lapangan 04

15
ROTI MRA untuk Mesir Bengkel EM di Bagan Serai Operasi Banjir Selatan di 3 Daerah Hidup Palestin FEBRUARI 2011

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 16-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

E-Majallah Malaysian Relief Agency (MRA) edisi ke Empat

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 04

ROTI MRA untuk Mesir

Bengkel EM di Bagan Serai Operasi Banjir Selatan di 3 Daerah

Hidup Palestin

FEBRUARI 2011

Page 2: Lapangan 04

Mukasurat 2 LaPANGAN 4 Malaysian Relief Agency

Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik turut membantu penuntut Malaysia di Mesir Ketegangan yang melanda bumi Mesir sehingga meletakkan negara ini dalam keadaan huru hara dan kacau bilau menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan nasib penuntut dan keluarga rakyat Malaysia yang berada disitu. Kerajaan Malaysia memutuskan untuk memindahkan rakyat Malaysia keluar dari kawasan pergolakkan ini secepat mungkin melalui satu misi yang diberi gelar Misi Piramid. Malaysian Relief Agency (MRA) turut serta dalam misi ini dan telah menggerakkan sebuah dapur umum di Hayyu Hasir, Kaherah. Premis operasinya adalah di Markaz Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia (AQM). Menurut Dato' Dr Abdul Razak Kechik, Presiden MRA, selain sukarelawan MRA, proses pen-yediaan makanan ini turut disertai oleh sukarelawan daripada Angkatan Belia Islam Malay-sia (ABIM) Cawangan Mesir dan Persatuan Kebajikan Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia atau ringkasnya Siswa AQ. Agihan makanan yang dibungkus ini diedarkan kepada para pelajar yang menginap se-cara berkelompok di sekitar Markaz AQM, di Dewan Malaysia Abbassiah Kaherah sebagai tempat transit pelajar dan di lapangan terbang Cairo yang sedang menunggu penerban-gan ehsan ke Jeddah.

Menunggu masa untuk mengagihkan roti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir

Page 3: Lapangan 04

Mukasurat 3 LaPANGAN 4 Malaysian Relief Agency

Menurut Shirajuddin Sirat, Pendaftar AQM yang juga merupakan Setiausaha Eksekutif MRA, bantuan edaran makanan ini adalah sebahagian daripada usaha MRA dan rakan-rakan MRA sebagai komplemen terhadap operasi keseluruhan kerajaan Malaysia yang digerakkan me-lalui Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. MRA turut berganding dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Putera 1Malaysia bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dalam membekalkan makanan kepada penuntut-penuntut Malaysia. MRA turut mendapatkan bekalan roti dan membelinya secara borong dari kedai-kedai roti yang masih beroperasi. Penyediaan makanan ini adalah untuk para pelajar transit di DMAK yang pada satu-satu masa me-nempatkan hampir 1,200 pelajar sebelum mereka bergerak ke Lapangan Terbang Kaherah untuk ber-lepas ke Jeddah. Penginapan pelajar di DMAK bukan sahaja memenuhi bilik-bilik asrama tetapi para pelajar memenuhi kawasan Dewan Besar dan surau. Dato' Dr Abdul Razak Kechik, Presiden MRA dalam kenyataannya bersyukur kerana pelbagai badan dapat bekerjasama dalam waktu yang sangat singkat berganding bahu bekerjasama demi manfaat pelajar yang sangat memerlukan tanpa mengira latarbelakang organisasi masing-masing.

Memborong roti untuk diedarkan kepada penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir

Page 4: Lapangan 04

MRA anjur bengkel EM di Bagan Serai Sebuah bengkel pembuatan EM telah dianjurkan oleh MRA dengan kerjasama Pertubuhan Ke-bajikan Warga Emas, Teluk Medan, Bagan Serai. Program ini telah disertai oleh lebih daripada 30 orang peserta penghuni di kawasan pondok tersebut. Bengkel pembuatan EM ini dkendalikan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri, iaitu En.M.Shahrulazilan. Beliau telah menerangkan kepentingan penggunaan EM didalam perta-nian serta bagaimana ianya dapat memberikan pulangan kepada hasil pertanian yang berle-bihan dan berlaku lambakan. Dalam bengkel ini juga, para peserta diterangkan betapa pentingnya EM sebagai salah satu dari penumbang pertanian organik dapat dikembangkan dan dipertahankan. EM bukan baja seperti yang disangka oleh semua orang. EM juga bukan “booster” kepada pokok bagi mem-bolehkannya hidup subur dan berbuah. EM adalah gabungan mikrob dan laktobasilus yang membantu menyuburkan tanah, memulihkan tanah disamping membantu organisma lain menambah baik mutu dan kualiti tanah dimana ianya diletakkan. EM juga boleh digunakan didalam semburan kepada daun, bunga dan batang tumbuhan. EM yang berjaya dihasilkan didalam program ini terdiri daripada EM Serangga, EM Daun dan EM Buah-buahan. Kesemua bahan-bahan asas penghasilan EM ini disumbangkan oleh para peserta dan air yang digunakan adalah dari saliran yang berdekatan dengan kawasan ini.

Page 5: Lapangan 04

Mukasurat 5 LaPANGAN 4 Malaysian Relief Agency

EM merupakan penemuan yang diusahakan oleh seorang professor dari Universiti Kyoto, Prof. Higa setelah melakukan pelbagai percubaan pada tahun 1982. EM kini menjadi salah satu komponen penting dalam pertanian organik dan ianya juga mempunyai harga yang agak kompetitif di pasaran semasa. Dengan menggunakan EM, pelbagai produk lain yang berkualiti dan mendapat nilai tambahan dan pulan-gan yang lebih dapat dihasilkan. Produk seperti baja kompos dapat dihasilkan dengan mencampurkan bahan-bahan asas kompos seperti tinja, sekam padi, tanah yang subur, serta rumput atau daun kering. EM turut digunakan dalam penghasilan silaj yang sangat sesuai diberikan kepada haiwan ternakan yang dibela menggunakan konsep fidlot. Malahan lebihan hasil ladang juga dapat digunakan secara maksima bagi menghasil-kan silaj ini. Di negara barat, EM sudah digunakan didalam industri sanitasi dan pembersi-han. Banyak tandas-tandas awam yang menggunakan EM sebagai bahan pem-bersihannya. Tempat-tempat pembuangan sampah semakin banyak yang menggunakan EM bagi meminimakan aroma yang dihasilkan. Di Malaysia, terdapat juga beberapa organisasi yang menghasilkan “mudball” campuran EM dan tanah liat yang digunakan untuk menjernihkan dan membersihkan sungai yang tercemar. EM juga boleh dicampurkan didalam makanan dan minuman yang diberikan kepada haiwan ternakan. Kesannya ialah haiwan tersebut akan lebin sihat dan segar disamping tinja yang di-hasilkan tidak berbau busuk sekaligus menyukarkan lalat untuk hinggap dan membiak. Konsep asas EM senang sahaja, iaitu - Mudah - Murah - Mesra Alam - Manfaat. Selamat beramal.

Semua yang terlibat bergambar ramai sebagai kenang-kenangan

Page 6: Lapangan 04

Pembahagian ubat-ubatan untuk kegunaan keesokkan hari

MISI BANTUAN BANJIR SELATAN

Kunjungan ke Bilik Gerakan Dato Noraini Ahmad

Page 7: Lapangan 04

KlinikPerubatan MRA di Sekolah Cina di Seri Medan,

Kerjasama erat antara MRA dan JPAM

Page 8: Lapangan 04

SUKARELAWAN MRA, Haji Azmi dari Perak dan Cik Wahida dari Kuantan sedang meredah banjir untuk memberikan rawatan kesihatan kepada penduduk kampong disekitar Seri Medan, Batu Pahat.. Kawasan ini terjejas pengangkutan daratnya dan air bergenang di ka-wasan ini agak lama dari kawasan lain, fenomena ini dipanggil oleh orang setempat sebagai Air Bertenang. Rata-rata ramai yang menyifatkan bahawa banjir ini lebih dahsyat dari banjir 2006 yang lalu. MRA memberikan bantuan kepada penduduk tempatan dalam bentuk perkhidmatan kesi-hatan, bekalan minuman air bersih dan peralatan memasak.

redah air

Page 9: Lapangan 04

MRA, 200 sukarelawan bantu pasca banjir BATU PAHAT 14 Feb. - Malaysian Relief Agency (MRA) bersama kira-kira 200 sukarelawan membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir di Sri Medan di sini, hujung minggu lalu. Sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan pasca banjir itu terdiri daripada mahasiswa serta kakitangan Univer-siti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Koordinator MRA di daerah itu, Azzura Suhana Ahmad Sukarno berkata, kawasan tumpuan pembersi-han dalam fasa pasca banjir melibatkan rumah warga emas dan bangunan awam seperti surau, mas-jid, balai raya serta sekolah. "Dalam operasi pembersihan di kawasan tersebut, MRA bertindak seba-gai koordinator, ABIM menjadi urus setia dan Siswa Perkhidmatan Awam (Sispa) UTHM sebagai fasilita-tor.

"Kita amat berterima kasih kepada jentera operasi yang terdiri daripada mahasiswa kolej-kolej kedia-man UTHM dan KPTM yang menjadi tulang belakang misi bantuan ini," katanya ketika ditemui di Sri Medan hari ini.

Azzura Suhana berkata, MRA turut berterima kasih kepada JPAM yang menyediakan tenaga sukarela-wan dan pengangkutan untuk misi bantuan pasca banjir itu. Beliau memberitahu, penyakit semasa banjir dan pasca banjir adalah seperti leptospirosis (kencing tikus), denggi, cirit-birit, taun dan sakit kulit.

"MRA cuba memberi penekanan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya menjaga kebersihan. "Ada kes sebelum ini, penduduk didapati membersihkan pakaian dengan menggunakan air banjir. Air ini kotor dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit," katanya. Azzura Suhana berkata, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan secara percuma oleh MRA dan pusat kesi-hatan UTHM.

MRA dan Kumpulan Utusan melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir MRA-Utusan tahun lalu bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Page 10: Lapangan 04

Mukasurat 10 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Paras air di Sungai Merlimau

Membeli bekalan makanan dan peralatan lain untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan di Batu Pahat

recee team

Page 11: Lapangan 04

Mukasurat 11 LaPANGAN 4 Malaysian Relief Agency

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Malaysian Relief Agency (MRA) bertindak pantas menggerakkan jenteranya malam ini untuk menyalurkan bantuan kecemasan dan logistik kepada mangsa banjir di Segamat, Johor yang merupakan daerah paling teruk terjejas akibat bencana alam itu.

Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Masud berkata, pihaknya akan menggunakan Dana Ban-tuan Mangsa Banjir Utusan-MRA yang dilancarkan pada 8 November tahun lalu bagi membeli keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir. “Malam ini MRA akan bergerak ke Segamat untuk meninjau tempat yang sesuai dijadikan pusat bantuan utama berdasarkan jumlah mangsa banjir yang lebih tinggi berbanding kawasan lain.

“Kemudian, MRA akan menghantar dua buah lori muatan lima tan yang membawa bahan logistik seperti air mineral, susu, lampin, tuala wanita serta makanan kering pada keesokan harinya untuk diberikan kepada mangsa banjir di Segamat menggunakan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA.

“Pasukan perubatan juga akan dihantar ke Segamat yang terdiri daripada doktor dan ju-rurawat dengan kerjasama Hospital al-Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),” ka-tanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik, Pengarah Emergency Relief, Khairil Annuar Khalid dan Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said. Menurutnya, kira-kira RM50,000 akan diperuntukkan pada peringkat awal untuk membeli bahan keperluan bagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di sekitar Johor.

MRA TERUS KE LAPANGAN

Mesyuarat Koordinasi Pertama Bilik Gerakan MRA-ABIM Seri Medan

Page 12: Lapangan 04

Mukasurat 9 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency Membersihkan Balairaya Kampung Pogoh, Segamat

Senaman pagi sebelum turun membersihkan rumah

Page 13: Lapangan 04

MRA periksa kesihatan petugas banjir BATU PAHAT 7 Feb. - Pasukan polis dan tentera yang memerah keringat membantu mangsa-mangsa banjir sejak bencana alam itu berlaku turut menghadapi risiko berdepan masalah kesihatan seperti demam, selesema dan penyakit bawaan air.

Menyedari situasi tersebut, Malaysia Relief Agency (MRA) menjalankan pemeriksaan kesihatan per-cuma kepada anggota polis dan tentera yang bertugas siang dan malam dalam menjaga kese-lamatan penduduk.

Penyelia jururawat MRA, Khatijah Arifin berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan kesihatan terha-dap anggota kedua-dua pasukan serta penduduk Kampung Sejagung, Sri Medan. "Tentera dan po-lis juga menghadapi risiko kemungkinan menghidap penyakit dalam menjalankan tugas mereka membantu mangsa-mangsa banjir.

"Kesihatan anggota keselamatan perlu diberi keutamaan kerana mereka antara tulang belakang dalam misi bantuan mangsa banjir. Tanpa mereka usaha menyalurkan bantuan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Sehingga pukul 10 pagi, statistik bilik gerakan banjir negeri menunjukkan seramai 8,423 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara di daerah itu. Antara kawasan yang dilanda banjir adalah Sri Medan, Parit Sulong, Yong Peng, Parit Raja dan Ayer Hitam.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Sri Medan iaitu seramai 14,608 orang dan daripada jum-lah itu, seramai 5,833 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Sementara itu, seramai 8,745 orang berada di kawasan kampung yang terputus hubungan akibat jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Seramai 170 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan melakukan rondaan di beberapa kawasan di daerah ini yang dilanda banjir.

Dr. Ishak Mas’ud, Timbolan Presiden MRA bersama tim perubatan dari Hospital Pakar Al Islam

Page 14: Lapangan 04

Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Hospital Pakar Al Islam telah menganjurkan satu sesi Makan Malam dan taklimat mengenai perkembangan Palestin bersama Pengerusi The Islamic Soci-ety, Palestine, Jaballiya City, En. Abdalrahim M. Shehab. Beliau yang kini sedang mengatur majlis penerangan mengenai isu Palestin ke serata dunia menceri-takan perkembangan dan situasi terkini yang sedang dihadapi oleh penduduk Palestin yang setiap hari ditekan oleh negara haram Israel. Menurut beliau, di Gaza suasana buat masa ini sangat mene-kan. Penduduk hanya mendapat bekalan elektrik selama 6-8 jam sehari dan ianya dibekalkan oleh satu-satunya stesen generator yang ada disitu. Stesen-stesen generator yang lain telahpun musnah dalam serangan Israel yang terdahulu. Menurut beliau lagi, aktiviti pertanian adalah yang paling terjejas teruk. Rejim Israel telah memus-nahkan lebih dari 40 hektar tanah pertanian di situ. Ini mengakibatkan industri asas tani dan penter-nakan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sistem bekalan air dan saliran turut musnah dan ini san-gat menjejaskan kesuburan kawasan utama penanaman. Menurut beliau lagi, pencemaran punca air begitu meruncing. Sumber air yang terdapat di Gaza sangat terdedah kepada pencemaran tok-sik dan bahan yang berunsur kimia. Malaysian Relief Agency menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim Palestin di Gaza melalui or-ganisasi The Islamic Society, Palestine, Jablliya City ini.

hidup palestin

Page 15: Lapangan 04

Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat

Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat