lapangan 11

21
MRA LATIH MYCORPS LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN LAPANGAN INISIATIF KERAJAAN UNTUK LAHIRKAN SUKARELAWAN TERLATIH Liputan KHAS MyCORPS MRA serah bahan ke Arkib Negara Klinik Statik MRA beroperasi di Garowe, Puntland, Somalia

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 30-Mar-2016

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

E-Majallah MRA edisi ke 11

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 11

MRA LATIH MYCORPS

LAPANGANLAPANGANLAPANGANLAPANGAN INISIATIF KERAJAAN UNTUK LAHIRKAN SUKARELAWAN TERLATIH

• Liputan KHAS MyCORPS • MRA serah bahan ke Arkib Negara

• Klinik Statik MRA beroperasi di Garowe, Puntland, Somalia

Page 2: Lapangan 11

Minda Redaksi

Rakan Pelaksana Dalam Pembangunan Negara Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kerajaan Malaysia melalui inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan te-lah mengambil satu tindakan penting bagi mewujudkan sebuah pasukan elit sukarelawan Malaysia bagi memastikan ianya sejajar dengan persediaan negara menuju kearah se-buah negara maju menjelang 2020. Menjadikan organisasi sukarelawan berteraskan pendidikan dan pembangunan komuniti dari Amerika sebagai penanda aras, Peace Corps, kumpulan pemimpin sukarelawan yang dinamakan sebagai MyCorps ini bakal mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan, pembangunan sosial, pembangunan komuniti dan pengembangan bahasa Malaysia. Inilah antara sasaran yang dirangka di peringkat permulaan ini dan pastinya akan berkembang dan meliputi pelbagai aspek dan bidang di masa yang mendatang. MRA mengambil keputusan untuk komited membantu Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan inisiatif ini atas dasar dan kepercayaan bahawa kewujudkan lebih ra-mai sukarelawan terutamanya dalam bidang bantuan kemanusiaan akan membantu merancakkan lagi dunia bantuan kemanusiaan dan lebih banyak bantuan dapat disalur-kan kepada mereka yang memerlukan. Namun, para sukarelawan ini perlu mendapat latihan dan pendedahan yang sewajarnya bagi menyedia serta menyiapkan mereka. Itu-lah pendirian kami dan kami serius membangunkan MyCORPS untuk Malaysia. Justeru, MRA menurunkan hampir kesemua “resource person” yang dimiliki bagi berkongsi ilmu dan pengetahun bersama para peserta MyCORPS ini. Komitmen yang diberikan oleh setiap “resource person” ini juga luarbiasa dan menjangkau apa yang kami sendiri harap-kan, mereka memberikan yang terbaik dari apa yang mereka miliki. Sedikit masa lagi, MyCORPS pastinya menjadi lebih terkenal dan terkemuka dengan pend-edahan mengenai projek-projek yang bakal mereka laksanakan di luar negara. Kami ber-sungguh-sungguh ingin memastikan bahawa projek MyCORPS ini menjadi satu mercu-tanda terbaik negara buat semua anak muda yang cenderung kepada kerja-kerja ban-tuan kemanusiaan di Malaysia. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain. MOHD SHAHRULAZILAN

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia

LAPANGAN 11-2011 2222

Page 3: Lapangan 11

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama diantara pihak Kementerian Belia dan Sukan Ma-laysia dengan Yayasan Malaysian Relief Agency (MRA) di Putrajaya. Kementerian diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Tuan Borhan bin Dolah manakala MRA diwakili oleh Sdr. Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA. Turut hadir ialah Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, (Ahli Jawatankuasa Teknikal MYCORPS), Sdr. Johari Kan Abdullah, wakil MRA didalam perlaksanaan MY-CORPS serta Puan Hartini Abdul Jabbar, Penolong Pengarah KBS yang bertanggungjawab bagi memastikan inisiatif MYCORPS ini terlaksana seperti yang digariskan didalam Makmal Belia.

3333 LAPANGAN 11-2011

Page 4: Lapangan 11

menjelajah dunia Inisiatif MyCorps iaitu Inisiatif Generasi Y melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Makmal ini dilaksanakan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri menerusi hasil cadangan Mesyuarat Jawa-tankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri 1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2010.

Makmal Transformasi Pembangunan Belia diadakan adalah sebagai usaha untuk memahami kehen-dak dan keperluan generasi Y. Inisiatif MyCorps yang diperkenalkan melalui makmal tersebut bertujuan menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai 'Role Model' dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela dikalangan generasi Y.

Inisiatif ini juga mampu mewujudkan organisasi-organisasi baru berteraskan kesukarelaan. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara KBS dan agensi yang berkaitan seperti Majlis Belia Malay-sia (MBM), Malaysian Relief Agency (MRA), Yayasan Salam (SALAM), Global Peace Mission (GPM), dan badan-badan sukarela lain dari dalam dan luar negara.

MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi. Inisiatif MyCorps ini akan mela-hirkan seramai 60 orang pemimpin sukarela dari kalangan golongan belia yang benar-benar berkualiti dan memiliki nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam tempoh setahun dan seterusnya.

MyCorps bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan belia melalui pengalaman mereka serta menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelaan di peringkat tempatan dan antarabangsa disamping memupuk kesedaran dalam diri belia tentangn isu-isu tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan, bencana kesihatan, kelaparan dan sebagainya.

MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan

mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi

LAPANGAN 11-2011 4444

Page 5: Lapangan 11

5555 LAPANGAN 11-2011

Simulasi 4 x 4 di laluan Pos Balar

Bersama Komuniti Orang Asli

Page 6: Lapangan 11

Tim Jurulatih dari MRA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY menurukan hampir kesemua “pakar rujuk” yang dimilikinya untuk men-jayakan program MYCORPS ini. Bermula dari proses pembinaan jadual, penentuan modul, pemili-han penceramah dan jurulatih hinggalah ke hari jadi yang sebenar, MRA membariskan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing masing untuk berkongsi dengan para pe-serta MYCORPS. Program di Kem Rakan Muda, Taiping, Pos Balar dan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras telah turut dihadiri oleh beberapa “resource person” yang mempunyai reputasi dan kredibiliti dalam bidang masing-masing. Selain dari MRA, turut berkerjasama dalam menjayakan inisiatif MYCORPS ialah YAYASAN SALAM dan GPM.

HJ. SHIRAJUDDIN SIRAT, Setiausaha Eksekutif MRA

EN. JOHARI KAN ABDULLAH Penyelia Sek. Kom. Rohingya MRA

EN. MOHD REZAIDI MOHD ISHAK Pengarah Latihan &Pembangunan MRA

DR. SHAHRIZAL AZWAN SAMSUDIN Pengarah Kesihatan MRA

Page 7: Lapangan 11

Tim Penceramah dari MRA

EN. KHAIRIL ANNUAR KHALID Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik

MEJ (B) AZMI MOHAMAD Jurulatih Peta, Kompas & GPS

EN. ADNAN Jurulatih 4x4 dan Komunikasi

EN. NIZAM Sukarelawan MRA, Jurulatih bagi WATSAN

CIK RATINAWATI RASIDI Penceramah Slot “Interaksi Media”

EN. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA merangkap Ahli JK Teknikal MYCORPS

Mike Charlie! This is Radio Check... Do you receive me?

Page 8: Lapangan 11

Kaedah Bengkel & Simulasi

SDR ILYOS dan SDR YASSIN dalam sesi simulasi Rundingan… ada Nampak parang tu?

Kaedah pembelajaran dalam kelas sahaja tidak cukup dan pastinya tidak akan mem-berikan para peserta kefahaman yang men-dalam mengenai pelajaran yang dikongsi bersama mereka. Justeru, kami memastikan sesi bengkel dan sesi simulasi dapat diadakan bagi menyegar-kan kembali ingatan dan menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap ilmu dan mak-lumat yang telah dikongsi didalam bilik dar-jah. Sesi Bengkel pula memberikan mereka tam-bahan kepada maklumat yang dimuatkan didalam buku Modul yang dibekalkan, ianya juga memberikan mereka peluang dan ruang untuk mengalami sendiri pengalaman seperti yang disimpulkan didalam buku tersebut. Di sesi Bengkel juga, mereka dapat mema-hami dengan lebih tepat mengenai apa yang diajarkan didalam kelas, ianya lebih kuat bertapak diminda mereka dibandingkan hanya kuliah mengenai teori dan gambar-gambar semata-mata. Bengkel ini dikendalikan oleh “resource per-son” yang berpengalaman dan mempunyai pendedahan luas mengenai perkara yang diajar.

Manakala dalam sesi Simulasi pula, para peserta diberikan situasi-situasi yang berlaku di lapangan untuk membolehkan mereka memahami dengan lebih baik bagaimana untuk bertindak dan ber-gerak dalam keadaan tersebut. Simulasi ini dapat memberikan latihan awal dan persiapan minda kepada setiap peserta. Walau-pun simulasi ini hanyalah olok-olok tetapi ianya tetap dapat memberikan peserta tekanan yang dikehendaki dan mereka juga dapat merasakan bebanan, perasaan cemas, khuatir dan ngeri sepanjang simulasi ini berjalan.

Haji Hani Yang Kasim, Matron Khadijah Ariffin dan Matron Rokiah

LAPANGAN 11-2011 8888

Page 9: Lapangan 11

SAHABAT muda MRA beraksi jadi mangsa jerangkap samar di Kemunting

“Mangsa Letupan Periuk Api” kakinya tersangkut..

Page 10: Lapangan 11

PAKAR RUJUK DARI MRA

EN. AZALEEZAH ABD MALEK Ketua Jurugambar Utusan

EN. MOHD SHAHRIN HAMID Jurulatih Persembahan dan Body Percussion

PUAN SITI HAJAR ISMAIL Jurulatih Vokal & Komunikasi

CIK FAUZIAH TAHAR Komuniti Orang Kurang Upaya

MATRON KHADIJAH Simulasi Pertolongan Cemas

HJ HANI YANG KASSIM Simulasi Pertolongan Cemas

SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH MANUSIA YANG PALING BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN

LAPANGAN 11-2011 10101010

Page 11: Lapangan 11

EN. ISKANDAR SYAH ISMAIL “TRAUMA HEALING”

HAJI MUSA DAN HAJI CHIN Kem Komandan & Tim Kem Komandan

EN. FAIDZEL Pegawai KBS

PUAN HARTINI ABDUL JABBAR Pen. Pengarah KBS

Cik Niza, Cik Abby dan En. Goh Para pegawai KBS

11111111 LAPANGAN 11-2011

Page 12: Lapangan 11

LAPANGAN 11-2011 11112222

KEM REMAJA ISLAM, SIK, KEDAH

Cuti sekolah dimanfaatkan dengan aktiviti riadah dan rehlah disamping memupuk jatidiri muslim yang berani lagi bertaqwa. Rugi pada yang tidak turut serta...

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pokok Sena telah menganjurkan Kem Remaja Islam bagi remaja-remaja muslim, lelaki dan wanita sekitar kawasan Kedah. Kem Remaja ini telah mengambil tempat di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah pada 18 hingga 20 November 2011 yang lalu. Program yang menerapkan disiplin seharian seorang mus-lim sebagai teras kursus ini turut melibatkan aktiviti yang pelbagai termasuk permainan bermatlamat, nyanyian yang membangun jiwa, pembinaan pasukan, pengujian keberanian, latihan dalam kumpulan dan juga bimbingan dalam kumpulan. Malaysian Relief Agency (MRA) telah dijemput untuk mem-berikan pengisian mengenai pengalaman dan tugasan yang dilalui sebagai pekerja bantuan kemanusiaan disamping menerangkan konsep sukarelawan yang digun-apakai dalam kebanyakkan misi MRA didalam dan diluar negara. MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif , Sdr. Mohd Shahrulazilan. Turut serta menemani beliau ialah dua orang Sahabat MRA iaitu Sdr. Ahmad Zakuan Oth-man Zailu dan Sdr. Ahmad Nazirul Mukmin. MRA dan ABIM saling berkerjasama dalam banyak perkara dan dalam tahun 2010 kedua pihak terlibat dalam kerja-kerja bantuan semasa Kempen Banjir Utara yang berlaku di negeri Perlis dan juga Kedah. Semoga ker-jasama ini akan dapat dipertingkatkan dari masa ke se-masa.

Page 13: Lapangan 11

KLINIK MRA BEROPERASI DI GAROWE

Aktiviti MRA di Somalia bermula sejak dari 24 Ogos 2011 di Puntland, Somalia menerusi kerja-kerja bantuan kece-masan seperti pengagihan bekalan air bersih dan makanan. MRA turut membina telaga air serta melak-sanakan ibadah qurban dan agihan dilakukan dikalan-gan mereka yang miskin dan serba kekurangan. Klinik Statik MRA ini terletak di sebuah kem IDP di Garowe dalam wilayah Nugal. Klinik ini memberikan bantuan kepada komuniti penduduk yang menderita sejak tiga bulan yang lalu. Kerja-kerja rawatan dan pemeriksaan di klinik ini diketuai oleh Dr. Daud Al Hirsi dengan dibantu oleh tiga orang lagi jururawat dari Hospital Garowe yang sudi membantu MRA. Klinik statik yang dikendalikan oleh pasukan kesihatan MRA Somalia berfungsi selama tujuh jam setiap hari dan dalam seminggu kami berkerja selama enam hari sa-haja. Setiap kakitangan mempunyai tugasan tersendiri dan Dr. Daud, bertanggungjawab bagi segala urusan ber-sangkut paut dengan pentadbiran program disamping beliau juga perlu melakukan diagnosis penyakit, mer-awat pesakit termasuk merujuk kes yang parah ke Hos-pital Besar Garowe atau ke pusat-pusat perubatan yang lain.

11113333 LAPANGAN 11-2011

Page 14: Lapangan 11

Tiga orang lagi jururawat yang terlibat bertang-gungjawab untuk menukarkan pakaian pesakit; persiapan peralatan, pendaftaran, pendidikan kesihatan dan lain-lain lagi. Sepanjang klinik ini berjalan, seramai 1300 pesakit telah dapat ditemui (678 kanak-kanak, 440 terdiri daripada mereka yang berusia kurang dari 5 ta-hun, 238 melebihi usia lima tahun. Manakala bagi orang dewasa pula seramai 622 orang telah ber-jaya dilawat. Beberapa penyakit telah dapat dikesan ke-hadirannya seperti Acute Watery Diarrhea, Mea-sles, Malaria, Anemia, ARI, Dysentery, Parasites, STI dan Protein Energy Malnutrition. Setiap hari, kunjungan para penduduk ke Klinik Pesakit Luar mencecah jumlah 40 orang pesakit termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan penduduk setempat di Kem Jawle. Berdasarkan kepada bekalan ubatan yang di-miliki oleh MRA, Kakitangan kami terpaksa meng-gunakan pelbagai jenis dadah seperti antibiotics; anti- histamine, anti-allergi, anti-parasit, tahan sa-kit dan lain-lain lagi semasa merawat para pesakit yang datang berkunjung.

Seramai 1300 pesakit telah dirawat sejak klinik statik ini mula beroperasi pada 16 November 2011 yang lalu. Hampir 40 orang datang setiap hari kesini.

LAPANGAN 11-2011 14141414

Page 15: Lapangan 11

Klinik Bergerak ini sangat membantu bagi mereka yang menghuni kem-kem pelarian. Jarak diantara kem ke hospital agak jauh manakala

pengangkutan awam amat lemah dan tidak teratur. Klinik ini dapat meringankan beban para penghuni setempat

Kami mendapatkan tenaga mahir bagi program ini dari Hospital Garowe. Disebelah pagi, mereka boleh meneruskan teknologi MRA.

15151515 LAPANGAN 11-2011

Page 16: Lapangan 11

LAPANGAN 11-2011 16161616

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2011 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2011 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Ko-munikasi dan Kebudayaan Malaysia di Arkib Negara Malaysia. Tema yang dipilih oleh UNESCO ialah "Lihat, Dengar dan Pelajari" untuk sambutan pada tahun ini. YB Senator dalam ucapan perasmiannya mengucap-kan tahniah kepada Arkib Negara Malaysia yang te-lah mengambil initiatif untuk mengumpul, menyim-pan dan memelihara bahan-bahan penting untuk di-manfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya generasi akan datang. Beliau seterusnya menyeru agar indi-vidu dan organisasi daripada latarbelakang yang pel-bagai untuk terus menyokong usaha ini dengan menghantar bahan-bahan yang berguna bagi tujuan di atas.

MRA serah bahan ke ARKIB NEGARA

En. Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Penga-rah Arkib Negara Malaysia dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengumumkan bahawa 27 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warisan Audiovisual Sedunia. Bahan-bahan ini penting dikumpulkan dan disimpan dengan baik sebagai bahan rujukan khususnya kepada pelbagai pihak yang ingin membuat penyelidikan dan rujukan untuk generasi akan datang. Selain penyampaian hadiah kepada para pe-menang Peraduan Fotografi, Malaysian Relief Agency (MRA) diwakili oleh Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA bersama empat NGO lain telah menyampaikan bahan audiovis-ual masing-masing pada majlis ini.

Page 17: Lapangan 11

INTERNATIONAL HUMANITARIAN CONFERENCE 2011 MERCY

MRA telah dijemput oleh MERCY Malaysia untuk turut serta dalam tiga buah bengkel di International Humani-tarian Conference yang telah diadakan di Legend Ho-tel, Kuala Lumpur pada 25-26 November 2011 yang lalu. MRA telah diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan. Dalam sesi Bengkel yang pertama, “Sukarelawan”, Sdr. Shahrul telah berkongsi mengenai bagaimana MRA mengatur pergerakkan sukarelawan atau lebih dikenali sebagai SAHABAT MRA. Turut dikongsi ialah bagai-mana SAHABAT MRA ini menjadi begitu komited dan bersemangat dalam setiap tugasan yang dikongsi. MRA turut memaklumkan pandangan NGO luar apa-bila kita membawa “sukarelawan” ke mesyuarat pen-yelarasan di zon operasi , dimana mereka tidak mem-punyai kuasa untuk bersuara. Ketika sesi Bengkel yang seterusnya, “Lojistik”, MRA berkongsi bagaimana untuk menguruskan lojistik ber-dasarkan keadaan bencana dan kesediaan organisasi menghadapinya. MRA memberikan pengalaman menghulurkan bantuan di negara Jepun sebagai con-toh. Urusan lojistik dapat dilaksanakan dengan baik, teratur, bersih dan murah sekiranya kita membuat perancan-gan yang rapi dan teliti sebelum bergerak kemana-mana operasi atau bencana. Dalam sesi Bengkel Terakhir, MRA menceritakan pen-galaman mereka berhadapan dengan isu-isu kese-lamatan dan bagaimana untuk menghindarinya. MRA turut berkongsi pengalaman bergerak di Pakistan, Srii Lanka dan di Somalia. MRA berkongsi kisah bagaimana untuk berurusan den-gan ketua-ketua perang (warlord) dan ketua-ketua ko-muniti (tribal leader) di kawasan-kawasan dimana MRA beroperasi dan caramana yang boleh digunakan bagi memenangi hati mereka ini. Beliau turut berkongsi dengan para peserta ungkapan biasa dalam MRA semasa melepaskan wakil-wakil MRA ke luar negara iaitu “Don’t Come Back By Cargo”

Sdr. Shahrul bersama salah seorang peserta warga Somalia, Abdul Fatah

17171717 LAPANGAN 11-2011

Page 18: Lapangan 11

MRA terus menerima kunjungan dari organisasi kemanusiaan antarabangsa. Kali ini, kunjungan datang dari rakan pelaksana MRA di Pakistan iaitu Yayasan Al Khidmat. Kunjungan ini yang bertujuan untuk menghantar laporan aktiviti Al Khidmat sepanjang tahun 2010 turut dilihat sebagai misi PR untuk mera-patkan lagi ukhuwah disamping memantapkan lagi gerakerja yang sedia ada diantara kedua buah organisasi ini. MRA dan Al Khidmat bukanlah suatu gandin-gan baru di Peshawar khususnya. MRA telah bersama-sama berkerjasama dengan Al Khidmat semenjak banjir besar melanda pada Ogos 2010 yang lalu dan sehingga kini MRA masih meneruskan beberapa buah projek disana.

Semenjak dari Ogos 2010, MRA telah mendirikan sebanyak 80 buah Rumah Syuk-riah disana bagi mangsa-mangsa banjir yang benar-benar susah dan miskin. MRA turut mendirikan puluhan pam air di se-kitar kawasan Charsadda dan Nowshera bagi memulihkan semula bekalan air di kawasan tersebut. MRA juga ketika diperingkat awal banjir, te-lah mengagihkan bertan-tan bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan dikawa-san tersebut. Ini termasuklah mengadakan majlis berbuka puasa kepada penduduk disana didalam bulan Ramadhan. Qurban 1432 turut dilaksanakan di Pakistan dengan kerjasama dari Al Khidmat.

Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA menerima bahan bacaan dari wakil Al Khdimat yang berkunjung ke pejabat MRA.

LAPANGAN 11-2011 11118888

KUNJUNGAN HORMAT DARI WAKIL AL KHIDMAT

Page 19: Lapangan 11

Pada 19hb November 2011 yang lalu, bertem-pat di Kem Kemensah yang terletak di be-lakang Zoo Negara, satu sesi latihan kerja ber-pasukan telah diadakan untuk peserta pro-gram khidmat masyarakat yang bakal digerakkan oleh kedua-dua buah kolej. Penghuni kedua buah kolej akan berker-jasama bagi menjayakan satu misi bantuan kemanusiaan ke Acheh, Indonesia dalam ta-hun 2012 nanti. Disana mereka mensasarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilaksanakan bersama penduduk dan komuniti setempat.

Latihan yang diberikan didalam kursus singkat ini menekankan kepada keperluan merangka dan merancang bagi memudahkan mereka bekerja dalam satu rangkaian tersusun dan sis-tematik. Mereka turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti permainan berkumpulan, menghadapi persepsi, membetulkan tangga-pan dan beberapa aktiviti lain yang memerlu-kan penyelesaian secara kreatif dan dinamik. Keseluruhan peserta menunjukkan kesunggu-han dan semangat yang tinggi. Semoga misi ini bakal berjalan dengan lancar dan jayanya, Insya Allah.

Penghuni Sumaiyyah dan Safiiyyah bergambar bersama di Kem Kemensah

19191919 LAPANGAN 11-2011

Page 20: Lapangan 11

Sekretariat MRA terus menerima kunjungan tetamu dan antara tetamu yang kami terima kali ini ia-lah seorang penyair ber-bakat, cukup halus dan ber-bisa tulisannya, mengun-tumkan bait-bait puisi yang puitis dan sekali sekala menggegar dan meng-gugat maknanya.

Menghasilkan antologi puisinya yang tersendiri, Sdr. Roslan Mohd Shariff merupakan seorang pen-yair Kurang Upaya yang mengalami masalah Palsi Cerebrum tetapi begitu akitf dalam aktiviti kerja seni dan penulisan puisi. Tanpa sebarang prejudis beliau terus berkarya tanpa gentar pada sebarang akta.

Sdr. Roslan juga meru-pakan anak murid kepada Cik Fauziah Tahar, Pengu-rus Sekretariat MRA ketika beliau menuntut di sebuah sekolah untuk anak-anak kurang upaya di Selangor dahulu.

Rembulan mengambangRembulan mengambangRembulan mengambangRembulan mengambang Bintang gemerlapanBintang gemerlapanBintang gemerlapanBintang gemerlapan

Petikan dari sajak Cinta Yang Jauh-Roslan Mohd Sharif

ROSLAN MOHD SHARIF ROSLAN MOHD SHARIF ROSLAN MOHD SHARIF ROSLAN MOHD SHARIF

^âÇ}âÇztÇ gxàtÅâ \áà|Åxãt^âÇ}âÇztÇ gxàtÅâ \áà|Åxãt^âÇ}âÇztÇ gxàtÅâ \áà|Åxãt^âÇ}âÇztÇ gxàtÅâ \áà|Åxãt

LAPANGAN 11-2011 20202020

Page 21: Lapangan 11

Pukul rebana kayu pulasan Dari malam sampai ke siang

Memikul beban tidak perasan Senyum seorang hati kan girang