laporan penyediaan gelanggang lempar cakera

Upload: woei-tian

Post on 13-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Laporan Penyediaan Gelanggang Lempar CakeraDalam kerja kursus PJM3103, kumpulan saya telah diberi tugasan untuk menyediakan gelanggang lempar cakera. Kami telah mencari ukuran sebenar gelanggang lempar cakera yang berdasarkan undang-undang International Association of Athletics Federation (IAAF) untuk mendapatkan ukuran yang standard dan tepat. Alatan yang diperlukan ialah pita ukur, tali rafia, pancang kayu, kayu roda minyak, berus, cat minyak putih, dan cat minyak hitam dalam penyediaan gelanggang lempar cakera.

Selepas perbincangan dengan ahli kumpulan, kami telah memulakan kerja kami. Tempat gelanggang lempar cakera terletak antara tempat lompat jauh dengan trek. Mula-mulanya, pusat tengah ditetapkan supaya dapat memudahkan kami membuat bulatan dan kawasan lemparan. Pita pengukur ditarik dari pusat tengah dan tanda dibuat di sekeliling bulatan. Bulatan dengan ukuran radius 1.25m dibuat. Selepas itu, pita pengukur ditarik ke luar bulatan dari dua belah bulatan. Tanda garisan lurus sepanjang 0.75m dibuat. Panjang kawasan lemparan ialah sepanjang 18m. Formula ini digunakan untuk mencari garisan bawah (a).Garisan tengah dicari dengan menggunakan formula (b). Pita pengukur ditarik dari pusat tengah dan garis tengah sepanjang 17.17m dibuat. Pita pengukur ditarik dari hujung garis tengah dan garis sepanjang 5.4m dibuat di dua belah hujung garis tengah. Dua garisan yang sepanjang 18m dibuat dengan menggabungkan pusat tengah dengan setiap belah hujung garisan bawah. Tali diikat pada pancang kayu dan dicucuk dalam tanah untuk kenampakan satu lakaran sebenar.

Selepas lakaran dibuat, untuk menjamin semua ukuran adalah standard, kami telah membuat semakan semula. Setelah lakaran gelanggang siap dan sedia, kami mula membuat garisan dengan minyak hitam. Kereta roda minyak digunakan supaya garisan hitam kemas dan selari dengan ketebalan. Garisan bulatannya dengan sekurang-kurangnya 6mm tebal diwarnakan manakala garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Dua lapis minyak hitam telah kami buat. Akhirnya, tali rafia yang sebagai tanda telah dibuka dan terhasilnya gelanggang lempar cakera.Formula (a)

Formula (b)

Gambar-Gambar Semasa Gelanggang Lempar Cakera Diukur Dan Dibuat