laporan amali ayam

Upload: mohd-taufik-bin-abd-rashid

Post on 11-Jul-2015

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI (AYAM PEDAGING)

Tajuk : Ternakan Ayam Pedaging Tempat : Ladang JPTK, UTM. Spesis : Cobb

Kumpulan : 3 (Jumaat Petang) Tarikh : 28.08.2008 hingga 11.10.2008

1.0 Pengenalan Ayam pedaging dipelihara untuk dagingnya dan masa peliharaannya antara 8 hingga 9 minggu. Setiap ayam memerlukan udara, air, suhu yang sesuai dan makanan untuk menghindari penyakit. Setiap kumpulan yang terdiri daripada 11 hingga 13 orang pelajar dipertanggungjawabkan untuk menjaga 29 ekor anak ayam. Jangka masa bagi penjagaan ayam adalah selama 40 hingga 45 hari.

Rajah 1: Ayam pedaging

http://tangkapgambar.blogspot.com/

2.0 Objektif 1. Mengenal pasti sistem pemeliharaan ayam pedaging. 2. Mengenal pasti pengurusan asas ayam pedaging. 3. Mengenal pasti penjagaan ayam pedaging. 4. Mengetahui kaedah pemprosesan ayam pedaging. 5. Mengetahui kaedah pemasaran ayam pedaging.

3.0 Aktiviti Pengurusan BIL 1 2 3 MINGGU 1 2 3 AKTIVITI Membuat reban ayam Pengenalan mengenai ayam pedaging Membahagikan kumpulan Bekalan anak ayam tiba Penjagaan anak ayam secara bergilir selama 2 minggu oleh 4 5 5 8 setiap semua kumpulan. Pembahagian ayam kepada setiap kumpulan Penjagaan ayam secara berkala oleh setiap ahli kumpulan Pemprosesan dan pemasaran ayam

3.1

Minggu 1 (Membuat reban ayam) Setiap kumpulan dikehendaki membina reban ayam bagi menempatkan anak-anak ayam. Reban ayam ini terdiri daripada kayu dan jaring dawai. Reban ayam yang telah siap disapu dengan minyak hitam untuk mengelakkan serangan anai-anai.

3.2

Minggu 2

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Encik Fariz telah menerangkan secara ringkas mengenai pengajaan anak ayam. Anak-anak ayam sangat sensitif dengan persekitaran contohnya terhadap bunyi bising, pencahayaan serta benda-benda asing yang lain. Setiap ahli kumpulan dibahagikan kepada 11 hingga 13 orang pelajar. Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab terhadap setiap ekor ayam. 3.3 Minggu 3 Anak ayam tiba pada 28 Ogos 2008 sebanyak 300 ekor anak ayam yang terdiri daripada 150 ekor anak ayam jantan dan 150 ekor anak ayam betina. Anak-anak ayam diasingkan mengikut jantina ke dalam 2 reban. Encik Fariz menerangkan ciri-ciri anak-anak ayam yang sihat dan cara mengenal pasti jantina anak ayam. Selama 2 minggu, anak-anak ayam diberi makan dedak halus dan bagi permulaan, minuman anak-anak ayam dicampurkan dengan vitamin bagi mengelakkan tekanan. 3.4 Minggu 5 Setelah mencapai umur 16 hari, anak ayam dibahagikan kepada 29 ekor bagi setiap reban. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan jadual penjagaan harian. Antara rutin harian yang dilakukan adalah seperti menukar surat kabar, menambah makanan dan mencuci serta menukar air. Selain itu pada setiap minggu, berat anak ayam hendaklah diambil bagi memastikan perkembangan anak ayam adalah konsisten. Segala maklumat yang berkaitan dicatatkan dalam borang pemeriksaan ayam.

3.5

Minggu 8

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Setelah mencapai umur 43 hari, anak ayam diproses untuk tujuan penjualan. Setaip ahli kumpulan dibahagikan kepada beberapa tugas, antaranya adalah seperti menyembelih, merebus, membuang bulu, mengambil ukuran berat ayam dan membuang bahagian ayam yang tidak diperlukan. Setelah selesai proses pemprosesan, anak ayam di pasarkan kepada staf-staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kafe-kafe sekitar UTM.

Rajah 2 : Menyembelih ayam

Rajah 3 : Memproses ayam

4.0 Penjualan Ayam

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Bil 1

Jumlah Berat Ayam (Kg) 42.16

Harga Pasaran (RM/Kg) 6.76

Harga Jualan (RM/Kg) 5.20

Jumlah(RM) 219.23

Rajah 4 : Ayam siap untuk dipasarkan

5.0 Refleksi Kesimpulannya, semua ayam yang dipertanggungjawabkan kepada kami berada dalam keadaan yang sihat dam mengalami pertumbuhan yang seimbang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang kami hadapi, antaranya: 1. Kedudukan reban yang tidak sesuai. Kedudukan reban yang tidak sesuai iaitu terdedah kepada tempias hujan menyebabkan lantai reban basah apabila hujan. Hal ini menyebabkan, salah seekor anak ayam mengalami kaki biru. 2. Bekalan makanan ayam kurang. Pada minggu ke tujuh, bekalan makanan ayam kehabisan. Hal ini menyebabkan, makanan ayam terpaksa dicatu. Oleh kerana itu, ayam telah mengalami kekurangan berat badan daripada yang sepatutnya. 3.0 Ayam terbantut.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Terdapat seekor anak ayam yang terbantut pembesarannya. Masalah ini telah dikenal pasti sejak awal kerana ketika kecil ia terhimpit oleh ayam-ayam lain.

http://tangkapgambar.blogspot.com/