laporan reflektif fasa 3

4
LAPORAN REFLEKTIF Saya Shalini Naidu a/p Vadivelu dari kelas PISMP T1PEM semester 1 bagi ambilan Jun 2014 telah berjaya melaksanakan BIG Fasa 3 bertarikh 28 Jun di institut pendidikan guru kampus pilau pinang. Pada mulanya, saya bersama rakan-rakan lain menghadiri taklimat BIG yang diadakan di blok baru. Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan. Kelas saya iaitu T1PEM dan T1MT telah menjadi tuan rumah untuk program ini. Kami berasa bangga dan berjanji akan membantu ketua (pengulu) kami iaitu Wong Hung Cheng. Banyak usaha yang diambil oleh ketua kami untuk menjayakan program ini. Saya amat takut dan risau dengan BIG ini kerana banyak kritikan yang diberi oleh senior tetapi apabila saya sendiri mengikutinya saya menghayati setiap detik perjalanan program ini. Sebelum program BIG ini, saya berasa amat gembira dan tidak sabar menanti untuk BIG fasa 3 tersebut. Sepanjang BIG fasa 3, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang menjadi panduan hidup saya. Antaranya ialah bagi melaksanakan sesuatu aktivti atau program dengan sempurna saya harus mempunyai strategi yang efektif agar saya boleh menghadapi sebarang cabaran semasa melakukan aktiviti tersebut. BIG fasa 3 kami telah berjalan dengan begitu lancar. Hal ini kerana pelbagai persiapan awal dan strategi telah dirancang dengan sistematik. Seterusnya, saya juga mempelajari nilai bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain semasa mengendalikan perhimpunan. Dalam aktiviti berkumpulan ini saya dapat berfikir secara kreatif dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain bagi membolehkan segala aktiviti yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Di samping itu, setiap aktiviti yang diberikan dalam kumpulan iaitu

Upload: shalu-shetty

Post on 12-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ref

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Reflektif Fasa 3

LAPORAN REFLEKTIF

Saya Shalini Naidu a/p Vadivelu dari kelas PISMP T1PEM semester 1 bagi ambilan Jun

2014 telah berjaya melaksanakan BIG Fasa 3 bertarikh 28 Jun di institut pendidikan guru

kampus pilau pinang.

Pada mulanya, saya bersama rakan-rakan lain menghadiri taklimat BIG yang diadakan

di blok baru. Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan. Kelas saya iaitu T1PEM dan T1MT telah

menjadi tuan rumah untuk program ini. Kami berasa bangga dan berjanji akan membantu ketua

(pengulu) kami iaitu Wong Hung Cheng. Banyak usaha yang diambil oleh ketua kami untuk

menjayakan program ini. Saya amat takut dan risau dengan BIG ini kerana banyak kritikan yang

diberi oleh senior tetapi apabila saya sendiri mengikutinya saya menghayati setiap detik

perjalanan program ini. Sebelum program BIG ini, saya berasa amat gembira dan tidak sabar

menanti untuk BIG fasa 3 tersebut.

Sepanjang BIG fasa 3, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang menjadi

panduan hidup saya. Antaranya ialah bagi melaksanakan sesuatu aktivti atau program dengan

sempurna saya harus mempunyai strategi yang efektif agar saya boleh menghadapi sebarang

cabaran semasa melakukan aktiviti tersebut. BIG fasa 3 kami telah berjalan dengan begitu

lancar. Hal ini kerana pelbagai persiapan awal dan strategi telah dirancang dengan sistematik.

Seterusnya, saya juga mempelajari nilai bekerjasama dan saling membantu antara satu

sama lain semasa mengendalikan perhimpunan. Dalam aktiviti berkumpulan ini saya dapat

berfikir secara kreatif dan dapat berkomunikasi antara satu sama lain bagi membolehkan segala

aktiviti yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Di samping itu,

setiap aktiviti yang diberikan dalam kumpulan iaitu mengikut tugas AJK telah memberikan saya

satu kenangan yang baru yang mana saya dapat mengeluarkan pendapat tersendiri untuk

menjayakan aktiviti berkenaan dengan baik dan sistematik.

Di samping itu, kami telah bekerjasama untuk menghiasi pentas dengan cantik dan

menarik. Pentas telah dihiasi dengan pelbagai warna yang begitu menarik dan juga lukisan

yang kreatif di mana ia berkaitan dengan tema program tersebut. Sesetengah pelajar telah

begitu rajin dalam membersihkan pentas tersebut. Kami telah membahagikan tugas untuk

mengemas pentas seperti menyapu sampah, mengemop lantai dan memasang tirai. Pentas

kelihatan begitu kemas dan bersih setelah selesainya perhiasan.

Page 2: Laporan Reflektif Fasa 3

Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu

bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian

kerana, kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia adalah

golongan yang hidup berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan erti kata lain, kita

perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat

ramai kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu

kita menyelesaikan masalah kita.

Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan

daripada rakan sekumpulan, rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang lain dengan

berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain,

adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial

yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi

dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan

silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan dari kumpulan Matematik yang lain.

Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak mengikuti BIG pada semester ini.

Dari segi peluang pula, kami diberi peluang untuk menjalankan setiap adegan dalam

perhimpunan tersebut serta cara menjemput tetamu dengan baik. Saya berasa bahawa peluang

yang diberi sangat bermakna kepada untuk menyediakan diri untuk melakukan aktiviti ini dan

juga dapat menyemai pelbagai nailai murni dalam diri sendiri.

Kelemahan dan ancaman yang dihadapi sepanjang BIG fasa 3 ini ialah tempat duduk

para pensyarah amat panas.oleh itu, pensyarah tidak dapat duduk disitu maka kami telah

bekerjasama untuk mengalihkan kerusi ke tempat teduh dengan menyediakan tempat duduk

yang sesuai. Seterusnya, kami hanya mempunyai masa yang terhad untuk merancang program

ini. Oleh itu, kami telah bertindak bersungguh-sungguh bagi memastikan program tersebut

berjalan dengan lancar.

Cadangan untuk penambahbaikan program BIG adalah, segala aktiviti sebelum

menjalankan program ini merancang dengan betul. Hal ini kerana, bagi mengelakkan peserta

menghadapi halangan atau kekangan semasa melakukannya. Seterusnya, kami juga akan

depat menghabiskannya dengan cepat dan teratur.

Page 3: Laporan Reflektif Fasa 3

Pada pandangan saya, program BIG ini harus diteruskan dalam kalangan pelajar guru

untuk menanamkam jati diri, semangat untuk menghadapi suatu cabaran yang baru dengan hati

yang tabah dan berani. Program BIG memberikan satu inspirasi baru kepada semua pelajar

guru untuk memimpin pendidik yang akan datang. Jadi, saya ingin mengatakan bahawa

program ini dapat mewujudkan satu hubungan yang baik dan menyediakan diri untuk

menguruskan suatu aktiviti dengan sistematik dan teratur.