laporan gerko sem 2.doc

3
LAPORAN KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 2014 Pada 10 april 2014 Institut Pendidikan Kampus Temenggong Ibrahim telah menganjurkan sebuah kursus iaitu kejurulatihan dan kepegawaian dalam semua permainan. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari. Pada semester ini kami telah mempelajari sukan bola tampar. Sukan permainan bola tampar yang telah saya sertai ini telah banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Penceramah bola tampar kami ialah En Lim Seo Peng. Beliau mempunyai 11 tahun pengalaman dalam permainan bola tampar. Pertama sekali, kami telah mempelajari teori bola tampar dan peraturan umum. Selain itu beliau telah memperkenalkan undang undang bola tampar. Sehubungan dengan itu, kami bukan sahaja dibekalkan dengan pengetahuan tentang bola tampar dan kemahiran bermain bola tampar, malah kami juga telah dibekalkan dengan cara mengendalikan pertandingan bola tampar serta cara menjadi pengadil. Beliau juga telah memberikan nota-nota berkaitan tentang bola tampar dan membuat amali di gelanggang bola tampar. Method ansur maju yang digunakan oleh pensyarah untuk mengajar kami tentang bola tampar sangat berkesan kerana banyak kemahiran yang telah diajar. Setelah kami menguasai kemahiran cara-cara bermain bola tampar dengan baik.

Upload: mohana-muthaiah

Post on 04-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN PERMAINAN BOLA TAMPAR 2014

Pada 10 april 2014 Institut Pendidikan Kampus Temenggong Ibrahim telah menganjurkan sebuah kursus iaitu kejurulatihan dan kepegawaian dalam semua permainan. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari. Pada semester ini kami telah mempelajari sukan bola tampar. Sukan permainan bola tampar yang telah saya sertai ini telah banyak membantu saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Penceramah bola tampar kami ialah En Lim Seo Peng. Beliau mempunyai 11 tahun pengalaman dalam permainan bola tampar. Pertama sekali, kami telah mempelajari teori bola tampar dan peraturan umum. Selain itu beliau telah memperkenalkan undang undang bola tampar. Sehubungan dengan itu, kami bukan sahaja dibekalkan dengan pengetahuan tentang bola tampar dan kemahiran bermain bola tampar, malah kami juga telah dibekalkan dengan cara mengendalikan pertandingan bola tampar serta cara menjadi pengadil. Beliau juga telah memberikan nota-nota berkaitan tentang bola tampar dan membuat amali di gelanggang bola tampar. Method ansur maju yang digunakan oleh pensyarah untuk mengajar kami tentang bola tampar sangat berkesan kerana banyak kemahiran yang telah diajar. Setelah kami menguasai kemahiran cara-cara bermain bola tampar dengan baik. kami telah diajar untuk mengendalikan pertandingan bola tampar. Pertama sekali beliau telah memulakan kemahiran asas bola tampar iaitu pukulan servis ,menyangga, mengumpan ,rejam dan menghadang.

Selepas itu, beliau telah cara bermain untuk setiap kemahiran tersebut. Beliau menunjukkan setiap kemahiran itu langkah demi langkah.

Kemudian beliau telah memberi sedikit penerangan tentang pakaian untuk permainan bola tampar bagi lelaki dan perempuan. Malahan beliau juga beritahu tentang kelakuan semasa berada di gelanggang bola tampar. Dalam kursus ini bukan sahaja ada amali malah beliau telah mengadakan penilaian kursus. Penilaian kursus ini memang memberi manfaat kepada kami kerana daripada penilaian kami boleh menguji diri sendiri bahawa sejauhmanakah pengetahuan asas bola tampar yang didapati. Di akhir semester dua ini , kami telah diberikan kepercayaan untuk menganjurkan satu pertandingan bola tampar. Dalam pengelolaan tersebut,kami sekelas telah diberi tugas dan tanggung jawab masing-masing sehingga pertandingan itu telah berjalan dengan lancar. Setelah selesainya pertandingan tersebut, saya akan mempelajari banyak perkara dan ini telah cukup meyakinkan saya untuk pergi ke sekolah untuk praktikum kerana bekalan ilmu dan kemahiran telah memadai. Gambar