lapangan 18

28
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain” MISI MEMBANTU ARAKAN Kunjungan AL KHIDMAT FOUNDATION Tabung Kemanusiaan ROHINGYA dilancar Kerjasama TNB-MRA di Batu Balong, Raub TUNAS MUDA & TAUTAN KASIH di Pos Bersih Mike Charlie Romeo di MRSM TROLAK DOKTOR PALESTIN tiba di Malaysia KESUKARELAWANAN dan PATRIOTISME LAPANGAN18-2012

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 26-Mar-2016

251 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

E Majallah MRA edisi ke 18

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 18

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

MISI MEMBANTU ARAKAN

Kunjungan AL KHIDMAT FOUNDATION

Tabung Kemanusiaan ROHINGYA dilancar

Kerjasama TNB-MRA di Batu Balong, Raub

TUNAS MUDA & TAUTAN KASIH di Pos Bersih

Mike Charlie Romeo di MRSM TROLAK

DOKTOR PALESTIN tiba di Malaysia

KESUKARELAWANAN dan PATRIOTISME

LAPANGAN 18-2012

Page 2: Lapangan 18

ARAKAN DR. ISHAK MAS’UD

“Kalau tahun lepas kita menumpukan

ibadah Qurban untuk Somalia, kali

ini, tahun ini, saya kira kita perlu

memberi tumpuan sepenuhnya untuk

ke Arakan, Myanmar”

Minda Redaksi MISI KEMANUSIAAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat

EXCO kali ke 47 bahawa satu Misi Bantuan Kemanusiaan akan dihantar ke

wilayah Arakan di Myanmar bagi membantu penduduk berbangsa Rohingya dan

Rakhine yang menjadi pelarian dalaman gara-gara konflik dan pertelingkahan

yang berlaku.

Isu ini adalah satu isu yang sensitif dan amat mudah disalah ertikan mengikut

sentimen mereka yang terlibat. Isu Rohingya bukanlah suatu isu baru kepada

dunia sebenarnya, ia mungkin sesuatu yang baru bagi sebahagian besar masyara-

kat Malaysia bahkan dunia. Isu ini sebenarnya telahpun diperjuangkan oleh MRA

melalui penubuhan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru yang menda-

pat penajaan dari Yayasan Al Khalifah, sebuah organisasi yang begitu prihatin den-

gan nasib pelarian ini semenjak tahun 2009 lagi.

MRA memperjuangkan nasib dan masa hadapan Rohingya melalui pendidikan dan

pembangunan komuniti. Kami membangunkan generasi masa depan Rohingya

dengan mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sesuai untuk

kembali mentadbir dan memimpin bumi Arakan apabila suasana dan keadaan

mengizinkan kelak.

Pendidikan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA ditadbir urus oleh kami sendiri

secara sepenuh masa, sistem pembelajaran yang komprehensif, prasarana sekolah

ini adalah yang terbaik dapat kami sediakan dan kami memberi perhatian sepe-

nuhnya kepada kejayaan dan kemajuan para pelajar disini.

Rohingya pada MRA bukanlah satu isu asing yang baru muncul secara tiba-tiba

dari rantau ini. Rohingya adalah sebahagian daripada operasi kami sejak dari

awal penubuhan lagi, jangan terkejut apabila kami mendahului yang lain ketika

sampai di Akyab (Sitwe) tempohari. Ini bukan tanah yang asing kepada kami, ini

bukan tanah orang lain, ini adalah tanah yang cukup kami fahami.

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain

MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif

DATO DR. ABDUL RAZAK KECHIK

“MRA must become very efficient.

Always have time limit. Must have

sense of urgency. Very competitive.

Do the right thing and Do the

thing right:”

DR. MOHD DAUD SULAIMAN

“Kejayaan kami memasuki Arakan

merupakan kejayaan besar kerana

berbanding misi bantuan lain,

mereka hanya menyalurkan bantuan

dari pitu masuk sempadan

negara itu sahaja”

DR. SAIFULAH HANY

“Jika Rohingya di Malaysia hidup

dalam serba kekurangan dan kesusa-

han, di Arakan sana, mereka terpaksa

mengharung hidup 10 kali ganda

lebih susah daripada apa yang ter-

paksa dilalui di Malaysia”

Page 3: Lapangan 18

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL AL KHIDMAT FOUNDATION KE MALAYSIA

MRA untuk kesekian kalinya menerima kunjungan wakil

dari organisasi bantuan kemanusiaan luar negara yang terke-

muka dan terkenal.

Kali ini, kami merasa cukup bertuah dengan kehadiran

wakil khas Yayasan Al Khidmat dari Pakistan iaitu Sdr.

Usman Khan Marwat. Beliau merupakan Penolong Seti-

ausaha Agung, Al Khidmat Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

Beliau juga merupakan Mayor (Datukbandar) Bandar Ha-

yatabad yang terletak di Peshawar.

Kehadiran beliau ini jelas membuktikan betapa akrabnya

hubungan diantara MRA dan Al Khidmat dalam melaksana-

kan aktiviti bantuan kepada mereka yang memerlukan.

MRA terlibat dengan projek di Pakistan me-

lalui misi bantuan kemanusiaan semasa ban-

jir besar melanda dalam tahun 2010.

Sehingga kini, MRA telah beroperasi ham-

pir 2 tahun di Pakistan secara konsisten dan

aktif.

Kami telah berjaya membangunkan 80 buah

Rumah Syukriah di kawasan yang teruk di-

landa banjir tempohari. Bantuan rumah ini

diberikan kepada keluarga yatim dan

mereka yang serba memerlukan.

Selain daripada itu, melalui kerjasama Al

Khidmat, MRA turut membina lebih dari 30

buah pam air dikawasan yang mempunyai

masalah dengan bekalan air minum yang

bersih.

MRA turut menaja pengurusan sebuah seko-

lah di Batagram, Pakistan dibawah kelolaan

Al Khidmat. MRA turut bercadang untuk

membangunkan sebuah Empangan Mini

Hidro di kawasan ini bagi membantu memu-

lihkan kehidupan penduduk di kawasan ini.

Usman Khan

mukasurat 3 LAPANGAN 18-2012

Page 4: Lapangan 18

KUNJUNGAN HORMAT ke Kumpulan Utusan telah dilakukan sempena

kedatangan Sdr. Usman Khan ke Malaysia. Kunjungan ini telah diketuai

oleh Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman bertujuan untuk

memperkenalkan Kumpulan Utusan kepada Sdr. Usman Khan yang begitu

banyak membantu didalam menjayakan Kempen Tabung Bantuan Ke-

manusiaan Pakistan semasa banjir besar melanda negara tersebut dalam

tahun 2010 yang lalu.

Kunjungan ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada Kumpulan

Utusan dan para pembaca akhbar dan majalah terbitan mereka bahawa

dana dan bantuan yang mereka salurkan telah berjaya dihantar kepada

mereka yang memerlukan dan sebahagian dari apa yang mereka sumbang-

kan itu masih lagi berfungsi dan digunakan oleh para penduduk yang terli-

bat di kawasan tersebut.

Pihak Utusan yang diwakili oleh pengurusan kanan mereka, En. Rozaman

turut bertukar cenderahati dengan Sdr. Usman Khan dalam majlis perte-

muan yang serba ringkas tetapi amat bermakna dan penting.

Satu kunjungan hormat turut

dilakukan oleh Sdr. Usman

Khan ke Royal College of

Medicine Perak (RCMP) di

Ipoh, Perak. Kunjungan ini

bertujuan untuk memaklum-

kan kepada pihak pengurusan

dan para penuntut disana

mengenai kerja-kerja bantuan

kemanusiaan yang telah dila-

kukan oleh MRA dan Al

Khidmat Foundation sejak

tahun 2010 lagi. RCMP me-

rupakan antara institusi yang

banyak menyalurkan tenaga

sukarelawan didalam program

-program MRA didalam dan

diluar negara.

Melawat KUMPULAN UTUSAN

Kunjungan ke RCMP Dr. Abdul Karim Russ menerima lawatan kami di RCMP

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 4

Page 5: Lapangan 18

Satu Majlis Minum Petang bagi merai-

kan sempena dua tahun penglibatan

MRA di Pakistan telah diadakan di Ke-

lab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit

Kiara, Kuala Lumpur.

Jemputan terdiri daripada para penyum-

bang, penaja program dan mereka yang

telah terlibat secara langsung atau tidak

langsung di dalam kerja-kerja bantuan di

Pakistan sepanjang tempoh tersebut.

Majlis ini bertujuan untuk melaporkan

kepada para penyumbang yang telah ber-

murah hati menghulurkan bantuan dana

dan sokongan sepanjang dua tahun lalu

mengenai perkembangan bantuan dan

kemana dana-dana yang disumbangkan

melalui MRA telah digunakan.

MRA bukan sahaja terlibat sejak ketika

berlakunya banjir tersebut, malah kami

turut terlibat membantu pasca banjir.

Dan kami terus komited untuk membantu

membangunkan komuniti setempat yang

tetjejas kehidupan akibat banjir.

Dalam Majlis ini, MRA telah

mengumumkan komitmen untuk

terus membantu Pakistan melalui

kerjasama erat dengan Al Khid-

mat untuk beberapa projek pem-

bangunan di beberapa wilayah

yang terlibat.

Antara bantuan yang akan

diteruskan ialah Pembinaan Pam

Air, Pembinaan Rumah Syukur,

Pembinaan Mini Empangan

Hidro, Melengkapkan sebuah

hospital di Batagram dan juga

penajaan gaji guru-guru di se-

buah sekolah di Batagram.

MRA mengucapkan ribuan ter-

ima kasih kepada para penderma

dan penyumbang yang begitu

komited dan percaya kepada

MRA untuk melaksanakan pro-

jek-projek yang telah dinyatakan.

Semoga kita dapat melakukan

yang terbaik di bumi Pakistan ini

2 TAHUN PENUH KOMITED

mukasurat 5 LAPANGAN 18-2012

Page 6: Lapangan 18

RAYUAN DANA UNTUK ARAKAN

DI MASJID TNB, BANGSAR

Pengarah Eksekutif MRA telah berkongsi

maklumat dan fakta mengenai program

Dekat Di Mata Lekat Di Hati sempena

Ramadhan 1433. Beliau turut mengulas

mengenai isu Arakan yang semakin panas

diperkatakan.

Beliau telah mengajak jemaah yang hadir

untuk sama-sama menjadikan Ramadhan

yang bakal menjelang nanti sebagai medan

untuk beribadah disamping mengambil ikti-

bar dari ibadah puasa itu sendiri. Merasakan

keperitan tanpa makanan, merasakan keseng-

saraan dan serba kekurangan.

Beliau turut mengajak jemaah untuk terus

menerus memberikan doa dan munajat

kepada penduduk Arakan agar mereka kekal

selamat dan dapat menikmati kehidupan

seperti sedia kala.

http://bekas-bekas-plkn.blogspot.com

KONGSI PENGALAMAN BERSAMA

BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA Malaysian Relief Agency telah dijemput untuk

mengisi slot perkongsian pengalaman didalam

Bengkel Briged Sukarelawan Khidmat Negara

yang diadakan di Lumut baru-baru ini.

Slot ini telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif

MRA sendiri, beliau berkongsi pengalaman dan

kaedah yang digunapakai oleh MRA didalam men-

guruskan para sukarelawan yang dikenali sebagai

SAHABAT MRA.

Bersama Imam dan AJK Masjid

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 6

Page 7: Lapangan 18

MRA telah menerima kunjungan hormat

dari wakil NGO di Lapangan Sri Lanka,

Sdr. Nihmath dari Community Trust

Foundation (CTF).

Beliau sedang dalam rangka kerja untuk

bertemu dan berbincang dengan rakan

pelaksana dari Malaysia untuk penerusan

beberapa projek bantuan yang berpotensi

dan telah dikenalpasti di sana.

MRA mempunyai beberapa program di

Sri Lanka antaranya ialah program mem-

baik pulih Masjid di kawasan yang pernah

terlibat dalam konflik diantara tentera Sri

Lanka dan pemisah Tamil tidak lama

dulu. Juga program pembangunan komu-

niti dan program pertanian lestari.

MRA masih lagi komited dan memberikan per-

hatian yang penuh terhadap perkembangan dan

pembangunan anak-anak didik yang terlibat di-

dalam program MYCORPS.

Satu pertemuan telah turut diadakan bagi membin-

cangkan mengenai program susulan kepada projek-

projek yang bakal mereka lakukan di negara-negara

yang telah mereka kunjungi.

Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan

maklumbalas mengenai apa-apa isu yang berkaitan

dengan misi bantuan yang telah mereka jalankan di

negera-negara yang telah mereka kunjungi.

Mesyuarat ini mencapai keputusan untuk mengada-

kan sesi pembentangan terhadap kerja-kerja lapan-

gan yang telah diadakan oleh setiap kumpulan bagi

memaklumkan kepada masyarakat umum dan

mereka yang berminat mengenai program yang

telah mereka laksanakan. Majlis taklimat ini akan

bermula dengan Tim MYCORPS-MRA ke Leba-

non dalam masa terdekat.

Kunjungan dari SRI LANKA

MRA telah turut menerima kunjungan daripada

penuntut Fakulti Bahasa Antarabangsa, Institut

Perguruan Bahasa, Lembah Pantai.

Mereka berhasrat untuk membincangkan potensi

kerjasama yang boleh dijalinkan dengan MRA

dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan

pengajian mereka.

Penerangan mengenai operasi dan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan oleh MRA telah disam-

paikan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri.

Lawatan Fakulti Bahasa Antarabangsa

MYCORPS & MRA

mukasurat 7 LAPANGAN 18-2012

Page 8: Lapangan 18

TIM PERUBATAN MRA yang diketuai oleh Dr. Shahri-

zal Azwan telah beroperasi di sebuah penempatan Rohin-

gya di pinggir bandar Kuala Lumpur. Beliau telah dibantu

oleh kakitangan perubatan daripada Hospital Pakar Al Is-

lam, MSU dan Biro Kesihatan ABIM. Program ini adalah

merupakan program kerjasama yang sering digerakkan

secara bersama dikalangan organisasi yang terlibat.

Sedikit perkongsian mengenai pelarian Rohingya, mereka

merupakan penduduk asal sebuah negeri yang dikenali se-

bagai Arakan, terletak didalam Kesatuan Myanmar atau

sebelum ini dikenali sebagai Negara Burma. Pergolakan

dan pertelingkahan antara kaum adalah perkara biasa yang

sering menimpa mereka. Kesukaran hidup telah men-

dorong mereka untuk berhijrah keluar dari negara tersebut.

TIM MEDIKAL MRA BERGERAK DI KAWASAN ROHINGYA , KAMPUNG PANDAN

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 8

Page 9: Lapangan 18

Klinik Lapangan MSU-MRA untuk

Pelarian Rohingya di Kampung Pandan

Misi Banjir Utara 2010

ga

ris

ma

sa

mukasurat 9 LAPANGAN 18-2012

Page 10: Lapangan 18

K E R J A S A M A T N B - M R A

diteruskan lagi tahun ini, menjadikan

ianya tahun ketiga TNB dan MRA

terlibat bersama-sama dalam projek

pembangunan komuniti Orang Asli.

Sebelum ini, TNB-MRA telah ber-

sama-sama membantu membawa ma-

suk bekalan elektrik dan menggerak-

kan program pembangunan komuniti

di Pos Bersih di Slim River, Perak

dan di Kampung Songkok, Rawang,

Selangor. Untuk makluman, MRA

masih lagi meneruskan program di

kedua-dua buah kampung ini.

Bagi program di Batu Balong, Ben-

tong, Pahang ini, selain dari SAHA-

BAT MRA , turut serta memeriahkan

lagi program ini ialah para SUKARE-

LAWAN dari Kelab Kilat TNB

sendiri.

Satu pameran mengenai penjagaan kese-

lamatan semasa menggunakan peralatan

elektrik telah turut diadakan. Pameran

ini memberikan maklumat bergambar

kepada para pengunjung mengenai kesan

-kesan buruk, risiko dan potensi kema-

langan yang boleh berlaku jika faktor-

faktor keselamatan diabaikan. Pameran

ini sedikit sebanyak dapat mendidik

masyarakat orang asli agar berhati-hati

semasa menggunakan peralatan elektrik.

MISI BATU BALONG - SUKSES Para Sukarelawan, biarpun ramai

yang baru berjumpa pertama kali,

namun keakraban dan kesepakatan

itu jelas tertonjol apabila masing-

masing dapat menyesuaikan diri

dan saling bantu membantu bagi

memastikan kelangsungan pro-

gram pada hari tersebut.

T E K U N

G I G I H

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 10

Page 11: Lapangan 18

Menanam pokok sebagai tanda permulaan kerjasama

yang erat dan akrab

Saudara Mohd Iqbal Abu Bakar menyerahkan buku

cenderamata MRA kepada Wakil kakitangan TNB

Simbolik kerjasama TNB-MRA

Pengurus Besar Kanan,

Operasi Wilayah 1, TNB,

Tuan Haji Mustafa Din se-

dang memasang fius bagi

merasmikan kemasukkan

elektrik di Kampung Batu

Balong

mukasurat 11 LAPANGAN 18-2012

Page 12: Lapangan 18

Seorang penduduk

kampung Batu Ba-

long sedang menda-

patkan rawatan dari

Tim Perubatan MRA

yang hadir memberi-

kan bantuan dan

sokongan perubatan

kepada penduduk

setempat. Tim Pe-

rubatan MRA

diketuai oleh Dr.

Shahrizal Azwan.

Kakitangan TNB begitu komited dan ceria dalam

menjadikan program pada hari ini berjaya dan menca-

pai kejayaan seperti yang diharapkan.

Meraikan hadirin yang hadir dengan Raja Segala Buah

- buah durian untuk dinikmati oleh setiap yang hadir

pada majlis yang gilang gemilang ini

Pasukan perubatan MRA dengan gigihnya menjalankan

kerja-kerja pemeriksaan dan rawatan kepada penduduk

Kampung Batu Balong, Raub, Pahang ini. Semalam, pasu-

kan Perubatan yang sama berada di Perkampungan Rohin-

gya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja

pemeriksaan kesihatan pelarian yang berada disana.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 12

Page 13: Lapangan 18

TAUTAN KASIH VII dan TUNAS MUDA SIMULASI LATIHAN menggunakan Modul khusus MRA

TAUTAN KASIH VII dilaksanakan mengi-

kut tradisi kebiasannya iaitu latihan se-masa bulan Ramadhan, kali ini ianya

diteruskan dengan pembabitan peserta Tunas Muda yang terdiri daripada para penuntut jurusan perubatan dari uni-

versiti dalam dan luar negara.

Seperti amalan biasa, ianya tetap di-

laksanakan di Pos Bersih, Slim River, Perak, tapak latihan bagi program

pembangunan komuniti Orang Asli MRA. Kali ini, aktiviti bantuan men-jangkau ke perkampungan jauh ke-

dalam seperti Tenau dan juga Keding.

SAHABAT + ALAM SEMULAJADI + ORANG ASLI = TAUTAN KASIH (TUNAS MUDA)

mukasurat 13 LAPANGAN 18-2012

Page 14: Lapangan 18

Tautan Kasih yang merupakan program turun kam-

pung Orang Asli secara berkala MRA terus dilaksana-

kan mengikut jadualnya. Walaupun berada didalam

bulan Ramadhan, sambutan dan permintaan SAHA-

BAT untuk turut serta amatlah menggalakkan.

Sedikit berbeza dengan program Tautan Kasih yang

sebelumnya, Tautan Kasih 7 memulakan tirainya den-

gan program latihan Tunas Muda MRA yang bertem-

pat di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lum-

pur.

Peserta bagi program Tautan Kasih kali ini berjumlah

lebih daripada 75 orang, dan ditambah dengan sejum-

lah petugas dan SAHABAT MRA yang lain menjadi-

kannya hampir 90 orang kesemuanya yang terlibat.

Presiden MRA sedang membakar semangat SAHABAT MRA

TEKNOLOGI merapatkan bukan menjauhkan... Para peserta sedang beramah mesra dengan anak-anak Orang Asli

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 14

Page 15: Lapangan 18

MODUL Agihan Makanan adalah antara modul yang

paling mudah dan agak senang untuk dilaksanakan,

ianya tugasan yang jelas dan nampak nyata. Tidak rumit

dan sukar seperti tugasan dan modul yang lain.

Modul ini bermula dengan pembelian makanan kering

berdasarkan permintaan yang dikemukakan penduduk

setempat. Kita harus membenarkan partisipasi pen-

duduk setempat dalam proses pembelian makanan ini

kerana ianya akan membantu kita untuk mendapatkan

makanan pada harga murah dan kualiti yang lebih baik.

Namun, pengalaman kami beroperasi di Lapangan yang se-

benar, membuktikan sebaliknya. Agihan makanan meru-

pakan aktiviti yang sukar dan berisiko tinggi.

Ianya meliputi pelbagai aspek penting yang lain seperti me-

mastikan bekalan makanan tertentu berada pada kualiti dan

kuantiti seperti yang diperlukan. Juga kaedah pengangkutan

yang perlu untuk memastikan proses pengagihan berjalan

dengan baik. Khidmat kawalan keselamatan juga perlu di-

masukkan sekali bagi memastikan keselamatan barangan/

komoditi yang telah siap dibeli.

Perlaksanaan MODUL AGIHAN MAKANAN

mukasurat 15 LAPANGAN 18-2012

Page 16: Lapangan 18

Program Tautan Kasih kali ini meli-

batkan pembabitan beberapa or-

ganisasi lain seperti Biro Kesihatan

ABIM, Hospital Pakar Al Islam, X-

VAT69 dan Akademi Quran.

Sokongan 4X4 diberikan oleh Abg.

Ali dan tim nya, sokongan Walkie

Talkie dari Sektretariat MYCORPS

dan sokongan perubatan dari tim Pe-

rubatan MRA.

TUNAS MUDA merupakan satu program

khusus MRA dalam mempersiapkan kader-

isasinya dengan penumpuan utamanya

adalah kepada para penuntut jurusan Pe-

rubatan dari institusi pengajian didalam dan

juga di luar negara. Program ini, pada haki-

katnya berhasrat untuk melahirkan generasi

pelapis kepada pimpinan yang sedia ada

dalam jangkamasa 3-5 tahun dari sekarang.

Melalui TUNAS MUDA, mereka akan di-

latih dengan skil kemahiran kerja-kerja ban-

tuan kemanusiaan serta diberikan peluang

untuk mengaplikasikan segala apa yang telah

diajar ke lapangan yang sebenar. Para pe-

serta program TUNAS MUDA ini, insya Al-

lah berpeluang untuk menyumbang dipering-

kat yang lebih tinggi lagi harapnya.

Latihan kali disekalikan dengan TAUTAN

KASIH bagi memudah serta melancarkan

lagi kerja-kerja koordinasi untuk kedua-dua

program ini.

Tim Perubatan MRA di Pos Tenau. Jarak masa

dari Pos Bersih ialah sekitar 1jam setengah.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 16

Page 17: Lapangan 18

Sekolah Rendah Kebangsaan Pos Bersih merupakan

tapak penting bagi kelancaran program Tautan Kasih

seperti siri-siri yang telah lalu.

Sekolah ini memberikan bantuan dan sokongan lojistik

yang utama sepanjang program ini berjalan. Dewan

Makan yang terletak di kantin sekolah ini seperti biasa

akan diubahsuai menjadi Dewan Kuliah dengan segala

kerusi dan meja akan ditolak ke tepi kiri dan kanan. Pada

waktu-waktu tertentu pula, ianya akan bertukar wajah

menjadi surau untuk mendirikan solat waktu secara berje-

maah.

Kawasan padang sekitar Dewan Makan kebiasaannya

akan bertukar menjadi tapak perkhemahan bagi peserta

lelaki manakala peserta perempuan akan bermalam di-

dalam dua bilik darjah yang telah dipilih.

Kemudahan seperti dapur Dewan Makan juga dapat di-

manfaatkan oleh Tim Memasak MRA yang begitu ber

semangat dan ianya pasti menyenangkan lagi kerja masak

-memasak yang mereka lakukan.

Kemudahan lain yang dapat dimanfaatkan ialah elektrik,

air dan tandas.

SRK POS BERSIH BERI SOKONGAN LOJISTIK

Ust. Shakir sedang menyampaikan tazkirah

Bekas ahli VAT 69 hadir membantu MRA

Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal

Abu Bakar & Penyelia Sek. Rohingya MRA ,

Sdr. Johari Kan Abdullah bersama dengan

Guru Besar SK Pos Bersih, Slim River

mukasurat 17 LAPANGAN 18-2012

Page 18: Lapangan 18

Tautan Kasih 7 & Tunas Muda Pos Bersih merupakan kawasan perkampungan

Orang Asli yang didiami oleh penduduk dari suku

Semai yang terletak berhampiran bandar dan agak

terdedah dengan arus kemodenan dan pembangunan

yang rancak dan sedang mengambil tempat di Slim

River, Perak.

Penduduk setempat kebanyakkannya bekerja sendiri

dengan cara mengambil dan menjual hasil-hasilan

hutan kepada peraih dan peniaga yang masuk ke per-

kampungan orang asli bagi mendapatkan hasilan

tersebut.

Hasil-hasilan ini adalah seperti madu, akar-akar

herba seperti Tongkat Ali, rotan-rotan, daging-

daging haiwan tertentu, ayam hutan dan lain-lain

yang boleh mendatangkan keuntungan.

Ada juga dikalangan mereka yang menjadi petani

yang mengerjakan tanah yang mereka miliki dengan

berbagai hasil tanaman, baik yang bersifat sayuran

ataupun yang berbatang tegap seperi getah dan ke-

lapa sawit.

Penemuan setiap kumpulan dikongsikan bersama yang lain

Pembentangan setiap kumpulan amat menarik dan kreatif

Mereka hadir atas keinsafan untuk belajar, beramal dan berbakti kepada masyarakat. Merekalah Tunas Muda yang masih hijau bagi memastikan kelangsungan Tautan Kasih ini

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 18

Page 19: Lapangan 18

Tautan Kasih 7 & Tunas Muda Budaya dan cara hidup Orang Asli sungguhpun tidak banyak

berbeza dengan orang lain namun sedikit sebanyak mempun-

yai kelainan dan keunikan yang tersendiri.

Orang Asli secara umumnya dikenali sebagai kelompok

manusia yang agak pemalu. Mereka biasanya merasa malu-

malu dan agak kurang bercakap ketika mula-mula ditemui,

namun setelah berkenalan dan saling kenal mengenal dalam

satu tempoh masa yang tertentu, maka mereka akan lebih

mudah berbual dan ramah apabila berkomunikasi bersama

mereka.

Orang Asli ada masyarakat yang begitu tinggi nilai integriti-

nya. Mereka masih lagi memegang nilai-nilai dan prinsip

asas kehidupan yang kini semakin pudar dan malap dalam

komuniti dan masyarakat moden hari ini. Dalam peribahasa

Melayu, mereka ini disebut sebagai “Lurus Bendul”, seorang

yang bercakap tentang perkara yang sebenar dan tidak tahu

serta tidak mahu menokok tambah atas cerita tersebut.

Mereka terkenal bercakap jujur, berterus terang dan tidak

berbelit-belit, amanah dan tegas. Berurusan dengan mereka

juga memerlukan kita untuk memiliki semua sifat-sifat dan

nilai tersebut.

“Profiling” penduduk amat perlu untuk tindakan susulan

Klinik LAPANGAN MRA beroperasi di Pos Bersih

Mereka hadir atas keinsafan untuk belajar, beramal dan berbakti kepada masyarakat. Merekalah Tunas Muda yang masih hijau bagi memastikan kelangsungan Tautan Kasih ini

mukasurat 19 LAPANGAN 18-2012

Page 20: Lapangan 18

Pengarah Latihan & Pembangunan mener-

angkan konsep latihan MRA

Guru-guru turut serta Aktiviti diluar kelas

Pengurus Operasi MRA sedang berkongsi pengalaman bersama perserta

MIKE CHARLIE ROMEO in the making (in TROLAK)

MRA merasa begitu gembira dengan komit-

men dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh bukan saja para guru dan pengurusan

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Trolak tetapi juga oleh adik-adik para pela-jar terhadap kursus asas kepada sukarela-

wan bantuan kemanusiaan yang diken-dalikan oleh MRA.

Mereka sanggup mengorbankan cuti

dan masa lapang yang ada untuk hadir, mendengar dan mengambil ba-

hagian dalam aktiviti yang kami an-jurkan dan kongsikan bersama mereka. Komitmen yang ditunjuk-

kan amatlah membanggakan dan sangat mengkagumkan.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 20

Page 21: Lapangan 18

MRA & HOSPITAL PAKAR AL ISLAM

RAIKAN LIMA DOKTOR PALESTIN

TANPA pernah melupakan penderitaan dan perjuan-

gan rakyat Palestin, MRA dengan kerjasama rakan

strategiknya, Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru,

Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk men-

gundang LIMA orang doktor Palestin ke Malaysia

bagi menjalani latihan serta menghadiri kursus-

kursus tertentu berkaitan ilmu dan bidang kepakaran

serta kemahiran mereka di sini.

Kesemua Doktor Palestin yang hadir ini bertugas di dalam

Palestin, adalah diharapkan dapat menyumbang kembali

kepada penduduk dan bumi Palestin sekembalinya mereka ke

tanahair setelah tamat mengikuti kursus-kursus yang telah dis-

ediakan kepada mereka.

Adalah dijangkakan mereka akan berada selama sepuluh bulan

di Malaysia sepanjang tempoh mereka berkursus nanti.

Timbalan Presiden MRA sedang memberikan taklimat kepada

para Doktor Palestin di Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru.

Setiausaha Agung MRA sedang berbincang

dengan para Doktor dari Palestin

mukasurat 21 LAPANGAN 18-2012

Page 22: Lapangan 18

Pengagihan Daging Proses yang diterima oleh MRA kepada Rumah-rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur

berjalan dengan baik sekali. Beberapa buah Rumah Anak Yatim yang telah dikenalpasti menerima bantuan

setiap kali MRA mendapat sumbangan daging tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan oleh organisasi

tersebut akan memberikan manfaat kepada anak-anak yatim dan mereka yang serba memerlukan.

Dalam kesempatan lain, sewaktu kami menghantar sumbangan daging proses ini ke sebuah rumah

anak yatim di Datuk Keramat, kakitangan MRA telah sempat untuk mengajar anak-anak yatim ini

Modul A-Z Bahasa Isyarat kepada anak-anak yatim ini. Dengan waktu yang singkat mereka telah

dapat memahami dan menghayatinya.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 22

Page 23: Lapangan 18

MRA ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Muslim Aid Malaysia kerana telah sudi

menyumbangkan lebih daripada 24 buat kotak yang setiap satu

mengandungi 12 buah tin daging qurban yang enak.

Sumbangan dari Muslim Aid Malaysia ini telahpun kami agih-

agihkan kepada komuniti yang memerlukan di Malaysia seperti

Komuniti Orang Asli, Komuniti Pelarian Rohingya, organisasi

belia dan dakwah, serta

MRA amat menyanjung tinggi kerjasama yang diberikan

dan sentiasa komited untuk saling bantu membantu di

kalangan komuniti organisasi bantuan kemanusiaan.

Untuk perkongsian semua, MRA turut menyediakan kemu-

dahan sejuk beku bagi menampung lebihan daging Qurban

yang mungkin berlaku di Kuala Lumpur. Daging-daging

ini akan diagihkan kemudian kepada komuniti yang memer-

lukan. mukasurat 23 LAPANGAN 18-2012

Page 24: Lapangan 18

Satu majlis pembentangan mengenai Program Lapangan

Antarabangsa MYCORPS ke Lebanon telah selamat

diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras,

Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis pembentangan ini turut dihadiri oleh Tim. Pengarah

Bahagian Rakan Muda KBS, Dr. Ghani, wakil dari Institut

Penyelidikan Belia, Sukarelawan Khidmat Negara dan lain-

lain lagi.

Satu Jawatankuasa bagi

sub-Komiti Orang Pekak

telah ditubuhkan bagi

membantu menggerakan

aktiviti dan perjalanan sub-

komiti ini dengan lebih

kerap dan tersusun.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 24

Page 25: Lapangan 18

Perasaan tanggungjawab, rasa kasih sayang dan cinta

adalah merupakan elemen asas ke arah percambahan

serta kebangkitan jiwa patriotisme didalam diri indi-

vidu dan masyarakat umumnya.

Patriotisme adalah semangat kesetiaan dan kecintaan

akan sesebuah masyarakat dan adanya rasa kesepun-

yaan (self of belonging) dalam diri seseorang terha-

dap masyarakat tersebut serta disusuli dengan tinda-

kan (aplikasi) dalam pelbagai bentuk. Patriotisme

bukan hanya sekadar melaungkan “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka” tetapi ada sebab mengapa

perkataan merdeka itu sendiri dilaungkan.

Kita, kerana laungan merdeka itu bukannya datang

dengan bergolek (datang dengan mudah), tetapi ia

perlu adanya pengorbanan seseorang atau sekumpulan

manusia sebagai pendukung kepimpinan ke arah

mencapai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu.

Kepimpinan dan para pejuang seperti Tok Gajah, Mat

Kilau, Tok Ku Paloh, Tok Kenali, Dato Bahaman, Onn

Jaafar dan sebagainya yang sanggup berkorban dan

berjuang bagi mencapai kemerdekaan daripada seran-

gan penjajah. Para pejuang ini dengan penuh seman-

gat kesukarelaan, “menyinsing” baju ke lengan, ber-

perang bersenjatakan keris dan parang, men-

gorbankan masa di meja perundingan bagi menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu.

Para pejuang dan pemimpin bukan hanya berjuang

seorang diri sahaja, tetapi mereka memerlukan sokon-

gan daripada masyarakat Tanah Melayu sendiri agar

kebebasan daripada penjajah lebih berkesan. Ini ter-

bukti dengan kemerdekaan yang telah kita kecapi

sehingga ke saat ini. Mereka bukan hanya sekadar

berdiam diri di rumah atau hanya memasang niat

untuk mencapai kemerdekaan tetapi mereka perlu

berjuang dari segi fizikal, mental dan spiritual bagi

mencipta sebuah kemerdekaan.

Menurut Dr Azizan Bahari (2005), kesukarelawanan meru-

pakan idea dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat

yang sering diterjemahkan melalui perkongsian ikhlas untuk

kepentingan masyarakat yang luas. Perkataan kesukarela-

wanan merupakan berasal daripada kata “kerja sukarela”.

Turiman & Azimi (2004) mendefinisikan bahawa kegiatan

sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau

mengharapkan balasan yang berasaskan kepada pendidikan

untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupayaan melalui

penglibatan.

Aktiviti kesukarelawanan bukanlah satu idea dan tindakan

yang baharu tetapi ia sudah lama dipraktikkan dan di-

realisasikan oleh masyarakat sejak berkurun lamanya. Kesu-

karelawanan juga dikenali sebagai “kerja/kegiatan sukarela”

atau “khidmat sosial” dalam kalangan masyarakat umum-

nya termasuklah di Malaysia. Di dalam konteks negara

Malaysia, kesukarelawanan banyak diterjemahkan melalui

budaya “gotong-royong”. Contohnya pada waktu kenduri-

kendara, yang mana dapat kita lihat masyarakat ber-

ganding bahu dan berpenat lelah untuk menjayakan ken-

duri-kendara seperti di majlis perkahwinan, dengan ber-

sama-sama menyediakan juadah makanan secara bergotong-

royong antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan.

Budaya sebegini dapat diaplikasi kerana adanya kesedaran

serta keterikatan yang terjalin kukuh antara satu sama lain

dalam sesebuah masyarakat.

Melalui aktiviti kesukarelawanan juga, ia mampu untuk

membangkitkan rasa kasih sayang dan saling bertangung-

jawab antara sama lain kerana aktiviti-aktiviti sebegini

dilaksanakan yang secara kolektif (bersama) yang menghim-

punkan satu kumpulan masyarakat dalam menyalurkan

bantuan pertolongan kepada pihak/golongan yang memerlu-

kan.

Aktiviti yang dijalankan bukanlah mengharapkan balasan

dari segi wang ringgit atau balasan dalam apa jua bentuk,

tetapi adalah kerana tanggungjawab antara manusia itu

sendiri dan bertepatan dengan definisi kesukarelawanan

iaitu “keikhlasan”.

KESUKARELAWANAN DAN PATRIOTISME TUAN MUHAMMAD ZUKRI BIN TUAN SEMBOK

aktiviti

kesukarelawanan

mampu untuk

membangkitkan

rasa kasih sayang

dan saling ber-

tangungjawab

antara sama lain

Aktiviti kesuka

relawanan

bukanlah satu

idea dan tindakan

yang baharu

tetapi ia sudah

lama dipraktikkan

dan direalisasikan

oleh masyarakat

sejak berkurun

lamanya

mukasurat 25 LAPANGAN 18-2012

Page 26: Lapangan 18

Para sukarelawan juga terpaksa berdepan dengan isu-isu semasa, yang

mencabar dalam arus globalisasi yang semakin pantas yang mampu meng-

gugat kestabilan masyarakat pada masa kini. Contohnya, kerja sukarela

yang melibatkan pemberian bantuan kepada masyarakat miskin yang se-

benarnya mampu mendidik diri seorang sukarelawan untuk rasa bertang-

gungjawab dan rasa kasih sayang serta cinta kepada tanah air. Para suka-

relawan dengan sedaya upaya dan terus menerus membantu mereka, ker-

ana mereka merupakan sebahagian daripada entiti dalam sistem masyara-

kat.

Aktiviti sukarela boleh diaplikasi melalui pelbagai

program atau projek selain daripada contoh kemi-

skinan di atas. Program atau projek yang lain

seperti projek kepentingan pengguna yang memberi

kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan

mengetahui hak anda sebagai kuasa pembeli dan

pengguna barangan. Selain itu, projek menyelamat-

kan alam sekitar daripada dieksploitasi oleh pihak-

pihak tertentu yang memberi impak negatif terha-

dap alam sekitar di Malaysia. Program,aktiviti dan

projek sebegini dapat mendidik diri manusia dan

masyarakat untuk mempunyai rasa cinta akan apa

yang ada disekeliling kita termasuklah persoalan

keamanan yang kita kecapi di Malaysia yang sudah

bertahun lamanya

Kerajaan Malaysia sendiri telah mengadakan pelbagai

program sukarelawan termasuklah oleh badan bukan

kerajaan (NGO) serta pertubuhan-pertubuhan suka-

rela yang sebenarnya adalah juga untuk melatih

mereka agar menjadi masyarakat yang berdisiplin.

Contoh beberapa program yang ada seperti Program

Latihan Khidmat Negara (PLKN), Briged Sukarelawan

Khidmat Negara (BSKN), MYCORP dan sebagainya

adalah untuk membentuk mereka untuk berdisiplin

seperti semangat bekerjasama serta hormat-

menghormati antara kepelbagaian etnik yang ada di

Malaysia. Hormat-menghormati antara kepelbagaian

etnik seringkali ditekankan oleh para pemimpin di

Malaysia, lantas itu menerusi program-program kesu-

karelawanan yang dijalankan diharap mampu men-

ingkatkan lagi perhubungan etnik di Malaysia. Kita

tidak mahu tragedi hitam 13 Mei 1969 yang ber-

punca daripada rusuhan etnik yang paling buruk berlaku kembali dalam

lipatan sejarah negara Malaysia.

Mereka berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dengan

dibekalkan rasa sayang dan cinta akan tanah air kerana di-

tanah tumpah inilah mereka dibesarkan dan dididik untuk

menjadi insan yang berguna kepada negara.

Pengorbanan merupakan salah satu elemen yang begitu ber-

harga dan sukar untuk dicapai dan elemen ini harus ada pada

mereka yang bergelar sukarelawan. Selain itu, bagi melahirkan

jiwa yang patriotisme, para sukarelawan memerlukan kesedaran

dari segi semangat (motivasi), keyakinan, kerjasama, serta

memerlukan pembaharuan diri yang positif dari semasa ke

semasa (tranformasi) dan berani mengambil tindakan yang

proaktif bagi manfaat bersama. Sukarelawan perlukan pen-

gorbanan, seperti mana yang para pejuang kemerdekaan sebe-

lum ini yang meliputi pengorbanan dari segi curahan idea,

fizikal (termasuk wang ringgit) dan memerlukan tindakan turun

padang bagi merealisasikan hasrat dan definisi kesukarela-

wanan itu sendiri. Seorang sukarelawan perlu adanya keikhla-

san dan bukannya dipaksa-paksa oleh sesetengah pihak bagi

menjaga kepentingan mereka (ada udang disebalik batu).

seperti mana para pejuang Tanah Melayu yang telah banyak

berkorban bagi kemerdekaan negara.

Pengorbanan merupakan salah satu elemen yang begitu ber-

harga dan sukar untuk dicapai dan elemen ini harus ada pada

mereka yang bergelar sukarelawan. Selain itu, bagi melahirkan

jiwa yang patriotisme, para sukarelawan memerlukan kesedaran

dari segi semangat (motivasi), keyakinan, kerjasama, serta

memerlukan pembaharuan diri yang positif dari semasa ke

semasa (tranformasi) dan berani mengambil tindakan yang

proaktif bagi manfaat bersama.

Sukarelawan perlukan pengorbanan, seperti mana yang para

pejuang kemerdekaan sebelum ini yang meliputi pengorbanan

dari segi curahan idea, fizikal (termasuk wang ringgit) dan

memerlukan tindakan turun padang bagi merealisasikan hasrat

dan definisi kesukarelawanan itu sendiri. Seorang sukarelawan

perlu adanya keikhlasan dan bukannya dipaksa-paksa oleh

sesetengah pihak bagi menjaga kepentingan mereka (ada

udang disebalik batu). seperti mana para pejuang Tanah Me-

layu yang telah banyak berkorban bagi kemerdekaan negara..

Para sukarelawan yang melibatkan diri dalam kerja sukarela

sebenar dalam keadaan mereka tidak “sedari”, mereka se-

benarnya telah mendidik serta melatih diri untuk mewujudkan

rasa sayang serta cinta kepada masyarakat.

Pengorbanan

merupakan

salah satu ele-

men yang begitu

berharga dan

sukar untuk di-

capai dan ele-

men ini harus

ada pada

mereka yang

bergelar suka-

relawan.

LAPANGAN 18-2012 mukasurat 26

Page 27: Lapangan 18

Selain itu, banyak pertubuhan sukarela yang

kini begitu aktif dalam menyalurkan ban-

tuan ke luar negara termasuklah Malaysian

Relief Agency (MRA). Agensi MRA telah men-

jalankan misi bantuan ke Pakistan, India,

Afghanistan, Myanmar dan sebagainya seba-

gai salah satu aktiviti kesukarelawanan

mereka. Di negara-negara tersebut mereka

dilanda pelbagai krisis seperti krisis peperan-

gan, makanan, kesihatan, bencana banjir

dan sebagainya. Krisis-krisis sebegini telah

mengakibatkan kesan yang teruk kepada

masyarakat setempat sehingga menganggu-

gugat kesejahteraan hidup mereka. Para

sukarelawan yang diberi peluang dan men-

cari peluang untuk melaksanakan misi-misi

bantuan luar negara begitu bertuah kerana

dapat melihat sendiri dengan mata mereka

bagaimana keadaan negara yang mengha-

dapi krisis tersebut. Berdasarkan pengalaman

-pengalaman sukarelawan yang mereka

perolehi, secara tidak langsung mereka da-

pat menilai betapa bersyukurnya mereka

berada di negara Malaysia. Kesyukuran ini

membentukkan jiwa mereka akan rasa cinta

dan sayang terhadap negara Malaysia yang

masyarakatnya bebas daripada dibelenggu

dengan krisis yang teruk.

kesukarelawan

merupakan salah

satu tapak atau

landasan untuk

seseorang mewu-

judkan jiwa

patriotisme dalam

diri

Kesimpulannya, kesukarelawan meru-

pakan salah satu tapak atau landasan

untuk seseorang mewujudkan jiwa patri-

otisme dalam diri. Ini jelas seperti yang

telah penulis cuba untuk sampaikan

pada keluaran pada kali ini. Aktiviti-

aktiviti kesukarelawanan harus terus

disuburkan, jangan sekali-kali menghen-

tikannya walaupun untuk seketika

waktu. Masyarakat harus di beri kese-

daran secara terus menerus agar

mereka ada rasa sayang dan cinta akan

negara Malaysia melalui aktiviti-aktiviti

kesukarelawanan. Aktiviti kesukarelawan

mendidik patriotisme dalam diri

masyarakat dan aktiviti kesukarela-

wanan boleh diaplikasikan secara

bersendirian mahupun berkumpulan

tidak mengira peringkat usia. Namun

sebaik-baiknya laksanakanlah secara

berkumpulan kerana ia mendatangkan

manfaat yang lebih luas.Jelaslah ba-

hawa, aktiviti kesukarelawanan meru-

pakan salah satu mekanisme yang ter-

baik dalam mengubah laskar kehidupan

sebuah masyarakat ke arah jiwa dan

tindakan yang PATRIOTISME.

KESU

KARE

LAWAN

AN D

AN P

ATRIOT

ISME

Sebuah majlis makan malam khas

telah diadakan di rumah SUA MRA,

Dr. Mohd Daud Sulaiman bagi

meraikan adik-adik dari pesantren

Indonesia yang hadir dalam kunjun-

gan ke Malaysia. Turut diraikan

dalam majlis ini lima orang doktor

dari Palestin yang bakal menjalani

latihan kedoktoran mereka di

HUKM dibawah program anjuran

bersama MRA dan Hospital Pakar

Al Islam. Tambah menyerikan ma-

jlis ini ialah wakil khas dari Yayasan

Al Khidmat, Sdr. Usman Marwat.

Majlis turut dihadiri oleh wakil me-

dia dan pasukan pengurusan MRA.

mukasurat 27 LAPANGAN 18-2012

Page 28: Lapangan 18

PANTUN KEMANUSIAAN

Burung Hantu terbang senja

Burung Tekukur hinggap dipapan

Tolong bantu saudara Rohingya

Tanda syukur nikmat dikurniakan

Burung Tekukur hinggap dipapan

Tempua sudah bersarang rendah

Tanda syukur nikmat dikurniakan

Banyakkan sedekah juga hadiah

TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA MRA-Kumpulan UTUSAN dilancarkan secara rasmi

Presiden MRA menyerahkan bantuan Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA En. Rozaman, Penolong Ketua Pengarang Utusan