laporan kajian kes

12
1.0 PENGENALAN Masalah disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian para pendidik. Hal ini merupakan satu realiti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru hilang harapan dan putus asa terhadap prestasi dan keupayaan muridnya. Dengan demikian, saya diberi tugas iaitu memilih seorang murid yang berusia 7-12 tahun untuk mengendalikan satu kajian yang melihat masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalahnya dalam bilik darjah. Kemubeliaun, saya perlu menganalisis kajian kes ini dengan menyebeliaukan profil beliau dengan menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah dan sebab berlakunya dalam bentuk laporan bertulis. Pada masa yang sama, saya perlu membincangkan sejauh mana masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah murid tersebut boleh memberi kesan terhadap pengurusan bilik darjah dan jelaskan bagaimana saya mengaplikasi model tingkah laku untuk memahami murid yang dipilih. Sepanjang pengalaman berasakan sekolah, saya telah menjalankan satu kajian kes di SJKC (KAHANG) pada 7-11 September. Saya berpeluang masuk ke kelas 4k (kelas yang paling banyak masalah disiplin dan tingkah laku dan dicadangkan oleh guru) untuk melihat masalah disiplin dan tingkah laku murid- murid. Dengan keadaan ini, saya mengikut guru subjek yang berlainan masuk kelas untuk memerhati tentang kepayahan seorang guru iaitu Toh yang berpengalaman mengajar selama 7 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Toh (guru kelas 4k), seorang guru yang berpengalaman telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun agar memastikan semua pelajar mengetahui had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku. Kelas yang Toh mengajar mempunyai empat murid yang bermasalah. Selepas penetapan piawai di dalam kelas, Toh mendapati murid-murid yang bermasalah di dalam kelas telah berubah semakin baik. Walau bagaimanapun, masih ada salah seorang daripada empat murid yang bermasalah. Itu murid ialah Vincent yang masih tidak menunjukkan kelakuan baiknya, malah sering tidak menyempurnakan kerja rumah yang diberi oleh Toh dan menggangu kelas. Bukan begitu sahaja, Vincent mempunyai masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah. Jadi, saya memilih Vincent (10 tahun) sebagai kajian saya untuk menyempurnakan tugasan pada semester ini.

Upload: hui-min

Post on 28-Sep-2015

3.108 views

Category:

Documents


130 download

DESCRIPTION

edu 3043

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Masalah disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah sudah lama mendapat perhatian para pendidik. Hal ini merupakan satu realiti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran, menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru hilang harapan dan putus asa terhadap prestasi dan keupayaan muridnya. Dengan demikian, saya diberi tugas iaitu memilih seorang murid yang berusia 7-12 tahun untuk mengendalikan satu kajian yang melihat masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalahnya dalam bilik darjah.

Kemubeliaun, saya perlu menganalisis kajian kes ini dengan menyebeliaukan profil beliau dengan menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah dan sebab berlakunya dalam bentuk laporan bertulis. Pada masa yang sama, saya perlu membincangkan sejauh mana masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah murid tersebut boleh memberi kesan terhadap pengurusan bilik darjah dan jelaskan bagaimana saya mengaplikasi model tingkah laku untuk memahami murid yang dipilih.

Sepanjang pengalaman berasakan sekolah, saya telah menjalankan satu kajian kes di SJKC (KAHANG) pada 7-11 September. Saya berpeluang masuk ke kelas 4k (kelas yang paling banyak masalah disiplin dan tingkah laku dan dicadangkan oleh guru) untuk melihat masalah disiplin dan tingkah laku murid-murid. Dengan keadaan ini, saya mengikut guru subjek yang berlainan masuk kelas untuk memerhati tentang kepayahan seorang guru iaitu Toh yang berpengalaman mengajar selama 7 tahun, dalam mengurus masalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya.

Toh (guru kelas 4k), seorang guru yang berpengalaman telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun agar memastikan semua pelajar mengetahui had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku. Kelas yang Toh mengajar mempunyai empat murid yang bermasalah. Selepas penetapan piawai di dalam kelas, Toh mendapati murid-murid yang bermasalah di dalam kelas telah berubah semakin baik.

Walau bagaimanapun, masih ada salah seorang daripada empat murid yang bermasalah. Itu murid ialah Vincent yang masih tidak menunjukkan kelakuan baiknya, malah sering tidak menyempurnakan kerja rumah yang diberi oleh Toh dan menggangu kelas. Bukan begitu sahaja, Vincent mempunyai masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah. Jadi, saya memilih Vincent (10 tahun) sebagai kajian saya untuk menyempurnakan tugasan pada semester ini.2.0 KAJIAN KES2.1 Profil Murid

Nama Pelajar

:Kiew Wei Jie

Kelas

:4K

Jantina

:Lelaki

Umur

:10

Agama

: Buddha

Bangsa

:Cina

Tinggi

:135 cm

Berat

:25 Kg

Nama Bapa

: Kiew Wei Guo (38 tahun)

Nama Ibu

: Lee Bih Fung (33 tahun)

Nama Guru Darjah: Lai Kuan Kiew

Kegemaran Subjek: Bahasa Cina2.2 Jenis-jenis masalah disiplin atau tingkah laku VincentMelalui pemerhatian seminggu di dalam bilik darjah, saya perasan Vincent melakukan beberapa masalah disiplin dan tingkah laku yang bermasalah tanpa menyesal dengan kelakunya. Situasi ini berlaku dalam sebuah kelas 4K dimana Toh adalah guru kelas tersebut. Toh telah menetapkan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua murid di dalam kelasnya. Toh seorang yang tegas tetapi adil dalam penguatkuasaan peraturan. Kesannya, kelasnya menjadi sebuah komuniti yang kecil di mana setiap ahlinya tahu apa yang diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Toh juga dapat murid-murid yang sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang beliau harapkan.

Malah terdapat seorang murid iaitu Vincent (10 tahun) merupakan kanak-kanak yang serba kekurangan dari segi latar belakang yang susah, tingkah laku yang kurang baik serta bermasalah dalam akademik. Tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh Vincent adalah tingkah laku disruptif, iaitu tingkah laku yang mengganggu. Dari aspek disiplin, Beliau seorang murid yang mempunyai gangguan tingkah laku dalam pelaksanaan P&P . Selain itu, Vincent, seorang murid daripada kelas masalah pembelajaran dan tidak ingin melakukan aktiviti bersama murid lain. Maka dari aspek tingkah laku, Vincent kerap menunjukkan tingkah laku yang tidak baik di dalam bilik darjah. Terlebih dahulu, beliau kurang memberikan perhatian dalam P&P dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan serta tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Sebaliknya, beliau berbual dengan rakan, membaca bahan lain, memerhatikan perkara di luar bilik darjah atau melibatkan kertas. Beliau juga seorang yang sensitif. Vincent sukar ditegur dan mudah merajuk dan sentiasa memerlukan peneguhan dan sokongan. Lantaran itu, Vincent akan menimbulkan kekecohan atau kebisingan di dalam kelas. Beliau mempunyai suara yang kuat dan selalu memberi komen atau pandangan dengan nada suara yang tinggi. Sesungguhnya, Vincent suka mengacau rakan sekelas dengan panggilan nama secara berulangan atau sengaja menmbaling gumpalan kertas ke arah mereka.Di samping itu, Vincent gemar bercakap. Beliau sentiasa bercakap dan membuat bising di dalam kelas serta menyampuk semasa Toh sedang mengajar. Pada masa yang sama, dia akan bertanya banyak soalan kerana tidak mendengar arahan awal. Pada mulanya, Toh menyuruh Vincent berhenti daripada berkelakuan begitu, tetapi Vincent tidak hiraukan arahan cikgu Toh. Ini boelh dikatakan apati. Kadang-kala, beliau seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Toh menganggap tingkah laku Vincent adalah satu gangguan yang dahsyat dan tidak sopan serta tidak menghormati beliau dan rakan sekelas yang lain.

Tambahan pula, beliau tidak menyiapkan tugasan dan sering perlu ditegur oleh guru serta suka membuli rakan sedarjah. Dalam kelas matematik, cikgu menggunakan kaedah pengajaran korperatif, semua murid akan bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil, kejayaan bergantung kepada sumbangan produktif dan kerja keras setiap ahli. Keengganan Vincent untuk menyiapkan tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang mahu membantunya, beliau akan menolak dengan kasar. Hal ini menyebabkan rakan-rakan sekelasnya mula mengadu. Toh mula menahan Vincent ketika waktu rehat apabila beliau enggan menyiapkan tugasannya tetapi beliau tetap tidak mengendahkan tugasannya.

Selepas peneguran, perangai Vincent berubah tetapi hanya beberapa hari sahaja. Vincent kembali menunjukkan sikap negatifnya. Pada satu petang, Vincent tidak diberikan masa rehat kerana tidak menyiapkan tugasan. Vincent dapat menyiapkan tugasannya di dalam kelas dengan sempurna secara persendirian.2.3 Sebab berlakunya masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah muridPada pendapat saya, sebab-sebab yang mempengaruhi masalah serta tingkah laku Vincent adalah faktor persekitaran, aspek diri murid dan latar belakang murid. Dari faktor persekitaran, apabila Vincent berada di kelas, Vincent akan kurang diberi perhatian berbanding dengan rakan sekelas. Ini menyebabkan Vincent seolah-olah merasa terpinggir. Jadi, beliau melakukan tingkah laku bermasalah ini untuk menarik perhatian. Semasa P&P, beliau nampak rakan sekelas sering dipanggil menjawab soalan sehingga beliau dilupakan.Dari aspek diri murid, perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak berlaku pada kadar yang berbeza. Vincent menhadapi kesukaran dalam mengikuti sesuatu pelajaran jika dibandingkan dengan rakan-rakannya. Beliau tidak mempunyai sokongan ibu bapa untuk terus berusaha. Jadi, beliau rasa kecewa dan berputus asa. Secara umumnya, manusia mempunyai keperluan fisiologi seperti makan, minum, tidur dan juga keperluan lain seperti keselamatan, kasih sayang, pengiktirafan, penghormatan dan pengetahuan. Dalam kes ini, Vincent mempunyai masalah disiplin atau melakukan tingkah laku bermasalah adalah untuk mendapat perhatian daripada kawan dan gurunnya.Sehubungan itu, sebab yang paling utama ialah latar belakang murid ini. Ibu bapa Vincent sudah bercerai. Vincent mengikut ibunya dan ibunya perlu bekerja untuk menyara ahli keluarga seramai 4 orang termasuk adik Vincent. Jadi, ibunya jarang menunjukkan kasih sayang kerana tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama-sama anaknya. Oleh itu, Vincent cuba mendapatkannya daripada guru atau rakan sebaya. Sebenarnya, penceraian boleh menganggu emosi Vincent jika perubahan ini tidak diurus dengan baik. Perasaan marah dan kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah. Masalah emosi ini muncul mungkin melalui tingkah lakunya. Masalah lagi ibunya hanya hantar Vincent pergi kelas tuisyen tanpa mendidik anaknya dan kurang berinteraksi dengannya. Ini telah menyebabkan Vincent rasa tertekan juga. 3.0 ANALISIS KAJIAN3.1 Bincangkan sejauh mana masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah murid tersebut boleh memberi kesan terhadap pengurusan bilik darjah.

Berdasarkan bacaan serta pemahaman saya dalam kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang timbul akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh Vincent. Oleh kerana Vincent beranggapan bahawa beliau kekurangan perhatian semasa di kelas itu, maka beliau sering memberontak sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap serta tingkah laku yang dipamerkan oleh Vincent semakin hari semakin bertambah buruk sehingga semua rakan kelas Vincent merasakan beliau seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka beliau berada di dalam kelas tersebut dan mereka sentiasa merenungnya. Hal ini menambahkan lagi rasa ketidakselesaan Vincent untuk terus berada di kelas tersebut.

Sesungguhpun cikgu Toh telah menjalankan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran koperatif kepada semua muridnya akan bekerjasama dalam satu kumpulan. Selepas itu, ditunjukkan oleh Vincent adalah tidak wajar kerana beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulannya menyebabkan markah kumpulannya merosot. Ini adalah kerana Vincent tidak mahu berkawan serta bekerjasama bersama ahli kumpulan yang beliau tidak sukai. Maka, nilai kerjasama tidak dapat dipupuk dalam satu kelas dengan kelakuan Vincent.

Bukan begitu sahaja, masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah Vincent boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Murid-murid lain akan mendapati sukar menumpukan perhatian. Hal ini boleh menggangu pembelajaran dan menimbulkan perasaan marah dalam kalangan murid lain. Situasi ini juga mungkin menimbulkan tekanan emosi dan sosial kepada kanak-kanak lain.

Justeru itu, masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah3.2 Bagaimana anda mengaplikasikan konsep / model / teori tingkah laku untuk memahami murid yang dipilih.

Berdasarkan kajian kes iaitu Stealing Time yang saya telah kaji, saya berfikir memilih strategi-strategi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru di dalam artikel Stealing Time tersebut dengan berdasarkan Model Logikal Dreikurs, Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan Model Disiplin Asertif.

Seterusnya, saya akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik darjah, iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs. Dalam model ini, Dreikurs menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid. Guru perlu kenal pasti punca kepada masalah disiplin. Pendapat Dreikurs mengenai disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Di mana guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan. Menurut Dreikurs juga, tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Oleh itu sebagai seorang guru, Toh berperanan untuk membantu murid faham motif tingkah laku. Tambahan pula, Vincent pada asalnya tergolong dalam murid yang ada masalah pembelajaran. Vincent sepatutnya mendapat lebih perhatian atau perlu sentiasa diperhatikan. Contonhya, Vincent cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, melibat kertas dan mengetuk pensel di meja.

Sikap Vincent lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara cadangan yang dicadangkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan perhatian murid berkenaan. Cikgu Toh hendaklah mengubah strategi atau aktiviti pembelajaran seperti teka-teki, bersoal jawab yang lebih menarik minat Vincent serta meninggalkan tingkah laku tersebut.

Model seterusnya merupakan cadangan penyelesaian yang dipilih untuk kajian kes ini iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F.Skinner). Teori modifikasi Skinner bertujuan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini dan menggantikan dengan tingkah laku yang yang diingini melalui pengukuhan. Teknik modifikasi yang beliauplikasikan dalam kes ini ialah dendaan, time out dan reverse psychology. Dendaan digunakan untuk mengubah tingkah laku seseorang. Ia mungkin akan menyebabkan tingkah laku bermasalah dihentikan atau diturunkan kekerapannya. Dalam kes ini, Toh telah mengenakan denda kepada Vincent kerana tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Apabila Vincent mengganggu pembelajaran di dalam kelas dan membuat bising, Toh telah memarahi Vincent, namun tidak didendakan oleh Vincent. Apabila Vincent tidak menyiapkan tugasan yang diberi, Toh mengenakan denda kepadanya. Vincent tidak dibenarkan rehat sehingga semua kerja-kerjanya disiapkan. Akhirnya, Vincent dibawa ke bilik Guru Besar dan beliau beliaurahkan menyiapkan tugasan yang telah diberikan di bilik tersebut.

Cikgu Toh juga mengaplikasikan teknik time out dengan mengarahkan Vincent untuk pergi ke sudut belakang kelas bagi mengelakkan beliau mengganggu pelajar lain. Namun, beliau masih membuat bising dengan menghempas buku ke lantai. Beliau juga menggunakan teknik reverse psychology dengan berbincang dan mendengar luahan perasaan Vincent serta sebab beliau bertindak demikian. Cikgu Toh menasihati Vincent dan menyatakan sebab mereka berbuat demikian dan berjanji akan menasihati mereka.

Di samping itu, kami telah mendapati bahawa kajian kes ini juga berkait rapat dengan Model Disiplin Asertif. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Vincent telah menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini apabila Vincent mengambil tugasan yang diberikan oleh Toh dan menyimpannya ke dalam laci dan menunjukkan bahawa beliau tiada keinginan untuk menyelesaikannya. Di dalam kes ini, Toh boleh menggunakan kaedah penyelesaian pelan disiplin asertif iaitu dengan lima langkah. Langkah pertama, membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa iaitu dengan minta kebenaran pihak pentadbir dan maklumkan kepada ibu bapa murid. Langkah kedua dengan membentuk peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik, berkuatkuasa sepanjang waktu persekolahan dan selaras dengan umur murid-murid. Seterusnya, guru disarankan memberi pengukuhan positif untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang positif dan mengurangkan kekerapan berlakunya masalah disiplin. Manakala langkah keempat pula hendaklah bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan dan langkah kelima ialah dengan menetapkan pelan bagi kes salah laku yang serius contohnya, murid yang berkenaan dihantar terus untuk berjumpa dengan guru besar3.3 Huraikan cadangan intervensi dalam menangani masalah disiplin atau tingkah laku bagi individu yang dikaji.

Saya ingin mencadangkan beberapa strategi penyelesaian berdasarkan kes mengikut kefahaman saya terhadap kes ini. Pertama, peneguhan positif boleh diberikan kepada Vincent sekiranya beliau dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku kesan daripada rangsangan atau peneguhan. Peneguhan positif seperti pujian, habeliauh dan markah merit. Namun, Toh harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesanannya.

Kedua, Cikgu Toh boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling bagi meningkatkan kesebeliauan Vincent untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat beliauplikasikan terhadap Vincent. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan, peneguhan positif seperi pujian, habeliauh, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif. Terlebih dahulu, Toh hendaklah memberi motivasi serta mengubah gaya pemikiran Vincent terhadap kelas serta rakan-rakannya.

Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perbincangan kumpulan kecil dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Toh seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan yang melibatkan semua anggota kelas termasuk Vincent bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cikgu Toh sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu Vincent keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati Vincent terhadap cikgu Toh dan rakan-rakannya. Malahan, cikgu Toh perlulah memanggil ibu bapa Vincent untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi kelemahan itu.

Keempat, guru perlu mengadakan disiplin bilik darjah. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi peraturan sama ada displin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri. Selain itu, Turney dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin. Cikgu Toh menyuruh Vincent berada di belakang kelas supaya tidak mengganggu murid yang lain tetapi beliau telah membuat bising. Cikgu Toh harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Selain itu, Cikgu Toh mengelakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling. Cikgu Toh juga menyebeliaukan aktiviti mengikut kebolehan Vincent.

Kelima, token ekonomi merupakan cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Pelajar akan diberikan token yang boleh ditukarkan kepada pelbagai aktiviti peneguhan. Contohnya, Vincent sering melakukan masalah tingkah laku yang mendatangkan masalah kepada Toh dan murid-murid lain. Toh harus merancang token ekonomi ini sejak awal tahun lagi kerana ia memerlukan masa dan usaha yang gigih daripada pihak guru. Token ekonomi yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti bintang, setem, butang wang mainan, kad dan lain-lain boleh digunakan. Token diberikan selepas sahaja tingkah laku positif tercapai.

Keenam, kontrak perjanjian ini dilasksanakan dengan membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif. Kontrak bertulis lebih sesuai kerana setiap perkara dispesifikasikan dengan teliti. Komponen yang ada dalam kontrak seperti sasaran tingkah laku, peneguhan yang akan diterima serta syarat-syarat yang diketengahkan harus jelas.

Kategori ketujuh teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Tindakan pembetulan adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti guru gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan. Selain itu, guru perlu memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar. Guru juga perlu bimbing perlakuan yang tidak baik ke arah yang positif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan yang baik, semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik. Guru perlu jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku masalah. Oleh itu, Cikgu Toh perlulah menekankan pembetulan setiap kali apabila Vincent melakukan kesalahan atau melakukan tingkah laku yang bermasalah. Teknik ini perlulah dilakukan secara berulang-ulang sehingga masalah tingkah laku itu dilupuskan.

Cadangan saya yang terakhir sekali yang saya fikirkan bersesuaian untuk beliauplikasikan dalam kes ini adalah dengan mewujudkan kemesraan. Perhubungan mesra di antara guru dengan pelajarnya penting dalam proses menjana pengawalan emosi dalam kalangan pelajar. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama menampakkan kemesraan guru kerana keadaan muka yang ceria didapati lebih menggalakkan penglibatan pelajarnya. Guru mestilah menunjukkan sikap mengambil berat dan memberi perhatian kepada semua pelajarnya. Untuk menimbulkan kemesraan, guru harus mewujudkan unsure jenaka dan bergurau supaya situasi pembelajran lebih menyeronokkan (Abdul Ghani Abdullah, Ph.D. 2009). Jika tidak wujud hubungan mesra ini, pelajar tidak akan berani untuk memberi respon atau menyatakan persamaan ada menyatakan idea.

Bukan itu sahaja, guru juga perlu mewujudkan kemesraan antara pelajar dengan

pelajar. Dalam kes ini, cikgu Toh perlu menerapkan dalam diri pelajarnya bahawa pentingnya hubungan kemesraan bersama rakan-rakan untuk interaksi yang lebih berkesan.

Masalah tingkah laku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika masalah tingkah laku berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemubeliaun masalah tingkah laku akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terlahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah iaku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

Namun setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan tajuk pelbagai model disiplin dan aplikasinya, dan model pengurusan tingkah laku. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta berilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menguruskan masalah tingkah laku dalam sesebuah bilik darjah dengan berkesan. Malah, saya juga dapat mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa orang ahli psikologi yang telah mengkaji dan mengaitkan situasi-situasi masalah disiplin dalam bilik darjah dengan mencipta teori atau model mereka sendiri.Berdasarkan model-model pengurusan tingkah laku yang telah dibaca, saya dapati, kesemua model yang telah dinyatakan boleh saya gunakan untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi masalah tingkah laku di dalam bilik darjah kelak. Pada pandangan saya sendiri, tidak semestinya saya menggunakan hanya satu model sahaja untuk menyelesaikan sesuatu situasi dalam bilik darjah. Saya rasa, sebagai seorang guru kelak, saya perlulah pandai menggabungkan langkah-langkah dan teknik-teknik yang terdapat di dalam kesemua model yang dinyatakan supaya masalah disiplin murid dapat beliautasi dengan berkesan.Sebagai seorang guru, saya perlu bijak mengaplikasikan model yang telah dikaji dengan situasi yang berlaku memandangkan tidak semua situasi atau masalah tingkah laku yang timbul di dalam sesebuah bilik darjah adalah sama. Gabungan langkah-langkah dan teknik-teknik daripada model-model yang bersesuaian sebenamya, mungkin lebih mudah untuk menyelesaikan rnasalah disiplin dalam sesuatu situasi. Malahan, pemilihan langkah dan teknik yang bersesuaian ini dapat menunjukkan ciri-ciri kepimpinan seorang guru itu sendiri. Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu akan dilihat sebagai seorang yang berjaya mengatasi masatah disiplin dalam bilik darjah berdasarkan cara serta corak kepimpinannya sendiri.Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini banyak membantu saya untuk mencari jalan penyelesaian apabila berada di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, di sekolah nanti, saya pasti akan berdepan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Dengan tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran saya di institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih bersebeliau di alam kerjaya kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan untuk saya gunakan semasa mengajar nanti. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan murid yang bakal saya ajar dapat menjadi murid yang berjaya dalam kehidupan rnereka.4.0 RUMUSAN