ulum quran sem4 scribs

65
1.0 ULUM QUR’AN 1.1 PENGERTIAN AL-QUR’AN Al-quran ialah kalam Allah yang dapat melemahkan yang diturunkan kepada nabi Muhammad dengan perantaraan Jibril yang ditulis dalam mashaf yang dipindahkan dengan cara mutawatir dan dikira beribadat orang yang membacanya yang dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas. Pengertian ini adalah takrif yang disepakati oleh jumhur ulama 1 . Takrif atau pengertian al-Qur’an dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu : 1. pengertian bahasa 2. pengertian istilah 1.1.1 PENGERTIAN BAHASA Dari segi bahasa, al-quran mempunyai pelbagai pengertian, antaranya : - Imam al-Syafi’i berpendapat, perlkataan al-quran dieja dengan al-quran. Iaitu tanpa huruf hamzah ( ن رءآ لقآ). Tiada huruf 1 Pengantar Ulum Al-Qur’an, Rosmawati Ali@Mat Zin (halaman 23). 1

Upload: syahmin88

Post on 24-Jun-2015

302 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulum Quran Sem4 Scribs

1.0 ULUM QUR’AN

1.1PENGERTIAN AL-QUR’AN

Al-quran ialah kalam Allah yang dapat melemahkan yang diturunkan kepada nabi

Muhammad dengan perantaraan Jibril yang ditulis dalam mashaf yang dipindahkan

dengan cara mutawatir dan dikira beribadat orang yang membacanya yang dimulakan

dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas. Pengertian ini adalah takrif

yang disepakati oleh jumhur ulama1.

Takrif atau pengertian al-Qur’an dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu :

1. pengertian bahasa

2. pengertian istilah

1.1.1 PENGERTIAN BAHASA

Dari segi bahasa, al-quran mempunyai pelbagai pengertian, antaranya :

- Imam al-Syafi’i berpendapat, perlkataan al-quran dieja dengan al-quran. Iaitu tanpa

huruf hamzah (القرءآن). Tiada huruf hamzah pada perkataan al-quran seperti juga

nama bagi taurat dan injil.

- menurut al-Farra’ dan al-Qurtubi, perkataan al-quran berasal daripada perkataan al-

Qara’in (القراءن) yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana

sebahagian ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan

sebahagian ayat-ayat yang lain. Huruf nun di dalam kata al-qara’in itu menunjukkan

nun yang asal, bukannya huruf tambahan.

1 Pengantar Ulum Al-Qur’an, Rosmawati Ali@Mat Zin (halaman 23).

1

Page 2: Ulum Quran Sem4 Scribs

- Mengikut pendapat al-’Asy’ari pula al-quran berasal daripada kata Qarana (قرن). Ia

bermaksud menggabungkan. Hal tersebut kerana ayat-ayat al-quran dan surah-

surahnya dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.

- Al-Qur’an berasal daripada perkataan al-qira’ah (القراءة) yang bermaksud bacaan.

- Al-Qur’an ialah masdar daripada perkataan maqru’ (مقروء) yang bererti dibaca.

- Al-Qur’an menurut pengertian bahasa ialah bacaan yang berasal daripada

perkataan arab,qira’ah.Namun begitu maksud sebenar ialah dibaca bukan bacaan.

Sebagaimana firman Allah :

17 Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.2

1.1.2 PENGERTIAN ISTILAH

Dari sudut istilah, Al-Qur’an diberikan dengan beberapa pengertian, antaranya ialah :

- Al-Qur’an membawa erti kalam Allah yang azali yang diturunkan secara mutawatir

kepada nabi muhammad saw dengan perantaraan jibril a.s, yang melemahkan

musuh-musuh islam dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

- Al-Qur’an ialah kalam allah yang tertulis di luh mahfuz semenjak zali dan diturunkan

ke baitul ’izzah di langit pertama, kemudian dibawa pula ke langit dunia, seterusnya

diturunkan dan disampaikan kepada nabi muhammad saw melalui perantaraan

2 Surah al-kiyamat 75 : ayat 17-18

2

Page 3: Ulum Quran Sem4 Scribs

malaikat jibril dalam bahasa arab sebagai mukjizat nabi muhammad dan

disampaikan kepada umat manusia dengan jalan mutawatir dan dikira ibadat

apabila membacanya.

- Al-Qur’an merupakan firman allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw

dan berfungsi sebagai mukjizat, bukti kerasulan baginda, ditulis di dalam mashaf

dan diriwayatkan dengan cara mutawatir dan dikira beribadat apabila membacanya.

- Al-Qur’an, wahyu daripada allah yang disampaikan kepada manusia melalui rasul

yang menjadi panduan dan ikutan manusia, terjamin kekal hingga hari akhirat.

Seterusnya al-quran memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia dan akhirat.

- Al-Qur’an juga kalam dan wahyu yang bersifat mutlak, tidak terbatas kepada

sesuatu keadaan dan waktu. Sesuai dilaksanakan di mana-mana dan dalam apa

jua keadaan sehingga hari akhirat.

- Al-quran merupakan kata nama bagi kalam allah yang telah diturunkan kepada

rasulnya muhammad saw yang tertulis dalam mashaf.

- Menurut pengertian yang diberikan oleh imam al-suyuty di dalam kitabnya al-itqab fi

ulum al-Qur’an, al-quran ialah : kalam allah yang diturunkan kepada nabi

muhammad saw yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh musuhnya walaupun satu

ayat.

- Menurut pengertian yang diberikan oleh ulama mutakkhirin ialah : kalam allah yang

diturunkan kepada nabi muhammad saw yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh

musuhnya walaupun satu ayat dan dikira ibadat sesiapa yang membacanya.

- Menurut pendapat ulama al-kalam, alquran ialah kalam ghaib serta azali daripada

zat allah yang mana ia sentiasa bergerak dan tidak ditimpa apa-apa bencana.

3

Page 4: Ulum Quran Sem4 Scribs

- Menurut pendapat imam al-syaukani, alquran ialah : kalam allah yang azali yang

diturunkan kepada nabi muhammad saw yang dibaca dengan lisan dan

dipindahkan kepada kita secara mutawatir.

Walaupun disana terdapat perselisihan dan perbezaan pengertian yang diberikan

oleh ulama, namun perbezaan itu adalah dari sudut lafaz sahaja. Sebagai rumusannya,

alquran ialah kalam allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw yang menjadi

mukjizat serta ditulis di dalam beberapa mashaf, diriwayatkan secara mutawatir, dikira

beribadat sesiapa yang membacanya dan kafir sesiapa yang mengingkarinya. Justeru

itu, berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami al-quran sebuah kitab yang

menjadi panduan dan sesuai dilaksanakan di mana saja. Tanpa ada batasan waktu

serta terkandung dalamnya perkara umum dan khusus.

1.2 NAMA-NAMA AL-QUR’AN

Alquran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Qur’an.

Walaubagaimanapun, nama terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah alquran.

Hal itu berdasarkan firman Allah :

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran.3

Nama dan penggunaan al-quran terhadap kitab Allah yang azali itu dengan

membawa maksud al-quran itu hendaklah sentiasa dibaca serta sentiasa dikaji isi

kandungannya yang tersirat berbagai jenis ilmu pengetahuan dan pengajaran manusia.

Selain daripada al-quran, ulama berpendapat kitab suci al-quran mempunyai 66

nama. Manakala abu al-ma’ali azizi bin abdul malik dalam kitabnya al-burhan

mengatakan al-quran mempunyai 55 nama dan ada juga ulama mengatakan al-quran

mempunyai 90 nama. Walaubagaimanapun, semua nama yang diberikan itu sesuai 3 Surah al-baqarah ayat 185

4

Page 5: Ulum Quran Sem4 Scribs

dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci daripada allah swt.

Antara nama-nama alquran ialah :

1. al-Furqan. Firman Allah swt :

Maksudnya : Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad),untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.4

Perkataan al-furqan digunakan sebagai salah satu daripada nama al-quran

kerana kandungan al-quran itu menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dengan

kebatilan. Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembezaaan dan pemisahan terhadap

ajaran yang benar dengan ajaran yang salah.

2. al-Mau’izah. Firman Allah swt :

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.5

Perkataan al-Mau’izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-quran di

sebabkan dalam al-quran itu mengandungi pengajaran dan peringatan kepada manusia

dan sekelian alam, baik dalam urusan keduniaan dan akhirat.

3. al-Kitab. Firman Allah swt :

4 Surah al-Furqan ayat 15 Surah Yunus ayat 57

5

Page 6: Ulum Quran Sem4 Scribs

Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.6

Perkataan al-kitab banyak digunakan dan terkenal sebagai salah satu daripada

nama-nama al-quran. Penggunaan perkataan al-kitab untuk menunjukkan sesuatu yang

termaktub atau tertulis. Justeru itu ia menunjukkan tentang wahyu Allah yang terkumpul

dan ditulis. Namun begitu, al-kitab yang dimaksudkan sebenarnya ialah al-quran yang

diturunkan kepada nabi muhammad saw.

4. al-Nur. Firman Allah swt :

Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).7

5. al-busyra. Firman Allah

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".8

6. al-Ruuha. Firman allah :

(Allah berfirman): dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah Engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; Sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".9

7. al-Majid. Firman allah swt :

6 Surah al-Sajdah 32 :ayat 27 Surah al-Nisa’ ayat 1748 Surah baqarah ayat 979 Surah al-Syura ayat 52

6

Page 7: Ulum Quran Sem4 Scribs

(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya.10

8. al-Zikr. Firman allah swt :

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.11

9. al-Tanzil. Firman Allah swt:

Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.12

Walaupun pada zahirnya terdapat pelbagai nama serta perbezaan, namun

fungsinya sama sahaja, untuk memberi petunjuk dan panduan yang baik kepada

manusia dan membawa kebenaran.

1.3 DEFINISI ULUM AL-QURAN

Pengertian ulum al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan :

- pengertian bahasa

- pengertian istilah

1.3.1 PENGERTIAN BAHASA

Pengertian ulum al-quran menurut bahasa dan menurut makna idafi ialah :

10 Surah al-Buruj ayat 2111 Surah al-Hijr ayat 912 Surah al-syu’ara’ ayat 192

7

Page 8: Ulum Quran Sem4 Scribs

perkataan ulum adalah lafaz jamak daripada perkataan ’ill ( علم) . ia boleh

ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar.

Sementara pengertian al-quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz

,yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf (معجز)

yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadat.

Ulum al-quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan al-quran

1.3.2 PENGERTIAN ISTILAH

Ulum al-quran menurut pengertian istilah telah diberikan dengan berbagai pengertian,

antaranya ialah :

Ulum al-quran ialah ilmu yang membahaskan tentang al-quran, sama ada dari

aspek penurunannya bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya,

penulisan dan pentafsiran, i’jaz, nasikh mansukh, sebab-sebab turun ayatm i’rab

serta gharib al-quran.

Menurut definisi yang diberikan oleh al-zarqani, ulum al-quran ialah ilmu-ilmu

yang mempelajari tentang al-quran itu sendiri, sama ada dari segi

penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya,

pentafsirannya, i’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang

berkaitann dengan al-quran.

Menurut definisi yang diberikan oleh imam al-suyuti pula, ulum al-quran ialah

suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-quran dari

segi penurunnanya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang

berkaitan dengannya.

Sebagai rumusannya, ungkapan Ulum al-quran membawa makna kefahaman

sebenar berhubung dengan al-quran, yang meliputi asbab al-nuzul, ayat makki dan

madani, al-nasikh dan al-mansukh, cara bacaan, pengumpulan, penulisan dan

berbagai aspek yang berkaitan dengan al-quran.

8

Page 9: Ulum Quran Sem4 Scribs

2.0PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH DALAM AL-QUR’AN

2.1 SEJARAH

2.1.1 PENGUMPULAN AL-QUR’AN

Berkaitan pengumpulan al-quran dapat dibahagikan kepada empat peringkat zaman

dan masa, iaitu :

- Zaman Rasulullah .

- Zaman Abu Bakar.

- Zaman Uthman Ibn Affan.

- Zaman Umaiyyah Dan Sekarang.

Zaman Rasulullah

Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun dan masa

yang tepatnya ialah 22 tahun 2 bulan 22 hari. Nabi sangat mengambil berat terhadap

setiap wahyu dan ayat al-quran yang diturunkan kepada baginda. Untuk menjaganya

baginda menghafalnya serta dengan segera pula membaca kepada para sahabat.

Secara lebih terperinci, pengumpulan al-quran pada zaman nabi dapat dibahagikan

kepada bahagian berikut :

a. menghafal

b. tulisan

9

Page 10: Ulum Quran Sem4 Scribs

- Menghafal

Lantaran nabi seorang yang tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca, maka baginda

sentiasa menghafal dan bergantung kepada kekuatan ingatan untuk menghafal setiap

ayat yang diturunkan kepada baginda. Nabi menghafaz semua wahyu dan ayat yang

diturunkan kepada baginda dan membaca serta menyampaikan kepada sahabat

dengan cara tartil. Selain itu juga, baginda mentafsirkan dan menjelaskan rahsia ayat

yang diterima itu supaya dapat difahami dan jelas maksud yang dikehendaki.

Antara lain juga, baginda segera membacakannya kepada para sahabat supaya ayat

yang diturunkan kepada baginda itu tidak lupa atau luput. Antara lain, biarpun baginda

seorang ummi, namun Allah berjanji akan memudahkan kepada baginda untuk

menghafal dan memahaminya, sebagaimana dalil al-quran :

i. firman Allah :

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

(surah Taha ayat 114)

ii. firman Allah yang lain lagi :

10

Page 11: Ulum Quran Sem4 Scribs

16. Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

(surah al-qiyamah ayat 16-18)

Dalam konteks lain, baginda amat mengambil berat terhadap penjagaan a;-quran

dengan menghafal, bertadarrus, mengulangi serta membaca dalam sembahyang

baginda, hingga bengkak-bengkak kaki baginda yang mulia disebabkan kuat

beribadat dan berdiri untuk membaca al-quran ketika mengerjakan sembahyang

malam. Setiap sekali setahun juga jibril akan bertadarrus dan menyemak bacaan

baginda.

Pada masa datangnya islam dan turunnya al-quran, pada waktu itu masyarakat

arab terkenal dengan bangsa yang kuat ingatan, cepat mengingati dan cepat

menghafal. Contohnya : mereka mampu menghafal beratus-ratus bait atau rangkap

sajak dan syair dalam berbagai gaya bahasa. Justeru itu, para sahabat yang

memeluk islam mudah bagi mereka menghafal al-quran, apatah lagi bahasa al-

quran yang mudah dan mempunyai pelbagai keistimewaan berbanding dengan syair

yang pujangga mereka cipta.

Para sahabat juga amat mengambil berat terhadap al-quran dengan menghafal dan

mengajar kepada keluarga mereka, seperti isteri dan anak-anak. Pada masa nabi

terdapat ramai daripada kalangan sahabat yang menghafal al-quran, antara mereka

ialah : khulafa’ al-rasyidin, muaz ibn jabal, talhah, ibn mas’ud, huzaifah, ibn umar,

abu al-darda’, aisyah, ibn abbas, hafsah, ummu salamah, zaid ibn thabit, ubai ibn

ka’ab, muawiyah dan lainnya. Antara lain juga, baginda telah mengutuskan para

sahabat yang menghafal dan mahir dalam al-quran untuk mengajarnya kepada umat

islam dan orang luar. Contohnya muaz ibn jabal ke yaman.

11

Page 12: Ulum Quran Sem4 Scribs

Sebagai rumusannya, berhubung dengan persoalan pengumpulan dan penulisan

al-quran ini perlulah difahami bahawa kegairahan rasulullah dan para sahabat pada

dasarnya tertumpu kepada pengumpulan dalam dada dan hati. Iaitu cara menghafal

dan mengingatinya, sesuai dengan keadaan di mana rasulullah merupakan seorang

ummi yang juga dibangkitkan oleh Allah di kalangan orang pada waktu itu yang

majoritinyaadalah ummi juga. Di tambah lagi peralatan untuk menulis dan penulisan

tidak mudah diperolehi pada waktu itu. Oleh sebab itu, pada zaman pengumpulan

al-quran bergantung kepada hafalan mengatasi penulisan.

- Tulisan

Walaupun hafalan merupakan penekanan utama dalam persoalan pengumpulan

al-quran pada zaman nabi, namun begitu, tidak pernah pula para sahabat

mengabaikan kepentingan menulis dan mencatat al-quran. Cuma apa yang

jelasnya, penulisan dan catatan itu dilakukan oleh sahabat yang dalam kadar

diizinkan oleh nabi dan dengan cara dan peralatan yang ada serta sesuai pada

zaman mereka, contohnya : para sahabat menulis al-quran di pelepah tamar, tulang-

belulang dan batu.

Dalam konteks lain juga, nabi menyuruh sahabat menulis al-quran sebaik-

baiksahaja baginda menerima wahyu. Oleh itu juga, apabila setiap kali turunnya wahyu

kepada nabi, maka baginda memanggil beberapa penulis untuk mencatatkan segala

butir wahyu tersebut. Daripada kalangan penulis wahyu merupakan para terkemuka

atau daripapada kalangan sahabat utama, di antara mereka ialah : abu bakar, uthman,

ali, muawiyah, khalid ibn al-walid, ubai ibn ka’ab, zaid ibn thabit dan thabit ibn qais.

Atas arahan dan panduan yang diberikan oleh nabi, para penulis wahyu tersebut

menulis al-quran di atas bahan-bahan yang boleh didapati pada waktu itu, seperti

pelepah tamar, ketul-ketul batu, tulang-tulang unta dan kulit biri-biri yang telah kering,

keping-keping kayu dan kulit-kulit. Arahan dan panduan daripada nabi ini termasuklah

12

Page 13: Ulum Quran Sem4 Scribs

arahan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah supaya diletakkan masing-masing pada

tempat yang tepat. Hal itu jelas daripadan apa yang telah dinyatakan oleh ibn abbas :

bahawa nabi bila mana turunnya kepada baginda surah-surah tertentu, baginda

memanggil beberapa penulis wahyu, lalu baginda bersabda :

”hendaklah kamu letakkan surah ini pada tempat yang yang terdapat sebutan begini

dan begini’. Sedangkan nabi pula dalam hubungan itu, mendapat panduan dan arahan

daripada jibril. Sebagaimana tercatat, jibril ada mengatakan kepada nabi : ’letakkan ini

pada tempat ini’. Sudah tentu pula jibril menerima perintah daripada Allah.

Tulisan-tulisan yang ditulis oleh penulis wahyu dibawah arahan serta panduan nabi

itu disimpan di rumah nabi. Di samping tulisan rasmi seperti di atas, terdapat juga para

sahabat yang menulis al-quran untuk kegunaan dan simpanan peribadi mereka, tetapi

tulisan mereka itu tidak mengikut tertib surah-surah dan ayat-ayat seperti tulisan rasmi

itu.

Sebagai kesimpulannya, pada hayat nabi, al-quran belum lagi ditulis dalam suatu

mashaf khusus. Antara sebab tersebut terjadi kerana al-quran sentiasa diturunkan

dan nabi sentiasa menunggu wahyu. Pada zaman nabi, baginda tidak

membenarkan sahabat menulis hadith, kerana ditakuti bercampur aduk dengan al-

quran.

Antara bentuk al-quran yang disampaikan oleh nabi kepada para sahabat ialah

melalui bacaan, khutbah dan bacaan dalam waktu sembahyang. Dari situlah para

sahabat menulis dan menghafaznya.

Untuk itu, sebagai rumusannya pada zaman rasulullah al-quran belum

dikumpulkan dan belum dibukukan lagi. Dari situ jelaslah bahawa al-quran sudah

terkumpul dalam bentuk tulisan pada zaman nabi, disamping itu ia telah dihafal oleh

para sahabat dengan baik dan teratur menurut tertib ayat dan surah. Dalam erti kata

lain, semasa rasulullah wafat, alquran sudah terjaga rapi dalam bentuk penulisan al-

quran pada waktu itu, masih belum terkumpul dalam bentuk mashaf atau kitab, di

13

Page 14: Ulum Quran Sem4 Scribs

mana ia adalah terkumpul dan tersimpan dalam keadaan tidak tersusun, iaitu pada

pelepah-pelepah tamar, tulang, kulit dan sebagainya.

Zaman Abu Bakar

Apabila abu bakar menjawat jawatan khalifah setelah kewafatan nabi, beliau

terpaksa menghadapi pelbagai peristiwa hebat dan persoalan sukar. Diantara

peristiwa-peristiwa tersebut ialah gerakan memerangi mereka yang enggan

membayar zakat, nabi palsu, golongan murtad dan termasuklah peperangan al-

yamamah yang berlaku dalam tahun 12 hijrah. Dalam peperangan al-yamamah

khasnya, kira-kira 70 orang para sahabat yang menghafal al-quran telah gugur

syahid. Kejadian itu amat mengharukan saidina umar, lalu beliau menemui khalifah

abu bakar dan mencadangkan supaya al-quran dikumpulkan ke dalam satu mashaf

yang teratur ayat dan surahnya. Cadangan itu dibuat berasaskan kebimbangan al-

quran umar akan kemungkinan hilangnya al-quran disebabkan kematian para

penghafalnya.

Walaubagaimanapun, pada mulanya abu bakar enggan melaksanakan cadangan

umar, kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak

dilakukan oleh rasulullah semasa hidupnya. Tetapi umar tidak putus asa, akhirnya

khalifah abu bakar dapat diyakini akan manfaat daripada cadangan beliau itu. Apabila

khalifah abu bakar dapat melihat kebaikan cadangan umar tersebut, lalu beliau

mengarahkan zaid ibn thabit melaksanakna tugas itu. Zaid ibn thabit dipilih berdasarkan

kenyataan bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah

seorang daripada penulis wahyu serta menghafaz al-quran dan pernah menghadiri

majlis tadarrus al-quran antara nabi dengan jibril

Di peringkat permulaan menerima arahan, zaid sebagaimana yang telah berlaku

kepada khalifah abu bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut,

dengan alasan bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh

14

Page 15: Ulum Quran Sem4 Scribs

rasulullah semasa hidupnya. Tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana

yang berlaku kepada khlaifah abu bakar.

Dalam melaksanakan tugas berat itu, zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan

bertindak menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-

pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan

para sahabat dan hafalan beliau sendiri. Selain itu, beliau tidak akan menulis sebagai

al-quran sekiranya tidak ada dua saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan

ayat itu diterima daripada nabi. Dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada

waktu itu, iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh zaid dalam

proses melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh khalifah abu bakar.

Zaid telah mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyempurnakan tugas

beliau itu. Apabila telah selesai penulisannya, naskah al-quran itu diberi nama mashaf

abu bakar. Bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-tujuh huruf

atau al-ahraf al-sab’ah yang mana di atasnya al-quran diturunkan. Ini bermakna mashaf

abu bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman

nabi. Mashaf abu bakar itu pada mulanya disimpan di bawah jagaan khalifah abu bakar

sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemudian, disimpan pula oleh khalifah umar al-

khattab di sepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah khalifah umar meninggal dunia,

mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu hafsah binti umar.

Sebagai rumusannya, dengan pengesyoran umar dan pelaksanaan tugas zaid ibn

thabit, maka terhasillah mashaf abu bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi

ketujuh-tujuh huruf yang diatasnya al-quran diturunkan. Dengan itu juga, terselamatlah

dan terjaga ketulenan al-quran disebabkan kematian para penghafal al-quran.

Zaman Uthman Ibn Affan

15

Page 16: Ulum Quran Sem4 Scribs

Pada masa pemerintahan khalifah uthman bin affan, islam telah berkembang luas

hingga ke negeri syam, kufah dan iraq. Umat islam yang berada di berbagai daerah dan

negeri membaca dan mempelajari al-quran menurut kaedah-kaedah yang diterima

daripada sahabat yang masyhur di kalangan mereka dan di wilayah mereka, seperti :

penduduk syahm menggunakan dan mempelajari kaedah bacaan yang

diterima daripada ubai bin ka’ab.

Penduduk kufah mengambil kaedah bacaan daripada abdullah bin mas’ud

Orang-orang islam di tempat lain pula membaca al-quran menurut bacaan

abu musa al-asy’ari

Antara faktor utama lahirnya perbezaan bentuk-bentuk bacaan itu adalah dengan

berdasarkan perbezaan huruf-huruf yang mana di atasnya al-quran diturunkan.

Ekoran perbezaan bacaan telah menyebabkan timbulnya perselisihan yang

hebat di kalangan umat islam dan telah menimbulkan masalah disebabkan tidak ada

penyelarasan. Perselisihan yang semakin runcing itu telah diperhatikan oleh sahabat

yang bernama huzaifah al-yaman yang mana waktu itu berada di syam dan iraq dalam

rangka dan mengatur persiapan untuk berperang serta membuka negeri armenia dan

azarbijan. Melihat pertelingkahan itu, seperti pertelingkahan bacaan di antara orang-

orang sham dengan iraq. Lantaran itu, huzaifah al-yaman segera kembali ke madinah

dan menceritakan perkara dan permasalahan tersebut kepada khalifah uthman, serta

menyarankan kepada khalifah supaya mengambil tindakan segera untuk

menyelamatkan keadaan itu.

Dalam konteks ini, sebenarnya bukan huzaifah sahaja yang bimbang dan risau,

namun sahabat lain juga begitu, tambahan lagi keadaan itu semakin hari semakin

menular dan merebak di kalangan orang islam pada wakt itu. Malahan ada antara

mereka sudah sampai tahap kafir-mengkafir di antara satu sama lain.

16

Page 17: Ulum Quran Sem4 Scribs

Berdasarkan cadangan huzaifah al-yaman, khalifah uthman telah membentuk

satu jawatankuasa penulisan al-quran yang mana ia terdiri daripada empat sahabat,

yang diketuai oleh zaid bin thabit, mereka yang tiga lagi ialah abdullah bin al-zubir, said

bin al-’as dan abdul rahman bin haris bin hisham. Daripada empat orang ahli

jawatankuasa tersebut, zaid bin thabit sahaja daripada kalangan ansar dan mereka

yang lain adalah kaum quraisy.

Jawatankuasa itu ditugaskan untuk membukukan al-quran dengan menyalin

semula semua ayat daripada al-quran yang dikumpulkan pada masa abu bakar yang

masih tersimpan di rumah hafsah binti umar. Mereka menyalin semula ke dalam satu

naskah dengan menggunakan hanya satu bentuk huruf daripada huruf-huruf yang tujuh.

Jawatankuasa tersebut mulai menjalankan tugas mereka pada penghujung tahun

24 hijrah dan awal tahun 25 hijrah. Dengan kegigihan dan kesabaran, mereka telah

berjaya menghasilkan beberapa buah mashaf yang ditulis di atas satu bentuk huruf

dengan tujuan untuk menyatukan bentuk bacaan umat islam.

Syarat Penulisan Mashaf Uthmani

Dalam menulis mashaf tersebut, khalifah uthman telah menetapkan syarat tertentu

kepada jawatankuasa penulisannya :

a. menulis al-quran menurut bacaan para hafiz

b. apabila terdapat perbezaan pendapat dan perbezaan bacaan di antara tiga ahli

komiti daripada kaum quraisy dengan zaid yang merupakan kaum ansar

madinah, mereka mesti menulis mengikut percakapan suku quraisy, kerana al-

quran diturunkan dalam dialek atau lahjah quraisy.

c. Semua ayat al-quran diterima daripada rasulullah saw secara mutawatir dan

tidak mansukh akan ditulis semula.

17

Page 18: Ulum Quran Sem4 Scribs

d. Al-quran ditulis tanpa menggunakan titik.

e. Mengekalkan tujuh jenis bacaan.

Setelah penulisa itu selesai, mashaf asal itu diserahkan kembali kepada Hafsah.

Manakala al-Qur'an yang ditulis dan dibukukan oleh jawatankuasa itu telah disalin pula

kepada beberapa mashaf lagi. Mashaf yang ditulis dan disalin itu, telah dihantar ke

beberapa daerah dan wilayah islam, dimana pada setiap wilayah atau kota ditinggalkan

satu naskah, antaranya :

i. mekah

ii. syria

iii. basrah

iv. kufah

Setelah penulisan mashaf tersebut selesai, khalifah uthman telah memerintahkan

supaya semua lembaran al-quran yang ditulis sebelumnya supaya dibakar, samada

tertulis pada kulit, pelepah tamar, mashaf dan lainnya.

Antara lain, khalifah Uthman menghantar mashaf yang disalin beserta guru untuk

mengajarnya ke sesuatu wilayah. Selepas mashaf-mashaf yang ditulis dihantar ke

wilayah islam,mashaf aslinya ditinggalkan di Madinah untuk simpanan khalifah dan ia

dinamakan dengan Mashaf al-lmam. Dengan usaha dan tindakan tegas khalifah

Uthman itu, umat islam telah dapat diselamatkan daripada perselisihan dan

pertelingkahan akibat perbezaan dalam bentuk bacaan Al-quran. Penjagaan rapi

daripada kalangan umat lslam terhadap al-quran, samada dalam bentuk hafalan atau

tulisan, maka keaslian al-quran menjadi terjaga hingga ke saat ini dan ia menepati

dengan janji Allah di dalam al-quran melalui firmanNya :

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

(surah al-Hijr ayat 9)

18

Page 19: Ulum Quran Sem4 Scribs

2.2 PENYUSUNAN AYAT

Al-Quran merupakan kitab suci yang dimiliki oleh umat Islam. Al-Quran terdiri

atas 114 surah. Setiap surah memiliki jumlah ayat yang berbeza. Ayat al-Quran yang

terbanyak dimiliki oleh surah al-Baqarah (terdiri atas 286 ayat). Sedangkan, yang paling

sedikit dimiliki oleh surah al-Kautsar (terdiri atas 3 ayat).

2.2.1 PEMBAHAGIAN AYAT AL-QURAN

Ayat al-Quran dibahagi menjadi dua berdasarkan tempat wahyu diturunkan.

Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut sebagai ayat-ayat Makkiyah. Sedangkan,

ayat-ayat yang turun di Madinah biasa disebut sebagai ayat-ayat Madaniyah. Baik ayat

19

Page 20: Ulum Quran Sem4 Scribs

Makiyyah maupun Madaniyah biasanya terhimpun dalam satu surah, kerana tidak

semua surah dalam Al-Quran diturunkan di Madinah atau Mekah saja. Al-Qur’an

diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril sedikit demi

sedikit selama 23 tahun.

Setiap bulan Ramadhan, Rasulullah saw. akan mengulangi bacaan ayat-ayat Al-

Quran yang sudah diterimanya di hadapan Jibril. Pada bulan Ramadhan yang terakhir

sebelum nabi meninggal, Malaikat Jibril didengarkan bacaan daripada nabi sehingga

dua kali.

2.2.3 PENYUSUNAN AYAT AL-QURAN

Setiap ayat Al-Quran diturunkan, Rasulullah memanggil sahabat-sahabat yang

terpelajar untuk menuliskan ayat-ayat yang diperdengarkan. Setelah itu, beliau meminta

kepada juru tulisnya untuk membaca kembali apa yang telah ditulisnya untuk

menghindari kesalahan-kesalahan dalam penulisan. Para sahabat menuliskan al-

Qur’an di atas kulit binatang, kayu, tulang unta, batu tatahan dan sebagainya agar Al-

Quran dapat tersimpan dengan baik.Namun, selain itu Rasulullah juga menganjurkan

kaum muslimin untuk menghafalkannya dan dibaca dalam waktu-waktu solat mereka.

Para penghafal al-Qur’an ini dikenali sebagai hafiz. Mereka menghafal seluruh

ayat al-Qur’an dan mengajarkannya kepada sahabat yag lain.Ternyata, kaedah ini

sangat sesuai untuk memelihara ayat-ayat Al-Quran, iaitu dengan mencatat dan

menghafal, sangat bermanfaat di kemudian hari setelah Rasulullah wafat.

Justeru penyusunan ayat al-Qur’an adalah secara tauqifi yang bermaksud

menyusun semua ayat al-Qur’an mengikut petunjuk dan arahan daripada nabi

Muhammad dan ini disepakati oleh semua ulama. Oleh yang demikian, segala ayat

dalam al-Qur’an tidak boleh diubah atau dibaiki. Hal ini dapat dibuktikan menerusi

riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Zubayr yang bermaksud :

“ Aku telah berkata kepada Usman bahawa ayat “ أزواج ويذرون منكم يتوفكم telah ”والذين

dimansuhkan oleh ayat yang lain. Akan tetapi mengapa engkau tuliskan juga ayat itu atau

20

Page 21: Ulum Quran Sem4 Scribs

membiarkannya? (maksudnya: mengapa engkau mengekalkan juga ayat itu atau

membiarkannya bertulis, sedangkan engkau mengetahui bahawa ayat itu telah dimansuhkan?)

Jawab Saidina Usman: Wahai anak saudaraku, aku tidak berani mengubah walau sedikit pun

segala ayat daripada tempat asalnya.”

Di dalam kitab-kitab hadis, terdapat banyak riwayat yang menggambarkan

Rasulullah merencanakan ayat-ayat al-Quran kepada para penulis wahyu dan

mengarahkan mereka supaya menyusun ayat-ayat itu mengikut susunan yang telah

ditentukan.

Selain itu, telah sabit riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad telah

membaca beberapa surah al-Qur’an di dalam solat dan khutbah Jumaat mengikut

susunan ayat-ayatnya yang telah ditetapkan dan disaksikan oleh para sahabat. Riwayat

ini jelas menunjukkan bahawa tertib atau susunan ayat-ayat al-Quran adalah mengikut

petunjuk dan arahan nabi s.a.w Tidak pernah berlaku para sahabat menyusun ayat al-

Qur’an mengikut susunan yang menyalahi bacaan Rasulullah. Oleh itu susunan al-

Qur’an secara tauqifi ini telah mencapai darjat tawatur.

2.3PENYUSUNAN SURAH

Penyusunan surah di dalam al-Qur’an adalah secara tauqifi yang bermaksud

menyusun semua surah mengikut petunjuk dan arahan daripada nabi Muhammad dan

ini disepakati oleh semua ulama. Oleh yang demikian, segala surah di dalam al-Qur’an

tidak boleh diubah atau dibaiki. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa susunan

surah dilakukan dengan cara lain. Oleh itu terbatallah pendapat yang mengatakn

bahawa sesetengah surah disusun secara ijtihad dan sesetengahnya pula secara

tauqifi.

21

Page 22: Ulum Quran Sem4 Scribs

Ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat ketika menyusun mushaf untuk kegunaan

mereka sendiri adalah merupakan ikhtiar mereka secara peribadi dan mereka tidak pula

mewajibkan orang lain untuk mengikut susunan mereka. Mereka juga tidak mendakwa

bahawa sesiapa yang menyalahi susunan mereka hukumnya haram. Lagipun mushaf-

mushaf itu mereka tulis hanya untuk kegunaan mereka sendiri, tidak untuk orang ramai.

Mereka juga menggunakan mushaf itu secara peribadi sehinggalah kemudian umat

Islam seluruhnya telah bersetuju menerima susunan mushaf Usman. Lalu mereka juga

turut menerima mashaf Usman dan meninggalkan mashaf peribadi masing-masing.

Kalaulah para sahabat mempercayai masalah susunan surah itu bukan tauqifi,

tetapi taufifi (ijtihad dan ikhtiar) nescaya mereka akan terus berpegang dengan susunan

surah sebagaimana yang terdapat di dalam mashaf mereka dan tidak menerima

susunan mashaf Usman.

Kesimpulannya, benarlah Allah yang telah menurunkan al-Quran dan Dialah yang

memeliharanya. Sehingga sekarang ini, al-Qur’an tetap terpelihara dan tidak mungkin

dapat dilakukan sebarang pengkhianatan ke atas al-Qur’an seperti yang ditegaskan

Allah menerusi firmanNya :

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

(surah al-Hijr ayat 9)

3.0 NASIKH DAN MANSUKH

22

Page 23: Ulum Quran Sem4 Scribs

Nasakh dari segi bahasa membawa dua maksud, iaitu :

 

- menghapuskan.

- memindahkan

Dari segi istilah pula bermaksud :

- mengangkat satu hukumnya yang terdahulu dengan hukum yang datang

kemudian.

Imam al-Suyuti menjelaskan bahawa mengangkat hukum bermaksud menafikan

perkaitan antara hukum tersebut dengan mukallaf Keputusan sesuatu hukum itu

sebagai tidak lagi terikat dengan mukallaf mestilah dari pihak syara`. Antara kedua-dua

hukum ini (nasikh dan mansukh) mestilah terdapat pertentangan,iaitu satu hukum

menunjukkan keharusan dan satu lagi tidak

Sebahagian ulama mendefinisikan nasakh sebagai “kitab

kalam/ketentuan/suruhan/firman allah melalui ayat yang lain baik merupakan suruhan

atau larangan) syara` yang datang kemudian” menunjukkan bahawa hukum yang telah

sabit(tetap) dengan khitab (ketentuan) terdahulu telah terangkat/mansukh.

Berdasar surah baqarah ayat 106:

Apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

23

Page 24: Ulum Quran Sem4 Scribs

Ringkasnya, nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh pemakaian sesuatu hukum yang terdahulu telah tamat. Hukum atau nas al-quran serta hadis yang datang kemudian yang membawa hukum yang baru dinamakan nasikh dan Hukum atau nas al-quran serta hadis yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadis mansukh.

Contohnya ayat surah al-Kafirun :

"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Maka turun ayat lain yang hapus hukum lama.

Menurut Ibn al-Qayyim, maksud para salaf apabila menyebutkan tentang nasikh dan

mansukh ialah :

“mengangkat satu hukum sekaligus atau mengangkat kemutlakan, keumuman dan

keadaan yang zahir bagi nas.”

Makna yang pertama iaitu "mengangkat" adalah istilah nasakh bagi ulama yang

kemudian. Makna kedua iaitu "mengangkat kemutlakan" bermaksud mengkhususkan

(takhsis) apa yang disebutkan secara umum oleh nas yang terdahulu atau

menyempitkan (taqyid) makna yang mutlak atau menjelaskan maksud terdahulu yang

zahir.

Bagi salaf, pemakaian nasakh adalah luas, berbeza dengan ulama kemudian

yang menyempitkan maksud nasakh kepada pembatalan hukum.

Sementara itu, Shah Waliyullah setelah mengkaji dan menganalisis penggunaan

bahasa di kalangan sahabat dan tabi`in berpendapat bahawa, didapati mereka

menggunakan lafaz nasakh mengikut pengertian bahasa, bukan istilah yang difahami

oleh orang kemudian. Nasakh di sisi sahabat dan tabi`in ialah merangkumi makna-

makna berikut:

24

Page 25: Ulum Quran Sem4 Scribs

1. Menjelaskan berakhirnya tempoh sesuatu amalan.

2. Menjelaskan sesuatu ‘qaid’ (syarat) atau sifat itu sebagai sifat yang kebetulan

bukan syarat.

3. Mengkhususkan yang umum.

4. Menjelaskan sesuatu yang membezakan antara perkara yang dinaskan dan

perkara yang diqiaskan secara zahir.

5. Menghapuskan salah satu adat Jahiliah.

6. Mengangkat salah satu syariat atau peraturan nabi-nabi yang terdahulu. 

Kesimpulannya, nasakh mengikut ulama mutaqaddimin tidak khusus kepada

membatalkan hukum bahkan merangkumi kesemua bentuk pentafsiran nas-nas al-

Qur’an dan al-Sunnah. Sementara ulama mutakhirin mengkhususkan kepada

pembatalan hukum atau menjelaskan sesuatu hukum itu tidak lagi diamalkan. Jika

perkara ini tidak diberi perhatian tentu sekali orang-orang kemudian menyamakan

maksud ulama mutaqaddimin dengan maksud ulama mutakhirin. Akibatnya, banyak

ayat-ayat dan hadis-hadis akan didakwa sebagai mansukh sedangkan jumlah yang

sebenar tidak banyak.

Mansukh adalah hukum yang terangkat.dinamakan sebagai hukum yang terangkat

bukannya yang dilupus kerana ayat itu pada asalnya diturunkan,selain itu ia adalah

sesuatu yang diturunkan dari satu pihak yang mulia dan pengangkatannya bagi

menunjukkan kemuliaan Al-Quran.

Mansukh pula adalah kitab lama yang dimansukhkan sama ada dari segi bacaannya

ataupun hukumnya sahaja.

SYARAT NASAKH MANSUKH

Terdapat 2 syarat nasakh mansukh iaitu;

Sesuatu yang menasakhkan itu datang selepas atau kemudian daripada apa

yang dimansukhkan

25

Page 26: Ulum Quran Sem4 Scribs

Sesuatu yang bertindak sebagai penasakh itu mestilah lebih tinggi atau

sekurang-kurangnya sama darjat autoritinya dengan yang dimansukhkan

Hukum yang dimansuhkan itu hendaklah hukum syarak

Ayat lain yang datang terkemudian hendaklah juga merupakan khitab

syarak.iaitu jka bukan al-quran ,hadis dan berkaitan dengan hukum lama.

Hukum yang datang kemudian sebagai nasakh tidak terikat hanya pada masa-

masa tertentu.

BAHAGIAN NASAKH

Nasakh terbahagi kepada 2 bahagian iaitu nasakh antara ayat al-quran denga

ayat al-quran dan ayat dengan hadis.namun ada juga nasakh hadis dengan al-quran

atau nasakh hadis dengan hadis.

Nasakh Al-Quran Dengan Al-Quran

Ulama sepakat al-quran harus menasakhkan nas al-quran lain bila dalil kedua-duanya

sama, kerana ia dikira sama sudut kekuatan, contohnya firman Allah :

26

Page 27: Ulum Quran Sem4 Scribs

Maksudnya : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.13

Ayat tersebeut Allah mewajibkan muslimin melawan musuh jika mereka keadaan nisbah 1:10. hukumnya dinasakhkan dengan hukum lebih ringan dengan nisbah 1:2, sebagaimana firman Allah :

Oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah.14

Nasakh Al-Quran Dengan Hadis

Jumhur ulama termasuk Zahiriyyah mengharuskan nasakh hadis dengan al-

Qur’an sementara Imam al-Syafie menegahnya. Bagaimanapun golongan Hanafiyyah

hanya mengharuskan nasakh al-Qur’an dengan hadis mutawatir dan masyhur kerana

ianya tersebar luas di kalangan manusia.

Golongan yang mengharuskannya, berhujah dengan ayat wasiat kepada ibu bapa dan

kaum kerabat.

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.15

13 Surah al-Anfal ayat 6514 Surah al-Anfal ayat 6615 Surah al-Baqarah ayat 180

27

Page 28: Ulum Quran Sem4 Scribs

Ayat ini telah dimansukhkan dengan hadis:

ه علي ه وس لم عن أبي أمامة، قال: سمعت رسول الل$ه ص لى الل $ ".-يقول: "إن8 الل$ه قد أعطى كَّل8 ذي حٍّق4 حق ه، فال وص ية ل وارٍث0

أبو داود كتاب الوصايا باب ما جاء في الوصية للوارٍث

 Daripada Abu Umamah, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetukan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan hak masing-masing. Dengan itu, maka, tidak ada wasiat untuk waris (orang yang berhak

menerima pusaka)”.

Tetapi golongan yang tidak mengharuskan bentuk nasakh ini menjawab bahawa ayat

wasiat itu sebenarnya dinasakhkan oleh ayat mawarith iaitu ayat 11 surah al-Maidah

sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Abbas.

Contoh Hadis Nasakh Dan Mansukh

- Memakan Makanan Yang Dimasak Membatalkan Wuduk

Sebahagian ulama berpendapat wajib berwuduk kerana memakan makanan yang

dimasak apabila hendak mendirikan sembahyang. Sebahagian yang lain mengatakan

hukum itu sudah tidak ada kerana ada hadis yang menasakhkannya. Golongan yang

pertama berhujah dengan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Zaid bin

Thabit:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول زيد بن ثابت قال: "الوضوء مما مست الن ار". )مس لم كت اب الحيض ب اب الوض وء

(مما مست النار

 Wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak.

28

Page 29: Ulum Quran Sem4 Scribs

Hadis Abu Hurairah:

أن عبدالله بن إبراهيم بن قارظ وجد أبا هريرة يتوضأ على  قال: إنما أتوضأ من أثوار أقط أكلتها. ألني المسجد. فقال:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول "توضؤوا مما )مسلم كتاب الحيض باب الوضوء مما مست النار( مست النار".

Sesungguhnya Abdullah bin Ibrahim bin Qarit mendapati Abu Hurairah sedang berwuduk dekat dengan masjid, lalu beliau berkata: “Sebenarnya aku berwuduk kerana beberapa potong keju yang telah aku makan kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berwuduk setelah memakan makanan yang dimasak”..

 

Imam al-Tirmizi menyebutkan dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang

diriwayatkan daripada Ummu Habibah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit, Abu Talha,

Abu Ayyub dan Abu Musa. Sebahagian ulama berpendapat wuduk dimestikan apabila

memakan makanan yang telah dimasak.

Menurut al-Hazimi, antara ulama yang berpandangan demikian ialah Ibn Umar,

Talhah, Anas bin Malik, Abu Musa, `Aishah, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah, Abu `Izzah

al-Hazali, Umar bin Abdul Aziz, Abu Mijlaz, Abu Qilabah, Yahya bin Ya`mar, Hasan al-

Basri dan al-Zuhri. Tetapi kebanyakan ahli ilmu dan para fuqaha berpendapat tidak

perlu berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak. Mereka menganggap itu

adalah perkara yang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Hadis-hadis yang menjadi hujah mereka ialah:

أن رسول الل$ه صلى الله عليه وسلم "أك َّل كت ف عن ابن عباسشاة0 ثم8 صل$ى ولم يتوض8أ".

29

Page 30: Ulum Quran Sem4 Scribs

) أبو داود كتاب الطهارة باب في ترك الوضوء مما مYس8ت النار(

 Daripada Ibn Abbas: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan kaki kambing yang hadapan, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk”.

Hadis `Amr bin Umayyah al-Dhamri:

أنه رأى رسول الله صلى الله علي ه عن عمرو ابن أمية الضمري )مس لم وسلم يحتز من كت ف يأك َّل منه ا. ثم ص لى ولم يتوض أ.

كتاب الحيض باب نسخ الوضوء مما مست النار(

 

Bahawa dia melihat Rasulullah s.a.w. memotong kaki kambing yang hadapan yang dimakannya, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.

Hadis Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w.:

أن النبي صلى الله عن ميمونة زوج النبي صلى الله عليه وسلم؛ عليه وسلم أكَّل عندها كتف ا ثم ص لى ولم يتوض أ. )مس لم كت اب

الحيض باب نسخ الوضوء مما مست النار(

 

Daripada Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w. katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan kaki kambing yang hadapan dekat dengan beliau, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.”

"كان آخر األمرين من رسول الل$ه صلى الله عليه عن جابر قال:8رت النار". وسلم ترك الوضوء مم8ا غي

 Daripada Jabir katanya: Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak dengan api.

30

Page 31: Ulum Quran Sem4 Scribs

JENIS-JENIS NASAKH

Nasakh bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

Nasakh ayat dan hukum

Nasakh hukum sahaja

Nasakh ayat hukum sahaja

Nasakh Ayat Dan Hukum

Iaitu nasakh sudut tulisan atau bacaan dan hukumnya. Ia tidak harus dibaca dan

beramal, kerana telah dinasakhkan seluruhnya. Antaranya sabda nabi saw :

Pada mulanya turun ayat al-quran menyatakan 10 kali susuan itu mengharamkan

perkahwinan. Kemudian ayat tersebut dimansukh dengan ditetapkan 5 kali susuan.

Rasulullah saw wafat, mereka masih meneruskan bacaan demikian. (al-Bukhari dan

muslim)

Nasakh Hukum Sahaja

Iaitu nasakh hukum sahaja namun sudut tulisan atau bacaanya masih dikekalkan.

Naskhah bentuk ketiga inilah yang dimaksudkan dan dibincangkan oleh ulama, seperti :

wasiat dan iddah, antaranya firman Allah :

31

Page 32: Ulum Quran Sem4 Scribs

Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya.16

Nasakh ayat hukum sahaja

Iaitu nasakh sudut tulisan atau bacaanya sahaja namun hukum dikekalkan. Antaranya

ayat alquran sebahagian surah al-nur, sebagaimana hadis diriwayatkan oleh ibn Abbas,

umar berkata :

di antara yang diturunkan kepadanya (nabi saw) ialah ayat rejam yang kita baca dan

fahaminya, bahawa orang tua lelaki dan perempuan apabila berzina maka ia hendaklah

direjam. Rasulullah saw merejam dan kami pun merejamnya. (muslim)

Hikmah Al-Naskh 

 

Terdapat beberapa hikmat al-Naskh seperti berikut: 

1. Memberi keutamaan kepada manfaat hamba-hamba dengan pensyariatan

perkara yang lebih bermanfaat untuk mereka dalam agama dan dunia.

 

2. Pengubahsuaian Syariat sehinggalah ke tahap sempurna.

 

3. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam kesanggupan dan

keredhaan mereka menerima perubahan satu hukum kepada hukum lain.

 

16 Surah al-Baqarah 240

32

Page 33: Ulum Quran Sem4 Scribs

4. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam perlaksanaan

kesyukuran sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih ringan dan kesabaran

sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih berat.

4.0 ULUM HADIS

4.1 AL-HADITH

4.1.1 TAKRIF BAHASA :

Al-hadith berasal daripasa perkataan حدوثا حداثة يحدٍث Ianya mempunyai . حدٍث

beberapa makna antaranya :

1) Baru, contohnya :

Maksudnya : Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru

(diturunkan) dari tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka

bermain-main.

2) Percakapan dan berita, contohnya :

33

Page 34: Ulum Quran Sem4 Scribs

Maksudnya : sudahkah sampai kepadamu berita (Wahai Muhammad) perihal hari

pembalasan.

4.1.2 TAKRIF ISTILAH :

Hadith ialah apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari perkataan,

perbuatan, perakuan dan akhlak sifat-sifat kejadian sama ada sebelum diutuskan atau

setelah diutuskan menjadi Rasul.

Contoh perkataan :

Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan berdasarkan ucapan

baginda. Antara tersebut ialah :

YالYق Y8م ل YسYو cهd Yي عYل e8ه الل صYل8ى c8ه الل Yول eس Yر Yن8 أ YرYمeع dنYع وYق8اٍص0 cنd ب YةYمYقd عYل dنYع

cهc ول eس YرYو c8ه الل Yى cل إ eهe ت Yرdجcه dتY Yان ك dنYمYف YوYى ن مYا امdرcٍئ0 hَّلe cك وYل c8ة hي cالن ب eالYمdعY dاأل

هYا eو8ج YزY Yت ي Yة0 أ Yرdام dوY أ eهYا eِصcيب ي Yا dي لدeن eهe ت Yرdجcه dتY Yان ك dنYمYو cهc ول eس YرYو c8ه الل Yى cل إ eهe ت YرdجcهYف

cهd Yي cل إ YرYاجYه مYا cلYى إ eهe ت YرdجcهYف

Maksudnya : Daripada Alqmah Bin Waqqas daripada Umar berkata ; sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “ Setiap amal itu dengan niat dan bagi tipa-tiap seseorang apa yang diniatkan. Maka sesiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia ia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.

Contoh perbuatan :

Terdapat banyak hadith yang menggambarkan perbuatan Rasulullah s.a.w.

Perbuatan Rasulullah s.a.w ini menjadi panduan kepada umat Islam dalam kehidupan

34

Page 35: Ulum Quran Sem4 Scribs

seharian. Antaranya ialah :

صYلhي e أ cي eمeون dت ي

Y أ Yر YمYا ك jوا صYلMaksudnya : Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang

Contoh taqrir:

Taqrir ialah memperlakukan apa yang dilakukan oleh seorang sahabat sebagai

benar dengan tidak mencegah dan menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya.

Kedua menerangkan tentang kehebatan perbuatan yang dilakukan itu serta

diperkuatkan dengan hujah. Antaranya ialah :

YاَلYو eهe eل آك Yاَل YالYقYف hالض8ِّب dنYع Y8م ل YسYو cهd Yي عYل e8ه الل صYل8ى jيc 8ب الن Yَّلc ِئ eسYو eهeم hرYحe أ

Maksudnya : Telah ditanya Rasulullah s.a.w mengenai al-Thab maka baginda bersabda tidaklah aku makan dan tidak pula aku mengharamkannya.

4.2 Al-Sunnah

35

Page 36: Ulum Quran Sem4 Scribs

Syariat yang telah sempurna ini adalah sunnah Rasulullah yang dapat dibahagikan

kepada empat definisi:

Pertama

Sesungguhnya, segala sesuatu yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah

(hadits Rasulullah) adalah sunnah Rasulullah. Dia merupakan sebuah jalan yang

ditempuh oleh Rasulullah. Di antara contoh definisi ini adalah sabda baginda :

(( dيh مcن Yَسd Yي فYل dيc 8ت ن eس dنYع Yِّبcغ Yر dنYم))

“Barangsiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah bagian dariku.” (H.R. Bukhari

dan Muslim)

Kedua

Sunnah yang bermakna “al-hadits”. Hal tersebut jika digandingkan dengan “Al-Kitab”. Di

antara contohnya adalah sabda Rasulullah:

(( : cالله YابY cت ك Yدoا Yب أ jوdا Yضcل ت dنY فYل cهc ب dمe YِصYمdت اعdت cنc إ مYا dمe dك فcي eتd ك YرY ت dدYق e8اس الن jهYا يY أ Yا ي

Y8م ل YسYو cهd Yي عYل eالله صYل8ى cهh cي Yب ن Y8ة ن eسYو))

“Wahai sekalian manusia, sungguh telah aku tinggalkan bagi kalian sesuatu yang jika

kalian berpegang teguh dengannya maka kalian kalian tidak akan tersesat selamanya:

(yaitu) Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Juga sabda baginda:

(( : dيc 8ت ن eسYو cالله YابY cت ك YعdدYهeمYا ب jوdا Yضcل ت dنY ل cنd Yي dِئ ي Yش dمe dك فcي eتd ك YرY ت dدYق dيh cن ((إ

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan dua hal bagi kalian sehingga kalian tidak akan

tersesat selamanya setelah berpegang teguh dengan kedua hal tersebut: (yaitu)

Kitabullah dan sunnahku.”

36

Page 37: Ulum Quran Sem4 Scribs

Kedua hadits tersebut diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak.

Di antara bentuk kata “sunnah” yang bermakna “al-hadits” adalah perkataan

sebahagian ulama dalam menyebutkan beberapa permasalahan, “Dan ini adalah

sebuah permasalahan yang berdasarkan dalil Al-Kitab, as-sunnah, dan ijma’ para

ulama.”

Ketiga

Sunnah pun dapat didefinisikan sebagai lawan dari bid’ah. Di antara contoh

penggunaannya adalah sabda Rasulullah:

(( cاءYفY ل eُخd ال c8ة ن eسYو dيc 8ت ن eسc ب dمe dك Yي فYعYل ا، oرd cي Yِث ك Yفoا cال ت dاخ ى YرY ي YسYف dمe dك مcن dْشcعY ي dنYم e8ه cن فYِإ

cاتY وYمeحdدYث dمe 8اك cي إ Yو ،cذcاجY8و cان ب dهYا Yي عYل وYعYضjوdا cهYا ب eوdا ك YمYس8 ت ، Yنd دcي cاش الر8 Yنd hي dمYهdدcي ال

tةY Yل ضYال tةYعdدc ب eَّل8 وYك ،tةYعdدc ب Yة0 دYث dحeم eَّل8 ك cن8 فYِإ eمeوdرc؛ dأل ((ا

“Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang tetap hidup (setelah kematianku –

pen), niscaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Maka, berpegang teguhlah kalian

dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang memperoleh petunjuk dan

berilmu. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta berhati-hatilah

terhadap perkara-perkara baru yang dibuat-buat. Sungguh, setiap perkara baru yang

dibuat-buat adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat!”

Keempat

Sunnah pun dapat bermakna “mandub” dan “mustahab”, iatu segala sesuatu yang

diperintahkan dalam bentuk anjuran, bukan dalam bentuk pewajiban. Definisi ini

digunakan oleh para ahli fikih. Di antara contohnya adalah sabda Rasulullah:

37

Page 38: Ulum Quran Sem4 Scribs

(( Yة0 صYال hَّلe ك Yدd ن cع cاكYو hالسc ب dمeهe ت dرYمY Yأل dيc م8تe أ عYلYى ٍّق8 eشY أ dنY أ Y Yوdاَل ((ل

“Seandainya bukan karena takut memberatkan umatku, niscaya akan kuperintahkan

mereka untuk melakukan siwak setiap hendak melaksanakan shalat.” (Diriwayatkan

oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya perintah untuk bersiwak berada pada darjat anjuran, dan hal tersebut

semata-mata kerana Rasulullah khuatir akan memberatkan umat baginda jika

menetapkannya sebagai sebuah kewajipan.

4.3 al-Khabar

Khabar menurut bahasa adalah berita yang disampaikan dari seseorang kepada orang

lain.

Khabar menurut Muhaddisin adalah perkhabaran dari Nabi,sahabat, dan tabi’in. Oleh

kerana itu, hadits marfu’, maukuf, dan maktu’ boleh didefinisikan sebagai khabar.

Sebahagian ulama berpendapat bahawasannya hadis adalah dari Rasul, manakala

khabar adalah kenyataan yang dikeluarkan adalah selain daripada Rasul. Daripada

pendapat ini, orang yang meriwayatkan hadits disebut muhaddisin dan orang yang

meriwayatkan sejarah dan yang lain disebut akhbari.

Secara terminologi terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi khabar, iaitu:

1.      Kata khabar sinonim dengan hadits.

2.      Khabar adalah perkataan, tindakan, dan ketetapan seseorang selain

Nabi Muhammad. Sedangkan hadits adalah perkataan, tindakan, dan

ketetapan Nabi Muhammad.

38

Page 39: Ulum Quran Sem4 Scribs

3.      Khabar mempunyai erti yang lebih luas dari hadis. Oleh kerana itu,

setiap hadis dapat disebut juga dengan khabar. Namun, setiap khabar

belum tentu dapat disebut dengan hadis.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, yang dinyatakan as-Suyuthi, memandang

bahawa istilah hadits sama artinya dengan khabar, keduanya dapat dipakai

untuk sesuatu yang marfu, mauquf, dan maqtu’. Ulama lain, mengatakan

bahawa khabar adalah sesuatu yang datang selain dari Nabi saw, sedang yang

datang dari Nabi saw disebut hadis. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa

hadis adalah lebih umum dari khabar.

4.4 AL-ATHAR

4.4.1 Pengertian

Bahasa : kesan atau bekas

Istilah :

- al-Athar membawa maksud yang sama dengan hadis.

- menurut penjelasan yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, al-Athar ialah hadis

mauquf. Iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.

- menurut sesetengah pendapat ahli hadis lain, al-Athar hanya khusus kepada

kata-kata Tabi’in sahaja.

-menurut pendapat al-Zarkasyi, al-Athar digunakan untuk perkataan yang datang

daripada nabi Muhammad dan juga sahabat.

- menurut pedapat al-Tahawi, al-Athar digunakan untuk perkataan yang datang

daripada nabi s.a.w dan sahabat.

- menurut al-Tabari, al-Athar digunakan khas untuk perkataan Nabi saw sahaja.

- menurut fuqaha Khurasan, mereka menamakan hadis mauquf itu sebagai Athar

dan Marfu’ itu sebagai Khabar.

39

Page 40: Ulum Quran Sem4 Scribs

4.5 Al-Sanad

Al-Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan.Ia juga bermaksud jalan

yang menyampaikan kepada hadis.

Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya,seperti tembok

dinding dan sebagainya.

Sanad dari segi istilah ahli hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan

kepada matan hadis.Dalam erti kata lain,ia bermaksud rangkaian perawi di dalam

tabaqat.

4.6 Al-Matan

Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.

Dari segi istilah ialah lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.Dengan kata

lain,ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada

akhir sanad.Konteks lain,ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.

4.7 al-Musnad

Musnad adalah bentuk isim maf’ul dari kata kerja asnada, yang bererti sesuatu

yang disandarkan kepada yang lain.

Secara terminologi, musnad mengandungi tiga pengertian, iaitu :

منتهاه (1 إلى راويه من سنده اتِصَّل الذي الحديث

40

Page 41: Ulum Quran Sem4 Scribs

‘Hadis  yang bersambung sanadnya dari perawinya (dalam contoh sanad di

atas adalah Bukhari) sampai kepada akhir sanadnya yang biasanya adalah

Sahabat, dan dalam contoh diatas adalah Anas r.a’.

رووه (2 أي الِصحابة أسنده ما فيه جمع الذي ب الكتا

Kitab yang menghimpun Hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh

sahabat, seperti Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a dan

lainnya. Contohnya, adalah kitab Musnad Imam Ahmad.

3)   . مِصدرا فيكون اإلسناد ويرادبه يطلٍّق   أن

Sebagai masdar yang mempunyai arti sama dengan sanad.

Musnad juga ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan didalamnya apa-apa

yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.Ia juga bermaksud kitab yang

dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat.

Contoh:Musnad Imam Ahmad (w 241),dibukukan dalam kurun ke3 Hijrah dan terdapat

40,000 hadis.

4.8al-Musnid

Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia

mengetahui Ilmu Hadis atau tidak.Ia juga disebut musabbid,iaitu orang yang

meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

Kata musnid adalah isim fa’il dari asnada-yusnidu, yang bererti “orang yang

menyandarkan sesuatu kepada yang lainnya”. Sedangkan pengertiannya dalam istilah

Ilmu Hadis adalah :

41

Page 42: Ulum Quran Sem4 Scribs

ليَس أم به علم عنده أكان سواء بسنده الحديث يروي من هو

الرواية مجرد إاَل .له

“Musnid adalah setiap perawi hadis yang meriwayatkan Hadis dengan menyebutkan

sanadnya, sama ada dia mempunyai pengetahuan tentang sanad tersebut atau tidak,

tetapi hanya sekadar meriwayatkan sahaja”.

4.9 Al-Muhaddith

Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis,samaada Riwayah atau

Dirayah dan kecatatannya.Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-

riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis

daripada kitab-kitab yang Sahih.Muhaddis ialah mereka mengetahui perkara-perkara

yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis.

Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat-

sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecatatannya. Antaranya Abu Bakar

Ahmad Ibn Marwan al-Maliki dan juga Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

4.10 Al-Hafiz

Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.al-Hafiz dari sudut istilah pula

para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis.Ada yang mengatakan

mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad.Oleh

itu,hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara

mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah,Muhammad Ibn Hibban.

42

Page 43: Ulum Quran Sem4 Scribs

5.0 HADIS RIWAYAH

Perkataan riwayah menurut bahasa membawa maksud cerita, khabar, kisah,

kenyataan, warta, hikayat atau pemberitahuan. Ia merangkumi memperkenalkan

rangkaian perawinya, menjaga lafaz-lafaznya serta segala yang berkaitan dengan

pemindahan dan pengambilan hadis yang sahih dan terjaga.

Riwayah juga merangkumi perbincangan mengenai perkataan-perkataan : gharib,

kefahaman, sebab wujud, hukum yang boleh diambil darinya serta beberapa

pengajaran yang terkandung didalamnya.

Ulama hadis membawa beberapa pengertian mengenai ilmu hadis riwayah, antaranya

ialah :

1) Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan

sesuatu yang berhubung dengan baginda Rasulullah, sama ada berbentuk

ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat peribadi.

43

Page 44: Ulum Quran Sem4 Scribs

2) Suatu ilmu yang berfungsi untuk memindahkan apa sahaja yang disandarkan

kepada nabi secara khusus, sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan,

pengakuan atau ketetapan dan sifat atau tingkah laku baginda saw.

3) Ilmu yang membicarakan tentang penukilan hadis secara bertulis daripada nabi

sama ada dari sudut perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat dan juga

segala apa yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in.

Menerusi penjelasan pengertian yang dikemukakan sebagaimana tersebut di atas

menjelaskan bahaw skop utama serta dasar persoalan hadis riwayah ialah mengenai

diri dan peribadi rasulullah dari sudut keistimewaannya di dalam perkataan, perbuatan,

pengakuan dan sifat-sifat baginda.

5.1 MATLAMAT PENGAJIAN HADIS RIWAYAH

Tujuan utama pengajian hadis riwayah ialah :

1) Menjamin ketepatan setiap hadis yang disampaikan.

2) Memelihara atau menjaga sesebuah hadis daripada penyelewengan serta

kesalahan dari sudut pemindahan sesuatu yang dihubungkan dengan rasulullah.

3) Selamat daripada berlaku atau kemungkinan berlaku kesalahan dalam

pengambilan dan penyebaran hadis nabi.

4) Menjamin daripada berlaku penyelewengan juga kesilapan sewaktu

memindahkan hadis serta dapat membezakan di antara hadis sahih dan palsu.

5) Melaksanakan secara praktikal segala hukuman dan undang-undang yang

disyariatkan.

6) Menyempurnakan tuntutan mencontohi baginda dan mengelokkannya dalam

semua aspek.

44

Page 45: Ulum Quran Sem4 Scribs

5.2 HUKUM MEMPELAJARI ILMU HADIS RIWAYAH

Tentang hukum mempelajari ilmu hadis riwayah ialah :

1) Fardu ain terhadap setiap individu.

2) Fardu kifayah terhadap seluruh umat Islam yang mukallaf mempelajarinya.

6.0HADIS DIRAYAH

Untuk menjelaskan pengertian berkaitan dengan ilmu hadis dirayah, ulama hadis

menjelaskan seperti berikut:

1) Menurut Ibn al-Akfani, ilmu hadis dirayah adalah ilmu yang membicarakan

mengenai kebenaran riwayatm syarat-syarat, jenis-jenis, hukum-hukum,

kedudukan perawi dan syarat mereka, kategori riwayat dan perkara-perkara

yang berkaitan dengannya.

2) Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi, matan,

metod penyampaian dan penerimaan hadis juga sifat rijal hadis. Konteks lain,

ilmu hadis dirayah juga dikenali dengan ulum hadis, mustalah hadis dan usul al-

Hadis.

3) Menurut Ibn Hajar, ia adalah metodologi hadis untuk mengetahui keadaan

perawi dan riwayat mereka.

45

Page 46: Ulum Quran Sem4 Scribs

4) Ilmu tentang cara menilai kesahihan atau daif sesebuah hadis. Seterusnya juga

ia menjelaskan bagaimana hadis itu disampaikan juga sebab-sebab hadis itu

didatangkan oleh rasulullah atau asbab wurud al-Hadis.

6.6.1 SKOP PERBAHASAN HADIS

Skop perbincangan hadis dirayah secara umumnya berkaitan dengan pengajian matan

dan sanad. Antara topik yang dibahaskan di dalam hadis dirayah ialah :

6.6.2 Pengajian matan (lafaz hadis) :

1) Perbincangan tertumpu kepada sifat perawi, iaitu sahih, hasan dan daif.

2) Jenis-jenis hadis daif seperti munqati’, mu’dal, mudtarib, syaz, mudallas,

mu’allaq, mubham dan sebagainya.

3) Hadis palsu dan pembahagiannya.

4) Perbincangan adalah dari aspek bilangan perawi iaitu ahad dan mutawatir.

5) Jenis-jenis ahad, iaitu Masyhur, ’Aziz dan Gharib.

6) Jenis-jenis mutawatir iaitu Lafzi dan Maknawi.

6.6.3 Pengajian Sanad (Rangkaian perawi sesebuah hadis)

1) Riwayat hidup perawi.

2) Ilmu penilaian perawi yang dikenali al-Jarh wa al-Ta’dil, meliputi syarat-syarat

dan kategorinya.

3) Metod penerimaan riwayat seperti : melalui pendengaran, pembacaan,

pengambilan, penulisan, penemuan, wasiat dan perkhabaran.

4) Metodologi buku-buku yang dihasilkan oleh pakar pengkritik perawi.

5) Memastikan sanadnya bersambung atau terputus.

6) Memastikan tiada penambahan dan penyelewengan pada sanad.

6.7 MATLAMAT PENGAJIAN HADIS DIRAYAH

46

Page 47: Ulum Quran Sem4 Scribs

Mempelajari ilmu hadis dirayah juga mempunyai matlamat serta faedah tertentu,

antaranya yang utama ialah :

1) Pendedahan secara praktikal terhadap pengajian hadis riwayah. Ia bukan

sekadar mengetahui makna sesebuah hadis, malah lebih daripada itu dapat

dibina hukum, mengeluarkan hukum dan fatwa yang menepati permasalahan

semasa.

2) Meneruskan usaha yang telah dirintis oleh ulama hadis untuk menjaga hadis dari

sebarang unsur asing yang boleh merosakkan minda masyarakat Islam.

3) Penilaian yang dilakukan terhadap sesebuah hadis boleh

dipertanggungjawabkan dan kukuh melalui metodologi periwayatan hadis.

4) Pengajian hadis merupakan salah satu akar tunjang kekuatan Islam.

6.8 HUKUM MEMPELAJARI ILMU HADIS DIRAYAH

Mempelajari hadis dirayah melibatkan hukum berikut, iaitu :

1) Fardu ain terhadap setiap individu yang berkemampuan dan berkebolehan untuk

mempelajarinya.

2) Fardu kifayah terhadap kumpulan umat Islam, di mana semua umat Islam

berdosa sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu ini dengan mendalam.

47

Page 48: Ulum Quran Sem4 Scribs

48