minggu orientasi sekolah (mos)

34
SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (A)Alatan fizikal Bahagian ini akan membantu pelajar untuk member fokus bagaimana persekitaran sekolah itu dibentuk Aktiviti 1 Data Sekolah Kebangsaan Titi Gantong (SKTG) Bilangan murid keseluruhan purata murid dalam kelas : Saiz kelas : 30X2 0 Bilangan bilik darjah : Bilangan guru : 1 Lelaki Perempua n 11 09 30 232 8

Upload: william-woods

Post on 11-Jun-2015

8.815 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(A)Alatan fizikal

Bahagian ini akan membantu pelajar untuk member fokus bagaimana persekitaran

sekolah itu dibentuk

Aktiviti 1

Data Sekolah Kebangsaan Titi Gantong (SKTG)

Bilangan murid keseluruhan :

purata murid dalam kelas :

Saiz kelas :

30X20

Bilangan bilik darjah :

Bilangan guru :

Nama Sekolah : Sekolah kebangsaan Titi Gantong,

Sg Limau 09100,

Baling Kedah.

Kedudukan Sekolah: Luar bandar

1

Lelaki Perempuan

11 09

30

232

8

Page 2: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Aktiviti 2

SUASANA BILIK DARJAH

Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap

kelas, jawab soalan berikut :

PELAN BILIK DARJAH (A) KELAS 1 CERDIK (PENDIDIKAN ISLAM)

2

X PAPAN TULIS PINTU

SUDUT BACAAN PINTU

ALMARI BAHAN PAPAN KENYATAAN

Meja Guru

Petunjuk:

Murid sederhana Murid Cerdas Murid Lemah

X Kerusi

Page 3: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

PENURUAAPELAN BILIK DARJAH (B) KELAS 2 cerdik (PENDIDIKAN ISLAM)

3

PINTU

PAPAN KENYATAAN

PINTU

PAPAN TULIS

MEJA GURU

SUDUT BACAAN

Petunjuk:

Murid Cerdas Murid Sederhana Murid Lemah X Kerusi

Page 4: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas

dan bagaimana ianya digunakan ?

Sumber asas papan tulis dihadapan kelas.Guru merancang dan bijak

mengunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di

papan tulis.

Sumber elektronik seperti radio,LCD digunakan pada permulaan pelajaran dalam

proses kemahiran mendengar dan bertutur.

-Guru memperdengarkan rakaman kepada murid-murid.

-Murid mendengar perkataan dengan baik dan dapat menyebut dan bertutur

perkataan tersebut.

Sumber bukan elektronik seperti kad imbasan dan kad suku kata.

-Guru mempamerkan kad imbasan serta menyebut perkataan yang tertera pada

kad imbasan tersebut.

-Murid mendegar serta mampu menyebut dengan betul.

-Guru membahagikan kepada empat kumpulan.

-Murid diminta membentuk kad suku kata supaya menjadi perkataan.

Sumber elektronik digunakan disudut pandang dengar di hadapan kelas dan

disimpan di pusat sumber selepas digunakan.

Sumber bukan elektronik digunakan di waktu pembelajaran dan dilekatkan di papan

kenyataan selepas tamat pembelajaran .Supaya murid boleh membuat rujukan

bahan bacaan.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?

Bahan-bahan bercetak seperti gambar,kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di

papan kenyataan Sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk

dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan murid untuk

menjalankan aktiviti tambahan sama ada dengan tanpa pengawasan guru.

4

Page 5: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak diletakkan di sudut bacaaan sebagai

bahan tambahan kepada buku teks dan menjadi bahan bacaan di waktu lapang.

Bahan elektronik seperti LCD yang digunakan di bawah kawalan guru di waktu

pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai bahan ransangan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

(3) Sejauh mana pengerakan murid dibenarkan?

Murid dapat bergerak bebas dibawah pengawalan guru.

Murid diberi tugasan, serta adakan permainan yang berkaitan dengan

pembelajaran mereka.

(4) Kenalpasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan?

Terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan didalam satu kumpulan.

Tidak dilebelkan murid cerdas,sederhana dan lembab.

Dibentuk berasakan aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada mereka.

Murid yang agak lemah dan nakal ditempatkan dibarisan hadapan kelas kerana

mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada guru serta proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

(5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?

Kelas Pertama Tahun 1 cerdik

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat

bantu mengajar yang sesuai dan teknik yang terbaik bagi menarik minat murid

untuk mengikuti pengajaran didalam kelas.

Kedudukan murid dalam kumpulan mengikut tahap pencapaian masing-

masing,supaya guru dapat menumpukan perhatian kepada murid yang lemah.

Keadaan didalam kelas agak kurang terkawal.

5

Page 6: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Kelas Kedua Tahun 2 cerdik

Kurang mempelbagaikan pengunaan alatan atau bahan bantu mengajar.

Kedudukan murid didalam kelas tidak mengikut tahap pencapaian dan kebolehan

mereka.

Kawalan didalam kelas agak baik.

(6) Apakah yang membuatkan ianya berbeza?

Perbezaan ini berlaku disebabkan

Cara penyampaian guru untuk menarik minat murid.

Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ABM, kad imbasan dan sebagainya

dapat membantu murid-murid dalam memahami dan mengikuti pelajaran yang

diberikan

Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran .

6

Page 7: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

(C)Peraturan dan Disiplin Sekolah

Aktiviti 3

1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah.

Perkara 1 : Kehadiran.

1.1 Tiap-tiap pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan.

1.2 Bagi pelajar-pelajar yang tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat

keterangan dari ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah akan menyiasat dan menulis surat

kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan.

1.3 Jika seseorang pelajar itu tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau

penjaganya mestilah menghantar surat-surat doktor kepada guru kelas berkenaan.

1.4 Pelajar-pelajar juga diwajibkan hadir untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum

yang berkenaan.

Perkara 2 : Kedatangan.

2.1 Pelajar tidak dibenarkan datang lewat. Pelajar-pelajar diwajibkan berada di dalam

sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.

2.2 Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan

tindakan disiplin

Perkara 3 : Perhimpunan.

3.1 Semasa perhimpunan sekolah, tiap-tiap pelajar diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar

hendaklah beratur mengikut kelas dan berjalan dengan teratur ke tempat perhimpunan. Di

tempat perhimpunan mereka hendaklah duduk berbaris mengikut kelas masing-masing

seperti yang ditetapkan.

3.2 Semua pelajar dikehendaki mengaminkan bacaan doa dan apabila menyanyikan lagu

kebangsaan NEGARA KU,lagu negeri kedah dan lagu sekolah berdiri dengan teratur dan

penuh semangat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menghormati lagu

kebangsaan dengan berdiri tegak apabila lagu ini dinyanyikan.

7

Page 8: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

3.3 Semua ucapan dan pengumuman yang dibuat, semua pelajar dikehendaki sentiasa

senyap dan memberikan perhatian.

3.4 Setelah perhimpunan selesai pelajar-pelajar mestilah berjalan kembali ke kelas

mengikut baris berpandukan kepada arahan pengawas.

Perkara 4 : Pakaian seragam.

4.1 Setiap pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan

semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian mestilah bersih dan kemas.

4.2 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian yang kemas dan seragam ini dari rumah,

dari awal waktu persekolahan sehingga pulang ke rumah.

4.3 Semasa diadakan pendidikan jasmani pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian

khas yang telah ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani.

Perkara 5 : Rambut dan kuku .

5.1 Pelajar-pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek

(bersikat).

5.2 Pelajar lelaki yang melanggar peraturan 5.1 akan dikenakan tindakan disiplin, iaitu

rambut pelajar berkenaan boleh dipotong oleh guru disiplin.

5.3 Pelajar-pelajar perempuan dinasihatkan berambut pendek dan bertudung.

5.4 Pelajar-pelajar dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat

atau sebagainya.

Perkara 6 : Tatatertib & Kesopanan

6.1 Dalam Bilik Darjah

6.1.1 Tidak di benarkan buat bising,merayau tanpa tujuan serta mengganggu rakan-

rakan sekelas semasa ketiadaan guru dan lain-lain pelakuan yang boleh mengganggu

suasana.

6.1.2 Mesti patuh kepada arahan ketua kelas

6.13 Menjaga kebersihan kelas berdasarkan jadual bertugas yang di tetapkan.

6.14 Sentiasa beratur semasa keluar dari kelas untuk ke kelas lain dan waktu rehat

8

Page 9: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

6.15 Meminta kebenaran guru atau ketua darjah untuk keluar masuk kelas semasa

ketiadaan guru.

6.16 Memastikan semua kerusi di angkat ke atas meja sebelum pulang.

6.2 Waktu Rehat (kantin)

6.2.1 Berbaris semasa membeli makanan/minuman.

6.2.2 Makan dan minum dengan cermat.

6.2.3 Ikut arahan pengawas yang bertugas.

6.2.4 Jangan berlari-lari dan membuat bising di kantin

6.2.3 Apabila loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat, pelajar-pelajar

dikehendaki dengan segera masuk ke kelas masing-masing tanpa membuat bising.

6.3 Dalam Bilik Guru:

6.3.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan atau

kebenaran dari guru.

6.3.2 Mengambil apa-apa barang dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan guru

adalah satu kesalahan.

6.4 Dalam Bilik Pusat Sumber:

6.4.1 Bilik Perpustakaan adalah tempat bermutalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki

memelihara dan mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan

serta mematuhi arahan-arahan Pengawas Pusat Sumber bertugas.

6.5 Dalam Bilik Sains & Bengkel Kemahiran Hidup:

6.5.1 Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan di bilik-bilik tersebut,

sebagaimana yang telah ditetapkan.

6.5.2 Para pelajar dikehendaki beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak

masuk ke makmal sains atau bengkel selepas diarahkan oleh guru berkenaan. Pelajar-

pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa menuju ke tempat tersebut.

6.6 Persatuan / Kelab dan Unit Berpakaian Seragam:

9

Page 10: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

6.6.1 Para pelajar bertanggungjawab ke atas kejayaan sesuatu persatuan / pertubuhan

yang dianggotainya.

6.6.2 Para pelajar yang terlibat dengan aktiviti Persatuan Kelab / Pasukan Beruniform

mestilah hadir pada waktu yang ditetapkan.

6.6.3 Para pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti Persatuan / Kelab /

Pasukan Seragam sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah

berpakaian seragam yang lengkap.

6.7 Latihan / Permainan Untuk Rumah / Sekolah:

6.7.1 Para pelajar dikehendaki patuh kepada Persatuan atau arahan guru yang

bertanggungjawab mengenai latihan / permainan rumah atau sukan.

6.7.2 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah, para pelajar

hendaklah berada di kawasan padang sahaja.

6.7.3 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa

pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan.

2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan

tersebut?

Pelajar-pelajar di sekolah ini tidak dibekalkan buku disiplin tetapi hanya pengawas

sekolah sahaja dibekalkan buku disiplin. Ini kerana pelajar-pelajar sering mengabaikan

buku disiplin dan tidak membacanya. Oleh sebab itu, peranan pengawas-pengawas

sekolah amat penting bagi membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Peranan

pengawas sekolah ialah:

i) Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan

setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah ini.

ii) Pengawas-pengawas perlu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan

berani ketika menjalankan tugas.

3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah

Murid yang di dapati melakukan kesalahan akan di kenakan hukuman setelah di

dapati dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan sekolah atau mana-mana

peraturan yang di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan

negeri kedah.

Hukuman / Tindakan Tatatertib Yang Dicadangkan:

1.0 – Amaran / Peringatan

10

Page 11: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

Sebahagian besar daripada komponen guru bergantung kepada kemampuannya

menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isi ini

termasuklah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, pengurusan strategi

pengajaran dan hubungan dengan murid.

a) Pengurusan Bilik Darjah

Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh bagaimana ianya

di perkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti itu dijalankan

pada jadual waktu yang terlalu lama. Mereka memerlukan rangsangan untuk bertahan.

Peranmulaan dan penutup sesuatu pelajaran iaitu adalah fasa-fasa kritikal dalam

perancangan seseorang guru. Pergerakan dari satu aktiviti kepada satu aktiviti yang lain

dan memulakan dan menghabiskan tugasan memerlukan kemahiran seorang guru.

1) Bagaimana murid memberi tumpuan.

Guru (A)

Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana

penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru.

Komunikasi sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan

yang diberikan oleh guru.

Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik.

Guru (B)

Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana

penyusunan bilik darjah tersebut menggunakan pendekatan pemusatan guru.

Komuniksai sehala ini berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan

yang diberikan oleh guru.

Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik kerana guru melibatkan

penglibatan semua pelajar .

11

Page 12: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?

GURU (A)

Semua murid terlibat dalam perbincangan.

Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-

murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami

sesuatu perkara dengan lebih cepat .

Murid yang aktif kemungkinan amat meminati subjek yang diajar atau menyenangi

cara guru mengajar. Dengan ini mereka aktif bertanya pelbagai soalan dan guru ini

juga sentiasa mengajukan soalan kepada murid-murid tersebut supaya menjawab.

GURU (B)

Semua murid terlibat dalam perbincangan.

Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-

murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan

memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat lagi.

Murid-murid lebih prihatin, aktif dan memberi tindakbalas yang baik dalam

aktiviti perbincangan kerana guru mengunakan bahan ABM.

3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?

GURU (A)

Guru ini melakukan pengajaran melalui penerangan, tunjuk cara dan amali. Ia

juga melibatkan pengetahuan dan kemahiran guru.

Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Apabila guru memberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut

berubah turun/ naik. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini,

12

Page 13: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau

tidak penting.

GURU(B)

Guru memulakan pelajaran dengan memberitahu pelajar tentang objektif yang

akan dicapai. Fakta-fakta penting dijelaskan dengan contoh yang tepat.

Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Apabila guru meberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut

berubah. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini, kemungkinan murid

sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan

GURU (A)

Ya. Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang

jelas dan tepat. Buktinya, sekiranya murid-murid tidak dapat memahami

pengajaran tersebut mereka akan meminta guru tersebut mengulanginya.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang

digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua

murid.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam

kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua

murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar

suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian apa

yang diajar oleh guru . Akhirya masalah disiplin pula akan timbul seperti

membuat bising didalam kelas dan sebagainya.

13

Page 14: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

GURU (B)

Ya. Guru ini menggunakan sebutan yang baik dan suara yang lantang.

Buktinya, keseluruhan murid dapat mendengar dengan baik dan guru akan

menyoal sama ada murid faham atau tidak.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang

digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua

murid.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam

kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua

murid. Sekiranya murid-murid dibahagian belakang tidak dapat mendengar

suara guru dengan jelas sudah tentu mereka juga sukar memberi perhatian

pada apa yang diajar. Akhirnya masalah disiplin lain pula timbul seperti

kebisingan dan sebagainya.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan

efektif?

GURU (A)

Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid

supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara

pengajaran secara verbal (lisan).

Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid

tidak tersilap melakukan tugasan.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur

secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

14

Page 15: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

GURU (B)

Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid

supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui cara

persembahan bahan (surat khabar).

Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid

tidak tersilap melakukan tugasan.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur

secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

6) Bagaimanakah guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid

telah siap tugasan?

GURU (A)

Guru ini dapat mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin

bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Di awal proses pengajaran dan pembelajaran guru ini telah memperingatkan murid-

murid supaya menghantar tugasan yang lepas di akhir waktunya.

Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya

pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

GURU(B)

Guru ini tegas apabila memberi tugasan kepada murid. Murid-murid yang tidak

dapat menyiapkan tugasan yang lepas diarahkan supaya menyatakan sebab kerja

tersebut tidak dapat disiapkan. Guru tersebut memberi amaran yang tegas kepada

murid-murid yang tidak mempunyai alasan yang kukuh dan berharap mereka tidak

mengulangi perbuatan tersebut.

15

Page 16: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru ini memberi penegasan bahawa beliau tidak akan menyemak tugasan murid-

murid sekiranya jumlah buku latihan yang dihantar tidak mencukupi.

Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya

pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang

lain?

GURU (A)

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk

menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke

tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental

sebelum menerima maklumat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu

menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan “terlepas” penerangan

guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang

dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya

sebelumnya.

GURU (B)

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk

menguruskan murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke

tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Langkah ini perlu kerana murid-murid perlu mengadakan persediaan mental

sebelum menerima maklimat baru. Kemungkinan juga murid-murid yang terlalu

16

Page 17: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan “terlepas” penerangan

guru melibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang

dibincangkan pada masa itu tidak releven dengan apa yang dipelajarinya

sebelumnya.

8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang

diberi?

GURU (A)

Guru ini memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka dapat

menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan

atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya,

murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi

tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan

murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan

tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan dan umur murid

menjadikan disiplin arahan kerja terlaksana.

GURU (B)

Guru ini memberi peringatan dengan tegas kepada murid-murid supaya mereka

dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan

atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain. Misalnya,

murid-murid tidak bersedia menonton rancangan televisyen kegemaranya selagi

tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Walaubagaimanapun, tahap kepatuhan bergantung kepada taraf kematangan

murid-murid dan jenis tugasan yang diberikan. Tugasan yang menarik dengan

tempoh yang sesuai dan sesuai pula dengan taraf kematangan umur murid.

17

Page 18: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

GURU (A)

Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan.

Sebelum guru ini menamatkan pengajarannya, beliau membuka sesi persoalan

kepada murid-murid untuk memastikan kefahaman murid.

Guru mengingatkan pelajar apa yang perlu dibawa pada minggu hadapan dalam

proses pengajaran dan pembelajarannya.

GURU (B)

Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan

Guru mengingatkan pelajar dengan tegas supaya dapat menyiapkan kerja rumah

yang dibuat pada hari tersebut.

Guru memberi motivasi dan nasihat kepada murid-murid di akhir waktu pengajaran

dan pembelajarannya.

B. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

18

Page 19: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan

kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang

susah itu kelihatan mudah. Oleh yang demikian, adalah wajar seseorang bakal guru itu

memiliki kemahiran ini memerlukan banyak latihan.

Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar.

1) Penggunaan soalan

GURU (A)

Teknik soal jawab secara lisan.

Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas.

Penggunaan tatabahasa, tanda soal. Contoh: "APAKAH……?."

GURU (B)

Di awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran

penyoalan yang membantu pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang

lepas.

Kemahiran penyoalan yang digunakan dapat mengcungkil fikiran pelajar untuk

membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Perkataan dan istilah soalan yang digunakan diajukan dengan lebih mudah

difahami oleh murid-murid. Bentuk soalan yang diberikan adalah ringkas, padat dan

jelas.

2) Memberi penerangan

GURU (A)

Penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari.

Penerangan yang dibuat disertakan dengan contoh dan cerita supaya dapat

menarik perhatian murid.

19

Page 20: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

GURU (B)

Guru memberi penerangan yang baik kepada murid-murid tentang isi pelajaran

dengan menggunakan contoh dan ABM.

Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan menunjukkan buku teks.

Guru menerangkan topik tersebut berdasarkan pengetahuan murid-murid terhadap

pelajaran yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan

bermakna.

Selepas aktiviti penerangan guru menggalakan murid-murid bertanya mana-mana

perkara yang mereka kurang faham.

3) Pengerakan penyampaian dalam pengajaran

GURU (A)

Guru membuat latihan praktikal bersama murid.

Guru banyak melakukan pergerakan dalam kelas dari hadapan ke belakang

semasa menyampaikan supaya dapat memberi keterangan yang jelas kepada pelajar.

GURU(B)

Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan

serta ke hadapan dan ke belakang.

Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala

dan ianya dapat menarik minat murid-murid.

4) Pengunaan alatan

GURU (A)

Tiada penggunaan ABM.

GURU (B)

Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta

menarik .

20

Page 21: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

5) Respons kepada kerja murid

GURU (A)

Guru menitik beratkan kerja-kerja murid dan sentiasa memberi respons yang baik

dengan member pujian kepada murid yang membuat tugasan dengan baik.

GURU (B)

Guru amat tegas dalam aspek tugasan atau kerja rumah yang di berikan kepada

para murid.

Guru akan memastikan semua buku latihan di hantar oleh para murid sebelum

menyemak lebaran kerja yang telah di berikan.

6) Pengunaan suara dan “eye contact”

GURU (A)

Penggunaan suara guru amat jelas dan akan mengulangi setiap yang diperkatakan.

Penggunaan “eye contac”t guru sangat baik kerana ia tidak melihat kepada

segelintir pelajar sahaja tetapi kepada keseluruhan pelajar.

GURU (B)

Pertuturan suara guru amat jelas dan tepat. Guru ini menggunakan suara yang

lantang.

Pandangannya tertumpu pada satu tempat sahaja dan mengambil masa untuk

mengalihkan pandangan ke tempat lain.

7) Pengerakan badan

21

Page 22: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

GURU (A)

Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan

topik yang diajar.

Guru sentiasa bergerak melihat dan memantau keadaan murid.

GURU (B)

Guru melakukan banyak pergerakan anggota badannya yang melibatkan tangan

dan kepala supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid-murid untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 6

Hasilkan daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan

kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan

apa yang anda dapat pelajari daripadanya.

KEKUATAN

Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengajar yang tinggi

22

Page 23: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan

alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan untuk meningkatkan

minat murid mengikut mata pelajaran.

Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan

prestasi dan pencapaian baik dalam aktiviti pembelajaran.

Guru mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan melayan soalan dan idea

murid dengan sikap terbuka

Guru mengingati setiap nama murid dalam kelas,mereka sedar bahawa guru

benar-benar mengenali mereka masing-masing dan memberi perhatian dengan

baik.

Mengunakan strategi pemusatan murid dan bahan-bahan semasa menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan

hubungan guru dengan murid.

Guru mengajar murid berdasarkan kebolehan mereka khasnya dalam aktiviti

kumpulan dan individu.

KELEMAHAN

1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan menjadikan murid –

murid merasa bosan dan mula membuat bising ,dan seterusnya menimbulkan

masalah displin yang mengganggu komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah.

*Cara mengatasi:

Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik menggunakan

strategi pemusatan murid dan bahan pelajaran untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

2) Guru tidak mahir mengunakan alat dan bahan pengajaran dengan baik .Mereka

mungkin tahu memilih alat dan bahan bantu yang sesuai dengan pelajaran tetapi

mereka tiada kepakaran dalam menghasilkan bahan atau mengolah alat disebabkan

kurang pengetahuan atau pendedahan tentangnya.

* Cara mengatasi

23

Page 24: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru perlu ada pendedahan tentang cara mengunakannya dan membuat

persediaan awal sebelum mengajar agar pengurusan masa berjalan dengan baik

mengikut apa yang dirancang.

3) Kadang-kadang guru menggunakan nada suara yang membosankan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran

* Cara mengatasi:

Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan guru harus menggunakan nada

bervariasi rangsangan demi menarik perhatian murid untuk mendengar.

4) Guru yang jarang merancang pelajarannya secara sistematik atau tidak Mengikut

rancangan pelajaran yang disediakan dan mengajar sesuka hati akan menjadikan

murid-murid tidak dapat memahaminya atau menimbulkan kekeliruan kerana

pelajaran yang disampaikan secara tidak sistematik.

* Cara mengatasinya :

Guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar lebih awal dan

melaksanakan rancangan pelajaran mengikut sukatan yang diberikan secara

sistematik ,menarik dan bermakna.

KELAINAN

1) Penggunaan sumber eletronik sebagai bahan bantu mengajar untuk

menyampaikan makna dan konsep dengan lebih jelas lagi disamping

merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran.

2) Memasukkan unsur nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan diiringi muzik.

3) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku diluar bilik darjah sekitar sekolah.

3. Kemudahan Fizikal Dan Peralatan

Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan

bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya.

Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum

diwujudkan. Buat nota ringkas

24

Page 25: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Bil. Bentuk kemudahan /

alatan

Ada/ tiada Cadangan

1. Makmal Teknologi

Maklumat dan Komputer

(ICT)

Ada Memperbaiki komputer

dan talian internet yang

rosak sekian lama.

Semua pelajar perlu diberi

peluang untuk

menggunakannya.

2. Pusat Sumber Ada Menambah buku-buku

keagamaan.

3. Bilik Bimbingan dan

Kaunseling

Ada Membimbing pelajar-

pelajar yang bermasalah

4. Dewan Besar Tiada Dewan ini perlu di bina

untuk kemudahan

menjalankan aktiviti

sekolah.

5. Surau Ada Supaya dapat

mengubahsuai surau

tersebut supaya kelihatan

lebih ceria

6. Bilik Kemahiran Hidup Ada Supaya dapat

mengubahsuai bilik

tersebut secepat mungkin

untuk kemudahan murid-

murid mengikuti proses

pembelajaran dan

pengajaran dengan baik.

25

Page 26: Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Meningkatkan. tahap

kemasan dan susunan

barang dalam bilik.

7. Makmal Sains Ada Mengaktifkan daya fungsi

bilik sains sekolah

26