laporan inovasi sekolah

8
Kelab Doktor Muda Smk Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka Kertas Cadangan Projek Inovasi AJK Pelaksana Penasihat : 1. Pn. Nurulakmal binti Mohd Kamal 2. Pn. Nor Suhaila binti Abdul 3. Pn. Salbiah binti Mohamad Sair Pelajar : 1. Arif Mazlan bin Mazlan

Upload: nurulakmal-mohd-kamal

Post on 10-Apr-2016

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Laporan Inovasi Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Inovasi Sekolah

Kelab Doktor Muda

Smk Ghafar BabaMasjid Tanah Melaka

Kertas Cadangan Projek Inovasi

AJK PelaksanaPenasihat : 1. Pn. Nurulakmal binti Mohd Kamal

2. Pn. Nor Suhaila binti Abdul3. Pn. Salbiah binti Mohamad Sair

Pelajar : 1. Arif Mazlan bin Mazlan

Page 2: Laporan Inovasi Sekolah

1.0 Tajuk Projek

Papan Kuiz Elektrik

2.0 Pengenalan

Kelab Doktor Muda baru ditubuhkan di SMK Ghafar Baba pada bulan April 2014. Kelab ini berada

dibawah naungan Pejabat Kesihatan Negeri Melaka. Dianggotai seramai 40 ahli kelab, dan ahli terdiri

dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Papan Kuiz Elektrik : Satu papan yang dilengkapi dengan litar disediakan. Dihadapan papan akan

diletakkan soalan bersama jawaban, dan pelajar perlu menyuai padankan soalan dengan jawapan yang

betul. Sekiranya jawapan yang diberikan itu betul, mentol akan menyala. Ini dapat dijadikan sebagai

salah satu alat bantu mengajar guru semasa proses pembelajaran.

Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh

teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).Antara jenis-jenis

BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio

dan sebarang alat audio video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan

manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

dapat mengatasi masalah seperti disiplinpelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat

pelajar terhadap pengajaran guru.

Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan.

Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu

mengajar yang merangkumi pelbagai media. Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran

memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang

telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahanperubahan yang

dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai

kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya

tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran m

3.0 Objektif

a. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan di kalangan murid

b. Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab Doktor Muda.

c. Mengasah pemikiran pelajar agar dapat bersedia kea rah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Page 3: Laporan Inovasi Sekolah

d. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan kpembelajaran oleh guru di sekolah.

4.0 Rasional Projek

Projek Inovasi yang dibuat ini adalah berdasarkan kesedaran untuk membantu para guru dan

pelajar untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih menarik. Inovasi yang yang dhasilkan ini diharap

mampu dimanfaatkan pelbagai pihak. Hasil Inovasi juga diharap membantu pegawai pendidikan,

pentadbir sekolah serta guru-guru di sekolah meningkatkan pencapaian dan minat pelajar.

5.0 Skop dan Limitasi Projek

Papan Kuiz Elektrik ini menggunakan konsep fizik iaitu litar lengkap dan litar tidak lengkap.

Dalam menyiapkan projek inovasi ini, kebanyakkan bahan yang digunakan dibeli menggunakan duit

guru, pelajar dan kelab.

6.0 Kepentingan dan Impak Projek

Meransang pemikiran pelajar agar berfikir di luar kotak, serta menjadikan setiap permasalahan

yang ada kepada idea untuk menjana projek inovasi. Projek Inovasi yang dijalankan oleh Kelab Doktor

Muda ini adalah untuk menyahut cabaran zaman sekarang yang menuntut agar pelajar berfikir pada

aras tinggi.

Hasil dapatan daripada inovasi ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar memperbaiki

kelemahan dalam pengajaran dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar guru dan pelajar tentang

pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu

membentuk pelajar supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan

Mengajar yang sesuai. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar

kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Antara peranan Alat bantu mengajar (ABM) ialah:-

i. Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru dan

pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan

pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-

buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai

Page 4: Laporan Inovasi Sekolah

kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-

murid. Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai

untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.

ii. Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:-

Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai

membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pengajaran.

Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang

dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat memahami perbezaan

individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan sendirinya tidak akan

menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi kemahiran guru menggunakan bahan

itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

iv. Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar

penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya lebih

cepat memahami dan mengingati dengan berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan

alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa

yang diajar.

7.0 Kos

Bahan Kos

Papan litar Rm70.00

Wayar penyambung Rm10.00

Bateri RM 15.00

Mentol Rm3.00

Pemegang Bateri Rm 5.00

Lain-Lain2 Rm30.00

JUMLAH Rm 133.00

8.0 Tinjauan / Kajian Literatur

Page 5: Laporan Inovasi Sekolah

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering

diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan

dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul

Rahman,1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu

gurumeningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadiperanan

Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagimeningkatkan proses

komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajarbagi meningkatkan motivasi pelajar dan

melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s,

287).

Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden

sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar

sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar.

Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar,

bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam

Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajardigunakan sebagai satu cara untuk

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangmenarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16).

Mok Soon Sang (1996, m.s 58),pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam

prosespengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikanpengajaran

dengan mudah, cepat serta menarik.

Bahan Bantu Mengajar yangdisediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak

diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan tepat.

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan

kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias danRahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292).

9.0 Kaedah Penyelidikan atau Metodologi

Penghasilan bahan bantu mengajar.

10.0 Pelan Perancangan Projek

Proses Kerja Tarikh

Mengenalpasti projek 14 Januari 2015

Page 6: Laporan Inovasi Sekolah

Pemilihan projek/ Masalah 21 Januari 2015

Mengumpul data dan analisis projek 28 Januari 2015

Penetapan Objektif / Sasaran 4 Februari 2015

Cadangan Projek 10 Februari 2015

Persembahan dan Persetujuan pihak pengurusan 18 Februari 2015

Pelaksanaan 18 Februari 2015

Penilaian dan Pemantauan -

Penyeragaman -

11.0 Kesimpulan

Projek inovasi ini diharapkan dapat membantu dalam pengajaran guru dan menjadikan setiap

sesi pembelajaran itu lebih bermakna dan menarik. Disamping dapat mencungkil bakat pelajar dalam

melahirkan idea-idea bernas untuk menghasilkan sesuatu bahan baru.

Disediakan oleh,

……………………………………………………

(Pn. Nurulakmal binti Mohd Kamal)

Guru Penasihat Kelab Doktor Muda