laporan amali

4
LAPORAN AMALI/Kumpulan3/Mac2015 LAPORAN AMALI INKUIRI BERSTRUKTUR Tajuk : Pergerakan bahan merentasi tiub Visking Tujuan : Mengkaji bahan yang berupaya merentasi membrane separa telap. Pernyataan masalah : Apakah bahan yang dapat bergerak merentasi membran separa telap? Hipotesis : Molekul yang bersaiz kecil boleh merentasi tiub Visking manakala molekul bersaiz besar tidak boleh merentasi tiub Visking. Pemboleh ubah : i. Dimanipulasi: saiz molekul larutan ii. Bergerak balas: Warna larutan iii. Dimalarkan: suhu persekitaran dan isipadu larutan Radas : Tabung uji, tabung didih, bikar 50 ml, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, tiub kapilari, penitis 5 ml, silinder penyukat 10 ml, Bahan : Larutan Benedict, larutan iodin, ampaian kanji 1%, larutan glukosa 30%, tiub Visking (20 cm), air suling, benang, mancis, pemegang tabung uji, picagari tanpa jarum 5ml, jubin berlekuk, gunting Prosedur : 1. Tiub Visking direndam dalam air untuk seketika. Salah satu hujung tiub Visking diikat dengan benang dan dipastikan ia tidak bocor. 2. 10 ml larutan 30% glukosa dan 10 ml ampaian kanji diisikan ke dalam tiub Visking. 3. Tiub kapilari dimasukkan ke dalam tiub Visking, diikat dengan ketat dan dipastikan ia tidak bocor. 4. Tiub kapilari dikepitkan pada kaki retort seperti rajah. 5. Permukaan luar tiub Visking dibilas dengan menggunakan air suling. 6. 300 ml air suling dimasukkan ke dalam satu bikar. 1

Upload: dorcas-chiang

Post on 27-Sep-2015

3.502 views

Category:

Documents


249 download

DESCRIPTION

Correct format of writing a scientific report

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI/Kumpulan3/Mac2015LAPORAN AMALI INKUIRI BERSTRUKTUR

Tajuk: Pergerakan bahan merentasi tiub Visking

Tujuan: Mengkaji bahan yang berupaya merentasi membrane separa telap. Pernyataan masalah: Apakah bahan yang dapat bergerak merentasi membran separa telap?

Hipotesis: Molekul yang bersaiz kecil boleh merentasi tiub Visking manakala molekul bersaiz besar tidak boleh merentasi tiub Visking. Pemboleh ubah: i. Dimanipulasi: saiz molekul larutan ii. Bergerak balas: Warna larutan iii. Dimalarkan: suhu persekitaran dan isipadu larutanRadas: Tabung uji, tabung didih, bikar 50 ml, penunu Bunsen, kasa dawai, tungku kaki tiga, tiub kapilari, penitis 5 ml, silinder penyukat 10 ml, Bahan: Larutan Benedict, larutan iodin, ampaian kanji 1%, larutan glukosa 30%, tiub Visking (20 cm), air suling, benang, mancis, pemegang tabung uji, picagari tanpa jarum 5ml, jubin berlekuk, guntingProsedur:

1. Tiub Visking direndam dalam air untuk seketika. Salah satu hujung tiub Visking diikat dengan benang dan dipastikan ia tidak bocor.2. 10 ml larutan 30% glukosa dan 10 ml ampaian kanji diisikan ke dalam tiub Visking.3. Tiub kapilari dimasukkan ke dalam tiub Visking, diikat dengan ketat dan dipastikan ia tidak bocor. 4. Tiub kapilari dikepitkan pada kaki retort seperti rajah.5. Permukaan luar tiub Visking dibilas dengan menggunakan air suling.6. 300 ml air suling dimasukkan ke dalam satu bikar. 7. Dengan menggunakan penitis, 5 ml air suling dikeluarkan dari bikar dan ujian Benedict dijalankan. Pemerhatian direkod dalam jadual.8. 10 ml larutan iodin ditambahkan ke dalam air. Warna larutan direkod. 9. Tiub Visking direndam ke dalam bikar dan jam randik dimulakan.10. Aras larutan dalam tiub kapilari diukur dan direkodkan setiap dua minit selama 14 minit.11. Warna larutan dalam bikar diperhatikan.12. Kehadiran glukosa pada larutan dalam bikar diuji.

Penjadualan data:

Masa (minit)02468101214

Aras kenaikan larutan glukosa (mm)0361012131414

Jenis ujianLarutan dalam bikar

AwalAkhir

Ujian iodinPerangPerang

Ujian BenedictBiruMendakan merah bata

Perbincangan:

1. Resapan ialah proses di mana molekul glukosa merentasi tiub Visking ke dalam bikar yang ditunjukkan oleh perubahan warna ujian Benedict dan dipengaruhi oleh saiz molekul larutan.

2. Melalui eksperimen ini, didapati glukosa hadir dalam larutan bikar tetapi ampaian kanji hanya berada dalam tiub Visking. Selain daripada itu, kenaikan aras larutan dalam tiub kapilari juga semakin meningkat apabila masa yang diambil semakin lama.

3. Ini menunjukkan molekul glukosa dan air berupaya merentasi tiub Visking and meresap masuk ke dalam bikar tetapi kanji tidak boleh.

4. Perbezaan keupayaan merentasi tiub Visking adalah disebabkan oleh saiz molekul larutan yang berbeza.

5. Glukosa dan air merupakan molekul yang bersaiz kecil dan boleh merentasi tiub Visking yang bersifat separa telap.

6. Kehadiran glukosa dalam bikar menghasilkan mendakan merah bata apabila larutan bikar diuji dengan ujian Benedict.

7. Kehadiran kanji dalam tiub Visking diuji dengan larutan iodin yang menukarkan warna kepada biru tetapi warna larutan bikar mengekalkan warna asalnya iaitu kuning. Ini menunjukkan tiada molekul kanji dalam larutan bikar.

8. Langkah berjaga-jaga: Tiub Visking mestilah diikat dengan ketat untuk mengelakkan kebocoran larutan ke dalam bikar. Tiub Visking mestilah dibilas dengan air suling sebelum dimasukkan ke dalam bikar.

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Molekul yang bersaiz kecil boleh merentasi tiub Visking manakala molekul bersaiz besar tidak boleh merentasi tiub Visking.

SENARAI PENAMBAHBAIKAN:1. Konsep eksperimen iaitu resapan dan osmosis bertindih.

Penyelesaiannya: merancangkan eksperimen ini kepada dua latihan amali yang berasingan. 3