laporan kerja amali

Upload: azlan-abd-hanib

Post on 08-Mar-2016

364 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

amali

TRANSCRIPT

Laporan Kerja Amali - Asas Kejuruteraan Mekanikal8.00am - 10.00 am :Teori Enjin pembakaran dalam.- Konsep dan kendalian enjin petrol 2 lejang.- Konsep dan kendalian enjin petrol 4 lejang- kaedah menservis enjin petrol- kaedah merombak rawat kepala selinder enjin10.00am - 2.00pm : Latihan Amali

1. Menservis EnjinTutor, En.Ahmad Zaidee Omar dan pembantunya En.Baharudin Awang telah membuat demontrasi menservis enjin pada sebuah kereta proton wira.Seterusnya kami diarahkan menservis enjin pada sebuah enjin di atas stand.Langkah Kerja Memeriksa Minyak Pelincira)Pastikan enjin dalam keadaan mati.b)Cabut pengukur celup dan bersihkannya dengan kain.c)Masukkan semula pengukur celup sepenuhnya.d)Cabut semula pengukur celup dan periksa paras minyak melincir.Paras minyak mesti berada antara F (Max) dengan L(Min).Jika kurang perlu ditambah.e)Masukkan semula pengukur celup ketempat asalnya setelah selesai kerja pemeriksaan.

Menukar Minyak PelincirLangkah Kerja menukar minyak pelincir.a)Pastikan enjin atau kenderaan dalam kedudukan rata. Buka penutup palam isian minyak.b)Letakkan takungan dibawah enjin dan buka palam buang minyak.c)Buka penapis minyak menggunakan perengkuh penapis minyak. Untuk membuka pusing ikut lawan jam.d)Sapukan sedikit minyak pada gasket getah penapis minyak yang baru dan pasangkan pada enjin dengan kekuatan tangan sahaja. Pastikan pusing mengikut arah jam untuk mengikat penapis.e)Setelah minyak berhenti keluar dari palam buang minyak, pasang dan ketatkan semula palam .f)Letakkan corong pada palam isian minyak.g)Isikan minyak yang baru secara perlahan-lahan.h)Periksa paras minyak pelincir pada pengukur celup. Tambah jika perlu.i)Tutup semula palam isian dan hidupkan enjin seketika.j)Periksa semula paras minyak pada pengukur celup. Tambah jika perlu.

Menservis Penapis Udara.Langkah Kerja menukar penapis udara.a)Buka dan tanggaklan bahagian atas perumah penapis udara.b)Keluarkan penapis udara dan periksa secara visual.c)Bersihkan penapis udara dengan semburan udara mampat.d)Pasang semula penapis udara serta perumahnya.

Menukar Palam PencucuhLangkah Kerja menukar palam pencucuh.a)Tanggalkan kabel palam pencucuh.b)Longgar dan buka palam pencucuh menggunakan soketnya mengikut arah lawan jamc)Periksa palam pencucuk secara visuald)Ambil ukuran kelegaan elektrod palam pencucuh yang baru menggunakam tolok perasa.Kelegaan biasa palam pencucuh adalah 0.75mm - 0.8mm.e)Pasang palam pencucuh baru pada enjin.f)Pasang semula kabel palam pencucuh dan hidupkan enjin.2. Merombak rawat Kepala Silinder Enjin. Langkah Kerja Merombak rawat Kepala Silinder Enjin.a)Keluarkan cecair penyejuk enjin.b)Tanggalkan pangarongga masuk dan pancarongga ekzos. c)Tanggalkan timing belt dan sporket aci sesondol. d)Tanggalkan pepasangan lengan jempelang. e)Longgarkan bolt kepala selinder mengikut urutan yang betul. 1 7 9 5 3

4 8 10 6 2 Rajah Urutan Membuka Bolt Kepala Selinder

f)Keluarkan kepala selinder dan periksa secara visual kemudian bersihkan kepala selinder.g)Periksa kepala selinder menggunakan pinggir lurus dan tolok perasa untuk mengetahui jika terdapat keherotan.

1 2

3 4 5 6 7 8 Rajah Pengukuran Keherotan Kepala Selinder.

h) Jika terdapat keherotan ,kepala selinder perlu dihantar ke machinery untuk dipotong supaya rata semula.i) Pasang semula kepala selinder ke bongkah enjin dan ketatkan bolt mengikut prosidur yang betul. 7 5 1 3 9

10 4 2 6 8 Rajah Urutan Mengikat Bolt Kepala Selinderj) Pasang semula pancarongga masuk dan ekzos serta isikan cecair penyejuk.LAMPIRAN

Kelas Teori

Menservis Enjin

Merombak Rawat Kepala Selinder