lapangan 15

15
OPERASI SULUNG MRA KEDAH LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN BUKA KLINIK KESIHATAN & KHIDMAT KOMUNITI DI KG ORANG ASLI ULU LEGONG MRA di UNIMAS, SARAWAK SINERGI Kerja Kemanusiaan Misi Bantuan MRA Perak Klinik Kesihatan di Ulu Legong

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 10-Mar-2016

240 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan.

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 15

OPERASI SULUNG MRA KEDAH

LAPANGANLAPANGANLAPANGANLAPANGAN BUKA KLINIK KESIHATAN & KHIDMAT KOMUNITI DI KG ORANG ASLI ULU LEGONG

MRA di UNIMAS, SARAWAK SINERGI Kerja Kemanusiaan

Misi Bantuan MRA Perak Klinik Kesihatan di Ulu Legong

Page 2: LaPANGAN 15

Minda Redaksi f|ÇxÜz|

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia

Tiada monopoli dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Tiada monopoli dalam sebarang jenis bantuan yang diberikan dan juga tiada siapa yang boleh mendakwa memonopoli mana-mana kawasan sebagai milik mutlak operasi mereka. Ini bukan dunia perniagaan, Sebaliknya, kerja-kerja bantuan kemanusiaan adalah kerja semua orang secara bersama-sama di kawasan/perkara yang amat memerlukan. Mana mungkin sebuah organisasi mampu menyelesaikan segala masalah? Bangsa-bangsa Bersatu yang begitu canggih, ter-susun, dengan dana berbillion dollar juga perlu mendapatkan sokongan dari agensi lain termasuk NGO untuk membantu mereka dalam banyak perkara. Perlumbaan sihat dalam apa jua perkara merupakan suatu persaingan yang memberang-sangkan, mengambil kira seruan Fastabiqul Khairat yang menggesa kita untuk saling ber-lumba-lumba kearah kebaikan dan kesejahteraan. Sentiasa dalam keadaan bersaing men-jadikan kita sebuah organisasi yang sentiasa “on the look” bagi memastikan bahawa kita sentiasa relevan dan mendepani permasalahan yang dihadapi dengan kefahaman dan sikap yang betul, bukan melulu, terlalu emosional, tidak matang dan kebudak-budakan. Suasana perlumbaan sebegini seharusnya disemarakkan dan digalakkan lagi, ini pasti akan mengundang lebih ramai “pemain” untuk tampil dan mengambil bahagian. Ini bakal men-jadikan dunia kerja-kerja bantuan kemanusiaan semakin meriah dan berwarna warni. MRA percaya dengan melibatkan lebih banyak organisasi dan pertubuhan didalam sesuatu misi akan menyebabkan lebih banyak manfaat dapat dinikmati bersama, tanggungjawab dapat dikongsi dan kesemua pihak yang terlibat mendapat faedah masing-masing. Kita boleh sahaja berbeza dari segi pendekatan dan kaedah perlaksanaan tetapi kita harus melihat secara jujur dan ikhlas bahawa matlamat kita adalah sama, justeru bukankah kalau berkerjasama dan menjalinkan rangkaian kerja itu lebih profesional dan mengun-tungkan? MRA mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama-sama dalam menggerakkan misi bantuan kami, baik yang berada di dalam Malaysia mahupun yang berada di luar negara. Kami mempelawa syarikat-syarikat korporat dan agensi swasta untuk tampil dan bekerja bersama-sama MRA terutamanya dalam melaksanakan misi CSR syarikat masing-masing.

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain. MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

KERJA KEMANUSIAAN

MRA telah menyerahkan beribu-ribu pek Hygiene ini kepada PIMA untuk mereka agihkan kepada mangsa banjir besar Pakistan 2010. Didalam beg kecil ini terdapat sabun, sikat rambut, pisau cukur, pengetip kuku dan lain-lain peralatan kebersihan yang lain.

MRA telah terlibat secara langsung dalam misi bantuan banjir di utara tanahair. Lebih dari 3 bulan MRA berada di Lapangan, lebih dari 400 orang SAHABAT telah turut serta dalam menghulurkan tenaga, masa dan wang ringgit mereka. Semoga kita dapat berkerjasama lagi di lain masa di lain tempat, insya allah.

garismasa

Page 3: LaPANGAN 15

3333 LAPANGAN 15-2012

SINERGI MRA-BRIGED BAKTI-SKUAD PRIHATIN dan BIRO KESIHATAN ABIM di KARNIVAL MAULIDUR RASUL, LEMBAH SUBANG, SELANGOR

KAFA AL INSANIAH di Lembah Subang telah mengambil satu inisiatif cemerlang dengan kejayaan menganjurkan sebuah Karnival Maulidur Rasul bertemakan “Semarak Cintakan Rasulullah SAW”. Program julung-julung kali ini telah turut dijayakan bersama be-berapa buah organisasi dan NGO, Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut hadir bersama dengan Biro Kesihatan ABIM dan Kelab Prihatin ABIM. Dalam program ini MRA telah berjaya menurunkan satu tim pe-rubatan berserta ubat-ubatan untuk diberikan kepada penduduk dan orangramai yang datang mendapatkan rawatan.

KERJA SEPAKAT MEMBAWA RAHMAT DAN BERKAT

Ramai sukarelawan tampil membantu melicinkan program

Page 4: LaPANGAN 15

Di Anjung MRA bersama

Roslan ShariffRoslan ShariffRoslan ShariffRoslan Shariff Setiap hari, sekitar jam 10 pagi, tanpa gagal, akan kedengaran bunyi motor roda tiga Sdr. Roslan menjengah masuk ke laman MRA. Kese-pian di ruang bawah pejabat MRA sebentar lagi akan dipecahkan dengan kehadiran beliau. Beliaulah yang memulakan untuk menggelar ruang bawah ini sebagai Anjung MRA. Pasrah dengan cabaran dan dugaan yang diha-dapi sehari-hari, beliau terus tabah dan tenang menjalani rutin kehidupan seharian. Dilahirkan dalam keluarga dua beradik, ibu dan ayah tercinta beliau telah lama meninggalkan beliau berhijrah ke alam yang satu lagi. Tinggal sendirian di Datuk Keramat, beliau berasa mendapat kekuatan dan ketenangan apabila duduk berkarya di Anjung MRA. Roslan yang aktif berkarya dan menulis sajak telah menghasilkan sebuah antologi sajak - Tajam Fatamorgana, yang jualannya amat mem-berangsangkan dan kini sedang mengusahakan antologinya yang kedua yang bertajuk Ratib Jiwa.

Hari Jumaat merupakan hari yang menyeronokkan buat kami dan Roslan. Kami akan menolak beliau ke Masjid Jamek Kampung Baru perlahan-lahan sambil berbual mengenai pelbagai topik. Masjid ini terletak berhampiran dengan pejabat MRA. Pada hari-hari tertentu, Roslan akan dibawa oleh Sdr. Johari Abdullah, Koor-dinator Program Pembangunan Komu-niti MRA untuk membeli belah barang keperluan seharian beliau, kadang-kadang mereka akan juga ditemani oleh SAHABAT MRA yang lain jika mereka berkesempatan. Pada kelapangan lain, kami juga turut membawa Roslan untuk ikut serta dalam program bertemu SAHABAT MRA di tempat lain. Roslan juga merupakan antara ahli kepada kumpulan ICPS-MRA yang di-tubuhkan bagi membantu para pesakit Cerebral Palsy seperti beliau dan rakan-rakannya yang lain.

Gigih dan kental dalam mengharungi kehidupan seharian

sendirian

Bersama Johari Abdullah, membeli belah

LAPANGAN 15-2012 4444

Page 5: LaPANGAN 15

Menyinsing lengan bersama penduduk Kg. NyiurMenyinsing lengan bersama penduduk Kg. NyiurMenyinsing lengan bersama penduduk Kg. NyiurMenyinsing lengan bersama penduduk Kg. Nyiur

SAHABAT MRA gigih membantu penduduk kampung SU Kerja MRA Perak, Haji Hani Yang Kassim turun ke Lapangan

Misi bantuan MRA PERAK

5555 LAPANGAN 15-2012

Page 6: LaPANGAN 15

Langkah Pertama MRA KEDAH Klinik Lapangan MRA beroperasi di Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, KedahKlinik Lapangan MRA beroperasi di Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, KedahKlinik Lapangan MRA beroperasi di Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, KedahKlinik Lapangan MRA beroperasi di Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah

Dr. Akma bertanyakan sesuatu kepada salah seorang ibu muda yang hadir ke Klinik Lapangan MRA di Ulu Legong. Komuniti yang sihat

dan ceria lahir dari persekitaran yang bersih dan tenteram

SAHABAT MRA (Sukarelawan) bergambar ramai selepas tamat program. Syabas diucapkan kepada tim MRA Kedah diatas komitmen yang diberikan.

LAPANGAN 15-2012 6666

Page 7: LaPANGAN 15

KAMPUNG ORANG ASLI ULU LEGONG merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang dihuni oleh Orang Asli dari Suku Kensiu yang merupakan suku terkecil Orang Asli. Mereka mempunyai sekitar 80 buah keluarga sahaja. Mereka menjalani kehidupan seharian dengan bercucuk tanam dan mengambil hasil hutan.

Ahli Farmasi sedang menerangkan cara penggunaan ubat

Beratur untuk menikmati makanan tengahari

Bakat terpendam Sdr. Iqbal, Pengurus Operasi MRA Apalah agaknya yang begitu menggelikan hati adik ini?

Mengagihkan rumah untuk “profiling”

Dr. Mah sedang memberikan nasihat kepada seorang pesakit

7777 LAPANGAN 15-2012

Page 8: LaPANGAN 15

HARI KERJA SOSIAL HARI KERJA SOSIAL HARI KERJA SOSIAL HARI KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

MRA telah dijemput untuk hadir mengisi program disamping mengadakan pameran sempena Pro-gram Hari Kerja Sosial yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Sosial UNIMAS. Kesempatan ini telah diambil oleh MRA untuk menerangkan kepada mahasiswa UNIMAS mengenai operasi dan aktiviti MRA diserata dunia termasuk program-program yang dijalankan didalam negara. Matlamat utama yang ingin dicapai melalui pro-gram ini adalah untuk memberi kesedaran serta pendedahan kepada masyarakat setempat khas-nya warga UNIMAS tentang fungsi dan peranan sebenar pekerja sosial disamping untuk meleng-kapkan tugasan khas subjek SSS2044: Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memeriahkan serta mewarnai aktiviti ulang tahun ke-20 UNIMAS dengan meraikan Hari Khidmat Sosial Sedunia dengan seluruh warga UNIMAS agar hubungan erat dan mesra sesama mereka terjalin dengan baik.

Antara objektif lain yang ingin diketengahkan me-lalui program ini ialah untuk:- 1. Memperkenalkan profession khidmat sosial

kepada warga UNIMAS. 2. Melengkapkan tugasan khas subjek SSS2044:

Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak den-gan jayanya.

3. Mengeratkan silaturrahim serta ukhwah di

antara warga UNIMAS dan masyarakat . 4. Memberikan suatu pendedahan baru kepada

warga UNIMAS bersama-sama dengan tetamu khas ( warga kurang upaya) dan wakil-wakil NGO melalui hari kerja sosial ini.

5. Memberikan ruang kepada warga UNIMAS

dalam mengenali peranan,nilai dan etika pekerja sosial, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, serta memupuk perasaan peri-hatin terhadap isu khidmat sosial.

MRA yang diwakili oleh Sdr. Shahrul dan Sdr. Iqbal telah diberi layanan yang baik oleh pihak penganjur dan berhasrat untuk berkunjung lagi ke UNIMAS khasnya dan Negeri Sarawak umumnya. Kami dapati iklim Sarawak amat sesuai dan segar untuk aktiviti MRA. Auk.

Sdr. Shahrul sedang berinteraksi dengan para pelajar

AJK Penganjur bergambar ramai bersama penceramah

LAPANGAN 15-2012 8888

Page 9: LaPANGAN 15

9999 LAPANGAN 15-2012

KESEMPATAN masa terluang semasa berada di Bumi Kenyalang ini tidak disia-siakan oleh pasukan Malaysian Relief Agency (MRA). Kami sentiasa mengintai-intai potensi yang boleh dimaksimakan disini, bukan selalu boleh naik belon ke rantau di sebelah sini. Setelah selesai mengambil bahagian dan turut serta dalam program Hari Kerja Sosial peringkat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kami mengambil kesempatan yang terluang untuk berkunjung dan mengadakan lawatan kepada beberapa buah organisasi dan pertubuhan yang berada di Bandar Kuching. Tujuan lawatan ini tidak lain dan tidak bukan bagi me-mantapkan lagi hubungan setiakawan yang sedia terjalin disamping mengikat lagi tali silaturahim agar menjadi lebih kemas dan terikat erat. Kami telah berpeluang untuk mengunjungi Markas Angka-tan Belia Islam Negeri Sarawak (ABIM Sarawak). Kunjun-gan kami disambut mesra oleh YDP, Setiausaha dan pimpi-nan kanan ABIM Sarawak. Pertemuan ini berjalan dengan suasana mahabbah dan kami saling bertukar nota men-genai aktiviti, kerjasama dan program yang boleh dilak-sanakan di bumi bertuah ini nanti. Kami juga sempat singgah menziarahi dan bertemu dengan seorang lagi adik MYCORPs yang berada di Kuching, Sdr. Abg. Hilman yang juga merupakan seorang Eksekutif di HIKMAH, pertubuhan dakwah terbesar di negeri Sarawak. Kami turut diberikan taklimat ringkas mengenai HIKMAH dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka di Sarawak sejak sekian lama dulu.

Bersama mahasiswa UNIMAS yang energetic dan dinamik

Sdr. Iqbal sedang menunjukkan aktiviti lapangan MRA

Bersama Abg. Hilman dihadapan pintu utama ke HIKMAH

YDP dan Setiausaha berserta exco ABIM Sarawak

Page 10: LaPANGAN 15

LAPANGAN 15-2012 10101010

Peserta MYCORPS kini semakin menghampiri garisan penamat kepada siri pelatihan sukarelawan elit negara ini. Setiap kumpulan akan mula menjalani Latihan praktikal di Lapangan Antarabangsa di ka-wasan / negara yang telah ditetapkan. Projek setiap tim adalah berbeza diantara satu sama lain. Lapangan Antarabangsa adalah medan latihan terakhir yang akan menguji keseluruhan pengetahuan yang telah mereka perolehi sepan-jang sesi latihan bermula dari di Kemunting, Pos Balar, latihan-latihan praktikal di Lapangan dalam negara dan kini mereka berha-dapan dengan Lapangan yang terakhir. Di Lapangan Antarabangsa, mereka akan diuji dengan pelbagai bentuk dugaan yang sebenar, mereka harus menyelesaikan dan menghadapinya dengan tenang, tabah dan selamat. Seperti biasa, analogi “tidak semua anak penyu yang menetas akan

sampai ke laut” juga terpakai dalam program ini. Dari senarai yang terpilih ada yang gagal menamatkan program seperti yang ditetapkan, malah untuk ke misi Lapangan Antarabangsa pun tidak semua berjaya menyertainya atas bermacam alasan. MRA memantau perkembangan setiap projek Lapangan Antarabangsa MYCORPS dengan penuh teliti dan sentiasa mengambil berat mengenai sebarang perubahan program dan keperluan program yang bakal dilaksanakan di Lapangan tersebut kelak. Kami mendoakan yang terbaik buat semua ahli MYCORPS termasuk mereka yang dibawah seliaan SALAM dan GPM. Anda insan hebat.

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

BERSAMA PIMPINAN PERSATUAN ORANG TUNANITRA ISLAM SEMALAYSIA (PERTIS) SATU PERTEMUAN telah diatur oleh MRA bersama PERTIS bsgi mengenal pasti potensi-potensi kerjasama yang boleh digerakkan di masa-masa hadapan diantara kedua buah organisasi. Banyak perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ringkas tetapi penuh bermakna ini. Secara dasarnya beberapa cadangan untuk berk-erjasama telah dipersetujui dan boleh terus dilaksanakan. MRA berpendapat masih banyak perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat umum mengenai kehidupan mereka yang tidak dapat meli-hat ini. Bagaimana dunia ini dilihat dari pandangan mereka, bagai-mana mereka menjalani kehidupan seharian, bagaimana mereka melak-sanakan tuntutan dan keperluan beribadah, bagaimana mereka mengu-ruskan anak-anak dan keluarga. Sesuatu harus dilakukan bagi men-yedarkan masyarakat celik bagaimana golongan buta harus disantuni.

MESYUARAT MENENTUKAN TARIKH PELEPASAN TIM MYCORPS-MRA

Page 11: LaPANGAN 15

11111111 LAPANGAN 15-2012

KELAS MEMBUAT COKLAT kali ini diterajui oleh Puan Rosemah Roseli, seorang pen-gusaha coklat dari rumah yang sudi berkongsi kepakaran dan kemahiran beliau bersama dengan kaum wanita Komuniti Rohingya. Kelas ini bertujuan untuk mem-berikan setiap peserta yang hadir pengetahuan asas mengenai kaedah pemilihan barang, pembuatan coklat, penyimpanan dan pembungkusan yang digunakan.

Dengan ilmu yang mereka miliki ini, mereka mempunyai peluang untuk meluaskan lagi punca rezeki bagi menampung keperluan kehidupan mereka. MRA akan mengadakan kelas susulan selepas daripada ini bagi memastikan mereka benar-benar menguasai ilmu pembuatan cokolat ini.

Puan Rosemah menerangkan jenis-jenis coklat yang digunakan

Coklat-coklat yang telah siap dibungkus, sedia untuk dimakan

KELAS BAKERI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA bersama Puan Rosemah Roseli dan Puan Rogayah

KELAS BAKERI diteruskan dengan kali ini, pengajarnya ialah Puan Rogayah, Presiden PESIBA. Beliau yang merupakan seorang pengusaha katerer di ibukota, dicelah-celah kesibukan menguruskan perniagaan, beliau telah sudi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama kaum wanita dari komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kelas pada minggu ini akan menumpukan kepada pem-buatan kuih-muih dari jenis talam, seperti kuih lapis, kuih talam dan yang sejenis dengannya.

Kelas hari ini turut disertai oleh beberapa orang SAHABAT MRA serta ahil-ahli MYCORPS yang berkelapangan. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai tips dan kaedah penyediaan kuih talam yang kontemporari dari Puan Rogayah. Suasana ceria dan gembira dapat dirasai sepanjang program berlangsung

Puan Rogayah menerangkan jumlah sukatan yang akan diguna kepada peserta

Bersedia untuk memulakan kelas

Page 12: LaPANGAN 15

MISI MYCORPS-MRA ke THAILAND BERMULA TIM Kedua MYCORPS ke Lapangan Antarabangsa ialah tim ke Thailand yang juga berada dibawah seliaan MRA. Tim ini diang-gotai oleh Sdr. Izwan Maarof, Sdr. Ikhsan Abd. Wahab, Sdr. Cham Jia Xin, Sdr, Ravinder Singh dan Sdr. Norsyamira Sejali. Dalam kunjungan pertama ini, Sdr. Izwan dan Sdr. Cham telah meneroka peluang-peluang kerjasama disamping membina rangkaian dengan beberapa organisasi tempatan di Selatan Thai untuk program-program susulan selepas daripada kun-jungan ini kelak. Kehadiran mereka disambut baik oleh rakan pelaksana MRA disana iaitu FEHRD dan YMAT. Mereka telah diberikan bantuan dan kerjasama yang sepatutnya oleh rakan pelaksana tem-patan ini. Mereka juga telah berkesempatan untuk melihat sendiri pro-gram-program yang sedang berjalan dibawah anjuran rakan pelaksana MRA di kawasan tersebut. Ini akan memberikan mereka gambaran jelas mengenai apakah jenis bentuk ban-tuan dan kerjasama yang boleh dipanjangkan dari Malaysia. Dalam kunjungan ini juga, mereka telah berjaya melakukan penyerahan sumbangan tudung-tudung yang diterima dari wanita Malaysia kepada wanita-wanita tempatan di lokasi yang mereka kunjungi. Untuk rekod, lebih dari 500 helai tudung telah berjaya diagihkan.

Bersama anak-anak di Sekolah Rendah

Gembira dengan tudung yang diterima

Memilih tudung yang bersesuaian

LAPANGAN 15-2012 12121212

Page 13: LaPANGAN 15

MAJLIS PENERANGAN MRA KEDAH DI Kolej Universiti Insaniah, ALOR SETAR. Kelihatan Dr. Saifullah sedang ber-sungguh-sungguh memberikan penerangan mengenai MRA kepada para penuntut dan kakitangan KUIN.

Majlis Penerangan MRA KEDAH garismasa

garismasa

garismasa

garismasa

13131313 LAPANGAN 15-2012

Page 14: LaPANGAN 15

Peristiwa hitam Shabra dan Shatilla 16-18 September 1982 juga pernah berlaku di sini, peristiwa hitam dan kejam itu merupakan satu manifestasi kepada kebencian Yahudi yang melampau terhadap penduduk arab-muslim, menggunakan gerombolan Phalangist, Yahudi berlepas tangan dalam pembunuhan beramai-ramai ini. Lebanon adalah kediaman puluhan ribu pelarian Palestin dan ke-hidupan mereka juga dalam kondisi yang serba kekurangan. Mereka perlukan bantuan dan sokongan dari kita semua.

TIM MYCORPS-MRA LEBANON KIM LEE CHOY - MOHD LUTFI HAFIFI - YUSMUNIRAH M. YUSAR

Bersama guru-guru di sebuah Tadika disalah sebuah Kem Pelarian Palestin di Lebanon. Misi MYCORPS Lebanon berjaya disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

LAPANGAN 15-2012 14141414

LEBANON merupakan destinasi antarabangsa yang pertama bagi pasukan MYCORPS. Lebanon dipilih kerana disini terdapat puluhan kem-kem pelarian yang mana penghuninya tinggal didalam keadaan daif, serba kekurangan dan ketiadaan banyak keperluan asas. Mereka juga berhasrat untuk memaklumkan kepada masyarakat Malaysia bahawa untuk membantu pelarian Palestin, ianya tidak hanya tertumpu kepada Tebing Barat dan Gaza semata-mata.

Page 15: LaPANGAN 15

Pagi hari mencari lokanPagi hari mencari lokanPagi hari mencari lokanPagi hari mencari lokan Penat badan, kaki ke tanganPenat badan, kaki ke tanganPenat badan, kaki ke tanganPenat badan, kaki ke tangan

Kera dihutan disusukan Kera dihutan disusukan Kera dihutan disusukan Kera dihutan disusukan Anak sendiri tidur kekenyanganAnak sendiri tidur kekenyanganAnak sendiri tidur kekenyanganAnak sendiri tidur kekenyangan

INGIN TURUT SERTA dalam PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI ORANG ASLI kami? INGIN melakukan program CSR bagi pihak syarikat anda tetapi mahu maklumat lanjut? ANDA atau ORGANISASI anda boleh menghubungi Penyelaras Program Pembangunan

Komuniti Orang Asli MRA di talian 03 26972007 atau hantarkan emel ke [email protected] untuk perbincangan lanjut. Kami sentiasa menunggu anda.