lapangan 19

15
MRA operasi di Sitwe LAPANGAN Kempen QURBAN TERBAIK 1433 MRA Kutipan dana untuk Tabung Rohingya Jelajah Thailand untuk Rohingya Aktiviti dalaman MRA EDISI19-2012

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 24-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

E Majallah MRA edisi ke 19

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 19

MRA operasi di Sitwe

LAPANGAN

Kempen QURBAN TERBAIK 1433 MRA

Kutipan dana untuk Tabung Rohingya

Jelajah Thailand untuk Rohingya

Aktiviti dalaman MRA

EDISI 19-2012

Page 2: Lapangan 19

ARAKAN BUKAN MISI SEHARI Dapat masuk dan beroperasi di Sitwe bukanlah bermakna MRA telah

berjaya menyelesaikan masalah diantara kedua belah etnik yang ber

telagah, jalan masih jauh dan banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan

bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang berada

di lapangan.

Kami telah berusaha untuk kesana sejak bulan Ramadhan lagi dan

hanya berjaya berada di Sitwe selepas Syawal yang lalu. Kami hanya

menghantar petugas dalam jumlah yang kecil bagi memudahkan segala

urusan lojistik dan keselamatan. Mungkin cara kami bekerja berlainan

daripada organisasi lain tetapi itulah cara terbaik yang kami lakukan

berdasarkan pengalaman lalu dan maklumat terkini yang kami perolehi.

Kemelut Arakan bukanlah satu isu baru, ianya merupakan satu kisah

lama yang berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian tuntas. Tragedi

yang berlaku sekarang akibat peristiwa pembunuhan pada bulan Jun

lalu merupakan klimaks kepada keseluruhan isu ini. Ditambah dengan

semangat “politik baru” Myanmar yang diselaputi kemilau demokrasi,

isu ini menjadi hangat dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia,

paling tidak menyebabkan sebilangan besar umat Islam tersentak

mendengar apa yang berlaku.

Konflik antara Rohingya dan Rakhine bukanlah satu isu yang simple

dan satu arah sahaja. Ianya adalah rumit, multi layer dan multi direc-

tion. Penyelesaian yang kekal mungkin mengambil masa yang agak

lama, tetapi penyuraian kepada masalah yang berlaku boleh dilakukan

secara berperingkat.

Kemelut Arakan ini akan mengambil masa yang panjang untuk kembali

menjadi neutral, malah potensi untuk ianya menjadi persengketaan ber-

panjangan juga tidak dapat dinafikan. Masa depan politik baharu

Myanmar sedang diuji, bukan setakat Aung San Syu Kyi sahaja yang

terkena bahangnya, malah segala pihak yang terbabit termasuk ASEAN

perlu melunaskan tanggungjawab mereka dalam mencari penyelesaian

terbaik kepada konflik yang semakin membarah ini.

Konflik ini jika gagal dibendung akan menatijahkan peningkatan

kepada persengketaan yang berterusan diantara Muslim dan Buddha di

negara-negara Indo China yang lain, ini amatlah membahayakan dan

sangat merugikan. Di satu sudut lain pula, inilah peluang bagi pihak

tertentu untuk memulakan operasi militer mereka atas alasan memper-

tahankan umat Islam yang tertindas dan jika ini berlaku, rantau ini pasti

akan bertukar wajah. Bersediakah kita?

MOHD SHAHRULAZILAN SAID

Pengarah Eksekutif

garismasa

Mei 2011 - Kelas Belon untuk trauma healing

Julai 2011- Coklat Chip yang dihasilkan oleh

kaum ibu Rohingya di Kampung Cheras Baru

Tautan Kasih 6 - Ogos 2011 - Pos Bersih

Feb 2011 - Misi Tsunami- Sendai, Fukushima

Page 3: Lapangan 19

BANTUAN MRA TIBA DI SITWE, ARAKAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)

berjaya melepasi halangan untuk tiba di

bumi bergolak Arakan apabila berjaya

menjejakan kaki di ibunegeri Sitwe pada

September yang lalu.

MRA telah bertemu dengan wakil kedua

belah pihak yang bertelagah, Rohingya dan

Rakhine. Kami telah mengadakan perbin-

cangan dengan mereka dan menyatakan

hasrat MRA untuk membantu mereka yang

menjadi mangsa konflik tanpa membatas-

kan kepada agama dan bangsa mereka.

Kami juga menyatakan komitmen kami

untuk membantu mangsa konflik ini dan

merancang untuk berada di Arakan bagi

suatu tempoh yang panjang, sesuai dengan

keadaan konflik yang sedang berlaku.

2 LAPANGAN 19-2012

Menadah tangan merafa’ doa bersama penduduk Aung

Mingalar yang terkepung sejak Jun 2012 yang lalu

Bersama anak-anak Rakhine di Sitwe

Page 4: Lapangan 19

USAHA BERTERUSAN SEJAK KONFLIK

MULA TERCETUS DI ARAKAN USAHA memasuki wilayah bergolak Arakan telah

direncanakan sejak dari mula konflik ini tercetus dan

pasukan pertama MRA telah berada di Rangon bagi

mengatur gerakan membantu mangsa konflik semasa

bulan Ramadhan yang lalu lagi.

Pasukan ini telah diketuai oleh Pengarah Bantuan Ke-

cemasan dan Lojistik, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid

yang telah bertemu dengan pelbagai organisasi dan

agensi bantuan milik kerajaan dan juga antarabangsa

dalam mencari jalan untuk masuk ke Sitwe.

Alhamdulillah, usaha berterusan untuk memasuki

kawasan ini membuahkan hasil apabila dalam trip yang

kedua, MRA telah berjaya mendapatkan kebenaran

untuk masuk dan bergerak di Sitwe dari pihak yang

mempunyai autoriti.

Dibantu oleh kakitangan tempatan, MRA telah berjaya

memasuki Sitwe tanpa sebarang masalah besar dan

kami telah mengadakan beberapa pertemuan dengan

kedua belah pihak dan kami telah bersetuju untuk

memberikan bantuan awal yang berbentuk bekalan

makanan kering kepada mangsa-mangsa konflik dari

kedua belah pihak.

Setakat ini, kami telah berjaya menyalurkan hampir 20tan

bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak,

bawang, cili, garam, kacang dal, ikan kering, ikan bilis

dan lain-lain kepada mangsa-mangsa konflik.

Kami telah mendapatkan stok bekalan makanan ini dari

bandar Sitwe sendiri melalui jaringan yang telah kami

bina, ini secara tidak langsung menjimatkan masa dan

dana yang kami miliki. Lebih menarik, bantuan makanan

kami telah dihantar ke kawasan Rohingya, kelompok mi-

noriti di Sitwe, terutamanya di perkampungan Aung

Mingalar yang terkepung pada waktu siang hari. Kami

tidak menghantar bantuan secara sembunyi-sembunyi dan

tidak melalui cara yang “gelap”. Semuanya dilakukan

secara terang-terangan dan mendapat kebenaran dari

pihak yang berkuasa disana.

Kami turut mengadakan pertemuan dengan Ketua

Menteri Rakhine, Menteri Hasil Mineral dan Perhutanan

serta Menteri Kesihatan bagi perlaksanaan dan pe-

rancangan kerja-kerja bantuan MRA di masa yang men-

datang. Sedikit rumit untuk bekerja di Arakan tetapi

ianya tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus

menerus membantu mereka yang menjadi mangsa di-

dalam konflik ini.

LAPANGAN 19-2012 3

Di Pasar Borong Sitwe, membeli bahan makanan

untuk mangsa konflik yang berada di Sitwe

Di Pejabat UNHCR, Rangon

Bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Rangon, Dr. Faizal

Page 5: Lapangan 19

ARAKAN MEMERLUKAN

SOKONGAN ANDA Kemelut Arakan adalah ibarat bom jangka, yang sudah

diketahui merbahaya dan bakal meletus cuma ianya menanti

saat dan ketika yang sesuai untuk meledak.

MRA berpendapat, kedua-dua belah pihak perlu dibantu

dalam menguruskan konflik ini, ia sebenarnya bukan lagi

masalah dalaman Myanmar seperti yang sering dicanangkan,

ianya sudah melimpah melangkaui sempadan dan telah men-

jadi masalah serantau, masalah ASEAN.

Malah telah berjangkit kepada negara-negara jiran yang men-

jadi tuan rumah (hos) kepada para pelarian yang melarikan

diri daripada kekejaman dan kezaliman yang dihadapi oleh

mereka di tanah kelahiran mereka sendiri. Masalah dalaman

Myanmar ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan yang

maha hebat. Boleh dikatakan hampir kesemua bahagian ter-

kandung didalam piagam Hak Asasi Manusia PBB (The Uni-

versal Declaration of Human Rights) dilanggar oleh pemerin-

tah Myanmar dalam konteks pelarian Rohingya ini.

Mengkritik dan menyalahkan kerajaan Myanmar sahaja tidak

cukup, mereka sebenarnya perlu ditolong dan dibantu. Men-

jadi kewajipan kepada negara dan kerajaan yang berjiran,

apatah lagi mereka merupakan negara anggota ASEAN, un-

tuk membantu dan membimbing Myanmar dalam meng

amalkan sistem pentadbiran yang bertamadun, adil dan ber-

perikemanusiaan terhadap penduduk dan rakyatnya sendiri.

Di lapangan Arakan, MRA telah mengenal-

pasti bidang-bidang yang berpotensi untuk di-

bangunkan bagi membantu mangsa konflik

dari kalangan dua bangsa yang sedang dalam

persengketaan ini.

Antara bantuan yang telah dikenalpasti ialah

agihan bantuan makanan. Kedua belah pihak

amat memerlukannya, pertelingkahan ini telah

mengakibatkan ekonomi setempat jatuh me-

rudum dan menyukarkan urusan jual beli

makanan kepada penduduk, selain kesukaran

untuk mendapatkan bekalan makanan, sikap

prejudis dan syak wasangka sesama mereka

tambah memburukan keadaan dan situasi. Em-

bargo yang dikenakan terhadap penduduk Ro-

hingya merugikan kedua belah pihak.

Bantuan lain yang akan disalurkan ialah ban-

tuan kesihatan dan perubatan. MRA akan

membantu kedua-dua komuniti dalam menda-

patkan rawatan perubatan yang terbaik sesuai

dengan suasana dan keadaan yang sedang

mereka hadapi. MRA telah mengenalpasti

keperluan perubatan yang mereka perlukan dan

akan berkerjasama dengan pihak berkuasa tem-

patan didalam menyalurkan bantuan kepada

mereka yang memerlukan.

4 LAPANGAN 19-2012

Berborak bersama pihak Polis yang bertugas

mengawal perkampungan Aung Mingalar di Sitwe

Tim MRA yang berjaya memasuki Sitwe, Sdr. Shahrul,

Sdr. Shahid (Koordinator Myanmar) dan Sdr. Johari

Page 6: Lapangan 19

JAKIM anugerah MRA RM100,000

Terbaru, Felcra Bhd. Cawangan Kampung Kurnia di sini

berjaya mengumpulkan RM3,000 hasil kutipan awam se-

lama seminggu untuk disalurkan melalui Malaysia Relief

Agency (MRA).

Sumbangan itu disampaikan oleh wakil Felcra cawangan

tersebut, Zulkifli Mohd. Yusof kepada wakil MRA, Johari

Tan Abdullah sempena Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Bhd.

Kampung Kurnia, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan

Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar; Timbalan Presiden Gera-

kan, Datuk Chang Ko Youn dan Pengurus Felcra Bhd.

Cawangan Kampung Kurnia, Zulkarnain Zainal Abidin.

Zulkarnain ketika ditemui pemberita memberitahu, pi-

haknya melancarkan kutipan tabung tersebut untuk ber-

sama-sama membantu masyarakat Islam Rohingya yang

ditindas.

"Kutipan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada pe-

serta Felcra Kampung Kurnia yang bersimpati terhadap

kesengsaraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam Rohin-

gya.

"Diharap sumbangan kecil ini dapat membantu merin-

gankan beban penderitaan penduduk di sana. Bantuan ti-

dak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan dan salur-

kan kutipan dana dari semasa ke semasa," jelasnya.

FELCRA KG. KURNIA PRIHATIN

CAKNA ISU ROHINGYA

BERUAS 1 Sept. - Penderitaan penduduk Islam Rohingya di

Myanmar terus mendapat perhatian rakyat negara ini yang

tidak putus-putus menggerakkan usaha mengumpul dana bagi

membantu golongan tersebut.

10 September 2012, Putrajaya - Malaysian

Relief Agency (MRA) merupakan antara 36

NGO yang telah menerima bantuan kewan-

gan daripada Jabatan Kemajuan Islam Ma-

laysia (JAKIM).

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YB

Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Ba-

harom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sumbangan kepada semua 36 NGO ini ber-

jumlah RM3 juta, disampaikan bersempena

dengan Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri,

JAKIM di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Shirajuddin Sirat, Ahli Lembaga Pemegang

Amanah yang juga sebagai Penolong Seti-

ausaha Agung MRA telah menerima sum-

bangan sejumlah RM100,000 bagi pihak

MRA. YB menghargai kerjasama daripada

semua NGO dalam pelbagai aktiviti amal

yang dilaksanakan

LAPANGAN 19-2012 5

Sdr. Shirajuddin, Pen.SUA MRA menerima cek

sumbangan JAKIM dari YB Mejar Jeneral Dato'

Seri Jamil Khir Haji Baharom,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sdr. Johari mewakili MRA menerima cek dari

Felcra Kampung Kurnia

Page 7: Lapangan 19

Plight of Rohingya: Solution?

MRA, sebagai sebuah organisasi

bantuan Malaysia yang memang

telah dikenali komited dalam mem-

bantu isu Rohingya ini selain dari-

pada telah berjaya memasuki Sitwe

telah diberi penghormatan untuk

memberikan pandangan terhadap

isu ini dalam sidang pleno yang

terakhir.

MRA telah diwakili oleh Pre-

sidennya sendiri, Dato Dr. Abdul

Razak Kechik bagi sesi tersebut.

Dato Razak telah berkongsi tentang

konsep kerjasama tulin seperti

yang ditunjukkan oleh Rasulullah

iaitu konsep Muhajirin-Ansar.

Orang Malaysia sebagai Ansar

perlu membantu Muhajirin (orang

Rohingya) tanpa perlu menunggu

isu ini menjadi parah dan semakin

berdarah. Malah banyak lagi inisi-

atif lain yang boleh diambil dalam

membantu komuniti Rohingya di

Malaysia.

Malaysian Relief Agency (MRA) te-

lah turut serta dalam Seminar “Plight

of the Rohingya: Solution?” yang

dianjurkan oleh Perdana Global

Peace Foundation (PGPF) di ibukota

baru-baru ini.

Seminar yang bertujuan untuk men-

cari formula dan jalan penyelesaian

yang boleh dirintis bagi memastikan

konflik Rohingya di Arakan ini dapat

ditamatkan dan satu keputusan

mutlak dapat disepakati dalam isu ini.

Beberapa pembentangan mengenai

isu ini telah disampaikan oleh para

pembentang yang terdiri dari para

aktivis dan professional dari dalam

dan luar negara.

Dato Dr. Abdul Razak Kechik sedang menghayati ucapan para panelis

Konferen Antarabangsa yang membincangkan penyelesaian terbaik kepada konflik di Arakan

6 LAPANGAN 19-2012

Page 8: Lapangan 19

BERTEMU PIMPINAN YMAT DAN MUSLIM THAI

MRA telah dijemput untuk turut serta dalam satu

mesyuarat di Hatyai bersama beberapa buah

organisasi berpengkalan dari Malaysia dan Thailand

dalam rekayasa untuk menghulurkan bantuan ke-

manusiaan ke wilayah bergolak Arakan.

Didalam mesyuarat tersebut, MRA telah memaklum-

kan aktiviti dan pergerakan yang telah dilakukan di

Sitwe, Arakan serta program-program masa depan

yang telah direncanakan bagi membantu penduduk

disana.

Kesempatan berada di Thailand ini telah dimanfaat-

kan juga dengan berkunjung ke Yala, Selatan

Thailand dan bertemu dengan pimpinan kanan serta

ahli-ahli Young Muslim Association of Thailand

(YMAT) di sana.

Pertemuan ini adalah sebahagian daripada misi

Jelajah Misi Kemanusiaan Arakan yang digerakkan

oleh MRA.

Dalam sesi pertemuan ini MRA telah berkongsi den-

gan YMAT bagaimana MRA berjaya menembusi

halangan dan seterusnya dapat bekerja di lapangan

Sitwe. Apakah kesukaran yang dihadapi serta

cabaran-cabaran yang harus ditempuh.

Hatyai dan Yala, Selatan Thailand

Kami turut membincangkan masa depan isu Arakan, kesan

jangka panjang dan kesan jangka pendek termasuk sebab-akibat

yang mungkin akan memberikan tempias kepada umat Islam lain

di Myanmar dan rantau Indo China.

Kerjasama MRA dan YMAT bukanlah sesuatu yang asing

apatah lagi baru kerana kami telah bekerjasama sejak sekian

lama dan YMAT merupakan rakan kerja yang cukup setia dalam

bantuan yang dihulurkan.

Presiden YMAT, mantan Presiden, pemimpin-

pemimpin kanan YMAT ikut serta dalam

majlis taklimat MRA mengenai isu Arakan.

Setiap sesi yang terluang diambil kesempatan

untuk bertemu dengan pimpinan setempat

LAPANGAN 19-2012 7

Page 9: Lapangan 19

Slot Rohingya Menangis TV AL Hijrah Bukti keprihatinan isu ummat

TV Al Hijrah menerusi Slot Rohingya Menangis,

secara konsisten sejak Ogos 2012 menyiarkan isu

berkaitan Rohingya setiap minggu, menampilkan

pelbagai individu dan organisasi yang menggerak-

kan kempen untuk perjuangan Rohingya.

Keprihatinan sebegini amatlah dialu-alukan

kerana ianya dapat memberikan maklumat yang

tepat dan berterusan kepada masyarakat Malaysia

khususnya umat Islam mengenai krisis dan tragedi

yang berlaku disekeliling mereka.

MRA telah berkesempatan tampil dalam 4 siri

pada Slot Rohingya Menangis ini dan kami telah

dapat berkongsi dengan para penonton ide dan

gagasan MRA dalam melihat kepada perkemban-

gan isu ini. Terima kasih kepada penerbit dan TV

Al Hijrah kerana mengundang MRA.

KARNIVAL KONSERT AMAL UNITEN & PENYERAHAN KUTIPAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

8 LAPANGAN 19-2012

Page 10: Lapangan 19

Qurban Terbaik 1433 MRA kembali

Tradisi perlaksanaan Qurban pada setiap tahun diteruskan lagi.

Qurban MRA dikenali sebagai program Qurban Terbaik tahun ini

mensasarkan bantuan Qurban di negara-negara di mana MRA

mempunyai operasi dan kegiatannya.

Tahun lalu, MRA telah berjaya melakukan Qurban di enam buah

negara:- Indonesia, Thailand, Kemboja, Somalia, Pakistan dan

Myanmar, manakala pada tahun ini, MRA menambah negara Sri

Lanka dan Afghanistan dalam senarai negara yang dibantunya

untuk ibadah Qurban kali ini.

Kos yang diletakkan bagi setiap bahagian adalah pada RM350

sahaja merangkumi segala kos operasi dan pentadbiran meliputi

urusan penghantaran dana, pembelian ternakan, keselamatan,

penyembelihan, pengagihan dan pelaporan.

Pada majlis pelancaran Kempen Qurban Terbaik

MRA 1433, MRA mensasarkan untuk mendapatkan

lebih banyak bahagian Qurban untuk diagihkan

kepada mereka yang memerlukan. Tahun lalu, kem-

pen ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 409

bahagian.

Satu Sidang Media yang dipengerusikan oleh Tim-

balan Presiden MRA. Dr Mohd Ishak Mas’ud dan

turut disertai oleh Pengarah Eksekutif MRA telah

diadakan bagi menghebahkan kepada orang ramai

mengenai program Qurban Terbaik MRA ini. Dr.

Mohd Ishak mengalu-alukan pembabitan orang

ramai dalam menjayakan kempen ini yang bertujuan

untuk membantu mereka yang memerlukan dinegara

-negara yang berada dalam suasana kesulitan.

Dalam majlis ini juga, MRA menerima sumbangan

awal sebanyak tiga ekor lembu hasil penyertaan dari

kakitangan Hosptial Pakar Al Islam untuk disum-

bangkan kepada penduduk di kawasan Arakan yang

sedang bergolak. MRA amat berterima kasih diatas

sokongan yang diberikan oleh Hospital Pakar Al

Islam dalam menjayakan program-program yang

dikendalikan oleh MRA. Semoga lebih banyak

syarikat korporat dan entiti perniagaan yang prihatin

seperi Hospital Pakar Al Islam dapat tampil mem-

bantu kerja-kerja bantuan seperti ini dilain masa.

Dr. Mohd Ishak Mas’ud, Timbalan Presiden MRA (kiri)

bersama Pengarah Eksekutif MRA, Mohd Shahrulazilan Said

(kanan) didalam Sidang Media MRA - Qurban Terbaik 1433

Kerjasama Erat diantara korporat

dan agensi bantuan

LAPANGAN 19-2012 9

Page 11: Lapangan 19

Membantu Pelarian Rohingya di Malaysia LUKIS MURAL SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

SEKUMPULAN anak muda mempunyai cara mereka yang

tersendiri dalam membantu perjuangan bangsa Rohingya.

Mereka telah tampil membantu mengindahkan Sekolah

Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru dengan meng

hasilkan rekaan dan dekorasi dinding (mural) yang cukup

menarik dan ceria.

Anak-anak muda yang terdiri daripada para penuntut

jurusan perubatan dari pelbagai universiti luar negara ini

menamakan diri mereka sebagai “MAKE THEM SMILE”

mengambil masa hampir tiga hari untuk menyiapkan kese-

luruhan lukisan ini.

Mereka sanggup bermalam, makan dan minum disitu bagi

memastikan mural ini dapat disiapkan dalam masa yang

ditetapkan.

Anak-anak muda ini secara tidak langsung membuktikan

ada banyak cara untuk terlibat dalam membantu komuniti

Rohingya terutama dalam bidang pendidikan bagi mem-

beri dorongan agar anak-anak Rohingya ini belajar ber-

sungguh-sungguh dan menjadi manusia yang berguna di

kemudian hari.

Terima kasih atas bantuan ini, kami amat menghargainya.

Sedang melakar lukisan di kelas sementara Lukisan yang telah disiapkan

Kerjasama membawa muafakat

Kerjarajin membawa berkat

10 LAPANGAN 19-2012

Page 12: Lapangan 19

Larian Kemerdekaan UPNM untuk Rohingya

UPNM lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya

KUALA LUMPUR - 7 Sept.

Seramai 800 peserta meliputi pela-

jar dan staf Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia (UPNM) men-

yertai larian kemerdekaan bagi

mengutip dana mengisi Tabung

Kemanusiaan Rohingya UPNM

hari ini.

Larian bermula 8.30 pagi itu meli-

puti jarak sejauh tiga kilometer di

sekitar kawasan Kem Sungai Besi

d i s i n i , d i l ep as k a n Na ib

Canselornya Lt. Jen Datuk Seri

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Pen

deritaan masyarakat Islam Rohingya

ketika ini mendapat perhatian pelbagai

pihak termasuk institusi pengajian

tinggi (IPT) seperti Universiti Per-

tahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menyedari kesusahan dan kesengsaraan

yang dihadapi, UPNM cuba membantu

meringankan beban etnik tersebut

dengan menghulurkan bantuan

menerusi Tabung Kemanusiaan Rohin-

gya anjuran Malaysia Relief Agency

(MRA) dengan kerjasama Utusan

Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal

Pelajar dan Alumni) UPNM, Prof.

Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din

berkata, pihaknya terpanggil untuk

menghulurkan bantuan apabila menge-

tahui penubuhan Tabung Kemanusiaan

Rohingya tersebut dan telah mula men-

gutip sumbangan daripada kalangan

pelajar serta kakitangan UPNM ber-

mula 30 Ogos lalu.

Katanya, kemuncak kutipan sumbangan

itu ialah larian amal pada Jumaat ini

yang disertai oleh seluruh warga

UPNM dan akan disampaikan kepada

wakil MRA serta Utusan Malaysia se-

bagai sebahagian sumbangan mem-

bantu masyarakat Rohingya.

"Kami juga bercadang mengutip sum-

bangan untuk fasa kedua iaitu ketika

bermulanya semester baru pengajian

kerana ketika itu lebih ramai pelajar

berada di universiti dan yakin kutipan

juga akan meningkat.

"Ketika ini, kami berjaya mengumpul hampir

RM3,000 dan menjangkakan kutipan men-

ingkat kepada RM5,000 selepas larian amal

Jumaat ini. Idea menubuhkan Tabung Ke-

manusiaan Rohingya anjuran MRA serta

Utusan Malaysia sangat baik kerana ia mem-

beri ruang kepada pelbagai pihak seperti

kami untuk tampil memberikan sumbangan,"

katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini

hari ini.

Sementara itu, Mohamed Fadzil yang juga

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Suka

relawan Siswa memberitahu, beliau turut me

rancang untuk menghantar kumpulan suka

relawan membantu etnik Rohingya di

Myanmar.

Katanya, pasukan sukarelawan itu telah

dibentuk dan berada dalam keadaan sedia

sekiranya dibenarkan mengikuti misi

bantuan di Myanmar.

"Pasukan sukarelawan ini terdiri daripada

empat kumpulan iaitu perubatan, pen

didikan, kaunseling dan kejuruteraan.

Setiap kumpulan mempunyai 10 hingga 15

sukarelawan.

"Buat masa ini, kami belum menerima apa-

apa panggilan untuk misi bantuan ke sana

kerana kami juga faham tahap keselamatan

menjadi keutamaan. Bagaimanapun, se-

kiranya dibenarkan, pasukan ini sedia

berkhidmat," jelasnya.

Allatif berkata Tabung Kemanusiaan Rohingya UPNM

yang dilancarkan pada 30 Ogos lepas telah mengumpul

RM5,020 dan jumlah itu dijangka bertambah sebelum

tarikh akhir kutipan pada 14 Sept ini.

"Walaupun pelajar UPNM tidak seramai institusi pen-

gajian tinggi awam yang lain, namun adalah tanggung-

jawab kita untuk membantu mereka yang tertindas me-

lalui program seperti ini," katanya kepada pemberita

selepas larian itu.

Allatif kemudian menyerahkan wang kutipan itu

kepada wakil Malaysian Relief Agency untuk Tabung

Kemanusiaan Rohingya.- Bernama

LAPANGAN 19-2012 11

Pengurus Operasi MRA, Sdr Iqbal mewakili MRA menerima

kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya dari UPNM

Page 13: Lapangan 19

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pelbagai

pihak kini tampil menghulurkan sum-

bangan kepada Tabung Kemanusiaan

Rohingya anjuran Malaysia Relief

Agency (MRA) dengan kerjasama

Utusan Malaysia dan terbaru, Perseku-

tuan Seruan Islam Selangor dan

Wilayah Persekutuan (Jami'yah), hadir

berbuat demikian.

Sebanyak RM1,413 disumbangkan

hasil kutipan derma kilat oleh ahli-ahli

Jami'yah melalui mesyuarat agung

diadakan pihak terbabit pada 15 Sep-

tember lalu.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd.

Daud Sulaiman berkata, sumbangan

terbaru itu membuktikan terdapat ban-

yak pihak di negara ini yang sama-

sama bersimpati dengan nasib

masyarakat Rohingya di Myanmar.

JAMI’YAH SUMBANG RM1,413 Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing

LATIHAN & KERJASAMA BAGI DOKTOR-DOKTOR dari GAZA MRA-Hospital Pakar Al Islam - HUKM

Malaysian Relief Agency (MRA)

sentiasa komited dalam misi mem-

bantu Palestin. Terkini, melalui

jaringan kerjasama diantara

Hospital Pakar AL Islam, Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia

(HUKM) dan Malaysian Relief

Agency (MRA) seramai empat

orang pegawai perubatan dari

beberapa buah hospital di Gaza

telah berjaya dibawa ke Kuala

Lumpur bagi mengikuti program

latihan sambil bekerja (OJT) yang

bakal dilaksanakan berdasarkan

kerjasama ketiga-t iga buah

organisasi yang disebutkan tadi.

Keempat-empat pegawai perubatan Gaza ini akan mengikuti pel-

bagai jenis latihan teori, klinikal, pembedahan dan lain-lain meng-

gunakan kaedah yang digunapakai didalam dunia perubatan

moden pada hari ini.

Sepanjang tempoh kursus yang dianggarkan sekitar enam bulan ini

berjalan, MRA akan menanggung segala kos penginapan, elaun

dan lain-lain lagi bagi keempat-empat orang pegawai perubatan

Besarlah harapan kami, apabila mereka pulang ke Palestin, segala

ilmu dan pengalaman yang mereka dapati di Malaysia akan dapat

digunakan untuk merawat penduduk Palestin.

12 LAPANGAN 19-2012

Setiausaha Agung JAM'IYAH, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyampaikan

sumbangan kepada Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar

Doktor-doktor dari Gaza bersama wakil MRA, HUKM dan Al Islam

Page 14: Lapangan 19

MESYUARAT AKADEMI LATIHAN MYCORPS

KURSUS PENGGENDALIAN DANA

MRA BERSAMA LAGI SEBAGAI

STAKEHOLDERS-MRSM KALI INI

AKADEMI LATIHAN MYCORPS yang

dikenali sebagai ALAMY sedang giat

menjalankan mesyuarat dan pertemuan

dengan pelbagai organisasi dan individu

yang terlibat dalam kerja-kerja bantuan

dan berkonsepkan kesukarelaan di

Malaysia.

ALAMY merupakan kesinambungan

kepada program MYCORPS yang

digerakkan sejak November 2011 yang

lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr.

Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Rakan

Muda, KBS turut dihadiri oleh wakil-

wakil dari NGO utama yang terlibat dalam

melatih dan memperkasakan MYCORPS

iaitu MRA, Yayasan SALAM dan GPM

Sebagai sebuah NGO yang bergerak aktif, dana

merupakan antara kekangan utama kami, justeru

bagi memantapkan lagi urusan pencarian dana,

MRA telah menghantar dua orang pegawainya

untuk turut serta dalam sebuah kursus pencarian

dana yang dianjurkan oleh Kolej Tunku Abdul

Rahman.

Sepanjang kursus dua hari ini, mereka telah di

dedahkan dengan pelbagai konsep, kaedah serta

teknik pencarian dana yang terkini dan berkesan

yang digunakan oleh organisasi terkemuka di

seluruh dunia.

MRA buat kesekian kalinya mendapat jemputan untuk menjadi salah

sebuah stakeholders didalam sebuah pertandingan yang di kenali sebagai

Integrity Champion Challenge 2012 yang diadakan dikalangan para

pelajar terbaik dari setiap Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang

terdapat di Malaysia. Kali ini ianya berlangsung di MRSM Kuala Pilah.

LAPANGAN 19-2012 13

MRA berada didalam kelasnya yang

tersendiri, sebagai sebuah organisasi

bantuan kemanusiaan, manakala stake-

holders yang lain terdiri daripada or-

ganisasi dan Jabatan Kerajaan serta

syarikat-syarikat korporat yang berjaya

dan tersohor dalam bidang masing-

masing.

MRA merasa amat berbangga kerana

dapat terlibat membantu dalam proses

melahirkan pemimpin masa hadapan

negara seperti yang dilakukan oleh

MRSM ini.

Page 15: Lapangan 19

Jerat anak seladang

Terjerat batu seketul

Berat mata memandang

Berat lagi bahu memikul Majlis pengagihan bantuan makanan

di Aung Mingalar, Sitwe