laporan kajian ppk 102

80
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2012/2013 PPK 102 LAPORAN KAJIAN KES “DISLEKSIA & HIPERAKTIF” NAMA PELAJAR : PRECYLLA SOMORIT ( 117719 ) 1

Upload: azeem-fiqri

Post on 23-Nov-2015

182 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

ppk102

TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKANSIDANG AKADEMIK 2012/2013

PPK 102LAPORAN KAJIAN KES

DISLEKSIA & HIPERAKTIF

NAMA PELAJAR: PRECYLLA SOMORIT ( 117719 ): MUHAMAD AZEEM FIQRI BIN RUSLAN ( 117694 ) PENSYARAH: DR. ASWATI BINTI HAMZAHTARIKH SERAHAN: 13 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGANPERKARAM/S

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN3

4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN4.2 KAWASAN KAJIAN4.3 KAEDAH KAJIAN4.4 JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS4.5 JADUAL PENGUMPULAN DATA45678

5.0 DAPATAN KAJIAN5.1 FOKUS KUMPULAN5.2 PENGENALAN HIPER AKTIF5.3 PENGENALAN DISLEKSIA5.4 HASIL KAJIAN5.5 KAEDAH KAEDAH RAWATAN5.6 KESIMPULAN9 10 1112 1314 33 34 3536

6.0 REFLEKSI 6.1 MUHAMAD AZEEM FIQRI BIN RUSLAN6.2 PRECYLLA SOMORIT37 4142 46

7.0 LAMPIRAN47 49

8.0 BIBLIOGRAFI 50

1.0 PENGHARGAAN

Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna dan tepat pada masanya. Terima kasih kepada pensyarah kursus Perkembangan dan Pembelajaran Insan ( PPK 102 ), Dr. Aswati Binti Hamzah kerana memberi peluang untuk melaksanakan kajian kes ini. Beliau banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan pihak pengurusan Pusat Disleksia Malaysia yang memberikan kerjasama yang sangat baik semasa proses kajian dilakukan. Tambahan pula, tanpa panduan dan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji terdahulu, tidak mungkin kajian kes kami dapat dilakukan dengan baik.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan, ahli keluarga serta masyarakat yang sentiasa memberi dorongan dan kerjasama untuk memastikan kajian ini dapat disiapkan dengan baik. Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya kajian ini mempunyai kesilapan kesilapan yang kumpulan kami terlepas pandang.

Sekian terima kasih.

2.0 PENGENALANSejarah pendidikan khas bermula pada tahun 1920an. Pada waktu itu, terdapat sekumpulan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Hasilnya satu Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 telah menjadi titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.Menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran. Pendidikan khas bermasalah pembelajaran pula bermaksud pendidikan yang disediakan untuk murid murid yang mengalami masalah dari aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad. Terdapat sebanyak 180 sekolah yang menyediakan pendidikan khas diseluruh Malaysia. Hal ini memudahkan golongan ini mendapat pendidikan setara dengan murid murid aliran perdana.Selain itu, pengenalan pendidikan inklusif yang memberi peluang kepada murid murid masalah pembelajaran yang menunjukkan prestasi yang baik dalam aspek pelajaran dan pengurusan diri. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996).

3.0 OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan, hasil dapatan kajian akan mencapai objektif-objektif berikut :

3.1 Objektif Umum3.1.1 Meningkatkan pengetahuan penyelidik mengenai ketidakupayaan disleksia secara realiti.3.1.2 Penyelidik membina hubungan dengan kanak kanak berkenaan.3.1.3 Mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang baik dengan kanak kanak berkenaan.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Menganalisis aspek aspek perkembangan kanak kanak berkenaan. 3.2.2 Menyenaraikan faktor faktor yang mempengaruhi ketidakupayaan kanak kanak berkenaan.3.2.3 Mengemukakan cabaran cabaran yang dihadapi oleh pihak pihak dalam menguruskan keperluan kanak kanak berkeperluan khas.3.2.4 Membantu merangka program khusus untuk mengurangkan masalah ketidakupayaan kanak kanak berkenaan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 LATAR BELAKANG RESPONDENPihak kami memilih seorang kanak kanak bernama Adik Hazel ( bukan nama sebenar ) sebagai responden. Adik Hazel dilahirkan pada 26 Julai 2007 di Hospital Pulau Pinang. Adik Hazel merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik. Adik Hazel dijaga oleh ibunya kerana kedua ibu bapa sudah bercerai. Namun, disebabkan kesibukan ibunya yang merupakan seorang peniaga, maka Adik Hazel sering dihantar ke rumah neneknya. Keluarga Adik Hazel menetap di alamat No 1, Solok Lembah Permai 5, 10200 Tanjung Bungah, Penang. Adik Hazel bersekolah di Top Kids Kindergarden pada awal tahun ini. Tetapi, Adik Hazel dimasukkan kedalam program pemulihan yang dianjurkan oleh Pusat Disleksia Malaysia kerana menghadapi masalah pembelajaran dan masalah buli. Oleh itu, ibunya mengambil inisiatif untuk menghantar anaknya ke pusat ini dengan harapan anaknya boleh dipulihkan.Pihak kami memilih Adik Hazel sebagai responden kerana sikapnya yang menunjukkan ciri ciri hiperaktif dan disleksia yang ketara. Disamping itu, saranan daripada gurunya yang menyatakan bahawa Adik Hazel sangat sesuai untuk dijadikan sebagai responden kami. Sepanjang tempoh kajian dilakukan, Adik Hazel menunjukkan sikap yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami kerana dia menyukai ahli kumpulan kami iaitu Precylla Somorit kerana dia memberi perhatian kepada adik Hazel yang membuatnya berasa selesa bersama kami dan membuatkan urusan kami berjalan dengan baik dan lancar.

4.2 KAWASAN KAJIANKumpulan kami memilih Pusat Disleksia Malaysia cawangan Pulau Pinang. Pusat ini beralamat No 2, Jalan Lintang, Pantai Jerejak 2, 11700 Gelugor Pulau Pinang. Pusat disleksia Malaysia mula beroperasi pada tahun 2010 tetapi dirasmikan pada 3 september 2012. Pusat ini merupakan sebuah pusat pemulihan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah ketidakupayaan Disleksia. Namun begitu, terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai masalah autism with speech disorder, ADHD with severe, ADHD dan slow learner yang dirawat di pusat ini kerana proses pemulihan kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan ini adalah sama. Pusat ini diterajui oleh En. Gunasekaran a/l Krishnan dan dibantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Asha Lathe a/p Gunasekran dan Nur Asyikin Binti Yusuff.Pusat ini dibuka setiap hari isnin sehingga jumaat. Pusat ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi mempunyai 15 orang pelajar dan sesi petang mempunyai 5 orang pelajar. Bagi sesi pagi, proses pengajaran diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu Beginner, Median dan Advance. Beginner menempatkan kanak-kanak yang mempunyai tahap disleksia ataupun ketidakupayaan yang berada di peringkat teruk, median bagi tahap sederhana dan advance tahap yang lebih baik. Setiap kanak-kanak yang ada di sini akan bertukar setiap kali sesi pemulihan tamat. Pusat ini juga dibuka semasa cuti sekolah dan hanya bercuti pada cuti umum dan bulan Disember. kanak-kanak yang dirawat di sini berusia 5 tahun ke atas. Tidak ada had umur bagi kanak-kanak yang ingin menerima pemulihan di pusat ini. Proses pemulihan bagi seorang kanak-kanak ialah 3 bulan bagi setiap sesi. Penjaga kanak-kanak tersebut boleh memilih untuk meneruskan atau menghentikan pemulihan ini setelah setiap sesi tamat.

4.3 KAEDAH KAJIANPihak kami telah mendapat pelbagai maklumat daripada kajian yang kami lakukan berdasarkan beberapa kaedah yang rasional dan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Hasil maklumat kami terdiri daripada hasil soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Kesemua hasil diinterprestasikan dalam bentuk jadual, penyataan dan sebagainya.a. Soal SelidikBorang soal selidik mengandungi beberapa bahagian yang menjelaskan aspek aspek ketidakupayaan disleksia yang dialami oleh responden. Borang soal selidik berkenaan mengandungi 27 pernyataan yang memerlukan guru responden menanda berdasarkan lima pilihan jawapan iaitu tidak pernah, jarang sekali, kadang kala, kerap, sangat kerap. Hasil borang soal selidik dianalisis berdasarkan aspek aspek yang dikenalpasti mengikut jadual. Borang soal selidik ini lebih menumpukan kepada ketidakupayaan Disleksia.

b. Temu BualHasil temu bual kami perolehi melalui perbualan telefon dengan emak responden yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hal ini kerana kekangan kerjaya oleh emak responden yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan kami secara peribadi. Selain itu, pihak kami juga berhubung dengan emak responden melalui laman sosial Facebook. Maklum balas yang kami terima sangat baik dan kerjasama yang diberikan oleh emak responden diluar jangkaan kami.

c. Pemerhatian Pihak kami turut melakukan pemerhatian terhadap responden untuk menilai tingkah laku spontan yang ditonjolkannya. Selain itu, pemerhatian yang dilakukan diinterprestasikan dalam bentuk jadual supaya memudahkan pihak kami menganalisisnya.

4.4 JADUAL PEMBAHAGIAN TUGASTugas tugas PrecyllaAzeem

1. Mencari kawasan kajian.

2. Memilih responden.

3. Menyediakan bahan bahan kajian.

4. Menempah pengangkutan. ( kereta sewa )

5. Melakukan pemerhatian aspek aspek perkembangan.

6. Menemubual guru responden.

7. Menemubual keluarga responden.

8. Menyediakan bahan aktiviti.

9. Mengadakan aktiviti bersama responden.

10. Menyediakan bahan pembentangan.

11. Membuat video pembentangan.

12. Menulis laporan kajian.

13. Fotografi.

14. Menyediakan saguhati kepada guru.

4.5 JADUAL PENGUMPULAN DATATarikh PerkaraKaedah Yang Digunakan

1 November 2012Lawatan pertama : Meninjau kawasan kajian Menemubual ketua pusat Memilih respondenPemerhatian dan temubual

6 November 2012Lawatan kedua : Menemubual guru kelas Adik Hazel Menjalankan aktiviti Menyampaikan saguhati dan sesi bergambarTemu bual dan pemerhatian

29 November 2012Temubual dengan ibu Adik HazelTemu bual melalui emel dan facebook

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 FOKUS KUMPULANPada peringkat awal, kami memang berniat untuk memilih kanak-kanak berkeperluan khas Disleksia disebabkan itu kami memilih Pusat Disleksia. Kami mahu mendapatkan maklumat yang lebih teliti dan tepat tentang ketidakupayaan ini. Namun, kami tidak menyangka bahawa responden yang kami pilih mengalami dua jenis ketidakupayaan iaitu masalah Hiperaktif dengan impulsif dan Disleksia.Selain itu, pihak kami turut mengaitkan ciri ciri dan tingkah laku responden kami dengan kajian kajian terdahulu supaya dapat membuat perkaitan dengan maklumat tersebut. Tambahan pula, ketidakupayaan yang dialami oleh responden merupakan masalah yang biasa dijadikan subjek kajian oleh beberapa individu.Kebiasaannya, masalah murid-murid menulis nombor atau abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Umumnya, disleksia adalah sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan murid-murid normal yang sering membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia ( Rajesvari a/p Ramasamy, 2008 ).

5.2 PENGENALAN HIPERAKTIF ( ADHD )Menurut American Psichiatric Association ( 1994 ), ADHD adalah tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara berulang ulang atau berterusan. Tingkah laku ini berlaku dengan sangat kerap dan dilihat sangat berbeza daripada manusia biasa. Selain itu, gangguan hiperaktif dan impulsif sering ketika prasekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja. Statistik menunjukkan bahawa kanak kanak lelaki lebih kerap mengalami masalah kurang tumpuan berbanding kanak kanak perempuan.ADHD adalah sesuatu keadaan yang dikenali sebagai kesukaran memusatkan perhatian, mempunyai masalah kecil di otak, kerosakan kecil pada otak, terlalu banyak bergerak atau aktif. Terdapat anggaran 3 % - 5 % kanak kanak disekolah mengalami ADHD.Ketidakupayaan hiperaktif ( ADHD ) merupakan salah satu daripada kategori masalah pembelajaran. ADHD bermaksud Attention Deficit Hiperactivity Disorder atau masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif yang membuatkan kanak kanak ADHD mudah terangsang, lasak, tidak mendengar arahan dan hiperaktiviti.Punca ADHD sering dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan terutama oleh kanak kanak. Hal ini menyebabkan tindak balas dan rangsangan otak ke otot otot serta fungsi fungsi badan yang lain. Pada peringkat awal kanak kanak, masalah ADHD mudah dikesan kerana peringkat ini menunjukkan kanak kanak gemar mengambil makanan yang mengandungi gula secara berlebihan. Gula sepatutnya diambil secara dikawal kerana sumber gula adalah pelbagai dan ia sangat penting untuk perkembangan otak kanak kanak.

5.2.1 KATEGORI MURID ADHDMurid murid yang mengalami masalah ADHD terbahagi kepada beberapa kategori yang mampu dikesan oleh guru dan ibu bapa. Setiap kategori ini memperlihatkan ciri ciri yang berbeza sama ada di rumah atau di sekolah. Antara kategori tersebut :a. Kurang Tumpuan. Kanak kanak ini mengalami kegagalan untuk memberi tumpuan yang teliti pada butir butir tertentu. Mereka lalai dan cuai dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, kanak kanak ini sering mempunyai masalah untuk mempertahankan tumpuan dan perhatian dalam sesuatu aktiviti, terutama dalam aktiviti yang melibatkan visual dan pemikiran. Kanak kanak ini hanya boleh memberi tumpuan selama lebih kurang 15 20 minit. Tambahan pula, akibat mereka sukar memberi tumpuan, mereka turut mengalami masalah dalam mematuhi arahan yang diberikan.

b. Hiperaktif. Kategori ini memperlihatkan kanak kanak tidak boleh mengawal pergerakan tubuh badan. Mereka kerap meninggalkan tempat duduk didalam kelas, kurang perhatian dan mereka hanya memberi tumpuan kepada bidang yang diminati sahaja. Malahan, mereka juga sering berlari lari dalam kelas dan didalam situasi yang tidak sesuai yang menyebabkan guru tidak dapat mengawal tingkah laku mereka.

c. Impulsif. Impulsif bermaksud melakukan sesuatu tindakan secara terburu buru. Contohnya, murid murid selalu memberi jawapan terlebih dahulu sebelum cikgu selesai menberi soalan. Tambahan pula, mereka ini tidak sabar dalam sebarang tindakan atau bahasa mudahnya mereka sering berlagak menjadi ketua dalam sesuatu perbincangan.5.3 PENGENALAN DISLEKSIA

Disleksia merupakan gabungan dua perkataan Yunani iaitu dys yang bermakna kesukaran dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jika digabungkan ia bermaksud kesukaran dalam bahasa.Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa murid murid disleksia merupakan murid murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.Dalam tahun 1930-an, Anna Gillingham, pembantu penyelidik Orton telah mencipta satu kaedah untuk mengajar murid murid disleksia. Beliau menciptanya bersama sama seorang guru bernama Bessie Stillman iaitu teknik menggunakan pelbagai deria untuk membantu kanak kanak disleksia yang telah dikenalpasti oleh Orton. Sistem ini sudah digunakan secara meluas dan menjadi asas terhadap banyak program pengajaran ( Hornsby, 1995 ).Menurut Dr. Galaburda, susunan sel sel otak seorang individu mengalami disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa. Masalah disleksia dikatakan sebagai masalah keturunan kerana 88% daripada daripada mereka yang mempunyai symptom disleksia mewarisi masalah tersebut daripada ahli keluarganya, manakala selebihnya mendapat masalah ini daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan ataupun selepas kelahiran.

5.3.1 KATEGORI MURID DISLEKSIASecara umumnya, disleksia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu disleksia visual, disleksia auditori dan disleksia visual-auditori. Ketiga tiga disleksia ini menunjukkan beberapa tingkah laku yang berbeza.a. Disleksia Visual. Kanak kanak menghadapi kesukaran dalam menggunakan deria penglihatan walaupun kanak kanak itu dapat melihat dengan baik, tetapi dia tidak dapat membezakan perkara yang dilihat ataupun menginterprestasikan serta mengingati. Selain itu, kanak kanak tersebut mungkin melihat sesetengah huruf secara terbalik.

b. Disleksia Auditori. Kanak kanak mengalami kesukaran dalam menggunakan deria pendengaran. Mereka mengalami masalah dalam mengingati bunyi huruf, menganalisis ayat mengikut suku kata perkataan dan menyusun suku kata bagi membunyikan perkataan tersebut. Kanak kanak tersebut juga mengalami kesukaran untuk menganalisis bunyi suara halus dan membezakan bunyi huruf vokal atau bunyi huruf konsonan.

c. Disleksia Visual-Auditori. Disleksia tahap ini merupakan tahap yang paling teruk kerana ia melibatkan kedua dua deria penglihatan dan pendengaran. Hal ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam menganalisis perkara yang dilihat dan didengarnya.

5.4 HASIL KAJIAN

5.4.1 HASIL SOAL SELIDIKBidang masalahCiri-ciri ketidakupayaanTidak pernahJarang sekaliKadang-kalaKerapSangat kerap

Bacaan Lisan1.Tidak dapat membaca dengan lancar, berhenti-henti dan susah untuk membaca12345

2.Tidak menghiraukan tanda baca semasa membaca12345

3.Mengugurkan/menambah perkatan semasa membaca12345

4.Melangkau baris semasa membaca12345

5.Membaca perkataan terbalik seperti saw menjadi was12345

Pengenalan Huruf6.Tidak boleh menamakan huruf dan tidak boleh mengenal huruf.12345

7.Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti b dan d,p dan q, n dan u12345

Pengenalan Perkataan8.Salah dalam sebutan; membaca mengikut urutan salah dan tidak dapat mengenal perkataan dengan cukup cepat.12345

Kefahaman9.Tidak boleh mengingat fakta, dan tidak dapat mengecam idea utama cerita12345

10.Keliru dan menghadapi masalah konsep(seperti tidak dapat membezakan konsep kiri kanan,sebelum-selepas)12345

11.Sukar untuk mengingati dan mengikut arahan(directions) terutamanya tugasan yang melibatkan banyak langkah12345

Jadual 1.1

Jadual 1.1 menunjukkan bahawa Adik Hazel memperlihatkan tingkah laku yang biasa dialami oleh kanak kanak disleksia. Adik Hazel tidak dapat menguasai aspek bacaan lisan dengan mahir. Dia sering melakukan kesalahan apabila tidak dapat membaca dengan lancar , berhenti-henti dan susah untuk membaca serta tidak menghiraukan tanda baca semasa membaca sesuatu petikan. Selain itu, Adik Hazel turut mengalami masalah dalam mengenalpasti abjad-abjad seperti b dan d,p dan q, n dan u. Hal ini terbukti apabila guru kelasnya menyatakan bahawa Adik Hazel mengeja baca dengan daca secara berterusan.Aspek pengenalan perkataan pula, Adik Hazel sering salah dalam sebutan; membaca mengikut urutan salah dan tidak dapat mengenal perkataan dengan cepat. Hal ini menyebabkan Adik Hazel tidak dapat membaca sesuatu petikan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, aspek kefahaman Adik Hazel juga menunjukkan dia masih kurang menguasai aspek tersebut. Hal ini terbukti apabila Adik Hazel keliru dan menghadapi masalah konsep( seperti tidak dapat membezakan konsep kiri kanan, sebelum selepas ) dan sukar untuk mengingati dan mengikut arahan(directions) terutamanya tugasan yang melibatkan banyak langkah.Secara keseluruhannya, analisis Jadual 1.1 menunjukkan Adik Hazel masih tidak menguasai aspek membaca dan mengeja dengan baik. Menurut Essenstials Of Life-Span Deveploment, in early childhood precursors of literacy and academic success include language skill such as phonological and syntactic knowledge, letter identification, and knowledge about print. Pernyataam ini bermaksud kanak-kanak awal pertanda celik huruf dan kejayaan akademik termasuk ilmu bahasa seperti pengetahuan sintaksis dan fonologi, pengenalpastian huruf, dan pengetahuan tentang luahan. Hal ini menunjukkan perkembangan kanka-kanak akan mengalami perkembangan yang baik dalam aspek membaca secara berperingkat tetapi keadaan berbeza untuk kes Adik Hazel apabila dia tidak menunjukkan perkembangan yang sepatutnya.

Bidang masalahCiri-ciri ketidakupayaanTidak pernahJarang sekaliKadang kalakerapSangat kerap

Sintaksis12. Sukar mengorganisasi perkataan untuk membentuk ayat12345

Semantik13. Sukar mencari perkataan untuk menerangkan makna.12345

Fonologi14. Sukar membentuk bunyi dan mencampur bunyi huruf untuk membentuk perkataan.12345

15. Tidak dapat memahami hubung kait di antara huruf dan bunyi12345

16. Sebutan perkataan yang tidak jelas.1234

5

Pragmatik17. Sukar menggunakan bahasa dalam interaksi sosial(berkomunikasi dengan orang lain)12345

18. Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.12345

19. Menyampaikan sesuatu atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan12345

20. Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang ramai yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.12345

Jadual 1.2

Jadual 1.2 menunjukkan Adik Hazel tidak menguasai aspek sintaksis dan semantik dengan baik kerana sering melakukan kesalahan yang berkaitan dengan aspek tersebut. Adik Hazel sukar mengorganisasi perkataan untuk membentuk ayat dan sukar mencari perkataan untuk menerangkan makna. Hal ini membuktikan bahawa Adik Hazel masih tidak boleh membuat satu ayat yang betul dan tidak boleh mencari perkataan yang sesuai dengan apa yang ingin disampaikan.Aspek fonologi memperlihatkan Adik Hazel menguasainya pada tahap sederhana. Fonologi bermaksud bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Adik Hazel kurang mengalami kesukaran membentuk bunyi dan mencampur bunyi huruf untuk membentuk perkataan serta dapat memahami hubung kait di antara huruf dan bunyi. Dia boleh membentuk perkataan mudah dan boleh mengenali huruf berdasarkan bunyi huruf tersebut. Tambahan pula, Adik Hazel boleh menyebut perkataan dengan jelas. Hal ini dapat dibuktikan apabila Adik Hazel boleh berinteraksi dengan rakan rakannya tanpa sebarang masalah.Manakala dari aspek pragmatik, Adik Hazel menunjukkan perkembangan yang baik dan kurang melakukan kesalahan. Adik Hazel boleh menggunakan bahasa komunikasi dengan baik dan dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan. Hal ini berkemungkinan kerana faktor persekitaran yang mendidikan dia dalam menyampaikan sesuatu dengan baik dan bermakna. Selain itu, Adik Hazel dapat menyampaikan sesuatu atau menceritakan sesuatu kejadian mengikut urutan. Kesimpulanya, Adik Hazel masih menguasai perkembangan bahasa pertuturan dengan baik tetapi dalam aspek sintaksis dan semantik masih lemah. Hal ini membuktikan bahawa Adik Hazel masih memerlukan program pemulihan bahasa terutama aspek sintaksis dan semantik.

Bidang masalahCirri-ciri ketidakupayaanTidak pernahJarang sekaliKadang kalakerapSangat kerap

Tulisan21. Sukar membentuk huruf dan huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz12345

22. Tiada ruang pemisah antara satu perkatan dengan perkataan yang lain12345

23. Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim12345

24. Hasil kerja tidak kemas dan tulisan sukar dibaca12345

25. Sukar menyalin maklumat dari papan tulis123

45

26. Sukar menyalin maklumat yang diperdengarkan123

45

27. Menulis lambat jika berbanding rakan sebaya123

45

Jadual 1.3

Jadual 1.3 menekankan aspek tulisan dan kanak kanak disleksia sememangnya lemah dalam segi penulisan kerana pergerakan moto halus agak lemah. Tetapi aspek tulisan memperlihatkan Adik Hazel menguasainya dengan mahir dan baik. Adik Hazel boleh membentuk huruf tetapi huruf huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz dan mempunyai ruang pemisah antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Namun begitu, ayat ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim. Hasil daripada program pemulihan yang dilaksanakan, Adik Hazel mempunyai hasil kerja yang kemas dan tulisan mudah dibaca.Selain itu, Adik Hazel tidak mempunyai masalah untuk menyalin maklumat dari papan tulis dan maklumat yang disampaikan oleh guru atau yang diperdengarkan. Keadaan ini berpunca kandungan program pemulihan yang berkesan dan sesuai dengan keperluan Adik Hazel. Tetapi dalam aspek tulisan hanya satu keadaan yang menjejaskan prestasi Adik Hazel iaitu Adik Hazel menulis lambat jika berbanding rakan sebaya. Hal ini seiring dengan kajian yang dilakukan oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ( 2009 ) yang menyatakan bahawa kanak kanak disleksia mengalami kesukaran untuk menulis dengan lancar dan tepat. Hal ini membuktikan bahawa Adik Hazel menunjukkan ciri ciri disleksia yang biasa ditonjolkan oleh kanak kanak yang mengalami masalah disleksia.Kesimpulan, Adik Hazel menunjukkan perkembangan yang baik dalam aspek penulisan. Hal ini berikutan Adik Hazel mendapat sokongan yang baik daripada keluarganya dan guru guru di Pusat Disleksia Malaysia. Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran dalam program pemulihan cukup berkesan dan menarik Adik Hazel untuk menulis secara konsisten.

5.4.2 TEMU BUALPihak kami berjaya mendapat maklum balas daripada emak Hazel mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan ketidakupayaan Hazel. Berikut adalah transkrip pihak kami bersama Puan Easter ( bukan nama sebenar ) :Soalan Pertama : Adakah Puan Easter menghadapi sebarang alahan semasa mengandungkan Adik Hazel?Jawapan : Alahan yang saya alami adalah sangat teruk pada peringkat awal kehamilan namun ianya berkurangan apabila kandungan mencapai usia 5 bulan.Soalan Kedua : Adakah Puan Easter mengalami kemalangan semasa mengandung?Jawapan : Tidak pernah. Saya menjaga kesihatan saya dengan baik namun kerana saya merupakan seorang peniaga maka saya akan sering sibuk dengan urusan kerja saya. Saya terpaksa berjumpa dengan orang ramai. Kadang-kadang saya terpaksa tidur lewat kerana urusan kerja.Soalan Ketiga: Adakah Puan Easter melalui proses kelahiran secara normal?Jawapan : Saya bersalin secara normal dan tidak mempunyai masalah, namun Hazel lahir tidak cukup bulan iaitu pada ketika kandungan berusia 37 minggu dengan berat hanya 2.2 kg.

Soalan Keempat: Adakah Adik Hazel menghidapi sebarang penyakit selepas proses kelahiran?Jawapan : Dia dijangkiti demam kuning yang teruk dan pihak doktor terpaksa menahannya untuk memantau perkembangan Hazel. Selain itu, dia juga pernah mengalami demam panas ketika masih bayi.Soalan Kelima: Bagaimanakah kelakuan Adik Hazel semasa dirumah?Jawapan : Hazel merupakan kanak-kanak yang sangat aktif, dia tidak boleh duduk diam di rumah. Dia sering kali menyelerakkan barang permainannya, malahan dia sering memecahkan peralatan di rumah akibat sikapnya yang tidak boleh duduk diam.Soalan Keenam: Apakah aktiviti yang sering dilakukan oleh Adik Hazel semasa berada dirumah?Jawapan : Seperti yang saya katakana tadi, Hazel sememangnya seorang yang aktif. Oleh itu, aktiviti hariannya di rumah ialah berlari dan bergerak di setiap pelosok rumah. Dia cuma berhenti apabila dia penat atau dia melakukan perkara yang sangat digemarinya iaitu menari.Soalan Ketujuh: Bagaimanakah pergaulan Adik Hazel dengan anggota masyarakat?Jawapan : Saya jarang membawa Hazel untuk keluar kepada masyarakat kerana saya risau tentang pandangan orang ramai kepada dia memandangkan dia merupakan seorang yang sangat aktif. Pasti ramai yang akan terganggu dengan kelakuannya. Namun mengikut pandangan saya, saya boleh katakana bahawa dia boleh bergaul dengan masyarakat namun dia akan bertindak agresif jika dia tidak puas hati dengan sesiapa.

Soalan Kelapan: Apakah tingkah laku yang ditunjukan jika Adik Hazel marah atau gembira?Jawapan : Jika Hazel marah dia akan melakukan kerosakan seperti memecahkan barang, menyelerakkan barang dan menangis dalam tempoh masa yang panjang. Dia akan marah sekiranya permintaannya tidak dipenuhi seperti ingin beli alat permainan. Manakala jika Hazel gembira, dia akan menanyi dan menari ataupun dia akan sentiasa tersenyum.Soalan Kesembilan : Adakah Adik Hazel menceritakan perihal sekolah kepada Puan Easter?Jawapan : Hazel akan menceritakan semua perkara dalam hidupnya. Dia merupakan seorang yang tidak pandai berahsia namun dia boleh menceritakan cerita yang kedengaran mustahil namun cara dia menceritakannya akan membuatkan kita berfikir tentang kebenaran cerita tersebut.Soalan Kesepuluh : Bagaimanakah tingkah laku Adik Hazel apabila berjumpa dengan orang asing?Jawapan: Dia merupakan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perasaan takut kepada orang sekeliling. Dia tidak akan mempedulikan orang di sekelilingnya terutama kepada orang yang baru dikenalinya. Melainkan orang tersebut mempunyai sesuatu yang memyebabkannya tertarik dengannya maka dia kan sentiasa ingin bersama dengan orang tersbut. Lebih-lebih lagi jika orang tersebut memberikan perhatian lebih kepadanya.Soalan Kesebelas : Bagaimanakah Puan Easter tahu ketidakupayaan Adik Hazel?Jawapan : sebelum ini saya kurang berpengetahuan mengenai keadaan Hazel, namun seorang kenalan telah memberitahu kemungkinan Hazel mempunyai masalah Hiperaktif. Ketika usia Hazel 3 tahun, saya telah berjumpa dengan doctor untuk meminta pandangannya tentang perkara ini. Doktor tersebut menyarankan saya untuk berjumpa dengan pakar psikologi sebagai kepastian. Dari situlah anak saya didiagnosis sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Soalan Kedua Belas : Apakah cabaran yang dihadapi oleh Puan Easter dalam penjagaan Adik Hazel?Jawapan : Sememangnya amat sukar untuk menjaga Hazel kerana dia seorang yang sangat aktif. Saya juga seorang peniaga dan saya terpaksa mencari masa untuk menjaga Hazel dan bekerja. Oleh itu, saya meminta nenek Hazel untuk menjaganya ketika ketiadaan saya.Soalan Keempat Belas:Apakah harapan Puan Easter kepada Adik Hazel?Jawapan : Saya sangat berharap supaya Hazel dapat mengawal sifat agresifnya dan semoga ketidakupayaan Disleksianya akan semakin berkurangan agar dia boleh menjadi anak yang berguna pada masa hadapan.

Semasa sesi temu bual, terdapat beberapa soalan yang tidak mahu dijawab oleh Puan Easter kerana ia menyentuh sensitiviti beliau. Antara soalan yang tidak mahu dijawab ialah :a. Adakah keluarga Puan Easter mempunyai sejarah masalah disleksia atau hiperaktif atau sebarang ketidakupayaan lain?b. Pernahkah Puan Easter mengambil ubat ubatan yang terlarang atau ubat tradisional tanpa pengawasan doktor?c. Apakah punca berlakukan perpisahan di antara puan dan bekas suami puan?d. Apakah perasaan Puan Easter apabila mengetahui Adik Hazel mempunyai ketidakupayaan disleksia dan hiperaktif?

5.4.3 PEMERHATIANPemerhatian yang dilakukan untuk mengesan aspek perkembangan yang dialami oleh Adik Hazel. Aspek perkembangan yang diperhati ialah aspek kognitif, fizikal, sosio-emosi, dan bahasa.a. Aspek Kognitif Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget, perkembangan kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu pertama deria motor pada usia 6 bulan hingga dua tahun, kedua pra-operasi iaitu pada dua tahun hingga tujuh tahun, ketiga operasi konkrit bermula pada umur tujuh tahun hingga 11 tahun dan terakhir operasi formal pada umur 11 tahun hingga dewasa. Jika menurut Piaget, Adik Hazel kini sedang melalui tahap pra-operasi iaitu pada umur 2 tahun hingga 7 tahun. Kanak kanak pada peringkat ini boleh menghubungkan maklumat deria dengan pergerakan fizikal dan diterjemahkan kedalam simbol huruf, gambar dan lukisan. Tambahan pula, kanak kanak prasekolah masih kurang dalam kebolehan dalam aktiviti fizikal dan mental.

Pada pemerhatian kami, Adik Hazel mempunyai kecerdasan kognitif yang selaras atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran dalam kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Selain itu, Adik Hazel mengalami masalah untuk belajar dalam jangka masa yang panjang. Contohnya, Adik Hazel hanya boleh menumpukan perhatian selama 10 20 minit apabila gurunya mengajar.Selain itu, Adik Hazel merupakan seorang yang pelupa kerana kerja rumah tidak siap kerana tidak tahu ada kerja rumah atau tidak. Keadaan ini memperlihatkan Adik Hazel menunjukkan ciri ciri kanak kanak disleksia kerana mengalami masalah dalan ingatan jangka masa pendek. Hal ini menyebabkan kerja sekolah sering tidak lengkap dan akibatnya Adik Hazel lemah dalam pencapaian akademik. kesukaran untuk menggunakan istilah atau perkataan dengan betul. Mempunyai masalah untuk menerima arahan dan mengikut arahan yang diberikan. Sering bertanya soalan yang mudah tetapi sukar untuk menjawabnya. Boleh membezakan warna warna dalam aktiviti mewarna lukisan. Boleh mengenal nombor secara tidak berturutan.Secara keseluruhannya, Adik Hazel melalui perkembangan pra-operasi dengan baik tetapi terdapat beberapa aspek terjejas kerana ketidakupayaan yang dialami oleh Adik Hazel. Perkembangan kognitif Adik Hazel sebenarnya mengalami kelewatan berbanding kanak kanak normal yang lain.

b. Aspek Fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.Menurut Essenstials Of Life-Span Deveploment, secara purata seorang kanak kanak akan membesar sebanyak 2.5 inci pada ketinggian dan pertambahan berat badan sebanyak 5 hingga 7 pauns secara berperingkat. Keadaan ini akan berterusan sehingga peringkat akil baligh dan perkara ini tidak berlaku secara statik tetapi dipengaruhi oleh beberapa faktor penyumbang. Kanak kanak lelaki mempunyai tisu otot yang lebih banyak berbanding kanak kanak perempuan tetapi kanak kanak perempuan mempunyai lebih banyak tisu lemak. Perkembangan moto kasar dan halus juga seiring dengan perkembangan fizikal kanak kanak. Selain itu, pada peringkat kanak kanak juga, kita dapat melihat penggunaan tangan yang dominan seperti penggunaan tangan kiri oleh kanak kanak disleksia dalam aktiviti harian seperti menulis, mengira dan lain lain.Perkembangan fizikal seseorang kanak kanak adalah berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya pengambilan makanan, faktor genetik dan lain lain. Tetapi faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam perkembangan fizikal kanak kanak. Jika bapa dan ibu mempunyai tubuh badan yang besar, kemungkinan anak mereka mempunyai tubuh badan yang besar sangat tinggi.

Pada awal perkenalan kami dengan Adik Hazel, kami menyangkakan dia berumur 3 atau 4 tahun tetapi sangkaan kami meleset apabila mengetahui dia sudah berusia 5 tahun. Hal ini kerana, Adik Hazel mempunyai saiz badan yang kecil berbanding dengan kanak-kanak normal yang sebaya dengannya. Pada anggaran kami, Adik Hazel mempunyai ketinggian 96 cm dan berat sebanyak 15 kg. Keadaan ini mungkin berpunca daripada berat awal Adik Hazel yang hanya 2.2 kg semasa baru dilahirkan dan sikapnya yang tidak berapa suka makan. Dia hanya makan dengan kuantiti yang sedikit. Aspek motor halus pula, Adik Hazel masih tidak menguasainya dengan baik apabila dia tidak boleh memasang butang pakaiannya sendiri dan memerlukan bantuan orang lain dalam melakukannya. Selalunya kanak kanak disleksia penggunaan tangan kiri lebih dominan dalam pergerakan moto halus tetapi berbeza dengan Adik Hazel apabila dia dominan dalam tangan kanan apabila menulis. Tulisan Adik Hazel adalah kemas dan boleh dibaca tetapi dia menulis sangat lambat.Menurut Edwards dan Sarwark, (2005), pergerakan moto kasar melibatkan kanak kanak dapat berdiri dan bergerak dengan mudah. Kanak kanak yang berusia 5 tahun secara normal akan melakukan pergerakan yang lebih mencabar seperti memanjat, dan berlumba dalam melakukan aktiviti dengan rakan rakan mereka. Hal ini turut dilihat dalam diri Adik Hazel, dia sangat suka dengan aktiviti menari dan melompat. Hal ini terbukti apabila kami melakukan aktiviti senaman pagi, Adik Hazel sangat teruja dan melakukannya dengan bersungguh sungguh.Kesimpulannya, Adik Hazel menunjukkan perkembangan fizikal secara sederhana. Setiap aspek menunjukkan prestasi turun naik dan keadaan ini mungkin berkurangan apabila Adik Hazel meningkat remaja dan mengikuti program pemulihan secara berterusan.

c. Aspek Sosio Emosi Menurut teori perkembangan sosio-emosi Sigmund Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahagikan kepada 5 peringkat. Peringkat oral bermula dari kanak-kanak sebulan hingga 1 tahun, peringkat anal bermula dari kanak-kanak 1 hingga 3 tahun, peringkat falik bermula dari kanak-kanak 3 hingga 6 tahun, peringkat latensi bermula dari kanak-kanak 6 hingga 11 tahun, peringkat genital bermula dari kanak-kanak 12 tahun ke atas.Peringkat yang dialami oleh Adik Hazel ialah peringkat falik iaitu bermula pada umur 3 tahun hingga 6 tahun. Menurut Freud, pada peringkat ini kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri. Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Selain itu, kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya. Kanak - kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya. Pada peringkat ini, kanak kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi masalah penyelesaian.

Pada pemerhatian kami, Adik Hazel sedang melalui peringkat falik kerana dia tahu jantinanya melalui pemakaiannya dan warna kegemarannya. Selain itu, pergaulannya dengan rakan rakan sejantina juga menunjukkan perkembangan emosinya kearah kewanitaan. Tetapi menurut guru Adik Hazel kurang keyakinan apabila disuruh melakukan tugasan sekolah sendirian. Dia hanya yakin apabila ada orang dewasa membimbingnya dalam melakukan tugasan.Selain itu, Adik Hazel suka bercakap dengan kuat dan menjerit apabila berbual dengan rakan rakannya. Hal ini membuatkan kemahiran sosialnya kurang memuaskan tetapi boleh bergaul dengan orang lain. Ciri ciri lain Adik Hazel ialah tidak berminat mendengarcerita tetapi suka melihatbukuceritayangbergambar, sangat berminat denganaktiviti yang berkait dengan lagu, cepat bosan terhadap pelajaran. Selain itu, dia sering mengalami gangguan emosi dan tidak suka duduk diam tanpa melakukan sesuatu aktiviti. Kesimpulan, Adik Hazel melalui proses perkembangan sosio emosi yang baik kerana setiap ciri ciri yang ditonjolkan menepati tahap perkembangan yang di syorkan oleh Sigmund Freud. Namun sifat baran dan tidak sabar yang ditunjukkan tidak baik dan hal ini memerlukan perhatian khusus oleh guru gurunya. Hal ini disebabkan kanak kanak hiperaktif selalu menunjukkan tingkah laku yang agresif dan berbahaya kepada dirinya dan persekitaran.

d. Aspek Bahasa Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat menangis dan bahasa badan juga boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya.Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. Pada saat ini, kanak-kanak mula belajar membaca. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji terdahulu mendapati bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca.Menurut ( Berko Gleason, 2003 ), kanak kanak memperoleh kemahiran bahasa baru apabila memasuki alam persekolahan iaitu penggunaan perkataan baru, belajar memahami makna ayat, mengenalpasti bunyi dan penghasilan bunyi. Mereka juga belajar prinsip huruf dan mengenali bunyi huruf berkenaan.

Melalui pemerhatian kami, Adik Hazel menguasai secara sederhana tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Dia menggunakan bahasa melayu dan inggeris apabila berada didalam kelas dan menggunakan bahasa ibundanya di rumah. Keadaan ini menunjukkan kemahiran bahasanya agak bagus. Selain itu, dia juga suka bercakap dengan orang lain yang sebaya dengan dia menggunakan bahasa yang ringkas. Tetapi, melalui pengamatan kami Adik Hazel sukar memahami perkataan yang didengar terutama arahan yang panjang.Selain itu, dalam percakapannya beliau tidak mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan dan percakapan. Tambahan pula, dia juga sukar melakukan peniruan ayat yang dituturkan oleh orang lain. Keadaan ini menunjukkan Adik Hazel bukan pengajuk yang baik. Pada aspek penulisan pula, Adik Hazel mempunyai tulisan yang kemas dan boleh dibaca. Semasa menulis, Adik Hazel suka menekan pensel kerana dia ingin lihat bagaimana penulisan berlaku. Tambahan pula, Adik Hazel tidak suka aktiviti yang melibatkan penulisan. Dia hanya boleh menumpukan perhatian selama 5 minit sahaja dan seterusnya dia akan melakukan aktiviti-aktiviti lain.Secara keseluruhan, Adik Hazel menunjukkan penguasaan baik dalam pertuturan kerana mampu menguasai tiga bahasa. Tetapi aspek penulisan, Adik Hazel kurang mahir kerana tidak minat dan tidak boleh menumpukan perhatian.

5.4.4 CABARAN CABARAN YANG DIHADAPICabaran yang dimaksudkan ialah halangan yang dihadapi oleh pihak pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru dan lain lain yang terlibat secara langsung dengan perkembangan Adik Hazel.a. IbuSebagai ibu tunggal, memiliki anak yang mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran merupakan cabaran yang sangat berat. Puan Easter terpaksa menguruskan keperluan Adik Hazel seorang diri. Tambahan pula kesibukan Puan Easter memaksanya untuk sering menghantar Adik Hazel ke rumah neneknya. Masa yang terluang untuk Adik Hazel adalah kurang akibat kesibukannya. Selain itu, penerimaan keluarga juga yang tidak memberi sokongan moral juga sedikit sebanyak menjatuhkan semangat Puan Easter. Tambahan pula, kelakuan Adik Hazel yang agresif dan sukar dikawal menyebabkan Puan Easter terpaksa memberi tumpuan yang lebih disamping mencari rezeki untuk keluarga. Selain itu, Puan Easter tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Hal ini memberikan cabaran dalam menguruskan Adik Hazel. Malahan, pandangan masyarakat terhadap Adik Hazel juga membebankan Puan Easter kerana terdapat segelintir daripada masyarakat menganggap Adik Hazel sebagai seorang kanak-kanak yang nakal kerana sikapnya yang agresif. Perkara ini memberi kesan kepada emosi Puan easter. Disamping itu, kerana kurang pengetahuan mengenai jenis ketidakupayaan Adik Hazel, Puan easter tidak menghiraukan soal pemakanan anaknya. Sebaliknya, Puan easter sering membelikan makanan ringan kepada Adik Hazel sekiranya dia memberontak dan menangis.

b. GuruSebagai pendidik program pemulihan khas, beliau seharusnya mengajar murid muridnya mengikut rancangan pendidikan individu ( RPI ) supaya ilmu yang ingin disampaikan berjaya dan difahami oleh murid muridnya. Oleh itu, cabaran yang paling utama yang dihadapi oleh guru Adik Hazel ialah, beliau terpaksa mengubahsuai corak pengajaran mengikut keperluan Adik Hazel. Keadaan ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk mengajar sesuatu tajuk kepada Adik Hazel kerana salah satu ciri ciri kanak kanak disleksia dan hiperaktif ialah sukar memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kelakuan agresif Adik Hazel yang tidak boleh diramal juga merupakan cabaran yang terpaksa dilalui oleh guru gurunya. Adik Hazel selalu melakukan aktiviti yang mengundang keresahan kepada guru gurunya. Contohnya, Adik Hazel pernah mematahkan kerusi sewaktu bermain main dengan rakan rakannya. Walaupun tubuh badannya agak kecil tetapi kelakuan agresifnya diluar kawalan guru gurunya. Tambahan pula, tekanan dari ibu Adik Hazel turut memberi kesan kepada gurunya. Hal ini berikutan, Adik Hazel tidak menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian dan ibunya menyalahkan pengurusan pusat kerana tidak berjaya memberi kesan positif terhadap perkembangan Adik Hazel.

5.5 LANGKAH LANGKAH MENINGKAT POTENSI ADIK HAZELAdik Hazel memerlukan sokongan dan bimbingan daripada faktor persekitaran. Faktor utama yang memainkan peranan yang sangat penting ialah peranan ibu bapa. Hazel hidup dalam keluarga yang berpecah-belah. Ibu bapa Adik Hazel sudah bercerai dan mempunyai laluan hidup yang berbeza. Adik Hazel dijaga oleh ibunya dan ahli keluarga yang lain. Namun akibat daripada kesibukan ibunya, masa yang terluang untuk Adik Hazel adalah kurang. Ibu atau bapa Hazel sepatutnya meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Adik Hazel. Walaupun ibu bapa Hazel sudah bercerai namun itu bukan alasan bagi mereka untuk tidak meluangkan masa bersama Adik Hazel. Pada peringkat umur Adik Hazel, dia memerlukan kasih sayang daripada seseorang.Apa yang sepatutnya ibu bapa ataupun ahli keluarga Adik Hazel lakukan untuk mengurangkan ketidakupayaan ini ialah dengan memberi maklum balas yang kerap dan serta - merta kepada Adik Hazel. Selain itu, Adik Hazel perlu dididik bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak baik dan setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada akibatnya. Namun begitu, sebelum melakukan hukuman, ganjaran perlulah diberikan kepada Adik Hazel supaya mereka tahu bahawa kelakuan yang baik akan mendapatkan hasil yang baik dan sebaliknya. Selain itu, ahli keluarga juga haruslah kuat dalam melakukan sesuatu dan mereka perlulah tetap dengan keputusan mereka. Jangan mudah berlembut hati kerana ini adalah untuk kebaikan Adik Hazel. Selain itu, ahli keluarga juga perlu sentiasa ingat bahawa kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan terutama ADHD tidak akan lari daripada masalah kerana sikap mereka yang agresif akan menyebabkan keadaan yang tidak baik dan ibu bapa perlu ingat bahawa ini bukan salah mereka dan mereka perlulah bekerjasama dan bawa bertenang untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa perlulah bersikap pemaaf kerana apa yang mereka lakukan bukanlah atas kehendak mereka sendiri.

Guru juga mempunyai peranan dalam melakukan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini. Guru-guru terutamanya guru pendidikan khas perlulah mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD dan Disleksia supaya guru-guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru pendidikan khas mestilah bijak dalam mengurus tingkah laku murid-murid ADHD yang agresif serta murid-murid Disleksia. Persekitaran di dalam kelas juga mestilah kondusif dan bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak ADHD dan Disleksia.Antara contoh yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah susunan di dalam kelas mestilah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian dan menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan. Guru-guru juga perlulah menegaskan kepada kanak-kanak untuk mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan kepada murid sekiranya terdapat perubahan jadual. Guru-guru juga mestilah bijak menyusun pembelajaran dengan menjadikan pembelajaran lebih aktif dan memberi murid peluang untuk bergerak kerana kanak-kanak ADHD tidak suka dengan cara pembelajaran yang statik. Manakala, kanak-kanak Disleksia pula tidak begitu gemar dengan aspek akademik kerana mereka sering mendapat hasil yang berbeza dengan orang lain.Pengajaran dari segi kemahiran sosial juga boleh amat penting supaya kanak-kanak yang berkeperluan khas dapat mendapatkan pendidikan yang sesuai. Terutama sekali bagi kanak-kanak yang berada di pusat ini kerana majoriti kes kanak-kanak yang ada di pusat ini ialah mangsa buli disebabkan ketidakupayaan mereka. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu dibimbing agar mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan guru-guru mereka setelah mereka kembali bersekoah setelah tamatnya tempoh pemulihan di pusat ini. Melalui cara ini, kanak-kanak tersebut boleh berhadapan dengan situasi di sekolah dan tidak berasa fobia untuk datang ke sekolah.

5.6 KESIMPULANSetiap individu di dunia semestinya mempunyai perbezaan di antara satu sama lain terutamanya bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Mereka bukan saja berbeza dari segi pemikiran atau kognitif tetapi juga berbeza dari segi fizikal, emosi dan keperluan. Oleh itu, kita haruslah mengambil peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas boleh berkembang seiring dengan kanak-kanak normal yang lain. Langkah awal perlulah diambil bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendedahan tentang kehidupan. Mereka perlulah dibimbing terutama dari segi kemahiran yang diperlukan dalam rutin seharian mereka.Selain itu, kita harus mengikis atau memusnahkan pemikiran sempit yang beranggapan bahawa ketidakupayaan yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas adalah sesuatu yang negatif dan memalukan. Intervensi awal juga penting untuk meminimumkan kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini supaya mereka boleh hidup berdikari kelak. Oleh yang demikian, kita haruslah peka terhadap kanak-kanak terutama sekali kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka perlulah diberi perhatian dan mendapat kasih saying yang mencukupi kerana mereka juga ialah insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.Akhir kata, pihak kami berharap Adik Hazel akan terus berjaya dalam kehidupannya walaupun mengalami ketidakupayaan kerana kekurangan bukan penghalang untuk Adik Hazel terus berusaha. Kami yakin Adik Hazel boleh menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, dan negara kerana terdapat juga beberapa tokoh yang terkenal walaupun mengalami ketidakupayaan.

6.0 REFLEKSI INDIVIDUPengalaman bersama kanak kanak masalah pembelajaranNukilan Muhamad Azeem Fiqri Bin Ruslan 117694 kenapalah hang lahir kat dunia ini? Menyusahkan orang sahaja!.Merupakan persoalan persoalan yang sering bermain di fikiran semasa dibangku sekolah menengah. Saya sering memandang rendah terhadap kemampuan mereka dan sering memperlekehkan golongan tersebut. Tetapi segalanya berubah apabila saya ditawarkan dengan program ijazah sarjana muda dengan pendidikan ( pendidikan khas ) di Universiti Sains Malaysia. Perasaan sedih dan gembira bercampur aduk kerana pilihan pertamaku ditolak dan kursus ini merupakan pilihan keduaku. Namun saya redha dan berharap ada hikmah yang bakal dapat dengan peluang pendidikan yang diberikan-Nya. Keluarga dan sanak saudara mengucapkan tahniah dan serta merta saya digelar guru walaupun belum menjejakkan kaki di USM. Saya berjumpa dengan ustaz Izwin bagi mendapatkan pandangan beliau dan meminta sedikit sebanyak maklumat mengenai kursus yang ditawarkan ini. Ayat pertama yang diucapkan oleh ustaz saya ialah, tahniah! Hang ( Anda ) guru kepada penghuni syurga. Apabila berbual panjang dengan ustaz dan beberapa guru lain barulah persoalan saya terjawab bahawa golongan kurang upaya ini merupakan bakal penghuni syurga dan tanggungjawab yang saya bakal dipikul amat besar dan berat. Kata kata sebelum memasuki Universiti Sains Malaysia.Masa semakin suntuk dan kami baru mula mencari kawasan kajian melalui internet. Akhirnya kami menjumpai sebuah pusat bukan kerajaan iaitu Pusat Disleksia di kawasan Pulau Pinang. Namun, malang sekali kerana setiap panggilan yang kami lakukan tidak ada jawapan. Oleh itu, kami berubah fikiran dan mula mencari kawasan kajian yang lain. Kami akhirnya membuat keputusan untuk memilih sebuah sekolah rendah iaitu SK Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Pada tengahari Jumaat yang suam suam kuku, Precylla memperlihatkan perlakuan yang sedih. Tambahan pula, raut wajahnya yang sugul itu seakan akan telah menceritakan apa yang berlaku dan sepertiku duga permulaan hari penghulu segala hari tidak bermula dengan baik. Precylla telah menceritakan pengalaman pertamanya berurusan dengan pihak sekolah kebangsaan bayan baru. Niat murni kami untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai kawasan kajian telah ditolak mentah mentah. Alasannya hanya mudah dan tidak logik sahaja iaitu pihak kami tidak mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan kajian disitu. Sangat sedih dan kecewa apabila mendengar berita dari Precylla kerana saya sangat teruja dan bersemangat untuk berjumpa dengan kanak kanak bermasalah pembelajaran di sekolah berkenaan. Perasaan takut dan gementar juga menyelubungi diri ini kerana sekolah akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Saya harus cari peluang disekolah lain untuk menyelesaikan kajian ini sebelum sesi persekolahan tamat. Pada malamnya, saya terus mencari maklumat mengenai pusat pusat yang menempatkan kanak kanak masalah pembelajaran ini tetapi menemui jalan buntu kerana jarak pusat ini amat jauh dan memerlukan kos pengangkutan yang tinggi sedangkan wang PTPTN masih belum diterima. Sekali lagi perasaan takut dan gementar menyelubungi diri kerana mengikut jangkaan masa. Sekolah akan menamatkan sesi persekolahan dalam masa dua minggu lagi. Tambahan pula, kebanyakkan kajian kes yang melibatkan pergerakan luar kampus belum bermula. Pada saat ini, tekanan sebagai seorang mahasiswa USM mula terasa. Semangat mula pudar dan perasaan tertekan mula menguasai diri. Tetapi, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan saya terus menghubungi seorang kakak senior untuk menanyakan pendapat beliau. Atas nasihat dan tunjuk ajar beliau saya cuba mencari pusat bukan kerajaan yang turut menyediakan penempatan kepada kanak kanak bermasalah pembelajaran. Melalui carian dilaman sesawang, saya dan Precylla telah menyenaraikan beberapa pusat yang berkaitan. Alhamdulillah, terdapat beberapa pusat ngo yang berdekatan yang boleh memudahkan perjalanan kami ke sana.Pada hari Khamis, saya telah pergi ke Pusat Jagaan Bantuan Bagi Orang-Orang Cacat dan sambutan yang baik diberikan oleh puan pengetua pusat berkenaan iaitu Puan Khadijah. Setelah menjelaskan tujuan kami, beliau meminta tempoh sehari untuk meneliti jadual dan kelapangan pusat berkenaan. Tetapi pada masa yang sama, beliau agak keberatan untuk memberi kerjasama kerana pusat beliau pernah dianggap pusat yang tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Pada ketika itu, saya menganggapkan bahawa usaha kali ini gagal lagi. Keesokan harinya, Puan Khadijah menelefon saya dan beliau menolak permohonan kami dengan baik kerana pusat beliau agak sibuk dengan persiapan mengadakan aktiviti dengan pusat lain. Sekali lagi sedih menyelubungi kumpulan kami dan perasaan putus asa sudah kelihatan. Selepas solat jumaat, saya telah mencuba untuk menghubungi sebuah lagi pusat iaitu Pusat Disleksia Malaysia, cawangan Pulau Pinang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi apabila permohonan untuk menjadikan pusat disleksia sebagai pusat kajian diterima tanpa sebarang masalah. Setelah berbincang, pihak kami menetapkan untuk melawat kawasan kajian buat pertama kali pada hari selasa kerana kebetulan kuliah pada sebelah pagi ditunda ke petang. Pihak kami pergi bersama kumpulan Power Girl pada pukul 8.00 pagi. Walaupun pusat tersebut berdekatan tetapi kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung agak mahal iaitu RM 30.00 dua hala. Perjalanan hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit dan kami beranggapan bahawa tambang yang dikenakan sangat mahal. Ketika sampai kesana, kami disambut dengan meriah oleh pihak pengurusan dan kanak kanak tersebut. Pada pandangan pertama saya terhadap pusat itu, sangat tidak sesuai untuk dijadikan pusat disleksia kerana terletak di kawasan perumahan.Apabila diperhatikan, kanak kanak tersebut memiliki bentuk fizikal dan muka yang normal. Persoalan demi persoalan bermain di minda. Apakah kurangnya mereka? Comel comel je! Silap masuk tempat ke?Tetapi persoalan mula terjawab apabila kami menemu bual Encik Gunasekaran yang merupakan ketua pusat berkenaan. Menurut beliau, kanak kanak disleksia dan hiperaktif mempunyai fizikal yang normal tetapi yang membezakan mereka hanya pada dalaman dan paling ketara dari segi pelajaran dan pergerakan moto mereka. Pada waktu itu, barulah saya faham dan mula simpati dengan golongan ini. Waktu pusat mula beroperasi ialah pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan mampu menampung seramai 15 orang pada satu tempoh pemulihan. Aktiviti pertama mereka adalah senaman pagi pada pukul 8.30 pagi, dan pada ketika itu berbagai ragam dan aksi mereka tonjolkan. Kelakuan mereka sedikit sebanyak menyentuh hati saya kerana mereka beraksi seolah olah tiada kekurangan pada diri mereka. Kadang kala telatah mereka mencuit hati saya dan terasa tenang melihat mereka. Tepat pukul 9.30 pagi mereka bersurai dan mereka saling bekerjasama untuk membantu guru mereka mengemas peralatan yang digunakan. Pada ketika ini, saya merasakan bahawa kanak kanak ini mempunyai kelebihan iaitu tidak perlu diarah oleh guru guru untuk mengemas peralatan kerana mereka secara automatik akan menghulurkan bantuan dan setiap dari mereka akan melakukan apa sahaja termasuklah menyusun kasut kasut yang berselerak.Setelah selesai senaman pagi, mereka mengambil beg dan mula masuk kelas yang berada ditingkat atas. Kumpulan saya belum memutuskan untuk memilih responden bagi kajian kes PPK 102 kerana kanak kanak disini sangat peramah dan memiliki kelebihan masing masing. Terasa mahu mengkaji mereka semua tetapi kepakaran yang ada tidak cukup untuk melaksanakannya. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, saya dapat melihat mereka begitu bersemangat tetapi tidak dapat bertahan lama. Selepas setengah jam mereka mula membuat bising terutama kanak kanak hiperaktif. Tetapi guru disitu sangat kreatif kerana apabila mereka membuat bising guru akan melakukan aktiviti yang paling mereka sukai iaitu menyuruh mereka berkerjasama menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dijalankan sangat berkesan kerana mereka sangat suka berkerjasama. Pada pukul 10.30 mereka dilepaskan untuk makan pagi dan mereka akan membawa bekalan dari rumah kerana pusat berkenaan tidak menyediakan makanan. Pelbagai makanan mereka bawa dari rumah antaranya roti, biskut, dan makanan bergoreng. Mereka gemar berkongsi makanan kecuali seorang kanak kanak bernama Liyana kerana kanak kanak ini mempunyai ego yang sangat tinggi.Masa rehat adalah selama 25 minit dan kebanyakkan mereka akan makan dengan kadar segera kerana mahu bermain. Selepas waktu rehat, mereka akan masuk kembali kelas untuk sesi pengajaran seterusnya. Pada ketika itu, guru akan mula memberikan tugasan untuk disiapkan di rumah. Setiap pelajar diberikan tugasan berbeza mengikut tahap mereka dan melalui cara ini guru melihat kemajuan pelajarnya. Tetapi kadang kala tugasan yang diberikan tidak lengkap atau disiapkan oleh penjaga mereka. Walau bagaimanapun, kanak kanak ini jujur dengan guru mereka kerana mereka akan mengatakan ahli keluarga mereka yang buat. Situasi ini mencuit hati saya dan bangga dengan sikap mereka yang jujur dengan guru mereka. Sebelum saya bertolak pulang, kumpulan saya telah memilih dua responden iaitu Aisha dan Adik Hazel. Pukul 12.30 tengahari, saya dan kawan kawan pulang ke USM dengan pelbagai perasaan yang bermain di jiwa. Pada tanggal 1 November 2012, merupakan hari yang bersejarah dalam hidup ini. Pertama kali dalam hidup, saya bermesra dan berkomunikasi dengan kanak kanak istimewa ini walaupun saya kekok untuk berinteraksi dengan mereka tetapi saya akui Precylla sangat pandai melayan karenah kanak kanak. Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T untuk menjalani kehidupan sebagai insan yang normal dan tidak mengalami sebarang kekurangan dari segi fizikal dan emosi. Tetapi pada masa yang sama saya terfikir bagaimana kanak kanak istimewa boleh mengharungi dunia yang serba moden ini. Adakah mereka terus dipandang rendah oleh segelintir masyarakat atau akan berlaku perubahan yang positif terhadap golongan istimewa ini. Sebelum tidur saya mengenang kembali lawatan pertama ke pusat itu, pelbagai perasaan dan gelagat yang tersemat dalam hati saya. Pada masa yang sama, saya memikirkan aktiviti yang mahu dilakukan bersama dengan kanak kanak pada lawatan kedua nanti dan memikirkan idea untuk membeli saguhati untuk guru dan ibu bapa bakal responden kami. Banyak perkara yang ingin dilakukan tetapi masa yang terhad dan kekurangan dana menyebabkan saya hanya memilih satu aktiviti iaitu mewarna. Manakala saguhati untuk guru dan ibu bapa pula, saya dan Precylla akan membuatnya sendiri mengikut kreativiti kami. Saya menanamkan niat untuk mencari bahan untuk aktiviti itu bersama Precylla di Mydin, Bukit Jambul.Pada petang Isnin, saya dan Precylla pergi ke Mydin Bukit Jambul untuk mencari bahan yang dihajati. Setelah beberapa jam disana akhirnya saya dan Precylla telah mendapat apa yang kami hajati kami bergegas pulang kerana kelas PGA 102 akan bermula dalam masa 10 minit lagi. Akhirnya, pada malamnya saya pergi ke kafe restu untuk memulakan projek kami untuk membuatkan sesuatu yang bermakna untuk diberikan kepada guru pusat berkenaan. Masa yang diambil hampir 2 jam dan pada awalnya agak tidak berjaya tetapi selepas dilakukan beberapa perubahan akhirnya projek yang dilakukan siap dan agak cantik.Lawatan saya kedua pada keesokan harinya tidak menggunakan perkhidmatan teksi pelajar tetapi saya meminjam kereta kawan sebilik kerana kos murah dan menyakinkan. Tepat pada pukul 8.00 pagi kami bertolak ke pusat berkenaan dan dalam tempoh masa 15 minit, kami selamat sampai dan kedatangan kami disambut meriah oleh kanak kanak. Saya merasakan mereka ini ternanti nanti dengan kehadiran kami. Tepat pukul 8.30, Encik Guna meminta kami mengendalikan kanak kanak ini sehingga waktu rehat. Aktiviti senaman pagi, saya mengendalikan senaman pemanas badan. Semua kanak kanak terhibur dan mengikuti segala arahan yang diberikan. Selepas melakukan aktiviti pemanas badan, Diana mengambil alih dengan melakukan tarian ayam dan aerobik. Pada aktiviti dilakukan, terdapat seorang kanak kanak lelaki yang tidak mahu melakukannya kerana menurut gurunya, dia tidak gemar menari. Setelah melakukan senaman pagi, saya memulakan aktiviti kedua iaitu aktiviti mewarna dua helai lukisan menggunakan krayon yang kami beli. Pada ketika ini, pihak kami akan melakukan pemerhatian terhadap maklum balas mereka. Sesetengah dari mereka mempersoal beberapa perkara yang kami tidak sangka dan tidak dapat dijawab. Lukisan yang diwarnakan sangat lawa dan kemas walaupun menggunakan krayon. Saya tertarik dengan lukisan yang diwarnakan oleh Adik Aisha. Lukisannya sangat kemas dan menarik perhatian. Manakala, lukisan Adik Hazel telah diorigamikan oleh dia dan Precylla. Keadaan ini mengundang ketawa antara kami.Aktiviti kami tamat setelah semua kanak kanak menyiapkan lukisan. Mereka diberikan masa untuk rehat sebelum masuk kelas sebenar. Seperti biasa, mereka akan berkongsi makanan dan akan main bersama sama. Setelah masa rehat tamat, mereka berpusu pusu mengemas alatan mainan dan mengambil beg untuk masuk ke kelas. Pihak kami pula mengemas barang barangan kami dan berbincang masa yang sesuai untuk menyampaikan hadiah serta mengambil gambar keluarga Pusat Disleksia Malaysia. Pihak kami sepakat tepat pada pukul 12.00 tengahari, upacara tangkap gambar dan penyampaian hadiah berlangsung. Secara keseluruhannya, pihak kami telah mengambil sepenuhnya masa pada hari Selasa tersebut. Pada sesi bergambar, ternyata kesemua kanak kanak suka dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Sebelum kami menamatkan sesi kajian kami, pihak kami telah memohon maaf kepada pengurusan pusat jika kami ada menguris perasaan mereka atau telah menganggu program mereka.Tetapi, sebelum kami pulang terdapat seorang kanak kanak autisma yang mendapatkan program pemulihan khas daripada Encik Guna. Pertama kali dalam hidup, saya dapat berjumpa dengan kanak kanak autisma. Tersentuh melihat gelagatnya apabila diusik oleh Encik Guna kerana tidak sangka tingkah laku kanak kanak autisma sangat pelik dan menyayat hati. Hampir 20 minit kami disajikan pengalaman sebenar aksi kanak kanak autisma. Sangat sedih dan simpati dengan kanak kanak tersebut kerana tidak dapat bayangkan bagaimana mereka akan mengharungi kehidupan apabila tiada tempat bergantung atau kematian ahli keluarga terutama ibu bapa.Tambahan pula, dunia kini semakin mencabar dan sukar walaupun saya sendiri kadang kala menghadapi konflik untuk menghadapi dugaan masa hadapan. Saya hanya mampu berdoa untuk untuk kesejahteraan kanak kanak berkenaan dan berharap dia akan menjadi individu yang berjaya. Saya pulang dengan kenangan yang paling indah yang pernah saya alami pada tahun ini. Mulai pada saat itu, saya menanamkan hasrat dan cita cita untuk membimbing mereka yang mempunyai masalah dalam pembelajaran kearah kejayaan. Pengalaman tersebut juga membuka mata saya mengenai keistimewaan yang dianugerahkan ALLAH S.W.T kepada golongan berkenaan. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana dilahirkan dengan sempurna tubuh badan dan akal fikiran. Setelah selesai lawatan, saya mula tenang dan menunggu arahan seterusnya daripada pensyarah saya Dr Aswati. Setelah berbincang, Dr Aswati menetapkan hari untuk pembentangan dan tarikh untuk menyerahkan laporan kajian. Pada ketika itu, saya dan Precylla mula membahagikan tugasan supaya memudahkan pergerakan tugasan.

~7 Disember 2012~Hari pertama pembentangan, seluruh anggota kelas dibekalkan borang pemarkahan bagi memberi peluang kepada kami untuk turut serta menilai kumpulan lain. Kumpulan saya merupakan kumpulan kelima yang akan membentang. Saya sangat gementar dan risau kerana kumpulan yang lain sangat hebat berbanding kumpulan saya yang kekurangan seorang. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah, setiap kumpulan membentangkan dengan cara yang berbeza dan mempunyai gimiknya yang tersendiri dan sangat menghiburkan.. Perkara ini sangat menghiburkan dan menenangkan hati saya kerana jika mereka boleh membentang dengan baik maknanya saya boleh membentang dengan lebih baik. Pada pandangan saya, kumpulan saya telah memberikan yang terbaik dan saya sangat bertuah kerana mempunyai Precylla sebagai ahli kumpulan walaupun beliau mengatakan beliau memberi sumbangan yang kecil dalam kumpulan tetapi bagi saya, Precylla merupakan ahli kumpulan yang boleh diharap dan akan melakukan setiap tugasan dengan baik. Saya berasa beruntung kerana mendapat Precylla. Sebenarnya kami merupakan kumpulan yang terjadi secara paksa rela kerana pada ketika sesi penamaan kumpulan, saya tidak mempunyai ahli kumpulan pada akhir waktu kuliah. Dalam kata mudah, saya tidak merancang untuk bergandingan dengan Precylla dalam kajian Dr Aswati. Akhir kata, saya merupakan insan bertuah yang diberi peluang untuk mendidik ahli syurga walaupun cabarannya sangat berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya berjanji untuk menjadi guru yang baik dan berbakti kepada golongan berkeperluan khas. Segala kekurangan merupakan kekhilafan dari diri saya sendiri manakala kebaikan yang ada merupakan kurnia-Nya. Semoga kajian yang kumpulan saya lakukan ini akan memberikan perubahan yang lebih baik.

REFLEKSI DIRIPRECYLLA SOMORIT (117719)

Pensyarah PPK 102 kami iaitu Dr. Aswati Hamzah telah memberikan tugasan kepada saya untuk melakukan kajian kes kepada seorang kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kami telah dibahagiakan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang kecuali kumpulan saya yang hanya terdiri kepada dua orang ahli. Ahli kumpulan saya ialah Muhamad Azeem Fiqri Bin Ruslan. Pada mulanya saya berasa agak kurang selesa kerana kumpulan saya hanya mempunyai 2 orang ahli dan saya berkumpulan dengan lelaki. Saya risau saya tidak boleh berkomunikasi dengannya kerana saya beranggapan bahawa saya dan Azeem tidak akan boleh bekerjasama. Tambahan pula, kami baru kenal dan kami belum mempunyai keserasian dalam kumpulan. Pada hari pembahagian kumpulan, saya mencuba untuk mewujudkan keserasian di antara kami supaya kami boleh bekerjasama dengan baik kelak. Saya merupakan orang yang bertindak menegur Azeem dahulu. Cara saya menegurnya seolah-olah saya sudah kenal dengannya bertahun lamanya. Namun, Azeem mungkin tidak menyangka betapa risaunya saya pada waktu itu kerana saya takut dia mempunyai pandangan negatif terhadap sikap saya yang suka bercakap dan bising. Namun, tanggapan saya salah kerana rupanya Azeem merupakan seorang rakan kumpulan yang sangat baik dan dia boleh menerima sikap saya yang agak pelik. Bahkan, saya merasakan bahawa dalam kumpulan kami, saya merupakan ahli yang memberi sumbangan yang paling kurang kerana selalunya dia yang akan memulakan semua pencarian maklumat, sesudah itu barulah saya akan mencari maklumat. Pada penghujung bulan Oktober, misi mencari kawasan untuk melakukan kajian kami pun bermula. Kami mencari kawasan kajian melalui internet. Akhirnya kami menjumpai sebuah pusat bukan kerajaan iaitu Pusat Disleksia di kawasan Pulau Pinang. Namun, malang sekali kerana setiap panggilan yang kami lakukan tidak ada jawapan. Oleh itu, kami berubah fikiran dan mula mencari kawasan kajian yang lain. Kami akhirnya membuat keputusan untuk memilih sebuah sekolah rendah iaitu SK Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kami pun membuat panggilan telefon untuk bertanya sama ada kami boleh membuat kajian kes di sekolah tersebut. respon yang diberikan adalah sangat menggalakkan. Penolong kanan Pendidikan Khas di sekolah tersebut dengan besar hati menerima kami dan bersedia menanti kedatangan kami. Kami oun membuat keputusan untuk datang ke sekolah tersebut pada tanggal 26 Oktober 2012. Malam sebelumnya, kami membuat panggilan telefon kepada student cab di Universiti Sains Malaysia. Dia telah memberi persetujuan untuk menghantar kami ke sekolah tersebut pada jam 7.00 pagi. Kami mahu bergerak awal kerana kami mempunyai kelas pada jam 9.00 pagi. Kami mempunyai perancangan untuk membuat pengenalan awal pada lawatan pertama kami. Hari keesokannya, kami telah menunggu student cab sebelum jam7 pagi kerana kami tidak mahu lambat. Namun, malangnya student cab yang ditunggu masih tidak sampai. Kami telah membuat banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas kepada orang tersebut namun semuanya sia-sia. Akhirnya setelah sejam menunggu, akhirnya dia menghantar pesanan ringkas yang berbunyi partner saya xdtg ambil kamu ke?. Saya berasa sungguh geram dan marah pada masa yang sama kerana kami telah menunggu dengan lama namun respon yang diberikan adalah sangat mengecewakan. Pada pendapat dia, adakah kami akan membuat panggilan telefon dan pesanan ringkas yang sangat banyak jika ada orang yang telah datang untuk menghantar kami? Akhirnya pada jam8.30 pagi kami membuat keputusan untuk membatalkan niat kami ke sekolah tersebut kerana kami mempunyai kelas pada jam9 pagi. Kami membuat keputusan untuk datang ke sekolah tersebut selepas kelas kami iaitu pada jam10 pagi. Kami terpaksa membuat panggilan kepada sekolah tersebut bahawa kami akan datang pada jam10 pagi. student cab tersebut juga memberi persetujuan untuk datang mengambil kami pada masa tersebut. Kami pun kembali semula ke bilik kami dan menunggu kelas kami bermula. Setelah kelas tamat, kami pun menunggu student cab di tempat yang telah dijanjikan. Namun, malang sekali lagi kerana kami terpaksa menunggu selama 30minit sebelum dia sampai. Namun, kami terpaksa bersabar demi tujuan asal kami. Ahli kumpulan saya, Azeem tidak dapat menyertai kami kerana dia mempunyai urusan pada masa itu. Saya pergi ke sana dengan ahli kumpulan yang lain. Seramai 3 orang yang pergi ke tempat itu. Akhirnya kami tiba ke SK Bayan Baru. Kami tiba di sekolah tersebut dengan perasaan yang teruja kerana itu merupakan pertama kali kami berkunjung ke sekolah rendah dan bertemu dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Sebelum ini kami hanya mendengar mengenai mereka namun kami akan berpeluang untuk melihat mereka dengan mata kepala kami sendiri. Setibanya di sana, kami diarahkan oleh pengawal sekolah tersebut untuk berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut. namun disebabkan oleh kekalutan sebelum tiba ke sekolah tersebut kami tidak sempat memakai kad matrik USM yang menunjukkan kami ini merupakan pelajar USM. Tambahan pula, pengawal tersebut tidak memberikan kami pas masuk semasa berada di pondok pengawal. Akibatnya, kami telah bertembung dengan guru besar itu sendiri semasa beliau hendak turun ke tingkat bawah. Dia mempersoalkan dan menegur kami kerana dia beranggapan bahawa kami tidak sopan kerana tidak menunjukkan apa-apa pengenalan yang menunjukkan kamu merupaka pelawat sekolah tersebut. Kami diarahkan oleh beliau untuk menunggunya di dalam biliknya kerana dia mempunyai sedikit urusan untuk diselesaikan. Setelah menunggu hamper 40 minit akhirnya beliau tiba dan mengarahkan kami untuk turun ke tingkat bawah kerana kelas Pendidikan Khas adalah di sana dan orang yang kami hubungi sebelum ini berada di sana. Kami pun bergerak ke kelas tersebut. kami pun berjumpa dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas tersebut, kami menyatakan hasrat kami untuk membuat kajian kes di sekolah tersebut. seperti sudah jatuh ditimpa tangga kami tidak dibenarkan melakukan kajian di sekolah tersebut kerana kami tidak mempunyai surat pengesahan dari JPN Pulau Pinang yang memberikan kami kebenaran untuk melakukan kajian. kami terpaksa pulang dengan kehampaan. Kami menghubungi semula student cab yang menghantar kami ke tempat itu dan kami terpaksa menunggu hamper sejam untuk dia sampai padahal jarak dari USM ke SK Bayan Baru hanya mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Tambahan pula, kami terpaksa membayar harga yang mahal iaitu RM20 untuk pergi dan balik. Apa yang boleh kami simpulkan pada hari tersebut ialah misi kami gagal.Ahli kumpulan saya akhirnya menhubungi semula Pusat Disleksia Pulau Pinang dan kali ini, panggilan kami dijawab. Memandangkan pusat tersebut merupakan NGO maka mereka tidak memerlukan surat pengesahan dari JPN. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk memilih tempat tersebut untuk melakukan kajian kes. Pada 01 November 2012, kami telah membuat lawatan kami yang pertama ke tempat tersebut. kumpulan kami telah pergi ke sana dengan satu kumpulan lagi. Saya telah mencari student cab yang lain yang boleh menghantar kami ke tempat tersebut dan dia telah bersetuju untuk menghantar kami. Pada kali ini, student cab tersebut tiba tepat pada masanya malahan lebih awal dari yang kami janjikan. Namun, yang tidak baiknya ialah dia meminta bayaran yang sangat mahal iaitu RM30 pergi dan balik ke tempat tersebut walhal perjalanan ke tempat tersebut hanyalah mengambil masa selama 5-10 minit. Namun disebabkan kami tidak mempunyai cara yang lain maka kami terpaksa memilihnya. Setelah tiba ke pusat tersebut, kami sebenarnya merasa sedikit pelik kerana pusat tersebut berada dalam kawasan perumahan. Pusat tersebut telah diubahsuai daripada rumah menjadi sebuah pusat pemulihan kanak-kanak disleksia terutamanya. Ketibaan kami ke pusat tersebut disambut dengan sangat baik oleh coordinator pusat tersebut. kami dilayan dengan sangat baik. Kumpulan saya memulakan proses pengenalan kepada ahli-ahli dalam pusat tersebut. perkara pertama yang kami lakukan ialah melakukan sesi temubual bersama tenaga pengajar di pusat tersebut, kami bertanyakan tentang penubuhan pusat tersebut, kanak-kanak yang berada di sana, cara pengajaran, dan mengenai tenaga pengajar di pusat tersebut. pusat tersebut hanya dikendalikan oleh 3 orang dan kanak-kanak yang berada di sana adalah seramai 14 orang pada sesi pagi dan 5 orang pada sesi petang. Saya berasa sangat terharu kerana saya akhirnya dapat berjumpa dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kanak-kanak yang berada di pusat ini merupakan kanak-kanak yang sangat comel. Memandangkan saya sangat menyukai kanak-kanak maka saya cepat rapat dengan kanak-kanak di sana. Berbeza pula dengan Azeem yang tidak berapa pandai untuk bergaul dengan kanak-kanak. Dia kelihatan kekok dalam melayan karenah kanak-kanak tersebut. pada peringkat awal, namun lama-kelamaan dia boleh mendekati mereka. Kami mencari kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan kami berdua. Kami memerhatikan setiap tingkah laku dan tabiat setiap kanak-kanak di pusat itu. Tidak banyak yang kami lakukan pada lawatan pertama kami kerana kami sememangnya hanya ingin membuat pengenalan awal mengenai pusat itu. Kami membuat lawatan kedua pada 6 November 2012. Pada kali ini, kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipinjam oleh Azeem daripada rakannya kerana kami tidak sanggup untuk membayar harga tambang yang mahal. Lawatan kedua kami tidak mempunyai banyak masalah. Kami tiba ke pusat tersebut pada jam8 pagi. En. Guna menyuruh kami untuk mengetuai aktiviti pagi yang wajib dilakukan di pusat itu setiap hari. Kami melakukan aktiviti pergerakan motor kasar. Kami mengajak mereka untuk menari tarian chicken dance. Kami diberitahu oleh En. Guna bahawa tidak semua kanak-kanak tersebut dapat melakukan aktiviti tersebut kerana ada di antara mereka yang mempunyai koordinasi kaki dan tangan yang lemah. Sesudah melakukan aktiviti tersebut, kami meminta En. Guna agar membiarkan Hazel bersama kami kerana kami ingin memerhati dan mengkaji setiap perlakuan Hazel. Pada masa yang sama, kami menyuruh semua kanak-kanak di pusat tersebut untuk mewarna. semasa mewarna, dia memberitahu bahawa dia meminati warna merah jambu dan ungu. Oleh itu, dia hanya mengambil warna tersebut untuk mewarna. setelah saya menyruh dia untuk mewarna menggunakan warna yang lain barulah dia menggunakan warna yang lain. Semasa aktiviti ini saya dia telah menanyakan soalan yang saya tidak boleh jawab iaitu why red is red?. Sudah semestinya saya tidak dapat menjawab soalannya kerana bukan saya yang mencipta warna. Saya terpaksa membiarkan soalan Hazel tidak terjawab. Semasa mewarna dia melihat saya membuka balutan kertas yang membalut krayon tersebut dan kemudiannya memasukkannya semula kedalam batang krayon tersebut. dia kemusiannya mengikut saya melakukan perbuatan itu dan dia geram kerana krayon tersebut tidak dapat masuk semula ke dalam balutan kertas tersebut. Saya merasa sangat terkejut kerana dia melakukan perbuatan itu kerana tujuan saya membuka balutan kertas tersebut adalah kerana saya ingin memudahkan kerja mewarna kerana sesetengah balutan kertas yang ada pada warna krayon adalah longgar dan ianya akan terturun ke bawah semasa mewarna namun Hazel beranggapan bahawa dia perlu melakukan perbuatan itu setiap kali dia ingin mewarna. Malang sekali, Hazel tidak menyiapkan tugasan mewarna tersebut kerana dia bosan. Dia kemudiannya memberitahu saya bahawa dia pandai membuat kipas lalu dia mengambil kertas warna tersebut lalu melipatnya menjadi kipas. Dia kemudian mengambil kertas lain dan dia membuat kapal terbang. Dia memberitahu saya bahawa dia memang meminati aktiviti tersebut. pada jam10.20 pagi, En Guna menyuruh kami untuk berehat seketika kerana pada waktu itu merupakan waktu makan mereka. Pusat tersebut tidak menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sana. Mereka akan membawa makanan dari rumah mereka. Hazel membawa capatti pada hari itu, namun dia tidak memakan makanan tersebut. dia hanya menjamah sesuap sahaja dan kemudiannya meninggalkan makanan tersebut di atas meja. Dia kemudiannya meminta makanan daripada semua orang di dalam pusat tersebut. Cikgu Asyikin, pembantu pusat tersebut memberitahu kami bahawa sebelum ini Hazel tidak pernah membawa makanan dari rumah kerana dia akan meminta makanan daripada semua orang. Namun, Cikgu Asyikin risau jika Hazel asyik meminta makanan daripada orang lain dia akan menyusahkan orang lain walaupun Hazel makan dengan kuantiti yang sedikit. Oleh itu, Cikgu Asyikin memberitahu ibunya agar memberi bekal kepada Hazel. Namun, perkara yang saya tidak jangka ialah Hazel mahu menyuap saya dengan makanannya. Saya merasa sangat terharu dengan kejadian tersebut. Semasa rehat tersebut, saya mencuba untuk mendukung Hazel. Ternyata dia suka apabila ada orang lain yang ingin mendukung dia. Dia sering meminta saya untuk mendukungnya selepas itu walaupun setiap kali didukung dia akan meminta untuk diturunkan kerana dia tidak suka apabila dia tidak bergerak bebas. Seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Ritchell(bukan nama sebenar) melihat perkara tersebut dan meminta saya untuk mendukungnya juga. Berbeza dengan Hazel, Ritchell tidak mahu dilepaskan. Dia hanya meminta untuk diturunkan apabila dia diejek bahawa dia adalah seorang baby tetapi dia akan meminta saya untuk mendukungnya semula. Saya sebenarnya tidak kisah untuk mendukung mereka kerana saya sememangnya suka kepada kanak-kanak. Oleh itu, tiada perasaan tidak senang yang timbul di dalam diri saya. Namun konflik berlaku apabila kedua-dua mereka meminta untuk didukung pada masa yang sama. Saya terpaksa mendukung mereka berdua untuk menjaga hati mereka berdua. Namun saya terpaksa menyuruh Ritchell supaya meminta dukung kepada Azeem kerana saya tidak larat untuk mendukung mereka berdua. Berat Hazel yang ringan menyebabkan saya tidak kisah mendukungnya dalam tempoh masa yang lama, berbeza pula Ritchell kerana walaupun tubuh badanya kecil tetapi dia sangat berat. Namun, Azeem kelihatan agak kekok untuk mendukung Ritchell. Hal ini mungkin disebabkan Azeem tidak pandai untuk melayan karenah kanak-kanak. Saya berasa perkara ini agak kelakar kerana Azeem kelihatan seolah-olah dipaksa. Satu perkara yang menarik diberitahu oleh Cikgu Asyikin iaitu, Ritchell dan Hazel sebenarnya mempunyai sebuah hubungan yang agak istimewa. Ritchell sentiasa ingin mendampingi Hazel. Ritchell akan sentiasa mendekati Hazel walaupun Hazel memarahinya. Perkara ini sangat menarik kerana mereka masih kanak-kanak namun sudah mempunyai cara pemikiran yang sedemikian. Sesudah rehat tamat, mereka memulakan kelas mereka kerana En. Guna terpaksa menangguhkan kelas akibat daripada permintaan kami untuk melakukan pemerhatian kepada Hazel. Semasa berada di kelas, kami memerhati keadaan Hazel. Semasa berada di kelas Hazel sering bergaduh dengan seorang kanak-kanak lelaki iaitu Martin(bukan nama sebenar). Hazel tidak suka apabila Martin berada dekat dengannya. Dia akan memarahi Martin. Perkara yang menarik semasa di kelas ialah Hazel tiba-tiba marah dan berteriak. Dia menghentak meja dengan kuat. En. Guna terpaksa pergi ke kelas tersebut. En. Guna menegur Hazel di atas perbuatannya. Disebabkan karakter En. Guna yang tegas, Hazel menangis. En. Guna menyuruh Hazel untuk berhenti menangis untuk berhnti menangis namun Hazel semakin agresif dan mula memukul En. Guna. En. Guna terpaksa mengambil pendekatan dengan memberitahu Hazel bahawa dia akan menghubungi ibunya jika dia tidak berhenti menangis. Hazel berusaha sedaya upaya untuk menghentikan tangisannya kerana dia tidak mahu En. Guna untuk menghubungi ibunya. Menurut En. Guna, Hazel takut kepada ibunya. Pada jam11.30 pagi, kami meminta keizinan untuk bergerak pulang ke USM. Semasa kami hendak pulang, Hazel tidak menunjukkan perasaan sedih. Dia hanya mengucapkan bye apabila saya mengucapkan ucapan selamat tinggal kepadanya. Setelah itu, dia kemudiannya melakukan aktiviti lain. Berbeza dengan Ritchell yang tidak mahu kami untuk pulang. Dia mungkin sudah berasa serasi dengan kami. Pengalaman di pusat tersebut merupakan pengalaman yang saya tidak boleh lupakan. Setiap detik di pusat itu membuat saya sedar betapa beruntungnya saya dilahirkan sebagai seorang yang sempurna sifatnya dan tidak mengalami sebarang ketidakupayaan. Perkara ini membuatkan semangat saya untuk menjadi guru Pendidikan Khas itu semakin menebal kerana pertama kali saya dipanggil dengan gelaran cikgu di pusat tersebut. Saya berasa terharu apabila saya dipanggil sedemikian. Namun, jauh di lubuk hati saya, saya mempersoalkan kemampuan saya untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang baik. Saya risau jika kemahiran yang saya ada tidak mencukupi. Namun saya sedar bahawa saya baru berada dalam Tahun 1, maka saya masih mempunyai masa yang banyak untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang saya ada. Saya berterima kasih kepada Dr. Aswati kerana memberi saya peluang untuk melakukan kajian ini.

7.0 LAMPIRAN

Hazel mewarna

Contoh tulisan Hazel, dia menulis nama rakannya

Hazel didenda oleh En. Guna kerana telah memecahkan kerusi

Keadaan Hazel di dalam kelas

Hazel ketika melakukan aktiviti mewarna

Saguhati yang dibuat khas untuk guru

8.0 BIBLIOGRAFI

a. Sumber Ilmiah John Santrock, Essentials Of Life-Span Deveploment. Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, Pengantar Pendidikan Khas, ( 2011 ). Sandra F. Rief, Bagaimana Mendekati Dan Mendidik Kanak kanak ADD dan ADHD, ( 2007 ). John Everatt, Membaca dan Disleksia, ( 2008 ). Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz, Psikologi Pendidikan, ( 2008 ). Rajesvari Ramasamy, Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang, ( 2008 ). Vijayaletchumy A/P Subramaniam, Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu, ( 2003 ).

b. Sumber Elektronik http://epkhas.ses.usm.my/ http://www.dyslexiamalaysia.org.my http://www.myhealth.gov.my/ http://www.slideshare.net/Ukhuwah_90/model-disleksia http://www.psychologymania.com/2011/09/adhd-attention-deficit-hyperactivity.html http://zalehadamanhuri.blogspot.com/2010/05/mengkaji-simptom-disleksia-di-kalangan.html http://propintar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=32:mengenali-kanak-kanak-disleksia

23