laporan gerko

1
Laporan Persiapan Dewan Ho Hui Wen Khoo Sin Hui Teoh Pei Hung Low Huei Shin Pada bulan Mac, pensyarah subjek Pengurusan Kokurikulum iaitu Encik Lee See Seng telah memberi tugasan kepada kami. Tugasan khas pada kali ini agak unik. Kami diminta untuk mengadakan satu jamuan. Kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan kerjasama semua pelajar dalam unit L1. Setelah menjalankan mesyuarat pelantikan jawatan, kami pun mula melaksanakan tugas masing-masing. Kumpulan kami memegang tugas sebagai persiapan dewan. Tugas utama kami adalah menghiaskan kelas kami untuk mewujudkan suasana yang lebih baik semasa jamuan. Selain itu, kami juga diarahkan untuk bertanggungjawab tentang majlis perasmian. Pada mulanya, kami telah menghadapi masalah kesesakan minda untuk melahirkan idea yang bagus untuk majlis perasmian. Setelah perbincangan, kami telah membuat keputusan untuk membuat satu papan yang memaparkan tajuk jamuan kami iaitu The Journey Of L1lalu mengikat dengan belon-belon. Kemudian, tetamu khas kami dijemput untuk memecahkan belon-belon tersebut sebagai upacara merasmikan majlis. Seterusnya, kami telah menggunakan beon-belon yang lain untuk menghiaskan kelas kami. Semasa proses menghiaskan kelas kami, kawan- kawan kami dalam L1 telah memberikan pertolongan yang besar kepada kami. Mereka telah membantu kami dalam meniupkan belon-belon yang berkuantiti begitu banyak. Selain itu, kami juga mencetakkan perkataan The Journey To L1dan lekatkannya pada papan putih kelas kami. Selain itu, kami juga melukiskan gambar pada papan itu supaya kelihatan lebih menarik. Jamuan kelas kami telah dijalankan dengan sempurna. Kesimpulannya, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Lee See Seng dan juga pelajar-pelajar L1 yang telah memberi bantuan dan kerjasama untuk menjayakan jamuan ini.

Upload: hung-teoh

Post on 21-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

GERKO

TRANSCRIPT

Page 1: laporan GERKO

Laporan Persiapan Dewan

Ho Hui Wen Khoo Sin Hui Teoh Pei Hung Low Huei Shin

Pada bulan Mac, pensyarah subjek Pengurusan Kokurikulum iaitu Encik Lee See

Seng telah memberi tugasan kepada kami. Tugasan khas pada kali ini agak unik. Kami

diminta untuk mengadakan satu jamuan. Kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan ini

dengan kerjasama semua pelajar dalam unit L1.

Setelah menjalankan mesyuarat pelantikan jawatan, kami pun mula

melaksanakan tugas masing-masing. Kumpulan kami memegang tugas sebagai

persiapan dewan. Tugas utama kami adalah menghiaskan kelas kami untuk

mewujudkan suasana yang lebih baik semasa jamuan. Selain itu, kami juga diarahkan

untuk bertanggungjawab tentang majlis perasmian.

Pada mulanya, kami telah menghadapi masalah kesesakan minda untuk

melahirkan idea yang bagus untuk majlis perasmian. Setelah perbincangan, kami telah

membuat keputusan untuk membuat satu papan yang memaparkan tajuk jamuan kami

iaitu “The Journey Of L1” lalu mengikat dengan belon-belon. Kemudian, tetamu khas

kami dijemput untuk memecahkan belon-belon tersebut sebagai upacara merasmikan

majlis.

Seterusnya, kami telah menggunakan beon-belon yang lain untuk menghiaskan

kelas kami. Semasa proses menghiaskan kelas kami, kawan-kawan kami dalam L1

telah memberikan pertolongan yang besar kepada kami. Mereka telah membantu kami

dalam meniupkan belon-belon yang berkuantiti begitu banyak. Selain itu, kami juga

mencetakkan perkataan “The Journey To L1” dan lekatkannya pada papan putih kelas

kami. Selain itu, kami juga melukiskan gambar pada papan itu supaya kelihatan lebih

menarik.

Jamuan kelas kami telah dijalankan dengan sempurna. Kesimpulannya, ribuan

terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Encik Lee See Seng dan juga

pelajar-pelajar L1 yang telah memberi bantuan dan kerjasama untuk menjayakan

jamuan ini.