panduan menulis laporan kajian

21
PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Upload: assafii

Post on 24-Jun-2015

1.610 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Bahan LDP SMK Kulai Besar

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menulis Laporan Kajian

PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Page 2: Panduan Menulis Laporan Kajian

1. Tidak ada format khusus dalam penulisan dapatan kajian tindakan.

2. Penulisan pelaporan boleh dibuat mengikut format/gaya penyelidik sendiri sama ada secara grafik atau naratif.

3. Walaupun pelaporan tidak menggunakan format, yang penting ialah dapatan kajian mesti dilaporkan secara sistematik, mesra pembaca dan dapat menggambarkan konsep kajian tindakan dengan jelas.

1. Tidak ada format khusus dalam penulisan dapatan kajian tindakan.

2. Penulisan pelaporan boleh dibuat mengikut format/gaya penyelidik sendiri sama ada secara grafik atau naratif.

3. Walaupun pelaporan tidak menggunakan format, yang penting ialah dapatan kajian mesti dilaporkan secara sistematik, mesra pembaca dan dapat menggambarkan konsep kajian tindakan dengan jelas.

Page 3: Panduan Menulis Laporan Kajian

5. Secara asas, laporan hendaklah mengandungi perkara- perkara berikut:

a. Tajuk / Nama Penyelidik dan Tarikh Laporan diselesaikan

b. Penghargaan c. Abstrak d. Halaman e. Refleksi Masalah / Refleksi P & P yang lalu f. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan Kajian g. Objektif Kajian h. Kumpulan Sasaran i. Pelaksanakan Tindakan j. Refleksi Tindakan k. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya l. Rujukan m. Lampiran

Page 4: Panduan Menulis Laporan Kajian

Tajuk / Nama Penyelidik dan Tarikh Laporan Diselesaikan

Pada muka surat pertama laporan hendaklah ditulis tajuk kajian, nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan. Tajuk Kajian mestilah ada hala tuju dalam bentuk ayat positif.

Penghargaan

Penghargaan hendaklah dinyatakan kepada pihak yang terlibat dalam melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.

Page 5: Panduan Menulis Laporan Kajian

AbstrakCiri-ciri abstrak mesti tepat, ringkas, jelas, semasa dan mengandungi maklumat penting. Abstrak ditulis dalam satu muka surat sahaja.

Kandungan AbstrakKandungan Abstrak:: Objektif kajianObjektif kajian Bilangan respondenBilangan responden Kaedah kajianKaedah kajian Dapatan kajianDapatan kajian CadanganCadangan

Page 6: Panduan Menulis Laporan Kajian

Halaman KandunganSenaraikan isi kandungan dan muka

surat bagi setiap sub/pecahan tajuk.

Page 7: Panduan Menulis Laporan Kajian

Refleksi Masalah / Refleksi P & P yang lalu

Selaraskan dengan yang terdapat dalam Proposal / Kertas Cadangan Kajian

Catatan:

Perkataan “akan” (dalam proposal) menjadi“telah” (dalam penulisan laporan sebenar)

Page 8: Panduan Menulis Laporan Kajian

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am: Ayat hendaklah berbentuk positif Contoh: Menangani masalah salah laku

pelajar melalui sesi kaunseling kelompok.

Page 9: Panduan Menulis Laporan Kajian

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus perlu memenuhi syarat seperti dapat diukur, boleh dilaksana, relevan, dan menepati masalah yang dikaji.

Contoh: Objektif khusus kajian ini adalah: a. b. c.

Page 10: Panduan Menulis Laporan Kajian

Kumpulan Sasaran

Selaraskan dengan yang terdapat dalam Proposal / Kertas Cadangan Kajian

Page 11: Panduan Menulis Laporan Kajian

i. Melaksanakan Tindakan

a) Tinjauan Masalah Huraikan cara-cara anda mengumpul data

dan dapatan dari analisis. Data mungkin telah diperoleh melalui kaedah-

kaedah berikut:

pemerhatian di bilik darjah semasa pelajar memberi respons kepada soalan-soalan anda secara lisan ATAU

pemeriksaan buku latihan ATAU sesi temu bual bagi mengenal pasti punca masalah

ATAU pentadbiran soal selidik bagi mengenal pasti punca

masalah ATAU ujian pra ATAU analisis peperiksaan

penggal/bulanan/topikal/kebangsaan yang lepas

Page 12: Panduan Menulis Laporan Kajian

b) Analisis Tinjauan Masalah

Buatkan jadual atau apa-apa bentuk ‘data display’ untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data/ maklumat untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang sedang dikaji.

Page 13: Panduan Menulis Laporan Kajian

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Sediakan jadual atau apa-apa bentuk data display untuk menunjukkan bahawa anda telah mengumpul data/maklumat untuk mengetahui punca, bagaimana masalah itu timbul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.

Page 14: Panduan Menulis Laporan Kajian

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tuliskan semua aktiviti, bahan-bahan dan cara

anda membuat pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang anda telah jalankan bagi menangani masalah yang anda sedang kaji.

Contoh: i) Sebanyak tiga aktiviti dijalankan untuk mengatasi masalah tekanan guru: a. b. c.

Page 15: Panduan Menulis Laporan Kajian

II) Bahan-bahan yang digunakan:a) Aktiviti 1 : …………b) Aktiviti 2 : …………c) Aktiviti 3 : …………

III) Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang berkesan dalam mengatasi masalah.a) ……….b) ……….c) ……….

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Page 16: Panduan Menulis Laporan Kajian

5.4.1 i) Pelaksanaan Aktiviti 1 Huraikan cara pelaksanaannya.

ii) Pemerhatian Sediakan jadual pemerhatian, huraikan apa

yang dilihat dalam Aktiviti 1, respons klien dan perkara lain yang mungkin anda tidak jangkakan.

iii) Refleksi Huraikan apa yang guru rasakan dari segi

keberkesanan Aktiviti 1 atau kegagalan aktiviti dan mengapa keadaan ini terjadi.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /PENILAIAN

Page 17: Panduan Menulis Laporan Kajian

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 Huraikan cara pelaksanaannya.

i) Pemerhatian Anda boleh buat jadual pemerhatian

dan/atau huraikan apa yang dapat dilihat dari segi perubahan sikap, respons klien terhadap Aktiviti 2, respons kaunselor lain dan perkara-perkara lain yang mungkin anda tidak jangkakan.

ii) Refleksi Huraikan apa kaunselor rasakan dari segi

keberkesanan aktiviti atau kegagalan Aktiviti 2 dan mengapa keadaan ini terjadi.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN /PENILAIAN

Page 18: Panduan Menulis Laporan Kajian

5.5 Refleksi Kajian

i. Penilaian Pencapaian Murid(Terangkan cara anda mengumpul data/maklumat untuk menilai keberkesanan tindakan (aktiviti-aktiviti yang dijalankan) dan tuliskan analisis dapatan tersebut. Jika anda telah menjalankan ujian pos atau ujian-ujian lain anda boleh huraikan dapatannya)

ii. Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan

(Tuliskan rumusan)

iii. Refleksi tentang proses kaunseling yang telah dijalankan secara keseluruhan.(Tuliskan apa yang anda rasakan setelah semua aktiviti atau tindakan dijalankan.)

Page 19: Panduan Menulis Laporan Kajian

Beri cadangan aspek lain yang anda ingin kaji atau aspek yang sama menggunakan tindakan/aktiviti lain.

6.Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Page 20: Panduan Menulis Laporan Kajian

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1) Tajuk Kajian2) Penghargaan3) Abstrak4) Halaman Kandungan5) Latar Belakang Kajian / Refleksi Masa Lalu6) Isu Keprihatinan / Fokus Kajian7) Objektif Kajian / Tujuan Kajian8) Kumpulan Sasaran

Page 21: Panduan Menulis Laporan Kajian

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

9) Perancangan Tindakan10) Pelaksanaan Tindakan11) Dapatan Kajian12) Refleksi13) Cadangan Tindakan Seterusnya14) Rujukan15) Lampiran