaian) menjadi satu kitab. Ia berasal dari bahasa parsi.

Dari aspek teknikal: al-tadwin digunakan untuk menunjukkan makna susun dan karang.

1.3.2Penulisan Di Zaman Jahiliyyah Dan IslamKepandaian dalam tulis menulis di kalangan orang Arab Jahiliyyah amatlah sedikit bilangannya, mereka bergantung kepada ingatan mereka yang kuat dan istimewa untuk menghafaz syair, khutbah, sejarah nasab dan lain-lain. Apabila Islam datang ke tanah arab, agama ini telah menggalakkan pendidikkan menulis dan membaca. Rasul sendiri amat mengalakkan supaya umat mempelajari kaedah-kaedah tulis dan baca kerana melalui ilmu akan meningkatkan martabat dan kedudukan Islam itu sendiri dan juga ummahnya.

1.3.3Bila Bermula Penulisan Al-HadithDi zaman awal ulama al-hadith menyebutkan hadith sebagai ilmu sahaja. Terkenal dikalangan umum satu pendapat bahawa hadith ini tidak ditulis dan para ulama hanya meriwayatkan hadith melalui lisan dan ingatan sahaja. Pendapat ini berlanjutan selama lebih kurang lima kurun berturut-turut, hinggalah datang Al-Khatib Al-Baghdadi yang telah mengkaji semula pendapat tersebut dan mengarang kitab Taqyid Al-cIlmi.

Sangkaan ini adalah kerana kesilapan mentakwilkan dalil yang datang berkenaan tadwin al-hadith dan penulisannya. Mereka menyebutkan bahawa orang yang pertama mentadwinkan hadith adalah Ibnu Syihab Al-Zuhri (124/125H), dan orang yang menghimpunkan hadith di dalam kitab adalah datang kemudian darinya.Idea ini juga, mempengaruhi beberapa penulis seperti Abu Talib al-Makki, al-Imam al-Dhahabi, al-Hafiz Ibn Hajr dan al-Maqrizi. Mereka tetap menyatakan demikian walaupun terdapat juga pendapat bertentangan yang mengatakan bahawa orang-orang selepas sahabat dan tibicin meriwayatkan ilmu (hadith) dari suhuf-suhuf yang sahih tetapi tidak tersusun rapi yang ditulis di zaman sahabat dan tabicin. Oleh yang demikian, sebenarnya sudah berlaku tadwin al-ilmi semenjak zaman sebelum Al-Zuhri yang dianggap dari kalangan sighar al-tabicin.

Jadi al-Khatib al-Baghdadi telah berusaha mengkaji riwayat-riwayat yang membicarakan penulisan ilmu (hadith) di zaman Rasulullah saw, sahabat dan tabicin. Untuk membuktikan bahawa penulisan hadith sebenarnya telah bermula di zaman sebelum Al-Zuhri lagi, dibawakan di bawah ini beberapa riwayat: : , .......

( )Maksudnya: tidak ada seorang sahabat pun yang lebih banyak hadithnya daripadaku kecuali, cAbd Allah Bin cAmr kerana dia boleh menulis sedangkan aku tidak pandai menulis

:...... : Maksudnya: bahawa Rasulullah saw telah bersabda ketika Baginda saw gering: bawa kemari kertas, akan ku tuliskan untuk kamu suatu kitab supaya kamu tidak tersesat nanti. :.... ... : : . ( ) Maksudnya: aku sering menulis apa sahaja yang aku dengar dari Rasulullah saw hingga Baginda mengatakan kepadaku, tulislah, demi Allah tidak ada yang keluar dari (kata-kata) ku melainkan yang benar.

Disamping itu, terdapat juga beberapa riwayat yang dhaif tetap dapat menguatkan sebahagian dengan sebahagian yang lain. Dinyatakan di dalam kitab Jamic Bayan al-cilm, juz 1, hlm.71: Rasulullah saw telah memerintahkan supaya ditulis satu sahifah yang memuat semacam undan-undang yang mengatur hubungan antara sesame umat Islam dan orang lain di Madinah.

Rasulullah juga telah menghantar satu surat kepada gabenor Yaman, cAmr bin Hazm yang terkenal dengan Sahifah cAmr bin Hazm yang berisi peraturan-peraturan sadaqah (zakat), diyat, faraid dan beberapa susunan yang lain.

Rasul saw juga telah mengutus surat kepada raja-raja di sekitar semenanjung Arab mengajak mereka supaya memeluk Islam, sebagaimana dinyatakan di dalam al-Tabaqat al-Kubra li Ibn Sacd, juz 1, hlm. 5-38.1.3.4Beberapa Pendapat Sekitar Penulisan Hadith (Al-Tadwin) Pendapat Syeikh Muhammad Rasyid RidaAl-Syeikh berpendapat bahawa kemungkinan orang yang pertama menulis hadith dan lain-lainnya adalah dari kalangan tabicin yang bernama Khalid Bin Macdan Al-Himsi (103/104H). Beliau mengumpulkan hadith dan menjilidnya dengan kemas supaya tidak tercicir. Diriwayatkan bahawa beliau telah sempat menemui 70 orang sahabat. Namun demikian, lebih masyhur lagi pendapat yang mengatakan, orang pertama yang membukukan hadith ialah Ibn Syihab Al-Zuhri.Di dalam perbahasan sebelum ini, kita telah melihat dan membuktikan bahawa penulisan al-hadith sebenarnya telah dimulakan, walaupun mungkin dalam bentuk yang tidak rasmi di zaman Rasulullah saw masih hidup lagi. Jadi pendapat ini tidak dapat diterima dari dua aspek:

Apabila kita mempertimbangkan penulisan secara peribadi, maka kita dapati ramai sahabat dan tabicin yang telah mendahului Khalid tersebut, seperti Hammam bin Munabbih dan al-Zuhri.

Apabila dilihat dari aspek penulisan secara rasmi, yang dilakukan oleh al-Zuhri atas permintaan cUmar bin Abd al-cAziz, maka kita dapati Khalid ini sebenarnya telah di dahului oleh Abu Bakr bin Hazm dan al-Zuhri.

Jadi, pendapat yang mengatakan Khalid sebagai penulis hadith yang pertama, adalah tidak dapat di terima, tetapi boleh kita golongkan beliau ini antara orang yang mula-mula membukukan hadith di kurun pertama itu.

Pendapat Golongan SyicahAl-Sayyid Hasan al-Sadr (1272-1354H) mengatakan: al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti telah waham di dalam kitabnya Tadrib al-Rawi dengan mengatakan bahawa permulaan tadwin hadith adalah pada permulaan kurun kedua hijrah pada zaman pemerintahan cUmar bin cAbd cAziz dengan perintahnya kepada gabenor di Madinah, Abu Bakr bin Hazm yang telah meminta ulama Madinah supaya melaksanakan perintah tersebut. Perintah ini telah dilaksanakan oleh ibn Syihab al-Zuhri. Pendapat ini memang benar dari aspek penulisan rasmi. Adapun penulisan hadith secara peribadi telah bermula di zaman Rasulullah saw sendiri sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.Seterusnya, al-Sayyid Hasan al-Sadr menegaskan bahawa orang yang melakukan pembukuan hadith walaupun secara tidak rasmi, adalah dari kalangan Syicah di zaman cAli sebagai khalifah. Kemudian beliau menyebutkan kitab dan sahifah kepunyaan cAli yang tergantung di pedangnya, dan sebuah kitab kepunyaan Abu Rafi maula Rasul saw yang dinamakannya Kitab al-Sunan wa al-Ahkam wa al-Qadaya. Abu Rafic ini meninggal dunia pada permulaan pemerintahan cAli r.a.

Sebenarnya pendapat ini kurang tepat kerana telah dinyatakan di atas bahawa cAbd Allah bin cAmr bin al-cAs telah terlebih dahulu menulis dihadapan Rasulullah saw sendiri malahan diizinkan oleh Baginda saw.

Penulisan secara rasmi

Dalam masalah ini terdapat dua pendapat, iaini:

Pertama, menyatakan bahawa ia bermula pertengahan dekad kelapan kurun pertama Hijrah. Gabenor Mesir ketika itu cAbd cAziz bin Marwan bin al-Hakam al-Umawi, pada tahun pertengahan pemerintahannya antara tahun 65-85H, beliau telah berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah saw. Diriwayatkan oleh Imam al-Layth bin Sacd dari Abu Habib bahawa cAbd al-cAziz bin Marwan telah menulis kepada Kathir bin Murrah al-Hadrami, yang telah dapat menemui tujuh puluh ahli Badar dari kalangan sahabat Rasul saw, supaya menuliskan untuknya hadith-hadith yang telah didengarnya dari para sahabat Rasulullah saw kecuali hadith-hadith Abu Hurairah. Kathir sendiri meninggal antara tahun 70-80H. Kalau kita anggarkan beliau meninggal pada tahun 75H maka permintaan cAbd al-cAziz tentulah sebelum tahun tersebut. Dapatlah disimpulkan bahawa penulisan hadith secara rasmi telah dimulakan pada pertengahan kedua kurun pertama hijrah. Pendapat kedua pula adalah pendapat yang menegaskan bahawa penulisan secara rasmi adalah dilakukan di zaman cUmar Bin Abd cAziz, anak kepada cAbd Al-cAziz Bin Marwan Bin Al-Hakam tersebut.

Kesimpulannya:Al-Hadith sebenarnya telah ditulis atau dikumpulkan semenjak zaman Rasulullah saw sendiri sama ada atas perintah atau izin Baginda. Jelas kepada kita bahawa telah ada beberapa penulisan al-Hadith di zaman awal tersebut, lebih-lebih lagi di permulaan kurun kedua. Permulaan pengumpulan secara rasmi dimulakan pada akhir kurun pertama hijrah atau pada awal kurun kedua Hijrah.

1.4PENULISAN HADITH DI ZAMAN SAHABAT DAN TIBICIN HINGGA AKHIR KURUN PERTAMA HIJRAH.Ketika Rasulullah saw wafat, al-Sunnah belum lagi ditadwinkan secara rasmi sebagaimana al-Quran. Penulisan al-Hadith di zaman sahabat dan kibar Tabicin pun masih seperti zaman Rasulullah saw. 1.4.1Sikap Para Sahabat Terhadap Penulisan Al-HadithSeperti sedia maklum, al-Quran telah dikumpul dan ditulis keseluruhannya semenjak zaman Rasulullah saw masih hidup lagi, tetapi belumlah dikumpulkan menjadi satu mushaf sebagaimana ada di hari ini. Kerja pengumpulan dan penulisan semula al-Quran ini dilakukan di zaman Abu Bakr, sebagai satu usaha untuk memelihara al-Quran supaya tidak hilang dan tercicir di mana-mana. Namun demikian, para sahabat hanya melakukan pengumpulan dan penulisan mushaf, merka tidak mengumpul dan menulis hadith, walaupun terdapat dalil-dalil yang mengizinkan dan menyuruh. Mereka masih lagi bergantung kepada hafazan yang jitu tanpa ada penyelewengan. Namun demikian sikap mereka itu bukanlah menggambarkan bahawa penulisan al-hadith itu sesuatu yang di haramkan. Sebahagian sahabat membenci tetapi sebahagian lagi mengizinkan. Al-Qadi Iyad mengatakan: sebahagian sahabat ada yang menulis al-hadith tetapi apabila telah di hafaz lalu mereka bakar tulisan tersebut.Tujuan utama para sahabat tidak menulis al-hadith adalah untuk memelihara kemurniaan al-Quran dan al-Sunnah. Para sahabat yang tidak menyukai penulisan al-hadith, pada permulaanya adalah kerana khuatir orang ramai akan berpaling dari al-Quran atau membandingkan al-Quran dengan yang lain atau akan berlaku percampuran di kalangan sebahagian orang yang baharu dengan al-quran. Ini kerana al-Quran belum lagi lengkap mereka hafaz disamping masih kurang orang-orang yang mahir dan yang dapat membezakan antara wahyu dari yang lain di kalangan mereka ketika itu.

Al-Ustaz Muhammad Abu Zahu telah menyebutkan bahawa keengganan Umar Al-Khatab untuk menulis hadit-hadith adalah sesuai dengan keadaan orang ramai ketika itu, mereka masih begitu baharu dengan al-Quran lebih-lebih lagi orang-orang yang baru memeluk Islam dari segenap penjuru tanah arab ketika itu. Andainya hadith-hadith ditulis dan dihantar kesegenap negeri dan orang ramai berpusu-pusu menghafaz dan mengkaji hadith nescaya akan berlaku percampuran di antara keduanya.Kemungkinan antara sebab keengganan para sahabat menulis al-hadith juga adalah kerana mereka khuatir akan mengakibatkan para penulis (juga ummah seluruhnya) akan berpegang dan mengutamakan kitab dan tulisan dan akhirnya akan melemahkan kekuatan daya hafalan di samping mereka percaya belum ada sebab yang kuat untuk enulis al-hadith pada masa itu, keran al-hadith belum lagi terdedah kepada apa-apa bentuk penyelewengan.

Jadi jelaslah kepada kita bahawaa keengganan para sahabat untuk menulis al-hadith bukanlah kerana tegahan dari Rasulullah saw, tetapi adalah kerana sebab-sebab yang sementara. Kerana itulah kita dapat melihat perselisihan mereka tentang boleh atau tidaknya menulis al-hadith telah padam setelah beberapa lama dan akhirnya mereka telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith apabila timbul keadaan-keadaan yang mendesaknya selepas itu.1.4.2Sikap Kibar Tabiin Terhadap Penulisan Al-HadithDi kalangan para tabicin juga terdapat mereka yang menolak penulisan al-hadith iaini seperti Cubaydah bin Camr Al-Samani (72H), Ibrahim bin Al-Yazid Al-Taymi (92H), Jabir Bin Zayd (93H), Ibrahim bin Yazid Al-Nakhaci (96H), Amir Al-Syacbi (103H), Amr bin Dinar dan Muhammad bin Sirin.Walau demikian ramai juga sahabat yang mengizinkan dan menulis hadith seperti Sacid bin Jubayr, Sacid bin Al-Musayyab (94H), cAmir Al-Syacbii, Al-Dahhak bin Muzahim (105H), cAta bin Abu Rabah (114H), Nafic Maula Ibn cUmar (117H), Qatadah Bin Dacamahh Al-Sudussi (118H). Sikap mereka ini tidaklah menghairankan kerana kehidupan mereka sebenarnya masih sangat hampir dengan para sahabat disamping mereka murid para sahabat dan memiliki ketokohan seperti sahabat. Akhirnya ijmalah para ulama tabicen atas keharusan menulis dan menuntut al-hadith.

Kesimpulannya, dari perbahasan ini kita dapat melihat dan membuktikan bahawa al-hadith atau as-sunnah sebenarnya adalah merupakan salah satu sumber perundangan semenjak zaman Rasulullah saw. Walaupun demikian, pengumpulan dan penulisannya belumlah dilakukan secara terancang rapi dan rasmi di zaman tersebut. Ia hanya dimulakan secara rasmi sama ada diantara akhir kurun pertama hijrah atau awal kurun kedua hijrah. Dalam masalah ini sahaja, para pengkaji sebenarnya tidak sepakat berkenaan keaslian dan kehujahan hadith. Namun demikian, ahli as-sunnah telah sepakat dalam menerima al-hadith atau as-sunnah sebagai salah satu hujah hukum-hakam Islam, malahan meletakkannya ditempat kedua selepas al-Quran. Kita juga dapat melihat sikap sahabat dan kibar tabicen terhadap penulisan al-hadith. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith di atas sebab-sebab yang mendesak terutama selepas berlaku fitnah di kalangan mereka dan sebab-sebab yang bersangkutan dengan bertambahnya bilangan umat Islam. Kita patut bersyukur dengan keadaan tersebut kerana kini kita dapat menikmati khazanah al-hadith yang tidak ternilai harganya. Kalaulah tidak kerana jasa para ulama, bagaimanakah kita dapat menyelami dan seterusnya mengamalkan al-Quran dengan betul.1.5KEPENTINGAN HADITH DAN KEHUJAHANNYA1.5.1Definisi Kehujahan HadithKehujahan hadith bermaksud kefungsiannya sebagai sumber hukum syarac atau sebagai dalil hukum syarac atau sebagai perantara untuk mengetahui hukum syarac1.5.2Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Kehujahan HadithSecara umumnya ulama telah membahagikan dalil-dalil tersebut kepada 3 jenis, iaitu: naqli,aqli dan ijma.

1. Dalil-Dalil Naqli: ialah dalil-dalil yang diambil daripada al-quran sahaja dan tidak termasuk dali-dalil yang diambil daripada hadith, kerana tidak wajar sesuatu itu dibuktikan dengan menggunakan dalil dari jenis yang sama.

Ulama telah mengkaji keseluruhan isi kandungan al-quran dan mendapati dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan hadith itu terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib beriman kepada rasulullah saw. Beriman kepada rasul bukan sekadar beriman kepada diri baginda sahaja, tetapi lebih daripada itu, iaini beriman kepada keseluruhan ajaran yang di bawa baik dalam bentuk nas wahyu (al-quran) mahupun dalam bentuk hadith yang disampaikan oleh baginda.

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib taat kepada rasulullah. Antara ciri-ciri ketaatan kepada rasulullah saw ialah taat serta patuh kepada segala ajaran yang disampaikan oleh baginda baik dalam bentuk suruhan atau larangan yang terkandung dalam nas-nas al-quran dan hadith.

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan fungsi dan tugas rasulullah saw sebagai penerang, penghurai dan penafsir isi kandungan al-quran melalui bentuk huraian yang diiktiraf dan diakui benar oleh Allah swt.

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan mengikut ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw serta kewajipan menjadikan baginda sebagai contoh ikutan.

Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah saw memang diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan semua ajaran yang diturunkan kepadanya. Dan baginda dilarang daripada mengabaikan tanggungjawab tersebut atau takut untuk menyampaikannya kerana allah swt telah memberi jaminan keselamatan kepada baginda.

2. Dali-Dalil Caqli: iaitu dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan hadith sebagai sumber syarac yang diperolehi melalui pertimbangan logik akal yang waras. Seperti:

Kemacsuman baginda Rasulullah saw sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Rasulullah saw telah diberi jaminan keselamatan oleh Allah swt baik dari segi nyawa mahupun tugas.

Keiltizaman para sahabat dengan as-Sunnah, sebagaimana yang kita semua akui bahawa para sahabat Rasulullah saw memang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap segala ajaran yang dibawa oleh Baginda dalam bentuk hadith. Ini memang sejajar dengan kedudukan mereka sebagai generasi terpilih untuk hidup berjuang menegakkan Islam bersama-sama baginda Rasulullah saw. Kemustahilan beribadat tanpa hadith. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sesuatu ibadat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw kepada umatnya adalah mengikut kaedah dan pendekatan yang tertentu. Dan kaedah-kaedah serta tatacara beribadat ini pula tidak dihuraikan secara terperinci melalui nas-nas al-Quran, sebaliknya maklumat yang terperinci itu hanya dihurai oleh Baginda Rasulullah saw secara amali (praktikal) melalui amalan baginda. Huraian yang bersifat praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh para sahabat dalam bentuk hadith kepada generasi berikutnya hingga ianya dibukukan dan sampai kepada kita hari ini dalam bentuk yang lengkap.3. Dalil Ijma: semua ulama muctabar dalam konteks Ahli Sunnah Wa Al-Jamacah bersepakat menerima institusi hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber syarac yang kedua selepas al-Quran.

1.5.3Hubungan Hadith Dengan Al-QuranHubungan antara kedua dilihat dari sudut fungsi hadith terhadap al-Quran itu sendiri.

Fungsi hadith sebagai penguat hukum yang terkandung di dalam al-quran.Contohnya, seperti hukum kefardhuan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya yang terdapat di dalam al-Quran telah diperkuat dan disokong oleh nas-nas hadith Rasulullah saw. Fungsi hadith sebagai penerang/ penghurai kepada isi kandungan al-Quran.

Fungsi ini dilihat dalam tiga aspek: Mentafsilkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal.

Mengkhususkan nas-nas al-Quran yang bersifat umum.

Mengikat nas-nas al-Quran yang bersifat mutlak.

Fungsi hadith sebagai pencawang kepada nas induk yang terdapat di dalam al-QuranContohnya, seperti larangan menjual buah-buahan yang belum masak. Dimana sewaktu Rasulullah saw berhijrah ke madinah baginda mendapati masyarakat Madinah pada masa itu mengamalkan jual beli buah-buahan yang masih putik di pokok, sedangkan mereka tidak dapat mengenal pasti kuantiti dan kualiti sebenar buah-buah tersebut. Apabila buah-buah itu masak dan sedia untuk dipetik didapati jumlah dan mutu sebenar yang boleh dipetik tidak seberapa disebabkan perubahan cuaca atau penyakit yang menyerang pokok. Keadaan ini selalu menimbulkan perselisihan di antara penjual dengan pembeli.

Oleh yang demikian, Rasulullah saw telah mengharamkan bentuk jual beli seperti ini melalui riwayat hadith.BAB 2

JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERKAITAN DENGAN SANAD

Sanad merupakan rangkaian perawi-perawi yang terlibat dalam periwayatan sesebuah hadith bermula dari seseorang pembuka hadith sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Oleh kerana sanad memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan kesohihan sesebuah hadith yang diriwayatkan, maka sebahagian besar (60%) daripada disiplin ilmu Metod Hadith adalah berkisar tentang sanad dan perawi hadith.

2.1Ilmu Al-Jarh Wa At-TacdilIlmu Al-Jarh Wa Tacdil merupakan neraca atau penimbang perawi-perawi sesuatu riwayat. Sekiranya berat timbangan memihak kepada al-tacdil bolehlah diterima atau sekiranya ringan timbangan atau darjah keadilannya maka tertolaklah ia. Dengan ilmu ini juga, kita akan mengenali seseorang perawi yang diterima hadithnya dan membezakannya dengan perawi yang tidak diterima hadithnya. Al-jarh di sisi al-muhaddithun ialah, suatu kritikan pada perawi hadith dengan sesuatu yang merosak dan mencacatkan keadilannya atau kedhabitannya.

Al-tacdil pula ialah sebaliknya, iaitu pujian terhadap perawi dan menghukum ke atasnya sebagai cadil atau dhabit.

2.1.1Syarat Orang Yang Mentarjih Dan Orang Yang MentacdilWajib bagi seseorang yang mentarjih dan orang yang mentacdil memenuhi syarat-syarat tertentu sehingga fatwanya di ambil pakai dalam menyingkap perihal perawi sebagaimana berikut:1- Hendaklah dan memiliki ilmu, takwa, warak dan benar kerana seandainya keduanya tidak memiliki sifat-sifat demikian maka, bagaimana boleh menjadi hakim ke atas orang lain dalam masalah al-jarh dan al-tacdil.

2- Hendaklah alim dengan sebab-sebab yang membawa al-jarh dan al-tacdil.

3- Hendaklah pakar dalam bahasa arab, supaya tidak meletakkan sesuatu lafaz kepada bukan maksudnya dan tidak mentarjih seseorang dengan mengambil sesuatu lafaz (ungkapan) sedangkan dia sendiri bukan ahlinya.

2.1.2Perkara-Perkara Yang Tidak Disyaratkan Kepada Pentarjih Dan Pentacdil: Tidak disyaratkan seseorang pentarjih dan pentacdil itu lelaki atau merdeka. Malah menurut pendapat yang muktamad menyatakan bahawa, diterima tacdil dan tarjihnya dari semua mereka sama ada ia seorang lelaki, perempuan, merdeka atau hamba.

Tidak disyaratkan bagi pentarjih untuk membawa saksi, iaini dia seorang sahaja telah mencukupi seandainya telah melengkapi syarat-syarat tarjih.

2.1.3Adab Pentarjih Dan Pentacdil Bersifat sederhana ketika membuat pengakuan dan pengiktirafan ke atas seseorang, agar tidak mengangkat perawi lebih dari martabatnya dan tidak juga menjatuhkannya ditempat yang tidak sewajarnya sebagaimana berlaku di kalangan kebanyakkan kita di hari ini.

Tidak diharuskan mentarjih lebih dari keperluan atau hajat. Kerana al-jarh di syariatkan kerana darurat. Manakala darurat tersebut hendaklah disukat sekadar keperluan sahaja.

Tidak harus tertumpu kepada al-jarh semata-mata pada seorang perawi sedangkan terdapat padanya al-jarh dan al-tadil menurut ahli pengkritik. Para ulama hadith melarang keras perbuatan ini kerana menyebabkan berlakunya berat sebelah atau ketidak adilan terhadap seseorang perawi.

Tidak diharuskan al-jarh ke atas sesiapa sahaja yang tidak diperlukan jarhnya. Ini adalah disebabkan al-jarh itu dibolehkan hanya dalam keadaan darurat sahaja. Selama mana tidak terdapat darurat ke atasnya nescaya tidak harus menyelami dan menyelidiki kecacatannya.

2.1.4Syarat-Syarat Penerimaan Al-Jarh Dan Al-Tacdil Hendaklah al-jarh wa tacdil diterbitkan menerusi seseorang yang melengkapi syarat-syarat pentarjih dan pentacdil.

Tidak boleh al-jarh kecuali beserta dengan penjelasan atau penafisran (sebab-sebabnya). Manakala al-tacdil pula tidak disyaratkan kepada sebarang penafsiran.

Diterima al-jarh secara ringkas tanpa perlu kepada penafsiran bagi perawi yang sunyi dari tacdil.

Hendaklah al-jarh itu selamat daripada faktor-faktor yang menghalang penerimaannya. Apabila terdapat sesuatu perkara yang boleh menghalang penerimaan al-jarh dan al-tacdil hendaklah al-jarh dan al-tacdil tersebut di tolak. Antara rujukan utama dalam masalah ini ialah, kitab Ar-Rafc Wa At-Takmil Fi Al-Jarh Wa At-Tacdil oleh Muhd cAbd Al-Hayy Al-Laknawi dan Kitab Dowabit Al-Jarh Wa At-Tacdil oleh Dr. cAbd Al-cAziz Ibn Muhd Al-cAbd Al-Latif.

2.2Tabaqat Al-MuhaddithinDisiplin ilmu ini membicarakan tentang kumpulan-kumpulan perawi yang berada dalam tingkatan atau lapisan sanad yang sama. Lapisan sanad ini ditentukan berdasarkan beberapa ciri-ciri seperti: Perawi berasal dari generasi yang sama sperti generasi sahabat, tabicin, tabic at-tabicin dan sebagainya.

Perawi berasal dari tempat yang sama seperti kumpulan perawi Makkah, tabaqat perawi Madinah, tabaqat perawi cIraq dan sebagainya.

Perawi berasal dari kurun atau dekad yang tertentu seperti tabaqat perawi kurun pertama hijrah, tabaqat perawi kurun ke dua hijrah, tabaqat perawi awal kurun pertama hijrah atau sebagainya.

Berdasarkan tahap kemuliaan atau keistimewaan yang sama seperti tabaqat perawi yang terawal memeluk Islam, tabaqat perawi yang menyertai perang Badar, tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar As-Sahabah, tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar At-Tabicin.

Ataupun berdasarkan guru yang sama seperti, tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada Abu Bakr r.a, tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada Az-Zuhri dan sebagainya.

Dari itu, lahirlah apa yang dikatakan sebagai tabaqah sahabat, tabaqat tabicin, tabaqah al-Badriyyin, tabaqat al-Madaniyyin, tabaqah ke dua, tiga, empat dan sebagainya. Antara buku rujukan utama bagi disiplin ilmu ini ialah kitab At-Tabaqat Al-Kubrao Ibn Sacd, At-Tabaqat oleh Al-Khalifah Ibn Khayyat dan lain-lain.

2.3Marifat As-SahabahIlmu ini membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sahabat. Mengenali sahabat adalah merupakan suatu ilmu yang besar, penting lagi banyak faedahnya, iaini dengan mengenali sahabat kita akan mengetahui sama ada sesuatu hadith itu bersambung sanadnya atau terputus. Definisi umum sahabat ialah: menurut bahasa: kata sahabat adalah isim masdar yang bererti berteman atau berkawan, manakala kata as-sahaby dan as-saahib yang di jamakan menjadi ashab dan sahabun.

Menurut istilah: sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi saw dalam keadaan Islam dan mati dalam keadaan Islam juga, sekalipun pernah murtad.Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, al-sahabah ialah: sesiapa yang sempat bertemu Nabi saw dalam keadaan beriman dengan Baginda saw dan mati dalam Islam. Ungkapan sesiapa yang sempat bertemu dalam definisi ini, termasuklah sahabat Nabi saw yang lama berdamping atau dalam tempoh masa yang pendek serta yang sempat berperang atau tidak. Manakala apabila disebut sahaja ungkapan dalam keadaan beriman dengan Baginda saw maka terkeluarlah mereka yang pernah menemui Nabi saw dalam keadaan kafir kemudian Islam kembali, selepas itu tidak bertemu dengan Baginda saw, seperti utusan Hirqal.

2.3.1Tanda-Tanda Seseorang Itu Dikenali Sebagai Sahabat Dikenali secara mutawatir, iaitu dikenal pasti kesahihan sebagai seorang sahabat menerusi ramai daripada para sahabat Nabi saw seperti Al-Khulafa Al-Rasyidin yang empat.

Dikenali secara masyhur, seperti Dimam bin Thaclabah, Ukasyah bin Mihsan

Dinyatakan oleh sahabat lain, seperti Humamah bin Abu Humamah.

Di nyatakan oleh sahabat itu sendiri, jika dia seorang yang bersifat adil.

Dinyatakan oleh seorang Tabicin mengikut pendapat yang rajah.

2.3.2Keadilan Sahabat

Menurut jumhur ulama Ahli Sunnah, semua sahabat adalah adil sama ada mereka yang terlibat dalam fitnah ataupun tidak. Dimaksudkan dengan keadilan mereka adalah terhindarnya mereka dari sengaja berbuat dusta dalam meriwayatkan dan menyelewengkannya. Dapat disimpulkan bahawa, semua riwayat sahabat diterima tanpa perlu bersusah payah membahas keadilan mereka. Dan sahabat yang menyandang fitnah itu, adalah semata-mata kerana ijtihadnya yang salah dimana mereka tetap mendapat pahala atas dasar husnuzzonn kepada mereka. Kerana mereka adalah orang yang membawa syaricat dan sebaik-baik generasi.

2.3.3Kronologi Sahabat (Tabaqat)Ibn Sacd membahagikan mereka kepada lima tabaqat, Al-Hakim membahagikan mereka kepada 12 tabaqat dan sebahagian ulama membahagikan lebih daripada itu. Namun demikian, pembahagian oleh Al-Hakim adalah lebih masyhur, iaini:

Yang lebih awal memeluk Islam di Makkah, seperti al-Khulafa al-Rasyidin

Yang memeluk Islam sebelum permusyawaratan penduduk Makkah di Dar al-Nadwah

Muhajir Habsyah

Yang menyertai al-cAqabah pertama

Yang menyertai al-cAqabah kedua, kebanyakkan mereka dari kalangan Ansar

Yang mula-mula berhijrah ke Madinah sebelum hijrah Rasul saw

Ahli Badar

Yang berhijrah antara peperangan Badar dan Hudaybiyyah

Yang menyertai Bayc at al-Ridwan di Hudaybiyyah

Yang berhijrah antara peperangan Hudaybiyyah dan Fath Makkah, seperti Khalid bin al-Walid, cAmr bin al-cAs dan Abu Hurayrah

Yang memeluk Islam ketika Fath Makkah

Semua kanak-kanak yang sempat bertemu dan melihat Rasulullah saw pada hari Fath Makkah, Haji Wadac dan lain-lain kesempatan selepas itu.

Disamping itu, Ahli Sunnah juga bersepakat bahawa yang paling utama secara berturut-turut adalah Abu Bakr al-Siddiq, cUmar, cUthman bin cAffan, cAli bin Abu Talib, baki sepuluh sahabat yang di janjikan syurga, ahli Badar, ahli Uhud, peserta Baycat al-Ridwan dan akhirnya adalah para sahabat yang mempunyai keutamaan dari kalangan al-Awwalun al-Sabiqun.

2.3.4Sahabat Yang Terbanyak Dalam Meriwayatkan HadithAntara sahabat yang paling banyak dalam meriwayatkan hadith ialah:

Abu Hurayrah: meriwayatkan sebanyak 5374 hadith.

Ibnu Umar: meriwayatkan 2630 hadith

Anas bin Malik: meriwayatkan 2286 hadith

Acisyah: meriwayatkan sebanyak 2210 hadith

Ibnu Abbas: meriwayatkan sebanyak 1660 hadith

Jabir Abdullah: meriwayatkan sebanyak 1540 hadith

2.3.5Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan UbadalahYang dimaksudkan dengan Ubadalah berdasarkan asal nama mereka Ubadalah dari kalangan sahabat jumlahnya mencapai sekitar 300 sahabat, akan tetapi yang dikehendaki disini adalah 4 orang sahabat, semuanya bernama Abdullah, mereka itu adalah:

Abdullah bin Umar

Abdullah bin Abbas

Abdullah binZubair

Abdullah bin Amer bin Ash

Keistimewaan mereka adalah termasuk dalam ulama di kalangan para sahabat yang palaing akhir meninggal. Hingga mereka perlu dikenali, mereka memiliki keistimewaan dan kemasyhuran yang mana apabila mereka telah menyepakati sesuatu masalah berupa fatwa mereka di gelar Qaul Ubadalah.

2.3.6Jumlah Bilangan SahabatTidak ada kiraan yang paling tepat untuk menentukan jumlah sahabat yang sebenar, akan tetapi ada beberapa pendapat ahli ilmu yang dapat dijadikan pedoman, iaini lebih dari 100 ribu sahabat. Dan pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Abi Zarcah Ar-Razy iaini 114,000 orang.

2.3.7Kitab-Kitab Biografi Sahabat Al-Isticab Fi Asma Al-Ashab, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddith Al-Faqih Abu cUmar Yusuf bin cAbd Al-Bar Al-Namari (463H)

Usd Al-Ghabah Fi Makrifat Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Muhaddith Al-Hafiz cIzz Al-Din cAli Bin Muammad Al-Jazari Ibn Al-Athir (630H)

Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Bahr Al-Hujjah Ahmad Bin cAli Bin Hajar Al-cAsqalani (852H)

Hayat Al-Sahabah, karangan Al-cAllamah Al-Daciyah Al-Muhaddith Al-Syeikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Al-Hindi (1383H)2.4Marifat At-Tabicin Wa Al-AtbacIlmu ini juga penting, kerana kita dapat mengetahui keterlibatan mereka secara langsung dalam periwayatan hadith dan bagi menentukan taraf sesuatu hadith kita terlebih dahulu perlu mengenali para tabicin.2.4.1Definisi Tabicin Menurut bahasa: adalah jama dari kata tabici atau tabicun sedang kata tabici adalah isim fail dari kata tabicahu bererti berjalan di belakangnya.

Menurut istilah: adalah orang yang bertemu sahabat dalam keadaan Islam dan mati secara Islam pula, juga dikatakan sebagai orang yang berteman dengan sahabat.

2.4.2Tabaqat TabiinPara ulama berbeza pendapat mengenai tabaqat tabiin:

Imam Muslim membahagikan mereka kepada tiga tabaqat

Ibnu Saced membahagikan mereka kepada empat tabaqat

Imam Al-Hakim membahagikan mereka kepada 15 tabaqat, yang pertama ialah mereka yang sempat bertemu dengan sepuluh orang sahabat.

2.4.3Al-MukhadramunUntuk seorang adalah mukhdram, iaini orang yang sempat hidup pada masa Jahiliyah dan zaman Nabi saw, dan dia beragama Islam sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Rasulullah saw. Dan mereka ini adalah termasuk dalam golongan tabicin menurut pendapat yang kuat.

Jumlah bilangan Mukhdaramun adalah sekitar dua puluh orang, sebagaimana kiraan imam muslim, tetapi yang lebih kuat bilangan mereka adalah lebih dari itu. Diantaranya ialah, Abu Uthman An-Nahdy dan Aswad Bin Yazid Ad-Ducally.

2.4.4Fuqaha Tujuh

Fuqaha tujuh ialah, mereka yang terawal dari kalangan tabicin, mereka ini termasuk dari penduduk kota Madinah, iaini: Said Bin Al-Musayyab, Qasim Bin Muhammad, Urwah Bin Zubair, Kharijah Bin Zaid, Abu Salamah Bin Abdul Rahman, Ubaidillah Bin Abdullah Bin Utbah Dan Sulaiman Bin Yasar.

2.4.5Tabicin Yang Paling UtamaTerdapat banyak pendapat dikalangan ulama tentang tabicin yang paling utama, sedang pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Said Bin Al-Musayyab dan Abu Abdullah Muhammad Khafis As-Syairazy, iaini seperti berikut:

Penduduk kufah menyatakan yang paling utama adalah Uwais al-Qorni

Penduduk basrah menyatakan yang paling utama adalah al-Hassan al-BasriKitab yang terkenal adalah:

Kitab Macrifatuttabicin, karya Abil Mitrof Bin Fatis Al-Andalusi.

2.5Al-Muttafaq Wa Al-Muftaraq

Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah mereka sama, baik dari segi tulisan mahupun bacaannya, sementara berbeza orangnya. Kerana ada terjadi diantara mereka itu yang sama nama, dan nasab-nasabnya. Contohnya:

Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama, salah seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih. Ahmad bin Jacfar bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari tabaqat yang sama cUmar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama.

2.5.1Kepentingan Dan Faedahnya:Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali, agar orang tidak meyangka nama tersebut dimiliki oleh seorang perawi sahaja, dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi yang berlainan itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan kedhaifannya. Maka melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang meriwayatkan sesebuah hadith di antara mereka, yang thiqah ataupun yang dhaif.

Antara kitab-kitab yang terkenal ialah, Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq, karya Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.6Al-Mutalif Wa Al-Mukhtalif

Disiplin ini mjembahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama, gelaran, kunyah atau nasab yang sama dari segi tulisannya, tetapi berlainan dari segi sebutannya. Contoh-contohnya:

Salam () dan sallam () Miswar () dan musawwar ()

Kepentingan disisplin ini, sama dengan sebelumnya iaitu untuk mengelak daripada berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Dalam konteks ini Ibnu Al-Madani berkata: kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi. Ini kerana nama seseorang tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak boleh ditentukan mengikut kaedah yang tertentu. Antara kitab-kitab terkenal yang membahaskan tentang ilmu ini ialah, kitab Al-Mutalif Wa Al-Mukhtalif" oleh Abdul Ghani Bin Said dan KitabAl-Ikmal oleh Ibn Makula.

2.7As-Sabiq Wa Al-Lahiq

Disiplin ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang sama dari seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara. Contohnya: Ibnu Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama meriwayatkan hadith daripada Imam Malik (179H). Sedangkan beza umur mereka ialah 135 tahun, di mana Al-Zuhri meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula pada tahun 259H.

Melalui disiplin ini, kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat dipastikan, disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) dan manakah sanad yang rendah (panjang). Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.8Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran

Tajuk ini, membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya, seangkatan atau sezaman, yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Contohnya:

Diperingkat sahabat seperti cAisyah dengan Abu Hurairah.

Diperingkat tabicin seperti Al-Zuhri dengan cUmar Ibn cAbd Al-Aziz Diperingkat atbac at-tabicin seperti Malik dengan Al-Auzaci.

Faedahnya, supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan perawi pada sanad atau berlaku pertukaran (can) dengan (wau) pada lafaz periwayatan. Antara rujukan utama disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab Riwayat Al-Aqran oleh Abu Al-Syeikh Al-Asbahani.

2.9Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat

Tajuk ini membincangkan tentang perawi yang bersaudara dan saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Contohnya:

Di peringkat sahabat seperti, cUmar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab, Di peringkat tabicin seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu, Anas, Yahya, Mabad, Hafsah dan Karimah, Di peringkat al-atbac pula seperti Sufyan Ibn cUyaynah dan adik beradiknya iaitu, Adam, Imran, Muhd dan Ibrahim.Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yang memiliki nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik sebagaimana contoh-contoh diatas, dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama tetapi tidak mempunyai hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru Ibn Dinar. Di mana bagi yang tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik beradik sedangkan hakikatnya tidak.

Antara rujukan utama disiplin ini ialah, Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas As-Sarraj dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi.

2.10Al-cAli Wa An-NazilDisiplin ini membahaskan dua perkara, iaini:

1- Tentang al-cali iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang sedikit (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith yang sama. 2- Tentang an-nazil iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang ramai (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang meriwayatkan hadith yang sama.Contohnya:

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith melalui empat orang perawi sebelum sampai kepada Rasulullah saw, sedangkan Imam At-Tirmizi pula meriwayatkan hadith yang sama melalui enam orang perawi. Dalam keadaan ini sanad Imam Bukhari dikatakan al-cali manakala sanad Imam At-Tirmizi dikatakan an-nazil.

Kepentingan disiplin ini dilihat kerana sanad al-cali dikira lebih tinggi daripada sanad an-nazil dari segi nilai kekuatan dan kesohihannya. Dengan perkataan lainnya, al-cali itu lebih sohih daripada an-nazil. Justeru, ianya cukup penting terutama dalam isu pentarjihan antara riwayat yang bercanggah.Walau bagaimanapun, kadang kala berlaku keadaan dimana sanad an-nazil lebih kuat daripada sanad al-cali seperti jika rangkaian sanad an-nazil terdiri daripada perawi-perawi yang lebih thiqah berbanding dengan perawi-perawi yang ada dalam rangkaian sanad al-cali.

Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenis sanad al-cali dan an-nazil kepada lima jenis berdasarkan lima dasar penisbahan yang berbeza, iaitu:

1- Nisbah kepada Baginda Rasulullah saw, dan ini dinamakan Al-Culuw Al-Mutlak. Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit (secara menegak) untuk sampai kepada Rasulullah saw dikira lebih tinggi (al-cali), jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawinya lebih ramai untuk sampai kepada rasulullah.

2- Nisbah kepada seseorang imam atau perawi masyhur yang tertentu.

Seperti nisbah kepada Imam Az-Zuhri, Imam Malik dan sebagainya. Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit untuk sampai kepada Az-Zuhri misalnya, dikira lebih tinggi jika dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawi yang lebih ramai untuk sampai kepada beliau.

3- Nisbah kepada riwayat kitab hadith yang tertentu, dan ianya terbahagi pula kepada empat jenis:

Al-Muwafaqah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith daripada guru seseorang pengarang kitab hadith dengan tidak melalui perantaraannya.

Al-Badal: iaitu seseorang itu meriwayatkan sesebuah hadith daripada guru kepada guru seseorang pengarang kitab hadith melalui rangkaian sanad yang lebih ringkas tanpa melalui perantaraan pengarang kitab dan gurunya.

Al-Musawat: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh seseorang pengarang kitab hadith, melalui sanad yang berlainan hingga ke akhir sanad, dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad tersebut adalah sama.

Al-Musafahah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang sama yang telah diriwayatkan oleh salah seorang murid pengarang sesebuah kitab hadith, melalui sanad yang berlainan dan bilangan perawi yang terlibat di dalam kedua-dua sanad tersebut adalah sama.4- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi (yang sama-sama meriwayat hadith daripada seorang guru) yang lebih dahulu wafat. Dalam konteks ini sanad yang terdapat di dalam perawi yang lebih dahulu wafat dikira lebih tinggi daripada sanad yang satu lagi.

5- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi yang lebih dahulu menerima riwayat sesebuah hadith daripada seseorang guru yang sama. Dalam konteks ini, sanad yang perawinya lebih dahulu menerima riwayat hadith tersebut daripada gurunya dikira lebih tinggi berbanding dengan yang satu lagi.

Disiplin ini amat diambil berat oleh para muhaddithin, kerana memiliki ketinggian sanad merupakan satu perkara kebanggaan dikalangan mereka. Walau bagaimanapun, tidak ada kitab khusus yang mengumpulkan riwayat-riwayat al-cali dan an-nazil secara umum yang ada hanyalah kitab khusus tentang sanad-sanad al-cali (yang terdiri daripada tiga orang perawi untuk sampai kepada rasulullah), yang dimiliki oleh individu yang tertentu. Kitab ini di beri nama Thulathiyat seperti Kitab Thulathiyyat Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al-cAsqalani dan kitab Thulathiyyat Ahmad Ibn Hambal oleh Ahmad As-Safaraini.

2.11Al-Mutashabihat

Disiplin ini membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama sama ada dari segi tulisan mahupun lafaznya, sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi sama tulisannya atau sebaliknya. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis, iaitu:

Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah mereka berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan, seperti:Muhd Ibn Uqail dengan Muhd Ibn Aqil

Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan sedangkan nama mereka sendiri berbeza dari segi sebutan sekalipun sama dari segi tulisan, seperti:Shuraih Ibn An-Numan dengan Suraij Ibn An-Numan

Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza pada satu atau dua huruf sahaja, seperti:Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair

Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain sebaliknya ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut, seperti:Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-AswadDisiplin ini penting untuk mengenal pasti seseorang perawi dan mengelak kekeliruan. Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh khatib al-baghdadi.

2.12Al-Muhmalat

Disiplin ini pula membahaskan tentang nama-nama perawi yang sama tetapi tidak ada unsur yang boleh membantu untuk mengenal pasti mereka hingga sukar untuk dibezakan antara mereka. Keadaan ini boleh menjejaskan nilai kesahihan riwayat sesebuah hadith andainya salah seorang daripada mereka merupakan perawi yang dhaif.

Contohnya, nama Sulaiman Ibn Daud yang dimiliki oleh dua orang perawi, salah seorang daripada mereka thiqh iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Khaulani dan seorang lagi dhaif iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Yamami. Dengan adanya disiplin ini, penentuan siapakah individu yang terbabit dalam sesuatu riwayat lebih mudah dilakukan dan cepat dikesan oleh ulama. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Mukmal Fi Bayan Al-Muhmal oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.13Al-Wuhdan

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang mempunyai seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada mereka. Contohnya: Urwah Ibn Mudarris r.a yang mempunyai seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau iaitu cAmir Asd-Shacbi. Begitu juga dengan Al-Musayyab Ibn Hazn ra satu-satunya murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau adalah anaknya Sacid.

Antara faedah disiplin ilmu ini ialah, dapat mengetahui perawi-perawi yang majhul al-cain (yang tidak diketahui identitinya). Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Munfaridat Wa Al-Wuhdan oleh Imam Muslim.

2.14Al-Qab Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang gelaran yang dimiliki oleh perawi hadith. Contohnya: Al-Aaraj, Al-Amash dan sebagainya. Kepentingan mengenali nama-nama gelaran adalah kerana:

Supaya orang tidak terkeliru dengan menyangka gelaran yang dimiliki oleh seseorang perawi itulah nama baginya.

Dapat membantu kita mngenal pasti seseorang perawi dan mengetahui sebab-sebab kenapa seseorang perawi itu digelar dengan sesuatu gelaran.

Gelaran ini ada dua jenis:

Tidak boleh diperkenalkan: iaitu ketika orang yang digelar itu membencinya

Boleh diperkenalkan: iaitu orang yang digelar itu tidak membencinya.

Contohnya:

Adl-Dlal: adalah gelaran bagi Muawiyah Bin Abdul Karim, digelar demikian kerana dia pernah tersesat di jalan kota Makkah.

Ghunjar: gerlaran Isa Bin Musa At-Taimy, dia di gelar kerana merahnya dan dua kebunnya. Dan lain-lain lagi.

Antara rujukan utama dalam ilmu ini ialah, Kitab Nuzhah Al-Albab Li Marifat Al-Alqab oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.

2.15Manm Zukir Bi Asma Au Sifat Mukhtalifah

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang disebut didalam sesuatu sanad hadith dengan panggilan yang berbeza, kadang kala disebut dengan namanya sahaja dan ada kalanya disebut gelarannya sahaja, ada ketika pula disebut kunyahnya sahaja dan ada masanya pula disebut kesemua nama, gelaran dan kunyah.

Contohnya: Muhd Ibn As-Saib Al-Kalbi, kadang-kala ia disebut dengan nama Hammad Ibn As-Saib, kadang-kala dia disebut dengan kunyah Abu Al-Nadhir, dan adakalanya pula disebut dengan kunyah Abu Sacid.

Faedahnya ialah, untuk mengelak kekeliruan pada nama seseorang perawi dengan menyangka ianya individu yang berlainan. Selain daripada itu, melalui disiplin ini juga dapat didedahkan tadlis ash-shuyukh (satu penipuan dalam bentuk penukaran identiti seseorang perawi yang daif bagi menutup kelemahan sesuatu sanad).

Antara rujukan utamanya ialah Kitab Mudihu Auham Al-Jamc Wa At-Tafriq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dan Kitab Idah Al-Ishkal oleh cAbd Al-Ghani Ibn Sacid Al-Maqdisi.

2.16Tawarikh Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang sejarah atau riwayat hidup seseorang perawi dari segi tarikh lahirnya, tarikh wafatnya, asal-usulnya, gurunya, muridnya, pengembaraannya, keilmuannya, aqidahnya, bila dia menerima riwayat daripada gurunya dan bila pula dia sampaikan kepada muridnya, contoh-contoh riwayatnya, peristiwa-peristiwa yang melibatkannya, karya-karyanya, hukuman yang telah di buat oleh ulama keatasnya sama ada thiqah atau dhaif dan sebagainya.

Faedahnya yang utama ialah untuk memastikan kesinambungan sanad sesuatu riwayat hadith. Misalnya apabila seseorang perawi mendakwa dia menerima riwyat hadith daripada seseorang guru yang tinggal di Basrah pada tahun 115H, sedangkan apabila diselidik riwayat hidup perawi dan guru tadi (di dalam buku-buku rijal hadith), maka di dapati perawi itu tidak pernah pergi ke basrah dan guru itu pula telah wafat pada tahun 110H lagi (lima tahun sebelum berlakunya proses periwayatan yang didakwakan). Maka hasil analisa seperti ini membuktikan bahawa perawi tersebut sebenarnya tidak menerima sebarang riwayat hadith secara langsung daripada guru tersebut dan ini menunjukkan bahawa sanad sebenarnya terputus dan dalam konteks ini riwayat itu diiktiraf dhaif.

Rujukan utama bagi disiplin ini ialah semua Kitab Rijal Hadith atau Kitab Jarh Wa Al-Tacdil seperti kitab at-tarikh Oleh Ibn Main, kitab Khatib Al-Baghdadi, kitab Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir, Kitab Tahzib Al-Kamal oleh Al-Mizzi, Kitab Siyar Alam An-Nubala oleh Az-Zahabi dan lain-lain.

2.17Al-Mufradat Min Al-Asma Wa Al-Kunya Wa Al-Alqab

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama atau kunyah atau gelaran yang tidak dikongsi bersama perawi lain. Contohnya: cAjmad Ibn cUjyan Ra, Abu Al-Hamra Ra, Safinah Ra, Duraib Ibn Nuqair, Abu Al-Ubaidain, Mandal dan sebagainya.

Faedah utama mengetahui ilmu ini ialah untuk mengelak daripada berlaku kesilapan apabila menulis atau menyebut nama-nama tersebut. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Asma Al-Mufradah oleh Ahmad Ibn Harun Al-Bardiji.

2.18Al-Mawali Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi dari kalangan maula. Boleh di bahagikan kepada tiga, iaitu:

1- Maula Al-Hilf : yang berwala melaui perjanjian, seperti Imam Malik Ibn Anas Al-Asbahi At-Taimi, kerana Kaum Asbah adalah mawali kepada Qabilah Taim Quraish secara Al-Hilf.2- Maula Al-cAtaqah: yang berwala melalui pembebasan perhambaan, seperti Abu Al-Bukhturi Sacid Ibn Fairuz At-Toi kerana tuannya yang telah membebaskannya adalah Qabilah Taic.3- Maula Al-Islam : yang berwala melalui pemelukan Islam, seperti Muhd Bin Ismail Al-Bukhari Al-Jufi (kerana datuknya al-mughirah asalnya seorang majusi kemudian memeluk islam melalui Al-Yaman Ibn Akhnas Al-Jufi, maka dinisbahkan Imam Al-Bukhari kepadanya).

Faedah disiplin ini antara lain ialah untuk mengelakkan kekeliruan pada nasab seseorang perawi dari kalangan maula dan untuk memastikan siapa atau kabilah mana yang dia berintisab kepadanya serta bentuk intisab tersebut. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Mawali oleh Abu Umar Al-Kindi.

2.19Asma Man Ishtaharu Bi Kunahum

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang lebih dikenali dengan kunyah berbanding dengan nama, gelaran, sifat dan nisbah mereka. Seperti Abu Bakr ra, Abu Hurairah ra, Abu Idris Al-Khaulani, Abu Bilal Al-Ashcari dan lain-lain.

Faedah disiplin ini, antara lainnya ialah supaya orang tidak menyangka seorang perawi itu dua individu yang berbeza apabila disuatu ketika dia disebut dengan kunyahnya yang masyhur manakala disuatu ketika yang lain dia disebut pula dengan namanya yang tidak masyhur. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Kuna Wa Al-Asma oleh Abu Bishr Muhd Ibn Ahmad Ad-Dulabi.

2.20Autan Ar-Ruwwah Wa Buldanuhum

Disiplin ini memperkatakan tentang tempat lahir atau tempat menetap seseorang perawi secara khusus. Kepentingannya dilihat apabila ada dua orang perawi atau lebih memiliki nama yang sama tetapi berbeza tempat lahir atau tempat tinggal, jadi melalui disiplin ini dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad.

Antara perbahasan tajuk ini ialah:

Bagaimanakah perawi-perawi arab dan perawi-perawi cajam berintisab kepada kabilah atau kepada negeri

Bagaimanakah seseorang perawi yang tinggal di beberapa tempat yang berlainan hendak berintisab, bagaimanakah sekiranya seseorang itu tinggal disebuah negeri apakah dia perlu berintisab kepada nama kampungnya atau kepada nama negerinya

Berapa lamakah pula tempoh masa bermukim di suatu tempat sebelum seseoran itu boleh di nasabkan kepada tempat tersebut.

Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Ansab oleh As-Samani.2.21An-Nasab Allati cAla Khilaf Zahiriha

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau munasabah tertentu telah dinisbah, digelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh mengelirukan sedangkan ianya bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar.

Contohnya:

Abu Masud Al-Badri, beliau dinisbahkan kepada Badar bukan kerana turut menyertai perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.

Yazid Al-Faqir, beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana beliau mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar faqar.

Khalid Al-Hazzac, beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang tukang kasut, tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut sehingga digelar al-hazzac.

Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari.

2.22Al-Mansubun Ila Ghair Abaihim

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah mereka. Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang menyangka mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu yang sama.

Contohnya: Muaz ibn Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama Al-Harith.

Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya cAli Ibn Abi Talib

Yacla ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah.

Ahmad ibn Hambal yang dibinkan kepada datuk sebelah ayah.

Al-miqdad ibn Al-Aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya sedangkan ayahnya bernama cAmr Al-Khindi

Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk disiplin ini, walau bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum.

2.23Ath-Thiqat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi thiqah yang menepati ciri-ciri atau syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan kesohihan sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ath-Thiqah oleh Al-cIjli dan lain-lain.

2.24Ad-Ducafat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dhaif yang tidak ada ciri-ciri atau syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya dapat ditentukan kelemahan sesuatu sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ad-Duafat oleh Al-Bukhari, An-Nasai, Al-cUqaili, Ad-Daraqutni dan lain-lain.

2.25Al-Kazzabun Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini pula membicarakan tentang perawi-perawi pembohong yang terlibat dalam membuat atau meriwayatkan hadith palsu secara khusus. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Wadc Fi Al-Hadith Oleh Syeikh cUmar Hasan Fallatah.

2.26Al-Mukhtalituh Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini membincangkan tentang perawi-perawi (termasuk perawi thiqah pada asalnya) yang terkena penyakit ikhtilat secara khusus, iaitu sejenis penyakit lupa yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti umur yang lanjut, hilang daya penglihatan, hilang atau kemusnahan buku, atau kerana terkena sesuatu musibah seperti kematian keluarga terdekat rumah terbakar dan sebagainya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Ightibat Biman Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh Sibt Ibn Al-cAjami.

2.27Al-Mudallisun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam jenayah tadlis secara khusus iaitu menyembunyikan kecacatan atau kelemahan yang ada pada sesuatu sanad disamping menzahirkan keelokkan dan kekuatannya. Melalui tajuk ini perawi-perawi yang terlibat telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza tahap kesalahan dan riwayatnya.

Antara rujukan utamanya ialah Kitab Tarif Ahl At-Taqdis Bi Maratib Al-Mausufin Bi At-Tadlis oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.

2.28Al-Mursilun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith mursal secara khusus, iaitu hadith yang mana akhir sanadnya terputus selepas tabicin. Antara rujukan utamanya ialah Kitab At-Tabyin Li Asma Al-Mudallisin oleh Burhanuddin Al-Halabi.BAB 3ILMU-ILMU HADITH YANG BERKAITAN DENGAN MATAN

3.1AL-GHARIB AL-HADITH

Gharib al-hadith ialah ilmu yang membicarakan tentang perkataan yang sukar difahami maksudnya kerana terlalu jarang digunakan yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith. Kesukaran itu bukan sahaja bagi orang-orang awam, malah ianya dikira sukar juga bagi pakar bahasa arab itu sendiri hingga mereka terpaksa mencari rujukan untuk menangganinya.

Contohnya ialah perkataan () yang terdapat di dalam matan sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Bukhari: ( ).

Yang bermaksud: dan dia (Baginda Rasulullah saw) telah berkhalwat di gua hira untuk beribadat di dalamnya. (Al-Bukhari, 1407H, Kitab Bad Al-Wahi, jil 1, ms. 30, no 3).

Begitu juga hadith-hadith tentang Ash-Shamail yang banyak menceritakan tentang sifat-sifat fizikal baginda Rasulullah saw yang kebanyakkannya menggunakan istilah-istilah bahasa yang sukar.

Kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan ulama, isu ini boleh ditanggani dengan merujuk kepada salah-satu daripada empat rujukan berikut:

a. Kitab-kitab khusus yang mengumpul dan menghuraikan perkataan berkenaan seperti kitab Gharib Al-Hadith oleh Abu cUbaid Al-Qasim Ibn Sallam, Kitab Gharib Al-Hadith oleh Ibn Qutaibah, Kitab An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari Dan Kitab Al-Faaiq Fi Gharib Al-Hadith oleh Az-Zamakhshari.

b. Shuruh kitab hadith (kitab-kitab sharah hadith)

c. Kamus atau mucjam yang utama seperti kamus Lisan Al-Carab oleh Ibn Manzur, Mucjam Maqaayis Al-Lughah oleh Ibn Faris, Qamus Al-Muhit oleh Fairuz Abaadi dan lain-lain

d. Pakar bahasa arab.

3.2MUSYKIL AL-HADITHIlmu ini membahaskan tentang sesuatu matan hadith sahih yang sukar difahami maksudnya serta mengelirukan. Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:(( ))

Yang bermaksud: Allah menjadikan Adam mengikut bentuk kejadiannya. (Al-Bukhari, tt, Kitab Al-Istizan, Bab Bad As-Salam, jil 11, ms.3 no 6227).

Maksud hadith ini nyata mengelirukan kerana ganti nama nya pada perkataan kejadiaany tidak boleh dikembalikan kepada Allah swt untuk mengelak daripada tashbih (menyamakan kejadian Allah dengan kejadian makhluk). Maka itu, maksud hadith ini mesti di hurai dengan suatu huraian yang tidak membawa kepada unsur tashbih berkenaan, ianya boleh dilakukan dengan merujuk kepada tafsiran dan huraian yang telah di buat oleh ulama baik dari kalangan sahabat mahupun selepasnya, yang terdapat di dalam buku-buku huraian hadith yang utama.

Dari sinilah timbulnya kepentingan disiplin ini lebih-lebih lagi bilangan hadith-hadith soheh yang maksud matannya mengelirukan agak banyak, khasnya hadith-hadith yang menyentuh perkara-perkara ghaib, zat dan sifat Allah, kejadian malaikat, para Nabi dan sebagainya.

Antara rujukan khusus disiplin ini, ialah Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar oleh Al-Tohawi dan Kitab Mushkil Al-Hadith Wa Bayanuhu oleh Ibn Faurak.

3.3MUKHTALIFUL AL-HADITH WA MUHKAMUHU

Mukhtalif al-hadith membicarakan tentang dua hadith soheh atau lebih yang bercanggah maksudnya pada zahir antara satu sama lain, yang memerlukan kepada penyatuan atau penyelarasan maksud tersebut. Manakala muhkam al-hadith pula adalah lawan kepada mukhtalif al-hadith iaitu hadith-hadith sohih yang terselamat daripada percanggahan zahir makna dengan hadith lain.

Disiplin ini adalah antara jenis ilmu matan yang terpenting selain daripada gharib al-hadith dan musykil al-hadith. Kepentingannya dilihat kerana realiti membuktikan bahawa terdapat banyak hadit-hadith sohih yang zahir matannya nampak bercanggah antara satu sama lain. Sedangkan kesan daripada percanggahan zahir ini amat besar kerana ia bukan sahaja menyukarkan kita untuk memahami sesuatu hadith atau isu, malah ia juga menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan ulama dalam menentukan hukum sesuatu masalah feqh.

Contohnya: hadith-hadith tentang pembatalan puasa bagi seseorang yang sedang bermusafir. Dalam masalah ini ada dua kelompok hadith sahih yang telah diriwayatkan daripada Baginda Rasulullah saw.

Kelompok pertama mafhumnya menunjukkan tidak wajar meneruskan puasa di dalam safar seperti Hadith Jabir Ibn cAbdillah ra, bahawa: Rasulullah saw bersabda:

(( ))

maksudnya: berpuasa di dalam safar bukanlah daripada cirri-ciri kebaikkan. (Al-Bukhari, tt, Kitab As-Saum, Bab As-Saum Fi As-Safar, jil 4, ms.183, no 1946).

Kelompok kedua pula, mafhumnya menunjukkan sebaliknya, seperi hadith Ibnabbas ra bahawa Rasulullah bersabda: (( ....)), maksudnya: maka siapa yang nak teruskan puasa (dalam safar) boleh teruskan dan sesiapa yang nak buka boleh buka. Kesan daripada percanggahan zahir inilah ulama khilaf dalam menentukan hukum tersebut. Orang yang pertama sekali dikenal pasti mempopularkan perbahasan disiplin ini ialah Imam As-Shafie melalui bukunya Ikhtilaf Al-Hadith, di mana beliau telah mengumpulkan sebanyak 79 permasalahan feqh yang berlaku kerana percanggahan zahir hadith. Usaha ini kemudiannya disambung oleh generasi ulama selepas beliau hinggalah ke hari ini.

Di peringkat awal kemunculannya, disiplin ini hanya di fokuskan kepada hadith-hadith yang bercanggah sesama sendiri sahaja. Namun generasi pengkaji semasa telah meluaskan skop perbahasannya kepada percanggahan yang berlaku antara hadith dengan perkara-perkara lain seperti nas al-Quran, fakta-fakta dan penemuan-penemuan sains yang terbukti kebenarannya serta realiti-realiti yang dapat ditangkap oleh pancaindera. Akhirnya lahirlah buku-buku khusus yang membahaskan disiplin ini secara teori dan praktikal melalui perbahasan teori digariskan pendekatan atau langkah yang telah diambil oleh ulama untuk menanggani isu-isu yang berkaitan dengan disiplin ini.

Rujukan bagi disiplin ini terbahagi kepada tiga:

Rujukan umum iaitu semua buku sharah hadith

Rujukan khusus, iaitu buku-buku yang mengumpul mukhtalaf hadith sahaja dan menghuraikannya, seperti kitab Imam Shafie di atas, Kitab Takwil Mukhtalif Al-Hadith oleh Ibn Qutaibah Ad-Daidanuri, Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar dan Sharh Maani Al-Aathar keduanya oleh At-Tohawi dan lain-lain

Buku-buku yang membahas disiplin ini secara teori yang di dalamnya terdapat perbahasan contoh-contoh mukhtalaf hadith, Seperti Kitab Al-Ihkam Fi Mukhtalif Al-Hadith Baina Al-Fuqaha Wa Al-Muhaddithin dan kesemua buku metod hadith yang membahaskan disiplin ini.

3.4AN-NASIKH WA AL-MANSUKH

Tajuk ini membicarakan tentang an-naskh iaitu pertukaran hukum yang lama dengan hukum yang baru yang dilakukan oleh syara melalui hadith Rasulullah saw. Hadith yang menasakh dinamakan an-nasikh manakala hadith yang dimansukhkan dinamakan al-mansukh.

Proses nasakh hukum ini hanya boleh diketahui melalui empat cara:

Penjelasan daripada Rasulullah saw sendiri tentang berlakunya nasakh hukum dalam sesuatu masalah. Contohnya, seperti hadith Buraidah ra yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, tetapi sekarang kamu ziarahlah kubur kerana ianya boleh mengigatkan akhirat.

Penjelasan daripada sahabat, contohnya seperti kata Jabir ra yang diriwayatkan oleh Ashab As-Sunan Al-Arbaah:

(( ))

Maksudnya: pilihan terakhir yang dibuat oleh Rasulullah saw ialah tidak perlu mengambil air sembahyang jika memakan makanan yang disentuh api.

Mengetahui sejarah sesebuah hadith. Misalnya, hadith Shaddad ibn Aus ra yang diriwayatkan oleh abu daud bahawa rasulullah saw bersabda: (( ))

Maksudnya: puasa orang yang membekam dan orang yang dibekam adalah batal.

Hadith ini telah dinasakhkan oleh hadith Ibn Abbas ra yang diriwayatkan oleh muslim:

)) ((Maksudnya: bahawa rasulullah saw pernah berbekam dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa.

Hadith Ibnu Abbas ini dikatakan menasakh hukum yang terdapat di dalam hadith shaddad kerana kajian sejarah membuktikan bahawa hadith shaddad telah disabdakan oleh Rasulullah saw pada zaman pembukaan kota Makkah iaitu pada tahun8H, sedangkan peristiwa haji Baginda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berlaku pada tahun 10H.

Melalui ijmac ulama. Contohnya, hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi bahawa Rasulullah saw bersabda: (( )), yang bermaksud:

sesiapa minum arak hendaklah kamu menyebanya dan sekiranya ia ulang sehingga empat kali, maka hendaklah kamu membunuhnya.

Imam Nawawi berkata: ijma ulama (bahawa orang yang minum arak sebanyak empat kali hanya disebat sahaja bukan di bunuh) menunjukkan bahawa hadith tersebut telah dimansukhkan. Walau bagaimanapun ini bukanlah bermakna ijma itu yang menasakhkan hadith tersebut, tetapi ia sekadar menunjukkan bahawa di sana ada nasikhnya (nas yang menasakhkan).Disiplin ini, antara jenis-jenis ilmu hadith yang penting dan sukar untuk dikuasai. Orang yang mula-mula sekali memashurkannya juga imam as-shafie. antara perbahasan utamanya ialah mengenal kaedah-kaedah untuk memastikan berlakunya proses pertukaran hukum antara hadith yang diriwayatkan. Manakala antara rujukan utamanya pula ialah kitab al-Itibar Fi An-Nasikh Wa Al-Mansukh Min Al-Athar oleh Al-Hazimi dan Kitab An-Nasikh Wa Al-Mansukh oleh Imam Ahmad.

3.5LUGHAH AL-HADITH WA BALAGHATUHU

Melalui disiplin ini, beberapa isu seperti fungsi kesumberan sesuatu hadith di dalam pengajian bahasa arab dan kedudukan nilai balaghah di dalamnya dibahaskan. Disiplin ini masih dalam proses perkembangannya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-Bayan An-Nabawi oleh Muhd Rajab Al-Ba