laporan kejohanan bola tampar mssd jelebu 2012

Upload: muhammad-fakhri

Post on 18-Jul-2015

125 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO HAJI TAN AHMAD 72400, Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan

TopikProjek

ButiranLaporan Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Jelebu

Objektif

Antara objektif kejohanan ini adalah: i) ii) iii) iv) v) vi) Mencungkil bakat dan memberikan pelajar-pelajar peluang menyertai pertandingan Sukan Bola Tampar. Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah selaras dengan konsep 1 Murid 1 Sukan. Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang diambil. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta. Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Memupuk semangat perpaduan dikalangan peserta yang berbilang kaum

Tempoh

8 & 9 Februari 2012 (2 Hari)

Tempat Perlaksanaan

Gelanggang Bola Tampar Sekolah Menengah Dato Haji Tan Ahmad Pada 8 Februari telah diadakan Kejohanan bagi peringkat kumpulan, manakala 9 Februari bagi peringkat separuh akhir dan akhir. Berikut merupakan pesertapeserta yang terlibat dan keputusan Kejohanan yang telah diadakan sepanjang 2 hari tersebut. Perlawanan dipecahkan kepada 4 kategori iaitu i) Lelaki bawah 18 tahun ii) Lelaki bawah 15 tahun iii) Perempuan bawah 18 tahun iv) Perempuan bawah 15 tahun

Kumpulan Sasaran

Sekolah-sekolah menengah di Daerah Jelebu SMA Dato Haji Tan Ahmad MRSM Kuala Klawang SMK Dato Undang Musa Al-Haj SMK Teriang Hilir SM Vokasional Kuala Klawang SMK Simpang Gelami SMK Undang Jelebu

Proses Kerja

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Membuat kertas kerja Pembentangan di dalam mesyuarat (Lampiran) Mengagih Ahli Jawatan Kuasa kerja (Lampiran) AJK melaksanakan tugas atas apa yang telah diagihkan Hari kejohanan berlansung Menyedialan laporan kejohanan

Kekangan

Kejohanan berjalan dengan lancar tetapi terdapat satu perkara yang perlu di titik berat pada kejohanan akan datang iaitu: Kekurangan pengadil memaksa 5 pengadil yang terlibat kepenatan kerana sepanjang masa mengadili pertandingan kerana perlu mematuhi jadual perlawanan yang telah ditetapkan. Kekurangan peralatan yang menepati piawaian pertandingan bola tampar. Antara penambahbaikan yang perlu atas kekangan di atas ialah: Menjemput pengadil tambahan agar pengadil mempunyai masa rehat yang cukup untuk merehatkan diri dan merancang pengadilan yang lebih berkesan pada perlawanan yang seterusnya. Beberapa peralatan seperti kayu di bahagian tepi jaring untuk tujuan menegangkan jaring tiada menyebabkan ia diganti dengan batang paip. Oleh itu diharapkan pada masa hadapan disediakan peralatan ini.

Penambahbaikan

Keputusan Keseluruhan Perlawanan Bola Tampar MSSD Jelebu 2012Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Johan Naib Johan Ketiga : SM Vokasional Kuala Klawang : SMA Dato Haji Tan Ahmad : SMK Dato Undang Musa Al-Haj : SMK Simpang Gelami

Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun Johan Naib Johan Ketiga : SMA Dato Haji Tan Ahmad : MRSM Kuala Klawang : SMK Dato Undang Musa Al-Haj

Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun Johan Naib Johan Ketiga : SMK Undang Jelebu : SMA Dato Haji Tan Ahmad : SM Vokasional Kuala Klawang : SMK Dato Undang Musa Al-Haj

Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun Johan Naib Johan Ketiga : SMK Dato Undang Musa Al-Haj : MRSM Kuala Klawang : SMA Dato Haji Tan Ahmad : SMK Teriang Hilir

Pencapaian SMA Dato Haji Tan AhmadPasukan Sekolah Menengah Agama Dato Haji Tan Ahmad dipimpin oleh 2 orang jurulatih iaitu: 1. Encik Syed Ali Uraidy bin Syed Dahalan 2. Encik Ramzza bin Shahruddin Manakala pengurus pasukan pula ialah: 1. Encik Tengku Alias Tengku Samsudin 2. Cik Siti Norfarehan binti Musa Berikut merupakan keputusan yang diperolehi oleh pasukan bola tampar SMA Dato Haji Tan Ahmad: Johan Kategori Lelaki bawah 15 tahun Naib Johan Kategori Lelaki bawah 18 tahun Naib Johan Kategori Perempuan bawah 18 tahun Ketiga Kategori Perempuan bawah 15 tahun

Pasukan lelaki bawah 15 tahun telah dipilih mewakili Daerah Jelebu ke peringkat MSSM Negeri Sembilan pada 21 & 22 Februari 2012 bertempat di Centre Court Paroi, Negeri Sembilan. Pasukan ini telah melakukan latihan persediaan secara berpusat di Gelanggan Bola Tampar SMADATA. Diharapkan Kejohanan Bola Tampar MSSMNS Peringkat Negeri akan berpihak kepada Pasukan SMADATA.

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

______________________ (Muhammad Fakhri b. Ramley)

______________________

________________________ (Mohd Izwan bin Abdul Rahim)

Peserta Lelaki bawah 18 tahun SMADATA berentap dengan peserta dari SMK Simpang Gelami pada peringkat separuh akhir

Peserta perempuan SMADATA(Merah) vs. SMK Undang Jelebu pada peringkat akhir

Gambar-gambar sekitar kejohanan berlangsung

Sekitar upacara penutupan kejohanan ditutup secara rasmi oleh Pn Hajjah Rodiah bt Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu