lapangan 21

23
LAPANGAN QURBAN TERBAIK 1433 - SUKSES! Gabungan MYGEF dilancar Dewan Komuniti #2 Siap Pertukaran pelajar Rohingya Program Dalaman MRA Laporan Qurban Terbaik LAPANGAN21-2012

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 10-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 21

LAPANGAN

QURBAN TERBAIK 1433 - SUKSES! Gabungan MYGEF dilancar

Dewan Komuniti #2 Siap

Pertukaran pelajar Rohingya

Program Dalaman MRA

Laporan Qurban Terbaik

LAPANGAN 21-2012

Page 2: LaPANGAN 21

GAZA kembali berdarah

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH LATIHAN

& PENGEMBANGAN

En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH

PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH

PEMBERDAYAAN EKONOMI

Dr. Hyan Yusoff

PENGARAH BANTUAN

KECEMASAN & LOJISTIK

Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

Rantau Asia Barat terus bergolak, dan kali ini ia bukan sebahagian dari rentetan kebangkitan Arab

Spring tetapi merupakan perlaksanaan dan penerusan dasar kejam, tidak berperikemanusiaan

Regim Zionis Israel terhadap penduduk di wilayah tersepit Gaza.

Dunia dikejutkan dengan serangan roket bertali arus, dari udara dan laut, tanpa mengira masa,

tanpa melihat kepada umur dan siapa, penduduk Gaza dipaksa untuk menyorok dan menyelamatkan

diri, dari serangan kejam yang langsung tidak menghormati sebarang etika dan protokol perang

konvensional masakini.

Gaza yang sememangnya sudah dikepung sejak sebelum perang ini meletus lagi telah lama men

derita kekurangan pelbagai keperluan asas penting bagi para penghuninya, serangan terbaru ini

hanya menambahkan lagi kesulitan sedia ada, menguji ketabahan dan keteguhan penduduk Gaza

untuk terus bertahan selagi termampu.

Malaysian Relief Agency (MRA) yang memang mempunyai program berterusan di bumi Palestin dan

penempatan Palestin sejak 2009 telah mengambil keputusan untuk bergerak dan membantu Gaza

pasca serangan terbaru ini dengan cara berkerjasama dalam satu gabungan NGO, ini adalah ber

tujuan untuk memaksimakan penggunaan dana yang diperolehi disamping dapat meminimakan kos

operasi di lapangan.

Kerjasama dan gabungan lima organisasi ini; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan

Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission Malaysian (GPM), Majlis

Pemuafakatan NGO Islam Malaysia (MAPIM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) adalah kena pada

masanya dan bagi membentuk satu jentera kerja bantuan kepada Gaza yang lebih konsisten dan

tidak berbentuk sentimen semata-mata apatah lagi bermusim.

Setiap organisasi ini mempunyai program dan projek jangka masa panjang masing-masing di bumi

Palestin. Ahli Gabungan yang dikenali sebagai Malaysian Emergency Fund for Gaza atau

singkatannya MyGEF ini bukanlah asing kepada penduduk Gaza dan Palestin. Gabungan ini akan

berkerjasama dalam jangka kecemasan selama tiga bulan.

Program MRA untuk Palestin termasuklah penajaan anak-anak yatim di Gaza, program pem

bangunan komuniti Palestin di Lebanon yang digerakkan bersama MyCORPS, program Percutian

Musim Panas untuk Anak-anak Yatim Gaza, program Rawatan Susulan dan Pemulihan bagi mangsa-

mangsa serangan Israel dan Penajaan Latihan Klinikal Doktor-doktor Palestin di Malaysia.

MRA akan terus komited didalam membantu dan memperjuangkan nasib Palestin dan kami amat

berterima kasih terhadap sokongan orang ramai yang telah menyalurkan sumbangan untuk Palestin

melalui MRA. Kepercayaan anda adalah amanah yang akan kami laksanakan sebaik-baiknya.

MOHD SHAHRULAZILAN SAID

Pengarah Eksekutif

Page 3: LaPANGAN 21

MESYUARAT TERGEMPAR GAZA

SERANGAN terbaru Regim Zionis

Israel keatas bumi Gaza, Palestin yang

mengorbankan ramai penduduk Gaza

yang tidak berdosa telah mengundang

reaksi marah dari pelbagai pihak di

serata dunia.

Serangan ini juga telah mengakibatkan

kerosakan yang tidak sedikit kepada

infrastruktur daif sedia ada yang terda-

pat di Gaza.

Satu mesyuarat tergempar di peringkat

MRA telah diadakan dengan

dipengerusikan oleh Timbalan Presi-

den MRA, Dato Dr Ishak Md Sood

dan dihadiri oleh SUA MRA, Dr.

Mohd Daud Sulaiman, Bendahari

MRA Dato Shakir Husin Khalid dan

Pengarah Latihan dan Pembangunan

MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak. Turut

hadir ialah tiga orang daripada lima

orang Doktor Gaza yang ditaja oleh

MRA. Dua orang lagi doktor Palestin

ketika ini berada di luar negara,

masing-masing seorang di Dubai dan

seorang di Gaza.

Mesyuarat Tergempar ini mengambil

ketetapan untuk membantu sebagai

sebuah gabungan ngo Malaysia bagi

memudahkan kerja taktikal dan lojistik

disamping memudahkan rakyat Malay-

sia menyalurkan sumbangan. MRA

sebelum ini memang telah beroperasi

di Gaza khususnya dan Palestin am-

nya, melalui program anak yatim, pen-

didikan dan program kesihatan.

2 LAPANGAN 21-2012

“Summer Camp” untuk anak-anak Palestine di Gaza

Muhammad Mousa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Al Islam

Sumbangan buat anak yatim Palestin

Outing bersama anak-anak Palestin

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Ishak

Page 4: LaPANGAN 21

ditubuhkan Malaysian Gaza Emergency Fund

Serangan terbaru Israel terhadap bumi Gaza di

Palestin mengundang respon daripada pelbagai pihak

di dunia termasuk dari Malaysia.

MRA yang sememangnya mempunyai program yang

sedia berjalan di bumi Palestin turut terpanggil untuk

terlibat sama membantu didalam fasa kecemasan ini.

MRA dalam mesyuarat tergempar yang diadakannya

mengambil keputusan untuk bekerja dalam jang-

kamasa kecemasan ini dengan satu gabungan rang-

kaian kerjasama. MRA bersetuju untuk bekerja

dalam satu pakatan yang dipimpin oleh Angkatan

Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh Per-

satuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Majlis

Perundingan Ngo Islam Malaysia (MAPIM).

MRA turut bersetuju untuk melantik Presiden ABIM,

Tuan Haji Amidi Dato Abdul Manan sebagai

Pengerusi pakatan yang disebut sebagai Malaysian

Gaza Emergency Fund atau MyGEF.

Pakatan ini juga bersetuju untuk bekerjasama dalam

urusan bantuan kecemasan di Gaza dalam tempoh 3

bulan dari tarikh penubuhan. Sebuah tabung bersama

akan dibentuk dan dana permulaan sebanyak

RM50,000 telah disumbangkan oleh MRA. Semoga

kerjasama murni ini dapat memberikan bantuan yang

berkesan terhadap mangsa peperangan di Gaza.

3 LAPANGAN 21-2012

SDR. MOHD KHAIRUL RIDHWAN ADHHA, Timbalan Presiden PKPIM, DR. ISHAK MD SOOD, Timbalan Presiden MRA, TN.

HJ. AMIDI ABDUL MANAN, Presiden ABIM, SDR. SHAKIR FAHMI, Timbalan CEO GPM dan SDR. MOHD NAZRI SAHAT, CEO

DANA HOSPITAL GAZA dalam Sidang Media pelancaran MALAYSIAN GAZA EMERGENCY FUND (MYGEF)

Pengarah Eksekutif MRA menyerahkan kepada Tn. Haji Amidi Abdul Manan

sekeping cek RM50,000 dari dana kecemasan MRA ke Tabung MYGEF

Page 5: LaPANGAN 21

Tabung MYGEF-MRA

di Stesen KL Sentral

Sebuah tabung bagi mengumpul

sumbangan orang ramai kepada para

penduduk Palestin, terutamanya pen-

duduk Gaza telah disediakan kepada

mereka yang menggunakan kemuda-

han di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Tabung ini terletak di ruang legar

tingkat bawah Stesen Sentral berha-

dapan dengan kaunter pertanyaan

disitu.

Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah

bawah kendalian Semasa Sentral Sdn.

Bhd., sebuah anak syarikat Malaysian

Resources Corporation Berhad

(MRCB)

Semasa Sentral sememangnya terke-

nal dan telah diketahui oleh banyak

pihak tentang komitmen mereka

dalam kerja-kerja bantuan dan op-

erasi khidmat masyarakat. Selain

dari melaksanakan CSR syarikat, bu-

daya meringankan beban orang lain

semangnya sudah sebati dikalangan

wargakerja Semasa Sentral. Justeru,

membantu penduduk Gaza dan Pales-

tin bukanlah sesuatu yang pelik dan

baharu buat mereka.

5 orang Doktor Palestin tajaan MRA menyambut Aidiladha yang lalu di rumah Sdr. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Latihan

& Pembangunan MRA, turut serta ialah Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia Program Rohingya MRA dan ayah sdr. Rezaidi.

4 LAPANGAN 21-2012

TABUNG SUMBANGAN UNTUK PALESTIN diletakkan di

ruang legar utama di Stesen Sentral Kuala Lumpur

Page 6: LaPANGAN 21

Dewan Komuniti MRA

Biarkan gambar saja berbicara, Dewan Komuniti MRA ke 2 telah se-

lamat dibina dan telah siap untuk digunakan. Kami mengalu-alukan se-

barang kerjasama untuk program pembangunan komuniti di kawasan ini

5 LAPANGAN 21-2012

HAJI HANI YANG KASSIM, SU MRA PERAK sedang memeriksa Dewan Komuniti ke 2 MRA

Page 7: LaPANGAN 21

Bengkel Kemudahan Pendidikan

Kanak-Kanak Rohingya Di Malaysia:

Penggubalan Pelan Tindakan Saudara Johari Kan Abdullah selaku

Penyelia Sekolah Komuniti Rohin-

gya MRA merangkap Pengetua Se-

kolah telah hadir didalam Bengkel

anjuran Universiti Kebangsaan Ma-

laysia ini.

Beliau berkongsi bersama para pe-

serta lain didalam bengkel ini men-

genai pengalaman MRA didalam

mengelolakan sekolah ini, terutama

dari segi aspek disiplin, penggubalan

modul dan kurikulum, penyediaan

guru dan alat bantuan mengajar.

Bengkel ini turut disertai oleh

beberapa organisasi lain yang

turut terlibat didalam usaha mem-

bangunkan jatidiri masyarakat

Rohingya yang tinggal di Malay-

sia.

Usaha UKM ini harus dipuji, ker-

ana selain dari menjalankan tu-

gasan akademik dan pemban-

gunan pendidikan negara, mereka

turut menanam minat kearah pen-

yelesaian masalah sejagat yang

semakin meruncing.

SESI PERKONGSIAN MENGENAI KEMELUT ARAKAN

BERSAMA PARA PENUNTUT FAKULTI STRATEGI

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shah-

rulazilan Said telah mewakili MRA didalam

sesi perkongsian mengenai kemelut Arakan

bersama para penuntut Fakulti Strategik Uni-

versiti Pertahanan Nasional Malaysia baru-

baru ini.

Sdr. Shahrul telah menjelaskan secara terper-

inci isu sebenar yang mendasari konflik ini

secara jujur dari pandangan petugas bantuan

kemanusiaan.

Krisis Arakan merupakan satu

isu yang semakin rumit untuk

diselesaikan, ianya menjadi

kompleks dari hari ke hari. Pen-

yelesaian mutlak yang memerlu-

kan pembabitan dan campurtan-

gan politik yang serius diperlu-

kan sekiranya semua pihak mahu

mencari penghujung kepada kri-

sis ini.

MRA BERSAMA MYCOPRS HADIRI

MESYUARAT TRANSISI AFGHANISTAN Sebuah mesyuarat susulan bagi membincangkan program

transisi Kontijen Malaysia di Afghanistan bersama ngo

telah diteruskan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MRA, MYCORPS dan MERCY Malaysia telah turut

terlibat didalam mesyuarat ini. Satu sesi taklimat men-

genai pembabitan MALCON di Wilayah Bamiyan, Af-

ghanistan telah disampaikan oleh pegawai perubatan

MALCON yang baru pulang dari tugasa di Bamiyan, se-

waktu kunjungan kami di sana dalam bulan April yang

lalu, kami telah sempat bertemu beliau di lapangan.

6 LAPANGAN 21-2012

Page 8: LaPANGAN 21

Lawatan & Pertukaran Pelajar

dengan SRI KL International

Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah

mengadakan satu program lawatan serta

pertukaran pelajar dengan SRI KL Inter-

national baru-baru ini.

Sekumpulan 40 orang pelajar dari Sekolah

Komuniti Rohingya telah terlibat dalam

program ini yang bertujuan untuk mem-

beri peluang para pelajar dari sekolah ini

untuk melihat suasana pembelajaran yang

lain disamping dapat menjalinkan persa-

habatan dengan teman-teman baru yang

mereka kenali sepanjang program tersebut

berjalan.

Pelbagai aktiviti pembelajaran berkelompok

dalam cara kreatif dan ceria telah diadakan

semasa progam ini berlangsung, sekaligus

memberikan peluang kepada para pelajar dari

Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan SRI

KL International untuk saling berinteraksi.

Program ini berjaya memupuk keyakinan dan

semangat yang tinggi kepada para pelajar

dari Sekolah Komuniti Rohinyga MRA un-

tuk terus belajar dan cemerlang didalam pela-

jaran mereka. Melalui pelajaran sahaja

mereka mampu mengubah kehidupan yang

sedang mereka lalui.

“Program ini

berjaya memupuk

keyakinan dan

semangat yang

tinggi kepada para

pelajar untuk terus

belajar dan

cemerlang”

7 LAPANGAN 21-2012

PERKONGSIAN PINTAR diantara pelajar Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan pelajar SRI KL INTERNATIONAL

Page 9: LaPANGAN 21

Satu kunjungan balas juga telah diadakan oleh para

pelajar SRI KL International ke Sekolah Komuniti

Rohingya MRA di Cheras Baru.

Kunjungan mereka telah disambut dengan mesra

oleh para pelajar dan pentadbiran Sekolah Komuniti

Rohingya MRA. Semasa berada di Sekolah SRI

KL International tempohari, para pelajar kedua

buah sekolah telah berkerja bersama-sama bagi

menyiapkan tugasan mencipta “sepohon pokok”.

Ketika berada di Sekolah Komuniti Rohinyga MRA

ini, antara aktiviti mereka ialah untuk menyiapkan

tugasan tersebut.

Para pelajar di Sekolah Komuniti Rohingya MRA amat

memerlukan pendedahan sebegini bagi membangunkan

jatidiri mereka disamping dapat meransang mereka un-

tuk menuju kejayaan melalui pendidikan.

Percampuran seperti ini sedikit sebanyak dapat mem-

bantu anak-anak Rohingya ini untuk hidup ber-

masyarakat dan saling tolong menolong sesama

mereka.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SRI

KL International kerana sudi memilih kami untuk

bekerjasama, sekian - terima kasih.

8 LAPANGAN 21-2012

KUNJUNGAN BALAS dari pelajar

SRI KL INTERNATIONAL ke CHERAS BARU

Page 10: LaPANGAN 21

datang lagi Musim Peperiksaan

Tanda penghujung musim persekolahan semakin hampir adalah dengan ber-

mulanya sesi peperiksaan hujung tahun. Sekolah Komuniti Rohinyga MRA

juga tidak terkecuali seperti sekolah-sekolah yang lain dalam mengadakan

peperiksaan akhir tahun bagi mengukur pencapaian akademik setiap anak Ro-

hingya yang hadir mengikuti kelas yang telah diadakan.

Kefahaman dan pengetahuan anak-anak Rohingya mengenai ilmu dan

matapelajaran yang diajar sepanjang tahun diuji dan dinilai didalam peperik-

saan akhir tahun ini. Seperti anak-anak yang lain juga, mereka turut berdebar-

debar ketika menunggu saat tibanya masa untuk menjawab soalan demi soa-

lan yang diberikan kepada mereka. Semoga anak-anak ini sukses didalam

peperiksaan ini hendaknya.

9 LAPANGAN 21-2012

Page 11: LaPANGAN 21

Perlaksanaan program Bakti Riang Ria MyCORPS

KUNJUNGAN SUKARELAWAN PRIHATIN UIA

Sekumpulan Sukarelawan yang prihatin dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengadakan kun-

jungan ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Kumpulan ini terdiri daripada para pelajar

antarabangsa UIA yang ingin meninjau sendiri kehidupan pelajar Rohingya di sini disamping mengadakan

kajian serta pemantauan mengenai silibus dan kurikulum yang digunakan oleh MRA di sekolah ini.

Sekumpulan sukarelawan dari MYCORPS telah berkunjung ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi mengen-

dalikan program Bakti Riang Ria MyCORPS. Program ini berkonsepkan “fun learning” memberikan peluang

kepada anak-anak pelarian Rohingya untuk berinteraksi sesama mereka disamping mencungkil bakat-bakat lain

yang mereka miliki.

MRA mengalu-alukan komiten dan sokongan yang diberikan oleh MyCORPS dalam membantu komuniti

Rohingya di tanahair. Sokongan moral sebegini amat diperlukan bagi memulihkan serta membina semula jatidiri

bangsa yang semakin terhakis. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa mendatang.

10 LAPANGAN 21-2012

Page 12: LaPANGAN 21

Bengkel Kesukarelaan Tawau

Bowling Amal untuk Kemanusiaan MRA merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat DSJ

Utama Groups dan One Perfect Event Management kerana

berjaya menganjurkan satu kejohanan Bowling Amal pada

3hb November 2012 yang lalu.

Kejohanan ini bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung

Kemanusiaan Rohingya MRA-Utusan Malaysia, telah dilaku-

kan atas dasar peduli dan peka kepada nasib dan kesulitan

yang menimpa penduduk Rohingya di Arakan.

MRA mengalu-alukan pembabitan organisasi dan

syarikat korporat didalam memperjuangkan hak dan

nasib penduduk serta masyarakat tertindas di seluruh

dunia.

Dalam isu Rohingya, MRA telah memberikan bantuan

kepada pelarian Rohingya di Malaysia dan juga di

wilayah Rakhine yang bergolak. MRA dijangka akan

membuka pejabat operasi di Rangoon kelak.

Satu Bengkel Asas Bagi Sukarelawan anjuran secara bersama

Kelab Rakan Muda Tawau - MYCORPS dan MRA telah selamat

diadakan di Bandar Tawau baru-baru ini.

Kehadiran peserta seramai hampir 60 orang juga amatlah meng-

galakkan. Para peserta terdiri daripada para pelajar dan juga ang-

gota badan beruniform yang berada di sekitar Tawau.

MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, beliau telah

berkongsi beberapa input mengenai dunia dan alam ke-

sukarelaan bersama para peserta.

Bengkel ini kemudiannya telah dirasmikan penutu-

pannya oleh YB ADUN Tanjung Batu, Datuk Hajah

Hamisa Saat.

11 LAPANGAN 21-2012

Page 13: LaPANGAN 21

Program yang sudah memasuki siri ke tiga ini

telah berlangsung di Kg. Leryar, Cameron High-

lands menekankan kepada aspek-aspek pemban-

gunan komuniti, kepentingan pendidikan dalam

kehidupan serta beberapa perkara lain yang ber-

sangkut paut dengan kehidupan sehari-harian.

Tumpuan utama dalam program ini ialah mem-

bangunkan jiwa dan ruhani para penduduk yang

telah memeluk agama Islam sebelum ini.

MAHABAH ORANG ASLI 3

Tim Fasilitator

UIAM Kuantan

Program Mahabah Orang Asli

3 (OAMP 3) yang dikendalikan

oleh pasukan Fasilitator UIAM

Kuantan telah berjaya dianjur-

kan dari 20 ke 23hb Oktober

2012 yang lalu. Seramai 58

orang termasuk pegawai pen-

giring telah turut serta didalam

majlis ini.

PROGRAM KHATAN PERDANA MRA KEDAH

MRA cawangan Kedah di bawah kepimpinan Dr. Saifullah

Al Hany dengan kerjasama lebih dari 20 orang SAHABAT

telah berjaya mengendalikan satu lagi program berbentuk

khidmat masyarakat, iaitu program Khatan pada 13hb No-

vember yang baru lalu.

Dalam program ini, seramai 20 orang kanak-

kanak telah selamat dikhatankan oleh pasukan

MRA Kedah. Mana-mana pihak yang ingin

bekerjsama dengan MRA dimasa yang akan

datang amatlah dialu-alukan.

12 LAPANGAN 21-2012

Page 14: LaPANGAN 21

MRA bantu terapi di Psiaku Azra Tim OKU MRA telah berkunjung ke Pusat Penjagaan

Kanak-kanak Spastik di Psiaku Azra yang terletak di Kuala

Lumpur. Kunjungan ini telah diketuai oleh Cik Fauziah

Tahar, Pengurus Sekretariat MRA yang juga pengerusi

kepada sub komiti OKU-MRA. Turut sama dalam kunjun-

gan ini ialah Sukarelawan MYCORPS.

Kunjungan ini juga telah membuka kepada

gerakerja dan perancangan masa akan datang

yang lebih konkrit dan menyeluruh. MRA akan

bekerjasama dengan lebih erat lagi bersama

pengurusan dan tim pengajar di pusat jagaan

ini.

13 LAPANGAN 21-2012

INTERAKSI ibu dan anak menjadi lebih mesra dan ceria

Page 15: LaPANGAN 21

Menjenguk Pos Bersih Meneruskan Ziarah bagi mengeratkan Ukhuwah

Sekumpulan SAHABAT MRA yang dipimpin oleh Sdr.

Johari Kan Abdullah telah berkunjung ke Pos Bersih yang

terletak di Slim River, Perak.

Menjenguk adik-adik dan komuniti Orang Asli disini

adalah rutin yang kami lakukan setiap bulan, kami akan

memastikan ziarah dilakukan secara berterusan supaya

hubungan yang erat sentiasa terjalin diantara kami dan pen-

duduk setempat.

Dalam kunjungan kali ini, pelbagai aktiviti bersama pen-

duduk dan anak-anak mereka telah berjaya dilaksanakan.

Antara aktiviti tersebut ialah pertandinga mewarna, bersu-

kan, mengosok gigi (kebersihan diri) dan lain-lain lagi.

SAHABAT MRA yang hadir juga dapat menimba pen-

galaman berinteraksi secara langsung bersama penduduk

disini, menjadikan mereka lebih bersemangat untuk turun

lagi.

14 LAPANGAN 21-2012

SAHABAT MRA dalam sesi melukis bersama anak-anak di Pos Bersih dalam kunjungan ini

Page 16: LaPANGAN 21

Dua orang wakil MRA (Tn. Hj. Shirajuddin

Sirat, Penolong Setiausaha Agung dan

M.Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif) telah

turut serta dalam satu persidangan anjuran ISIS

yang membincangkan tentang masa depan dan

perlaksanaan proses damai yang digerakkan oleh

Malaysia.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari

pelbagai organisasi dan Kerajaan, termasuk dari

negara-negara ASEAN, Timur Tengah dan EU.

Pelan Damai Mindanao ini memerlukan sokon-

gan dari semua pihak bagi memastikan kejayaan

perlaksanaanya seterusnya menjadikan rantau

tersebut aman dan damai serta dapat memberikan

kehidupan yang lebih baik kepada penduduk

setempat.

PERLANTIKAN YANG BERBAHAGIA

DATO DR ABDUL RAZAK BIN KECHIK

PRESIDEN, MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)

SEBAGAI

PANEL PENASIHAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

TAHNIAH DAN SYABAS

IKHLAS daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah MRA,

Jawatankuasa Kerja Pusat MRA, Jawatankuasa Kerja Negeri

MRA, Pejabat Lapangan MRA, Staf Sekretariat MRA,

SAHABAT MRA dan seluruh kerabat MRA.

Sdr. Aung Naing Win @ Shahid, Koordinator

MRA bagi Myanmar telah mewakili MRA di-

dalam satu persidangan yang diadakan bersem-

pena dengan ASEAN Summitt yang berlang-

sung di Phnom Penh, Cambodia baru-baru ini.

Persidangan yang dikenali sebagai ASEAN

People Forum / ASEAN Civil Society Confer-

ence ini telah mengadakan 14 bengkel mem-

bincangkan pelbagai isu dan perkara berkaitan

ASEAN dan negara anggotanya.

Sdr. Aung Naing Win telah berkesempatan

menyampaikan ucapan pada sesi pembukaan

dan juga menjadi Pengerusi bagi Persidangan

tersebut pada hari kedua. Tahniah diucapkan

kepada MRA Myanmar.

15 LAPANGAN 21-2012

Page 17: LaPANGAN 21

QURBAN TERBAIK

1433H

8 negara

617 bahagian

64 kambing

76 lembu

3 unta

MENERUSKAN SILATURAHIM

MERAPATKAN UKHUWAH Kempen Qurban Terbaik 1433 MRA berjalan

dengan baik dan Alhamdulillah mendapat pen-

ingkatan berbanding dengan jumlah bahagian

yang diterima pada tahun lalu (1432).

Sambutan orangramai kepada program Qurban

Terbaik MRA semakin meningkat dan kami

perlu memastikan sokongan ini berterusan buat

tahun-tahun yang mendatang.

MRA mengucapkan kesyukuran kehadrat

ALLah SWT kerana masih terus diberikan

kepercayaan oleh banyak pihak bagi meng

gendalikan serta melaksanakan ibadah Qurban

bagi pihak mereka.

Tahun ini, program Qurban Terbaik 1433 telah berjaya

dilakukan di enam buah negara seperti berikut:-

A. Pakistan

B. Afghanistan

C. Sri Lanka

D. Mesir

E. Thailand

F. Myanmar

Operasi penyembelihan dan pengagihan daging-

daging qurban sepanjang program Qurban Terbaik

1433 berlangsung berjalan lancar dikesemua lokasi

yang telah ditetapkan.

16 LAPANGAN 21-2012

Page 18: LaPANGAN 21

Qu

rban

Te

rbai

k 1

433

- S

isip

an Is

tim

ew

a

QURBAN TERBAIK 1433 SRI LANKA

Kunjungan yang dilakukan oleh Dato Dr.

Abdul Razak Kechik bersama Sdr. Mohd

Iqbal Abu Bakar ke Sri Lanka baru-baru ini

telah menambahkan lagi rangkaian kerja

MRA disana. Hubungan yang lama dipererat

dan hubungan baru terus dimeterai, begitulah

semangat kami bekerja didalam organisasi

bantuan kemanusiaan.

MRA berkat sokongan orang ramai telah ber-

jaya melaksanakan Qurban Terbaik 1433

dengan jayanya di Sri Lanka.

Sebanyak 40 ekor lembu telah selamat dis-

embelih dan diagih-agihkan dagingnya

kepada penduduk setempat di empat buah

wilayah yang memerlukan iaitu di Kanthalai,

Thopur, Morthuur dan Irakakandy.

MRA terlibat dengan program pembaikan

dan pembangunan semula Masjid yang mus-

nah akibat perang, juga program pertanian

organik dan pembangunan komuniti di kawa-

san yang pernah dilanda perang sebelum ini.

17 LAPANGAN 21-2012

Page 19: LaPANGAN 21

Qu

rban

Te

rbai

k 1

433

- S

isip

an Is

tim

ew

a

QURBAN TERBAIK 1433

SELATAN THAI, THAILAND

Malaysian Relief Agency (MRA)

meneruskan misi Qurban Terbaik di

Selatan Thai dengan bekerjasama den-

gan beberapa buah organisasi tempatan

disana.

Tahun ini sebanyak 10 ekor lembu te-

lah berjaya disumbangkan ke wilayah

bergolak ini.

Proses menyembelih dan mengagihkan

daging-daging Qurban ini kepada

mereka yang memerlukan telah dilaku-

kan oleh penduduk setempat dengan

kerjasama organisasi yang telah dipilih

oleh MRA.

MRA mengucapkan ribuan terima

kasih kepada para penyumbang Qurban

kerana tidak melupakan wilayah Sela-

tan Thailand yang masih memerlukan

sokon-

18 LAPANGAN 21-2012

Page 20: LaPANGAN 21

Qu

rban

Te

rbai

k 1

433

- S

isip

an Is

tim

ew

a

SOMALIA tetap didalam senarai Qurban MRA dan

tidak dilupakan dalam Qurban tahun ini. Sejumlah 3

ekor unta telah berjaya disembelih dan diagih-agihkan

kepada para penduduk setempat yang serba kesusahan,

yang masih belum pulih sepenuhnya dari krisis kebulu-

ran, kemarau dan ketidaktentuan politik yang berlaku.

Dengan kerjasama NGO tempatan, YAHAN NET-

WORKS, MRA telah berjaya mengatur Qurban

Terbaik 1433 Somalia dengan sebaik mungkin.

Daging-daging Qurban pada tahun ini telah diagih-

agihkan kepada para pelarian dalaman yang telah

dikenalpasti menghuni beberapa petempatan di

Garowe, Puntland.

MRA secara teknikalnya masih beroperasi di Punt-

land, Somalia dan telah mengenalpasti dan bercadang

untuk membangunkan projek pembekalan air bersih

kepada kawasan yang memerlukan dalam tahun 2013

kelak.

QURBAN TERBAIK 1433 Bossaso, Puntland, Somalia

19 LAPANGAN 21-2012

Page 21: LaPANGAN 21

Qu

rban

Te

rbai

k 1

433

- S

isip

an Is

tim

ew

a

QURBAN TERBAIK 1433 Komuniti Rohingya Cheras Baru

Nasib para pelarian Rohingya di Malaysia terus mendapat

perhatian dan dibela. Komuniti Rohingya yang menetap di

Cheras Baru telah menerima sumbangan seekor lembu dari

MRA bagi memeriahkan sambutan Aidil Adha tahun ini.

Segala aktiviti menyembelih, melapah, mengurus serta

mengagihkan telah dilakukan oleh komuniti tersebut

sendiri.

Pelarian Rohingya merupakan penduduk asal di

Arakan (Rakhine), Myanmar yang terpaksa me-

larikan diri dari kekejaman dan keganasan serta

ketidak adilan yang dilakukan terhadap mereka.

Mereka yang berada di Malaysia mendapat per-

lindungan dan diberikan status pelarian oleh

UNHCR.

20 LAPANGAN 21-2012

Page 22: LaPANGAN 21

Qu

rban

Te

rbai

k 1

433

- S

isip

an Is

tim

ew

a

Agak sukar untuk melaksanakan Qur-

ban di sini pada mulanya kerana

situasi setempat yang masih belum

pulih sepenuhnya. Keselamatan di

lapangan masih tidak dapat dijamin

malah tambah memburukkan lagi ia-

lah berlakunya rusuhan kali kedua di

seluruh wilayah Rakhine.

Rusuhan kali kedua ini turut melibat-

kan etnik Kaman dan ianya dikata-

kan berlaku pada skala lebih besar

dari rusuhan kali pertama tempohari.

Rusuhan kali ini turut melarat se-

hingga ke Mandalay dan Kachin, ke-

lihatan lebih teratur dan lebih teran-

cang daripada yang pertama.

Dalam suasana serba tidak menentu

itu, Alhamdulillah MRA masih dapat

menyempurnakan ibadah Qurban

yang telah diniatkan oleh para

penyumbang dari Malaysia dan dag-

ing-dagingya telah dapat diagih-

agihkan ke kawasan-kawasan yang

memerlukan disekitar Sitwe.

Kami juga terpaksa mengadakan penyembelihan di waktu

malam kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu

ketika itu.

MRA akan menumpukan program bekalan makanan dan pro-

gram kesihatan di daerah Sitwe dalam masa terdekat ini dan

meninjau potensi bantuan didalam sektor-sektor lain se-

kiranya diperlukan. MRA berharap orangramai tidak melu-

pakan Rohingya ditengah kehangatan isu-isu lain.

QURBAN TERBAIK 1433 Sitwe, Rakhine, Myanmar

21 LAPANGAN 21-2012

Page 23: LaPANGAN 21

LAPANGAN ialah E-Majallah

yang d iterbitkan o leh

Malaysian Relief Agency bagi

melaporkan kepada SAHABAT

MRA, masyarakat dan media

mengenai kegiatan yang di

kendalikannya dengan tujuan

bagi menyemarakkan lagi

aktiviti berteraskan bantuan

kemanusiaan di kalangan

rakyat Malaysia.

Sifat terpuji pesan memesan

Tambah pahala kurangkan dosa

Bertolong Bantu sesama insan

Hidup Mulia Mati Berjasa

ANTARA PESERTA KHATAN MRA KEDAH… melangkah ke alam dewasa, sedikit pedih tetapi itulah hakikat kehidupan yang

harus ditempuhi, syabas!