laporan aktiviti pendidikan luar bab 1

Upload: hamirudin-lasanipa

Post on 02-Apr-2018

299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    1/37

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    2/37

    yang demikian, setiap penyelaras aktiviti berusaha untuk melengkapkan alatan

    dengan membuat pinjaman di sekolah masing-masing.

    Mesyuarat ketiga telah diadakan pada 17.09.2012 yang bertempat di astaka

    Institut Perguruan Tawau. Pada mesyuarat ini, setiap AJK dikehedaki membuat

    laporan tentang persediaan yang telah dilakukan dan masalah yang dihadapi. Kami

    telah mencapai kesepakatan untuk setiap masalah yang telah dikemukakan oleh

    AJK. Selain itu juga, pelajar telah diberikan salinan senarai AJK dan peralatan

    peribadi yang perlu dibawa semasa Pendidikan Luar.

    3.0 Fasa Semasa Perlaksanaan

    Hari Pertama: 18.2.2012 (selasa)

    3.1 Perjalanan Pergi

    Semua pelajar telah berkumpul di Stor Institut untuk pemunggahan alatan ke atas

    lori dan ke dalam bas seawal 6.30am. Semua alatan dan barang keperluan telah

    siap dipunggah pada jam 7.45am. Kami mendengar taklimat yang disampaikan oleh

    En. Erwan Isdup berkenaan aktiviti yang perlu kami lakukan setibanya kami di sana.

    Taklimat dari En. Irwan Isdup

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    3/37

    Sebelum bertolak kami mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Timbalan

    Pengarah Dr. Hj. Mohd Johan bin Zakaria. Ucapan yang disampaikan berupa

    nasihat dan dorongan supaya kami menimba ilmu dan pengalaman sebanyaknya

    ketika mengikuti Pendidikan Luar.

    Ucapan daripada Timbalan Pengarah

    Kami bertolak ke Borneo Paradise pada jam 8.00am dengan dua buah bas dan

    sebuah lori. Kami singgah sebentar di Daerah Kunak untuk membeli barang-barang

    keperluan yang kurang seperti tiup getah gas dan keperluan-keperluan peribadi.

    Setelah menempuh perjalanan selama 2 jam 30 minit, akhirnya kami sampai di

    Borneo Paradise pada jan 10.30am. Setelah memunggah barang turun dari lori dan

    bas, kami diberi rehat sebentar oleh tuan pengarah sebelum melakukan aktiviti yang

    pertama.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    4/37

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    5/37

    Taklimat seterusnya pula berkenaan tentang ahli kumpulan dalam khemah

    dan plan mendirikan khemah yang disampaikan olej AJK khemah iaitu En. Hajim

    Amin Salleh, 10 buah khemah telah disediakan oleh pihak Institut iaitu 7 khemah

    untuk peserta lelaki manakala 3 khemah untuk peserta perempuan. Kami

    memulakan aktiviti mendirikan khemah pada jam 11.30 mengikut kumpulan dan plan

    yang telah disediakan oleh En. Hajim Amin Salleh. Selain khemah yang disediakan,

    kami juga memasang beberapa khemah yang dibawa sendiri oleh pelajar. Khemah

    yang dibawa oleh peserta ini dapat menampung keperluan khemah yang tidak

    mencukupi. Kami berhenti berehat pada pukul 12.10pm untuk makan tengahari dan

    solat zohor secara berjemaah.

    Tepat pukul 1.00pm kami berkumpul di tapak perhimpunan bagi mendengar

    taklimat yang disampaikan oleh En. Arbaa Tampung sebelum menyambung aktiviti

    memasang khemah. En. Arbaa Tampung mengucapkan selamat datang kepada

    semua pelajar dan memberi nasihat kepada semua pelajar agar mengikuti

    Pendidikan Luar dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga menyarankan supaya

    kami berinteraksi dengan alam, iaitu makna sebenar Pendidikan Luar. Aktiviti

    menebang pokok dan memusnahkan habitat alam tidak dibenarkan. Taklimat juga

    disampaikan oleh En. Supriadi Istar berkenaan prosedur memberi arahan dan juga

    daripada En. Hamid Abdulajim berkenaan kebersihan selepas makan. Kami

    menyambung aktiviti membuat khemah dan gajet pada jam 1.30pm dan selesai

    pada jam 5.30pm. Selepas itu, kami membuat persiapan diri untuk mandi, solat

    maghrib dan makan malam.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    6/37

    Taklimat Pengarah Program

    Taklimat Kem Komanden

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    7/37

    Peserta Mendirikan Khemah

    Peserta membina Gajet

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    8/37

    Peserta membina pintu gerbang

    3.3 Ice Breaking dan Bantu Mula

    Tarikh : 18.9.2012

    Hari : Selasa

    Masa : 7.30pm-10.00pm

    Sebelum aktiviti Ice Breaking dimulakan, terlebih dahulu kami mendengar taklimat

    yang disampaikan oleh En. Irwan Isdup. En. Irwan Isdup memberikan tentatif

    program pada malam ini iaitu aktiviti Ice Breaking, Bantu Mula dan Kembara Malam.

    En. Irwan Isdup memaklumkan bahawa aktiviti Bantu Mula memerlukan kain andu.

    Walau bagaimanapun pihak mereka tidak memaklumkan lebih awal kepada peseta

    supaya membawa kain andu.

    Taklimat seterusnya disampaikan oleh En. Sallehudin Ibrahim. Taklimat

    beliau dimulakan dengan memperkenalkan barisan fasilitator. Kemudian, beliau

    menasihati peserta supaya sentiasa mematuhi jadual yang ada. Walau

    bagaimanapun, akan ada perubahan pada jadual kerana aktiviti yang dijalankan

    bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan. Oleh yang demikian, beliau

    menasihati kepada kami supaya peka terhadap perubahan jadual dari semasa ke

    semasa. Beliau menerangkan lagi bahawa sikap kerjasama dan persefahaman perludalam diri setiap peserta serta dapat memperbaiki masing-masing. Ketua kumpulan

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    9/37

    juga harus memastikan kehadiran semua ahli adalah mecukupi sebelum melaporkan

    kepada Kem Komanden. Selain itu, semua pelajar juga perlu memberikan kerjasama

    yang baik kepada semua fasilitator.

    Ice Breaking bermula pada pukul 8.00pm yang dikendalikan oleh En.

    Aminuddin Ismail. Dalam aktiviti ini, kami bermain menguji minda dengan mengingati

    nama rakan, sekolah rakan dan bilangan guru yang ada di sekolah rakan. Aktiviti

    menguji minda ini diselang selikan dengan cerita dongeng yang juga menguji minda.

    Dalam aktiviti menguji minda ini kami dikehendaki membuat kumpulan daripada

    kumpulan haiwan, warna dan benda sebelum memulakan aktiviti menguji minda

    yang disarankan. Cerita dongeng pula adalah berkenaan tiga orang yang

    mempunyai kepakaran masing-masing bertelagah untuk merebut seorang gadis

    cantik yang dicipta oleh mereka. Kami merasa seronok dalam aktiviti Ice Beraking

    dan juga dapat megenali rakan yang lain dengan lebih dekat.

    Aktivit Bantu Mula telah disampaikan oleh En. Mahmud Omar bermula pada

    jam 10.00pm. Dalam aktiviti ini, En. Mahmud Omar menerangkan cara yang betul

    ketika memberi bantuan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau

    kemalangan. Kemudian, beliau menerangkan cara yang betul menggunakan kain

    andu dan mengikat kain andu. Setiap kecederaan yang dialami mempunyai cara

    ikatan yang berbeza iaitu meliputi kecederaan tangan patah, bahu patah dan kepala

    berdarah. Setiap jenis kecederaan yang diterangkan akan disusuli dengan

    demonstrasi membuat ikatan oleh fasilitator dan juga di kalangan pelajar. Akhir

    sekali ialah penerangan tentang gigitan dan sengatan daripada haiwan yang

    berbahaya.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    10/37

    Aktiviti Ice Breaking

    Akitivit Bantu Mula

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    11/37

    3.4 Solo Tracking

    Tarikh : 18.9.2012

    Hari : Selasa

    Masa : 12.00am-3.00am

    Terlebih dahulu taklimat mengenai aktiviti ini disampaikan oleh En. Irwan Isdup.

    Dalam aktiviti Solo Tracking, peserta tidak dibenarkan membawa peralatan-

    peralatan peribadi seperti dompet, telefon bimbit, rokok dan mancis dimana semua

    barangan ini diletakkan dalam satu kotak khas yang disediakan. Undian telah dibuat

    terlebih dahulu bagi menentukan kumpulan mana yang akan dilepaskan dahulu.

    Pelajar akan dilepaskan seorang demi seoarang selang dua minit.

    Kami diberikan masa selama sepuluh minit untuk membuat persiapan diri dari

    segi pakaian dan peralatan kesihatan dan berkumpul di tapak perhimpunan.

    Sebelum aktiviti diteruskan En. Irwan Isup mengarahkan kepada semua AJK untuk

    membuat laporan ringkas dua minit kepada En. Sallahudin Ibrahim. Laporan di

    mulakan dengan AJK peralatan dan diteruskan dengan AJK masakan, ibadah dan

    kerohanian dan keselamatan.

    Jam 12.30am, pelajar dilepaskan ke dalam hutan selang 2 minit seorang.

    Kumpulan yang menunggu akan membuat aktiviti kumpulan iaitu menyenaraikan

    peraturan yang perlu ada semasa aktiviti Pendidikan Luar diadakan. Peraturan-

    peraturan itu akan dibincangkan oleh setiap kumpulan dan ia perlu dipatuhi oleh

    semua pelajar.

    Semua pelajar selesai dilepaskan ke dalam hutan pada jam 2.00am dan

    berkumpul semula pada jam 2.30am. Tepat jam 3.00am pelajar dibenarkan untuk

    membersihkan diri sebelum tidur dan bersedia untuk aktiviti pada keesokan harinya.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    12/37

    Berbaris untuk aktiviti solo camp

    Hari K edua. 19.9.2012 (rabu)

    3.5 Sesi Refleksi 1

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 7.00am

    Sesi refleksi ini dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung, dimana setiap peserta

    dikehendaki untuk muhasabah diri terhadap aktiviti solo tracking yang telah

    dijalankan. Segala cetusan refleksi hendaklah dibincangkan dalam kumpulan selama

    7 minit. Hasil perbincangan yang didapatkan akan dibentangkan di hadapan

    pensyarah dan rakan-rakan.

    Setelah selesai keempat-empat kumpulan membentang, En Arbaa Tampung

    membuat ulasan keseluruhan tentang kebaikan dan kelemahan yang dihadapi oleh

    pelajar semasa mengikut solo tracking semalam. Seterusnya En. Arbaa Tampung

    meminta Kem Komanden untuk memberi ulasan tentang aktiviti itu dan seterusnya

    dibuka kepada pelajar yang ingin membuat ulasan.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    13/37

    En. Mohd. Gazali Mohd. Yunus berpendapat bahawa setiap aktiviti yang akan

    dilaksanakan perlulah diberikan petunjuk atau penerangan yang jelas. Manakala En.

    Solehuddin pula menjelaskan bahawa aktiviti ini banyak memberi pengalaman baru

    kepada pelajar dan mencadangkan agar pihak IPGM Tawau dapat mengadakan

    program ini untuk guru-guru lain. Pendapat peribadi beliau merumuskan bahawa

    aktiviti ini amat memuaskan. Lain pula pendapat yang disuarakan oleh Pn. Azizah

    Padu yang berharap bahawa aktiviti seperti ini tidak akan berulang lagi. Pn. Siti

    Norashikin Mastun menerangkan bahawa aktiviti solo tracking seperti ini tidak

    semestinya dilihat dari aspek keburukan sahaja, malah ia banyak memberi kebaikan

    kepada pelajar terutamanya dari segi membina keyakinan diri.

    En. Arbaa Tampung pula merumuskan bahawa aktiviti seperti ini sebenarnya

    adalah kurikulum tersembunyi yang disediakan oleh kerajaan. Dimana pelajar

    belajar berinteraksi dengan alam, bagaimana untuk menyesuaikan diri di dalam

    hutan dan mengambil pengajaran daripadanya.

    En. Irwan Isdup pula merumuskan bahawa aktiviti solo tracking yang

    dilaksanakan semalam berjalan dengan lancar dan baik sekali. Daripada ulasan-

    ulasan yang diterima daripada pelajar-pelajar, beliau beraggapan bahawa

    kebanyakan peserta terikut-ikut dengan aktiviti perkhemahan. Beliau menegaskan

    bahawa aktiviti perkhemahan tidak sama dengan Pendidikan Luar. Berkenaan

    dengan tentatif program pula, pelajar perlu sedar bahawa ia akan berubah-ubah

    bergantung kepada kehendak pensyarah itu sendiri. Sesi Refleksi 1 berakhir pada

    pukul 8.00am.

    3.6 Aktiviti Berkayak, Keyakinan Air dan Snorkeling

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 10.00am-1.30pm

    Taklimat aktiviti disampaikan oleh En. Mohd Foazi Md. Nor iaitu membahagikan

    pelajar kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Setiap kumpulan diwakili seramai 25

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    14/37

    orang pelajar. Beliau menerangkan bahawa aktiviti pada pagi ini ialah berkayak,

    keyakinan air dan snorkeling. Aktiviti kayak yang dijalankan pada pagi ini akan

    dimulakan oleh kumpulan A, sementara kumpulan B akan bertindak menyediakan

    makanan tengah hari. Tempat untuk makan akan ditentukan kemudian.

    Kumpulan A dilepaskan untuk berkayak pada jam 12.00 pm, sementara

    kumpulan B menyediakan makanan tengahari. Walau bagaimanapun, aktiviti

    berkayak, keyakinan air dan snorkeling pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana

    hujan turun dengan lebat. Peserta dari kumpulan A diarahkan balik dan

    membersihkan diri. Aktiviti pada petang ini ditukar kepada teori dan amali tali yang

    dijalankan pada jam 2.00pm selepas semua pelajar solat zohor dan makan tengah

    hari.

    3.7 Kuliah Anatomi dan Pengendalian Kayak

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 10.00am-11.00am

    Kuliah dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung yang merangkumi anatomi kayak dan

    kaedah serta cara pengendalian kayak. Aktiviti ini dijalankan di dalam dewan dengan

    model kayak sebenar. Pada sesi ini kami dikehendaki mengetahui anatomi kayak

    dan fungsi setiap bahagian kayak. En. Arbaa Tampung juga menerangkan tentang

    anatomi pendayung dan cara menggunakan dayung.

    En. Arbaa Tampung menerangkan bahawa apa yang dikuliahkan pada pagi

    ini akan diberikan ujiankan pada malam hari (Ujian Amali).

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    15/37

    Kuliah Anatomi Kayak

    3.8 Kuliah dan Amali Tali (Simpulan dan Ikatan)

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 2.00pm-4.00pm

    Kuliah simpulan dan ikatan dikendalikan oleh En. Mohd Foazi Md. Nor. Beliau

    mengajar kami tentang sembilan jenis ikatan dan simpulan. Pelajar berkumpul dalam

    bulatan dan diperkenalkan kepada jenis-jenis ikatan dan simpulan. Antara jenis-jenis

    ikatan yang diperkenalkan ialah buku sila, bunga geti, simpul manuk, simpul balak,

    ikatan 8, double 8, butterfly, double butterfly dan tindih kasih.

    Pada sesi kuliah ini, dapat diperhatikan kerjasama yang erat di antara pelajar,

    dimana rakan yang mahir berusaha untuk membimbing rakan yang lain untuk

    menguasai ikatan dan simpulan yang dipelajari pada petang ini. En. Mohd Foazi Md.

    Nor menerangkan bahawa apa yang dikuliah dan diamalikan pada petang ini akan

    diuji dalam ujian amali tali yang akan datang.

    Kuliah simpulan dan ikatan berakhir pada jam 4.00pm. Kami dibenarkan

    untuk membersihkan diri sebelum melaksanakan solat maghrib dan makan malam.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    16/37

    Kuliah Ikatan dan Simpulan

    3.9 Ujian Amali Kayak

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 8.00pm-10.45pm

    Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Tiga

    pusat pengujian diadakan iaitu di dewan makan, tapak perhimpunan dan Kantin

    Borneo Paradise. Manakala dewan dijadikan bilik kurentin.

    Seorang demi seorang pelajar dipanggil untuk mengikuti ujian amali kayak.

    Antara yang uji ialah anatomi kayak, anatomi dayung dan kaedah mengangkat

    kayak dengan betul. Setiap pesarta yang diuji dikehendaki memperkenalkan diri

    secara ringkas kepada penguji.

    Selain itu ada penguji yang menanyakan teknik menggunakan dayung

    dengan betul dan kaedah-kaedah penyelamat mangsa. Ujian amali selesai

    dilaksankan pada jam 1.00pm. Semua pelajar berkumpul di dewan untuk aktiviti

    seterusnya.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    17/37

    Sesi Refleksi 2

    Tarikh : 19.9.2012

    Hari : Rabu

    Masa : 11.00pm-11.30pm

    Sesi refleksi 2 ini dikendalikan oleh En. Sallehudin Ibrahim. Pada sesi ini pensyarah

    menyumpulkan tentang ujian amali kayak yang telah dijalankan. En Sallehudin

    Ibrahim berharap semua pelajar supaya lebih bersedia pada ujian-ujian yang akan

    datang. Sesi ini tamat pada jan 11.30pm, dan semua pelajar bersiap untuk tidur.

    Hari Ketiga. 20.9.2012 (khamis)

    Kembara Kayak dan Keyakinan Air.

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 7.00am-2.00pm

    Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diberi taklimat ringkas oleh En Irwan Isdup

    berkenaan perjalanan aktiviti pada hari ini. Peserta akan dibahagikan kepada dua

    kumpulan A dan kumpulan B.

    Pelajar kumpulan A akan dihantar ke tengah laut dengan menaiki bot untuk

    melakukan aktiviti keyakinan air. Manakala kumpulan B akan berkayak dari jeti ke

    tengah laut dimanan kumpulan A membuat aktiviti keyakinan air. Sebelum

    memualakan aktiviti, semua peserta diberi masa 10 minit untuk membuat persiapan

    diri seperti memakai pakaian yang sesuai, menyapu sun block dan yang paling

    penting pemakaian jaket keselamatan.

    Jam 7.30am pelajar kumpulan A dihantar ketengah laut dengan menaiki bot.

    Setibanya disana, mereka melakukan beberapa aktiviti keyakinan air seperti

    membuat apungan, membentuk formasi apungan dan tidur di air. Manakala

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    18/37

    kumpulan B membuat persiapan awal seperti mengangkat kayak dan membentuk

    pasangan bagi setiap kayak.

    Sebelum berkayak kumpulan B melakukan pemanasan badan, reggangan

    dan kelonggaran. Kemudian disusuli dengan permainan menggunakan pandayung

    yang dikendalikan oleh En. Irwan Isdup. Sekitar jam 8.30am, kumpulan B bersiap

    untuk memulakan aktiviti kembara kayak dengan membentuk formasi dimond dan

    meneruskan dayungan ke tengah laut. Semasa aktiviti ini kami memperaktikan

    beberapa kemahiran yang dipelajari semasa kulia seperti teknik mendayung yang

    betul dan juga rafting. Ekspidisi kayak kumpulan B sampai ke tenggah laut setelah

    1 jam 30 minit dayungan iaitu sekitar jam 10.00am. Di sana kumpulan A dan B akan

    berkumpul untuk melakukan aktiviti menyelamat dan capsaiz. Antara aktiviti

    menyelamat yang ditunjuk ialah resque X dan resque H. Manakala aktiviti

    capsaiz secara solo didemo oleh En. Arbaa Tampung dan capsize berpasangan

    ditunjukkan oleh En. Foazi Md. Nor dan En. Zulfikar Awang Anak. Aktiviti

    seterusnya ialah teknik menaiki kayak dengan cara yang betul. Teknik ini

    ditunjukkan oleh En. Supriadi Istar. Semua pelajar dikehendaki untuk menaiki kayak

    dengan teknik yang betul dan dipantau oleh pensyarah.

    Sekitar jam 11.00am, kumpulan A mengambil alih kayak untuk meneruskan

    expedisi kayak ke jeti, manakala kumpulan B melakukan aktiviti Keyakinan Air.

    Selepas melakukan beberapa aktiviti keyakinan air, sekitar jam 12.00pm peserta

    kumpulan B dihantar pulang ke jeti dengan menaiki bot. Peserta kumpulan A dan

    kumpulan B akan berkumpul di jeti untuk menjalani ujian amalai kayak.

    Ujian amali kayak dikendalikan oleh Pn. Siti Norashikin Mastun dan En. Amir Kasan

    Ibnu Hassan. Antara kemahiran yang diujia ialah dayungan kebelakang, kehadapan

    dan membuat pusingan. Setelah semua peserta mengikuti ujian, kami diarahkan

    untuk membersihkan kayak bagi peserta lelaki dan memasak bagi peserta

    perempuan. Setelah selesai membersihkan diri kami solat zohor berjamaah dan

    makan tengahari.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    19/37

    Kembara Kayak

    Keyakinan Air

    Kuliah Teori Orentering dan Pandu Arah

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 3.30pm-5.30pm

    Sesi kuliah orentering dan pandu arah pada petang ini dikendalikan oleh En. Zulfikar

    Awang Anak. Kami telah dimaklumkan lebih awal supaya menyediakan kompas

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    20/37

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    21/37

    Kuliah Ikatan dan Simpulan (pertandingan antara kumpulan)

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 8.30pm-10.30pm

    Taklimat pertandingan disampaikan oleh En. Foazi Md. Nor. Pertandingan ini dinilai

    dengan kecepatan dan ketepatan ikatan dan simpulan yang dilakukan oleh peserta.

    Setiap kumpulan akan menghatar seorang peserta untuk mengikuti

    pertandingan ini. Apabila arahan diberikan oleh pensyarah, perserta yang bertanding

    akan membuat ikatan dan simpulan secepat mungkin. Peserta yang membuat ikatan

    atau simpulan hendaklah melakukannya secara individu. Penilaian akan dilakukan

    oleh pensyarah-pensyarah.

    Jenis-jenis ikatan yang dipertandingkan ialah jenis ikatan yang dipelajari

    semasa kuliah ikatan dan simpulan sebelum ini.

    Pertandingan Ikatan dan Simpulan

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    22/37

    Pertandingan Orentering

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 10.30pm-11.30pm

    Taklimat mengenai pertandingan disampaikan oleh En. Dzulfikar. Oleh kerana

    kumpulan 4 yang telah menghasilakan peta topo yang baik, maka peta topo mereka

    akan digunakan sebagai peta untuk pertandingan. Kumpulan 4 juga bertindak

    sebagai penganjur yang akan mengendalikan pertandingan ini. Manakala peserta

    pertandingan ini ialah daru kumpulan 1, 2, 3 dan 5.

    Setiap kumpulan akan bergerak mengikut peta mencari check poin yang telah

    ditanda dalam peta. Disetiap check point akan diletakkan sampul pembayang, iaitu

    check point seterusnya yang mereka harus tuju. Di check point yang terakhir akan

    diletakkan satu tanda yang menandakan pemenang bagi pertandingan ini.

    Pertandingan ini telah menguji kemahiran membaca kompas dikalangan peserta.

    Partandinga ini dimenangi oleh peserta kumpulan 1.

    Selepas pertandingan kami mendengar taklimat ringkas daripada En.

    Dzulfikar Awang Anak dan refleksi yang disampaikan oleh penganjur dan peserta

    yang bertanding. Banyak kelemahan, kebaikan dan cadangan penambahbaikan

    yang disuarakan oleh peserta yang terlibat. Sesi is selesai pada jam 12.00am dan

    semua peserta bersurai untuk membersihkan diri dan tidur.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    23/37

    Hari Keempat. 21.9.2012 (Jumaat)

    Sesi Refleksi 3

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 7.00am-8.30am

    Sesi refleksi kali ini dekendalikaa oleh En. Sallehudin Ibrahim iaitu dapatan yang

    diperolehi oleh peserta semasa melaksnakan aktiviti kembara kayak, keyakinan air

    dan orentering.

    Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk membuat

    refleksi tentang aktiviti yang telah dijalankan. Peserta yang terlibat memberi maklum

    balas sama ada berupa kebaikan mahupun kelemahan yang tersapat semasa

    melaksanakan aktivit kayak, keyakinan air dan orentering.

    En. Sallehudin memberi rumusan terhadap refleksi yang telah disampaikan

    oleh peserta setiap kumpulan tadi. Kemudian, sesi ini dibuka kepada peserta yang

    ingin mebuat ulasan. Sesi ini berakhir pada jam 8.30am, semua peserta diberi masa

    20 minit untuk berehat dan melengkapkan persiapan diri untuk aktiviti Flying Fox dan

    Abseiling.

    Flaying Fox dan Abseiling

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Khamis

    Masa : 9.00am-4.30am

    Sebelum aktiviti berjalan, semua peserta dinasihatkan untuk melengkapkan

    persiapan diri. Semua peserta berjalan sejauh 2.5 km ke tapak Flaying Fox dan

    Abseiling akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    24/37

    kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan melaksanakan Anseiling manakala

    kumpulan B akan melaksankan Flaying Fox.

    Aktiviti ini ditangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada pelajar-

    pelajar yang beragama islam untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang

    berhampiran.

    Sebelum aktiviti dimulakan peserta diberi taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan

    Pendidikan Jasmani IPG Tawau En. Irwan Isdup tentang aktiviti yang akan

    dilaksanakan pada hari ini. Beliau menyarankan agar peserta mengaplikasikan

    kemahiran yang dipelajari di IPG semasa melakukan aktiviti Flaying Fox fan

    Abseiling. Beliau juga menerangkan bahawa aspek keselamatan amat penting, oleh

    itu semua peserta dinasihatkan supaya sentiapa mengambil langkah-langkah

    keselamatan ketika melakukan aktiviti.

    Selepas taklimat, semua peserta kumpulan A dan B mendaki bukit seorang

    demi seorang ke tapak aktiviti akan dimulakan. Bagi aktiviti Flaying Fox, setelah

    memakai kelengkapan aktiviti seperti hasess, topi keselamatan, peserta akan

    dilepaskan seorang demi seorang. Seoarang peserta akan bertugas sebagai

    braacker, pelepas dan dua orang menunggu di tempat pendaratan untuk

    melepaskan peserta. Tugasan ini dilaksanakan secara bergilir-gilir oleh peserta yang

    lain juga. Berbagai gelagat peserta dapat diperhatikan, ada yang melakukan teknik

    yang kurang tepat dan tidak kurang juga peserta yang melakukan teknik yang betul.

    Manakala bagi aktiviti Abseiling, selepas memakai kelengkapan seperti

    huness, karabena, figer of 8 dan topi keselamatan, peserta akan diturunkan seorang

    demi seorang. Untuk aktiviti Abseiling dua tali penurunan disediakan. Sebelum

    melakukan penurunan kami juga mnggunakan arahan-arahan yang telah dipelajari

    semasa di IPG Tawau. Setelah selesai kedua-dua kumpulan melakukan aktiviti,

    pertukaran dilakukan iaitu kumpulan B akan melakukan aktiviti Abseiling manakala

    kumpulan A akan melakukan aktiviti flaying Fox. Kedua-dua aktiviti yang

    dilaksanakan dinilai oleh pensyarah yang bertugas. Aktiviti hari ini tamat pada jan

    4.30pm, semua peserta balik ke khemah untuk membersihkan diri dab bersiap untuk

    solat maghrib dan makan malam.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    25/37

    Aktiviti Flaying Fox

    Ujian Amali Ikatan dan Simpulan

    Tarikh : 20.9.2012

    Hari : Jumaat

    Masa : 8.00pm-12.30pm

    Taklimat berkenaan ujian disampaikan oleh En. Faozi Md. Nor. Seperti biasa tiga

    pusat pengujian akan dibuka iaitu di dewan makan, tapak perhimpunan dan di kantin

    Borneo Paradise selain dewan sebagai pusat kuarentin. Peserta juga dibahagikan

    kepada tiga kumpulan yang ditetapkan oleh pensyarah. Ujian dijalankan adalah

    berkaitan jenis-jenis ikatan, jenis-jenis tali, peralatan-peralatan asas aktiviti flaying

    fox dan Ubseiling. Kami juga diuji tentang langkah-langkah keselamatan semasa

    melaksanakan aktiviti Flaying Fox dan Ubseiling iaitu 5 H. (Helmet, hunset, hand

    gove, hardeare dan hup).

    Ujian ini berjalan selama 3 jam sehingga semua peserta selesai diuji.

    Sebelum kami bersurai taklimat ringkas telah diberikan oleh beberapa orang

    pensyara. En. Faozi Md Nor membuat ulasan dan teguran berkenaan ujian yang

    telah dijalankan. En. Irwab Isdup pula memberi penerangan ringkas berkenaan

    aktiviti yang akan diadakan pada hari esok iaitu penilaian yang akan dilakukan

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    26/37

    berkenaan kemahiran mendirikan khemah. Beliau menerangkan agar semua peserta

    membuat persiapan yang baik sebelum penilaian ini dilakukan. Ujian ini berakhir

    pada jam 12.30am dan semua peserta bersurai balik ke khemah untuk

    membersihkan diri dan tidur.

    Penilaian Pengurusan Khemah

    Tarikh : 21.9.2012

    Hari : Sabtu

    Masa : 7.00am-8.00am

    Sebelum penilain dilakukan, seawal jam 6.00am semua peserta membuat persiapan

    akhir seperti megemas pemasangan khemah, menyusun gajet dan membersihkan

    kawasan tapak perkhemahan.

    Penilaian bermula pada jan 7.00am yang diketuai oleh Ketua Jabatan

    Pendidikan Jasmani, En. Irwan Isdup dan pensyara lain iaitu En. Arbaa Tampung,

    En. Amir Kasan Ibnu Hassan, En. Aminuddin Ismain dan Pn. Siti Norasyikin Mastun.

    Antara ciri-ciri penilaian ialah pemasangan khemah, kekemasan khemah,

    kesesuaian tapak, pemasangan gajet dan arah mata angin dan matahari ketika

    memasang khemah. Penilaian Pengurusan Perkhemahan tamat pada jam 8.00am.

    Penilaian Pengurusan Khemah

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    27/37

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    28/37

    Aktiviti Kembara Hutan

    Ujian Amali Orentering

    Tarikh : 21.9.2012

    Hari : Sabtu

    Masa : 8.00pm-11.00pm

    Seperti biasa tiga pusat pengujian akan diadakan iaitu di dewan makan, tapak

    perhimpunan dan kantin Borneo Paradise. Begitu juga peserta akan dibahagikan

    kepada tiga kumpulan dan berkumpul di dewan sebagai pusat kuarentin sebelum

    dipanggil seorang demi seorang menjalani ujian.

    Antara aspek yang diuji semasa ialah anatomi kompas, jenis-jenis kompas,

    arah mata angin dan cara menggunakan kompas. Sesi ujian ini tamap pada jam11.00pm.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    29/37

    Sesi Refleksi 4

    Tarikh : 21.9.2012

    Hari : Sabtu

    Masa : 11.30pm-1.00am

    Sesi refleksi ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi individu dan berkumpulan

    yang dikendalikan oleh En. Arbaa Tampung. Untuk refleksi individu setiap peserta

    dikehendaki menulis refleksi keseluruhan aktiviti Pendidikan Luar secara. Peserta

    perlu menulis kekuatan, kelemahan dan cadangan penambah baikkan. Penulisan

    resleksi ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Helaian refleksi diserahkan

    kepada Ketua Jabatan PJK En. Irwan Isdup.

    Bagi sesi refleksi berkumpulan, setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk

    berbincang dan merumuskan keseluruhan aktiviti Pendidikan Luar yang telah

    dijalankan sepanjang berada di Borneo Paradise. Kemudian seorang wakil dari

    setiap kumpulan akan membentangkan refleksi kumpulan mereka. Sesi in juga

    dibuka kepada peserta yang ingin membaut refleksi keseluruhan.

    Pada akhir sesi ini satu ulasan keseluruhan telah disampaikan oleh En. Irwan

    Isdup dan En. Dzulfikar Awang Anak. Semua peserta bersurai pada jam 1.30 untuk

    membersuhkan diri dan tidur.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    30/37

    Pengarah Program Berucap

    Hari keenam (22.9.2012)

    Perjalanan Balik

    Tarikh : 21.9.2012

    Hari : Sabtu

    Masa : 8.00pm-11.00pm

    Selepas solat subuh, seawal jam 5.30am peserta Pendidikan Luar telah melakukan

    break camp. Selepas mengemas khemah masing-masing, peserta telah dibahagikan

    beberapa kumpulan bagi menjalankan tugas seperti mengemas khemah utama,

    meruntuhkan gerbang, mengemas peralatan dapur dan mengemas peralatan

    pendidikan luar seperti jaket keselamatan, peralatan Ubseiling dan Flaying Fox,

    peralatan snorkling pendayung dan lain-lain peralatan. Semua peralatan yang telah

    kemas dikumpulkan disatu kawasan supaya aktiviti pemunggahan barang senang

    dilakukan.

    Seletelah selesai melaksnakan break camp, semua peserta perkhemahan

    berkumpul di tapak perhimpunan. Kem Komanden meyerahkan semula tugas

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    31/37

    kepada Pengarah Pendidikan Luar. Selepas ucapan, pengarah mengarahkan semua

    ajk yang terlibat untuk membuat laporan akhir dimulakan dengan Ketua penyelaras

    aktiviti dan diakhiri dengan ajk peralatan.

    Seterusnya pengarah mempersilakan pensyarah yang hadir untuk membuat

    ucapan. Ucapan penutupan disampaikan oleh En. Irwan Isdup. Beliau menyatakan

    bahawa pendidikan luar kali ini sangan berjaya, kerana peserta dapat menjalankan

    aktiviti dengan baik dan sekaligus banyak ilmu pengatahuan yang diperolehi oleh

    peserta. Tambahan beliau lagi, apa yang berlaku di Borneo Paradise akan menjadi

    kenangan manis buat peserta yang tidak mudah untuk diperolehi.

    Ulasan ringkas juga diberikan oleh En. Dzulfikar Awang Anak. Beliau

    menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani

    Pendidikan Luar gunakanlah sebaiknya untuk mendidik murid-murid disekolah

    masing-masing. Akhir sekali beliau meminta tiga orang peserta untuk membuat

    refleksi akhir iaitu En. Mohd Rauf....., En. Gazali dan Cin Tein.....

    Jam 10.00am bas dan lori sampai, semua peserta mengambil bahagian

    memunggah barang kedalam bas dan lori . Jam 11.00am kami bertolak balik ke IPG

    Tawau dan sampai pada pukul 12.30pm. Selepas menurunkan barang dan

    memasukkan kedalam stor, semua peserta balik ke rumah masing-masing jam

    2.00pm.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    32/37

    Peserta mengemas khemah

    Fasa Pasca Pelaksanaan

    Fasa pasca pelaksanaan ialah fasa selepas pendidikan luar iaitu mengembalikan

    alatan, menggantikan alatan yang hilang dan ulasan keseluruhan perkhemahan

    yang disampaikan oleh pensyarah. Beberapa khemah yang digunakan oleh peserta

    dibawa pulang untuk dibersihkan dan dihantar semula ke IPG Tawau pada interaksi

    kulia yang akan datang.

    Begitu juga, bagi peralatan yang hilang iaitu 6 figer of 8 dan 1 double puli

    telah diganti oleh peserta dengan membuat kutipan wang sebanyak RM25.00

    seorang.

    Pada Interaksi ke-4, En Irwan Isdup telah membuat rumusan akhir berkaitan

    dengan refleksi individu yang telah kami hasilkan. Melalu ulasan ini, beliau

    membawa kami berbincang tentang kebaikan, kelemahan dan cadangan penambah

    baikan pendidikan luar ini. Hasil dapatan akan digunakan sebagai panduan pada

    pendidikan luar yang akan datang.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    33/37

    KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENDIDIKAN LUAR

    Secara keseluruhan melalui Pendidikan Luar yang kami jalankan ini terdapat

    beberapa kekuatan dan kelemahan yang telah kami saya kenalpasti. Selain itu untuk

    menjadikan Pendidkan Luar akan datang akan lebih baik, saya mencadangkan

    beberapa perkara yang boleh digunakan sebagai penambah baikkan.

    KEKUATAN

    Lokasi Pendidikan Luar yang sesuai

    Pemilihan lokasi pendidkan luar di Borneo Paradise adalah sangat tepat. Ini kerana

    semua aktiviti sama ada darat mahupun aktiviti air boleh dijalanlan. Bagi aktiviti darat

    seperti Flaying Fox dan Ubseiling, permukaan berbukit bukau dikawasan ini amat

    sesuai untuk dilaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan. Begitu juga dengan aktiviti air,

    sangan sesuai dilaksanakan disini kerana terdapat muara sungai yang menuju ke

    laut lepas. Selain itu kemudahan seperti tandas dan dewan juga memberi manfaat

    kepada kami dalam mejalankan aktiviti denga lebih lancar lagi.

    Aktiviti yang sesuai

    Aktiviti yang dilaksanakan dalam Pendidikan Luar ini sangat sesuai dan baik untuk

    memingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Beberapa aktiviti yang dilakukan

    dapat menguji mental dan fizikal peserta. Bagi aktiviti solo taraking misalnya, ia

    menguji sejauh manan tahap keberanian kekuatan mental seseorang peserta.

    Aktiviti flaying fox dan ubseiling pula mencabar takap kekentalan dan kecekalan

    seseorang peserta. Banyak ilmu yang kami perolehi ketika mengikuti Pendidikan

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    34/37

    Luar ini, bukan sahaja kami dapat mencuba sesuatu aktiviti malahan kami diajar

    bagaimana untuk mengelolakan aktiviti seumpamanya.

    Berberi pengalaman menarik kepada peserta

    Selain dapat menimba ilmu pengetahuan, pendidikan luar ini juga memberi

    pengalaman menarik buat beserta. Ikantan yang erat antara peserta umpama satu

    keluarga apabila kerja dilakukan bersama. Ia juga memberi pengalaman menarik

    kepada peserta yang kebanyakannya sudah berkeluarga, hidup berjauhan daripada

    isteri, suamain dan anak selama seminggu pendidikan luar ini dijalankan.

    Dapat berinteraksi dengan alam

    Seperti kata En. Arbaa Tampung, pendidikan luar adalah satu cara kehidupan yang

    primitif dimana peserta akan berinteraksi dengan alam. Peserta dilatih untuk

    menggunakan persekitaran alam frora dan fauna untuk mendidik diri supaya boleh

    meneruskan kehidupan. Secara tidak langsung kami dapat mengenali tumbuhan-

    tumbuhan hutan dan berfikir bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

    hutan.

    Pensyarah yang berpengalaman

    Pensyarah yang hadir fasilitator dan jurulatih sangat pengalaman. Melalui tunjuk ajar

    mereka, kami menerima banyak input yang boleh dijadikan bekalan dan pengalaman

    hidup. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik atas bimbingan

    dan pengendalian daripada mereka.

    KELEMAHAN

    Pengangkutan perjalanan pergi tidak lancar

    Disebabkan bas yang kami gunakan bas mengalami masalah hidrolic, maka kami

    terpaksa turun di pertengahan jalan. Bas yang kami naiki tidak dapat masuk ke

    Borneo Paradise kerana penghadang hadapan yang tersangkut pada bonggol.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    35/37

    Disebabkan itu, perjalanan kami menjadi lewat 1 kerana menunggu bas yang satu

    untuk mengankut kami masuk.

    Kerosakan alatan

    Disebabkan tiada pemeriksaan awal, ada beberapa alatang yang tidak dapat

    digunakan kerana rosak. Contohnya ada bebarapa buah kayak yang bocor, ini

    menggangu kelancaran aktiviti kayak.

    Ada aktiviti yang tidak dilaksanakan

    Faktor cuaca sangat mempengaruhi kelancaran Pendidikan Luar. Ada beberapa

    aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana hujan turun dengan lebat seperti

    snorkelingdan solo camp.

    Aktiviti kurang mencabar

    Ada aktiviti yang dilaksanakan kurang mencabar peserta seperti berkayak yang

    jaraknya terlalu dekat. Aktiviti Kembara Hutan yang dijalankan juga kurang

    mencabar, kerana peserta negan mudah dapat balik ke check point 3. Kembara

    Hutan juga hanya melalui ladang kelapa sawit dan jalan raya. Ini tidak mencabar

    laluan peserta.

    Semua peserta tidak dilibatkan

    Ada beberapa aktiviti tidak melibatkan semua peserta seperti aktiviti setup untuk

    aktiviti flaying foxdan ubseiling. Oleh yang demikian pengalaman hanya diperolehi

    oleh beberapa orang peserta sahaja.

    Kurangnya pemantauan awal pada sesetengah aktiviti

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    36/37

    Kuarangnya pemantauan awal terhadap lokasi sesuatu aktiviti yang menyebabkan

    ada aktiviti yang dilaksanakan lewat. Contonya pemantau awal untuk aktiviti flaying

    fox.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Pemilihan pengangkutan yang baik

    Pemilihan pengangkutan oleh pihak pengurusan IPGM Tawau harus teliti, bagi

    mengelakan sebarang kelewatan akibat daripada masalah bas rosak tidak berlaku.

    Pemeriksaan awall dan membaik pulih alatan

    Pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk memastikan peralatan yang sesuai

    digunakan dan berfungsi dengan baik. Jika berlaku sebarang kerosakan, proses baik

    pulih seharusnya dilakukan.

    Aktiviti yang lebih mencabar

    Jarak kembara kayak seharusnya ditambah untuk memberi kepuasan kepada

    peserta merasai pengalaman berkayak. Manakala aktivit Kembara Hutan

    seharusnya lebih banyak checj point yang perlu dilalui, dan aktiviti di check point

    perlu dikembangkan dan mencabar minda seperti memasak, melakar peta topo.

    Laluan Kembara Hutan juga seharusnya lebih mencabar, supaya peserta dapat

    mengaplikasi kemahiran kompas dengan situsai sebenar.

    Pemantauan awal terhadap lokasi aktiviti

    Pemantauan awal perlu dilakukan supaya persedian awal untuk sesuatu aktiviti

    berjalan lancar.

  • 7/27/2019 Laporan Aktiviti Pendidikan Luar Bab 1

    37/37