lapangan 20

22
LAPANGAN TERUS MENYANTUNI ORANG ASLI Dari kiri: En. Lim Yau Seong, Ketua Operasi Malaysia, En. Lim Khiang Tong, Ketua KuOperasi dan Teknologi Kumpulan, En. Johari Kan, En. Denis Malone, Ketua Operasi Kumpulan, Guru Besar SRK Pos Raya dan En. Mohd Shahrulazilan Lapangan20-2012 Kunjungan Presiden MRA ke Sri Lanka, Pakistan & Afghanistan Projek Pendidikan & Pam Air di Pakistan Jelajah Misi Kemanusiaan Rohingya

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 26-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 20

LAPANGAN

TERUS MENYANTUNI

ORANG ASLI

Dari kiri: En. Lim Yau Seong, Ketua Operasi Malaysia, En. Lim Khiang Tong, Ketua

KuOperasi dan Teknologi Kumpulan, En. Johari Kan, En. Denis Malone, Ketua

Operasi Kumpulan, Guru Besar SRK Pos Raya dan En. Mohd Shahrulazilan

Lapang

an 20-2

012

Kunjungan Presiden MRA ke Sri Lanka,

Pakistan & Afghanistan

Projek Pendidikan & Pam Air di Pakistan

Jelajah Misi Kemanusiaan Rohingya

Page 2: LaPANGAN 20

Berkongsi dengan masyarakat dunia

Malaysian Relief Agency (MRA) se-

makin mendapat banyak permintaan

untuk mengisi slot-slot jemputan di

luar negara bagi berkongsi pengala-

man dan pengetahuan yang kami

miliki dalam banyak perkara.

Justeru, kami berpendapat, sudah

sampai masanya untuk MRA tampil

beraksi dipentas advokasi melalui

forum-forum dan seminar-seminar di

peringkat antarabangsa bagi tujuan

berkongsi pengalaman dan pengeta-

huan yang kami miliki.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik selaku

Presiden MRA telah diminta untuk

menggalas tugasan yang agak berat

ini. Masyarakat dunia sedang melihat

Malaysia sebagai sebuah negara con-

toh yang membangun dengan baik

dan pesat, dengan penduduk yang

berbilang agama dan bangsa, tanpa

ada sebarang prejudis pada jantina,

Malaysia mempunyai resepi kejayaan

yang ingin dipelajari oleh negara lain.

Ada sesuatu yang boleh dipelajari

dari kita.

Bagaimana MRA boleh bergerak di pering-

kat antarabangsa tanpa sebarang payung

dari mana-mana gabungan atau rangkaian

kerjasama? Tanpa jaringan yang “power”

apatah lagi kabel yang besar! Namun, Al-

hamdulillah kami masih dapat berperanan

dan terus mengangkat nama Malaysia di

persada dunia. Inilah kelebihan bekerja se-

cara sinergi, istiqamah dan sebagai satu

pasukan.

Kaedah yang digunapakai oleh MRA se-

masa perlaksanaan misi-misi bantuannya

sebelum ini amatlah memberikan kesan

yang positif. Kaedah “capacity building”

yang kami gunakan memberikan pulangan

yang berbaloi kini apabila NGO ataupun

organisasi yang bergerak dan bekerja ber-

sama-sama kami ketika sesuatu operasi

dulu, kini menjadi semakin stabil dan maju,

membolehkan mereka merangka dan meran-

cang pelbagai program dan projek-projek

lain yang membantu masyarakat setempat.

Hubungan yang erat sentiasa kami pelihara

walaupun bencana telah lama berakhir.

MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan

PENGARAH LATIHAN

& PENGEMBANGAN

En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH

PENGUMPULAN DANA Cik Sheerin Begum

PENGARAH

PEMBERDAYAAN EKONOMI

Dr. Hyan Yusoff

PENGARAH BANTUAN

KECEMASAN & LOJISTIK

Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

Dato Dr. Abdul Razak Kechik turut berkongsi

pandangan dan idea bersama NGO Afghanistan

Page 3: LaPANGAN 20

INTERNATIONAL INTERFAITH CONFERENCE

Perang Saudara Sri Lanka diziarahi lagi apabila sebuah

Persidangan Antarabangsa silang kepercayaan mengenai

penempatan semula para pelarian dalaman Sri Lanka telah

diadakan di Colombo baru-baru ini. Persidangan ini telah

dihadiri oleh wakil-wakil organisasi dari pelbagai latarbe-

lakang dan dari pelbagai buah negara.

Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dato’ Dr.

Abdul Razak bin Kechik telah dijemput untuk turut serta

didalam persidangan ini yang dianjurkan dengan kerjasama

Kerajaan Sri Lanka dan sebuah pertubuhan NGO berpeng-

kalan di Bangkok, Thailand iaitu Asia Muslim Action

Network (AMAN).

Pemergian Dato’ Dr. Abdul Razak turut diringi

oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus

Operasi MRA dalam kunjungan ini yang ber

tindak sebagai Setiausaha dan pembantu Dato’

disepanjang lawatan beliau nanti.

Persidangan ini antara lain berhasrat untuk men-

capai penyelesaian tuntas dan menyeluruh bagi

mengatasi kemelut pelarian dalaman yang

semakin parah dan meruncing.

MRA telah turut dibawa ke lapangan untuk men-

injau keadaan dan suasana sebenar yang dialami

oleh para pelarian dalaman Sri Lanka. Banyak

perkara yang memerlukan tumpuan susulan serta

tindakan segera bagi memastikan penduduk yang

kini menjadi pelarian mendapat pembelaan dan

layanan yang sewajarnya.

Di kesempatan ini juga, Dato’ telah berjaya

mengadakan beberapa siri kunjungan dengan

beberapa organisasi bagi merapatkan

silaturrahim dan kerjasama dikalangan mereka.

kunjungan hormat ke Suruhanjaya Tinggi

Malaysia di Colombo

bertemu TYT Azmi

Zainuddin

ON RESETTLEMENT SRI LANKA IDP

Dato Dr. Abdul Razak Kechik berkongsi pan-

dangan dengan ahli-ahli persidangan yang lain

LaPANGAN 20 - 2

Page 4: LaPANGAN 20

Persidangan antarabangsa ini turut mengundang

ramai cendikiawan dan ulamak dari dalam dan luar

negara bagi menyuarakan pandangan mereka terha-

dap isu hak asasi manusia dan wanita.

Penceramah dalam Persidangan ini datang dari Me-

sir, Indonesia, Iran dan Malaysia, manakala para

peserta pula terdiri daripada para imam, aktivis or-

ganisasi wanita, individu serta cendikiawan yang

berminat untuk mendapatkan pandangan dari dunia

luar mengenai isu ini.

Persidangan yang mengambil masa lebih dari 3 hari

ini telah menghimpun sejumlah 60 orang imam dari

seluruh wilayah Afghanistan serta 100 orang wakil

dari pelbagai organisasi dan pertubuhan wanita, ini

tidak termasuk individu yang datang untuk terlibat

sama.

MRAtelah diminta untuk berkongsi bersama para

peserta persidangan mengenai kejayaan Malaysia

dalam proses penerapan nilai-nilai Islam dikalangan

penduduknya yang berbilang kaum dan agama

tanpa sebarang elemen keganasan dan paksaan.

CONFERENCE ON HUMAN AND WOMEN RIGHTS FOR AFGHAN IMAMS

Tidak tamat dengan persidangan di Sri Lanka, Dato’ Dr.

Abdul Razak bin Kechik, Presiden MRA telah bergegas

ke Kabul, Afghanistan sebagai penceramah didalam se-

buah lagi persidangan “Conference on Human and

Women Right for Afghans Imam” di Kabul yang mem-

bicarakan tentang hak asasi manusia dan hak asasi

wanita. Persidangan yang dianjurkan pada 15hb Okto-

ber 2012 ini merupakan yang pertama seumpamanya

dalam membicarakan hak asasi manusia dan wanita dari

sudut perspektif Islam di Afghanistan.

Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik adalah salah seorang daripada ahli panel yang dibawa dari luar Afghanistan

bagi berkongsi pengalaman bersama mereka

Bergamber bersama JK Penganjur Persidangan

LaPANGAN 20 - 3

Page 5: LaPANGAN 20

PAKISTAN

SEKOLAH rendah DI BATAGRAM

Sumbangan untuk anak-anak yatim

Kunjungan ahli-ahli MYCORPS yang diselia oleh MRA ke kawasan ini

dalam bulan April yang lalu telah membuahkan hasil yang cukup baik

dan amat memberangsangkan. Sekolah ini yang agak daif sebelumnya

telah mendapat “sentuhan” dari tim MYCORPS.

Beberapa kelengkapan kelas seperti kerusi

dan papan hitam telah disumbangkan oleh

MYCORPS kepada sekolah tersebut. Sebuah

kelas juga telah dibaiki dan dicat agar keli-

hatan ceria dan segar, sesuai untuk suasana

pembelajaran.

Melalui sumbangan orangramai, pihak MYCORPS telah

berjaya menaja peralatan persekolahan untuk 3 orang

anak yatim. Mereka ini berasal dari perkampungan

Shamlai yang terletak didalam daerah Battagram, Paki-

stan.

Tiga orang anak yatim yang ditaja ini terdiri daripada dua

orang lelaki - Attif Khan Attai Khan dan Noshad Talib

Muhammad serta seorang perempuan - Nazia Sher Alam.

Tajaan ini meliputi sebuah beg sekolah, buku-

buku, alatulis, kit untuk hygiene dan pakaian

seragam sekolah.

Sumbangan kecil ini amat dihargai oleh ketiga-tiga

anak yatim yang menerimanya. Mereka amat ber-

harap agar usaha berterusan untuk membantu

mereka yang didalam kesukaran dapat dilakukan

oleh MRA secara berterusan.

LaPANGAN 20 - 4

Page 6: LaPANGAN 20

PAM AIR “MyCORPS 1701”

PAM AIR yang didaftarkan dibawah nama MY-

CORPS 1701 ini telah dibina di perkampungan

Ghara Kikri yang terletak dibawah pentadbiran Ma-

jlis Bandaran Mausa Zai Sharif dan termasuk di-

dalam Dir Ismail Khan. Pam ini telah dikorek se-

hingga sedalam 420 kaki untuk mendapatkan air

bersih.

Sebanyak 80 buah isirumah yang dianggarkan berjum-

lah hampir 610 orang penduduk akan mendapat manfaat

daripada pembinaan pam air ini. Dengan menggunakan

kaedah “community engagement” kadar hayat sesuatu

projek seperti pam air ini dapat dilanjutkan kerana

masyarakat setempat beranggapan pam air ini adalah

milik mereka bersama dan harus dipelihara sebaiknya.

LaPANGAN 20 - 5

Page 7: LaPANGAN 20

PAM AIR “MyCORPS 1702”

PAM AIR MYCORPS 1702

ini dibangunkan di perkam-

pungan Mohallah Kumaran

Wala yang terletak didalam

pentadbiran Shorkot dalam

wilayah Dir Ismail Khan.

Perigi yang berkedalaman

240 kaki ini bakal memberi-

kan faedah kepada 450 pen-

duduk yang terdiri daripada

40 buah isi rumah.

Men gek a lkan k aedah

“community engagement”

pembinaan pam ini dibiayai

oleh MYCORPS manakala

tenaga kerja pula dibekalkan

oleh penduduk setempat.

Masing-masing punya tang-

gungjawab.

LaPANGAN 20 - 6

Page 8: LaPANGAN 20

PAM AIR ini didaftarkan sebagai

MyCorps 1703 dan terletak di per-

kampungan Shor Kot di dalam daerah

Der-Ismail-Khan.

Dibina pada kedalaman 270 kaki,

bekalan air dari pam ini dapat

menampung keperluan kepada lebih

dari 590 orang individu yang terdiri

dari kira-kira 80 buah isirumah.

Projek ini telah dilaksanakan atas

prinsip “community engagement”

yang melibatkan kerjasama dian-

tara penyumbang dan komuniti

penerima sumbangan. Penyum-

bang menghulurkan bantuan dalam

bentuk dana manakala komuniti

penerima menyediakan tenaga

kepakaran bagi membina pam air

tersebut.

PAM AIR “MyCORPS 1703”

LaPANGAN 20 - 7

Page 9: LaPANGAN 20

Membangun Dewan Komuniti KEDUA

Sebuah lagi Dewan Komuniti MRA sedang

dalam pembinaan di Kg. Pos Slim,

Kepayang.

Dewan ini bakal menjadi dewan komuniti

kedua MRA selepas Dewan Komuniti

MRA yang terletak di Pos Bersih, Slim

River.

Dewan ini dilengkapi dengan beberapa

buah bilik termasuk kemudahan tandas dan

bakal berfungsi sebagai Dewan Komuniti

bagi penduduk setempat untuk men-

jalankan pelbagai aktiviti seperti perkahwi-

nan, mesyuarat pertemuan serta kelas-kelas

tertentu.

Pembinaan dewan ini mendapat tajaan

daripada sebuah bank yang prihatin dan

peka kepada nasib masyarakat orang asli. TIM MRA dan OCBC meninjau tapak projek

TIM MRA bersama Tok Batin Alang dan pembantunya

LaPANGAN 20 - 8

Page 10: LaPANGAN 20

SIRI JELAJAH MISI KEMANUSIAAN ROHINGYA BERMULA DARI MASJID ABIDIN, KUALA TERENGGANU

MRA telah memulakan siri Jelajah Misi Kemanusiaan Ro-

hingya yang bertujuan untuk memberikan maklumat

kepada massa mengenai isu ini secara jelas dari perspektif

MRA dengan program pertamanya bermula di sebuah

masjid di Terengganu, satu permulaan yang cukup signifi-

kan terhadap isu Rohingya.

Masjid Abidin yang juga Masjid Negeri Tereng-

ganu telah tampil memberikan ruang pada MRA

untuk berkongsi pengalaman dan aktiviti yang

dilakukan di Arakan bersama para makmum dan

penduduk yang hadir pada hari Khamis malam

Jumaat tersebut.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan

Masjid juga begitu membanggakan dan MRA

amat terharu dengan kesungguhan yang telah di-

tunjukkan, semoga ini bukanlah kerjasama yang

terakhir diantara kedua belah pihak. Terima kasih

penduduk Kuala Terengganu.

Bersama Ust. Wan Hazim Al Shoubrawy

dan tim pengurusan Masjid Abidin

LaPANGAN 20 - 9

Page 11: LaPANGAN 20

OCBC laksana CSR bersama MRA

di Pos Ulu Slim, Simpang Pulai SATU pasukan staf OCBC dari Fraud Depart-

ment, Malaysia dan Singapura yang diketuai

oleh Timbalan Pengarah Operasi OCBC telah

terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke

Pos Ulu Slim, Simpang Pulai, Perak Darul

Ridzuan.

Lebih dari 70 orang kakitangan telah terlibat

dalam misi bantuan yang mengambil masa se-

lama dua hari. Mereka telah turut sama terli-

bat dengan kerja-kerja asas pembinaan Dewan

Komuniti .

Kerja yang rumit menjadi ringan apabila se-

mua yang hadir menggulung lengan membantu

melaksanakan tugasan yang melelahkan. Pengetua Sek.Keb. Pos Raya turut sama memeriahkan majlis

OCBC BOLEH! Kakitangan OCBC yang terlibat dalam projek CSR bersama

MRA bergambar ramai sebelum program bermula

LaPANGAN 20 - 10

Page 12: LaPANGAN 20

Dinding telah dinaikkan dan kerja pemasangan bumbung

sedang diusahakan dalam waktu yang singkat

SAHABAT MRA dari pelbagai peringkat umur turut hadir

memberikan sokongan dan bantuan pada hari tersebut

Dinding telah dinaikkan dan kerja pemasangan bumbung

sedang diusahakan dalam waktu yang singkat

Kenderaan rasmi MRA yang ditaja oleh Proton terus berjasa dalam kerja-

kerja bantuan kemanusiaan dan projek kesihatan yang kami lakukan.

Dr. Shahrizal Azwan, Pengarah Perubatan MRA turut hadir membantu

perjalanan program bersama penduduk setempat pada hari tersebut.

LaPANGAN 20 - 11

Page 13: LaPANGAN 20

Kerja-kerja asas un-

tuk membangunkan

Dewan Komuniti ini

semuanya telah dila-

kukan oleh kakitan-

gan OCBC yang

hadir. Menyusun

bata dan menyimen

bata termasuk mer-

atakan lantai telah

dilakukan secara

teliti oleh mereka

yang terlibat. Cuaca pada hari ini juga

amatlah baik, nyaman

dan segar. Matahari ti-

daklah terlalu terik mem-

bakar mereka yang

bekerja.

Semangat kerjasama

yang ditunjukkan amat

membanggakan dan nilai

inilah yang mahu diton-

jolkan kepada penduduk

setempat agar dapat di-

jadikan sebagai iktibar.

SAHABAT MRA dan SUKARELAWAN

OCBC berganding bahu

Mr Lim Khiang Tong, Head of Group Operations & Technology;

Mr Lim Yau Seong, Head of Operations Malaysia

LaPANGAN 20 - 12

Page 14: LaPANGAN 20

Kehadiran tim OCBC ini mendapat sambu-

tan yang amat menggalakkan dari murid-

murid menurut Guru Besar. Kata beliau lagi,

selalunya pada hari persekolahan biasa, ke-

hadiran adalah sekitar 90% sahaja tetapi hari

ini jumlahnya menghampiri 97%, malah

mereka yang kaki tuang juga tidak melepas-

kan peluang untuk bersama-sama meraikan

kehadiran tim dari OCBC ini.

Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh se-

mua pihak yang hadir untuk merayu kepada

anak-anak orang asli agar sentiasa kuat se-

mangat, bersungguh-sungguh dalam pela-

jaran dan kurangkan ponteng. Ilmulah sahaja

yang dapat membawa mereka keluar dari

suasana kehidupan yang mereka lalui pada

hari ini.

Kelapangan masa yang ada telah digunakan

sebaik-baiknya oleh Hj. Hani Yang Kassim, SU

MRA Perak untuk menziarahi penduduk Orang

Asli di perkampungan berhampiran, Kampung

Padang Lalang.

Kami telah berjaya menyerahkan beberapa

kampit beras bersama barangan asas yang diper-

lukan kepada para penduduk.

Encik Denise Malone, Ketua Operasi

Kumpulan, sedang mengagihkan

hadiah kepada adik-adik yang hadir

Sahabat MRA dan staf OCBC cepat mesra

Encik Denise Malone, Ketua Operasi

Kumpulan, menyampaikan ucapannya

LaPANGAN 20 - 13

Page 15: LaPANGAN 20

Misi Kemanusiaan Rohingya meneruskan

JELAJAH NEGERI KEDAH 6-9 Oktober 2012: ALOR SETAR / POKOK SENA/ SUNGAI PETANI / GURUN

Misi Jelalah Misi Kemanusiaan Rohingya diteruskan lagi

dengan tumpuan kali ini adalah di Negeri Kedah Darul

Aman. Program ini telah diatur oleh tim MRA KEDAH

yang berkerja keras memastikan kejayaan misi jelajah ini.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi MRA Kedah, Dr. Sai-

fullah Hany, SU Kerja MRA Kedah, Puan Ramlah dan SA-

HABAT MRA Kedah yang bersama sepanjang misi jelajah

ini berlangsung.

Jelajah ini bermula dengan sesi pertama pada malam 6hb Ok-

tober iaitu pertemuan bersama SAHABAT MRA Kedah ter-

lebih dahulu. Berkongsi dan memaklumkan kepada mereka

mengenai gerakerja MRA di Sitwe, Arakan. Kami berkongsi

maklumat tentang apa yang berlaku di Myanmar, harapan,

halangan dan masa depan yang ada untuk penduduk Rohin-

gya yang menjadi mangsa utama dalam konflik ini.

Jelajah ini akan berada di Sungai Petani - Alor Setar - Pokok

Sena dan Gurun. Pelbagai organisasi dan institusi akan kami

lawati dalam misi ini. Semoga ianya akan dapat memberikan

manfaat terbaik sepanjang misi ini berjalan.

Ketika di Alor Setar, kami telah memberikan

taklimat kepada murid-murid SERI ABIM di

Jalan Langgar, Alor Setar. Kami berkongsi

berita duka mengenai kanak-kanak sebaya

mereka yang kini sedang dalam ketakutan ker-

ana telah terkepung serta tidak dapat ke seko-

lah sejak Jun 2012 yang lau.

Kami menceritakan tentang bagaimana sebuah

sekolah di Kem Takebyin kni menjadi tempat

pelarin menumpang teduh dan bermalam ker-

ana rumah mereka telah hangus terbakar.

Kami juga menerima permintaan Qurban dari-

pada para guru di situ untuk dilaksanakan di

Myanmar. Inilah yang dikatakan persaudaraan

muslim yang sebenar.

Anak-anak murid SRI ABIM Alor Setar

sedang mendengar taklimat mengenai

kemelut Rohingya

Budaya menyumbang subur disini

Bersama guru SRIAS yang banyak membantu

LaPANGAN 20 - 14

Page 16: LaPANGAN 20

Selepas berkongsi maklumat di SERI ABIM Alor Setar,

kami menuju ke Maahad Tarbiah Islamiah Dehrang yang

diasaskan oleh Almarhum Al Fadhil Tuan Guru Ust.

Ni’mat Yusoff. Disini kami disambut oleh para pelajar

lelaki dan perempuan serta tenaga pengajar Maahad yang

mengikuti perkembangan kemelut Rohingya dengan cu-

kup baik sekali. Tahap kepedulian mereka terhadap isu

umat Islam amat tinggi sekali.

Disebelah malam, kami bersolat Maghrib di Masjid Al

Muhsinin, Kg. Raja, Jalan Kuala Ketil. Majlis dimulakan

sejurus selepas itu. Masjid ini merupakan sebuah masjid

yang aktif dan hidup. Pihak pengurusan Masjid membuka

pejabat pentadbiran sehingga lewat malam bagi melayan

anak kariah yang datang dengan segala macam urusan,

dari yang ingin mendapat pengesahan sijil, memohon as-

naf miskin termasuk urusan nikah kahwin dan juga uru-

san kematian.

Kami turut berjaya mengendalikan Majlis Pen-

erangan Misi Kemanusiaan Rohingya di Ba-

hagian Ortopedik, Hospital Sultan Abdul

Halim, Sungai Petani, Kuala Lumpur. Sesi ini

telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Ortopedik

Hospital Sultan Abdul Halim, Dr. Vijay . Turut

hadir ialah Doktor-Doktor Pakar, Pegawai-

pegawai Perubatan, Jururawat dan kakitangan

Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Abdul

Halim, Sungai petani. Kami berkongsi pen-

galaman dan harapan kami mengenai konflik

ini, terutamanya dari segi kesihatan dan pe-

rubatan. Kami mendapat maklumbalas yang

luarbiasa, pelbagai soalan diajukan dan kami

dengan senang hati menjawab segala yang

dikemukakan.

Kesempatan berada di Sungai Petani terus di-

manfaatkan dengan mengatur pertemuan den-

gan SRI ABIM Sg. Petani. Satu sesi peneran-

gan kepada guru-guru dan murid yang masih

berada di sekolah telah diadakan. Sambutan

yang diberikan amat mesra dan baik sekali.

LaPANGAN 20 - 15

Page 17: LaPANGAN 20

Masih lagi di Sungai Petani, malam seterusnya,

seperti yang telah diaturkan. Kami bersolat di

Masjid Padang Temusu. Masjid yang indah dan

besar, kehadiran makmum yang ramai, menggam-

barkan betapa hidup dan “subur”nya Masjid ini

dalam aktiviti hariannya. Kami terus berkongsi

mengenai interaksi kami bersama penduduk

Sitwe terutamanya yang berada di Aung Mingalar,

yang sehingga kini masih lagi terkepung sejak Jun

2012 yang lalu.

Jadual yang diatur oleh MRA Kedah walaupun tidak

terlalu ketat tetapi tetap padat. Kali ini kami bergerak

ke kaki Gunung Jerai menuju Gurun. Lokasi kali ini

ialah Kilang Pemasangan kenderaan NAZA Automotive

Manufacturing yang lebih dikenali oleh orang setempat

sebagai NAM.

Disini, kami telah menyampaikan taklimat dan peneran-

gan mengenai Misi Kemanusiaan Rohingya secara ter-

perinci, kemana, bagaimana, bila, berapa dan siapa yang

terlibat di dalam kemelut yang semakin membarah ini.

garismasa Tim MRA semasa operasi di Garowe, Puntland, Somalia - 2011

LaPANGAN 20 - 16

Page 18: LaPANGAN 20

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kerjasama ini akan

dikembangkan dari semasa ke semasa kepada lain-lain per-

satuan atau organisasi yang berminat untuk bergabung den-

gan ketiga-tiga pihak tersebut dalam melaksanakan aktiviti-

aktivitinya. Memorandum tersebut ditandatangani oleh A

Ahmad Rasis Razali, Pengarah AQM; Mohd Faiz Mohd Yu-

sop, YDP ABIM Mesir; dan Shirajuddin Sirat, Ahli Lembaga

Pemegang Amanah MRA. Sesungguhnya keterlibatan para

pelajar dalam kerja-kerja amal ini merupakan satu pendeda-

han dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan bagi mengha-

dapi masyarakat dan alam kerjaya kelak.

Kaherah, 11 Oktober 2012 – Alhamdulillah, satu

Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh

Akademi Al-Qur’an – Medic Malaysia (AQM), Ang-

katan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Mesir

dan Malaysian Relief Agency (MRA) bagi menyatakan

hasrat untuk bersama dalam kerja-kerja amal di Mesir.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah untuk

merancang dan melaksanakan program-program yang

bermanfaat untuk pelajar dan komuniti di Mesir dalam

bentuk latihan secara teori dan praktikal serta kerja di

lapangan.

Memeterai Memorandum Persefahaman

ABIM-AQM-MRA

Biro Perubatan MRA telah bekerjasama dalam

menaja program Mahabbah Orang Asli kali ke

-3 yang diadakan di Kampung Leryar, Cam-

eron Highlands, Pahang dibawah kendalian

penuntut jurusan perubatan Universiti Islam

Antarabangsa (UIA) Pahang. Kerjasama ini

telah terjalin sejak ianya dianjurkan kali per-

tama dahulu.

Usaha sebegini pastinya dapat melatih para

penuntut untuk terlibat secara langsung dalam

program pembangunan komuniti bersama

masyarakat setempat disamping turut dapat

merapatkan ukhuwah dan kerjasama dikalan-

gan mereka.

OA MAHABBAH PROGRAM 3

LaPANGAN 20 - 17

Page 19: LaPANGAN 20

MESYUARAT PELAN TRANSISI PROGRAM MALCON-ISAF AFGHANISTAN DENGAN NGO MALAYSIA

MRA telah terlibat dalam sebuah Mesyuarat

Pelan Transisi yang digerakkan oleh Kor Ke-

sihatan ATM bagi memberikan buah fikiran

kepada program transisi MALCON di Af-

ghanistan pasca pembabitan ISAF disana yang

dijangka akan berakhir pada 2013 nanti.

Selain dari MRA, tiga lagi organisasi turut

terlibat iaitu MERCY Malaysia, MYCORPS

dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

(PBSM).

Delegasi MRA telah diketuai oleh Dr. Mohd

Daud Sulaiman, SUA MRA, turut serta ialah

Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan

Kecemasan dan Lojistik MRA dan En. Mohd

Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif MRA.

Dalam inisiatif Afghanistan ini, MRA ber-

setuju untuk bergabung dengan MYCORPS

bagi membentuk satu tim bersama.

Pada sesi ini, MRA telah berkongsi pengala-

man bekerja di Afghanistan yang meliputi

wilayah Kabul, Ningarhar, Badakshan dan

Jowzjan termasuk di sempadan Afghanistan-

Pakistan iaitu Peshawar dan Tribal Areas yang

terletak di sepanjang Durrand Line.

Ahli MYCORPS-MRA bersama anggota MALCON di Kiwi Base, Bamiyan

Bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Afghanistan di Kabul, Afghanistan

LaPANGAN 20 - 18

Page 20: LaPANGAN 20

Keganasan berterusan yang masih berlaku di Sitwe

dan Arakan tidak menghalang MRA dari

meneruskan bantuan ke wilayah bergolak ini. Pel-

bagai aktiviti yang dirancang dan telah diputuskan

oleh MRA akan tetap dilaksanakan secara berper-

ingkat mengikut kepada keadaan semasa dan situasi

keselamatan.

Beberapa program yang telah diperincikan akan

berjalan secepat mungkin seperti perlaksanaan Pro-

gram Qurban Terbaik 1433 yang dijangka akan di-

laksanakan dalam tempoh terdekat.

Juga persiapan untuk perlaksanaan program kesi-

hatan dan perubatan ke kem-kem pelarian dan

penempatan pelarian kepada kedua belah pihak,

Rohingya dan Rakhine dengan kerjasama Kerajaan

Pusat Myanmar dan Kerajaan Negeri Rakhine juga

sedang berjalan dengan baik.

MISI MRA DI ARAKAN DITERUSKAN MRA serius untuk membantu para pelarian di Arakan

ini, kami telahpun melantik seorang Penyelia, rakyat

Myanmar di lapangan Arakan yang akan bertindak me-

wakili MRA dalam setiap pertemuan, mesyuarat dan

aktiviti yang berkaitan dengan isu konflik ini di se-

barang peringkat di Myanmar.

Malah MRA, dalam salah satu kenyataan akhbar yang

telah dibuat memaklumkan akan beroperasi di Arakan

dalam tempoh enam bulan pertama bagai memastikan

segala bantuan yang diberikan dapat disalurkan secara

maksima dan berterusan.

Kami turut bercadang untuk membuka sebuah Pejabat

Medan (Field Office) di Rangoon bagi memantapkan

lagi kerja-kerja penyelarasan dan penghantaran bantuan

disini. Masih banyak yang perlu dilakukan disini dan

gerakerja yang teratur pasti akan dapat memberikan im-

pak maksima kepada mangsa konflik yang menderita.

MRA mendapat sumbangan serunding dari sebuah

syarikat yang prihatin dan peduli ummah.

LaPANGAN 20 - 19

Page 21: LaPANGAN 20

MRA TAJA PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MONASTIK UPPER BURMA DI

SEKOLAH PAUNG DAW OO, MANDALAY

Bergerak di Myanmar memerlukan

MRA untuk bergaul rapat dengan

masyarakat setempat disamping

memahami cara pemikiran dan bu-

daya serta adat resam yang mereka

amalkan. Mengenali hati budi pen-

duduk setempat akan memudahkan

kami untuk melaksanakan aktiviti di

lapangan.

Berkait dengan konflik di Ara-

kan, tebalnya prejudis sesama

penduduk lantaran ketiadaan

dialog antara agama disamping

kurangnya toleransi agama

adalah penyebab kepada berla-

kunya konflik yang berterusan

sehingga ke hari ini.

Ahli Jawatankuasa dari MRA Myanmar yang terlibat

Para peserta debat bergambar ramai

Pengarah Eksekutif bersama banner program

Pengarah Eksekutif MRA bersama Pengetua

Sekolah Paung Daw Oo, Mandalay

LaPANGAN 20 - 20

Page 22: LaPANGAN 20

Kalau tuan ke Pekan Batu

Belikan serai barang sebatang

Kalau luar ditolong bantu

Pastikan dalam dibelai sayang