laporan kajian

6
Konsep kegiatan ekonomi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kemakmuran hidup. Banyak jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di Jalan Tun Abang Hj Openg. Antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perkhidmatan,pertanian dan lain-lain. A. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI JALAN TUN ABANG HJ OPENG I. Bentuk Muka Bumi Berdasarkan pemerhatian saya, factor bentuk muka bumi amat mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Bentuk muka bumi yang rata atau dataran memudahkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan. Contohnya kegiatan pertanian, peniagaan dan pendidikan dan perkhidmatan. II. Tanih Selain itu, factor tanih turut mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini. Tanih jenis gambut banyak terdapat di sini membolehkan penduduk menjalankan kegiatan pertanian. Contoh tanaman yang di tanam ialah nanas, buah rambutan dan kelapa sawit. III. Infrasturktur Kemudahan infrastruktur juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini. Kemudahan infrastruktur membolehkan penduduk sampai ke tempat kerja dan mengangkut hasil tanaman dengan mudah. Selain itu, urusan kerja juga mudah dengan adanya system tele komunikasi yang baik. FAKTA HURAIAN CONTOH FAKTA HURAIAN CONTOH

Upload: jamal-dalel

Post on 09-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KAJIAN KES PT3

TRANSCRIPT

HURAIANFAKTAKonsep kegiatan ekonomi

CONTOHKamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kemakmuran hidup. Banyak jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di Jalan Tun Abang Hj Openg. Antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perkhidmatan,pertanian dan lain-lain.

A. HURAIANFAKTA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI JALAN TUN ABANG HJ OPENG

I. Bentuk Muka BumiBerdasarkan pemerhatian saya, factor bentuk muka bumi amat mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Bentuk muka bumi yang rata atau dataran memudahkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan. Contohnya kegiatan pertanian, peniagaan dan pendidikan dan perkhidmatan.

CONTOHII. TanihSelain itu, factor tanih turut mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini. Tanih jenis gambut banyak terdapat di sini membolehkan penduduk menjalankan kegiatan pertanian. Contoh tanaman yang di tanam ialah nanas, buah rambutan dan kelapa sawit.

III. InfrasturkturKemudahan infrastruktur juga mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini. Kemudahan infrastruktur membolehkan penduduk sampai ke tempat kerja dan mengangkut hasil tanaman dengan mudah. Selain itu, urusan kerja juga mudah dengan adanya system tele komunikasi yang baik. Antara contoh infrastruktur yang terdapat di sini ialah jalan raya, talian telefon, bekalan air dan elektrik.

Tajuk : Carta Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan Ekonomi di Jalan Tun Abang Hj Openg.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI

FAKTOR KEMANUSIAANFAKTOR FIZIKAL

InfrastrukturTanihBentuk Muka Bumi

DataranTanih gambut

eLEKTRIK AIRJalan raya

Sumber : Pemerihatian kawasan kajian

TAJUK : Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Jalan Tun Abang Hj Openg menurut pandangan Responden.Faktorbilangan

Bentuk muka bumi5

Tanih3

Teknologi13

Infrastruktur5

Pasaran 1

Buruh1

Sumber : Soal selidik respondenTAJUK : Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Jalan Tun Abang Hj Openg menurut pandangan Responden.

Sumber : Soal selidik responden

B. KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR

FAKTAHURAIANI. Kepupusan Sumber

CONTOHkegiatan pertanian, perumahan dan pembangunan yang dijalankan di kawasan kajian telah menyebabkan hutan ini terpaksa dibersihkan. Perkara telah menyebabkan beberapa spesis tumbuhan dan binatang pupus. Kemusnahan habitat binatang ini telah menyebabkan kepupusan binatang seperti rusa, pelanduk dan bebarap spesis burung.

II. Perubahan Pandang DaratPerubahan pandang darat di kawasan kajian dapat dilihat dengan nyata. Dari kawasan hutan yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna kepada kawasan tanaman. Pembinaan beberapa kemudahan asas juga mengubah kawasan hutan ini. Contoh perubahan tersebut ialah pandangan kawasan ladang kelapa sawit, pandangan bangunan-bangunan dan jalan raya .

III. PencemaranKesan negative lain yang dapat dilihat akibat kegiatan ekonomi ialah masalah pencemaran alam. Kegiatan pertanian di kawasan kajian menyebabkan pencemaran terutama pada musim kemarau kerana petani/peladang menggunakan teknik membakar untuk membersihkan tapak tanaman. Pencemaran juga berlaku kerana penggunaan baja kimia dan racun oleh pihak ladang. Antara contoh pencemaran yang terdapat di sini ialah jerebu dan pencemaran air .

C. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

I. Penguatkuasaan Undang-UndangDaripada pemerhatian saya, akta berkaitan dengan alam sekitar kurang dikuatkuasa di Kawasan kajian. Tidak terdapat Jabatan Alam Sekitar di Daerah Simunjan ini. Maka, saya mencadangkan ditubuhkan Agensi Jabatan Alam Sekitar di Daerah Simunjan. Dengan adanya agensi ini maka kerja penguatkuasaan dapat dijalankan.

II. Pendidikan Alam sekitar oleh ibu bapa di rumah.Tiada kesinambungan pendidikan alam sekitar di rumah, Seolah- olah perkara ini hanya dilakukan di sekolah sahaja. Maka saya mencadangkan agar para ibu bapa mendidik anak-anak menghargai alam sekitar. Misalnya membuang sampah dengan kaedah yang betul.

III. Kempen kesedaran Kepada penduduk Penduduk di kawasan kajian terutama ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa. Contohnya gotong-royong secara berkala.