laporan ajk keselamatan

10
Laporan AJK Keselamatan Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional Sebelum Kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas setiap unit. Ahli jawatankuasa kecil yang telah dibentuk diminta berkumpul di dalam kumpulan AJK masing-masing bagi menyenaraikan peralatan-peralatan yang perlu semasa aktiviti permainan tradisional. Antara cadangan peralatan yang perlu kami bawa ialah talkie-walkie, khemah dan first-aid. Malangnya talkie-walkie tersebut tidak disetujui oleh beberapa orang ahli kerana tidak mempunyai cukup bajet serta penggunaannya tidak begitu relevan semasa menganjurkan aktiviti permainan tradisional. Khemah dan first-aid boleh kami dapati daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Guru Raja Melewar. Semasa Khemah AJK Keselamatan tidak disediakan oleh pihak IPG Raja Melewar kerana pekerja telah diberitahu lewat oleh pihak pengurusan IPG bahawa kami memohon lima buah khemah. Pekerja hanya sempat memasang dua khemah sahaja iaitu khemah rumah sukan. Kami juga bertanggungjawab dalam memastikan tiada peralatan permainan tradisional yang mengganggu kelancaran aktiviti permainan lain. Kami menasihatkan setiap ahli kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan atau sudut yang telah mereka gunakan tadi. Semasa aktiviti permainan tradisional berlangsung, terdapat seorang ahli rumah merah telah jatuh pengsan setelah bermain permainan musang dan

Upload: lontong

Post on 19-Jun-2015

1.634 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan AJK Keselamatan

Laporan AJK Keselamatan

Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional

Sebelum

Kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang dan menyenaraikan tugas-tugas

setiap unit. Ahli jawatankuasa kecil yang telah dibentuk diminta berkumpul di dalam

kumpulan AJK masing-masing bagi menyenaraikan peralatan-peralatan yang perlu

semasa aktiviti permainan tradisional.

Antara cadangan peralatan yang perlu kami bawa ialah talkie-walkie, khemah dan

first-aid. Malangnya talkie-walkie tersebut tidak disetujui oleh beberapa orang ahli

kerana tidak mempunyai cukup bajet serta penggunaannya tidak begitu relevan semasa

menganjurkan aktiviti permainan tradisional. Khemah dan first-aid boleh kami dapati

daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Guru Raja Melewar.

Semasa

Khemah AJK Keselamatan tidak disediakan oleh pihak IPG Raja Melewar kerana

pekerja telah diberitahu lewat oleh pihak pengurusan IPG bahawa kami memohon lima

buah khemah. Pekerja hanya sempat memasang dua khemah sahaja iaitu khemah

rumah sukan.

Kami juga bertanggungjawab dalam memastikan tiada peralatan permainan

tradisional yang mengganggu kelancaran aktiviti permainan lain. Kami menasihatkan

setiap ahli kumpulan yang telah selesai membuat amali supaya mengemas kawasan

atau sudut yang telah mereka gunakan tadi.

Page 2: Laporan AJK Keselamatan

Semasa aktiviti permainan tradisional berlangsung, terdapat seorang ahli rumah

merah telah jatuh pengsan setelah bermain permainan musang dan anak ayam. Pada

hari tersebut juga keadaan cuaca yang sangat panas dan kering. Oleh sebab tiada

kehmah khusus untuk peserta yang cedera, maka peserta tersebut telah menerima

rawatan di tempat yang kurang sesuai dengan keadaannya yang sakit.

Selepas

Selepas acara penutupan majlis, AJK Keselamatan telah memastikan semua

peralatan telah diambil dan padang bersih daripada sampah kerana padang tersebut

akan digunakan oleh ramai guru pelatih lain. Sekiranya padang tersebut kotor dan

peralatan permainan masih tidak dikemaskan lagi ini mungkin akan mendatangkan

kecederaan kepada guru pelatih lain yang menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di atas padang.

Kemudian setiausaha AJK Keselamatan menulis laporan tentang perjalanan aktiviti

permainan tradisional dari aspek keselamatan.

Page 3: Laporan AJK Keselamatan

Kekuatan

Keselamatan di dalam sesuatu aktiviti merupakan aspek yang amat penting

dalam memberi kelancaran dan kejayaan pengelolaan aktiviti permainan tradisional.

Maka, setiap AJK Keselamatan kami telah memberi 100 peratus komitmen yang baik

supaya dapat mengelakkan sesuatu kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku.

Setiap AJK kami terdapat di setiap rumah sukan. Sekiranya berlaku apa-apa

kejadian yang tidak diingini, wakil tersebut akan terus memaklumkan kepada Ketua AJK

Keselamatan untuk diambil tindakan susulan. Pesakit atau mangsa akan diberi rawatan

segera mengikut jenis kecederaan yang dialami. Sekiranya pesakit tersebut perlu

dibawa ke hospital, maka dia akan terus kami bawa ke hospital. Kebanyakkan ajk kami

juga pernah mengikuti Badan Unit Beruniform pada semester lepas yang ditauliahkan

untuk merawat mangsa yang cedera.

Kelemahan

Seperti yang telah saya nyatakan, AJK Keselamatan tidak mempunyai tempat merawat

dan berehat yang berasingan daripada peserta lain. Khemah ini akan berfungsi

sekiranya terdapat dari kalangan peserta yang mengalami kemalangan dan mempunyai

masalah kesihatan seperti demam, pitam dan sebagainya.

First-aid kami juga tidak mempunyai kelengkapan ubat yang baik. Sebahagian ubat

yang terdapat di dalam peti first-aid itu hanya mencukupi untuk mengubat bilangan

pesakit yang terhad.

Page 4: Laporan AJK Keselamatan

Cadangan

Bagi meningkatkan keberkesanan AJK Keselamatan, ajk ini harus melantik

seorang pakar perubatan dari luar untuk memberikan sedikit sebanyak bantuan dan

kepakaran mereka tentang merawat kecederaan. Perkara ini lebih efektif sekiranya

dibandingkan dengan mengharapkan bantuan dari kalangan guru pelatih sendiri.

Selain itu, khemah yang berasingan juga amat penting untuk memberi pesakit

berehat tanpa gangguan daripada peserta-peserta lain. Khemah yang lengkap dengan

kipas, air mineral dan kerusi rehat juga dapat menambahbaikkan aktiviti pengelolaan

permainan tradisional.

Penyediaan jadual bertugas juga boleh memastikan semua ahli bertugas dan

berperanan sebagai orang penting sekiranya terdapat sesuatu masalah berlaku pada

masa dia bertugas. Sebaik-baiknya ajk keselamatan perlu mengurangkan penglibatan

mereka dalam permainan tradisional.

Page 5: Laporan AJK Keselamatan

Minit Mesyuarat

Aktiviti Pengelolaan Permainan Tradisional,

Institut Perguruan Raja Melewar.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama

Tarikh : 26 Februari 2010

Tempat : Astaka Institut Perguruan Raja Melewar.

Masa : 4.30 petang

Kehadiran :

Nuraiman bin Manja

Panimalar a/p Subramaniam

Thamarai a/p Munusamy

Muhammad Hanif Bin Mohd Saleh

Munirah Bt. Madzlan

Imadduddin Bin Abd Rahman

Chiong Kai Shan

Leong Theng Theng

Vimala a/p Arimuthu

Page 6: Laporan AJK Keselamatan

Kalaiselvi a/p Murugappan

Phua Xiau Han

Tan Pei Syien

Agenda

1. Ucapan Pengerusi

2. Perkara Berbangkit

3. Hal-hal Lain

Perkara Tindakan

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan

mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli

jawatankuasa. Tujuan utama mesyuarat diadakan ialah untuk

membincangkan tugas dan tanggungjawab setiap

ahlijawatankuasa,

Makluman

Agenda 2 : Perkara Berbangkit

2.1 Imaddudin tidak bersetuju dengan penggunaan talkie-

walkie kerana tidak cukup perbelanjaan. Beliau mencadangkan

supaya menggunakan sumber-sumber yang sedia ada seperti

telefon bimbit.

2.2 Chong Kai Shan mencadangkan supaya ahli jawatankuasa

Makluman

Jawatankuasa

Page 7: Laporan AJK Keselamatan

Disahkan oleh:

...............................................

( Nuraiman Bin Manja)

Pengerusi

Ahli Jawatankuasa Keselamatan

Institut Perguruan Raja Melewar

Seremban

Negeri Sembilan.

tidak pulang awal selepas tamat aktiviti untuk mengemas

peralatan.

Agenda 3 : Hal-hal Lain

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ahli

jawatankuasa dan dapat memberi sepenuh tanggungjawab

semasa menjalankan tugas.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh:

...........................................

Setiausaha

Ahli Jawatankuasa Keselamatan

Institut Perguruan Raja Melewar

Seremban

Negeri Sembilan

Perlantikan Jawatankuasa Keselamatan

Pengerusi : Nuraiman bin Manja

Naib Pengerusi : Muhammad Hanif Bin Mohd Saleh

Page 8: Laporan AJK Keselamatan

Setiausaha : Imadduddin Bin Abd Rahman

Tugas-Tugas Khas :

Panimalar a/p Subramaniam

Thamarai a/p Munusamy

Munirah Bt. Madzlan

Chiong Kai Shan

Leong Theng Theng

Vimala a/p Arimuthu

Kalaiselvi a/p Murugappan

Phua Xiau Han

Tan Pei Syien

Gambar

Aktiviti Permainan Tradisional

Page 9: Laporan AJK Keselamatan

Gambar 1: Empat buah rumah pasukan iaitu merah, kuning, biru dan unggu

Gambar 2: Permainan baling tin

Page 10: Laporan AJK Keselamatan

Gambar 3: Penerangan cara bermain dari rumah merah