k,kerja gelanggang sklj

10
KERTAS KERJA UNIT KOKURIKULUM SK LEMBAH JABOR, KEMAMAN, TERENGGANU 26150 KUANTAN TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBAGUNA LOKASI TAPAK : GELANGGANG BOLA JARING SKLJ DISEDIAKAN OLEH : MARZUKI BIN JUSOH@MAMAT GPK KO KURIKULUM

Upload: mat-ell-honda

Post on 09-Aug-2015

218 views

Category:

Environment


10 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

UNIT KOKURIKULUM

SK LEMBAH JABOR, KEMAMAN, TERENGGANU

26150 KUANTAN

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBAGUNA

LOKASITAPAK : GELANGGANG BOLA JARING SKLJ DISEDIAKANOLEH : MARZUKI BIN JUSOH@MAMAT

GPK KO KURIKULUM

TARIKH : 2 OKTOBER 2012

Setiap tahun SK Lembah Jabor menghantar pasukan bola tampar, tenis dan sepak takraw dalam kejohanan di peringkat PKG Cheneh dan peringkat MSS Kemaman. Walau bagaimana pun setiap kali latihan diadakan pihak sekolah terpaksa memohon kebenaran menggunakan gelanggang di kawasan sekitar memandangkan SK Lembah Jabor tidak mempunyai gelanggang serbaguna yang sempurna. Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan murid-murid tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab itu, Unit Kokurikulum SK Lembah Jabor berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang serba guna di mana gelanggang serba guna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan bola tampar tetapi juga permainan sepak takraw, tenis dan bola jaring.

Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada murid dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid beriadah.

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain.

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.

Memperkembangkan potensi diri murid dalam pelbagai bidang permainan.

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum dan 1 Murid 1 Sukan.

1

LATAR BELAKANG

MATLAMAT

Objektif khusus:

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana- Aktiviti PJK dan 1 Murid 1 Sukan.

Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum. Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan & permainan. Mewujudkan hubungan muhibbah antara murid. Melahirkan bakat baru yang berkualiti. Melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1. Lokasi

Di kawasan gelanggang bola jaring.

Lokasi yang strategik – Hujung tepi bangunan pentadbiran dan dengan bilik pendidikan jasmani (berhampiran padang sekolah).

Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang latiahn Tenis, Gelanggang Bola Tampar, Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Baling dan Gelanggang Bola Jaring.

2

OBJEKTIF

PERLAKSANAAN PROJEK

2. Proses Pembinaan

Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)

Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc, penyewaan JCB, pagar dan upah kerja.

Kadar keluasan 38 m X 22 m (133’ x 77’)

3. Jangkamasa siap – 4 bulan

4. Sumber Kewangan

Jangkaan Sumber kewangan - Sumbangan YB Parlimen - Sumbangan YB Adun- Sumbangan orang perseorangan- Unit Pembangunan JPN Terengganu

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serba guna akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri murid.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang kepada murid untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan murid dalam Kokurikulum serta menjayakan lagi 1 Murid 1 Sukan.

3

PENUTUP

1. Lampiran Bajet

BIL ITEM KUANTITIJUMLAH

(RM)CATATAN

1 Kerja-kerja awalan seperti perlindungan insuran,dapatkan harga barang,kerja mencuci tapak dan lain-lain

3500.00

2 Simen 200 Beg x RM20.00 4000.003 Pasir 20 Lori x RM 200.00 4000.004 Batu Kerikil 5 Lori x RM 500.00 2500.005 VRC 6’ x 10’ 130 Keping x RM 60.00 7800.006 Sewa JCB 2 Hari x RM 500.00 1000.007 Batu Bata 8 Pallet x RM 350.00 2800.008 Pagar Chainlink 6 Gulung x RM180.00 1080.009 Besi Bulat (5 Batang x 20’) x RM200 1000.00

10 Upah Kerja 25000.0011 Kerja-kerja akhir mencuci kawasan

tapak daripada bahan-bahan terbuang dan lain-lain

3500.00

JUMLAH 56180

4

LAMPIRAN

LOKASI TAPAK

5

PELAN LANTAI GELANGGANG SERBAGUNA SK LEMBAH JABOR

6

DINDING

PENTAS

GELANGGANG A

GELANGGANG B

PAGAR CHAINLINK

TANGGA

TANGGA

77’

105’

116’’

17’

½’

3’

3’

PELAN SISI GELANGGANG SERBAGUNA SK LEMBAH JABOR

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

……………………………………………….. …………………………………………(MARZUKI BIN JUSOH@MAMAT) (ISHAK BIN IDRIS)GPK Kokurikulum, Guru Besar,SK Lembah Jabor, Kemaman SK Lembah Jabor, Kemaman26150 Kuantan. 26150 Kuantan.

7

18’

3’

133’

20’

DindingPagar

Chainlink

8