contoh laporan program orientasi pelajar

17
SEK.MEN. AGAMA DARUSSAADAH TITI BESI, KEPALA BATAS 06200 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN. NO.TEL : 04-7143661 ”LAPORAN SEMPENA PROGRAM BUDAYA BUKA SEKOLAH (MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU 2010)” DISEDIAKAN UNTUK :- SEKTOR PRNDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARULAMAN KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR KEDAH DARULAMAN 1

Upload: rezx

Post on 16-Jun-2015

22.142 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

ini merupakan contoh format laporan program sekolah yang ditetapkan oleh JPN Kedah. khusus dimuat naik untuk dikongsi bersama khususnya utk rakan2 GBKSM (ckgu fadzlunesa).

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

SEK.MEN. AGAMA DARUSSAADAHTITI BESI, KEPALA BATAS

06200 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.NO.TEL : 04-7143661

”LAPORAN SEMPENA PROGRAM BUDAYA BUKA SEKOLAH (MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU 2010)”

DISEDIAKAN UNTUK :-

SEKTOR PRNDIDIKAN ISLAMJABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARULAMAN

KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM05604 ALOR SETAR

KEDAH DARULAMAN

1

Page 2: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUSSAADAHTITI BESI, KEPALA BATAS 06200ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.No.Tel. / Fax : 04-714 3661E-Mail : [email protected]

“KEDAH GEMILANG”

REKOD PELAKSANAAN PROGRAM

NAMA PROGRAM

- Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010

TEMPOH PELAKSANAAN

- Berlangsung selama 8 hari

TARIKH PELAKSANAAN

- 31 Disember 2009 (Khamis) sehingga 7 Januari 2010 (Khamis)

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

- Program yang dilaksanakan sangat berfaedah kepada pelajar dalam menempuhi fasa transasi daripada alam sekolah rendah ke alam sekolah menengah.

- Pelajar diberikan pendedahan daripada segenap aspek (jasmani, emosi, rohani, intelek) selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara pengisian program ialah program motivasi (emosi), senaman pagi (jasmani), qiyamullail, tadarus al-Quran, tazkirah, muhasabah, solat berjemaah (rohani), dan slot taklimat oleh Guru Kanan al-Azhari, Pusat Sumber, dan Unit Bimbingan & Kaunseling (intelek) sebagai persediaan para pelajar.

- Program yang turut dilaksanakan sebagai memenuhi aktiviti pelajar tingkatan satu ialah pembahagian rumah sukan dan badan beruniform .

- Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan program “Kenali Sekolah” yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti yang turut dijalankan ialah “Sayangi Guru-guru Kami” bagi memberikan rasa kejelikatan antara pelajar dengan guru-guru di Sek. Men. Agama Darussaadah.

- Rata-rata pihak waris yang ditemui menyatakan rasa puas hati serta bersedia memberikan segala kerjasama yang termampu demi kecemerlangan anak-anak mereka setelah aktiviti slot motivasi dijalankan oleh pihak sekolah dengan melibatkan pihak waris, pelajar dan juga pentadbir.

- Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010 sampai ke kemuncaknya dengan majlis penutup pada 7 Januari 2010 (Khamis) yang di sempurnakan sendiri oleh En. Pisal Abu Sepian, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, merangkap mentor Sek. Men. Agama Darussaadah.

- Semua pihak memberikan kerjasama erat untuk menjayakan program orientasi ini.

2

Page 3: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

- Aktiviti yang dijalankan kurang melibatkan aktiviti outdoor. Pada masa depan dicadangkan aktiviti luar diperbanyakkan bagi mengelakkan pelajar berasa letih atau jemu.

- Organisasi luar juga sewajarnya dilibatkan sebagai satu input yang cukup berguna kepada pelajar. Sebagai contoh, dengan melibatkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk slot penerangan berkaitan perubahan kitaran fizikal seseorang remaja.

- Kekurangan peruntukan kewangan wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk dipertimbangkan pada masa hadapan. Ini menyebabkan peruntukan hadiah kepada peserta terbaik dalam kategori masing-masing tidak dapat diwujudkan sebagai satu galakan dan rangsangan kepada peserta program orientasi.

- Untuk masa hadapan, dicadangkan untuk menyeragamkan pakaian pelajar sepanjang program, sekurang-kurangnya baju batik dan baju t-shirt agar menampakkan pelajar dalam situasi program orientasi dan menampakkan satu keseragaman serta disiplin mereka.

- Aktiviti berbentuk kerjasama kumpulan (teamwork) wajar diwujudkan bagi membentuk diri peserta sebagai satu kumpulan yang cukup bersatu dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan ukhwah sesama mereka.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

- Rujuk lampiran 1

CATATAN

- Bermula pada 31 Januari 2009 (Khamis) hingga 2 Januari 2010 (Sabtu), semua pelajar diwajibkan untuk tinggal di asrama bagi mengikuti program orientasi khusus.

- Pada 3 Januari 2010 sehingga 7 Januari 2010, program orientasi pelajar tingkatan satu hanya dijalankan pada sebelah petang sahaja (2.30 petang – 4.30 petang) setiap hari, manakala disebelah pagi, semua pelajar telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P) seperti biasa.

Tandatangan Pelapor :

Nama Penilai : Jawatan Penilai :

3

Page 4: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

LAMPIRAN 1

Kain rentang mengalukan kedatangan pelajar baru ke Sek. Men. Agama Darussaadah

Selamat datang ke SMAD, sekolah yang punya keunikan tersendiri

Program taklimat oleh PK HEM kepada para pelajar dan waris tingkatan satu 2010

Taklimat oleh pengetua kepada waris dalam semua aspek termasuk komitmen waris

Peserta diberikan taklimat khusus semua aktiviti sepanjang program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah

Waris-waris serta pelajar tingkatan satu 2010 tekun mendengar taklimat serta penerangan oleh pentadbiran sekolah

4

Page 5: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Sambutan cukup menggalakkan.... terdapat pelajar serta waris terpaksa berpanas di luar dewan kerana kesempitan ruang di dalam dewan

Ada waris terpaksa berdiri memandangkan ruangan disediakan tidak dapat menampung kebanjiran para pelajar serta keluarga

Dalam masa yang sama...persiapan jamuan/kenduri turut dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk sekitar

Penduduk serta kakitangan sekolah bekerjasama menjayakan jamuan untuk para waris serta pelajar

Pelbagai makluman disampaikan kepada para waris sebagai persediaan untuk memberikan komitmen yang terbaik kelak

Tekun mendengar segala nasihat yang turut diberikan...

5

Page 6: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Para waris terpaksa mencari tempat berteduh memandangkan keadaan dewan yang sempit

Para ibu yang mungkin agak keletihan, tetapi tetap bersemangat....

Slot motivasi oleh cikgu Zul untuk para waris dan pelajar..

Sebahagian waris yang tetap setia mengikuti program diatur pihak sekolah..

Kaum ibu tersentuh dengan motivasi yang diberikan

Tuan pengetua tetap setia bersama-sama para waris bagi menunjukkan semangat kerjasama

6

Page 7: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Beberapa pelajar terdiri dari AJK Aspura diberi kesempatan untuk memupuk semangat keusahawanan

Ibu bapa terus terpaku mendengar motivasi yang disampaikan..

Penyampaian yang cukup berkesan... Menyentuh hati para waris serta pelajar... demi kecemerlangan pelajar dan sekolah...

Pelajar terpaksa berada di luar dewan.. Para pelajar dan ibu bapa yang memenuhi ruang dewan semasa slot motivasi..

7

Page 8: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Antara wajah-wajah guru yang menjayakan program orientasi pelajar tingkatan satu 2010

Majlis bersama waris, pelajar serta pentadbiran sekolah disudahi dengan bacaan doa’

Aktiviti seterusnya ialah pendaftaran para pelajar tingkatan satu 2010 di kelas masing-masing bersama guru kelas

Para waris sabar menanti giliran untuk mendaftarkan anak masing-masing dan membayar yuran sekolah

8

Page 9: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Setelah mendaftar pelajar-pelajar dikehendaki terus berada di dalam kelas untuk sesi taklimat oleh guru kelas serta pengambilan buku teks

Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kelancaran program

Seorang guru menunjukkan kedudukan bilik BOSS (buku teks) kepada pelajar baru

Ibu bapa sabar menantikan giliran untuk mendaftar serta menjelaskan yuran sekolah mengikut kemampuan dahulu

Guru-guru bersedia untuk turut menjelaskan apa jua persoalan yang mungkin ditimbulkan waris

Setelah mendaftar, waris-waris mendapatkan senarai buku yang diperlukan dan boleh mendapatkannya di koperasi sekolah

9

Page 10: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Setelah selesai segala urusan, waris-waris serta pelajar dijamu dengan jamuan kenduri

Bismillah….& Selamat menjamu selera..

Koperasi sekolah terus menjadi tumpuan… Sibuk melayani persoalan waris..

Semua pelajar tingkatan satu 2010 diwajibkan tinggal di asrama bagi mengikuti program orientasi khusus

Ahlan wa sahlan ke asrama putera Sek. Men. Agama Darussaadah

10

Page 11: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Anatara pengisian emosi pelajar, slot motivasi...

Slot motivasi pelajar ini dikendalikan oleh Cikgu Zul....

Pelajar insaf serta faham harapan ibu bapa dan agama yang dipikul oleh mereka kini...

Pendekatan agama dan kaunseling cukup memberikan kesan mendalam kepada pelajar....

Guru-guru terus memberikan komitmen bagi menjayakan program orientasi ini.... walaupun ketika cuti...

Slot taklimat yang diberikan kepada pelajar baru bagi mempertajamkan minda serta persediaan untuk berada di bumi SMAD

11

Page 12: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Aktiviti kerohanian dititikberatkan bagi membentuk jiwa yang putih bersih..

Solat berjamaah, tazkirah, qiyamullail.... antara aktiviti kerohanian yang dijalankan...

Sesi taklimat Pusat Sumber, sukatan al-Azhari dan Unit Bimbingan & kaunseling turut mengisi aktiviti program orientasi..

Pelajar tekun serta tertib ketika sesi taklimat dijalankan....

Sesekali tercuit dengan humor penceramah.. Memberikan sepenuh perhatian...

12

Page 13: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Sesi taklimat ”Kenali Sekolah” oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling...

Pelajar memenuhi ruangan Bilik Media...

Majlis penutup Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu 2010 – ucapan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selaku pengerusi program.

Majlis penutup disempurnakan oleh tetamu kehormat, En. Pisal Abu Sepian selaku mentor SMAD dari Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Majlis dipengerusikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SMAD

Barisan orang kenamaan (VIP) yang bertungkus lumus membantu serta menyokong program ini agar dapat dijayakan dengan jayanya...

13

Page 14: Contoh Laporan Program Orientasi Pelajar

Tuan pengetua memberikan kata-kata semangat kepada pelajar tingkatan satu 2010

En. Pisal Abu Sepian turut memberikan kata-kata perangsang serta ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya melaksanakan program dengan jayanya..

14