lapangan 16

23
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain” DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Kempen Ramadhan 1433 MRA kembali lagi

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 18-Mar-2016

248 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan.

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 16

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI

Kempen Ramadhan 1433 MRA kembali lagi

Page 2: LaPANGAN 16

DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI itulah tema kempen Ramadhan MRA yang

digunapakai setiap kali Ramadhan menjelma. Mereka yang dibantu bukan sahaja dekat

di mata kami tetapi sentiasa lekat dan diingati di hati. Ramadhan adalah bulan yang

dinanti-nantikan oleh kami kerana selain ianya merupakan bulan rahmat dan berkat,

Ramadhan merupakan bulan aksi untuk organisasi bantuan kemanusiaan seperti kami.

Program bantuan Ramadhan MRA merangkumi seluruh kawasan operasi MRA di dalam

dan di luar negara. MRA sentiasa memastikan bantuan Ramadhan ini diagihkan secara

adil dan seimbang di antara penerima di dalam dan di luar negara.

MRA menumpukan bantuan di dalam negara kepada kelompok komuniti yang memerlu-

kan seperti komuniti pelarian Rohingya, komuniti saudara baru, komuniti orang kurang

upaya, komuniti orang asli dan komuniti-komuniti lain yang serba kekurangan. Pro-

gram-program bantuan Ramadhan yang bakal dilaksanakan adalah seperti majlis ber-

buka puasa dan agihan bantuan makanan.

Manakala di luar negara pula, MRA menghulurkan bantuan ke negara-negara yang me-

merlukan dan yang masih dirundung malang dan kemelut kehidupan berpunca dari

petelagahan, bencana alam dan faktor kemiskinan. Perlu diingat, bantuan yang dihu-

lur tidak bertujuan untuk menjadikan mereka manja dan malas berusaha, sebaliknya

bantuan yang diberikan bertujuan untuk menyatakan perasaan simpati, prihatin dan

sokongan terhadap kesukaran dan kekurangan yang terpaksa mereka alami.

Ramadhan sebagai bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari 1000

bulan menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang ikhlas berbakti

sesama manusia, bukan jumlah dan bilangan yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan

dan kesungguhan yang menjadi pertimbangannya. Ayuh! mari meriahkan Ramadhan ini

dengan ibadah dan khidmat. Kita belum tentu dapat bertemu Ramadhan lagi tahun

hadapan.

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain

MOHD SHAHRULAZILAN, Pengarah Eksekutif

Minda Redaksi DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia

Program Tradisi MRA

DATO DR ABDUL RAZAK KECHIK

“Orang-orang Rohingya ni adalah

ibarat orang-orang Muhajirin yang

berhijrah untuk menyelamatkan

agama dan diri mereka, kitalah pula

yang perlu menjadi orang-orang An-

sar, yang datang membela dan mem-

bantu mereka”

DR. MOHD DAUD SULAIMAN

“Ketika kita mengambil keputusan

menubuhkan MRA, kita memikirkan

tentang perlunya diwujudkan satu

generasi pekerja bantuan kemanu-

siaan yang berilmu dan terlatih”

MOHD REZAIDI MOHD ISHAK

“MRA perlu mempunyai tadbirurus

yang baik, mempunyai ketelusan

dan penuh integriti”

DR. ISHAK MAS’UD

“Kalau kita nak buat sesuatu, kita

kena buat betul-betul, jangan

sambil lewa sahaja”

SHIRAJUDDIN SIRAT

“Hendaklah engkau mudahkan uru-

san, jangan menyusahkan. Senangkan

hati, jangan menyakitkan”

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 2

Page 3: LaPANGAN 16

Dato Dr. Abdul Razak kongsi pengalaman di Ireland DATO DR. ABDUL RAZAK KECHIK, Presiden

MRA telah dijemput untuk mengisi program

Simposium Imam 2012 yang bertemakan

“Doctors Beyond the Horizon”. Simposium

ini telah berlangsung di Dublin, Ireland

dengan jayanya dan ianya telah dianjurkan

oleh persatuan pelajar Muslim Malaysia.

Selain dari Dato Dr. Abdul Razak, turut

dijemput ialah Tim. Presiden MERCY.

Dato Razak telah berkongsi dengan para

peserta simposium pengalaman peribadi

beliau mengenai pembabitannya didalam

kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang

banyak bermula di peringkat awal kerjaya

beliau sebagai seorang doktor. Program

utama beliau ketika itu ialah program

pembangunan komuniti orang asli.

Dato Razak turut mengupas ayat-ayat Al

Quran yang menyeru serta mengajak umat

Islam untuk melakukan amal dan kebaji-

kan dengan tampil membantu mereka yang

memerlukan dan serba kesusahan.

TUJUAN PROGRAM

Program yang dianjurkan ini bertujuan

untuk menanamkan minat dikalangan pe-

serta untuk terlibat didalam kerja-kerja

kesukarelaan melalui organisasi atau per-

tubuhan yang berkaitan.

Ianya juga bertujuan untuk memberikan

satu platform kepada para peserta untuk

terjun kedalam dunia kesukarelaan dan

memberikan kesan perubahan positif

kepada masyarakat.

Juga untuk memberikan maklumat men-

genai konsep dan kepentingan kerja-kerja

kesukarelaan dan bagaimana ianya boleh

memberikan sesuatu yang bermakna

kepada masyarakat.

Disamping itu, seminar ini juga bertujuan

untuk mengumpul mereka yang mempunyai

hasrat yang sama untuk terlibat dalam

kerja-kerja kesukarelaan bagi menjalin in-

teraksi yang lebih berkesan sesama mereka.

Penyertaan Dato Razak dalam simposium ini

merupakan langkah pertama MRA yang se-

memangya dalam rekayasa untuk memperk-

enalkan MRA diserata dunia bagi menam-

bahkan lagi warna dan keceriaan dalam

dunia bantuan kemanusiaan.

“Doctors Beyond Horizon”

mukasurat 3 LAPANGAN 16-2012

Page 4: LaPANGAN 16

KEMPEN RAMADHAN MRA bagi tahun hijrah

1433 dilancarkan pada 1hb Rejab 1433 dengan

tema tradisinya DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI.

Kempen ini bertujuan untuk membantu menya-

lurkan bantuan kepada mereka yang memerlu-

kan di dalam dan di luar negara agar mereka

turut dapat menikmati dan merayakan kedatan-

gan Ramadhan dan Syawal dengan penuh ke-

syukuran dan kegembiraan.

Tahun lalu sejumlah RM100,000 telah berjaya

dikumpulkan dan ianya telah disalurkan kepada

kelompok dan komuniti yang memerlukan

seperti yang disasarkan.

Di dalam Malaysia, sumbangan telah berjaya

diberikan kepada komuniti saudara baru, MRA

telah berkerjasama dengan MACMA dan be-

berapa orang saudara baru yang memerlukan

bantuan telah disantuni dengan sebaiknya.

Sumbangan juga telah berjaya disampaikan

kepada beberapa buah rumah anak yatim yang

telah dikenalpasti memerlukan sumbangan dan

bantuan sempena Ramadhan.

Komuniti lain yang juga telah dibantu semasa

Ramadhan yang lepas ialah komuniti Orang

Asli di beberapa perkampungan tertentu di-

mana MRA sering mengadakan program.

MRA turut menyalurkan bantuan kepada ko-

muniti pelarian Rohingya melalui aktiviti ber-

buka puasa dan agihan bantuan makanan.

Program ini dilaksanakan di Sekolah Komuniti

Rohingya MRA di Cheras Baru dan ianya san-

gat dihargai oleh komuniti pelarian yang

serba kekurangan. Bantuan ini sedikit seban-

yak memeriahkan sambutan Hari Raya

mereka nanti.

Bagi komuniti di luar negara, MRA telah

mengenalpasti beberapa negara luar dan ka-

wasan yang memerlukan bantuan, malahan

kami telahpun mengadakan kerjasama dengan

beberapa rakan perlaksana yang akan mem-

bantu dan memudahkan perlaksanaan agihan

bantuan di lapangan luar negara.

Besarlah harapan kami agar bantuan Ramad-

han kali ini menjadi lebih baik dari agihan-

Ramadhan yang lalu, insya Allah.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik

Dr. Shahrizal Azwan

Mohd Shahrulazilan

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 4

Page 5: LaPANGAN 16

Bagi memudahkan penyumbang menghulurkan sumbangan, MRA

merumuskan bantuan bagi program Ramadhan 1433 dalam

LIMA bentuk bantuan yang menjadi kebiasaan penderma dalam

bulan Ramadhan.

Sumbangan Pertama, merupakan bantuan Pek Makanan buat

sekeluarga pada kadar RM120 sekeluarga. Kadar ini jika dihi-

tung secara tukaran dengan matawang Amerika adalah pada

kadar USD40. Dengan jumlah ini, MRA akan dapat menyalur-

kan bantuan makanan kering seperti beras, tepung, minyak

masak, gula, kopi atau teh serta beberapa barangan sekiranya

ada berbaki.

Sumbagan Kedua merupakan bantuan bagi menaja Majlis IFTAR

di sesebuah kampung atau kawasan. Pada kadar RM600 kita

boleh mengadakan majlis iftar untuk sekitar 150-200 orang.

Makanan yang bakal dihidangkan kepada mereka adalah meru-

pakan makanan terbaik yang boleh kita perolehi bagi meraikan

mereka untuk berbuka puasa.

Sumbangan Ketiga, adalah sumbangan bagi mengimarahkan Masjid.

Dana RM500 ini akan digunakan untuk menaja elaun imam bagi solat

tarawikh, digunakan juga untuk membayar bil elektrik, bil air, juga

bagi tujuan-tujuan lain bermaksud untuk menghidupkan aktiviti Masjid

sepanjang bulan Ramadhan.

Sumbangan Keempat, dana seterusnya ialah bagi tujuan membaik

pulih Masjid. Banyak masjid di luar negara terutama di kawasan

konflik dan bencana memerlukan bantuan untuk baikpulih dan keleng-

kapan, sumbangan yang diperolehi membolehkan jemaah masjid untuk

membaiki masjid bagi tujuan kegunaan semasa Ramadhan.

Sumbangan kelima merupakan sumbangan umum yang boleh disalur-

kan kepada MRA bagi menampung dana program-program yang kami

lakukan didalam ataupun diluar negara, mengikut kesesuaiaan

penderma. Segala sumbangan yang disalurkan adalah merangkumi

kos perlaksanaan di lapangan, termasuk kos membeli, membungkus,

menyimpan, mengedar dan mengagih kepada kelompok sasaran.

mukasurat 5 LAPANGAN 16-2012

Page 6: LaPANGAN 16

Interaksi MRA dengan komuniti orang

pekak kali ini adalah dengan pengan-

juran sebuah kelas memasak untuk

mereka. Kelas ini telah dipimpin

oleh Puan Rogayah dari PERSIBA,

yang begitu komited dalam mem-

bantu para peserta orang pekak un-

tuk memasak.

MRA kongsi pengalaman di UNITEN Muazam Shah

Kelas Masakan orang pekak MRA Penganjuran majlis sebegini dapat

mengeratkan lagi silaturahim diantara

peserta orang pekak dan SAHABAT

MRA yang lain. Mereka juga sedang

dalam proses untuk belajar ber-

interaksi dan bersilaturahim sesama

mereka.

Kerjasama sesama peserta adalah san-

gat baik dan kami berhasrat untuk

terus mengadakan aktiviti seumpama

ini dimasa-masa yang akan datang.

UNITEN Muazam Shah melalui Jawa-

tankuasa Perwakilan Pelajar mereka

yang dipimpin oleh Sdr. Shahrul XXXX

te lah mengan jurkan sa tu se s i

“BERSAMA MRA”.

Sesi ini bertujuan untuk memaklumkan

dan memperkenalkan kepada para

penuntut UNITEN mengenai aktiviti-

aktiviti yang dilakukan oleh organisasi-

organisasi bantuan kemanusiaan dan

MRA sebagai salah sebuah organisasi

yang terlibat telah hadir berkongsi

mengenai apa yang disebut sebagai

dunia bantuan kemanusiaan dan pen-

galaman sebagai seorang sukarelawan.

Sesi ini mendapat sambutan yang cu-

kup baik dan MRA merasa amat gem-

bira dengan kejayaan sesi ini.

Peserta sedang berinteraksi sesama mereka

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 6

Page 7: LaPANGAN 16

Mahasiswa UNITEN turun padang

Sikap prihatin dan peduli masyarakat semakin mendapat tempat

dikalangan penuntut universiti dan ini merupakan suatu sikap

yang terpuji dan patut dicontohi oleh kelompok masyarakat yang

lain.

Dalam satu Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN Muazam Shah telah

bergabung dengan penuntut UNITEN Bangi dalam satu program

khidmat masyarakat di dua buah lokasi dibawah seliaan MRA.,

Lokasi tersebut merupakan Penjagaan Dalam Komuniti (PDK)

Selayang dan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru.

Mereka telah melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak pe-

larian Rohingya dan penuntut di PDK Selayang. Interaksi yang dila-

kukan termasuklah program sukan dan kecergasan, program

akademik seperti matematik dan bahasa inggeris.

Gerakerja dari penuntut-penuntut UNITEN ini amat membantu para

pelajar terutamanya kepada anak-anak pelarian Rohingya bagi me-

mulih, juga membina keyakinan diri mereka dan mencorak masa

depan mereka. Semoga kerjasama mantap yang dijalinkan bersama

UNITEN ini dapat diteruskan lagi.

MESRA - Mahasiswa UNITEN dan adik-adik Rohingya

Sesi bersama anggota PDK Selayang Sedang asyik melayan adik-adik Rohingya

mukasurat 7 LAPANGAN 16-2012

Page 8: LaPANGAN 16

Misi Ziarah SAHABAT ke KOA Pos Bersih

Satu sesi ziarah ke Perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim

River telah berjaya diatur bagi meninjau tahap keadaan Dewan

Komuniti MRA yang telah siap dibina disamping mengadakan kun-

jungan mesra terhadap penduduk setempat.

Dalam kunjungan ini juga, beberapa orang SAHABAT MRA telah

meluangkan masa untuk mendampingi penduduk dan mereka telah

terlibat dalam menganjurkan beberapa aktiviti untuk anak-anak

mereka. Antara aktiviti mudah yang mereka lakukan ialah aktiviti

membuat belon. Anak orang asli diajar untuk meniup belon dan

kemudiannya membentuk belon tersebut untuk menjadi objek-

objek yang mereka sukai. Mereka juga telah diberikan pensil

warna untuk sesi mewarna dan anak-anak orang asli amat gem-

bira mewarna lukisan-lukisan yang diberikan kepada mereka.

SAHABAT MRA turut mengajak anak-anak orang asli untuk men-

gambil bahagian dalam sesi bersenam dan kecergasan diri,

mereka amat menggemari aktiviti ini dan begitu ceria untuk

terlibat bersama-sama dalam program ini.

Kami turut memasak makanan untuk dimakan bersama-sama

dengan mereka, terutamanya bagi meraikan anak-anak orang asli

yang hadir menyertai program anjuran kami.

Program susulan ini adalah amat penting bagi memastikan kesi-

nambungan projek dan aktiviti yang kami lakukan sebelum ini

dipantau dan diselia sebaik mungkin. Pendekatan berterusan ini

akan menjadikan kita dan kelompok orang asli semakin rapat

dan saling percaya mempercayai.

Anak-anak di Pos Bersih sedang bergembira

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 8

Page 9: LaPANGAN 16

Susulan Retreat 2012 MRA

Latihan untuk MRSM Trolak MRA menerima kunjungan dari guru-guru

MRSM Trolak yang datang dari jauh semata-

mata untuk membincangkan mengenai pro-

gram latihan bagi melahirkan Sukarelawan

Muda diperingkat MRSM Trolak.

Mereka mahukan pasukan Sukarelawan yang

dilatih ini dilengkapi dengan ilmu dan

kemahiran mengenai Sukarelawan yang se-

benar, terutamanya dari mereka yang benar

-benar terlibat dalam kerja-kerja sukarela-

wan dan bantuan kemanusiaan di lapangan.

MRA dan MRSM Trolak dijangka akan mer-

angka satu jadual bersama dan sebuah

modul latihan akan dibangunkan dan

digerakkan dalam masa terdekat.

Selepas Retreat MRA pada bulan Februari yang lalu, satu me-

syuarat susulan telah diadakan bagi menilai peratus perlaksanaan

terhadap perkara yang telah diputuskan didalam retreat tersebut.

Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan segala keputusan

yang telah dilaksanakan telah dimaklumkan bagi memastikan

semua Exco dan pimpinan maklum mengenai perkembangan MRA.

Serius tetapi penuh ceria

Kearah melahirkan sukarelawan muda yang terlatih

mukasurat 9 LAPANGAN 16-2012

Page 10: LaPANGAN 16

Tim MYCORP bergerak ke Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan & Indonesia

SRI LANKA

PAKISTAN

AFGHANISTAN

INDONESIA

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 10

MISI MYCORPS diteruskan dengan pemergian Tim Siti Rafidah Mashudi

dan Halim Mohd Isa ke Sri Lanka, Tim Siti Rahimah Osman, Fazlinie

Abd. Rahim, Aizad Juraimi, M.Zulkepli bin M.Robin, Daniel Ramadhan,

Mohd Fadhil, Khairul Azwan dan Zaim Abdullah yang diiringi oleh Sdr.

Mohd Iqbal Abu Bakar (MRA) ke Pakistan, Tim Ashraf Abdul Rahman,

Mohd Azreen Hassan dan Siti Zabedah Samat, serta diiringi oleh Sdr.

Mohd Shahrulazilan ke Afghanistan dan Tim Mohd Azwan Ramli, Abang

Muhammad Hilman dan Nurul Izzah Romly ke Indonesia. Alhamdulil-

lah, semua Misi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang

tidak diingini berlaku.

Page 11: LaPANGAN 16

Gerai MRA di Jumble Sale Al Islam

MRA telah mengambil bahagian didalam Jumble Sale yang dianjur-

kan oleh Hospital Pakar AL Islam di Kampung Baru yang diada-

kan didataran letak kereta di hadapan Hospital tersebut.

Jumble Sale ini turut disertai oleh pelbagai agensi seperti per-

bankan, perumahan, insuran, ngo dan lain-lain lagi. Di samping

itu, setiap gerai juga mengadakan pameran mengenai organisasi

dan agensi yang mereka wakili.

Sahabat MRA turut

membantu jualan

Pelanggan terpaksa

beratur untuk membeli

Staf turut

membantu

Pameran ini mendapat sambutan yang cukup baik dari orangramai

yang datang berkunjung, yang terdiri dari para pelawat Hospital,

kakitangan, hospital ahli keluarga pesakit, penduduk sekitar dan

jemaah Masjid yang bersolat di Masjid Jame’ Kampung Baru.

MRA turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran men-

genai aktiviti dan program yang kami lakukan, malahan kami turut

mengadakan jualan Waflfe dan Air kepada mereka yang berkunjung

ke Jumble Sale tersebut. Sambutan amat baik dan cukup member-

angsangkan.

mukasurat 11 LAPANGAN 16-2012

Page 12: LaPANGAN 16

Klinik Medan MRA di

Pondok Haji Salleh

210412-PONDOK HAJI SALLEH merupakan sebuah pusat pengajian

agama berkonsepkan pondok yang mempunyai “niche” dan namanya

yang tersendiri . Terletak di Pekan Sik yang kaya dengan pelbagai

kisah, Pondok Haji Salleh tidak syak lagi memang menjadi ikon

kepada pekan kecil ini.

MRA sangat beruntung kerana dapat menabur bakti kepada para

penghuni dan penuntut yang menginap dan datang menuntut ilmu

di pondok ini. Pondok Haji Salleh mempunyai sekitar 800 hingga

ke 1000 orang penuntut dan akan meningkat bila tiba bulan

Ramadhan dan hari-hari kebesaran Islam.

MRA terus menabur bakti

di utara tanahair

Memeriksa kesihatan salah

seorang datuk yang hadir Memeriksa tekanan darah

penghuni pondok

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 12

Page 13: LaPANGAN 16

Klinik Medan MRA di

Pondok Haji Salleh

MRA Kedah dengan kerjasama para penuntut

dari Kolej Komuniti Baling. Hospital Sultanah

Bahiyah, Sg. Petani serta SAHABAT MRA telah

meluangkan masa untuk memberikan rawatan

kesihatan kepada para penghuni dan penun-

tut yang datang ke Pondok Haji Salleh ini.

Program rawatan kesihatan ini dipimpin oleh

Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Elhany.

Beliau turut dibantu oleh beberapa doktor

dan jururawat dari Hospital Sultanah Bahiy-

yah Sg. Petani.

Lebih dari 300 orang telah berjaya dirawat

dan diiberikan khidmat nasihat mengenai

penjagaan diri dan kesihatan tubuh badan.

Para penghuni Pondok Haji Salleh walaupun

ramai yang sudah berusia agak lanjut, namun

mereka tetap mengambil berat mengenai kesi-

hatan dan kelihatan masih tegap dan cergas.

Program ini berjalan dengan penuh harmoni

dan ceria, makan tengahari dijalankan secara

gotong-royong dengan pembabitan diantara

SAHABAT MRA dan penghuni Pondok.

Peluang dan kerjasama yang diberikan oleh

pihak pengurusan Pondok Haji Salleh amatlah

kami hargai dan didahului dengan ucapan-

ribuan terima kasih. Semoga kerjasama ini

dapat diteruskan dan dipertahankan. Tahniah

kepada MRA Kedah dan SAHABAT MRA Kedah.

Pentadbiran pondok memberikan

layanan terbaik kepada kami

Bersedia untuk mengambil data Menyukat ketinggian makcik yang hadir

SAHABAT MRA dari Kolej Komuniti Baling turut

membantu mengendalikan Klinik Medan

mukasurat 13 LAPANGAN 16-2012

Page 14: LaPANGAN 16

Kolej Kediaman Delima UITM Shah Alam

bertindak bijak dengan mengadakan pro-

gram khidmat masyarakat yang menemukan

para penghuni kolej ini dengan masyarakat

orang asli di Perkampungan Orang Asli Ulu

Slim di Ipoh, Perak.

Kampung ini terletak di jalan utama

menuju ke Cameron Highland, menjadikan

kawasan ini sentiasa nyaman dan dingin

sama seperti cuaca dan suhu di Cameron

Highland.

Adik-adik penghuni Kolej Delima berpeluang

untuk beramah mesra dan berinteraksi

secara langsung bersama anak-anak dan

penghuni Perkampungan Orang Asli disana.

Mereka juga dapat melihat secara dekat

bagaimana kelompok orang asli menjalani

kehidupan seharian mereka yang serba

ringkas dan mudah.

Program ini diselia oleh MRA Perak yang

diketuai oleh Setiausahanya, Tuan Haji Hani

Yang Kassim dan SAHABAT MRA Perak yang

lain. MRA Perak telah bergerak dan me-

laksanakan pelbagai program di perkam-

pungan ini sejak setahun yang lalu.

Para penuntut UITM yang hadir telah

memilih untuk bermalam di kawasan yang

berhampiran iaitu di Sekolah Kebangsaan

Pos Raya yang terletak kira-kira satu kilo-

meter dari Perkampungan Ulu Slim.

Program ini berlangsung selama dua hari

dan disertai oleh hampir 30 orang penuntut

diiringi oleh beberapa orang pegawai Kolej

Delima.

Dato Abdul Razak Kechik, Presiden MRA

telah berkesempatan untuk meluangkan

masa bersama-sama mereka dalam program

Kuliah Maghrib dan beliau telah menyampai-

kan Tazkirah berkaitan keperluan kerja-kerja

sukarelawan kepada semua peserta program.

Majlis yang begitu bermakna ini diharapkan

akan dapat diteruskan lagi dimasa-masa

akan datang dan semoga ini bukanlah kun-

jungan yang terakhir dari para penghuni

dan pegawai Kolej Delima, UITM Shah Alam.

OPKIM Kolej Delima-UITM

Shah Alam di Pos Slim, Ipoh

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 14

Hj Hani bersama Tok Batin Alang

dan anak-anak buahnya

Para Pegawai Kolej Delima yang

komited dan ceria

Page 15: LaPANGAN 16

Salam dari Acheh

Acheh merupakan satu tempat yang terpahat di dalam peta sejarah

sebagai kawasan yang dilanda tsunami dalam keadaan penduduknya

tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kenangan pahit dan puing-puing peninggalan bencana ini masih jelas

kelihatan dan akan tetap dalam ingatan setiap penduduk Acheh.

Tidak ada keluarga yang tidak kehilangan ahli keluarga dalam ben-

cana yang menimpa ini, tidak ada keluarga yang tidak berkongsi

kisah duka dan nestapa mereka. Meratapi dan menangisi kejadian

ini tidak akan membawa sebarang perubahan.

Justeru, walau apapun yang telah berlaku, hidup perlu diteruskan

dan Acheh perlu dibangunkan semula menjadi lebih baik dari yang

sebelumnya. Semua pihak harus terlibat dan berkerjasama dalam

membina semula negara ini.

Pengarah Biro Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Hyzan Yusoff

telah berkesempatan untuk berkunjung dan menziarahi teman-

teman rakan pelaksana MRA di lapangan di sana baru-baru ini.

Kesempatan ini telah digunakan oleh beliau untuk melawat rumah

anak yatim yang menempatkan anak-anak yatim pasca bencana

tsunami dahulu. Anak-anak ini ramai yang telah dewasa dan ada

yang telah meninggalkan rumah tersebut, namun kesan trauma

masih jelas kelihatan di wajah mereka.

Dr. Hyzan telah disambut oleh Yayasan Ar Rabwah An Najiah dan

mereka mengharapkan agar kerjasama yang lebih utuh dapat

dijalinkan diantara MRA dan organisasi mereka tanpa perlu

menunggu berlakunya sebuah bencana yang lain pula.

Kunjungan Dr. Hyzan memantapkan kerjasama sedia ada

mukasurat 15 LAPANGAN 16-2012

Ketika melawat sekolah

Bersama pimpinan Rumah

Anak Yatim Aceh

Page 16: LaPANGAN 16

SAHABAT MRA diraikan dalam sebuah Majlis Ringkas yang diberi

nama 3 Tahun Sahabat. Untuk makluman, Malaysian Relief

Agency telah ditubuhkan pada 3hb Mac 2009. Sepanjang tempoh

tersebut, pelbagai misi dan aktiviti telah dijalankan diseluruh

negara termasuk di beberapa buah negara luar. Yang menjadi

tulang belakang kepada semua aktiviti bantuan ini adalah sukare-

lawan MRA yang dikenali sebagai SAHABAT MRA.

Dalam majlis ini, Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik, telah

hadir dan meraikan semua SAHABAT yang hadir. Antara yang hadir

adalah para SAHABAT MRA yang terlibat didalam misi-misi banjir

Utara dan Selatan, Misi Tsunami Jepun, Misi Kemarau Somalia dan

program Tautan Kasih Orang Asli MRA. Terima kasih pada SAHABAT

MRA yang hadir, kami tidak akan dapat melangkah jauh tanpa

sokongan anda semua.

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 16

SAHABAT - Setia dalam perjuangan

Presiden MRA meraikan SAHABAT

yang hadir

SAHABAT-pelbagai warna kulit dan rupa

Page 17: LaPANGAN 16

SAMBUTAN HARI GURU DI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

MRA mengucapkan setingg-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga

guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak Rohingya di Seko-

lah Komuniti Rohingya di Cheras Baru.

Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru amat-

lah membanggakan dan amat kami sanjung tinggi..

Sumbangan yang diberikan oleh para guru dalam mendidik anak

-anak murid berbangsa Rohingya sangatlah penting bagi mema-

jukan mereka dalam bidang pelajaran disamping memberikan

mereka ilmu pengetahuan bagi mempersiapkan mereka untuk

menghadapi dunia yang serba mencabar.

mukasurat 17 LAPANGAN 16-2012

Page 18: LaPANGAN 16

PROGRAM BAHASA INGGERIS KOLEJ TAYLOR, PETALING JAYA

Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA yang terletak di

Cheras Baru, Kuala Lumpur terus mendapat perhatian dari pelbagai

pihak, terbaru, mereka dijemput oleh sebuah kolej di Petaling Jaya

untuk sesi interaksi bersama para penuntut di kolej tersebut. Ker-

jasama ini datang melalui kerjasama Yellow House Society of Kuala

Lumpur.

Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya telah diajar untuk berko-

munikasi dalam bahasa Inggeris yang betul disamping mereka juga

turut serta dalam aktiviti mewarna yang diadakan. Pendedahan

sebegini amat membantu untuk membina keyakinan diri serta

menanam minat untuk cemerlang dan berjaya didalam pelajaran.

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 18

Pendedahan kepada dunia luar amat penting kepada anak-anak pelarian ini

ASYIK mewarna INTERAKSI Ceria

Page 19: LaPANGAN 16

PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN

Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah dijemput oleh

sebuah syarikat pengeluar ubat gigi terkemuka ke sebuah majlis

kebajikan anjuran mereka di Petaling Jaya.

Dalam majlis ini, murid-murid yang hadir telah diberikan peneran-

gan dan maklumat terkini mengenai penjagaan dan kesihatan gigi.

Mereka turut diberikan rawatan ringkas penjagaan gigi. Setiap

yang hadir juga menerima sumbangan barang-barang keluaran

syarikat tersebut.

Jemputan ini sangat menggembirakan murid-murid yang hadir dan

ianya memberikan mereka satu detik yang tidak dapat dilupakan

dalam kehidupan mereka.

mukasurat 19 LAPANGAN 16-2012

KAEDAH MENJAGA GIGI-Gosok atas

dan Gosok bawah

Sesi menjamu selera BERGAMBAR kenangan

Menanam azam untuk menjadi

Doktor Gigi di masa hadapan

Page 20: LaPANGAN 16

Kelas Membuat Cokelat MRA diteruskan lagi KELAS membuat Cokelat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras

Baru yang telah diadakan sebelum ini telah mendapat sambutan yang

begitu menggalakkan dari kaum ibu berbangsa Rohingya. Kelas pem-

buatan cokelat ini diteruskan lagi dengan penambahan ilmu-ilmu dan

teknik-teknik berkaitan pembuatan cokelat dari jurulatih kelas terse-

but, Puan Rosemah Roseli.

Kelas pada hari ini turut dihadiri oleh wakil dari UNHCR (Suruhanjaya

Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) yang meninjau perjalanan

kelas dan melihat bagaimana para pelarian belajar dan menuntut

ilmu. Komitmen yang diberikan oleh UNHCR terhadap program sebe-

gini amatlah dialu-alukan.

Tujuan kelas pembuatan cokelat ini diadakan adalah bertujuan

untuk memberikan kemahiran tambahan kepada kaum ibu ber-

bangsa Rohingya bagi membolehkan mereka mencari peluang

untuk menambah rezeki dan pendapatan mereka. Selain itu,

kelas ini juga dapat menambah keyakinan mereka terhadap diri

sendiri serta dapat melupakan kesengsaraan dan kesulitan yang

melanda diri dan keluarga mereka.

Selain dari kelas pembuatan cokelat, MRA turut mengadakan

kelas memasak kuih-muih yang lain bagi kaum ibu disini. MRA

turut mengadakan kelas Bahasa Inggeris bagi golongan dewasa

berbangsa Rohingya di kawasan ini.

Puan Rosemah Roseli sedang

menerangkan kaedah

pembuatan cokelat

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 20

Wakil UNHCR turut hadir Produk yang telah dihasilkan

Page 21: LaPANGAN 16

GAMBAR lawatan Dato Dr. Abdul Razak Kechik sempena Simposium IMAM 2012, Dublin, Ireland

Menikmati hidangan dibawah sinaran mentari

Bersama adik-adik generasi Y- penerus warisan Di dewan syarahan sebelum berucap

Dato Presiden sedang berkongsi

pengalaman beliau

mukasurat 21 LAPANGAN 16-2012

Page 22: LaPANGAN 16

Pakistan

Somalia

Thailand

Orang Asli

Pelarian Rohingya

LAPANGAN 16-2012 mukasurat 22

DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Bantuan Ramadhan 1432 yang lalu

Page 23: LaPANGAN 16

Terung menerung sayur peria

Buah keranji letak di peti

Tolong menolong akhlak mulia

Bangsa terpuji berbudi pekerti Pemandangan dalam perjalanan dari Kabul ke Bamyan, Afghanistan, merentasi gunung-ganang