laporan bengkel big fasa 5 (laporan kelas)

6
AMBILAN : JANUARI 2012 SEMESTER : 5 OPSYEN : 5 PISMP TESL 4 TARIKH : 13 FEBRUARI 2014 TEMPAT : DEWAN SERI TEMENGGONG LAPORAN REFLEKTIF : BENGKEL BIG TAJUK : PENGURUSAN PENDIDIKAN (A) LAPORAN AKTIVITI/PESERTA Pada 13 Februari 2014, siswa dan siswi semester 5 telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke 5. Tema Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah “Pengurusan Pendidikan” dan telah dijalankan di Dewan Seri Temenggong, IPGKTI. Bengkel ini dijalankan selama lebih kurang 4 jam yang menerangkan tentang beberapa isu-isu di dalam sistem pendidikan di negara kita, Malaysia. Program pada kali ini telah mencapai kehadiran 100% kerana ia merupakan salah satu program wajib bagi setiap siswa dan siswi guru semester lima ambilan Januari 2012. Bengkel ini telah menjemput dua orang penceramah daripada barisan pensyarah Insititut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sendiri. Antara penceramah yang menjalankan slot-slot mereka ialah En Rosly Bin Kayar, En Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor dan Puan Zulaini binti

Upload: madiha-mahfoz

Post on 20-Jan-2016

128 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bengkel Big Fasa 5 (Laporan Kelas)

AMBILAN : JANUARI 2012

SEMESTER : 5

OPSYEN : 5 PISMP TESL 4

TARIKH : 13 FEBRUARI 2014

TEMPAT : DEWAN SERI TEMENGGONG

LAPORAN REFLEKTIF : BENGKEL BIG

TAJUK : PENGURUSAN PENDIDIKAN

(A) LAPORAN AKTIVITI/PESERTA

Pada 13 Februari 2014, siswa dan siswi semester 5 telah menjalani Program

Bina Insan Guru (BIG) fasa ke 5. Tema Program Bina Insan Guru pada kali ini

adalah “Pengurusan Pendidikan” dan telah dijalankan di Dewan Seri

Temenggong, IPGKTI. Bengkel ini dijalankan selama lebih kurang 4 jam yang

menerangkan tentang beberapa isu-isu di dalam sistem pendidikan di negara

kita, Malaysia. Program pada kali ini telah mencapai kehadiran 100% kerana ia

merupakan salah satu program wajib bagi setiap siswa dan siswi guru semester

lima ambilan Januari 2012.

Bengkel ini telah menjemput dua orang penceramah daripada barisan

pensyarah Insititut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sendiri.

Antara penceramah yang menjalankan slot-slot mereka ialah En Rosly Bin Kayar,

En Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor dan Puan Zulaini binti Kamaruddin.

Banyak pengalaman dan input baru yang telah mereka sampaikan kepada siswa

dan siswi guru IPGKTI untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Siswa dan siswi

guru juga telah diberikan pendedahan awal oleh para pensyarah untuk

mempersiapsedia fizikal dan mental untuk menghadapi kerjaya guru yang

semakin mencabar ini.

Page 2: Laporan Bengkel Big Fasa 5 (Laporan Kelas)

Slot Pn Zuliani binti Kamaruddin

Slot En Mohammad Nurul Azmi

Penyampaian cenderamata kepada para penceramah jemputan

Page 3: Laporan Bengkel Big Fasa 5 (Laporan Kelas)

ISU / MASALAH ( jika ada)

Program ini telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar

sehingga menyebabkan program ini terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan ke

hari yang lain.

(B) ANALISIS SWOT

I. KEKUATAN

Persembahan PowerPoint yang menarik dan jelas

Cara penyampaian oleh penceramah jelas

Tempat bengkel yang telah disediajan selesa

Input yang telah dipersembahkan sangat berguna dalam membuat

persediaan menjadi guru kelak

Memberikan pendedahan kepada guru pelatih untuk sentiasa cekap

dalam sebarang urusan pendidikan.

Menyedarkan guru pelatih dengan akta-akta yang terdapat dalam

dunia pendidikan.

Memberikan input tentang pengurusan di Jabatan Pendidikan Negeri

dan cara untuk berurusan dengan pihak mereka.

Membuat persediaan terhadap guru pelatih untuk mengetahui jenis-

jenis surat pekeliling ikhtisas dan fungsinya.

Mengenali peranan dan fungsi PPD/Zon /Bahagian dan PKG dengan

lebih mendalam.

II. KELEMAHAN

Masalah teknikal yang menjadikan program lambat dimulakan.

Tiada sesi soal jawab antara penceramah dengan guru pelatih

membuatkan kurang interaktif

Page 4: Laporan Bengkel Big Fasa 5 (Laporan Kelas)

III. PELUANG

Memberikan panduan dalam pengurusan di sekolah

Guru pelatih mendapat input yang berguna untuk menjadi guru.

Dapat memanfaatkan ilmu pengurusan pendidikan di sekolah kelak.

Guru pelatih dapat membuat persiapan daripada segi mental dan

fizikal.

IV. ANCAMAN

Program ini tidak meberikan sebarang ancaman yang berbahaya

kepada guru pelatih yang mengikuti bengkel ini.

REFLEKSI

I. MANFAAT PROGRAM

a. Menambah ilmu pengetahuan guru pelatih tentang pengurusan

pendidikan.

b. Pendedahkan mengenai bidang pengurusan.

c. Mengenali JPN dengan lebih mendalam.

d. Memantapkan bidang-bidang pekeliling ikhtisas.

II. PENAMBAHBAIKAN

a. Menambah slot-slot berkaitan pengurusan pendidikan

b. Menjemput wakil-wakil penceramah dari JPN, PPD dan sebagainya untuk

memberikan input .

c. Patut mengadakan sesi soal jawab bersama guru pelatih.

Page 5: Laporan Bengkel Big Fasa 5 (Laporan Kelas)

d. Mengedarkan contoh-contoh surat pekeliling ikhtisas kepada guru pelatih.

Tandatangan Pelapor:

____________________________

(SITI MADIHA BINTI MOHD MAHFOZ)

AJK DOKUMENTASI,

5 PISMP TESL 2