drama;gelanggang tuk wali

42

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 15-Jun-2015

5.863 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Drama;gelanggang tuk wali
Page 2: Drama;gelanggang tuk wali
Page 3: Drama;gelanggang tuk wali

Gelanggang tuk WALI Hasil karya:Ismail Kassan

DRAMA:

Page 4: Drama;gelanggang tuk wali

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di kampung Teluk Penyabung.Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau bernama Ripin dan Mariam.Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya.Walaupun usianya sudah meningkat,Tuk Wali masih gagah.Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis yang dianjurkan.Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim,menggali kubur,

Page 5: Drama;gelanggang tuk wali

Memandikan jenazah, dan sebagainya.Iman dan siak kurang menyenangi Tuk Wali.Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat.TukWali ingin menyerahkan keris kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin.Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa Dia belum layak menerimanya.Suatu hari,semasa Tuk Wali sedang tidur Piee telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya.Tuk Wali tersedar dan berlakulah pengelutan yang berakhir dengan

Page 6: Drama;gelanggang tuk wali

Keris itu mengenai perut Tuk Wali.Piee melarikan diri bersama-sama biola.Ripin datang memberi bantuan kepada Tuk Wali yang berlumurahan darah.Tuk Wali sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.Siak dan iman datang.Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan.Masing-masing menuduh antara satu dengan yang lain.Manakala Mak Umi menuduh siak yang menikam suaminya.

Page 7: Drama;gelanggang tuk wali

TE

M

A

Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang seorang guru silat dalam mempertahankan

warisan budaya bangsanya.

Page 8: Drama;gelanggang tuk wali

PERSOALAN1.Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa.Contohnya: Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan ilmu persilatannya walaupun sudah berusia.

2.Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan suasana yang tidak harmoni.Contohnya: Siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang berkahwin dengan Mak Umi,bekas tunangnnya.

Page 9: Drama;gelanggang tuk wali

3.Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat.Contohnya: Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan ilmu persilatan.4.Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu.Contohnya: Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu amanah supaya Ripin terus mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.

Page 10: Drama;gelanggang tuk wali

DAN

PERWATAKAN

WATAK

Page 11: Drama;gelanggang tuk wali

1.Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja Waliudin Bin Raja Agus Salam.

2.Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka gelanggang di depan rumahnya.

3.Umur Tuk Wali dalam lingkungan70-an.

4.Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan tidak menghampakan jemputan orang terhadapnya.

TUK

WAL i

Page 12: Drama;gelanggang tuk wali

5.Beliau pandai mengurut,menjadi tuk mudim, menggali kubur,memandikan jenazah, dan sebagainya.

6.Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan bangsa.

7.Gagah,berani dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang perompak.

8.Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri dan tidak menerima nasihat.

9.Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.

10.Meminati muzik,iaitu mahir bermain biola.

Page 13: Drama;gelanggang tuk wali

MAK UMI

1.Mak Umi ialah isteri Tuk

Wali.

2.Umur Mak Umi

dalam lingkungan

50-an.

3.Mak Umi mahir

ilmu persilatan sewaktu muda.

4.Mak Umi

hormat dan pandai melayan tetamu.

Page 14: Drama;gelanggang tuk wali

5.Mak Umi penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali.

6.Mak Umi penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah dan mencuri.

Page 15: Drama;gelanggang tuk wali

RIPIN

1.Ripin mahir dalam ilmu persilatan.

2.Ripin anak murid yang paling dipercayai oleh Tuk Wali.

3.Ripin berumur dalam lingkungan 30-an.

4.Ripin sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan.

Page 16: Drama;gelanggang tuk wali

5.Ripin berfikiran matang kerana menolak

pemberian keris dan sekali gus menggantikan

tempat Tuk Wali atas alasan masih belum

layak memegang amanah tersebut. 6.Ripin berjanji untuk

menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

Page 17: Drama;gelanggang tuk wali

MARIAM

1.Mariam murid wanita terbaik Tuk Wali.

2.Dia berumur dalam lingkungan 20-an.

3.Mariam mahir dalam ilmu persilatan.

4.Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wali.

5.Mariam bersemangt untuk membantu Tuk Wali bagi mengekalkan warisan ilmu persilatan.

Page 18: Drama;gelanggang tuk wali

PIEE

1.Nama sebenar Piee ialah syafiee.

2.Piee cucu tiri Tuk Wali.

3.Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali.

4.Piee suka mencuri.

5.Piee penagih dadah yang baru keluar dari pusat pemulihan.

6.Piee bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya dihalang oleh Tuk Wali.

Page 19: Drama;gelanggang tuk wali

SIAK

1.Siak sebaya dengan Tuk Wali.

2.Siak bekas tunang Mak Umi.

3.Siak pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang mengahwini bekas tunangnya.

4.Siak cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar yang Tuk Wali menampar cucunya.

Page 20: Drama;gelanggang tuk wali

5.Siak pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain,iaitu memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai.

6.Siak cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Page 21: Drama;gelanggang tuk wali

imam

1.Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali.

2.Imam tidak berani untuk berterus terang.

3.Imam rakan baik siak.

4.Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Page 22: Drama;gelanggang tuk wali

LATAR

LATAR TEMPAT

LATAR MASA LATAR MASYARAKAT

Page 23: Drama;gelanggang tuk wali

Latar tempat1.D

i rumah

Tuk Wali.

2.Di gelanggang silat

.

-contohnya: tempat tetamu datang menemui Tuk Wali

-contohnya: tempat Tuk Wali mengajar bersilat.

Page 24: Drama;gelanggang tuk wali

3.Di Teluk Penyabung

4.Di rumah

Haji Kodri

-contohnya: kampung tempat tinggal Tuk Wali.

-contohnya: semasa majlis perkahwinan anak perempuannya,Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat.

Page 25: Drama;gelanggang tuk wali

LATAR MASA

1.Pada waktu pagi.

2.Pada waktu

petang.

3.Pada waktu malam.

-contohnya: semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali. -contohnya:

semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri.

-contohnya: semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil menggesek biola.

Page 26: Drama;gelanggang tuk wali

LATAR MASYARAKAT1.Masyarakat yang ingin

mengekalkan warisan budaya bangsa,iaitu ilmu

persilatan.Contohnya: Tuk Wali masih bertahan dengan

pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai, misalnya

di majlis perkahwinan.Tujuannya

adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya

bangsa.

2.Masyarakat yang runtuh akhlaknya

akibat terlibat dalam penagihan

dadah.Contohnya: watak Piee yang terjebak dalam

penagihan dadah hingga merosakkan

dirinya dan menyusahkan

orang lain.

Page 27: Drama;gelanggang tuk wali

3.Masyarakat yang cuba berselindung di balik agama untuk kepentingan diri.Contohnya: sikap siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi.Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar sama sekali.

4.Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah.Contohnya: sikap imam dan siak yang tidak mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati mereka.Sebaliknya,mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja.

5.Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni pertahanan diri.Contohnya: anak-anak muda di kampung itu menghormati Tuk Wali kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.

Page 28: Drama;gelanggang tuk wali

BINAAN PLOT

1.Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin mengikut kronologi.

2.Pada bahagian pengenalan atau eksposisi,penonton diperkenalkan dengan watak utama,iaitu Tuk Wali,dan diikuti dengan watak sampingan,iaitu Ripin dan Mak Umi.

PLOT

Page 29: Drama;gelanggang tuk wali

3.Plot terus berkembang dengan kunjungan siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi.Mereka ingin menasihati Tuk Wali supaya menghentikan kegiatannya mengajar silat dan sebaliknya lebih banyak beribadat.

4.Pada bahagian perumitan,Tuk Wali merasakan dirinya sudah mula tidak dihargai oleh penduduk setempat terutama siak dan imam.Beliau ingin menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya.

Page 30: Drama;gelanggang tuk wali

5.Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila siak mencabar Tuk Wali untuk beradu kekuatan.Pergaduhan antara mereka dapat dihentikan apabila Ripin masuk campur.

6.Pada tahap peleraian,Tuk Wali ditikam oleh Piee.Sebelum meninggal,Tuk Wali sempat menyerahkan keris perguruan kepada Ripin,iaitu murid harapannya.

Page 31: Drama;gelanggang tuk wali

TEKNIK PLOT

1.Teknik saspens.pengarang memerihalkan peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu.

Contohnya:Pertarungan terjadi antara SIAK dengan TUK WALI.SIAK menyerang bertubi-tubi.TUK WALI hanya mempertahankan diri.TUK WALI tidak cuba untuk menyerang.Setiap serangan SIAK dipatahkan dengan mudah oleh TUK WALI.Beberapa kali SIAK terhumban dan tercampak di atas gelanggang. RIPIN muncul dengan keadaan tidak berpakaian lengkap.Dia berdiri di tengah-tengah antara TUK WALI dengan SIAK.

Page 32: Drama;gelanggang tuk wali

2.Teknik konflik.Konflik luaran yang terdapat dalam drama ini merujuk kepada pertentangan pendapat atau pemikiran antara watak TUK WALI dengan RIPIN.TUK WALI beria-ia mengharapkan RIPIN menjadi pewaris Keris Ganja Seiras Naga Berjuang tetapi RIPIN menolaknya.

3.Teknik monolog.Pengarang berusaha untuk menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan.Contohnya: dalam drama ini pengarang mencuba menulis tentang luahan perasaan Tuk Wali ketika ingin menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga kepada Ripin.

Page 33: Drama;gelanggang tuk wali

GA YAB

A H A SA

B

AHAS

A

G A Y A

Page 34: Drama;gelanggang tuk wali

1.Dari segi pemilihan kata,pengarang telah memilih kata-kata yang mudah difahami.

2.Bahasa kiasan.Contohnya:(a)Oooo !Waknya!pukul tiga dah ni !Bersiap mengalahkan orang betina!(b)tapi,emak ayahnya kenalah jaga bila dah baik nanti!Kalau tidak,berulang lagi…..jadi macam menyapu sampah di bawah pokok.Tiap-tiap hari kena dibersihkan.

Page 35: Drama;gelanggang tuk wali

3.Personifikasi.Contohnya;Wah.hebat betul,wak! Gugur iman janda-janda kampung hulu itu nanti.

4.Simile.Contohnya;(a)….macam rimau tak ada gigi!(b)….kawannya macam lalat.(c)….orang tua macam aku ni ibarat orang baru baik sakit!semangat nak makan tu ada tapi nak menyuap tak larat.

Page 36: Drama;gelanggang tuk wali

5.Bahasa arab.Contohnya;(a)Assalamualaikum(b)Astaghfirullahalazim(c)Alhamdulillah

6.Metafora.Contohnya;(a)Orang pangkal(b)Kambing hitam.

Page 37: Drama;gelanggang tuk wali

7.Sinkope atau penyingkatan kata.Contohnya:(a)Awak ni nak pergi bersilat ke nak pergi menikah?(b)Awak kan demam! Nak pergi jugak ke?

8.Peribahasa .Contohnya:(a)Kambing hitam(b)…besar sampai tak terpeluk,berat sampai tak terjinjit…!(c)Ibarat burung dalam sangkar yang yang terbuka pintunya

Page 38: Drama;gelanggang tuk wali

NILAI1.Nilai kemasyarakatan.Contohnya: sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih mahu menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri.

2.Nilai jati diri yang kuat.Contohnya: Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa.

3.Nilai keberanian.Contohnya: Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak.

Page 39: Drama;gelanggang tuk wali

6.Nilai tanggungjawab.Contohnya: Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada anak-

anak muda di kampung itu.

5.Nilai menghormati tetamu.Contohnya: walaupun tujuan kedatangan siak dan imam ke rumah amat menjengkelkan Mak Umi namun dia tetap melayan mereka dengan mesra.

4.Nilai kasih sayang.Contohnya: Ripin dan Mariam amat sayang akan gurunya.

Page 40: Drama;gelanggang tuk wali

1.Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya

bangsa.

2.Kita hendaklah berani

mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

3.Kita hendaklah menghormati

guru dan orang yang lebih tua.

4.Kita hendaklah bijak menilai

kemampuan diri sendiri.

PENGAJARAN

Page 41: Drama;gelanggang tuk wali

5.Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat.6.Kita janganlah suka menabur fitnah dan berdendam.7.Kita hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti menagih dadah dan mencuri.8.Kita perlulah berunding bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Page 42: Drama;gelanggang tuk wali

SEKIAN TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH

SAHARUDDIN

bin