gelanggang tuk wali

38

Upload: gilakomsas

Post on 01-Jul-2015

971 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: gelanggang tuk wali
Page 2: gelanggang tuk wali

SINOPSIS PLOT

PERWATAKAN

LATAR

NILAI

PENGAJARAN

TEMA

GAYA BAHASA

PERSOALAN

Page 3: gelanggang tuk wali
Page 4: gelanggang tuk wali

• Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di Kampung Teluk Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang murid yang rapat dengan beliau bernama Ripin dan Mariam.

• Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya. Walaupun usianya telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya.

• Imam dan siak kurang menyenangi Tuk Wali.Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat

• Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa dia belum layak menerimanya.

Page 5: gelanggang tuk wali

• Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Piee telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan yang berakhir dengan keris itu mengenai perut Tuk Wali.

• Piee melarikan diri bersama-sama biola. Ripin datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah.

• Tuk Wali sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara satu sama lain. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang menikam suaminya

Page 6: gelanggang tuk wali
Page 7: gelanggang tuk wali

•Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya…

Page 8: gelanggang tuk wali
Page 9: gelanggang tuk wali

• Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa. Contohnya, Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan ilmu persilatannya walaupun sudah berusia.

• Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat dapat menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Contohnya, siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang berkahwin dengan Mak Umi

• Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. Contohnya, Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan.

• Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu. Contohnya, Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu amanah supaya Ripin terus mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.

Page 10: gelanggang tuk wali
Page 11: gelanggang tuk wali

MARIAM

TUK WALI

MAK UMIPIEE

SIAK

IMAMRIPIN

Page 12: gelanggang tuk wali

TUK WALI Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja

Waliuddin bin Raja Agus Salam. Murid-muridnya memanggilnya sebagai Wak Raja atau wak.

• Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka

gelanggang silat di depan rumahnya.

• Umur Tuk Wali dalam lingkungan 70-an.

• Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan tidak menghampakan jemputan orang terhadapnya

• Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan bangsa.

Page 13: gelanggang tuk wali

• Kuat beribadat walaupun sibuk mengajarkan ilmu persilatan.

• Gagah, berani dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang perompak

• Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri dan tidak menerima nasihat.

• Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.

• Mahir bermain biola

Page 14: gelanggang tuk wali

MAK UMI• Isteri kepada Tuk Wali

• Berumur dalam lingkungan 50-an.

• Mahir ilmu persilatan sewaktu muda

• Penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali.

• Penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah dan mencuri

Page 15: gelanggang tuk wali

RIPIN• Ripin mahir dalam ilmu

persilatan

• Anak murid yang paling dipercayai Tuk Wali.

• Berumur dalam lingkungan 30-an

• Sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wali mengekalkan warisan seni tradisi ilmu silat.

• Berfikiran matang kerana menolak pemberian keris dan sekali gus menggantikan tempat Tuk Wali kerana berasa dia masih belum layak

Page 16: gelanggang tuk wali

MARIAM• Mariam ialah murid terbaik Tuk

Wali.

• Berumur dalam lingkungan 20-an

• Mahir dalam ilmu persilatan

• Bersemangat untuk membantu Tuk Wali bagi memelihara ilmu persilatan

• Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wali

Page 17: gelanggang tuk wali

PIEE• Nama sebenar Piee ialah Syafiee

• Piee ialah cucu tiri Tuk Wali.

• Penagih dadah yang baru keluar dari pusat pemulihan.

• Piee suka mencuri.

• Sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali.

• Bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya dihalang

Page 18: gelanggang tuk wali

SIAK• Siak sebaya dengan Tuk Wali

• Merupakan bekas tunang Mak Umi

• Pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang mengahwini bekas tunangnya.

• Cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar Tuk Wali yang menampar cucunya

• Pandai berpura- pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain, iaitu memburuk-burukkan Tuk Wali

Page 19: gelanggang tuk wali

IMAM

• Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali

• Rakan baik Siak

• Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Page 20: gelanggang tuk wali
Page 21: gelanggang tuk wali

Latar Tempat• Di rumah Tuk Wali. Contohnya tempat tetamu

datang menemui Tuk Wali.

• Di gelanggang silat. Contohnya, tempat Tuk Wali mengajar bersilat

• Di Teluk Penyabung. Contohnya, kampung tempat tinggal Tuk Wali.

• Di rumah Haji Kodri. Contohnya, semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat

Page 22: gelanggang tuk wali

LATAR MASA

• Pada waktu pagi. Contohnya, semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali.

• Pada waktu petang. Contohnya, semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji kodri

• Pada waktu malam. Contohnya, semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil menggesek biola.

Page 23: gelanggang tuk wali

LATAR MASYARAKAT

• Masyarakat yang runtuh akhlaknya akibat terlibat dalam penagihan dadah. Contohnya, Piee yang terjebak dalam penagihan dadah hingga merosakkan dirinya dan menyusahkan orang lain

• Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Contohnya, sikap Imam dan siak yang tidka mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja

• Masayarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni mempertahankan diri, Contohnya, anak-anak di kampung menghormati Tuk Wali kerana beliau emmpunyai ilmu persilatan yang tinggi

Page 24: gelanggang tuk wali

LATAR MASYARAKAT• Masayarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa iaitu ilmu persilatan. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khayalak ramai, misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.

• Masyarakat yang cuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri. Contohnya, sikap siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi. Sikapnya kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar sama sekali.

Page 25: gelanggang tuk wali
Page 26: gelanggang tuk wali

Binaan Plot• Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin mengikut

kronologi.

• Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, penonton diperkenalkan dengan watak utama, iaitu Tuk Wali, dan diikuti watak sampingan, iaitu Ripin dan Mak Umi.

• Plot terus berkembang dengan kunjungan siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka ingin menasihati Tuk Wali suapaya menghentikan kegiatannya mengajar silat dan sebaliknya memperbanyakkan ibadat.

• Pada bahagian perumitan, Tuk Wali merasakan dirinya sudah mula tidak dihargai oleh penduduk setempat terutama imam dan siak. Beliau ingin menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya.

Page 27: gelanggang tuk wali

• Plot mencapai tahap klimaks apabila siak mencabar Tuk Wali untuk beradu kekuatan

• Pada tahap peleraian, Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya, Piee. Sebelum meninggal, Tuk Wali sempat menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin, iaitu murid harapannya.

Page 28: gelanggang tuk wali

Teknik Plot• Teknik saspens. Pengarang memerihalkan

peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu. Contohnya:

• Pertarungan terjadi antara SIAK dan TUK WALI. SIAK menyerang bertubi-tubi. TUK WALI hanya mempertahankan diri, TUK WALI tidak cuba untuk menyerang. Setiap serangan SIAK dipatahkan dengan mudah oleh Tuk Wali. Beberapa kali SIAK tercampak di atas gelanggang (m/s 219)

• Teknik dialog. Hampir seluruh drama

Page 29: gelanggang tuk wali

• Teknik konflik. Konflik luaran yang terdapat dalam drama ini merujuk kepada pertentanga pendapat atau pemikiran antara watak Tuk Wali dengan Ripin. Tuk Wali beria-ia mengharapkan Ripin menjadi pewaris Keris Ganja Seiras Naga Berjuang tetapi ditolak oleh Ripin (m/s 206)

• Teknik monolog. Pengarang berusaha menyampaikan fikiran atau menyatakn perasaan. Contohnya, dalam drama “Gelanggang Tuk Wali” ini pengarang mencuba menulis tentang luahan perasaan Tuk Wali ketika ingin menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga kepada Ripin (m/s 204-205)

Page 30: gelanggang tuk wali
Page 31: gelanggang tuk wali

• Bahasa kiasan.Contohnya:• -Oooo! Waknya! Pukul tiga dah ni! Bersiap

mengalahkan orang betina!(m/s 92)

• -Tapi,emak ayahnya kenalah jaga bila dah baik nanti! Kalau tidak, berulang lagi….jadi macam menyapu sampah di bawah pokok. Tiap- tiap hari kena dibersihkan(m/s 197)

• -Budak kata awak? Dah berjanggut. Budak apa ke namanya?(m/s 199)

• Personifikasi• -Wah, hebat betul, wak! Gugur iman

janda-janda kampung hulu itu nanti!(m/s 193))

Page 32: gelanggang tuk wali

• Bahasa Arab• Assalamualaikum, Astaghfirullahalazim,

Alhamdulillah

• Metafora• -orang pangkal(m/s194)• -kambing hitam(m/s 200)

• Sinkope • -Awak ni nak pergi bersilat ke nak pergi menikah?

(m/s193)• -Awak kan demam! Nak pergi juga ke?(m/s189)

• Peribahasa• -kambing hitam(m/s 200)• -…besar sampai tak terpeluk, berat sampai tak

terjinjit….!(m/s 195)• -ibarat burung dalam sangkar yang terbuka

pintunya(m/s 196)

Page 33: gelanggang tuk wali
Page 34: gelanggang tuk wali

• Kemasyarakatan. Contohnya, sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih mahu menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri

• Jati diri yang kuat. Contohnya, Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa.

• Keberanian. Contohnya, Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak

• Kasih sayang. Contohnya, Ripin dan Mariam amat sayang akan Tuk Wali

Page 35: gelanggang tuk wali

• Menghormati tetamu. Contohnya, walaupun tujuan kedatangan siak dan imam amat menjengeklkan Mak Umi namun dia tetap melayan mereka dengan mesra.

• Bertanggungjawab. Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada anak-anak muda di kampung itu

Page 36: gelanggang tuk wali
Page 37: gelanggang tuk wali

• Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa. Contohnya, Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya

• Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh.Contohnya,Tuk Wali menewaskan perompak yang cuba merompaknya

• Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua.Contohnya, Mariam dan Ripin sangat hormat akan Tuk Wali

• Kita hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri.Contohnya, Ripin bersungguh-sungguh menolak penurunan keris warisan kepadanya kerana merasakan drinya belum layak

Page 38: gelanggang tuk wali

• Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat.Contohnya, Tuk Wali membuat persembahan silat semasa majlis perkahwinan anak Haji Kodri

• Kita janganlah suka menabur fitnah dan dendam. Contohnya Siak dan Imam yang beriya-iya mengata tentang Tuk Wali yang kononnya tidak sedar diri sudah tua tapi masih bersilat

• Kita hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti menagih • dadah dan mencuri. Contohnya, Ripin yang suka

mencuri dan menghisap dadah

• Kita perlulah berunding untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, siak dan imam langsungh tidak berjumpa dengan Tuk Wali untuk menyelesaikan masalah sebaliknya hanya bercakap dengan Mak Umi