kertas kerja gelanggang serbaguna

12
Unit Ko Kurikulum SMK Temerloh 2015 KERTAS PROJEK GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH, 28000 TEMERLOH 1.0 PENDAHULUAN Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah dibuka pada tahun 1965 dengan pelbagai pencapaian yang telah diperolehi dalam bidang kokurikolumn sehingga melahirkan ramai atlet ke peringkat Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan.Malangnya kemudahan gelanggang permainan kurang terdapat di sekolah ini sedangkan bilangan pelajar ketika ini melebihi seribu orang. Kekurangan ini menyulitkan pasukan sekolah untuk menjalani latihan terutamanya pasukan bola jaring, pasukan bola baling, pasukan bola tampar, dan pasukan futsal. Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut. 2.0 RASIONAL

Upload: lala-zahira

Post on 09-Nov-2015

2.613 views

Category:

Documents


380 download

DESCRIPTION

kertas kerja untuk gelanggang

TRANSCRIPT

Unit Ko Kurikulum SMK Temerloh 2015KERTAS PROJEK GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH, 28000 TEMERLOH

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah dibuka pada tahun 1965 dengan pelbagai pencapaian yang telah diperolehi dalam bidang kokurikolumn sehingga melahirkan ramai atlet ke peringkat Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan.Malangnya kemudahan gelanggang permainan kurang terdapat di sekolah ini sedangkan bilangan pelajar ketika ini melebihi seribu orang. Kekurangan ini menyulitkan pasukan sekolah untuk menjalani latihan terutamanya pasukan bola jaring, pasukan bola baling, pasukan bola tampar, dan pasukan futsal. Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

2.0 RASIONAL

Gelanggang serbaguna ini sangat diperlukan adalah kerana tempat yang ada sekarang sangat terhad dan tidak senonoh untuk digunakan terutamanya pelajar yang tinggal di asrama. Justeru itulah projek ini diutarakan bagi memenuhi keadaan tersebut.

3.0 MATLAMAT PROJEK

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk aktiviti kokurikulum dalam program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru dan memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan disamping pembentukkan akhlak dan disiplin.

4.0 OBJEKTIF KHUSUS

4.1Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam permainan bola jaring, bola baling, bola tampar dan futsal.4.2Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti setempat melalui pertandingan persahabatan.4.3Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

5.0 JENIS-JENIS GELANGGANG.

5.1Gelanggang Bola Baling ( Rujuk Lampiran Gambar A )5.2Gelanggang Bola Jaring ( Rujuk Lampiran Gambar B )5.3Gelanggang Futsal ( Rujuk Lampiran Gambar C )5.4Gelanggang Bola Tampar ( Rujuk Lampiran Gambar D )

6.0 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

6.1Kenal pasti cadangan tapak gelanggang serbaguna lokasi yang strategik belakang Makmal Komputer. ( Rujuk Lampiran GAMBAR E ).6.2Proses Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian bahan-bahan binaan.6.3Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil, pasir, vrc, penyewaan JCB dan upah kerja.6.4Anggaran kos sebanyak RM 120, 000.6.5Jangkamasa siap satu tahun.

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1Kementerian Belia Dan Sukan.7.2Sumbangan PIBG.7.3Syarikat Koporat mahupun orang perseorangan.

PENUTUP

Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serbaguna akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar. Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik diperingkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan pelajar dalam Kokurikulum.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( MUHAMAD ARBAIN BIN ISMAIL )( SUKAIRI BIN ABU )Penyelaras Sukan Dan PermainanGPK Ko KurikulumSekolah Menengah Kebangsaan TemerlohSekolah Menengah Kebangsaan Temerloh

Disahkan oleh :

( MOHD JAMRI BIN MD LELA )PengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, TEMERLOHCADANGAN GELANGGANG SERBAGUNA

KELUASAN TAPAK GELANGGANG SERBAGUNA

96 KAKI

58 KAKI

UKURAN PAGAR GELANGGANG SERBAGUNA

15 KAKI

90 KAKI

Gambar A : Gelanggang Bola Baling

Gambar B : Gelanggang Bola Jaring

Gambar C : Gelanggang Futsal

Gambar : Gelanggang Bola Tampar

GAMABAR E : Cadangan Tapak Gelanggang Serbaguna

65 KAKI114 KAKI KAKI

CADANGAN GELANGGANG SERBAGUNA