kertas cadangan minggu orientasi 2015

49
Sekolah Menengah Agama Parit Sulong KERTAS CADANGAN MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2015 Tarikh : 12 - 14 JANUARI 2015 Tempat : SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONG 1

Upload: fatchurozi-sensei-parit-sulong

Post on 14-Nov-2015

383 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

unit kaunseling

TRANSCRIPT

Sekolah Menengah Agama Parit Sulong

KERTAS CADANGAN MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2015

Tarikh :12 - 14 JANUARI 2015

Tempat :

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONGJALAN MUAR, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.

KERTAS CADANGAN MINGGU ORIENTASI

PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2015PENGENALAN

Sejurus selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di peringkat sekolah rendah, maka para pelajar Tahun 6 ini akan berhijrah ke alam persekolahan menengah pula. Mereka bakal menyambung pembelajaran mereka di Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5. Bagi pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), mereka akan berhadapan dengan situasi pembelajaran yang berbeza dengan Menengah atas. Sehubungan dengan itu, SMA Parit Sulong, Batu Pahat, sekali lagi bakal menjalankan minggu orientasi bagi menerima kedatangan pelajar baru dan memberikan penyesuaian pembelajaran terhadap pelajar lepasan PT3. Selain itu,minggu orientasi ini juga bertujuan untuk menyesuaikan diri para pelajar baru ini dengan persekitaran di sekolah baru. Semoga usaha yang dilakukan ini membantu para pelajar baru ini untuk mencapai impian mereka meraih kecemerlangan yang berpanjangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

RASIONAL

Pelaksanaan program ini dirasakan sangat penting kerana para pelajar ini diberikan ruang untuk menyesuaikan diri dan mempelajari serta memahami alam persekolahan menengah yang bakal menanti yang diharapkan pada akhirnya menimbulkan keserasian.

MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat menyediakan jawapan kepada semua persoalan dan kemusykilan tentang alam persekolahan menengah rendah dan menengah atas.OBJEKTIF

1. Para pelajar dapat mengikuti program suai kenal alam sekolah menengah dengan lebih baik.

2. Para pelajar diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan pembelajaran yang baru.

3. Menerapkan kefahaman yang lebih baik dalam kalangan pelajar tentang usaha untuk memahami kurikulum, kokurikulum dan budaya belajar sekolah menengah.

4. Usaha pihak sekolah untuk mempersiapkan fizikal, mental dan emosi yang membina dalam kalangan pelajar baru ini apabila berada di alam sekolah menengah.

5. Para pelajar diharapkan dapat melatih diri agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran dalam berkomunikasi khususnya.

TEMA

PENDIDIKAN ASAS PEMBENTUKAN SAHSIAH YANG CEMERLANG

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 1 Sesi 2015 dan pelajar Tingkatan 4 Sesi 2015JANGKA MASA PELAKSANAAN DAN TENTATIF PROGRAM

BIL.PERKARATARIKHHARITEMPAT

1Minggu Orientasi Tingkatan 112 - 14 Januari 2015Isnin, Selasa dan RabuSurau SMA Parit Sulong

2Minggu Orientasi Tingkatan 412 14 Januari 2015Isnin, Selasa dan RabuSurau SMA Parit Sulong

KAEDAH DAN STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menyediakan rangka konsep kertas kerja.

2. Penubuhan jawatankuasa induk.

3. Perancangan aktiviti.

4. Penubuhan jawatankuasa pelaksana.

5. Pelaksanaan program.

6. Penilaian/laporan program.

AKTIVITI PROGRAM

1. Pendaftaran.

2. Taklimat/Ceramah.

3. Lawatan (di sekitar kawasan sekolah).

4. Gerak kerja/latihan dalam kumpulan (LDK).

JAWATANKUASA INDUKPenasihat

: En. Mohd Fauziy B. Mohd Ishak. (Pengetua)

Pengerusi

: En. Fatchurozi Bin Tukimon. (PK Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi

: Cik Salina Binti Rahmat. (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi

: Cik Nadia Binti Mohd Nasir. (PK Kokurikulum)

Penyelaras Program

: Cg Siti Rohaya Bte Tumiran (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)Penolong Penyelaras

: Cg Zakaria Bin RajuliJAWATANKUASA PELAKSANAMinggu Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan 412 14 Januari 2014 (Isnin, Selasa dan Rabu)

Penasihat

: En. Mohd Fauziy B. Mohd Ishak. (Pengetua)

Pengerusi

: En. Fatchurozi Bin Tukimon. (PK Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi

: Cik Salina Binti Rahmat. (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi

: Cik Nadia Binti Mohd Nasir. (PK Kokurikulum)

: Semua Guru Kanan BidangPenyelaras Program

: Cg Siti Rohaya Bte Tumiran (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)Penolong Penyelaras

: Cg Zakaria Bin Rajuli

HURAIAN BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA (MINGGU ORIENTASI)JAWATANKUASANAMA

TUGAS

J/Kuasa

Kebajikan & KeselamatanCg. Mohd Rashyid Bin Mohd Jai

Cg. Mohd Najib Bin Ariffin

Bertanggungjawab memastikan kebajikan & keselamatan para pelajar agar sentiasa dalam keadaan baik sepanjang berlangsungnya program.

J/Kuasa

DisiplinCg. Hamidi Bin Jamri

Cg. Noor Azimah Binti Arbaain

Bertanggungjawab memastikan perjalanan program bergerak seiring dengan pergerakan pelajar.

J/Kuasa

Siaraya & FotografiCg. Mohd Syafiq Bin Md Noh

Cg. Umi Kelsum Binti Mohamed

Bertanggungjawab menyedia & memastikan sistem siaraya dalam dewan berfungsi dengan baik.

Bertanggungjawab mengambil gambar semasa program berlangsung.

J/Kuasa Peralatan & Keperluan DewanCg. Zakaria Bin RajuliCg Mohd Syafiq Bin Abdul Aziz

Bertanggungjawab menyediakan tempat para pelajar & jemputan dalam dewan.

Menyediakan segala peralatan yang diperlukan sepanjang perjalanan program seperti komputer riba & LCD dikawal selenggara dengan baik.

J/Kuasa Lawatan** Semua Guru Ting. 1

** Guru Perpustakaan

** Guru ICT

** Guru Sains Ting. 1

** Guru KH Ting. 1 Bertanggungjawabkan mengesahkan waktu & memastikan setiap tempat yang dilawati dikawal selia oleh guru berkenaan.

Bertanggungjawab mengiringi & memastikan pergerakan para pelajar ke tempat yang sepatutnya.

Bertanggungjawab memberikan maklumat & bantuan yang diperlukan oleh para pelajar.

J/Kuasa Pendaftaran** Semua Guru Ting. 1

** Guru SPBT

** Guru Badan Beruniform/Kelab/Persatuan/Sukan/

Rumah Sukan Bertanggungjawab memberikan segala bentuk bantuan yang bersesuaian dengan bidang masing-masing kepada para pelajar (Cth : mendaftar pelajar kelas, mengutip yuran sekolah dsb).

J/Kuasa Latar Belakang PentasCg. Hafiza Hartini Binti Halimi

Cg. Maria Bin Bakri

Bertanggungjawab menyediakan latar belakang program di atas pentas dewan.

J/Kuasa Latihan & Gerak KerjaCg. Mohd Fahmi Bin Azizullah

Cg. Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz

Cg. Mohd Rashyid Bin Mohd Jai Bertanggungjawab mengelolakan slot nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor & lagu sekolah.

Bertanggungjawab sebagai guru yang ditugaskan untuk berada dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

PENUTUP

Pada akhir aktiviti ini, diharapkan dengan terlaksananya program ini, ia mampu memberi input yang sewajarnya bagi membantu kelompok pelajar sasaran tingkatan 1 dan tingkatan 4 agar dapat melakukan penyesuaian diri terhadap persekitaran pembelajaran dan menyedari perbezaan yang mungkin ada di antara alam sekolah rendah dengan alam sekolah menengah. Bukan itu sahaja, diharapkan setiap ahli kumpulan dapat membina ukhuwah yang lebih erat untuk membina jalinan yang positif di antara satu sama lain. Demikian juga, setiap ahli dapat memupuk sikap kerjasama, saling bantu-membantu dan bertolak ansur baik dari segi pembelajaran atau pun aktiviti luar kelas.

Sehubungan dengan itu, setiap ahli kumpulan dapat memupuk semangat perpaduan dalam kumpulan dan saling bergantung antara satu sama lain. Sememangnya penting untuk semua ahli mewujudkan satu kumpulan yang berjaya dan dinamik. Sekaligus, perhubungan di antara ahli akan menjadi lebih baik, mesra dan harmoni. Apa yang lebih penting, mereka diharapkan dapat menerima perubahan itu sebagai satu usaha untuk memajukan diri dalam satu fasa yang lebih tinggi berbanding dahulunya.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh,.............................

Ustazah Siti Rohaya Bte Tumiran

Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMA Parit Sulong

Disemak oleh,

.............................

Ustaz Fatchurozi Bin Tukimon

GPK Kurikulum

SMA Parit Sulong

Diluluskan,................................

Ustaz Mohd Fauziy B. Mohd Ishak.

Pengetua

SMA Parit Sulong

JADUAL PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2015SMA PARIT SULONG12 -14 JANUARI 2015(Tentatif Program Dan Maklumat Pengelola)12 JANUARI 2015 ( ISNIN )

MASAAKTIVITITINDAKAN

7.15 8.10 pgPerhimpunan Rasmi SekolahSemua Guru

8.10 8.50 pgTaklimat Penyelaras Program

EnergizerCg. Siti Rohaya Bte Tumiran

8.50 9.00 pgSemakan Kehadiran PelajarGuru Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

9.00 10.00 pgUcapan Aluan Pengetua SMA Parit SulongEn Mohd Fauziy Bin Mohd Ishak

10.00 10.30 pgREHAT

10.30 11.10 pgCeramah : Pengenalan Kepada SMAPSCg. Zakaria Bin Rajuli

11.10 12.10 pgLDK 1 : Ice Breaking (Gabung Dengan Pelajar Ting. 4)Fasilitator(Cg Siti Rohaya Bte Tumiran)

12.10 1.10 t/hrTaklimat SPBT dan Pembahagian Buku Teks

(Gabung Dengan Pelajar Ting. 4)Cg. Mahyudi Bin Kaban

Cg. Siti Rohayu Binti Hamid

1.10 2.30 ptgLatihan & Gerak Kerja : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor & Lagu Sekolah Cg. Mohd Fahmi Bin Azizullah

Cg. Mohd Rashyid Bin Mohd Jai

Cg. Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz

13 JANUARI 2015 ( SELASA )

MASAAKTIVITITINDAKAN

7.30 8.O0 pgAmbil Kehadiran PelajarGuru Tingkatan 1

8.00 8.15 pgLDK 2 : Team BuildingFasilitator

8.15 8.50 pgTaklimat Kurikulum/AkademikEn. Fatchurozi Bin Tukimon.

8.50 9.30 pgTaklimat HEM/DisiplinCik Salina Binti Rahmat

9.30 10.10 pgPengenalan Unit Bimbingan Dan KaunselingSiti Rohaya Bte Tumiran

10.10 10.30 pgREHAT

10.30 11.10 pgTaklimat Kokurikulum

Pembahagian Unit BeruniformCik Nadia Binti Mohd Nasir

11.10 12.00 t/hr

12.00 2.30 pmLDK 3 : Pemikiran Kritis.

14 JANUARI 2015 ( JUMAAT )

MASAAKTIVITITINDAKAN

7.30 8.10 pg Ambil Kehadiran PelajarSemua Guru

8.10 9.00 pgTaklimat PeperiksaanCg. Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz

9.00 10.00 pgLawatan Ke Sekitar Kawasan SekolahGuru Tingkatan 1, Guru ICT, Guru Pusat Sumber, Guru Makmal Sains, Guru Bengkel KH & GBK

10.00 10.30 pgREHAT

10.30 11.30 t/hrLDK 4: Kenali Warga SekolahCg Rohaya Bte Tumiran

Cg Mohd Syafiq Bin Md Noh

Pengawas SMAPS

11.30 12.30 ptgMajlis Penutup dan Penyampaian HadiahGuru Tingkatan,

Jawatankuasa Induk

12.30 2.30 ptgPelajar Masuk Ke Kelas Masing-MasingGuru Tingkatan,

Guru Mata Pelajaran

Nota :

1. Kerjasama daripada semua guru yang berkenaan adalah sangat diharapkan.

2. Sebarang perubahan jadual adalah bergantung kepada keadaan semasa yang memerlukan pindaan dibuat.

3. Semoga segala perancangan aktiviti yang direncanakan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Disahkan oleh,

.......................................................

ANGGARAN PERBELANJAANBIL.KATEGORIKUANTITIJUMLAH

1Latihan Dalam Kumpulan : Uji Minda RM 40.00 x 1

RM 35.00 x 1

RM 25.00 x 1RM 40.00

RM 35.00

RM 25.00

2Latihan Dalam Kumpulan : Sekolah HarapanRM 40.00 x 1

RM 35.00 x 1

RM 25.00 x 1RM 40.00

RM 35.00

RM 25.00

3Latihan Dalam Kumpulan Kenali Warga SekolahRM 40.00 x 1

RM 35.00 x 1

RM 25.00 x 1

Rm 20.00 x 1

Rm 15.00 x 1RM 40.00

RM 35.00

RM 25.00

Rm 20.00

Rm 15.00

4Makanan Pelajar bagi majlis penutupNasi Ayam = Rm 4.00

Air = Rm 1.00

90 orang x Rm 5RM 450.00

5Kertas MahjongRm 0.60 x 50 Rm 30.00

6Sijil1 IkatRm 35.00

7Kontigensi ( Wang Kecemasan)RM 50.00

JUMLAH KESELURUHANRM 900.00

Sumber Peruntukan Diperolehi

1. Sekolah

- Rm 900.00

LDK 1 (ICE BREAKING)

Aktiviti 1:Planet Animal

Objektif

1) Membina perhubungan awal dan mengikis perasaan malu di kalangan para pelajar.

2) Meningkatkan keyakinan, keberanian dan kecekalan pelajar dalam menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan.

3) Mendedahkan para pelajar untuk menyesuaikan diri dalam situasi dan suasana yang

baru.

4) Mendedahkan pengalaman yang baru kepada pelajar untuk mempelajari mengenai

kehidupan dan cara membina perhubungan bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Pelaksanaan Aktiviti

1) Dalam satu kotak, fasilitator akan mengedarkan nama-nama binatang kepada setiap peserta untuk dipilih.

2) Setiap peserta akan membentuk kumpulan seramai 10 orang ahli mengikut nama-nama jenis binatang yang diberi.

3) Setiap ahli kelompok perlu menggunakan sebarang bunyi berdasarkan jenis binatang yang telah diperolehi.

4) Ahli kelompok tidak dibenarkan untuk mengeluarkan perkataan bagi berkomunikasi dengan ahli lain.

5) Peserta diberi masa selama 15 minit untuk membentuk kumpulan masing-masing.

Falsafah dan Pengajaran Modul

1) Dalam kehidupan, penyesuaian diri penting bagi kita menjalani kehidupan yang lebih

terancang dan teratur.

2) Keyakinan, kecekalan dan keberanian menghadapi segala cabaran dan rintangan

perlu dimiliki dalam diri setiap individu.

3) Setiap individu perlu bersedia dalam menghadapi pelbagai kemungkinan yang tidak

dijangka dalam kehidupan sama ada dari segi jasmani, rohani dan mental.Aktiviti 2:Nama BertaliMatlamat:Semua peserta dapat mengenali nama ahli kumpulan

Objektif:1.Berkenalan antara sesama ahli serta menghapuskan

halangan antara peribadi

2. Mewujudkan kemesraan antara peserta

3. Melihat penyertaan peserta

4. Menguji daya ingatan

Masa

:30 minit

Peralatan:Tiada peralatan diperlukan

Pelaksanaan Aktiviti:

a) Para peserta akan membuat bulatan mengikut kumpulan masing-masing

b) Fasilitator akan memulakan aktiviti dengan memperkenalkan diri secara ringkas, selepas itu fasi akan memperkenalkan nama panggilan beserta tema bunga sebagai contoh, Mohamad diikuti dengan matahari. (Mohamad, matahari).

c) Peserta pertama akan menyebut nama fasi iaitu Mohamad, matahari. Peserta pertama kemudiannya akan memperkenalkan diri secara ringkas dan menyebut nama panggilan sebagai contoh, Laila diikuti dengan lili. (Laila, lili).

d) Peserta kedua akan menyebut nama fasi iaitu Mohamad, matahari diikuti peserta pertama laila, lili dan memeperkenalkan dirinya secara ringkas diikuti nama panggilan beliau. Contohnya, Ruby diikuti ros. ( Ruby, ros).

e) Peserta seterunya akan melakukan perkara yang sama seperti peserta-peserta lain.

f) Setelah semua peserta selesai menyebut nama peserta lain beserta temanya, perserta pertama iaitu fasi akan menyebut kesemua nama peserta yang terdapat dalam kumpulannya.

Tema

:Tema bagi aktiviti ini boleh diubah mengikut kesukaan ahli seperti

nama makanan, nama binatang dan sebagainya.

Rumusan:Aktiviti ini menjelaskan kepada peserta bahawa pentingnya

mengenali sesama rakan dan memupuk semangat setiakawan

terutama apabila berjauhan dengan keluarga.

Aktiviti 3:Untaian kasih1.1 Objektif

Pelajar dapat berkenalan diantara satu sama lain

Peserta dapat mengenali rakan-rakan yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

Peserta dapat mempelajari dan menguasai kemahiran berkomunikasi dengan ahli yang baru mereka kenali.

Peserta dapat mengenal rakan baru dengan cepat dan mudah bergaul dan membina keyakinan diri.

1.2 Kaedah

Sumbang saran

Lakonan

Kaedah ekspresi muka

Kaedah pemikiran

1.3 Alat Atau Bahan

Kad manila

Kad manila akan di potong sederhana kecil kemudian setiap kad yang dipotong tersebut akan di tulis dengan watak-watak mengikut pasangan. Contoh watak yang sesuai di gunakan seperti di lampiran A

1.4 Masa Yang Di Peruntukkan

Aktiviti yang ingin yang ingin dijalankan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit termasuk arahan yang akan di berikan oleh pengendali aktiviti.

Perlaksanaan Aktiviti

Kad nama yang mengandungi watak (bersama nama pasangan) diedarkan kepada semua ahli setiap satu.

Contoh : pelajar guru

Pelajar diminta bergerak di kawasan lapang dengan kedudukan yang selesa.

Kemudian pelajar diberitahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai pasangan masing-masing dalam kumpulan tersebut.

Pelajar diminta mencari pasangan masing-masing secara berkias atau menggunakan perkataan atau ayat yang sesuai untuk menerangkan tokoh atau watak yang mereka dapat pada kad nama. Sebagai contoh saya pergi ke sekolah untuk mendidik

Pelajar diberi arahan untuk mencari pasangan mereka dengan cara mereka sendiri.

Apabila mereka menemui pasangan masing-masing mereka dikehendaki duduk dengan pasangan masing-masing dan berkenalan sesama mereka.

Pasangan yang ada dipilih secara rawak dan dikehendaki melakonkan watak atau tokoh yang mereka dapat pada kad nama. Dalam lakonan tersebut perlu menyebut nama dan maklumat tentang diri mereka sebagai pengenalan diri.

Contoh: Cikgu joyah, cikgu joyah, oooo bedah, kenapa? Kamu datang dari mana ?

1.5 Falsafah Dan Pengajaran Modul

Untuk membolehkan ahli kumpulan berkenalan antara satu sama lain.

Melahirkan situasi yang harmoni.

Mengeratkan hubungan diantara ahli .

Melahirkan peserta yang berani untuk berhadapan dengan orang ramai.

Mengurangkan perasaan malu yang tidak bertempat bagi individu yang mahu memulakan interaksi dengan orang lain.

SANTAPAN KEROHANIAN 1Aktiviti : Wal Asri/ Demi Masa

Masa : 45 minit

Alatan : Kaset lagu / nasyid Demi Masa Kumpulan Raihan.

Objektif :

1. Supaya peserta dapat menghargai dan mengurus masa depan sebaik mungkin.

2. Supaya peserta dapat memanfaatkan masa yang ada ketika masih muda untuk bekal hari tua.

Pelaksanaan Aktiviti:

1. Peserta berkumpul di surau / dewan.

2. Kuliah dimulakan dengan membaca Ummul Kitab ( Surah AlFatihah).

3. Penceramah menyampaikan kuliah selama 30 minit.

4. Peserta diberi peluang bersoal jawab selama 10 minit.

5. Penceramah merumuskan secara ringkas isi-isi ceramah yang telah disampaikan.

6. Kuliah ditangguhkan dengan membaca Tasbih Kiffarah dan Surah AlAsr.

Falsafah:

1. Masa itu adalah kehidupan.

2. Masa itu seperti mata pedang (maksud Hadis)

3. Rebutlah 5 masa sebelum tiba 5 masa (maksud Hadis)

DEMI MASA

Demi masa

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan yang beriman

Dan yang beramal soleh

Aaaaa..Aaaaa..Aaaaa.

Demi masa

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan yang memberi nasihat

Kepada kebenaran dan kesabaran

Aaaaa..Aaaaa..Aaaaa.

Gunakan kesempatan yang masih diberi (c/o)

Moga kita tak menyesal

Masa usia kita

Jangan disia-siakan

Kerana ia takkan kembali.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

C/O ulang 2x

LDK 2

AKTIVITI:SEKOLAHKU SYURGAKU

Sinopsis :

Dalam modul ini terdapat dua aktiviti yang dapat memupuk semangat dikalangan pelajar tingkatan 4 agar menyayangi sekolah baru mereka daripada melakukan kerosakan seperti vendalsime. Di samping itu juga pelajar dapat membentuk perasaan hormat menghormati dan menjadikan kawan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti yang boleh membawa kepada kebaikan pelajar seperti belajar berkumpulan dan berusaha untuk menjaga nama sekolah dan kebersihan sekolah.

Objektif :

a) Mewujudkan rasa sayang terhadap sekolah.

b) Menjadikan sekolah sebagai tempat menuntut ilmu yang sebenar.

c) Hormat menghormati antara rakan-rakan, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Kaedah Perlaksanaan

a) Pembahagian kumpulan mengikut jumlah pelajar

b) Memberikan situasi

c) Pelajar melukis

d) Pembentangan

PERALATAN

a) Kertas lukisan

b) Pensel

MASA : 2 jam.

Pelaksanaan Aktiviti

Langkah 1 : Pelajar diberikan situasi, jika sekolah mengalami banjir yang menenggelamkan keseluruhan sekolah dan apabila air surut didapati hanya tinggal kelas yang kosong tanpa meja dan kerusi, yang ada hanya sampah sarap.

Langkah 2 :Dalam kumpulan, pelajar diminta menyenaraikan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membersihkan kawasan sekolah seperti asal.

Langkah 3 :Pelajar perlu melukis keadaan sekolah yang baru dalam kertas lukisan yang diedarkan setelah melakukan kerja-kerja pembersihan dan proses mencantikkan kembali persekitaran sekolah tersebut.

Langkah 3 :Setiap kumpulan perlu memfokuskan untuk memperbaiki kawasan sekolah yang mana terlebih dahulu dengan memberi alasan yang kukuh.

Langkah 4 :Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.

Langkah 5 :Fasilitator akan menerangkan objektif, falsafah dan penerangan terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

Falsafah Dan Pengajaran Modul

a) Sekolah adalah tempat yang paling berjasa kerana memberikan ilmu kepada pelajar.

b) Semua pelajar bertanggungjawab di atas segala musibbah yang berlaku terhadap sekolah. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menjadikan sekolah kembali kepada keadaan asal ataupun tampil dengan lebih indah lagi.

c) Menyayangi sekolah adalah perasaan yang perlu disemai di dalam hati setiap pelajar.

d) Peralatan sekolah perlu dijaga bersama kerana akan digunakan oleh pelajar lain yang akan belajar di sekolah kelak.

LDK 3 ( CABARAN DIRI )

Aktiviti 1:Titian Maut/ Acid River

Masa

: 1 jam 30 minit

Alat

: i. Kertas

Objektif: i)Memupuk semangat kerja dalam kumpulan.

ii)Menekankan kepentingan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap.

Pelaksanaan aktiviti:

1) Setiap kumpulan akan diberikan pelampung iaitu 2 keping kertas kajang dan

tiada bahan lain.

2) Di atas tanah, anda akan mendapat 3 garisan terlukis berjauhan antara satu

sama lain. Di antara tiga garisan tersebut adalah Sungai Asid. Sesiapa yang

terpijak, tersentuh atau terjatuh ke dalam sungai (tanah) akan mati di bakar

asid.

3) Garisan di awal permulaan di kenali sebagai Tebing Mula, garisan di tengah

tengah di kenali sebagai Pelantar dan garisan terakhir dikenali sebagai Tebing

Seberang.

Garisan 1

Garisan 2

Garisan 3

(Tebing mula) (pelantar) (TebingSeberang)

Permulaan Tamat

Pra-Syarat Titian Maut

1. Dengan menggunakan pelampung 2 kertas kajang, pasukan anda ditugaskan untuk menyeberangi Sungai Asid tersebut. Mulakan di Tebing Mula.2. Sungai asid tidak boleh dipijak dengan kaki atau disentuh dengan mana-mana bahagian badan oleh sesiapa ahli kumpulan anda. Jika sesiapa terpijak atau tersentuh, kesemua ahli dalam kumpulan mesti patah balik ke tebing mula dan memulakan semula latihan.3. Tiada ahli kumpulan yang boleh melewati Pelantar jika ada lagi ahli kumpulan yang belum melewati Tebing Mula.4. Jika ada ahli yang mati di antara Tebing Mula dan Pelantar, keseluruhan kumpulan hendaklah bermula di Tebing Mula. Tetapi jika ada ahli yang mati di antara Pelantar dan Tebing Seberang di mana semua ahli telah melewati Pelantar, kumpulan tersebut boleh bermula di Pelantar. Bagaimanapun, jika ada di antara ahli yang belum melewati Pelantar, maka keseluruhan kumpulan itu perlu memulakan semula latihan dari Tebing Mula.SELAMAT MENYEBERANG

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

AKTIVITI 2

:SEKOLAH HARAPANSEKOLAH IMPIANKU

Masa :1 JAM

Objekif :

1. Membolehkan pelajar membuat sesuatu yang kreatif dan inovaif

2. Dapat menggunakan idea-idea bersama dalam kumpulan

3. Membentuk semangat kerjasama yang baik dalam kumpulan

4. Mampu menggunakan keistimewaan dan kelebihan diri untuk membuat sesuatu perkara

5. Menguji kebijaksanaan peserta dalam menguruskan sesuatu perkara yang melibatkan wang.

Alat-alat : 1.Kertas mahjung

2.Pen/pensel/marker pen

3.Sekeping cek kertas bernilai RM5 juta

Pelaksanaan aktiviti :

1. Setiap kumpulan akan diberi cek bernilai RM5 juta oleh fasilitator

2. Fasilitator akan memberi arahan kepada setiap peserta supaya membina dan melukis sebuah sekolah harapan yang diimpikan oleh mereka menggunakan kertas mahjung yang telah diberikan

3. Sekolah yang dibina perlulah mengandungi carta organisasi, visi dan misi, logo, lagu sekolah dan etika sekolah

4. Setiap kumpulan akan diberi masa selama 20 minit untuk menyiapkannya

5. Selepas itu, wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka dan perlu menyatakan sebab kenapa anda memilih sekolah seperti ini?. Pembentangan setiap kumpulan selama 3 minit.

6. Fasilitator akan menilai setiap hasil kerja mereka dan kumpulan yang dapat membentuk sekolah yang baik serta menarik akan dikira sebagai pemenang

7. Pemenang akan diberikan saguhatiFalsafah :

Setiap manusia mempunyai potensi diri yang berbeza-beza

Berani mencuba perkara dan peluang yang ada dalam kehidupan

Berusaha untuk membuktikan kelebihan yang ada pada diri sendiri

Setiap manusia mampu untuk menguruskan kehidupannya sama ada dari segi tenaga, masa dan wang

Berusaha untuk mencapai impian yang diingini walaupun pelbagai halangan

Manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang diingini bersama

Membuktikan bahawa manusia suka kepada sesuatu yang baru dan unik.

LDK 4 (UJI IQ DAN MINDA)

AKTIVITI 1:

KRISIS 911

Objektif

Menjana pemikiran keratif dan kritis Meningkatkan keupayaan berfikir

Peralatan

Polistirena, tiga bekas minuman air mineral 500ml, kotak kosong, kertas warna, pewarna dan jam loceng.

Kaedah permainan

Satu bom yang dicipta akan meletup dalam tempoh masa 8 saat. Diluar bahagian bom itu ditutupi dengan satu kotak keselamatan yang berkod. Bagi menghentikan timer bom itu, pelajar terpaksa membuka kotak keselamatan dengan menyelesaikan masalah matematik seperti yang berikut.

16

1

Dengan syarat, mengisi setiap kotak petak kosong dengan nombor 1 sehingga 16 tanpa mengulangnya dan jumlah hasil tambah setiap lajur, baris dan pepenjurunya adalah bernilai 34.

Selepas membuka kotak keselamatan itu, pelajar akan dapat melihat bom itu. Bagi mengelakkan bom itu daripada meletup, pelajar terpaksa menyelesaikan satu masalah lagi iaitu mengisi air sebanyak 400ml ke dalam bekas yang terdapat pada bom tersebut. Dengan syarat bahawa isipadu air tersebut haruslah tepat 400ml, tidak boleh lebih atau kurang daripada 1ml pun. Kalau tidak memenuhi syarat tersebut, bom tetap akan meletup. Di samping itu, air yang hendak dituangkan ke dalam bekas haruslah dapat melalui kaedah-kaedah berikut :

Terdapat 3 buah bekas lain, masing-masing dengan muatan isipadu sebanyak 800ml, 500ml, dan 300ml. Bekas 800ml dipenuhi dengan air manakala bekas 500ml dan 300ml adalah kosong. Pelajar dikehendaki mendapatkan tepat 400ml dalam salah satu bekas itu. Bagaimana pelajar melakukan tugas ini dengan mencurahkan air ke dalam bekas di antara satu sama lain dengan syarat tiada alat bantuan penyukat digunakan dan kaedah penganggaran tidak dibenarkan.

Bekas bermuatan 800ml bekas bermuatan 500ml bekas bermuatan 300ml

Aktiviti 2:

Uji IQ Saudara

Objektif permainan

Menduga akal individu dalam mencari jalan penyelesaian masalah.

Peralatan

Transparensi

Pen

Peraturan atau kaedah permainan

Permainan teka teki

Dalam permainan ini, terdapat persoalan yang perlu diselesaikan oleh pelajar iaitu :

Terdapat 3 orang pengembara yang ingin menyeberang sebatang sungai. Bersama mereka terdapat juga 3 orang kanibal. Dalam kes itu, kanibal itu akan memakan pengembara ini sekiranya pengembara yang berada bersama mereka adalah kurang daripada bilangan mereka.

Bagi menyeberang sungai itu, terdapat sebuah sampan yang boleh dinaiki oleh 3 orang penumpang iaitu maksimum yang boleh dinaiki oleh penumpang. Oleh itu, fikirkan bagaimanakah cara pengembara-pengembara itu menyeberang sungai itu dengan selamat.

Dots

Kaedah permainan

Di dalam permainan dots, sebanyak 9 titik (3 baris dan 3 lajur) disediakan di mana salah seorang pelajar dalam kumpulan dikehendaki melakarkan 4 garisan lurus diatas kesembilan titik-titik ini tanpa mengangkat pen atau pensel semasa menggariskannya.

Peraturan

Pelajar tidak dibenarkan sesekali mengangkat pen atau pensel semasa menggariskan titik-titik.

Kesemua 9 titik mestilah digariskan dengan hanya menggunakan 4 garisan lurus.

Ms

Keadah permainan

Pelajar akan diberikan rajah huruf M di mana pelajar perlu membina 9 bentuk segi tiga dengan menggariskan 3 garisan lurus di atas huruf M

Peraturan

Pelajar hanya perlu membuat 3 garisan lurus sahaja di atas huruf M.

Bentuk segi tiga hanya dikira di dalam kawasan huruf M.

Aktiviti 3:

Lembut Lidah

Objektif

Menguji tahap memori setiap pelajar dan cara mereka meghafal sebuah cerita yang mengelirukan.

Melihat cara peserta menyampaikan cerita itu kepada ahli kumpulan masing-masing.

Menilai sejauh mana ketepatan cerita yang disampikan.

Menyedarkan pelajar, sejarah yang disampaikan secara lisan tidak semestinya tepat.

Membuatkan pelajar merasa seronok mengambil bahagian.

Peraturan permainan:

Dalam setiap pusingan, hanya pelajar sebelumnya sahaja yang boleh menyampaikan cerita kepada yang seterusnya, contohnya pelajar pertama dilarang membantu pelajar kedua menyampaikan cerita kepada pelajar ketiga dan begitu seterusnya.

Cerita ini hanya boleh disampaikan secara lisan. Sebarang bentuk penulisan dilarang sama sekali.

Langkah-langkah:

Pelajar akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dan mengandungi beberapa orang ahli.

Setiap ahli dalam kumpulan tadi diminta untuk duduk dalam satu barisan dengan jarak yang ditentukan oleh fasilitator.

Pelajar pertama dalam kumpulan tadi akan diberikan sekeping kertas yang mengandungi sebuah cerita yang mengelirukan. Pelajar diberikan 3 minit menghafal cerita itu dan kemudian kertas itu akan diambil semula.

Pelajar pertama dikehendaki menyampaikan cerita itu secara lisan dalam masa 30 saat kepada pelajar kedua yang berada di belakangnya tadi. Pelajar kedua akan diberi masa 30 saat untuk menghafal cerita tersebut. Seterusnya pelajar kedua akan menyampaikan kepada pelajar ketiga dalam masa 30 saat juga. Pusingan ini berlanjutan sehingga ke peserta akhir .

Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mengulang sebanyak dua kali sahaja ketika menyampaikan cerita tadi.

Pelajar terakhir akan menyampaikan cerita itu.

Cerita yang akan disampaikan oleh peserta ialah:

Ah Ling ke Perling melalui Second Link. Ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan terlanggar tenggiling. Lalu terjatuh terguling-guling. Rupa-rupanya dia juling.

Aktiviti 4:

Duga Akal

Objektif Permainan:

Menguji sejauh mana kepintaran IQ pelajar dan kepantasan otak berfikir

Menguji pemikiran secara kreatif atau kreatis.

Peralatan:

3 batang penyedut minuman

Kaedah permainan 1:

Sediakan 3 batang penyedut minuman yang tidak digunakan.

Bina 4 segi tiga dalam bentuk 3 dimensi dengan hanya menggunakan 3 batang penyedut minuman sahaja. Dilihat dari pelbagai perspektif.

Kaedah permainan 2:

Mendengar lalu memikirkan satu jawapan bagi soalan duga akal yang berikut:

Ada seorang pelayar ingin mengangkut 3 barang dari kawasan A ke kawasan B di mana kawasan A dan kawasan B dipisahkan oleh sebatang sungai. 3 barang itu ialah:

i. harimau

ii. kambing

iii. sayur

setiap kali mengangkut, pelayar itu hanya boleh membawa sejenis barang, tetapi dia mesti mematuhi syarat yang dinyatakan berikut semasa pengangkutan:

i. kambing dimakan oleh harimau kerana kambing makanan harimau.

ii. sayur dimakan oleh kambing kerana sayur makanan kambing.

Saudara harus menolong pelayar itu memikirkan barang apa yang patut diangkut dahulu dan berikan aalasan kepada jawapan itu.

Aktiviti 5:

UJI MINDA

Objektif permainan:

Menguji tahap pemikiran seseorang individu berfikir dengan lebih kreatif dan proaktif dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta tidak membataskan pemikirannya pada satu tahap pemikiran yang jumud dan kolot.

Peraturan atau kaedah permainan:

Soalan 1

Dengan menggunakan sebatang pen, lukiskan sebuah bulatan dengan titik di tengahnya pada sekeping kertas seperti rajah di bawah tanpa mengangkat pen saudara.

Rajah 1

Soalan 2

Lukiskan sembilan kotak segi empat seperti rajah 2 dan isi setiap petak dengan nombor 1 sehingga 9 di mana hasil tambah setiap petak mendatar, menegak dan penjuru adalah bersamaan dengan 15.

15

15 15 15 15

Rajah 2

Soalan 3

Terdapat 10 buah kantung wang emas di mana 9 kantung adalah wang emas tulen manakala 1 kantung lagi adalah wang emas palsu. Berat wang emas tulen adalah 10g setiap kepingan manakala berat wang emas palsu adalah 9g setiap kepingan. Berapa kalikah perlu ditimbang bagi mengetahui kantung mana yang berisi wang emas palsu?

Soalan 4

Bagaimana 100 orang hendak memegang sebatang anak mancis secara serentak?

Aktiviti 6:Menang, Kalah ataupun Seri

Objektif permainan:

Bagi melahirkan pelajar yang kreatif dalam menyampaikan idea dan mencungkil bakat melukis para pelajar.

Membentuk semanagat kerjasama dan berpasukan di antara ahli kumpulan.

Menjadikan pelajar kritis dengan apa yang diberikan supaya diadaptasi.

Kaedah permainan:

Individu dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil. Kad-kad akan diberikan kepada wakil kumpulan yang mengkehendakinya melukis berdasarkan apa yang tertera pada kad itu. Manakala ahli kumpulannya meneka perkataan yang cuba disampaikan oleh wakil kumpulan mereka. Setiap kumpulan diberikan tempoh masa tertentu sehinggalah kesemua kad itu berjaya diselesaikan.

Kad permainan dikategorikan kepada 3 spesifikasi iaitu:

i. benda

ii. tumbuhan

iii. pekerjaan

setiap kategori disediakan tujuh kad yang mengandungi perkataan yang berbeza-beza mengikut kategori yang diberikan.

Individu yang dipilih bagi mewakili kumpulannya perlu memilih satu sahaja kad daripada tiga kategori itu.

Penyampaian hanyalah berbentuk lakaran sahaja dan tidak dibenarkan menulis sebarang perkataan, jika tidak giliran individu itu dibatalkan.

JAWAPAN UJI IQ DAN MINDA

AKTIVITI 1:KRISIS 911

Masalah 1

162313

511108

97612

414151

Masalah 2

Bekas 800mlBekas 500mlBekas 300ml

Asal80000

Tuangan 13005000

Tuangan 2300200300

Tuangan 36002000

Tuangan 46000200

Tuangan 5100500200

Tuangan 6100400300

Tuangan 74004000

AKTIVITI 2 :

UJI IQ SAUDARA

langkah 1

Langkah 2

langkah 3

langkah 4

langkah 5Langkah 6

Langkah 7

DOTS

MS

AKTIVITI 3:

LEMBUT LIDAH

Jawapan kepada aktiviti ini adalah ketepatan sesebuah cerita yang disampaikan secara lisan oleh seorang kepada seorang yang lain tanpa sebarang bukti bertulis

AKTIVITI 4:

DUGA AKALPermainan 1

Permainan 2

Pelayar patut mengangkut kambing dari kawasan A ke kawasan B dahulu. Selepas itu, pelayar balik ke kawasan A bagi mengangkut sayur ke kawasan B. Pada masa itu, di kawasan B ada kambing dan sayur, kambing akan makan sayur itu. Oleh itu, sebelum pelayar ke kawasan A, dia perlu mengangkut kambing itu ke kawasan A semula. Kemudian kambing diangkut balik ke kawasan A semula dan ditinggalkan di situ dahulu. Harimau pula diangkut ke kawasan B. Pada masa itu, kawasan B sudah terdapat harimau dan sayur. Akhirnya pelayar balik ke kawasan A sekali lagi untuk mengangkut bagi kali terakhir iaitu mengangkut kambing itu. Apabila kambing diangkut ke kawasan B semula, maka habislah pengangkutan 3 barang itu dengan memenuhi syarat yang dinyatakan.

AKTIVITI 5:

UJI MINDA

Soalan 1

Lipat penjuru kertas itu dan lukis bulatan bermula dari titiknya di atas pertembungan antara lipatan dengan kertas dan terus lukis bulatan di atas lipatan. Apabila garis bulatan memasuki ruangan kertas buka lipatan dan terus lukis bulat serta sambungkan garisan bulatan yang terputus, lihat rajah:

Soalan 2 276

95 1

438

Soalan 3

Jawapannya adalah hanya sekali. Mula-mula labelkan setiap kantung dengan nombor 1 hingga 10. Ambil wang emas itu mengikut label pada kantung iaitu sekeping bagi kantung yang berlabel1, dua keeping bagi kantung yang berlabel2 dan seterusnya. Campurkan wang emas itu dan timbang. Jumlah wang emas itu adalah 55 keping. Jika semuanya adalah wang emas yang tulen, maka berat yang dihasilkan adalah 550g. maka jika kantung berlabel 1 adalah wang emas yang palsu, maka beratnya akan kurang 1g daripada 550g dan jika kantung yang berlabel 2 adalah wang emas yang palsu, maka beratnya akan kurang 2g daripada 550g, begitulah seterusnya.

Soalan 4

Ambil anak mancis itu dan ikat dengan benang ataupun tali yang panjang. 100 orang perlu memegang benang ataupun tali itu. Secara tidak langsung, 100 orang memegang sebatang anak mancis itu dalam masa yang sama.

Aktiviti Menang, Kalah ataupun Seri

Kategori benda

lampu pendaflour

bingkai gambar

lampu gasoline

kereta kebal

tetikus

kereta solar

benang

kategori tumbuhan

tongkat ali

sesudu itik

pokok kelapa laut

pokok cempedak

jambu madu

pokok jagung

kacang panjang

kategori pekerjaan

angkasawan

askar

kontraktor rumah

pengawal keselamatan

pekebun sekolah

jurukamera

penjual air

SANTAPAN KEROHANIAN 1 (EKSPLORASI HATI)Aktiviti:TEMAN SEJATIMasa :45 minit

Alatan :VCD Koleksi terbaik Brothers- lagu Teman Sejati.

LCD dan skrin

Transperensi atau disket

T1: Peranan Sahabat

T2: Sifat-sifat sahabat yang baik

T3: Adab-adab bersahabat

OHP

Radio Kaset / VCD player

Objektif:

1. Peserta menyedari kepentingan memilih rakan yang baik

2. Peserta cuba menghayati sifat-sifat diri yang terpuji.

3. Peserta dapat memahami erti persahabatan.

Pelaksanaan Aktiviti :

1. Peserta berkumpul di dewan / surau

2. Pengerusi memulakan majlis dengan Al-Fatihah.

3. Peserta akan bersama-sama menyanyi lagu, Teman Sejati.

4. Penceramah mengulas seni kata lagu dan transperensi.

5. Penceramah merumus isu.

6. Majlis ditutup denga Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asri

Falsafah:

1. Untuk mendapat sahabat yang baik, peserta perlu terlebih dahulu menghayati sifat-sifat diri yang baik.

2. Persahabatan yang baik akan mendorong kearah kebaikan.

3. Persepakatan menuju kecemerlangan dan berkongsi kejayaan.

TEMAN SEJATI

Selama ini ku mencari-cari

Teman yang sejati

Buat menemani perjuangan suci

Bersyukur kini pada Mu Ilahi

Teman yang dicari selama ini

Telah kutemui

Dengannya di sisi

Perjuangan ini

Senang diharungi

Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada Mu Allah kupanjatkan doa (c/o)

Agar berkekalan

Kasih sayang kita

Kepada mu teman

Ku pohon sokongan

Pengorbanan dan pengertian

Telah ku ungkapkan segala-galanya.

Bersamalah kita

Semaikan persahabatan ini

Dengan keimanan

Teruskan perjuangan

Pengorbanan

Dan kesetiaan

Ulang C/O

LDK 6

AKTIVITI : Survival Hidup/Explorace

1.1Tema : Team Bulding

2.0Sasaran Modul: Pelajar tingkatan 4 (asrama penuh)

3.0Objektif Modul

3.1 Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.

3.2Untuk membentuk ahli pasukan yang ideal dalam pelbagai situasi.

3.3Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri dan ahli kumpulan.

4.0Falsafah atau Pengajaran yang diperoleh daripada Modul

4.1Melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi emosi, intelek, rohani,

jasmani dan berketrampilan.

4.2 Peserta dapat mewujudkan jalinan ukhuwah yang kukuh supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain.

4.3 Peserta dapat mengenali persekitaran sekolah dengan lebih baik lagi.

5.0Alat / Bahan yang digunakan

Pen/ pensil

Kertas A4

Sampul surat

Soletip

Borang soal selidik (barang amanah)

Kain putih

Marker pen

Kayu

Getah

Tupperware Bubur yang dicampurkan dengan serbuk kopi dan serbuk kari.

Air mineral

Tepung

Belon

Benang putih

6.0Masa yang Diperuntukkan

4 jam

7.0Sinopsis Ringkas

Modul ini mempunyai dua bahagian aktiviti iaitu :-

7.1LDK

7.2Explorace di sekitar sekolah.

7.1LDK

Peserta diberi taklimat oleh fasilitator mengenai perjalanan aktiviti ini.

Peserta dibekalkan dengan sekeping sampul surat di dalamnya mempunyai klu untuk klu yang pertama dan sampul surat misteri yang menjadi barang amanah kepada peserta iaitu sampul surat itu mestilah dijaga dengan baik hingga checkpoint yang terakhir.

Dalam setiap sampul surat, mempunyai klu dan soalan yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan.

Setiap ahli kumpulan diberikan kain putih, marker pen, kayu dan getah untuk membina bendera kumpulan. Setiap kumpulan juga, dibekalkan setiap orang satu tupperware yang berisi tepung dan di dalamnya mempunyai benang putih sebanyak sepuluh dan belon untuk kegunaan di check point seterusnya.

7.2

Explorace

Setiap kumpulan dikehendaki melalui 6 check point mengikut turutan dan diberikan 30 minit untuk menyelesaikan setiap klu di setiap check point.

Setiap check point akan dijaga oleh 2 @ 3 fasilitator untuk mengesahkan jawapan pada klu sebelumnya.

Fasilitator juga hendaklah menguji setiap kumpulan dengan meminta setiap ahli kumpulan berlakon, menyanyi, menjawab soalan dan sebagainya.

Jika ada kumpulan yang gagal untuk sampai di check point berikut pada masa yang ditetapkan, maka fasilitator berhak untuk memberi merit kepada kumpulan dengan memotong markah kumpulan tersebut.

Kriteria penilaian terhadap aktiviti ini ialah :

masa yang diambil setiap kumpulan.

jawapan yang betul.

kerjasama antara kumpulan.

Maka, kumpulan yang mempunyai kriteria di atas akan dikira sebagai pemenang.

8.0 Langkah-langkah perlaksanaan

Fasilitator hendaklah menyediakan 40 sampul surat yang mempunyai klu. Satu sampul surat akan diberikan kepada setiap kumpulan semasa LDK untuk tujuan mencari klu pertama yang diletakkan di sekitar sekolah seperti : Kumpulan 1, di kantin sekolah

Kumpulan 2, di pagar sekolah Kumpulan 3, di anjung ilmu sekolah Kumpulan 4, di pondok jaga sekolah Kumpulan 5, di taman herba sekolah Kumpulan 6, di bilik tingkatan 1 Kumpulan 7, di makmal sekolah Kumpulan 8, di pusat sumber sekolah Kumpulan 9, di surau sekolah Kumpulan 10, di perpustakaan sekolah Klu pertama mengenai struktur pentadbiran sekolah. Setiap kumpulan perlu mengisi borang struktur pentadbiran sekolah dengan lengkap. Kemudian, perlu dihantar kepada fasilitator yang menunggu di checkp oint pertama untuk disahkan jawapannya. Jika jawapan yang diberikan betul dan tepat, fasilitator tersebut perlu menyerahkan sampul surat yang terkandung klu ke dua.

Ada 2 klu dalam klu ke dua ini. Pertama, mengenai sejarah sekolah ditubuhkan. Peserta perlu mengisi tempat kosong di kertas yang diberikan dalam sampul surat, sebagai rujukan setiap kumpulan perlu merujuk papan tanda yang tertulis sejarah sekolah ditubuhkan di tempat perhimpunan pelajar. Klu ke 2 pula, selepas mengisi tempat kosong di kertas yang diberikan, peserta perlu mencari satu objek yang melambangkan kumpulan mereka. Selepas itu, peserta perlu bergerak ke check point 2.

Di check point 2 ini, dua orang fasilitator akan menunggu setiap kumpulan.

Fasilitator wajib untuk menguji setiap kumpulan dengan menyuruh kumpulan tersebut menyanyi, berlakon atau sebagainya. Jika, persembahan yang ditunjukkan memuaskan hati, maka fasilitator perlu menghadiakan klu yang ketiga.

Klu ketiga pula, ahli kumpulan perlu mencari jumlah papan tanda yang diletakkan di sekitar sekolah. Selepas menemui jawapannya, kumpulan tersebut perlu bergerak ke checkpoint ke 3 yang telah ditunggu oleh dua orang fasilitator.

Check point ketiga pula, fasilitator memberi bubur dalam tapeware dan dua botol air mineral sebagai makanan tengahari mereka. Seterusnya, kumpulan perlu bergerak ke check point seterusnya, di sana ada tiga orang fasilitator menunggu. Di check point ini, fasilitator membuat permainan kecil iaitu mencari benang putih di dalam tapeware yang berisi tepung. Markah akan diambil sekiranya setiap kumpulan berjaya mengeluarkan benang tersebut. Selepas itu, fasilitator memberi arahan kepada kumpulan untuk bergerak ke check point ke lima.

Di check point ke lima, ada dua orang fasilitator menunggu. Di sini, fasilitator membuat satu bentuk permainan iaitu mengisi air dalam belon, selepas itu setiap ahli perlu membaling belon tersebut ke dalam bakul yang disediakan. Markah akan diambil pada belon yang berjaya masuk ke dalam bakul tersebut. Kemudian, fasilitator memberi arahan kepada kumpulan untuk bergerak ke check point terakhir.

Di check point ini, fasilitator meminta semua ahli untuk menghabiskan bubur yang diberi tadi. Jika, dapat dihabiskan, fasilitator akan memberikan markah penuh kepada kumpulan tersebut dan setiap kumpulan perlu berkumpul di hadapan meja urusetia.

Akhir sekali, setiap kumpulan perlu menyerahkan borang jawapan yang telah dijawab. Manakala, barang amanah berupa borang soal selidik aktiviti perlu diisi oleh setiap ahli kumpulan dan perlu diserahkan kepada urusetia.

Selesai aktiviti, semua fasilitator hendaklah memeriksa borang jawapan setiap kumpulan untuk diberi markah dan untuk dijumlahkan dengan markah setiap permainan supaya dapat mengetahui pemenang dalam aktiviti ini. Rm 5.00

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

_

-

_

_

_

_

_

_

_

4