laporan ajk keselamatan big fasa 4

2
BIG FASA 4 2014 PPG SAINS 1 / KOHORT 2 LAPORAN AJK KESELAMATAN BINA INSAN GURU FASA 4 Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Program BIG Fasa 4 iaitu ‘PROGRAM SAYANGI SEKOLAH ANDA’ telah selesai dilaksanakan pada 29 Mei 2014 (KHAMIS). Seramai 20 orang murid Tahun 5 dari SK Taman Kenari, Kulim, Kedah telah terlibat dalam program ini. Semua murid yang terlibat telah bekerjasama dengan guru-guru PPG Sains 1 untuk membina taman herba yang terletak di hadapan bilik guru sekolah tersebut. Dalam aspek keselamatan semasa program ini berlangsung, saya dan rakan setugas telah sepakat untuk memastikan murid-murid yang terlibat sentiasa dalam pemerhatian kami. Mereka semua sentiasa berada dalam kumpulan yang telah diagihkan tugasannya. Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain dengan peralatan tajam yang perlu digunakan. Murid-murid juga diingatkan dengan serangga berbisa yang mungkin ada sewaktu kerja-kerja membina taman herba ini. Selain itu, semasa proses membawa pasir dan batu-batu kecil untuk ke taman herba ini agak jauh, jadi murid-murid bekerja secara berkumpulan dan diiringi guru PPG. Semuanya berjalan dengan baik sehingga terbinanya taman herba. Kami juga bertanggungjawab memastikan semua murid pulang terlebih dahulu sebelum semua guru PPG meninggalkan SK Taman Kenari.

Upload: fauziharun

Post on 23-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BIG FASA 4 2014

BIG FASA 4 2014PPG SAINS 1 / KOHORT 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN BINA INSAN GURU FASA 4Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Program BIG Fasa 4 iaitu PROGRAM SAYANGI SEKOLAH ANDA telah selesai dilaksanakan pada 29 Mei 2014 (KHAMIS).

Seramai 20 orang murid Tahun 5 dari SK Taman Kenari, Kulim, Kedah telah terlibat dalam program ini. Semua murid yang terlibat telah bekerjasama dengan guru-guru PPG Sains 1 untuk membina taman herba yang terletak di hadapan bilik guru sekolah tersebut.Dalam aspek keselamatan semasa program ini berlangsung, saya dan rakan setugas telah sepakat untuk memastikan murid-murid yang terlibat sentiasa dalam pemerhatian kami. Mereka semua sentiasa berada dalam kumpulan yang telah diagihkan tugasannya. Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain dengan peralatan tajam yang perlu digunakan. Murid-murid juga diingatkan dengan serangga berbisa yang mungkin ada sewaktu kerja-kerja membina taman herba ini.Selain itu, semasa proses membawa pasir dan batu-batu kecil untuk ke taman herba ini agak jauh, jadi murid-murid bekerja secara berkumpulan dan diiringi guru PPG. Semuanya berjalan dengan baik sehingga terbinanya taman herba. Kami juga bertanggungjawab memastikan semua murid pulang terlebih dahulu sebelum semua guru PPG meninggalkan SK Taman Kenari.

Akhir sekali terima kasih yang tidak terhingga diharapkan buat semua para peserta dan guru-guru yang terlibat. Ribuan terima kasih juga buat semua warga SK Taman Kenari, Kulim,Kedah dengan kerjasama yang diberi sepanjang program ini berlangsung.Disediakan oleh:Siti Zawiyah bt Abdul Halim

Fairus bt Mahamad