lapangan 06

19
Jepun, Kami Bersama ANDA MRA turun ke Fukushima & Miyagi Program Warga Emas Bagan Serai Projek Pam Air MRA di Pakistan Rayuan RAMADHAN 1432

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 08-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 06

Jepun, Kami Bersama ANDA

• MRA turun ke Fukushima & Miyagi • Program Warga Emas Bagan Serai • Projek Pam Air MRA di Pakistan • Rayuan RAMADHAN 1432

Page 2: LaPANGAN 06

Jepun, Kami Bersama ANDA Bencana Gempa, Tsunami dan Radiasi yang melanda Jepun baru-baru ini adalah satu ben-cana terbesar yang baru sahaja melanda bumi. Jepun dikatakan telah bersiap secara mental dan fizikal untuk menghadapi kedatangan tsunami ini kerana melalui peralatan dan kaedah teknologi canggih dunia satelit ianya telah dapat “diramalkan” akan berlaku. Namun, pengajaran kepada semua, ketentuan Allah datang dalam skala yang tidak terjangkau dan tidak mampu di-tahan oleh persiapan dan kelengkapan yang dis-ediakan. Ombak yang datang melebihi dari apa yang mereka sangkakan dan kemusnahan yang ber-laku tidak tergambar oleh akal bijak mereka. Dengan penuh keinsafan, MRA hadir membantu dari sudut bantuan kemanusiaan di bumi sakura ini. Kami beroperasi di prefectures Fukushima dan Miyagi. Kami berada di Sendai, Minamisanriku, Ishinomaki, Shizugawa, Iwaki, Aomi dan banyak lagi tempat. Bantuan yang kami salurkan adalah bantuan makanan bermasak seperti Onigiri dan Takedashi. Onigiri adalah nasi pulut kepal segi tiga manakala takedashi ialah makanan bermasak, berkuah yang disesuaikan mengikut selera Jepun. MRA membantu apa yang terdaya, kami mem-punyai pelbagai rancangan untuk membantu Jepun, namun tanpa segan sillu dinyatakan, ham-batan dana mungkin menggangu rancangan bantuan yang telah digariskan untuk Jepun. Kami merayu agar tuan dan puan budiman yang membaca LAPANGAN untuk menghulurkan ban-tuan dan memberikan sokongan kepada kami. Kami juga sedia tampil memberikan penerangan dan maklumat lanjut mengenai peristiwa ini. Se-hingga kini, masih terdapat ribuan penduduk yang masih menghuni di pusat penempatan bencana. GANBATTE KUDASAI!

AKAUN MRA: MAYBANK 5640 9820 6365

Page 3: LaPANGAN 06

Kepala keretapi tersadai jauh dari landasan di Murasakiyama, Miyagi

Kesan kemusnahan dapat dilihat dimana-mana sahaja di kawasan yang teruk dilanda tsunami lalu

Page 4: LaPANGAN 06

MRA BEROPERASI DI FUKUSHIMA & MIYAGI TIM MRA yang diketuai oleh Sdr. Khairil Annuar bersama barangan kiriman rakyat Malaysia di Islamic Centre, Sendai

Sukarelawan MRA dan penghuni pusat penempatan di Shizugawa High School, Miyagi

Page 5: LaPANGAN 06

MRA membantu mengedarkan makanan bermasak seperti onigiri dan take-dashi kepada penduduk yang menginap di pusat pemindahan. Makanan ini semua dapat disediakan dengan kerjasama dan bantuan NGO Jepun dan antarabangsa serta penuntut dan Kedutaan Malaysia di Jepun

Onigiri ini dihasilkan oleh penganut Buddha di Kogenji Temple yang terletak di Bunkyo, Tokyo. Mereka menyerahkan Onigiri yang disediakan kepada Otsuka Islamic Centre untuk dibawa ke Sendai, Fukushima.

Onigiri atau nasi pulut kepal tiga segi ini biasanya di balut dengan rumpai laut kering dan ditengah-

Page 6: LaPANGAN 06

MRA menghantar bantuan pertama ke Iwaki, Fukushima

Tuan Syed Putra, Syed Mokhtar pemangku Presiden, Alumni Look East Policy Society (ALEPS) mewakili MRA ke Iwaki

Syed Putra, Syed Mokhtar , Sato Naburo dan Aqeel Siddiqui sedang mencari jalan untuk menghantar bantuan

Page 7: LaPANGAN 06

MRA dan PKPU ditemukan di Masjid Otsuka, Tokyo berkerjasama erat di Minamisanriku, Fukushima

Sukarelawan MRA bersama tim PUTRA SATU MALAYSIA bergambar ramai di Ishinomaki, Miyagi

Bantu membantu bawa berkat

Page 8: LaPANGAN 06

Kesibukan dengan bencana di JEPUN tidak pernah melalaikan MRA dari terus berbakti dan membantu PAKISTAN yang dilanda banjir bulan Oktober 2010 yang lalu. Melalui projek pembinaan Pam Air, MRA telah berjaya membina sebanyak 27 buah pam air yang mampu memberi manfaat kepada puluhan ribu keluarga. Rumah Syukur yang dibina oleh MRA sebagai respons kepada Gempa Bumi Padang tidak lama dulu telah mencapai angka 200 buah dan Rumah Syukriah yang dibangunkan untuk keluarga miskin, daif dan yatim di Paki-stan selepas banjir besar 2010 telah mencapai angka 100 buah.

Kami akan terus membina pam air dan rumah-rumah ini selagi ada yang ingin menyumbang kepada MRA. Didalam negeri, MRA terus menghulurkan bantuan kepada warga emas di Bagan Serai, terima kasih kepada pihak CARLSEM dan RCMP, UniKL diatas komitmen dan kesudian untuk turun mem-bantu. Nantikan kemunculan Dewan Komuniti MRA di Pos Belum yang akan dimulakan pembi-naannya dalam masa terdekat ini. Kehadiran bencana yang silih berganti menyebabkan kami tidak menang tangan dan kekerin-gan dana. Bolehkah anda membantu kami? Dari segi dana atau tenaga? Kalau boleh dua-dua sekali - itu lebih baik. PENGARANG.

MENGAKAR BUDI

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MAYBANK: 5640 9820 6365)

SUMBANGAN anda amat mereka nantikan

Page 9: LaPANGAN 06

PAKISTAN tetap di HATI MRA

Bayangkan anak anda terpaksa mengambil air begini, bersyukurlah dan bantulah mereka yang memerlukan

Air adalah kehidupan, bantulah mereka

Seorang manusia memerlukan se-banyak 15-20 liter air bersih sehari Pusat Kesihatan: Seorang pesakit memerlukan air sebanyak 40-60 li-ter seorang Pusat Penyediaan-Makanan: Seo-rang memerlukan 20-30 liter sehari

Page 10: LaPANGAN 06

MRA-CARSEM WARDAH - UNIKL ber-ganding bahu membantu Warga Emas yang menghuni pondok di Se-kolah Menengah Ar Ridhuan, Ba-gan Serai, Perak baru-baru ini. Tiga organisasi yang mempunyai kepakaran dan kelebihan dalam bidang masing-masing, tampil men-ghulurkan bantuan.

Berbincang mengenai system pondok dan rumah warga emas

Semua peserta program Khidmat Masyarakat bergambar ramai

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH WARGA EMAS DI SEKOLAH MENENGAH AR-RIDHUAN,

BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

Gotong Royong membersihkan kawasan

Page 11: LaPANGAN 06

Teman-teman dari CARSEM WARDAH menjamu selera di kantin bersama-sama Warga Emas, tambah lagi lauk...

Pendedahan kerja gotong royong di peringkat usia muda amat penting dalam melahirkan generasi yang prihatin dan peduli umat

Page 12: LaPANGAN 06

45 hari yang lalu, satu sesi membuat cairan EM telah dilakukan di sekolah ini dan sebanyak tiga jenis hasilan EM telah berjaya dibuat; EM Sayur, EM Daun dan EM Buah. EM ini semuanya di-hasilkan oleh penghuni warga emas disitu sendiri. Hari ini, kami dapati kese-mua EM yang dibuat pada hari tersebut (45 hari yang lalu) telah bertukar menjadi cecair yang berbau manis dan masam mengikut ra-muan yang diberikan. Ber-kat usaha gigih dan kete-kunan penghuni warga emaslah yang membantu menjadikan EM ini satu ke-jayaan bersama.

EM Bagan Serai TERBAIK dan SUBUR

Cairan EM yang terhasil

Sayur yang ditanam oleh penghuni

Page 13: LaPANGAN 06

TIM PERUBATAN ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK TURUN PADANG

2 minggu lalu, tim perubatan RCMP bersama kami di Lenga, Muar dalam Misi Bantuan Banjir Selatan dan hari ini kami bersama lagi dengan mereka dalam Misi Gotong Royong kali ini. Begitulah komit-ednya tim perubatan RCMP. Tim RCMP telah memberikan rawatan dan bantuan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penghuni warga emas disini. DIsamping itu, mereka turut membawa mahasiswa jurusan psiko-logi untuk berbual dan mendengar sebarang lua-han hati para penghuni disini. MRA amat berter-ima kasih dengan sumbangan yang diberikan, se-moga kita kekal berkerjasama dilain masa.

DR. KARIM sedang memeriksa pesakit

Memberikan ubat penawar sakit

Mencatit maklumat diri

Berkongsi cerita kehidupan

Page 14: LaPANGAN 06

Tim CARSEM WARDAH te-lah membantu Warga Emas membuat pen-

dawaian semula disamp-ing membaiki punca plag serta memastikan kese-lamatan adalah terjamin bagi setiap peralatan

elektrik yang digunakan

Page 15: LaPANGAN 06

SESI RAWATAN ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK DI RUMAH WARGA EMAS, SEKOLAH AR-RIDHUAN, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

Page 16: LaPANGAN 06

PUPPET MRA MULAKAN OPERASI

PUPPET MRA adalah tim baru yang dibangunkan oleh sukarelawan MRA yang prihatin dan komited. Tim Puppet ini mendapat tunju-kajar dan bimbingan dari Cik Norashikin Sulaiman, mahasiswi Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Terima kasih cikgu. Selepas dua kelas teori dan latihan, tim puppet MRA ini sudah menghasilkan satu video ringkas yang terakam di Youtube bagi membantu Misi Bantuan Ke JEPUN—Kami Bersama Anda. Tim Puppet ini adalah sebahagian daripada gerakerja MRA untuk mendidik adik-adik mengenai kempen-kempen yang dianjurkan.

Tim Puppet ini juga telah mengadakan satu sesi pertunjukan di Seko-lah Komuniti Rohingya MRA—Al Khalifah di Cheras Baru. Persemba-han mereka amat menarik perhatian seluruh adik-adik dari kalangan pelajar Rohingya di sekolah tersebut. Mereka cukup terhibur den-gan cerita dan cara penyampaiannya. Mereka juga diajar bagaimana untuk menggunakan puppet ini dan kelihatan semua adik-adik yang hadir amat teruja dan begitu gem-bira sekali, tahniah kepada Tim Puppet MRA. Anda juga boleh men-jemput Tim Puppet MRA untuk hadir ke tempat anda. Hubungi kami di talian 03 2697 2007.

Nina dan Tini, sukarelawan puppet MRA

Guna stokin saja

“INGAT! Aku akan kembali ke Arakan”

Page 17: LaPANGAN 06

MRA DI DIPLOMA MRA DI DIPLOMA MRA DI DIPLOMA MRA DI DIPLOMA SHOWCASE FACTSHOWCASE FACTSHOWCASE FACTSHOWCASE FACT----

MRA telah membuka sebuah booth pameran sempena Diploma Showcas FACT-UITM baru-baru ini di Ruang Legar Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Di kesempatan ini, MRA juga telah mengadakan kempen mengumpul tandatangan dari semua peserta yang hadir dalam program tersebut. Sebanyak dua buah banner telahpun penuh ditandatangani oleh para pengunjung dan mahasiswa yang terbabit. MRA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua mahasiswa yang terlibat didalam pementasan sepanjang teater ini berjalan. Mesej yang disampaikan kepada masyarakat melalui pendekatan ini pastinya lebih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang menontonnya. Banner yang anda tandatangani akan kami pasangkan di kawasan yang menempatkan mangsa-mangsa terbabit.

Page 18: LaPANGAN 06

AKAUN MRA: MAYBANK 5640 9820 6365

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK KEMPEN RAMADHAN

SUMBANGAN RAMADHAN Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam be-berapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang diting-galkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak ber-puasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seo-rang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu men-getahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pem-beda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat ting-galnya) di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya ber-puasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. (Al-Baqarah, 2:183-185).

”Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi)

Anak m

uslim

Sri Langka

HUBUNGI SEKRETARIAT MRA TEL / FAKS: 03 2697 2007

Page 19: LaPANGAN 06

Harung denai redah belantara Kudup seroja jangan dihilang Tolong bantu mereda sengsara Hidup mulia rumpun terbilang