laporan kem bina insan guru sesi jun

14
LAPORAN KEM BINA INSAN GURU SESI JUN-OKT 2015 KEM RIMBA TAMU, BATANG KALI. 21-8-2015 (JUMAAT) ICE BREAKING Objektif dalam ice breaking ini ingin menyatukan kesemua pelajar kohort A dan kohort B menjadi satu kumpulan. setiap pelajar akan bergerak mengikut buah kegemaran kami dan dibahagikan sedikit demi sedikit dengan sepuluh kumpulan buah-buahan dan mengeluarkan seorang dari buah kegemaran mereka untuk menjadikan sepuluh kumpulan. Selain itu, pensyarah dan penasihat menyuruh kami untuk memilih orang yang kami minati dan bebaris dihadapannya. Kami digabungkan dan fasilitator meminta ketua kumpulan dan mengambil ketua kumpulan itu menjadi satu kumpulan lagi dan nama setiap kumpulan dimulakan dengan perkataan batu. Nilai yang kami dapati dalam aktiviti ini adalah kami perlulah mengenali satu sama lain dan tidak mengira umur bagi kohort A dan kohort B. Selain itu, kami juga haruslah menjadi pesaing hebat antara kumpulan yang dipilih. seterusnya, saling menghormati antara satu sama lain. MERENTAS HALANGAN Objektif dalam aktiviti merentas halangan ini adalah untuk meningkatkan lagi stamina dalam diri kami dan terus

Upload: min-maya

Post on 27-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

LAPORAN KEM BINA INSAN GURU SESI JUN-OKT 2015

KEM RIMBA TAMU, BATANG KALI.

21-8-2015 (JUMAAT)

ICE BREAKING

Objektif dalam ice breaking ini ingin menyatukan kesemua pelajar kohort A dan kohort B menjadi satu kumpulan.

setiap pelajar akan bergerak mengikut buah kegemaran kami dan dibahagikan sedikit demi sedikit dengan sepuluh kumpulan buah-buahan dan mengeluarkan seorang dari buah kegemaran mereka untuk menjadikan sepuluh kumpulan. Selain itu, pensyarah dan penasihat menyuruh kami untuk memilih orang yang kami minati dan bebaris dihadapannya. Kami digabungkan dan fasilitator meminta ketua kumpulan dan mengambil ketua kumpulan itu menjadi satu kumpulan lagi dan nama setiap kumpulan dimulakan dengan perkataan batu.

Nilai yang kami dapati dalam aktiviti ini adalah kami perlulah mengenali satu sama lain dan tidak mengira umur bagi kohort A dan kohort B. Selain itu, kami juga haruslah menjadi pesaing hebat antara kumpulan yang dipilih. seterusnya, saling menghormati antara satu sama lain.

MERENTAS HALANGAN

Objektif dalam aktiviti merentas halangan ini adalah untuk meningkatkan lagi stamina dalam diri kami dan terus bersaing antara sepuluh kumpulan ini dan melatih kami dengan aspek-aspek asas jasmani.

Setiap kumpulan memberi semangat sepasukan dan saling bekerjasama antara sepasukan. Selain itu, kami diberi 27 halangan untuk bersaing bersama kumpulan lain dan memperolehi markah yang tinggi jika melepasi 27 halangan tersebut.

Nilai yang kami dapati dalam aktiviti tersebut ialah kami belajar erti semangat sepasukan dan saling bekerjasama dengan tidak kira umur atau bangsa. Selain itu, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan selaras prinsip rukun Negara dijadikan utama dalam aktiviti ini kerana aktiviti tersebut bukan sahaja mengajar kita daya ketahanan diri masing-masing tetapi mendidik diri kita berusaha bersama-sama dalam sepasukan untuk melepasi 27 halangan tersebut.

Page 2: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

SOLAT MAGHRIB/TAZKIRAH MAGHRIB/SOLAT ISYAK (SOLAT IKUT SUNNAH)

Objektif ini kami sentiasa bersama-sama menguatkan lagi sifat kerohanian pada diri masing-masing.

Kami menyempurnakan solat maghrib dan solat isyak dengan berjemaah. Selepas kami solat maghrib, kami tidak membuang masa kami meneruskan dengan tazkirah yang diberikan oleh ustaz di kem rimba tamu itu dengan tajuknya solat mengikut sunnah. Banyak yang kami pelajari dalam tazkirah tersebut salah satunya kami dapat mempelajari kesilapan dan kesalahan dalam solat yang kami lakukan sebagai rutin harian yang wajib dilakukan ini. Seterusnya, tiba waktu isyak, kami juga terus solat bersama-sama secara berjemaah dan diikuti masa yang tepat dan tidak berlaku penyelewengan masa pada waktu-waktu solat tersebut.

Nilai yang didapati kami mendapat satu teguran atau nasihat dalam tazkirah tersebut. selain itu, dapat menghayati ciri-ciri kerohanian dalam membina insan guru ini.

LDK 1 : BATANG PAIP HELIUM

Objektif dalam aktiviti ini ialah kami dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara kumpulan ini.

Aktiviti ini dimulakan dengan setiap ketua kumpulan dipanggil dan memulakan aktiviti ini terlebih dahulu. Bagi ahli-ahli lain dalam kumpulan perlu memberi semangat kepada ketua kumpulan masing-masing. Selain itu, setiap ketua kumpulan perlu bersaing antaranya untuk meraih kemenangan. Dengan aktiviti tersebut ketua kumpulan diberi batang paip helium dan fasilitator telah meletakkan guli di dalamnya, dalam aktiviti tersebut ketua kumpulan perlu mengimbangkan batang paip helium itu supaya guli di dalamnya tidak terkeluar dan jika gulinya terkeluar maka dikira gagal dalam aktiviti tersebut. selepas itu, ahli-ahli lain dalam setiap kumpulan pula perlu melakukan aktiviti sedemikian. Dalam aktiviti ini, kami sepasukan perlu bekerjasama untuk memastikan keseimbangan guli di dalam batang paip helium ini.

Nilai yang perolehi dalam aktiviti ini ialah kita haruslah mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, spiritual dan social. Seterusnya, kita perlulah menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalam atau aktiviti tersebut.

Page 3: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

LDK 2 : BULATAN SAYANG

Objektif atau tujuan dalam aktiviti bulatan sayang ini ialah membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Aktiviti ini dinamakan bulatan sayang. Fasilitator memberikan setiap kumpulan dua tali raffia yang diikat, dan setiap kumpulan perlu berlawan antara kumpulan lain. setiap kumpulan memberi kerjasama yang baik dan setiap kumpulan juga perlu berfikir cara untuk melepasi tali raffia bagi setiap ahli di dalam kumpulan tersebut. seterusnya, setiap kumpulan perlu berlawan antara dua kumpulan dan memastikan kepantasan dan kekuatan dalam kumpulan tersebut untuk meraih kemenangan dan secara tidak langsung dapat menambahkan lagi markah bagi kumpulan-kumpulan yang berjaya.

Nilai yang saya dapati dalam aktiviti ini ialah secara tidak langsung dapat memberi manfaat dan ketahanan atau kepantasan diri untuk kumpulan kita sendiri untuk kejayaan bagi kumpulan masing-masing. Selain itu, berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahanbaikan secara berterusan.

LDK 3 : KOLAM JIWA

Objektif dalam kes ini ialah kami dapat memuhasabahkan diri dan berupaya mengurus diri dengan mempamerkan kebolehan penampilan diri yang sesuai dalam jati diri seseorang.

Latihan di dalam kumpulan ini, kami diberi teguran dan penghayatan oleh Sir Hazwan. Nasihat yang amat baik yang diberikan oleh Sir Hazwan dan memahami situasi dan keadaan sekarang. Apa yang Sir Hazwan ingin sampaikan untuk kami amat bermakna dan boleh dijadikan sebagai satu pengajaran bagi kami. Seterusnya, Sir Hazwan telah memberi kami untuk menyuarakan atau perkongsiaan dalam aktiviti ini yang dinamakan kolam jiwa. Kami dapat mempelajari erti TRUST iaitu T untuk Time, R untuk Respect , U untuk Unconditional, S untuk Support dan T untuk Touch. Kaedah ini amat berguna bagi mempelajari etika dan akhlak keguruan terhadap pelajar dan berguna untuk diri sendiri juga.

Nilai yang dapat diperolehi ialah kami menghayati ciri-ciri personality kendiri dan kerjaya keguruan serta dapat membina pemikiran yang positif terhadap diri sendiri. Seterusnya, mempamerkan jati diri yang tinggi bagi diri masing-masing dan tidak mudah berputus asa bila jatuh dan perlu bangkit untuk maju kehadapan.

Page 4: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

22-8-2015 (SABTU)

SOLAT SUBUH/ TAZKIRAH PAGI (KEMUNGKARAN DALAM SOLAT DAN SAMBUNGAN SOLAT MENGIKUT SUNNAH)

Objektif ini kami dapat menghubungkaitkan dan menitikberatkan tentang solat yang dilakukan oleh individu setiap hari.

Apa yang kami pelajari, pada waktu yang sama kami solat berjemaah dan mengikut waktu yang ditetapkan. Kami dapat banyak yang perlu difahami tentang solat 5 waktu ini. Selain itu, kami mendengar sambungan tazkirah tentang solat mengikut sunnah dan tazkirah tentang kesalahan atau kemungkaran yang sering di lakukan dalam solat kami. Seterusnya kami dapat mempelajari sebutan yang betul dalam solat 5 waktu ini. Di samping itu, kami bersama sama menyebut sebutan yang betul dan tepat yang diajari oleh ustaz di kem rimba tamu itu.

Nilai yang diperolehi ialah kita perlulah menitikberatkan tentang ilmu solat kita supaya kita menjaga kehormatan dalam solat kerana Allah s.w.t. selain itu, kita dapat mempelajari sebutan yang betul dan nilai yang dapati ialah meningkatkan lagi daya kerohanian pada diri seseorang yang perlu ada pada diri seorang guru. Banyak ilmu yang kami dapat dari sesi tazkirah ini,

SENAMAN PAGI

Objektif yang kami perolehi ialah saiz fizikal tidak menghalang untuk bersama-sama meningkatkan lagi daya jasmani pada diri seseorang.

Aktiviti ini kami dapat meningkatkan lagi stamina pada diri seseorang sebelum

memulakan aktiviti seterusnya. Kami bersenam bersama-sama dan diaturkan oleh Sir

Hazwan, Sir Hafiz, Miss Ara, Miss Tina dan dibantu oleh fasilitator. Aktiviti ini amat

menyeronakkan. Banyak lagu yang dimainkan untuk senaman pagi kami. Sebagai

contoh semua lagu kaum dimainkan iaitu senaman kaum cina dan india. Kami

bersama-sama menyempurnakan senaman pagi kami sebelum aktiviti ynag mencabar

yang bakal kami lakukan. Selain itu, secara tidak langsung badan seseorang tidak

terkejut apabila aktiviti laksa dilakukan dan tidak sakit selepas itu.

Nilai yang kami perolehi ialah dapat meningkatkan stamina diri sebelum aktiviti laksa

dilakukan. Seterusnya memupuk semangat jasmani dalam diri dan dapat menjaga

kesihatan dalam diri masing-masing.

MENGEMBARA KE GUA KOMUNIS

Page 5: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

Objektif yang kami dapati ialah kami memerlukan kerjasama sepasukan yang kukuh

dan saling bantu membantu sesama sendiri.

Aktiviti ini dimulakan dengan kami perlu berjalan selama setengah jam untuk sampai

ke gua tersebut. kami merempuh empat sungai untuk ke gua itu dan melalui hutan.

kami bekerjasama sepasukan dalam merempuh pelbagai halangan untuk ke gua

tersebut. dikatakan juga gua komunis ini ialah gua yang terpanjang di Malaysia. Kami

teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke gua tersebut. masuk sahaja ke dalam gua

tersebut sudah mencabar bagi kami. Kami perlu bersama-sama menolong setiap ahli

kumpulan untuk masuk ke dalam gua kerana di dalam gua tersebut mempunyai batu

yang besar dan air yang deras. Dan amat bahaya jika kami tidak bekerjasama dan

mementingkan diri sendiri. Aktiviti sedemikian amat memerlukan daya ketahanan

yang tinggi untuk melepasi segala rintangan di dalam gua tersebut.

Nilai yang kami perolehi ialah kami perlulah bekerjasama dan saling bantu-membantu

dalam sepasukan untuk merempuh segala halangan yang ada di dalam gua itu.

Seterusnya, kita juga harus saling bertolak ansur antara sepasukan dengan tidak kira

umur dan bangsa.

FLYING FOX

Objektif yang kami dapati ialah keberanian atau fizikal yang perlu kuat pada

seseorang dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini perlu mengambil masa kerana seorang demi seorang perlu beratur

menunggu giliran untuk bermain aktiviti flying fox ini. Keberanian setiap pensyarah

juga membuatkan para peserta menambahkan lagi keberanian masing-masing untuk

mencuba aktiviti ini kerana pensyarah kami telah melakukan aktiviti flying fox ini

terlebih dahulu dan diikuti oleh peserta-peserta lain. amat menyeronokkan kerana

aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi keberanian dan jati diri yang sempurna

dalam diri seseorang.

Nilai yang dipelajari ialah sifat keberanian yang dipupuk oleh setiap peserta dalam

aktiviti ini dengan tidak mengira umur. Selain itu, dapat mencuba perkara yang baru.

Dan seterusnya, dapat menyakin diri seseorang kerana aktiviti ini agak mencabar dan

memerlukan daya ketahanan yang kuat dan tinggi pada diri seseorang.

Page 6: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

KESIMPULAN KESELURUHAN

Kesimupulanya, program ini dapat membina daya tahan mental dan fizikal serta

menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam

Page 7: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

proses pembinaan insan guru ini. Melalui kem Bina Insan Guru ini, insan guru dapat

dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang.

Disamping itu, menjadi role model kepada masayarakat Malaysia umumnya, justeru,

program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan

serta menguatkan jati diri dalam lima aspek terpenting iaitu jasmani, emosi, rohani,

intelek dan social (JERIS). Selain itu, para peserta dapat memupuk sikap kesedaran

dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi dan saling

menghormati, membina sahsiah yang berdaya saing yang sihat, berdaya tahan dan

berdaya juang yang tinggi dalam setiap kumpulan, menghargai dan mencintai nilai-

nilai budaya yang tidak kira umur atau bangsaa yang releven dengan perkembangan

semasa. Seterusnya, melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain dan

melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian dengan teratur dan secara tidak

langsung dapat memupuk sikap displin pada diri sendiri yang perlu ada pada sikap

keguruan di Malaysia ini. Di samping itu, membimbing para pelajar menghayati dan

mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.

LAMPIRAN

TESTIMONI PROGRAM

Page 8: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

21 OGOS 2015 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI

9.00 AM BERTOLAK DARI KOLEJ

10.00-12.00 PM TIBA DI KEM RIMBA TAMU

TAKLIMAT KEM

ICE BREAKING

12.00-3.00 PM MAKAN TENGAHARI

MENDIRIKAN KHEMAH

SOLAT JUMAAT & REHAT

3.00-6.00 PM MERENTAS HALANGAN

6.30-7.00 PM BERSIH DIRI

SOLAT ASAR

7.00-7.30 PM MAKAN MALAM

SIAP DIRI

7.30-9.00 PM SOLAT MAGHRIB/ TAZKHIRAH

MAGHRIB/ SOLAT ISYAK

***SOLAT IKUT SUNNAH

9.00-10.00 PM LATIHAN DALAM KUMPULAN

10.00-10.30 PM MINUM MALAM

10.30-11.30 PM AKTIVITI KOLEJ

12.00 AM TIDUR

22 OGOS 2015 (SABTU)

MASA AKTIVITI

5.30-7.00 AM BANGUN PAGI/ SIAP DIRI/ SOLAT

Page 9: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

SUBUH/ TAZKIRAH SUBUH

***KEMUNGKARAN DALAM SOLAT

7.00-7.30 AM PERHIMPUNAN PAGI/ SENAMAN PAGI

7.30-8.00 AM SARAPAN PAGI

8.00-12.30 PM KEMBARA KE GUA

12.30-2.00 PM MAKAN TENGAHARI

SOLAT ZOHOR & SIAP DIRI

2.00-6.00 PM FLYING FOX

MINUM PETANG

SOLAT ASAR

6.30-7.00 PM MAKAN MALAM

7.00-8.00 PM SIAP DIRI/ SOLAT MAGHRIB

8.00-8.30 PM PERSIAPAN MALAM KEBUDAYAAN

8.30-9.00 PM SOLAT ISYAK

9.00-10.00 PM LATIHAN DALAM KUMPULAN 2

10.00-10.30 PM MINUM MALAM

10.30-11.30 PM AKTIVITI KOLEJ – MALAM

KEBUDAYAAN

12.00 AM TIDUR

22 OGOS 2015 (AHAD)

MASA AKTIVITI

5.30-7.00 AM BANGUN PAGI/ SIAPKAN DIRI/ SOLAT

Page 10: Laporan Kem Bina Insan Guru Sesi Jun

SUBUH/ TAZKIRAH SUBUH

***CALON PEMIMPIN DI AKHIRAT

7.00-8.00 AM SENAMAN PAGI & SARAPAN PAGI

8.00-9.00 AM LATIHAN DALAM KUMPULAN 3

9.00-11.00 AM AKTIVITI KOLEJ

11.00-12.00 PM MENGEMAS KHEMAH

12.00-12.30 PM MAKAN TENGAHARI

12.30-1.30 PM UPACARA PENUTUPAN DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

1.30-2.00 PM SOLAT/ BERANGKAT PULANG