lapangan 08

16
EDISI8-2011 TNB & MRA teruskan kerjasama di Kampung Songkok, Batang Kali Klinik Opthamology di Bagan Serai Pengupayaan Ekonomi Rohingya Nasi Bukhari di MRA Jelajah Pos Ulu Slim Dewan Komuniti MRA siap! Ir. Ahmad Rezahan Mohamad, Pengurus Kawasan TNB Rawang menyerahkan buaian besi kepada En. Alam Supah, Tok Batin, Kg. Songkok sambil disaksi- kan oleh Pengurus Besar Kanan I TNB, Pengurus Besar Kanan II TNB dan Dr. Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 22-Mar-2016

246 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan.

TRANSCRIPT

EDISI 8 - 2011

TNB & MRA teruskan kerjasama di Kampung Songkok, Batang Kali

Klinik Opthamology di Bagan Serai

Pengupayaan Ekonomi Rohingya

Nasi Bukhari di MRA

Jelajah Pos Ulu Slim

Dewan Komuniti MRA siap!

Ir. Ahmad Rezahan Mohamad, Pengurus Kawasan TNB Rawang menyerahkan

buaian besi kepada En. Alam Supah, Tok Batin, Kg. Songkok sambil disaksi-

kan oleh Pengurus Besar Kanan I TNB, Pengurus Besar Kanan II TNB dan Dr.

Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA

TRADISI KERJASAMA TNB-MRA BAGI

PEMBANGUNAN KOMUNITI ORANG

ASLI DITERUSKAN LAGI

TNB meneruskan tradisi membantu komuniti Orang Asli di Kampung Songkok, Batang Kali dengan jalinan

kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA). TNB dan MRA telah pernah berkerjasama dalam projek sam-

bungan bekalan elektrik bagi penduduk orang asli di Pos Bersih seminggu sebelum Ramadhan tahun lalu.

Majlis di Kampung Songkok dimulakan dengan kenduri yang dikendalikan oleh SAHABAT MRA dan sukare-

lawan Kelab Kilat TNB Rawang. Para penduduk Kampung Songkok telah disajikan dengan jamuan nasi

dan lauk pauk yang dimasak sendiri oleh sukarelawan tersebut.

Program malam tersebut selain dari kuliah Maghrib, diadakan juga wayang pacak bagi memudahkan

majlis ramah mesra diantara sukarelawan dan penduduk orang asli setempat. Majlis ini juga menerima

sokongan dari sukarelawan Darul Quran, mahasiswa dari Program Tautan Asli, CENSERVE UIA dan Ja-

batan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor (JAKOA).

Keesokannya, majlis dimulakan dengan gotong royong yang digerakkan oleh sukarelawan Kelab Kilat TNB

Rawang, yang dibantu oleh SAHABAT MRA dan sukarelawan yang lain. Rumput dan lalang yang tinggi

telah dipotong oleh sukarelawan Kelab Kilat TNB Rawang yang komited dan sentiasa ceria.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Kesihatan Masyarakat Orang Asli oleh Yang Berbahagia Presiden MRA,

Dato Dr. Abdul Razak Kechik. Beliau menekankan perlunya orang asli menitikberatkan kebersihan

makanan dan diri bagi mengelakkan penyakit dan menjauhkan mereka dari kemudaratan.

Kemuncak Majlis ialah perasmian penyerahan bekalan elektrik kepada masyarakat orang asli di Kg. Song-

kok oleh Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 1 TNB, Yang Berbahagia Tuan Haji Mustafa Din.

Tuan Haji Mustafa Din,

Pengurus Besar Kanan

Operasi, Wilayah 1 , TNB

sedang melakukan

simbolik penyambungan

bekalan elektrik di Surau

Kampung Songkok,

Batang Kali

Setiasuaha Eksekutif MRA, Tuan Haji Shirajuddin Sirat turut membantu menghidangkan makanan dan me-

layani karenah anak-anak orang Asli dalam majlis ini. Kesibukan tugas tidak menghalang beliau untuk

berkongsi masa bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Songkok ini.

Tn. Haji Mustafa Din, Pengurus Besar Kanan Operasi,

Wilayah I, TNB menyerahkan hamper kepada Tok Batin

Kg. Songkok, Tok Alam Supah sambil diperhatikan oleh Ir.

Ahmad Rezahan Mohamad, Pengurus Kawasan Rawang

Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 2, TNB

turut hadir menyampaikan sumbangan ham-

per kepada penduduk orang asli di Kampung

Songkok, Batang Kali, Selangor

Majlis turut dimeriahkan dengan pasukan Qasidah dari Darul Quran, Kuala Kubu. Pilihan zikir yang

menarik dapat melembutkan hati mereka yang mendnergarkannya.

Tuan Haji

Mustafa Din,

Pengurus Besar

Kanan Operasi,

Wilayah 1 turut

menanam se-

batang pokok

sebagai tanda

ingatan kepada

penduduk disitu

sempena pro-

gram bekalan

elektrik ini.

KEMPEN PENERANGAN MRA DI MAKTAB

PERGURUAN ILMU KHAS, CHERAS, KL

MRA telah berjaya mengadakan satu

pameran di Maktab Perguruan Ilmu

Khas, Cheras, Kuala Lumpur baru baru

ini.

Pameran ini memberikan peluang

kepada MRA untuk memaklumkan

kepada para penuntut di MPIK men-

genai aktiviti dan kegiatan yang dian-

jurkan.

Disamping itu, MRA juga telah berjaya

menyiapkan bahan-bahan pameran

yang boleh digerakkan pada bila-bila

masa sahaja jika diperlukan.

Di kesempatan ini, MRA ingin men-

gambil kesempatan mengucapkan

terima kasih dan syabas kepada SA-

HABAT MRA di MPIK, Sdr. Raja Azlan

kerana begitu gigih dan komited un-

tuk mengadakan pameran MRA

disitu. TERBAIK.. Raja Azlan dan seorang SAHABAT MRA sedang menyiapkan panel pameran MRA

Berkongsi

Rahsia

Resepi

Nasi Bukhari

Dari SAHABAT

MRA Tashkent

Kahramon Yuldashev Abdul Rahmanovic meru-

pakan seorang SAHABAT MRA dari Tashkent, Uzbeki-

stan. Beliau berada di Malaysia dalam rangka

mengembangkan perniagaan pelancungan ke-

luarga dan beliau berhasrat untuk membawa pe-

lancung dari Malaysia berkunjung ke Uzbekistan

dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti

Tashkent, Samarqand, Bukhara, Khiva dan banyak

lagi. Yang menariknya, pakej beliau menawarkan

penterjemah yang bertutur dalam bahasa Melayu.

Dalam salah satu kunjungannya ke Sekretqriat MRA,

kami meminta beliau menyediakan Nasi Bukhari se-

bagai juada berbuka puasa, segala bahan akan

kami sediakan, beliau bersetuju dengan syarat ianya

mestilah menggunakan periuk istimewa yang beliau

bawa dari Tashkent.

Nasi Bukhari lebih dikenali sebagai Pilof di wilayah

Asia Tengah. Kalau di Kedah ianya hampir serupa

dengan Nasi Daging. Cuma Nasi Bukhari dimasak

menggunakan minyak yang banyak, dicampur den-

gan lobak merah (karot) dan juga kismis. Ini men-

jadikan Nasi Bukhari lebih manis dan lemak.

Yang kelihatan bersungguh-sungguh mengambil

catatan dan gambar sepanjang penyediaan

juadah ini ialah sdr. Johari Kan dan Cik Fauziah,

mereka pastinya telah mahir setelah belajar dari Sdr.

Kahramon. Apapun kita tunggu adakah kita akan

dapat merasakan Nasi Bukhari seperti resepi is-

timewa yang diturunkan oleh Kahramon atau nasi

versi tempatan yang digelar Nasi Johari?

Nye trudna

Nada malingki

dawai, kushit

IFTAR bersama keluarga Rohingya Satu panggilan telefon diterima dari

Cik Ratina dari sebuah akhbar tem-

patan bertanyakan samada boleh

diatur atau tidak satu sesi beliau un-

tuk berbuka puasa bersama ke-

luarga Rohingya di Cheras Baru.

Beliau ingin menemuramah ke-

luarga tersebut mengenai budaya

berpuasa orang Rohingya.

Kami mengatakan ianya tiada ma-

salah dan segalanya telah diatur

dengan baik oleh Sdr. Johari Kan,

Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya

MRA.

Beliau telah memilih rumah keluarga

En. Rashid dan Syafiqah sebagai lo-

kasi untuk majlis berbuka puasa ini.

Untuk tidak membebankan keluarga

tuan rumah, pihak Sekretariat MRA

turut membawa juadah berbuka

puasa dari Kampung Baru.

Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, Cik Ratina

telah menemuramah, suami Syafiqah iaitu En. Rashid mengenai pel-

bagai perkara mengenai sambutan Ramadhan dan Aidilfitri di-

kalangan pelarian Rohingya. Disatu ketika, kelihatan airmata ber-

genang apabila En. Rashid mengatakan siapa yang tidak rindu un-

tuk melihat kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, tapi

apakah daya yang mereka miliki?

LANGKAH AWAL PROJEK PENGUPAYAAN

EKONOMI WANITA ROHINGYA

MRA kini sedang dalam usaha untuk

memantapkan lagi aktiviti di kalangan komuniti Rohingya di Cheras Baru.

Kali ini, MRA telah berjaya membentuk

satu tim membuat kuih raya dari kalangan kaum ibu komuniti Rohingya

disini.

Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan, ramai

yang ingin turut serta. Program ini dimulakan dengan beng-kel memasak kuih raya yang diken-

dalikan dengan jayanya oleh PUAN KAMPUNG BARU yang selama ini ban-

yak membantu menyediakan juadah bagi majlis-majlis MRA secara per-

cuma sahaja.

Kumpulan yang terpilih mengikut bengkel membuat kuih raya ini diajar

satu persatu cara untuk menghasilkan kuih raya ini, daripada menguli, mene-

kap termasuk memotong, mengaul, membakar sehinggalah kepada

membungkus dan memasarkannya. Sebanyak 2 jenis kuih raya yang diajar

didalam bengkel ini. Kuih-kuih yang diajar ini adalah kuih-kuih yang mem-

punyai permintaan tinggi di pasaran.

Dibuka untuk tempahan—Hubungi 012 2096577

Klinik Opthamology MSU di rumah

WARGA MAS Teluk Medan, Bagan Serai Tim Opthamology dari MSU telah terlibat dalam

satu program bersama penghuni Rumah Warga Emas di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.

Tim dari MSU ini dketuai oleh Ketua Jabatan Op-

thamology MSU sendiri, iaitu Dr. Normalinah sendiri dan disertai oleh lebih dari 30 orang pe-

lajar.

Pembabitan para pelajar dari institusi pendidi-kan tinggi swasta amatlah dialu-alukan untuk

berkhidmat secara percuma kepada masyara-kat desa, golongan tua, golongan kurang berada dan yang terpinggir.

Tim dari MSU ini telah memeriksa lebih dari 60

orang penghuni rumah Warga Mas yang didiami oleh mereka yang rata-ratanya berusia

melebihi 60 tahun. Beberapa cadangan untuk program rawatan susulan telah pun disediakan

oleh pihak MSU dan ianya akan dipantau oleh MRA PERAK bagi memastikan rawatan yang di-

cadangkan dapat dilaksanakan bagi mem-bantu pesakit yang telah dikenalpasti.

Pasukan Perubatan MSU sedang mengambil tekanan

darah dari salah seorang penghuni Rumah Warga Mas

di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan

Mahasiswa perubatan dari dua buah institusi pengajian tinggi Malaysia, MSU dan RCMP berker-

jasama dalam program Klinik Opthamology ini. Inilah mahasiswa –mahasiswa yang peka dan sanggup ke lapangan bersama masyarakat. Tahniah buat anda semua.

Dr. Karim Russ, Pengerusi MRA PERAK dan Hj. Hani Yang Kassim, Setiausaha MRA PERAK sedang

membawa Dr. Normalinah dan rombongan meninjau perkarangan Pondok Warga Mas di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak. Pondok Warga Mas dihuni lebih daripada 80 orang penghuni.

Setiap penghuni Rumah Warga Mas Teluk Medan Bagan Serai ini diberikan ujian mata

bagi memastikan tahap kesihatan mata mereka. Suasana pemeriksaan ini berjalan

dengan cukup mesra dan ceria. Ianya seperti majlis anak cucu balik kampung bertemu

dengan datuk dan nenek. Penuh kekeluargaan dan keriangan. Tahniah kepada MRA

Perak atas program yang cukup baik ini. Sebelum ini, kerjasama bersama CARSEM Ipoh

telah diadakan bagi membaiki pendawaian elektrik dan kebersihan di kawasan penem-

patan Warga Mas ini. Juga tim perubatan dari RCMP telah pernah hadir memberikan

pemeriksaan kesihatan kepada penduduk disini dalam bulanApril yang lalu. Satu sesi

pembuatan Baja EM termasuk gotong royong juga telah diadakan dalam bulan Febru-

ari yang lalu. Sekali lagi tahniah MRA PERAK.

MRA PERAK JELALAH POS ULU SLIM

GIGIH - itulah semangat yang ditunjukkan oleh SAHABAT MRA PERAK

Pimpinan MRA Perak di lapangan

bersama Tok Batin Pos Ulu Slim

Kg. Pos Slim merupakan sebuah kampung yang dihuni oleh 70 buah keluarga Orang Asli dari suku

Semai. Terletak kira-kira 25 kilometer dari Simpang Pulai mengarah ke Cameron Highland. Kampung

ini telah dibuka semenjak zaman British namun sehingga kini penduduk masih belum menikmati ke-

mudahan bekalan elektrik, manakala bekalan air pula datang dari takungan air hujan yang disim-

pan.

Kebanyakkan penduduk di sini bekerja menebang buluh, rotan, mengutip petai, mencari madu le-

bah di hutan dan hasilnya kemudian dijual kepada peraih. Namun ada segelintir dari penduduk di

sini telah mula keluar dan bekerja di kilang yang terletak di bandar.

Pada 9 Julai yang lalu, MRA melalui MRA Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Madya Dr.

Karim Rus telah mengadakan program bersama masyarakat Orang Asli di sini. Program ini telah dilak-

sanakan oleh sahabat MRA yang terdiri daripada mahasiswa perubatan dari RCMP UniKL dan man-

tan ahli VAT69.

Antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung ialah bergotong-royong membersih de-

wan dan memasak. Program ini telah dimeriahkan lagi dengan program sukan bersama kanak-

kanak dengan dikelolai oleh pelajar-pelajar RCMP UniKL. Dr. Karim Rus bersama tim perubatan juga

turut melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk di sini.

MRA Perak telah bersetuju untuk menjadikan Kg. Pos Slim ini sebagai kampung angkatnya dan akan

merancang untuk mengembangkan lagi aktiviti di sini. Antaranya ialah membaikpulih dewan serba-

guna sedia ada, perkhidmatan rawatan kesihatan berkala, kemudahan sanitasi, program pendidi-

kan dewasa dan kanak-kanak.

Dihujung program, MRA telah menyampaikan sumbangan barangan makanan asas dan pakaian

kepada 70 buah keluarga di kampung tersebut.

SAHABAT MRA Perak sedang menyiapkan ubat-ubatan

DEWAN KOMUNITI MRA di Pos Bersih, Slim River sebulan lalu

Dewan Komuniti MRA di Pos Bersih, Slim River berada didalam fasa terakhir pembinaanya. Dewan ini di-

jangka dapat beroperasi dan digunakan dalam Program Tautan Kasih ENAM yang akan berlangsung di-

dalam bulan Ramadhan 1432 kelak.

Dewan Komuniti MRA ini merupakan manifestasi kepada kesungguhan dan komitmen MRA didalam kerja-

kerja membangunkan komuniti orang Asli supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa,

anak-anak yang berpengetahuan, kesihatan yang lebih baik dan sebagainya.

DEWAN KOMUNITI MRA SIAP UNTUK DIGUNA

DEWAN KOMUNITI MRA di Pos Bersih, Slim River sebelum Ramadhan 1432

Orang Kedah pergi ke Grik Makan laksa habis semangkuk

Hadir sudah bekalan elektrik Hilang gelita di Kampung Songkok