lapangan 07

15
MRA BINA 200 BUAH LAGI RUMAH SYUKUR DI PADANG, INDONESIA Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dari Presiden, Exco, staf dan sahabat Malaysian Relief Agency EDISI 7 - 2011

Upload: malaysian-relief-agency-mra

Post on 19-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lapangan ialah Majalah Bulanan MRA yang dikeluarkan oleh Sekretariat MRA untuk tatapan Sahabat dan seluruh warga yang cintakan keamanan dan kebajikan.

TRANSCRIPT

Page 1: LaPANGAN 07

MRA BINA 200 BUAH LAGI RUMAH SYUKUR DI PADANG, INDONESIA

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dari Presiden, Exco, staf dan sahabat Malaysian Relief Agency

EDISI 7 - 2011

Page 2: LaPANGAN 07

Bergambar di hadapan Rumah Syukur yang telah disiapkan di Korong Durian Daun, Sungai Limau, Padang

Simbolik perasmian Rumah Syukur ialah melalui paluan gendang oleh tetamu kehormat

Page 3: LaPANGAN 07

CIMB - Bank Prihatin

20 Jun, Padang Pariaman

Majlis Pelancaran Fasa ke 2 pembinaan Rumah Syukur

telah diadakan oleh CIMB Islamic dan CIMB Niaga

Syariah bertempat di Korong Durian Daun, Simpang

Limun, Kacamatan Sungai Limau, Padang, Pariaman.

Pembinaan Rumah Syukur ini adalah bukti jelas kepri-

hatinan CIMB didalam membantu mereka yang memer-

lukan bantuan diluar sana. Ini bukanlah kali pertama

CIMB menghulurkan bantuan melalui MRA, mereka se-

belum ini telah banyak membantu dalam hal-hal kebaji-

kan sebegini.

Apa yang dilakukan oleh CIMB adalah bukti komitmen

dan kesungguhan mereka untuk membantu penduduk

yang ditimpa musibah dan kesulitan.

Hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi CIMB Islamic,

Dato’ Dr. Syed Muhammad Syed Abdul Kadir, CEO

CIMB Islamic, Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Jab.

Syariah CIMB Niaga - U Syaefuddin Noer, Penolong

Setiausaha Provinsi Sumbar - Bapak Mahmuda Rivai

dan Setiausaha Agung MRA– Dr. Mohd Daud Sulaiman.

Dato’ Dr. Syed Muhammad Syed Abdul Kadir dalam

ucapannya berkata, sumbangan ini adalah sebahagian

dari tanggungjawab korporat dan sebagai tanda persau-

daraan dan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap

mangsa gempabumi di sini. Sumbangan ini adalah

tambahan kepada 100 buah Rumah Syukur dalam Fasa

1 yang telah siap dibina oleh Malaysian Relief Agency

(MRA) sebelum ini.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan

yang dicapai dan semangat kerjasama yang ditunjuk-

kan oleh penduduk setempat. Beliau turut berharap

projek pembinaan rumah ini dapat membantu memu-

lihkan ekonomi setempat dan meringankan beban yang

sedia ada.

Turut berucap dalam majlis ini, Mahmuda Rivai yang

mewakili masyarakat setempat melahirkan ucapan

penghargaan dan rasa terima kasih diatas keprihatinan

masyarakat Malaysia khususnya CIMB Islamic dan

Malaysian Relief Agency (MRA) dalam meringankan

kepayahan dan kesusahan penduduk setempat.

Dr. Mohd Daud Sulaiman bersama Puan Amak

Ganti, salah seorang penerima Rumah Syukur

di Korong Durian Daun, Sungai Limau

Page 4: LaPANGAN 07

Sukarelawan MRA jalani elektif di

Padang, Sumatera Barat, Indonesia

se lamat pu lang ke tanaha i r .

EMPAT orang sukarelawan MRA dari Universiti Is-

lam Antarabangsa Malaysia, Kuantan telah selamat

menjalani latihan elektif mereka di Kota Padang, Su-

matera Barat, Republik Indonesia selama 4 minggu.

Keempat-empat mereka yang terdiri dari pelajar fa-

kulti perubatan UIA Kuantan ini memilih untuk me-

lakukan latihan elektif mereka di kawasan operasi

MRA di Padang. Mereka terdiri daripada Sdr. Mohd

Faizal, Sdri. Nabilah Hayati Che Aziz, Sdri. Nor Iry-

ani Mohd Nor dan Syibrah Khuzaimah Zahid.

Disana, mereka diletakkan dibawah seliaan, Pengurus

MRA Indonesia, Pak Yusman Darmaji.

Mereka telah melakukan latihan elektif di fasiliti-

fasiliti milik YARSI Sumatera Barat. Pihak YARSI

memberikan bantuan yang mesra dan cukup baik

kepada sukarelawan muda ini.

Sukarelawan ini juga telah melakukan lawatan dan

membuat kajian kesihatan terhadap keluarga dan

penerima Rumah Syukur yang dibina oleh MRA.

Juga mereka telah berkesempatan untuk beramah

mesra dengan adik-adik di TAPUZ MRA di Padang,

Pariaman.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang

cekal dan berani.

Page 5: LaPANGAN 07

Guru mampu membangunkan modul ABM sendiri

MRA menganjurkan siri Kursus

A s a s P e m b e l a j a r a n P h o n i c Satu kursus mengenai Asas Pembelajaran Phonic telah se-

lamat dijalankan di Sekretariat MRA.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada

guru-guru MRA terutamanya kaedah pembelajaran yang pel-

bagai yang digunakan dinegara-negara maju bagi memantap-

kan lagi kaedah dan gaya pendidikan yang digunakan oleh

guru-guru MRA.

Secara asasnya, kursus ini turut membantu para guru untuk

menyiapkan ABM (Alat Bantuan Mengajar) mereka sendiri

yang boleh digunakan didalam sesi pembelajaran yang

mereka kendalikan.

Kursus yang memakan masa setengah hari ini di kendalikan

oleh Puan Sariah Amirin, seorang tokoh pendidik yang begitu

komited dalam menyumbang tenaga dan kepakarannya.

Page 6: LaPANGAN 07

Gotong Royong Kebersihan di Sekolah

Komuniti Rohingya, Cheras Baru

Pada 28hb Mei 2011 yang lalu, satu gerakan Gotong

Royong Kebersihan telah dijalankan di Sekolah Komu-

niti Rohingya di Cheras Baru. Gotong Royong ini

diketuai oleh seorang sukarelawan MRA - En. Johari

Kan yang tinggal di Ampang Jaya.

Antara aktiviti Gotong Royong ini ialah membersihkan

kesemua bilik-bilik darjah, membuang penghadang

kayu yang telah usang, menyimen kawasan tertentu,

mengecat dinding bilik darjah, membuat mural dan

pembersihan tandas.

Kehadiran sukarelawan MRA amat menggalakkan, kali

ini sukarelawan-sukarelawan MRA terdiri daripada

ahli-ahli Kelab Motor Modenas, Kumplulan Aktivis

Muda YPU, penuntut-penuntut Universiti serta para

pelajar sekolah termasuk penjaga mereka.

Seramai lebih dari 60 orang sukarelawan telah terli-

bat dalam program ini yang bermula dari jam 9 pagi

dan berakhir pada 5 petang.

Sekolah Komuniti Rohingya ini menempatkan lebih

daripada 80 orang pelajar lelaki dan perempuan

yang terdiri daripada anak-anak komuniti Rohingya

yang menetap di Kampung Cheras Baru.

Sekolah Komuniti Rohingya ini ditadbir oleh se-

buah komiti khusus yang diberi mandat oleh Me-

syuarat Exco MRA bagi memastikan perjalanan

yang lebih terurus untuk sekolah ini.

Pentadbiran MRA mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua sukarelawan yang hadir mem-

bantu, jasa kalian amat kami sanjungi.

Page 7: LaPANGAN 07

Pelajar Sekolah Komuniti Rohingya turut

serta dalam Gotong Royong Kebersihan Kami rasa terharu dan kagum melihat kesungguhan adik-

adik Rohingya dari Sekolah Komuniti Rohingya membantu

para sukarelawan MRA membersihkan sekolah mereka.

Tidak mahu ketinggalan dalam program amal ini, mereka

kelihatan telah bersedia sejak dari awal pagi lagi. Mereka

telah siap menyusun kerusi dan meja disamping membantu

menyediakan minuman.

Berebut-rebut mereka mengambil bahagian dalam menge-

cat bangunan dan membersihkan dinding. Semua yang

hadir mencari - cari apakah kerja yang boleh mereka bantu.

Sukarelawan MRA telahpun diberikan taklimat oleh En.

Johari Kan selaku penyelia program tentang tugasan yang

perlu dilaksanakan.

Turut hadir dalam program kebersihan ini ialah

Sdr. Mohd Rezaidi Mohd Ishak, EXCO Pemban-

gunan & Latihan MRA.

Kehadiran para pelajar turut memeriahkan lagi

keadaan, interaksi mereka bersama sukarelawan

MRA juga begitu baik dan mengalakkan.

Tidak lupa juga, MRA mengucapkan ribuan terima

kasih kepada penyumbang sarapan dan makan ten-

gahari. Sarapan pagi terdiri dari sandwich dan

kuih serta air teh tarik, manakala makan tenghari

pula nasi berlaukkan ayam masak pedas, kari ikan

dan air sirap. Sungguh menyelerakan! Penyum-

bang kita ialah Puan Rogayah dari Kampung

Baru.

Page 8: LaPANGAN 07

MRA hantar wakil sertai Kursus UNHCR

As ia Pas i f ik d i Hua Hin , Thai land

MRA telah menghantar seorang wakil bagi menyertai Kursus yang dianjurkan oleh E-learning Centre,

UNHCR bertempat di Hua Hin, Thailand. Kursus ini telah membuka dimensi baru kepada MRA terutamanya

berkaitan perlaksanaan program di lapangan, kepentingan kerjasama, kepedulian mengenai tahap keselamatan

dan hal-hal lain yang berkaitan.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan maklumat dan kaedah yang digunakan oleh

UNHCR dalam menguruskan pelarian dan IDP diseluruh dunia. Kursus yang amat bermanfaat ini melibatkan

pembabitan peserta daripada 12 buah negara dalam lingkungan Asia Pasifik.

Page 9: LaPANGAN 07

MRA menerima kunjungan hormat dari Young

Muslim Association of Thailand (YMAT)

23hb Mei 2011 yang lalu, delegasi dari Young Muslim

Association of Thailand (YMAT) telah melakukan

kunjungan hormat ke Sekretariat MRA.

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan kepada

MRA kerana YMAT merupakan antara ngo yang

terkemuka di Thailand .YMAT bergerak aktif dalam

bidang pendidikan, pembangunan belia, kesihatan dan

undang-undang.

Delegasi ini diketuai oleh Pengerusi YMAT sendiri,

iaitu Dr. Ariffin dan disertai oleh EXCO YMAT dan

beberapa orang ahlinya.

Sekretariat MRA telah diminta untuk memberikan

penerangan mengenai perjalanan organisasi dan aktiv-

iti yang telah kami jalankan

Pertemuan ini juga bertujuan untuk memantapkan lagi

kerjasama diantara YMAT dan MRA yang telah ter-

jalin sekian lama. Perbincangan berkisar mengenai

peluang-peluang kerjasama yang boleh dilakukan demi

kepentingan penduduk setempat.

Untuk makluman semua, YMAT dan MRA berker-

jasama dalam bidang pendidikan, pertanian, pemban-

gunan komuniti dan program anak yatim di wilayah

Selatan Thailand. MRA mempunyai penajaan seban-

yak 20 orang anak yatim dari Selatan Thai setiap bu-

lan.

Turut dibincangkan ialah perlaksanaan program

Ramadhan yang boleh dilakukan dengan kerjasama

YMAT. Hadir sama dalam pertemuan ini ialah EXCO

Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Sdr. Khaairil

Annuar Khalid

Page 10: LaPANGAN 07

MRA menerima lawatan hormat dari delegasi

Insan Hak Yardim Vakfi (IHH) Turki

11hb Mei 2011. MRA terus menerima kunjungan tetamu, luar negara

dan tetamu kali ini datang dari antara NGO Kemanusiaan terbesar di

Turkey - Insan Hak Yardim Vakfi (IHH).

Rombongan lima orang ini diketuai oleh EXCO Kanan IHH, Puan

Gulden Sonmez. Kedatangan rombongan ini disambut oleh kepimpi-

nan kanan MRA yang terdiri dari Presiden MRA sendiri Dato’ Dr. Ab-

dul Razak Kechik dan Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Su-

laiman.

MRA memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti dan kegiatan

yang kami lakukan merangkumi program didalam Malaysia dan di luar

negara.

IHH turut memberikan taklimat

mengenai aktiviti yang mereka

jalankan di seluruh dunia.

Beliau turut memaklumkan bahawa

IHH sedang mencari rakan kerja

(partners) yang boleh diharap bagi

membantu mereka dalam kerja-kerja

bantuan kemanusiaan di kawasan ini.

Mereka turut memaklumkan men-

genai gerakan kapal Flotilla 2 dan

mereka turut menjemput MRA untuk

turut serta didalam program kapal

tersebut.

Kedua belah pihak saling bertukar

soalan dan berkongsi nota mengenai

perlaksanaan kerja-kerja bantuan

kemanusiaan di seluruh negara.

Kedua belah pihak juga melihat

kepada potensi untuk berkerja sama

dimasa akan datang. Majlis berakhir

dengan pertukaran cenderamata

antara kedua belah pihak.

Cik Fauziah Tahar bergambar kenangan

bersama rombongan IHH

Page 11: LaPANGAN 07

MRA hadir sesi taklimat bersama

Menteri Kesihatan Puntland, Somalia

SATU majlis taklimat mengenai sebuah negeri di So-

malia yang dikenali sebagai negeri Puntland telah

diadakan di Dewan Seminar Hospital Pakar Al Islam,

Kampung Baru.

Negeri yang tidak pernah didengari sebelum ini terletak

di bahagian utara Somalia dan berjiran dengan Republik

Djibouti. Negeri ini kaya dengan hasil mahsul dari laut.

Penduduknya yang berjumlah 3 juta orangboleh dikata-

kan hampir 100 % peratus Muslim. Iklim khatulistiwa

di Negeri Puntland tidak banyak berbeza dengan iklim

harian di Malaysia tambah beliau.

Taklimat mengenai negeri Puntland ini diberikan oleh

Menteri Kesihatan Puntland, YB Dr. Ali Abdullahi

Warsame. Beliau turut diiringi oleh beberapa pegawai

Kerajaan Negeri Puntland yang lain.

Beliau menggambarkan negeri Puntland sebagai

sebuah negeri yang aman dan tenteram walaupun

terletak didalam Somalia yang kini dikenali diselu-

ruh dunia sebagai sebuah negara lanun yang keli-

hatan mengganas di Teluk Eden, merampas kapal-

kapal yang berlayar merentasi lautan disitu.

Beliau sangat berharap dan memohon agar ada or-

ganisasi atau agensi dari Malaysia yang sudi untuk

datang membantu membangunkan Negeri Puntland

ini.

Beliau berjanji akan memberikan segala bantuan

dan prasarana yang diperlukan termasuk sokongan

kerajaan bagi mereka yang datang membantu.

Selamat Datang ke Puntland!

Dr. Ali Abdullahi Warsame, Menteri Kesihatan

Puntland sedang menyampaikan taklimatnya

Page 12: LaPANGAN 07

Pelancaran Kempen Ramadhan

Dekat Di Mata Lekat Di Hati 1hb Rejab 1432 bertepatan dengan 3hb Jun 2011, Malay-

sian Relief Agency secara rasminya melancarkan Kempen

Ramadhan 1432 - Dekat Di Mata Lekat Di Hati.

Kempen Ramadhan ini dilakukan dua bulan lebih awal

bagi membolehkan umat Islam di Malaysia merancang

dan membuat persediaan untuk membantu mereka yang

memerlukan sewaktu Ramadhan kelak.

Tahun ini, bagi bantuan luar negara MRA mensasarkan

bantuan ke negara-negara ASEAN yang berdekatan

disamping ke negara dimana MRA masih mempunyai op-

erasinya seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Thailand

dan Palestine.

Namun, bagi bantuan dalam negeri pula, MRA terus

berazam untuk melipatgandakan bantuan kepada

kelompok yang memerlukan terutamanya Orang

Kurang Upaya, Orang Asal, Fakir dan Miskin, Ibu

Tunggal, Anak yatim dan tidak ketinggalan juga

para pelarian dan pencari suaka.

Kempen Dekat Di Mata Lekat Di Hati dilancarkan

di Dewan Seminar Hospital Pakar Al Islam dan

ianya telah disempurnakan oleh Presiden MRA,

Dato Dr. Abdul Razak Kechik.

Kami menanti sumbangan anda untuk mereka yang

memerlukan diluar sana.

Dato’ Dr. Abd. Razak Kechik, Presiden

MRA dalam Sidang Media yang diadakan

Page 13: LaPANGAN 07

MRA menerima kunjungan

dari NGO Pakistan

MRA terus menerima kunjungan dari pela-

wat dan antara yang melawat kami ialah

sebuah NGO Pakistan yang berpengkalan di

London.

Mereka mempelawa MRA untuk berker-

jasama dalam siri pembangunan semula

Pakistan pasca banjir. Mereka maklum

mengenai projek dan gerakerja MRA di Pe-

shawar dan lantaran itu mereka mahu berk-

erjasama dengan MRA di masa akan

datang.

Dato’ Dr. Abd. Razak Kechik, Presiden MRA

bersama tetamu dari NGO Pakistan

Page 14: LaPANGAN 07

MEMANTAPKAN lagi perjalanan Sekolah

Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru Sekolah Komuniti Rohingya yang dikendalikan

oleh MRA di Cheras Baru sedang dalam proses

penambahbaikan.

MRA telah membentuk sebuah komiti khas

bagi memastikan Sekolah ini dapat berjalan

lancar dan menyasarkan peningkatan didalam

mutu disiplin dan akademik.

Penguasaan guru-guru dalam subjek –subjek

yang diajar juga diberikan penekanan. Guru-

guru diminta untuk menyiapkan silibus penga-

jaran dan satu takwim perjalanan sekolah kese-

luruhannya akan turut dibangunkan.

Pembabitan sukarelawan MRA dari luar juga

sedang dikaji bagi memantapkan lagi kualiti

pendidikan di sekolah ini.

Cikgu Khairani sedang menanda

buku latihan murid-murid

Page 15: LaPANGAN 07

Mari pikat anak tekukur

Jangan jerat anak manusia

Kami sepakat di rumah syukur

Tanda ingat saudara Malaysia

Salah sebuah RUMAH SYUKUR yang telah

ditambah baik oleh penghuninya