jenis aktiviti luar

16
BBD44801 KELAB KEMBARA TUGASAN INDIVIDU (ALATAN PERKHEMAHAN DAN AKTIVITI LUAR) NAMA NORHAFIZAH BINTI AZMI KAD MATRIK DB130305 FAKULTI FPTV PROGRAM KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM SEKSYEN 1 NAMA PENSYARAH ENCIK MOHD HASIF BIN ABD HAMID TARIKH HANTAR 06 MEI 2015 MARKAH

Upload: nor-hafizah-azmiani

Post on 11-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kembara

TRANSCRIPT

BBD44801KELAB KEMBARATUGASAN INDIVIDU (ALATAN PERKHEMAHAN DAN AKTIVITI LUAR)

NAMANORHAFIZAH BINTI AZMI

KAD MATRIKDB130305

FAKULTIFPTV

PROGRAMKIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM

SEKSYEN1

NAMA PENSYARAHENCIK MOHD HASIF BIN ABD HAMID

TARIKH HANTAR06 MEI 2015

MARKAH

JENIS ALATAN PERKHEMAHAN1) Harness

Harness adalah alatan yang dicipta khas yang membantu seseorang itu membuat pengawalan ( belaying ) atau digunakan untuk menurun dan naik di kawasan curam. Ianya digunakan sebagai perantaraan di antara badan dan tali. Kegiatan lain yang memerlukan penggunaan tali untuk menyediakan akses keselamatan (misalnya akses tali industri, dan bekerja di ketinggian). Kegunaan harnes adalah untuk membolehkan seseorang dari ketinggian yang telah terikat oleh seutas tali atau titik ancor. Harness yang baik ialah harness yang mampu menyerapkan bebanan sekiranya berlaku kejatuhan. Sistem harness ini juga mempunyai lapikan ( padding ) yang kemas di bahagian pinggang dan peha. Harnes ada yang jenis full body harnes dan seat harnes. Full body harnes adalah bentuk harnes yang dihubungkan pada seluruh badan. Seat harnes adalah bentuk harnes seperti celana guna untuk duduk saat ditarik ke atas. Umumnya untuk menolong korban atau di waktu memasang point dinding.2) Carabiner

Carabiners adalah cincin kait yang dibuat dari alumunium alloy sebagai pengait dan dikaitkan dengan alat lain. Carabiners memiliki banyak bentuk dan variasi, umumnya carabiners dibagi menjadi dua jenis, iaitu carabiner non screw gate dan carabiner screw gate. Carabiners biasa dihubungkan pada tali mahupun pengaman untuk pemanjatan, carabiner sangat kuat kerana sebuah nyawa disandarkan pada carabiner ketika melakukan aktiviti pemanjatan dari bahaya jatuhnya pemanjat dari ketinggian.Jenis screw gate

Jenis non screw gate

3) Figure 8

Alat ini dikatakan "eight" (lapan) disebabkan bentuknya. Biasanya, Figure 8 digunakan ketika repling dan membiley. Figure 8 diperbuat dari partikel baja sehingga sangatlah kuat untuk menahan beban berat. Tapi sebagai catatan bahawa alat ini tidak boleh kita ketahui secara langsung retak atau tidak. Jadi jangan sampai alat ini jatuh sampai berbunyi "klethik", "krek", "krik".

JENIS AKTIVITI LUAR

1) AKTIVITI MERENTAS HUTAN

Bagi pengembara-pengembara yang baru dan berpengalaman dalam aktiviti lasak ini, mereka akan mendapati bahawa Malaysia mempunyai hutan negara yang luas dan kawasan simpanan hidupan liar memberikan peluang kepada pencinta alam semula jadi untuk menikmati persekitaran yang subur di kawasan tropika. Antara trek utama yang lain termasuklah yang terdapat di Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu, Taman Alam Semulajadi Kuala Selangor, hutan bakau Selangor, hutan gunung Selangor Templers Park, hutan gunung Ulu Bendol Negeri Sembilan, hutan hujan tropika Tanah Pamah Endau Rompin Johor, hutan hujan tropika Gunung Ledang Johor dan Taman Negara Lambir, Gunung Tahan di Taman Negara, Pahang, manakala pengembara yang santai boleh mengunjungi Institut Penyelidikan Hutan Simpanan Malaysia (FRIM), yang terletak di Kepong, utara Kuala Lumpur. Bagi pengembara yang lebih suka meredah hutan dalam cuaca sejuk, denai hutan yang terdapat di Cameron Highlands dan Bukit Fraser pasti memberikan pengalaman yang unik buat anda.

Antara bentuk aktiviti-aktiviti merentas hutan:-i) Merentas hutan (jungle trekking)ii) Menyusur sungai (river trekking)iii) Berjalan malam (night walk)iv) Berjalan malam menyusur tali (night rope walk)

Perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti merentas hutan:-i) Teknik trail persiapan sebelum bergerak; Sarapan pagi Barang keperluan di dalam pek diikat kemas. Botol minuman dipenuhkan. Kompas dan peta berfungsi dengan baik. Kelengkapan fisrt aid Makanan tambahan pemberi tenaga seperti coklat. Dengar taklimat ketua ekspedisi dengan teliti.

ii) Organisasi pergerakan; Berjalan dalam satu kumpulan. Setiap anggota perlu diberikan nombor peribadi. Ketua kumpulan berjalan paling hadapan dan penolong paling belakang. Jarak antara peserta tidak terlalu rapat. Jangan tertinggal terlalu jauh daripada kumpulan. Rakan yang lemah atau cedera ringan hendaklah berada di tengah-tengah. Formasi satu barisan pada laluan yang sempit atau di hutan rimba.

iii) Teknik melangkah Posisi tapak kaki: hendaklah melangkah rata di atas permukaan. Rentak: melangkah setara Melangkah tanah licin: tapak kakimesti rapat ke tanah Mendaki lereng: condongkan badan ke hadapan sedikit Turun lereng: pacakkan tumit kasut kuat dan berhati-hati Posisi tangan: bebaskan tangan daripada memegang barang atau beg Pandangan mata: sentiasa ke hadapan sambil mengawasi sekeliling. take five: berhenti kira-kira 5 hingga 30 minit.

iv) Tips Penting Semak laporan cuaca sebelum memulakan perjalanan anda. Minum banyak air dan anda disarankan membawa air lebih dan penyembur menghalau serangga amat berguna apabila berada di hutan. Memakai stokin untuk mengelak lintah mungkin idea yang baik jika anda meredah sungai. Kasut murah (berharga kurang daripada RM10) yang digunakan oleh penduduk tempatan jenama 'Adidas Kampung'. Dibuat keseluruhannya daripada getah, ia adalah kasut yang hebat untuk merentasi hutan hujan tropika kerana ia tahan lasak dan kalis air. Pendaki tempatan yang memakai kasut jenis itu telah memenangi Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu. Kasut 'Adidas Kampung' boleh didapati di beberapa kedai runcit, kedai perkakasan dan pasar malam.

2) AKTIVITI WHITE WATER RAFTING

White Water Rafting adalah suatu aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. kita boleh definisikan bahawa aktiviti Arung Jeram (White Water Rafting) merupakan aktiviti mengharungi sungai berjeram, arung jeram sebagai sukan berkumpulan, ianya sangat bergantung pada suatu pasukan secara keseluruhan. Kerjasama yang padu dan kebolehan mengemudi perahu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyokong kejayaan melalui pelbagai halangan di sungai. Tidak dapat dinafikan bahawa arung jeram merupakan sukan rekreasi yang penuh risiko. Namun demikian, setiap orang mampu melakukannya, asalkan dia dalam keadaan baik dari segi pemahaman teknikal, kemampuan mental dan fizikal. Jadi, arung jeram adalah sukan rekreasi yang menuntut kepada kemahiran. Untuk itu ianya sangat memerlukan masa untuk berkembang. Perkembangan ke arah mencapai kemampuan yang efektif, hanya mungkin apabila mempelajari sifat-sifat sungai, serta bersedia melatih diri di tempat itu, mengembangkan pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai, berlatih mendayung, berkayuh di sungai. Implikasinya boleh mengembangkan kemampuan fizikal, agar mencapai dalam keadaan yang maksimum.Hal lain yang patut diingat, adalah berlatih cara-cara menghadapi keadaan kecemasan di sungai. Hal ini penting untuk melatih kesediaan, kemampuan dan kepercayaan diri, apabila menghadapinya.

A. PeralatanPeralatan dan kelengkapan yang digunakan dalam arung jeram dibezakan mengikut keperluan kumpulan dan masa mengharungi sungai, iaitu sebagai berikut:

i) Perahu Getah (Inflatable Raft)

Perahu getah (Inflatable Raft) merupakan keperluan sukan rekreasi arung jeram, ianya diperbuat dari bahan getah sintetik sedemikian rupa sehingga kuat tetapi tetap elastik. Hal ini bertujuan untuk menahan dari tercalar di antara perlanggaran batu-batu sungai. Bentuk dan rancangan bahagian hadapan dan belakang dibuat melengkung dan naik ke atas supaya air tidak mudah masuk dan mampu menjaga kestabilan perahu ketika melalui ombak besar. Biasanya perahu terdiri daripada beberapa bahagian tabung angin, hal ini dimaksudkan apabila salah satu tabung perahu bocor atau pecah, maka untuk suatu masa tertentu perahu masih boleh terapung.

ii) Dayung

Dayung sebagai alat kayuh pada sukan rekreasi arung jeram. Ianya diperbuat daripada fiber glass dan aluminium. Dayung yang digunakan oleh peserta, panjangnya adalah diantara 4, 5 - 6 kaki.

iii) Pam Angin

Pam yang digunakan untuk mengisi tabung angin perahu harus sentiasa dibawa pada saat mengharungi sungai. Penyediaan pam mestilah ada untuk mengawal kandungan angin dalam perahu peserta.

iv) Tali

Perahu getah mempunyai tali jenis karmantel sepanjang 40 meter yang digunakan sebagai: tumpuan kaki dan keselamatan

v) Peta Sungai

Digunakan pada sungai yang pertama kali dilalui oleh seseorang, selain itu seseorang itu boleh mengetahui keadaan sungai serta merancang perjalanan yang selamat untuk dilalui.

B. Kelengkapan Peribadi

i) Pelampung

Jenis pelampung yang baik untuk arung jeram adalah pelampung yang sesuai dengan saiz postur tubuh, ia mengandungi gabus tebal (boleh berfungsi sebagai penahan perlanggaran diantara benda keras). Untuk langkah berjaga-jaga menghadapi keadaan kecemasan,perlu dipertimbangkan mengenai penggunaan pelampung dengan tambahan di bahagian belakang kepala, agar kepala tetap terapung, apabila ketika tidak sedarkan diri.

ii) Pakaian (Life Jacket)

Pakaian yang sesuai untuk aktiviti berarung jeram adalah pakaian yang membolehkan kita sentiasa selesa dalam melakukan pergerakan.

iii) Alas Kaki

Untuk melindungi kaki dari terluka, gunakan jenis kasut yang boleh melindungi keseluruhan kaki, tetapi pergelangan kaki masih boleh bergerak bebas, termasuklah memudahkan seseorang itu untuk berenang.

iv) Helm (Pelindung Kepala)

Mengharungi sungai berjeram dengan susunan batu yang tidak teraturan atau sungai dengan lavel kesukaran yang tinggi, pelindung kepala wajib digunakan. Tujuannya untuk melindungi kepala daripada bertembungan dengan benda keras. Helm yang baik juga mestilah ringan, tahan air dan tidak mengganggu pandangan ataupunpergerakan.

v) Survival Kit

Perlengkapan survival, mestilah sentiasa dibawa, tetapi tidak mengganggu gerakan kita. Survaival kit terdiri dari pisau lipat, bandana, duct tape, First Aid Kit, Sampah Beg Orange. Seperti yang dinyatakan, tempoh masa mengharungi sungai juga mempengaruhi barang survaival kit yang perlu dibawa. Antara keperluan yang perlu dibawa semasa merentasi jeram yang penjang ialah:

Handy talky untuk komunikasi dengan pasukan. Container kalis air Bahan makananvi) Sungai

Ianya memerlukan latihan yang kerap dan berulang-ulang untuk menjadi mahir dalam membaca dan memahami selok belok mengenai watak sungai. Bagaimanapun bagi arung jeram suatu pengertian mengenai sifat dan dinamik sungai penting untuk diketahui.

3) AKTIVITI SNORKELING

Snorkeling ialah satu praktis berenang dipermukaan air dibantu dengan 'diving mask', 'snorkel', 'lifejacket' dan kadang-kadang dengan sepasang 'booties' atau 'fins'. Jika anda bersnorkeling di kawasan yang airnya sejuk, anda perlu pakai 'wetsuit' untuk mengekalkan suhu badan. Dengan adanya peralatan-peralatan ini, anda boleh 'melihat' dunia bawah air dengan tenang dan selamat.Aktiviti rekreasi snorkeling sinonim dengan kawasan beriklim khatulistiwa (tropical) dimana kepelbagaian dan jenis-jenis hidupan marin dasar lautnya sangat padat & berwarna-warni dengan jarak penglihatan (penembusan cahaya matahari) sehingga 60 kaki. Kelengkapan Aktiviti Snorkeling:-i) Diving mask

Masker selam adalah jendelakedap airyang melindungi sebagian wajah, terutama mata danhidungdari air. Bagian lensa dibuat darikaca pengaman sementara kantong hidung serta kerangka masker dibuat dari silikoneataukaret. Di bahagian sisi masker terdapat tempat untuk memasang snorkel. Sewaktu mengenakan masker, penyelam bernafas denganmulut. Masker menjadi berembun atau kemasukan air bila penyelam memaksa untuk bernafas melalui hidung. Rambut penyelam juga tidak boleh tercepit di antara masker dan wajah supaya masker tidak kemasukan air.Masker tersedia dalam berbagai ukuran, termasuk untuk anak-anak dan wanita. Dibandingkan masker selam scuba, masker snorkeling umumnya berukuran lebih kecil agar kantong udara di dalam masker menjadi sekecil mungkin.Penyelam harus memakai ukuran masker yang sesuai dengan wajah agar masker tidak dimasuki air. Ukuran masker yang sesuai boleh diperiksa tanpa perlu memasangkan tali pengikat di kepala. Masker diletakkan di wajah dan ditekan sambil menarik nafas perlahan-lahan. Bila masker tidak jatuh, maka ukuran masker sesuai dengan wajah pemakainya. Tekanan air membuat masker menjadi kedap udara, sementara tali pengikat hanya menahan masker agar tidak terlepas.

ii) Snorkel

Snorkel adalah sebuah paip sederhana untuk bernafas selama kegiatan snorkeling berlangsung. Dengan bantuan snorkel, kita dapat bernafas dengan mudah tanpa harus menegakkan kepala keluar dari permukaan air. Dengan demikian kita bebas mengamati objek laut di bawah permukaan air secara terus menerus.Snorkel terdiri dari dua bahagian, iaitu selang udara dan pelindung mulut. Selang dibuat dari plastik atau karet keras, dengan ukuran diameter sekitar 2 cm dan panjang sekitar 30 cm. Selang yang terlalu panjang membuat bernafas menjadi sulit, dan memperbesar kemungkinan penyelam menghisap kembali karbon dioksida yang tertahan di dalam selang. Pelindung mulut terdiri dari penutup berbentuk lengkung dan bahagian untuk digigit. Ukuran pelindung mulut juga harus sesuai dengan ukuran mulut. Ketika menyelam di bawah air, udara di dalam snorkel keluar dan air masuk ke dalam snorkel. Ketika sampai di permukaan, air dalam snorkel dikuras dengan cara menghembuskan udara keras-keras dari dalam mulut.Syarat snorkel yang baik Memiliki ukuran yang tidak terlalu panjang dan berdiameter besar. Hal tersebut akan memudahkan kita mengambil sekaligus menghembuskan udara selama snorkling. Memiliki elastisitas yang cukup lentur sehingga dapat memberikan kenyamanan pada saat dipakai. Snorkel yang memiliki katup buangan bawah (katup kuras) lebih diutamakan karena sangat memudahkan kita mengeluarkan air yang ada di dalam snorkel.

iii) Fins

Fins adalah kasut karet dengan sirip yang melebar di bahagian ujung kaki. Snorkeling boleh dilakukan tanpa kaki katak, tapi alat ini boleh menambah daya dorong kaki manusia ketika berenang.Fungsi utama fins adalah menambah efisiensi dan mobilitas kita di dalam air, serta menambah laju pergerakan dengan usaha seminimum mungkin.Syarat fins yang baik Tidak cacat, serta memiliki bentuk yang kukuh Sesuai dengan ukuran kaki Sesuai dengan kebolehan kitaFins terdiri dari dua jenis: tumit terbuka (open heel) dan kaki tertutup (full foot atau pocket foot). Jenis fins kaki tertutup tersedia dalam pelbagai ukuran. Dibandingkan fins tumit terbuka, jenis fins tertutup memiliki hujung sirip yang lebih pendek. Ketika memakai fins tumit terbuka, penyelam memakai kasut bot dari bahan neoprena. Kasut bot berfungsi sebagai pelindung kaki dari dari luka, dingin air, atau pencegah lecet. Fins tumit terbuka hanya dibuat dalam beberapa ukuran: kecil, sedang, besar, dan ekstra besar. Ukuran fins disesuaikan dengan kaki pemakainya.