lapangan 05

15
MRA terus membantu di Seri Medan & Lenga Teambuilding Sek. Keb. Bandar Baru Sentul Tautan Kasih V Tautan Kasih V Tautan Kasih V Tautan Kasih V POS BERSIH 1,2 & 3, Slim River

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 20-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan.

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 05

MRA terus membantu di Seri Medan & Lenga Teambuilding Sek. Keb. Bandar Baru Sentul

Tautan Kasih V Tautan Kasih V Tautan Kasih V Tautan Kasih V POS BERSIH 1,2 & 3, Slim River

Page 2: LaPANGAN 05

Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad 18-20 Februari yang lalu, Program Tautan Kasih 5 telah selamat disempurnakan. Seperti tradisinya, program ini didokong oleh mahasiswa dari MSU yang sentiasa komited dan prihatin dengan masyarakat Orang Asli. Tautan Kasih 5 ini lebih mantap dan lebih rapi perancan-gannya terutama dari segi gerakerja perubatan dan program bersama penduduk. Peserta program kali ini berjumlah lebih daripada 60 orang dan dibantu oleh 12 orang SAHABAT MRA. Tautan Kasih ini bermula dengan sesi taklimat dan pengenalan terhadap gerakerja sukarelawan yang di isi oleh Sdr. Rezaidi Ishak, Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA. Sesi ini ke-mudiannya di sambung oleh Sdr. Shahrul, Pengarah Ekse-kutif MRA. Sesi ini mendapat sambutan yang cukup baik dengan pelbagai soalan diajukan kepada para penceramah. Sesi seterusnya ialah sesi khas bersama tim bekas VAT 69, menghayati anugerah ALLah iaitu alam sekeliling.

MRA turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada PIBG Sek Kebangansaan Pos Bersih diatas kerjasama dan kesudian mereka membenarkan MRA menggunakan segala fasiliti sekolah termasuk air, elektrik, kantin, kelas, padang dan lain-lain lagi. Tanpa kerjasama pihak sekolah, sukar juga bagi MRA untuk melaksanakan program ini. Program diteruskan dengan sesi aktiviti bersama penduduk dan anak-anak mereka. MSU tampil dengan modul khusus yang dicipta untuk memudahkan interaksi diantara mahasiswa dan penduduk. Merapatkan jurang komunikasi disamping dapat berinteraksi bersama penduduk dengan cara yang lebih santai dan berkesan. Tim Perubatan MRA yang diketuai oleh Seti-ausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman telah membuat pemeriksaan kepada penduduk setempat dan juga mereka sempat masuk hingga ke sebuah lagi kampung di pedalaman yang mengambil masa hampir satu jam untuk sampai.

TAUTAN KASIH ERAT SILATURRAHIM

Cenderahati kenang-kenangan dari MRA untuk pihak sekolah

TERBAIK dari MRA untuk penduduk Pos Bersih

Page 3: LaPANGAN 05

Tidak lupa juga, kepada tuan tanah yang membenarkan pembinaan Dewan ini dilaksanakan diatas tanahnya, Pak Mat. Kesediaan beliau ini amatlah luarbiasa dan sangat-sangat kami hargai. Pak Mat begitu positif dan amat senang dalam berurusan dengannya. Proses pembinaan Dewan Komuniti ini dijangka akan bermula pada bulan Mei ini dan dijangka untuk siap sebe-lum akhir tahun ini. Dengan adanya Dewan ini nanti, pel-bagai program dan aktiviti untuk penduduk kampung ini dapat dilakukan dengan lebih baik dan meriah lagi. De-wan ini adalah tempat untuk penduduk kampung berkum-pul dan berbincang bagi menentukan halatuju perjalanan kampung ini. MRA juga sedang merangka gerakerja bagi memban-gunkan pertanian berkonsepkan lestari dan organik disini. Satu sesi pembuatan baja organik telahpun disempurna-kan pada awal tahun lepas oleh MRA.

MRA membangunkan Dewan Komuniti di Pos Bersih ini bagi menyatakan betapa seriusnya kami dalam menjayakan program komuniti bersama masyarakat orang Asli Dalam program yang sama, MRA dengan secara rasminya men-gumumkan pembinaan sebuah Dewan Komuniti bagi penduduk di Pos Bersih. Pembinaan Dewan ini telah mendapat kebenaran dan kelulusan dari Pejabat Pegawai Daerah dan JAKOA. Dewan Komuniti ini bertujuan untuk memudahkan aktiviti dan kegiatan penduduk di kawasan sekitar terutamanya bagi merai-kan majlis-majlis yang memerlukan sebuah dewan bagi menam-pung kehadiran orang ramai. Dewan Komuniti ini yang ditaja sepenuhnya oleh MRA bagi menyatakan betapa seriusnya kami dalam membangunkan pro-gram komuniti bersama masyarakat orang Asli. MRA mahu masyarakat orang asli berada didalam arus perdana negara dan bukannya hidup terpencil dan tersendiri MRA ingin melahirkan rasa terima kasih diatas kepercayaan dan kebenaran yang diberikan oleh Tok Batin Pos Bersih. Tanpa kebenaran beliau, maka projek ini pastinya tidak dapat dilak-sanakan.

Page 4: LaPANGAN 05

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman berkunjung ke salah sebuah rumah penduduk di Pos Bersih

SANTAI CERIA bersama adik-adik di Pos Bersih

Page 5: LaPANGAN 05

Sukarelawan Perubatan MRA sedang mendaftar penduduk Pos Bersih dalam program Klinik Kesihatan MRA

Peserta TAUTAN KASIH 5 bergambar kenangan beramai-ramai, kami akan datang lagi untuk TAUTAN KASIH 6

Page 6: LaPANGAN 05

TEAMBUILDING SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL DI HULU YAM

5hb Mac 2011 yang lalu, Malaysian Relief Agency (MRA) telah berkerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul bagi mengendalikan sebuah Kursus Pembinaan Pasukan bagi guru-guru dan PIBG sekolah tersebut. Sungguhpun MRA terlibat secara khusus didalam bidang bantuan kemanusiaan dan perubatan, namun MRA juga mempunyai kepakaran dalam bidang ini cumanya ia tidak begitu ditonjolkan dalam aktiviti dan kegiatan MRA. Peserta terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa dari ajk PIBG sekolah tersebut. Seramai 80 orang peserta telah terlibat. Peserta semuannya memberikan kerjasama baik dan amat berdisiplin, pendidiklah katakana. Kursus ringkas ini berjalan selama setengah hari dan di pihak MRA, kami menurunkan 3 orang SAHABAT dan 3 staf MRA untuk menjayakan kursus ini.

Kapal mana yang lebih perkasa?

Page 7: LaPANGAN 05

Peserta bergambar ramai bersama tim MRA

Cikgu jangan risau, harimau semua dah lari...

Page 8: LaPANGAN 05

Diam tak diam LAPANGAN telah masuk 5 Edisi. Tanpa se-barang pesta pelancaran, hanya sekadar “restu” dari Exco dalam Mesyuarat EXCO MRA. LAPANGAN seperti semasa ia dibangunkan, memasang cita untuk menjadi penyebar maklumat kepada semua penderma, wargakerja, sahabat, penerima manfaat dan rakyat Malaysia umumnya yang

mendokong MRA sepanjang masa. LAPANGAN adalah e-majalah yang ditulis dan digarap hasil aktiviti MRA sendiri, kita akan sen-tiasa berbangga dengan hasil kerja yang diberikan oleh setiap warga MRA semasa berada di lapangan membantu masyarakat yang memerlukan. LAPANGAN menggunakan “lingo”nya yang tersendiri dan komited untuk mengekalkan keaslian setiap artikelnya. LAPANGAN bukanlah sebuah medium untuk MRA mendabik dada tetapi ianya adalah salah satu “front” untuk menarik lebih ramai lagi orang agar terlibat bersama MRA mahupun organisasi lain yang mempunyai objektif yang sama. LAPANGAN akan diperkemaskan lagi agar lebih “kompetetif”dan tersusun. MENGAKAR BUDI akan ditulis oleh Editor LAPANGAN bagi berkongsi dengan seluruh pembaca tentang ruang ke-manusiaan yang diisi oleh MRA. LAPANGAN juga sedang mengukur keupayaan dan mencari sumber manusia untuk menterje-mahkan isi kandungannya kedalam Bahasa Inggeris bagi menarik lebih ramai pembaca berba-hasa Inggeris dan kelompok luar dari Malaysia.

MENGAKAR BUDI

UCAPAN TERIMA KASIH - besiyor tassyakur

Bagi pihak Malaysian Relief Agency, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama erat kepada kami sepanjang operasi banjir di Selatan tanah air baru-baru ini. Terima kasih ini kami tujukan kepada Pengurusan dan Kakitangan Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar Kuala Lumpur, Majlis Ke-selamatan Negara Daerah Segamat, Majlis Keselamatan Negara Daerah Batu Pahat, RELA, Jabatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Batu Pahat, Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Segamat, Skuad Prihatin ABIM, Biro Kesihatan ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), WADAH, GPTD Unisel, SAHABAT MRA, Mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Tun Hus-sein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak, Universiti Teknologi MARA, Management & Science University, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Ketua-ketua Kampung - Kampung Sri Sejagong, Kampung Parit Jayus, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh, para wartawan dari media massa tempatan serta persatuan-persatuan dan indi-vidu-individu yang tidak dinyatakan disini tetapi telah hadir bersama membantu dalam misi bantuan ini, jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Istimewa kepada Sukarelawan MRA di Johor:- Sdr. Azlan, Sdr. Azwan, Pn. Suhana, Sdr. Kho-har, Sdr. Irfan, Sdr. Fariz, Sdr. Ariff, Sdri. Emma, Sdr. Azali dan lain-lain. WOW.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MAYBANK: 5640 9820 6365)

Page 9: LaPANGAN 05

Kempen Banjir Selatan MRA Tim Perubatan MRA yang terdiri dari kakitangan Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru bersama sukarelawan tempatan bergambar ramai

Sukarelawan Pembersihan MRA dari empat buah pusat pendidikan tinggi di Johor selesai melaksanakan tugasan—TAHNIAH!

Page 10: LaPANGAN 05

MRA MEMBERSIH RUMAH DI GEMEREH & POGOH

Keadaan rumah penduduk sebelum dibantu oleh Tim Pembersihan MRA

Halaman rumah penduduk yang berserakkan sebelum dibrsihkan oleh MRA

Page 11: LaPANGAN 05

BANTUAN BANJIR SELATAN MRA MEMBANTU DI TIGA DAERAH SEGAMAT, BATU PAHAT & MUAR

Kakitangan Hospital Al Islam sanggup meluangkan waktu cuti mereka untuk berkhidmat di kawa-san banjir, SYABAS

Page 12: LaPANGAN 05

TIM PERUBATAN MRA DI LENGA,MUAR Dr. Karim Russ sedang merawat penduduk yang berkunjung ke Klinik MRA di Lenga

Tim Perubatan dari Malaysian Relief Agency cawangan Perak terdiri dari kakitangan dan mahasiswa dari Royal College of Medicine Perak (RCMP) yang diketuai oleh Dr. Karim Russ. Mereka telah membantu merawat penduduk di Kg. Sejagung, Sri Medan dan penduduk di Lenga, Muar. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada mereka.

Page 13: LaPANGAN 05

Mukasurat 11 LaPANGAN 4 Malaysian Relief Agency Mukasurat 9 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

TIM PERUBATAN MRA DI SRI MEDAN, BATU PAHAT

Dua orang jururawat sedang memeriksa ubat di Klinik Bergerak MRA di Sri Medan

Doktor yang bertugas memberi nasihat kesihatan kepada penduduk yang berkunjung ke Klinik MRA

Page 14: LaPANGAN 05

Sukarelawan MRA menaiki sampan menziarahi rumah penduduk

Dr. Shahrizal Azuan, Pengarah Biro Perubatan MRA turun padang membantu penduduk di Seri Medan

Page 15: LaPANGAN 05

Tidak hancur gelang suasa Ikat kukuh sampai kesudah Tolak Ansur Bertimbang Rasa Muafakat utuh kerjakan mudah