laporan bola tampar mssb 1

3
1.0 PENGENALAN Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, kejohanan Bola Tampar MSSB Sandakan telah berlangsung dengan jayanya . Kejohanan kali ini telah memilih Daerah Kinabatangan sebagai tuan rumah dan Sek. Keb Batu Puteh telah terpilih sebagai pengelola pertandingan. Kejohanan Bola Tampar peringkat bahagian merupakan satu tiket kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk melayakkan diri ke pertandingan peringkat MSSN Sabah yang akan di adakan di Beaufort nanti. 2.0 RASIONAL Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yang menjadi sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cinta akan negara. 3.0 MATLAMAT Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini. 4.0 OBJEKTIF Porgram kali ini telah mencapai objektif yang digariskan seperti di bawah ini: 1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan guru pelatih. 2. Melahirkan warga guru pelatih yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang akademik dan sukan. 3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan murid. 5.0 KUMPULAN SASARAN Murid di Daerah Telupid, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan yang terdiri daripada murid sekolah rendah 12 tahun ke bawah dan sekolah menengah 18 tahun ke bawah. Terdapat 16 pasukan kesemuanya yang bertanding. 6.0 TARIKH DAN HARI

Upload: mohammad-haziq-bin-mahmood

Post on 10-Jul-2016

240 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kalau nak buat laporan pertandingan bola tampar, ambillah..moga menjadi petunjuk yang bermanfaat buat kita semua.

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bola Tampar Mssb 1

1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, kejohanan Bola Tampar MSSB Sandakan telah berlangsung dengan jayanya . Kejohanan kali ini telah memilih Daerah Kinabatangan sebagai tuan rumah dan Sek. Keb Batu Puteh telah terpilih sebagai pengelola pertandingan. Kejohanan Bola Tampar peringkat bahagian merupakan satu tiket kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk melayakkan diri ke pertandingan peringkat MSSN Sabah yang akan di adakan di Beaufort nanti.

2.0 RASIONAL

Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yang menjadi sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta memupuk semangat cinta akan negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini.

4.0 OBJEKTIF

Porgram kali ini telah mencapai objektif yang digariskan seperti di bawah ini:

1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan guru pelatih.

2. Melahirkan warga guru pelatih yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang akademik dan sukan.

3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan murid.

5.0  KUMPULAN SASARAN

Murid di Daerah Telupid, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan yang terdiri daripada murid sekolah rendah 12 tahun ke bawah dan sekolah menengah 18 tahun ke bawah. Terdapat 16 pasukan kesemuanya yang bertanding.

6.0  TARIKH DAN HARI

16 April 2015 (Khamis) dan 17 April 2015 (Jumaat)

Page 2: Laporan Bola Tampar Mssb 1

7.0 TEMPATGelanggang Bola Tampar, SK Batu Puteh, Kinabatangan.

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLARujuk “LAMPIRAN 1”

9.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASARujuk “LAMPIRAN 2”

10.0 PENAJA UTAMAPEJABAT PELAJARAN DAERAH KINABATANGAN

11.0 PERBELANJAANRujuk “LAMPIRAN 3”

12.0 KEPUTUSAN PERTANDINGANRujuk “LAMPIRAN 4”

13.0 SENARAI NAMA PEMAIN YANG TERPILIH KE PERINGKAT NEGERIRujuk “LAMPIRAN 5”

14.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGANRujuk “LAMPIRAN 6”

15.0 BORANG-BORANG KEJOHANANRujuk “LAMPIRAN 7”

16.0 RESIT-RESIT PEMBELIANRujuk “LAMPIRAN 8”

17.0 GAMBAR KENANGANRujuk “LAMPIRAN 9”

17.0 PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan diberikan kepada:

Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan Pejabat Pendidikan Daerah Telupid.

Penyelaras Program En. Ahmed Tawang. Kesemua guru besar yang turut serta memeriahkan kejohanan tersebut. Ahli Jawatankuasa Induk Peringkat Daerah Kinabatangan dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pengadil Kejohanan yang dilantik. Jurulatih-jurulatih kejohanan. Serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Page 3: Laporan Bola Tampar Mssb 1

18.0 PENUTUP

Pihak pengelola berharap pihak pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan dapat meneruskan aktiviti sebegini pada tahun-tahun seterusnya bagi meningkatkan semangat kesukanan dikalangan murid. Pihak kami juga sangat menyokong dan sentiasa bersiap sedia bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan murid yang sihat dan cergas terutama sekali di dalam pembentukan JERIS murid-murid sekolah.

Disediakan oleh:

......................................... ..................................................(MARNI BINTI SAIT) (SITI NOR NAEMAH BT MUSA)AJK Laporan & Dokumentasi AJK Laporan & Dokumentasi

Disemak Oleh:

..................................................................(MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD)Ketua Pengelola Kejohanan

Disahkan Oleh :

..........................................................(MEGAT ALIAS BIN MEGAT MUDA)Guru BesarSek. Keb. Batu Puteh, Kinabatangan