laporan pendaftaran dan minggu orientasi tingkatan enam smk kota samarahan

6
LAPORAN PENDAFTARAN DAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM SMK KOTA SAMARAHAN SMK Kota Samarahan- Pendaftaran pelajar baharu STPM sesi 2015-2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada Selasa, 05 Mei 2015. Seramai 118 calon aliran Sastera telah ditawarkan tempat di SMK Kota Samarahan. Pada hari pertama seramai 65 pelajar telah mendaftar masuk. Pada hari pendaftaran ini perkara yang ditekankan adalah pengurusan dokumen dan pengurusan diri. Pelajar telah diedarkan dengan aktiviti sepanjang minggu yang akan diikuti. Hari kedua ,Rabu(06.Mei 2015) merupakan bermulanya Minggu Orientasi hingga 15 Mei 2015. Semua pelajar dikumpulkan di Bilik Kuliah dan majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Ting.Enam En.Yatiman Karsodikromo. Beliau seterusnya memberi taklimat berkaitan perjalanan minggu orientasi selain menerangkan berkaitan dengan e- rayuan, tukar sekolah, tukar jurusan, tukar elektif. Sementara penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerangkan Etika Pakaian Pelajar Pra Universiti seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 (2014). Hari ketiga, Khamis (07.Mei 2015), minggu orientasi diteruskan dengan En.Salhi Ayan selaku penyelaras Kokurikulum menerangkan tentang Pengurusan Koko da Program Khidmat Masyarakat sementara Cik

Upload: wakman

Post on 18-Dec-2015

523 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kemasukan ke Ting.6 Tahun 2015

TRANSCRIPT

LAPORAN PENDAFTARAN DAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM SMK KOTA SAMARAHANSMK Kota Samarahan- Pendaftaran pelajar baharu STPM sesi 2015-2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada Selasa, 05 Mei 2015. Seramai 118 calon aliran Sastera telah ditawarkan tempat di SMK Kota Samarahan. Pada hari pertama seramai 65 pelajar telah mendaftar masuk. Pada hari pendaftaran ini perkara yang ditekankan adalah pengurusan dokumen dan pengurusan diri. Pelajar telah diedarkan dengan aktiviti sepanjang minggu yang akan diikuti. Hari kedua ,Rabu(06.Mei 2015) merupakan bermulanya Minggu Orientasi hingga 15 Mei 2015. Semua pelajar dikumpulkan di Bilik Kuliah dan majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Ting.Enam En.Yatiman Karsodikromo. Beliau seterusnya memberi taklimat berkaitan perjalanan minggu orientasi selain menerangkan berkaitan dengan e-rayuan, tukar sekolah, tukar jurusan, tukar elektif. Sementara penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerangkan Etika Pakaian Pelajar Pra Universiti seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 (2014).

Hari ketiga, Khamis (07.Mei 2015), minggu orientasi diteruskan dengan En.Salhi Ayan selaku penyelaras Kokurikulum menerangkan tentang Pengurusan Koko da Program Khidmat Masyarakat sementara Cik Nurafilla menerangkan tentang Pengurusan Persatuan Pelajar Pra Universiti (PPU). Seterusnya Penolong Kanan Ting.6 mendedahkan pelajar kepada penyediaan Kertas Kerja Program dan meminta pelajar menghasilkan satu kertas kerja yang akan dilaksanakan.

Hari keempat Jumaat (08 Mei 2015), Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah Pn.Noorsalehan dan En.Hossein Sedi mengambil alih program sehari. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Soal Selidik Inventeri Minat Kerjaya dan Personaliti Diri.

Hari Kelima, Isnin (11 Mei 2015), En.Andrew Chan menerangkan tentang pengunaan peta i-Think sebagai satu alat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar telah diberi tugasan untuk menghasilkan peta i-thnk. Program diteruskan dengan pendedahan KBAT/HOTS dalam PdP oleh En.Yatiman. Program ini sangat penting memandangkan soalan-soalan STPM banyak menerapkan KBAT . Seterusnya Pn.Anita Shawal mengajar pelajar dengan Kemahiran Membuat Power Point, salu lagi kemahiran yang perlu ada memandangkan pelajar akan diminta membuat tugasan pembentangan. Pelajar juga didedahkan dengan Kemahiran Mengakses Maklumat yang disampaikan oleh En.Berhim Aboi. Kemahiran ini sangat penting supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui internet dengan cara yang betul dan sahih.

Hari Keenam , Selasa (12 Mei 2015), bermulanya pengenalan kepada sukatan matapelajaran STPM. Dua matapelajaran diperkenalkan iaitu Pengajian Am oleh guru-guru Pengajian Am iaitu En.Berhim Aboi, Pn.Doris dan Pn.Lai Geok Hiong. Pelajar didedah dengan sukatan pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4 begitu juga dengan Kertas Bahasa Melayu. Pn.Suhazana, Pn.Salviah dan Pn.Suhaila menerangkan sukatan pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4.

Hari Ketujuh, Rabu (13Mei 2015) pelajar didedah pula sukatan pelajaran Sejarah 1,2,3,4 oleh En.sylvester dan Seni Visual oleh En.Raziman dan Hjh.Nurmawati Zaman.Pada Hari kelapan, Khamis (14 Mei 2015), semua pelajar didedahkan dengan Kertas Pengajian Perniagaan oleh Nurafilla dan KMK oleh En.Abang Musa serta Kertas MUET oleh En.Joseph, Andrew dan Celestine.

Hari terakhir orientasi adalah pada 15 Mei 2015 bersamaan Hari Jumaat. Majlis khas diadakan bersama ibubapa pelajar iaitu Sesi Taklimat Sistem Pentaksiran Baharu STPM Bersama Ibubapa & Majlis Penangguhan Orientasi. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Hjh.Aiwan@Noraini Binti Alli dan seterusnya ucapan aluan oleh En.Yatiman Bin Karsodikromo. Pengisian program bersama ibubapa ialah Pengenalan Pengeredan Sistem Modular oleh En.Andrew Chan, Hala Tuju selepas STPM oleh Pn.Noorsalehan, Kegiatan Koko oleh En.Salhi Ayan , Sesi Memperkenalkan Guru dan Bacaan Ikrar pelajar sebelum majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.

Sebahagian Ibu bapa yang hadir

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Hjh.Aiwan dan En.Andrew Chan

Penolong Kanan Tingkatan Enam memberi taklimat dan juga penerangan Hala Tuju STPM oleh Kaunslor Sekolah

Sesi memperkenalkan guru-guru Tingkatan Enam

Disediakan olehEn.Yatiman KarsodikromoPen.Kanan Ting.EnamSMK Kota Samarahan

Bacaan Ikrar Pelajar